sabda buddha sayings of the buddha penterjemah : hong tai ... · tengah memberi pengetahuan dan...

27
1 SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Oleh : Bhante Dr. K. Sri Dhammananda Penterjemah : Hong Tai Fook K. Don Premaseri Pemberian yang Tertinggi Pemberian kebenaran melebihi segala pemberian lain. Menerima kebenaran Jika anda menemui kebenaran di dalam mana-mana agama pun, anda harus mengiktiraf kebenaran tersebut. Melihat Buddha Sesiapa yang mengerti ajaran saya dapat melilhat saya. Berkhidmat kepada Buddha Sesiapa yang berkhimat kepada mereka yang sakit sesungguhnya berkhidmat kepada saya.

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

1

SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha

Oleh : Bhante Dr. K. Sri Dhammananda

Penterjemah : Hong Tai Fook K. Don Premaseri

Pemberian yang Tertinggi

Pemberian kebenaran melebihi segala pemberian lain.

Menerima kebenaran

Jika anda menemui kebenaran di dalam mana-mana agama pun,

anda harus mengiktiraf kebenaran tersebut.

Melihat Buddha

Sesiapa yang mengerti ajaran saya dapat melilhat saya.

Berkhidmat kepada Buddha

Sesiapa yang berkhimat kepada mereka yang sakit sesungguhnya berkhidmat

kepada saya.

Page 2: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

2

Hukum Abadi

Di dalam dunia ini, kebencian tidak dapat dilenyapkan dengan kebencian.

Kebencian hanya dapat dilenyapkan dengan kasih sayang suci.

Ini merupakan hukum alam semulajadi.

Dunia di dalam Diri Anda

Menghayati tubuh ini dengan fikiran dan pengamatan penuh, saya dapat melihat

dunia, asal kewujudan dunia, kemusnahan dunia dan jalan ke arah penamatan dunia.

Minda adalah Perancang

Minda merupakan pemimpin dunia serta penentu arah dunia. Setiap individu

mempunyai kuasa ke atas mindanya sendiri (kalau dia ingin serta berusaha

mengawalnya).

Dua jalan yang berbeza

Satu jalan yang membawa kejayaan duniawi, satu jalan lagi menuju ketidakmatian (kebahagiaan mutlak yang abadi).

Page 3: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

3

Kesemuanya tidak berkekalan.

Semua unsur yang bersyarat (kepada perubahan alam semesta) tidak berkekalan.

Apabila seseorang menatapi hakikat ini dengan penuh kebijaksanaan,

mereka tidak lagi berniat untuk menempuh penderitaan.

Kejahilan

Disebabkan anda tidak memahami dan tidak menghayati Empat Kebenaran Mulia yang

menyebabkan anda sekian lama mengharungi kitar hidup Samsara yang

berterusan dan berpanjangan ini.

Hari yang Bertuah

Seseorang yang jahil akan menanti kedatangan hari yang bertuah. Sebaliknya setiap hari merupakan hari yang bertuah

bagi seseorang yang rajin berusaha.

Perpautan kepada Dunia

Rahsia untuk mengecapi kebahagiaan dengan membebaskan minda daripada

perpautan duniawi.

Page 4: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

4

Pengetahuan yang Cetek

Sesiapa yang jahil bertambah tua seperti keldai. Tubuhnya membesar tetapi bukan

kebijaksanaannya.

Hidup berharga untuk Semua

Semua rasa gementar tatkala terpandang senjata. Semua takutkan kematian. Kalau

berprihatin terhadap orang lain seperti untuk diri sendiri, seseorang tidak akan sama sekali membunuh atau menyebabkan

terjadinya pembunuhan.

Agama untuk Diamalkan

Agama ini untuk dipelajari dan diamalkan, bukan sekadar dipelajari dan

dipercayai terus tanpa soal-siasat.

