agama buddha (sejarah 2 ting 6)

18
AGAMA BUDDHA SISTEM SOSIAL Sistem Kepercayaan dan Agama

Upload: raydaryl

Post on 25-May-2015

6.501 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

AGAMA BUDDHA

SISTEM SOSIAL

Sistem Kepercayaan dan Agama

Page 2: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Agama Buddha

Siddhartha Gautama (SG) Buddha ialah pengasas doktrin ini dan Buddha merupakan seorang putera raja dari India yang juga dikenali Shakyamuni.

Buddha bererti seorang manusia yang telah mencapai satu tahap kesedaran rohani yang sempurna.

Page 3: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Semasa berada dlm istana, beliau melihat satu kematian dan bertanya kepada dirinya mengapa manusia sakit dan mati?

Persoalan ini menyebabkan beliau keluar dari istana pada usia 35 tahun, untuk melihat erti kehidupan dan penderitaan manusia.

Beliau memulakan pertapaan dan berpuasa di bawah pohon pipal, dan pada hari ke-49 pertapaannya, beliau telah mencapai tahap Buddha.

Pada peringkat awal, ajaran Buddha bukanlah satu agama sebaliknya lebih kepada ajaran-ajaran bersifat psikologi & etika yg berkaitan kehidupan.

Page 4: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)
Page 5: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Setelah kematian SG, pengikut-pengikutnya berkumpul dan bersetuju menjadikan ajaran yang ditinggalkan sebagai satu agama yang perlu dianuti dan diamalkan yang kemudiannya dikenali sebagai agama Buddha.

Ajaran Buddha berdasarkan kitaran/pusingan kehidupan, iaituSila (moral yang tinggi)Renungan (samadhi)Kesedaran (prajna)Mencapai sambodhiTerlepas daripada pusingan kelahiran (nirvana)Hukum karma : setiap perlakuan meninggalkan kesan

buruk atau baik dan kesan ini mencorakkan perwatakan makhluk semasa di dunia atau akan datang.

Page 6: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Agama Buddha menegaskan apa jua yang akan dilahirkan semula merupakan hasil daripada perlakuan yang dilakukan dan bukannya jiwa (atma).

Maka, setiap makhluk haruslah menyelesaikan setiap perbuatannya sama ada yang baik atau buruk, kerana selagi tidak diselesaikan maka makhluk tersebut tidak akan bebas daripada pusingan kelahirannya.

Page 7: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Ajaran Buddha terkandung dalam ajarannya yang mulia, iaituDukka : merupakan kehidupan manusia yang

diselubungi kesakitan, penderitaan dan kesedihan.Samudaya : merupakan punca kesengsaraan, iaitu

nafsu yang inginkan kekayaan dan keseronokan.Nirodha : menghapuskan kesengsaraa, iaitu dengan

mengatasi nafsu.Marga : merupakan jalan atau cara yang boleh

mengatasi nafsu, iaitu melalui Jalan Mulia Berlapis Lapan (pemikiran, pengetahuan, keinginan, pertuturan, kelakuan, usaha & pertapaan yg baik)

Page 8: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Agama Buddha di Myanmar Agama Buddha telah meninggalkan

pengaruhnya yang besar dalam politik dan institusi sangha di Myanmar dan Thailand.

Raja Myanmar memerintah negaranya berdasarkan konsep dharmaraja iaitu memerintah dengan menggunakan jalan yang betul.

Sebagai satu sistem sosial pula, undang-undang biara dan undang-undang sangha digunakan untuk mengekalkan ketenteraman bekerja bagi kepentingan masyarakat.

Page 9: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Institusi sangha juga memainkan peranan penting dalam menjaga kepentingan, keamanan dan memberikan pendidikan kepada rakyat.

Hal ini juga dapat dilihat dengan kepentingan biara, iaitu sebagai tempat kanak-kanak mendapat pendidikan agama dan sekular agar mereka menjadi penganut dan pengikut agama Buddha yang cerdik dan bermoral.

Institusi sangha merupakan pemegang tradisi masyarakat Myanmar yg penting terutama selepas tahun 1886 apabila Myanmar jatuh ke tangan British kerana sangha bertindak melindungi agama, adat istiadat dan kehidupan masyarakatnya daripada ancaman British.

