s.2

13
PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH ELM3033E 2.0 Pengenalan Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod

Upload: nadiahmy

Post on 10-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kkp moral elm 3033E

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAHELM3033E

2.0 Pengenalan

Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah. Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar.

2.1 Perbincangan Tanggungjawab Guru Sebagai Profesional kepada Para Pelajar dan Implikasi ke atas Pembentukan Sahsiah dan Akhlak Mereka.

Mengikut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bin Miskon: Julai 2010: m.s; 5). Pada asasnya tugas bagi seorang guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang mempunyai kehidupan yang berkualiti. Tanggungjawab ini berat dan bukan mudah, bila dinyatakan tugas guru sebagai mendidik pelajar menjadi seorang insan ia juga akan menentukan pemimpin negara pada masa akan datang serta jatuh bangunnya sesuatu bangsa. Oleh itu adalah sangat tidak bertepatan pandangan mana-mana pihak yang menyatakan tugas seorang guru adalah mudah. Guru memikul tanggungjawab yang berat dalam membentuk keperibadian pelajar bukan sahaja untuk cemerlang dalam bidang akademik tetapi untuk memastikan anak bangsa yang dididik seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan hasrat yang diutarakan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan di Negara Malaysia dari dulu sehingga kini di dukung oleh tenaga-tenaga pendidik yang professional.hakikat ini diakui kerana kerjaya perguruan ini di setujui oleh kod-kod etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut Dewan Bahasa & Pustaka ( 1995 ), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak atau tingkah laku atau kesusilaan. Dari perspektif Islam pula etika ialah sesuatu yang berasaskan kepada tingkah laku yang betul dan ketaqwaan kepada Allah. Dengan itu disimpulkan secara dasarnya kod etika keguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar

Kod Etika Perguruan

Adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa. Konsep dan kepentingan etika Definisi etika itu sendiri merujuk daripada http://emiritonga123.blogspot.com, berasal dari bahasa Yunani iaitu Ethos yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan. Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin iaitu Mos yang bererti adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik dan menghindar dari hal-hal tindakan yang tidak baik. Maksud etika itu sendiri boleh dirangkumkan seperti berikut: 1. satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)1. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).1. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.1. Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Secara ringkasnya, konsep etika ialah peraturan ataupun tatatertib yang mesti dipatuhi oleh seseorang secara profesional. Etika juga boleh dikonsepkan sebagai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh seseorang dalam bidangnya ataupun mengikut kesesuaian profesionnya. Dalam konteks keguruan, semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Bertitik tolak dari pemahaman terhadap konsep ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia merangka, menyusun serta membina satu set garis panduan yang mesti dipatuhi oleh semua guru. Walaubagaimanapun, skop perbincangan ini lebih menumpu kepada tanggungjawab guru sebagai professional kepada pelajar dan implikasi ke atas pembentukan sahsiah akhlak. Oleh itu tanggungjawab guru ini berdasarkan kod etika yang telah digariskan.

Pelbagai tanggungjawab guru terhadap pelajar di sekolah. Berikut merupakan beberapa tanggungjawab guru terhadap pelajar.

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Aspek ini merupakan tanggungjawab utama yang sepatutnya diamalkan oleh setiap guru. Walaubagaimanapun, pada masa kini realiti yang banyak berlaku guru hanya mengejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan yang mana pada akhirnya kebajikan pelajar jarang sekali diambil kira. Sebagai seorang guru yang professional, sepatutnya perlu mengimbangi antara kecemerlangan akademik dengan kebajikan serta keselamatan pelajar.Pada asasnya, etika ini sudah ada secara teorinya tetapi realiti sebenar yang berlaku di sekolah tidak seperti yang diharapkan. Maka aspek ini wajar direalisasikan agar ianya selari dengan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan individu yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian kan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Implikasinya, akan melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja akademik malah cemerlang dalam sahsiah dan akhlak mereka. Ini kerana guru memberikan sepenuh perhatian kepada murid. Murid rasa sentiasa dihargai dan dari itu timbulnya semangat dan rasa tanggungjawab murid untuk membalas jasa guru.

2. Bersikap adil terhadap setiap pelajarGuru seharusnya mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan kepercayaan, politik, tempat asal, keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. Masa kini, realiti yang berlaku di sekolah adalah di mana kelas yang pandai biasanya diberi penekanan yang lebih supaya pelajar mendapat prestasi yang cemerlang manakala kelas yang terbelakang pula penekanan kurang diberikan dan pada akhirnya pelajar ini terus ketinggalan dalam arus penddikan negara. Satu satu tujuan reformasi pendidikan yang dikenal pasti oleh Sarason ialah : Mengurangkan jurang perbezaan pencapaian pendidikan pelajar yang mempunyai latar belakang kelas sosial dan ras yang berbeza.

Implikasinya, guru yang prihatin dan bersikap adil kepada semua pelajar dapat mewujudkan suasana muhibah dan kasih sayang tanpa melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya. Kesan daripada ini, ia dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab ke atas perbuatannya sendiri. Maka dengan itu, wajarlah aspek ini direalisasikan oleh setiap guru.