Pembuat Kejahatan akan merana

Pembuat kejahatan tidak akan berpuas hati di dalam kehidupan sekarang dan juga

kehidupan yang akan datang. Dia tiada kepuasan di dalam kedua-dua dunia. Dia

merana dan memusnahkan hidupnya dengan perbuatan jahatnya sendiri.

Page 5: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

5

Berwaspada dan kecuaian

Tindakan berwaspada merupakan jalan menuju keabadian. Kealpaan merupakan jalan ke

arah kematian. Seseorang yang berwaspada tidak akan mati. Seseorang yang alpa seolah-olah sudah pun mati.

Betul-betul bodoh

Seseorang jahil yang sedar akan kebodohannya sekurang-kurangnya

mempunyai kebijaksanaan setakat itu. Akan tetapi seseorang jahil yang berpendapat

dirinya bijak sebenarnya betul-betul bodoh.

Kemuliaan yang Tertinggi

Sikap toleransi, kesabaran dan bertimbang rasa merupakan nilai kemuliaan tertinggi yang

patut dipupuk oleh setiap individu.

Kehidupan yang Benar

Kehidupan yang benar berlandaskan Jalan Tengah memberi pengetahuan dan

pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan

dan kebijaksanaan serta kesedaran sempurna � Nibbana.

Page 6: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

6

Seseorang yang Bertuah

Sesesungguhnya bertuah mereka yang menyara kehidupan mereka tanpa

menyakiti orang lain.

Melatih diri

Memiliki pengetahuan yang luas, kemahiran yang tinggi, bertatasusila serta mempunyai

pertuturan yang lemah-lembut. Sesungguhnya inilah berkat.

Kewajipan Anda

Menyara ibu bapa, menyayangi isteri dan anak-anak. Sesungguhnya inilah berkat.

Bertindak dengan Bijaksana

Tidak bargaul dengan mereka yang jahil, bergaul dengan mereka yang bijaksana,

menghormati mereka yang wajar dihormati, Sesungguhnya inilah berkat.

Budi Bahasa di dalam Tingkah laku

Jangan seseorang menipu orang lain atau menghina orang lain walau di mana sekali pun. Walaupun berada di dalam keadaan

Page 7: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

7

marah ataupun benci, dia tidak sekali-kali harus menyakiti orang lain.

Yang tidak bersalah

Sesiapa yang menyakiti mereka yang tidak bersalah pasti menanggung akibat

perbuatannya, seperti debu yang dibuang melawan angin terpecik di muka sendiri.

Tingkah laku yang Buruk

Individu yang kurang biadap, pemabuk, penjudi, pemboros serta mereka yang

membazirkan segala yang dimilikinya � sesungguhnya ini merupakan punca

kejatuhannya sendiri.

Jauhi Perbuatan Jahat

Hentikan kejahatan, ia memang dapat dilakukan. Jika kejahatan tidak dapat dihentikan, saya tidak akan berkata

sedemikian. Memandangkan perbuatan ini dapat dilakukan, saya nasihatkan anda untuk

menghentikan kejahatan.

Perbezaan Kasta/Status

Sebagaimana air sungai-sungai besar seperti Ganga, Yamuna, Aciravati, Sarabhu dan

Page 8: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

8

Mahi setelah mengalir ke laut tidak dikenali dengan nama asal, sekadar dikenali

sebagai lautan. Begitu juga bagi mereka yang berbeza kasta dan darjat,apabila

mendalami ajaran Buddha dan mengikuti peraturan-peraturan yang diajar oleh

Buddha dan melepaskan kehidupan duniawi untuk menuju kehidupan yang berohaniah.

Asal-usul mereka akan dilupakan dan mereka akan hanya dikenali sebagai

pertapa.

Kesihatan dan Kepuasan

Kesihatan merupakan harta yang paling bernilai, kepuasan pula merupakan

kebahagiaan yang tertinggi.