Page 10: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Menjelang akhir abad ke-19, agama Buddha di Myanmar dibahagikan kepada dua aliran, iaituAliran Sulagan : aliran yang mementingkan

disiplin dan kesucian BuddhaAliran Mahagandi : lebih fleksibel dan liberal

aliran ini memasukkan elemen-elemen luaran dalam ajaran agama Buddha.

Page 11: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Agama Buddha di Asia Selatan (India) Ajaran ini dilihat sebagai satu bentuk penentangan

terhadap agama Hindu terutama dominasi kasta Brahmin dan ajarannya melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia.

Ajarannya menekankan konsep ahimsa, iaitu menolak penyeksaan dan pembunuhan sama ada terhadap binatang ataupun makhluk bernyawa walaupun sumber makanan.

Pengaruh dan pencapaian agama Buddha di Asia Selatan agak terhad kerana kecemerlangannya hanya berlaku pada zaman awal masihi disebabkan sokongan daripada pemerintah seperti Asoka.

Page 12: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Agama Buddha di Asia Selatan dibahagikan kepada dua MazhabMazhab Mahayan : amalan yang mengutamakan

pencapaian dan tindakan individu dalam menentukan kehidupan

Mazhab Hinayana : menekankan kehidupan secara bermasyarakat dan pengikut ajaran ini dikenali sebagai sebagai Buddha Theravada

Page 13: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Agama Buddha di Asia Timur Perkembangan agama Buddha di Asia

Timur lebih didominasikan oleh agama Buddha Mahayana yang memberikan tumpuan kepada pencapaian serta tindakan individu dalam menentukan corak dan gaya hidup seseorang.

Mazhab Mahayana boleh didapati di negara-negara China, Jepun, Korea dan Taiwan.

Page 14: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Di negara China, agama Buddha sering bertentang dan bersaing dengan penganut Confucius. Golongan pelajar tidak memberikan sambutan baik terhadap ajaran Buddha, manakala golongan petani pula menerimanya disebabkan mereka merupakan golongan yang sering ditindas dan ditekan.

Menjelang abad ke-19, agama Buddha di China bertambah kukuh dan banyak kuil atau biara dibina.

Biara-biara ini berkembang pesat dan menjadi tempat keagamaan dan pusat mempelajari seni pertahanan diri.

Wushu sering dijadikan subjek penting di biara.

Page 15: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Di negara Jepun, perkembangan agama Buddha banyak berkait rapat dengan perkembangan yang berlaku di negara China dan dibawa masuk ke Jepun sekitar abad ke-6.

Persaingan agama Buddha di Jepun pula adalah dengan agama Shinto.

Namun, masalah diselesaikan dengan membuat satu kelonggaran iaitu membawa masuk patung-patung Shinto, manakala upacara kematian pula dilakukan mengikut ritual agama Buddha.

Di jepun, agama Buddha telah membuat pembaharuan, iaitu prinsip persamaan hak dan perpaduan sesama manusia. Agama Buddha di Jepun telah membantu dan memberikan sumbangan besar kepada kestabilan politik Jepun.

Page 16: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Hal ini disebabkan ajaran Buddha menekankan prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada pemimpin negara. Secara tidak lgsung, agama ini mengembalikan kuasa sebenar maharaja Jepun melalui doktrin falsafah yg memberi tumpuan kepentingan sistem kerajaan pusat.

Dengan memberikan kuasa sepenuhnya kepada maharaja, ini bererti kestabilan negara dapat dibentuk serta segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jaya dan mudah.

dengan faktor-faktor ini, agama Buddha telah diberikan status yang tinggi di Jepun.

Page 17: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Kedudukan agama Buddha sebagai satu agama yang penting dijelaskan melalui dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, iaitu mewujudkan sistem yang mewajibkan guru-guru dan sami-sami Buddha diambil menjadi penyelia serta penasihat kepada pegawai-pegawai kerajaan.

Sistem ini membantu kerajaan membentuk disiplin dan kelakuan mereka serta pengaruh agama Buddha ini begitu ketara semasa zaman pemerintahan Tokugawa. Agama Buddha dikawal dan dijadikan alat pemerintahan Tokugawa untuk mengawal pegawai-pegawai, pembesar-pembesar dan rakyatnya.

Page 18: Agama buddha (sejarah 2 ting 6)

Sekian. Habis sudah.