sains

3
Aktiviti Pepejal + Cecair = Gas ! Pengenalan Cubalah eksperimen mudah ini untuk memperkenalkan pelajar dan anak-anak tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Ia hanya memerlukan barang-barang yang mudah didapati dan tidak sukar untuk disediakan. Ekperimen ini pasti akan membuat mereka tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa atau keadaan jriim! Apakah yang diperlukan? 1) Serbuk penaik (baking powder) 2) Sudu besar 3) Corong 4) Cuka makan 5) Botol

Upload: fiona-ting

Post on 17-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

aktiviti sains

TRANSCRIPT

Aktiviti Pepejal + Cecair = Gas !

PengenalanCubalah eksperimen mudah ini untuk memperkenalkan pelajar dan anak-anak tentang tiga fasa atau keadaan jirim. Ia hanya memerlukan barang-barang yang mudah didapati dan tidak sukar untuk disediakan. Ekperimen ini pasti akan membuat mereka tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang fasa atau keadaan jriim!

Apakah yang diperlukan?1) Serbuk penaik (baking powder)2) Sudu besar3) Corong4) Cuka makan5) Botol6) Belon7) cawan8) SuduApakah yang perlu dibuat?

1. Masukkan satu sudu besar serbuk penaik ke dalam botol dengan menggunakan corong.2. Ketuk-ketukkan corong itu supaya serbuk penaik itu turun masuk ke dalam botol.3. Pastikan anda sudah bersedia dengan belon untuk dimuatkan ke mulut botol kerana ia bahan-bahan yang akan digunakan agak cepat bertindak balas!4. Tuangkan setengah cawan cuka ke dalam botol dengan menggunakan corong tadi.5. Dengan cepat, muatkan belon itu kepada mulut botol itu untuk memerangkap gas yang terbebas.Apakah yang berlaku / Pengisian SainsMelalui eksperimen ini pelajar boleh melihat sendiri kedaan jirim yang terhasil apabila sesuatu tindak balas kimia berlaku. Di dalam tindak balas kimia ini, serbuk penaik (pepejal) bertindak balas dengan cuka (cecair) dan menghasilkan karbon dioksida (gas).Gas karbon dioksida adalah lebih berat daripada udara. Gas ini menyebabkan udara yang ada di dalam botol itu terpaksa bergerak ke atas dan memenuhi belon. Belon itu seterusnya membesar dengan campuran udara dan juga gas karbon dioksida.