Mulut yang Berbisa

Sejak lahir, di dalam mulut setiap individu terdiri pahat yang akan menyeksanya

akibat pertuturannya yang menyakitkan hati.

Jangan Jadi seperti Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Betul

Seseorang harus mengamalkan terlebih

Page 9: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

9

dahulu apa yang wajar diamalkan sebelum dia mengajar

orang lain.

Seni Bertutur

Bercakap yang benar, bukan yang tidak benar. Ucapkan sesuatu yang

menyenangkan hati, bukan yang tidak menyenangkan hati. Bercakap yang benar, bukannya yang tidak benar.

Hanya ucapkan kata-kata yang tidak membawa penyesalan, yang tidak menyakitkan hati orang lain. Inilah pertuturan yang benar-benar baik.

Menakluki Diri Sendiri

Walaupun seseorang dapat menakluki jutaan manusia di medan peperangan, hakikatnya dia merupakan Penakluk yang paling Mulia apabila dia berjaya

menakluki dirinya sendiri.

Kuatkan Minda Anda

Bagaikan batu padat yang tidak tergoncang dengan tiupan angin, seseorang yang bijaksana tidak akan dipengaruhi oleh

kepujian mahupun fitnah.

Page 10: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

10

Kembangkan Minda Anda

Bagaikan hujan yang dapat menembusi atap rumah yang tidak dibina dengan sempurna, begitu juga nafsu indera

dapat mempengaruhi minda yang tidak terlatih

Keyakinan Diri

Jangan bergantung kepada orang lain, pupuk keyakinan diri anda.

Berkhidmat kepada orang lain dengan

bijak

Walaupun berkhidmat kepada orang lain, jangan sekali-kali mengabaikan

pengembangan spiritual diri.

Berusaha Sendiri

Melalui kegigihan yang tidak pernah goyah, saya mencapai Pencerahan. Melalui usaha yang berterusan, saya mencapai kedamaian tertinggi. Jika anda juga berusaha berterusan, di

dalam jangka masa yang singkat anda pun dapat mencapai matlamat

kebahagiaan yang tertinggi melalui

Page 11: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

11

pemahaman dan kesedaran hasil usaha anda sendiri.

Sentiasa Berwaspada

Seseorang muda dan sihat yang tidak berusaha ketika patut berusaha, yang

lalai, yang hidup tanpa arah tujuan hidup serta malas tidak akan menemui

jalan menuju kearifan.

Ketakutan

Ketakutan hanya wujud di dalam minda seseorang yang jahil, bukan bagi

seseorang yang bijaksana.

Kedamaian Sebenar

Kedamaian sebenar datangnya daripada dalaman bukan daripada

luaran

Terima dengan Bijaksana

Seseorang tidak patut menerima sesuatu kerana kepercayaan membuta

tuli, tetapi sebaliknya mesti menggunakan budi bicara dan

kebijaksanaannya sebelum menerima sesuatu.

Page 12: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

12

Jangan malas

Lebih baik hidup sehari dengan berusaha bersungguh-sungguh

daripada hidup seratus tahun bermalas tanpa usaha.

Jalan Tengah

Amalkan Jalan Tengah tanpa bertindak keterlaluan di dalam setiap aspek

kehidupan anda

Kekalkan Kecekalan Minda Anda

Apabila tubuh anda sakit, jangan biarkan minda anda turut sakit

Kasih Sayang Suci

Kembangkan kasih sayang suci anda kepada semua bentuk kehidupan tanpa

pilih kasih

Jalan Kehidupan yang betul

Seseorang yang hidup selaras dengan jalan kehidupan benar akan mendapati

nilai kemuliaan itu sendiri akan melindungi dan membimbingnya.

Page 13: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

13

Jauhi Kejahatan

Sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain, seseorang tidak patut berbuat jahat, walaupun untuk mendapatkan kekayaan,

kekuasaan atau pun anak. Seseorang yang berfikiran sedemikian bertingkah laku mulia,

bijaksana serta adil.