3. Teladan kepada pelajar dari segi cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlakuGuru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak dan moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan menjadi negara maju pada abad akan datang. Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin yang berbunyi dan rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat, dan katanya lagi, dua golongan manusia yang penting dan berpengaruh dalam masyarakat ialah guru dan pemimpin Negara. Oleh itu, guru juga perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik agar boleh menjadi model dan contoh tauladan kepada pelajar. Implikasinya, jika guru sememangnya mengamalkan semua suri teladan tersebut iaitu cara berpakaian, tutur kata yang diucapkan dan tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi ikutan pada pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling dekat dengan para pelajar. Seperti kata pepatah Melayu, Jika guru kencing berdiri maka murid kencing berlari atau seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.4. Membimbing dan mengajar pelajar Guru seharusnya membimbing dan mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Sememangnya berlaku demikian di sekolah kerana guru telah mendapat gaji tetap secara bulanan. Namun begitu sekiranya berlaku kelas tambahan, maka biasanya guru-guru di bayar elaun khas melalui Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG). PIBG memainkan peranan memberi sedikit bayaran lain sebagai insentif kepada guru-guru. Guru juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan sentiasa sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meneruskan usaha menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meliputi guru-guru dan kakitangan sekolah serta para pelajarnya.Guru hendaklah sentiasa membimbing pelajar dalam proses mengembangkan potensi intelek dan rohani mereka agar mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan yang mana negara dapat menghasilkan modal insan yang berguna pada masa hadapan.5. Mempertingkat profesionalisme dari semasa ke semasa melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar. Profesionalisme perlu dipertingkatkaN supaya pengajaran guru mencapai matlamat dan objektif yang sepatutnya kepada para pelajar dengan mudah.Kebanyakan guru sibuk dengan tugas-tugas harian dan tidak mempunyai masa untuk terlibat sepenuh masa dalam program di atas. Tanpa penglibatan guru dalam program di atas maka adalah sukar untuk melaksanakan pembaharuan, perubahan dan refomasi. Sepatutnya guru-guru didedahkan dengan perkara ini supaya guru dapat membuat keputusan yang bijak dan cepat, memenuhi keperluan dan selera pelajar, mengikut piawai dan kualiti yang diiktiraf, kemampuan bertanding dan membuat penilaian berasaskan produktiviti serta penyempurnakan sasaran dan objektif. Berasaskan kepada perkembangan Teknologi Maklumat (IT) dan pengurusan dalam erateknologi maklumat masa kini maka perancangan strategik perlu dilakukan supaya perubahan sikap dapat berlaku melalui faktor ini.Matlamat untuk mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini merupakan tanggungjawab semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu, Etika Profesion Perguruan Malaysia dan Etika Kerja yang mantap perlu diamalkan untuk memastikan warga pelapis Negara mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab, dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, maka kod etika telah pun disediakan. Kod etika ini telah disediakan dalam bentuk ikrar dan lazimnya tercetak di halaman depan buku persediaan mengajar guru. Berpandukan kepada kod etika profesion perguruan ini, guru dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia. Kod etika ini akan dinilai dari masa ke semasa agar ia memenuhi keperluan semasa. Maka ia wajar diamalkan oleh setiap guru agar sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

6. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar

Menjaga kerahsiaan dan mengambil langkah-langkah menyimpan kerahsiaan adalah penting demi untuk menjaga maruah pelajar. Segala maklumat tidak boleh disebarkan kepada pihak ke tiga kerana mungkin akan didedahkan kepada pihak yang lain pula dan dengan ini kerahsiaan tidak akan terjamin. Realiti yang berlaku di sekolah hanyalah Unit Bimbingan dan Kaunseling sahaja yang memegang kepada kod etika ini manakala yang lain menganggapperkara kerahsiaan ini adalah perkara biasa sahaja. Setiap guru sebenarnya berperanan menjadi orang yang mendengar dan menjaga rahsia agar pelajar dapat meluahkan perasaan apabila mereka menghadapi masalah.Maka secara tidak langsung, ia dapat melahirkan pelajar yang lebih stabil dari segi emosi dan akhirnya pelajar tersebut dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran mereka.

2.2 KesimpulanEtika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam organisasi. Walaubagaimana cekap sekalipun pengurusan, sememangnya tidak bererti jika tidak dibaluti dan diikat dengan etika pengurusan yang sempurna. Etika akan melahirkan budaya kerja yang cemerlang, perkhidmatan cemerlang dan barangan yang berkualiti. Etika ini akan bererti jika ianya mematuhi nilai-nilai moral. Walaupun secara keseluruhan artikel di atas menunjukkan guru-guru telah mengamalkan etika profesion perguruan seperti yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, namun kedapatan juga segelintir guru bertindak dan berpelakuan tidak wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kenapakah perkara ini boleh berlaku?Dan siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Bagi meningkatkan lagi amalan etika profesion perguruan yang telah diamalkan oleh guru-guru tersebut, saya mencadangkan agar:(i) Pihak pentadbir hendaklah meneruskan usaha menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meli puti guru-guru dan kakitangan sekolah serta para pelajarnya.

(ii) Pihak pentadbir juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan juga memastikan guru sentiasa sedar akan peranannya dan tanggungjawab mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil kepada semua pelajar serta mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya.

(iv) Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi model kepada pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi ikutan pada pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling dekat dengan para pelajar.