Minda yang Tidak Terpengaruh

Seseorang yang tidak pernah terfikir bahawa sesuatu harta adalah kepunyaannya serta tidak pernah merasai kekurangan sesuatu tidak akan

bimbang kehilangan hartanya.

Asal Kewujudan

Tidak logik untuk mencari punca samsara (kitar kelahiran dan kematian) dan mencari

asal-usul kewujudan pertama di dunia samsara ini selagi kita dibatasi oleh kejahilan dan

dibelenggu oleh perpautan.

Menyemai Masa Depan Kita

Berasaskan benih yang anda tanam, itulah hasil yang anda akan kecapi. Orang yang

melakukan kebaikan akan dibalas kebaikan. Orang yang melakukan kejahatan akan dibalas

kejahatan.

Page 14: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

14

Hukum Sebab dan Akibat

Keadaan kita di masa kini hasil perbuatan yang lampau. Masa depan kita pula hasil perbuatan

kita di masa kini.

Anda Yang Bertanggungjawab

Salah laku anda bukan kerana ibu bapa, adik-beradik, kawan-kawan, ahli keluarga atau

seseorang pertapa. Anda sendiri yang bertanggungjawab.

Tiada Tempat untuk Bersembunyi

Bukan di langit, di tengah lautan mahupun di pergunungan terdapat tempat perlindungan yang membolehkan seseorang lari daripada menerima akibat hasil perbuatan jahatnya

sendiri.

Perbuatan Jahat

Selagi perbuatan jahat tidak memberi kesan kepada si bodoh, dia menganggap kejahatan

seperti madu. Akan tetapi apabila hasil perbuatan jahatnya mula memberi kesan

kepadanya, dia mula mengalami kesengsaraan.

Pencapaian Tertinggi Apakah pencapaian tertinggi di dalam hidup?

Page 15: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

15

Mencapai kearifan, amalan berbakti, bermoral dan bersifat kedermawan.

Kebahagiaan

Kegigihan yang berterusan beserta dengan kewaspadaan yang sempurna, hubungan

setiakawan dan cara sara hidup yang seimbang akan memimpin kita ke arah kebahagiaan.

Kebahagiaan Berkat Meninggalkan

Kehidupan Duniawi

Kebahagiaan tercapai hasil peninggalan hidup duniawi jauh lebih besar daripada kebahagiaan yang tercapai dengan kepuasan nafsu indera.

Kepercayaan Yang Salah

Kepercayaan bahawa segala-galanya hasil kamma yang lepas. Kepercayaan bahawa

segala-segalanya kerana kuasa tuhan serta kepercayaan bahawa segala-segalanya wujud

tanpa punca disebaliknya.

Empat golongan Manusia

Mereka yang menuju daripada kegelapan ke kegelapan, Mereka yang menuju daripada

kecerahan ke kegelapan,

Page 16: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

16

Mereka yang menuju daripada kegelapan ke kecerahan serta mereka yang menuju daripada

kecerahan ke kegelapan.

Empat golongan Manusia

Mereka yang mementingkan diri sendiri dan mengabaikan orang lain.

Mereka yang mementingkan orang lain dan mengabaikan diri sendiri.

Mereka yang mengabaikan diri sendiri dan juga orang lain.

Mereka yang mementingkan diri sendiri dan juga orang lain.

Fikir Sebelum Bertindak

Sebelum ingin melakukan sebarang perbuatan secara fizikal, bertutur mahupun berfikir, fikirkan

dahulu, �Adakah perbuatan ini akan menyebabkan penderitaan kepada diri sendiri

atau orang lain atau pun kedua-duanya? Adakah perbuatan ini akan menyebabkan

kesengsaraan?�.Jika menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan, jangan

lakukan.

Fikir Semasa Bertindak

Semasa melakukan sebarang perbuatan

Page 17: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

17

secara fizikal, bertutur mahupun berfikir, fikirkan dahulu, �Adakah perbuatan ini akan

menyebabkan penderitaan kepada diri sendiri atau orang lain atau pun kedua-duanya? Adakah perbuatan ini akan menyebabkan

kesengsaraan?� Jika menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan, jangan

lakukan.

Berfikir Selepas Anda Bertindak

Setelah melakukan sebarang perbuatan secara fizikal, bertutur mahupun berfikir, renungkan seperti berikut, �Adakah perbuatan ini telah

menyebabkan penderitaan kepada diri sendiri atau orang lain atau pun kedua-duanya? Adakah perbuatan ini telah menyebabkan

kesengsaraan?� Jika menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan, jangan lakukan

di masa akan datang.

Meditasi

Kembangkan meditasi berasaskan kasih sayang suci dan singkirkan perasaan dendam.

Kembangkan meditasi berasaskan belas kasihan dan singkirkan kekejaman.

Kembangkan meditasi berasaskan perasaan turut bergembira di atas kejayaan orang lain

Page 18: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

18

dan jauhi hasad dengki. Kembangkan meditasi berasaskan ketidakkekalan hidup duniawi dan

singkirkan sifat banggakan diri.

Pengawalan Diri ialah Penakluk yang Sebenarnya

Adalah lebih baik menguasai diri sendiri daripada menakluki orang lain. Tiada tuhan,

mahu pun dewa, Mara atau pun Brahma yang mampu mengalahkan seseorang yang berjaya

menguasai dirinya serta sentiasa mampu mengawal dirinya.

Anda Pelindung Diri Sendiri

Kita merupakan pelindung diri kita sendiri. Masakan ada pelindung lain yang wujud? Dengan pengawalan diri yang sempurna,

seseorang memperolehi pelindung yang sukar dicari.

Anda Bertanggungjawab Terhadap

Kesucian dan Kejahatan Anda

Sesiapa yang berbuat jahat dicemari oleh perbuatan jahatnya.

Sesiapa yang mengelak daripada berbuat jahat menyucikan dirinya.

Page 19: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

19

Kesucian dan kekotoran batin bergantung kepada diri sendiri.

Tiada sesiapa yang dapat menyucikan orang lain.

Bertindak dengan bijak mengakhiri

kesengsaraan

Jangan melakukan tindakan yang salah. Jangan alpa. Jangan menerima pandangan palsu. Dengan ini dunia kita (kitar hidup dan

mati) tidak diteruskan lagi.

Ajaran Buddha

Tidak mengucapkan kata-kata yang menyakitkan hati, tidak melakukan kejahatan,

mampu mengawal diri mengikut Sila, pemakanan yang sederhana serta hidup bersendirian dan tekun berusaha untuk

mencapai kesedaran tertinggi. Inilah ajaran Buddha.

Mengenepikan Kejayaan dan Kegagalan

Selepas peperangan, pihak yang menang mendapat kebencian. Pihak yang kalah pula hidup menderita. Seseorang yang tenteram akan hidup mengecapi kebahagiaan dengan

Page 20: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

20

mengenepikan kemenangan dan juga kekalahan.

Nafsu Indera Penyebab Kesengsaraan

Daripada nafsu wujud penderitaan, daripada nafsu wujud ketakutan. Bagi mereka yang

bebas daripada nafsu, tiada lagi penderitaan, apatah lagi ketakutan.

Pelanggaran Sila Memusnahkan Diri

Ibarat karat yang terbentuk pada besi yang kemudian memusnahkan besi (memakan diri) tersebut, begitu juga dengan perbuatan kita

yang melanggar Sila membawa kita ke dunia kesengsaraan.

Senang Melihat Kesalahan Orang Lain

Kesalahan orang lain senang dilihat, tetapi kesalahan sendiri sukar dilihat. Ibarat

mengangin padi membuang sekam padi yang banyak untuk menonjolkan kesalahan orang

lain tetapi bijak menyembunyikan kesalahan diri dengan tipu muslihat seperti pemburu yang

menyamar.

Page 21: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

21

Anda Perlu Berusaha untuk Pembebasan diri Anda Sendiri

Anda sendiri yang perlu berusaha. Para Ariya hanya merupakan petunjuk jalan Kebebasan.

Mereka yang mengikuti Jalan ini dan tekun bermeditasi akan bebas daripada genggaman

kejahatan.

Buddha Menyinari di Siang Hari Mahupun Malam

Matahari terbit pada waktu siang, bulan bersinar pada waktu malam, pahlawan pula menyinari di dalam pakaian seragamnya.

Meditasi memberi Pencerahan kepada orang yang mulia. Akan tetapi, biar siang mahupun

malam, Pencerahan Buddha akan tetap menyinari kita.

Hidup Bahagia

Kita harus hidup bahagia tanpa perasan benci.

Kita akan hidup bebas daripada kebencian walaupun di kalangan mereka yang mempunyai

kebencian.

Sentiasa Terkawal

Dengan sentiasa mengawal gangguan fizikal

Page 22: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

22

melalui pengawalan tubuh, kita menjauhi tindakan salah laku oleh tubuh disamping

amalan fizikal yang betul. Dengan sentiasa mengawal gangguan pertuturan melalui pengawalan pertuturan, kita menjauhi

pertuturan salah disamping menggunakan bahasa yang betul di dalam pertuturan.

Dengan sentiasa mengawal gangguan mental melalui pengawalan firkiran, kita menjauhi

fikiran jahat disamping mengikuti fikiran yang benar.

Individu yang mempunyai Pengawalan

Sepunuhnya

Seseorang yang bijaksana mengawal tingkah laku, mengawal pertuturan serta mengawal fikiran. Sesungguhnya mereka mengawal

segala-galanya.

Sedikit demi sedikit, dari semasa ke semasa

Seseorang bijaksana menghapuskan noda ibarat tukang emas yang membuang sisa pada

emas.

Siapakah Si Bijaksana yang Sebenar

Bukan sekadar berdiam diri seseorang akan mencapai kebijaksanaan jika individu tersebut

Page 23: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

23

jahil dan tidak berpelajaran. Akan tetapi, seseorang bijaksana bagaikan pemegang

neraca yang mampu menerima perkara yang baik dan membuang yang jahat.

Sesungguhnya ini menunjukkan dia bijaksana. Beliau bijaksana kerana dapat memahami

kedua-dua dunia (yang baik dan jahat).

Cara Terbaik Menamatkan Kesengsaraan

Jalan yang paling mulia merupakan Jalan Mulia Lapan Lapis. Kebenaran yang paling mulia

ialah Empat Kebenaran Mulia. Keadaan terbaik bagi manusia mencapai kebahagian ialah tiada perpautan (Nibbana). Inilah satu-satunya jalan

untuk menyucikan minda.

Tiada jalan lain untuk menyucikan minda. Ikuti jalan ini yang dapat melepaskan diri daripada gangguan Mara (kejahatan). Ikuti jalan ini dan anda akan dapat menamatkan kesengsaraan. Sesungguhnya inilah jalan yang saya tempohi apabila saya berusaha untuk menghapuskan

punca penderitaan.

Ketagihan harus dihapuskan

Bagai pokok yang dibuang tunas, akan tumbuh kembali dan masih kuat jika akarnya tidak

Page 24: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

24

dibinasa, begitu juga apabila ketagihan untuk keseronokan duniawi tidak dimusnahkan,

kesengsaraan akan terus wujud.

Pengawalan Diri

Bermanfaat mengawal mata kita, bermanfaat mengawal telinga kita, bermanfaat mengawal hidup kita, bermanfaat mengawal lidah kita,

bemanfaat mengawal minda kita, bermanfaat mengawal diri kita di mana-mana sekali pun.

Bhikkhu yang mengawal segala-galanya bebas daripada segala penderitaan.

Siapakah Bhikkhu yang Sebenarnya

Beliau merupakan seseorang yang mengawal perbuatannya, mengawal pergerakannya,

mengawal pertuturannya, mempunyai kawalan minda yang tertinggi, mengecapi kebahagiaan

serta kepuasan sejati. Dialah bhikkhu yang sebenarnya.

Bahaya Berbohong

Tiada kejahatan yang tidak dapat dilakukan oleh seseorang pembohong yang

mengenepikan undang-undang (kebenaran) serta tidak mempedulikan hidup selepas mati.

Page 25: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

25

Bertindak Dengan Sepatutnya

Walaupun seseorang banyak melafazkan Sutta tetapi tidak mengamalkannya, individu yang

lalai ini seperti penjaga lembu yang menghitung lembu kepunyaan orang lain. Dia tidak akan mendapat berkat sebagai Pertapa (kerana sekadar menjaga harta orang lain tanpa

menikmati hasilnya).

Walaupun hanya sedikit Sutta yang mampu dilafazkan tetapi tingkah lakunya selaras dengan ajaran Buddha dan beliau tekun

menghapuskan perasaan tamak, hasad dengki dan kejahilan, berpengetahuan benar,

mempunyai minda yang benar-benar bebas, bebas daripada kewujudan, beliau

sesesungguhnya mendapat berkat sebagai Pertapa.

Berdikari

Melalui usaha, tekad, disiplin dan pengawalan kendiri, seseorang yang bijaksana membina

pulau yang tidak dapat ditenggelami oleh banjir.

Kecekalan hati

Seseorang yang jahil berpuas hati di dalam lukah kelalaiannya tetapi seseorang yang

Page 26: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

26

bijaksana menyemai dan memupuk kecekalan hati sebagai harta yang paling bernilai.

Ukur baju di badan sendiri

Seseorang individu tidak patut menilai orang lain, sama ada sesuatu kerja dilakukan atau tidak, sedangkan perbuatannya sendiri tidak

menentu.

Amalan lebih Penting

Bagaikan bunga yang sekadar cantik serta menarik, tetapi tidak berbau wangi dan tidak

mampu berbuah, begitu juga pertuturan manis seseorang yang hanya pandai bercakap tetapi

tidak mengamalkan nasihatnya.

Jangan mensia-siakan masa dengan banyak berkata

Sepatah ayat yang berisi lebih baik daripada 1000 patah perkataan yang tidak berfaedah.

Mendengar ayat yang bermanfaat itu pun cukup bagi seseorang memperolehi ketenangan.

Menghormati mereka yang lebih tua

Seseorang individu yang menghormati dan menyayangi mereka yang lebih tua akan

Page 27: SABDA BUDDHA Sayings of the Buddha Penterjemah : Hong Tai ... · Tengah memberi pengetahuan dan pemahaman yang menuju kesedaran yang mendalam, memimpin ke arah ketenangan dan kebijaksanaan

27

dibalas dengan umur yang panjang, kecantikan, kebahagiaan serta kecergasan.

Kehidupan Mulia untuk sehari

Walaupun dia dapat hidup beratus-ratus tahun tanpa kesusilaan dan kawalan, adalah lebih baik dia hanya hidup sehari dengan penuh

kemuliaan serta tekun bermeditasi.

Tiada Manusia yang bebas daripada Cacian dan Pujian

Tidak pernah berlaku, tidak mungkin berlaku, tidak juga sekarang terdapat seseorang individu

yang dicaci atau dipuji sepenuhnya.

Sepatah dua nasihat Buddha Keadaan semua benda adalah sementara

sahaja. Cuba jayakan matlamat anda dengan ketekunan.

Owner
Text Box
UNTUK BUKAN MUSLIM SAHAJA