rumusan

2
RUMUSAN 1. Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan merupakan kelompok terbesar dalam kategori kanak-kanak kurang upaya. Apakah yang anda faham dengan strategi pengendalian kanak-kanak pelbagai kecacatan. 2. Kanak-kanak pelbagai kecacatan mempunyai beberapa halangan dari segi kemahiran dalam pembelajaran dan juga dalam kehidupan mereka. Halangan tersebut termasuklah masalah berkomunikasi, mempunyai kesukaran dalam mengeneralisasi pembelajaran dari satu perkara kepada perkara lain. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan kemahiran dalam kehidupan mereka. 3. Kanak-kanak yang mempunyai kerosakan pancaindera, di samping mempunyai kerosakan kognitif mempunyai cabaran dalam pengajaran, mobiliti dan penjagaan diri. Namun, sekarang ini terdapat banyak jenis bantuan teknologi yang disediakan untuk membantu mobiliti dan penjagaan diri. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan kognitif mempunyai kebolehan yang terhad untuk berfikir secara abstrak dan memerlukan bantuan dan sokongan yang baik dalam membantu mengeneralisasikan kemahiran dari satu ke situasi yang lain. 4. Guru, ibu bapa dan komuniti yang lain perlu bersama-sama memberi sokongan bagi kanak-kanak luar biasa ini yang merupakan kanak- kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Oleh yang demikian, program perlu dirancang khusus untuk memenuhi

Upload: jasfida

Post on 20-Feb-2017

160 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rumusan

RUMUSAN

1. Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan merupakan kelompok terbesar

dalam kategori kanak-kanak kurang upaya. Apakah yang anda faham dengan strategi

pengendalian kanak-kanak pelbagai kecacatan.

2. Kanak-kanak pelbagai kecacatan mempunyai beberapa halangan dari segi kemahiran

dalam pembelajaran dan juga dalam kehidupan mereka. Halangan tersebut termasuklah

masalah berkomunikasi, mempunyai kesukaran dalam mengeneralisasi pembelajaran

dari satu perkara kepada perkara lain. Kanak-kanak ini memerlukan sokongan

kemahiran dalam kehidupan mereka.

3. Kanak-kanak yang mempunyai kerosakan pancaindera, di samping mempunyai

kerosakan kognitif mempunyai cabaran dalam pengajaran, mobiliti dan penjagaan diri.

Namun, sekarang ini terdapat banyak jenis bantuan teknologi yang disediakan untuk

membantu mobiliti dan penjagaan diri. Kanak-kanak yang mengalami kerosakan kognitif

mempunyai kebolehan yang terhad untuk berfikir secara abstrak dan memerlukan

bantuan dan sokongan yang baik dalam membantu mengeneralisasikan kemahiran dari

satu ke situasi yang lain.

4. Guru, ibu bapa dan komuniti yang lain perlu bersama-sama memberi sokongan bagi

kanak-kanak luar biasa ini yang merupakan kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal,

sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa hinggakan

mereka tidak dapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Oleh yang

demikian, program perlu dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-

murid ini. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah termasuk pengunaan bahan-bahan

khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan

dan keupayaan murid tersebut.

5. Selaras dengan falsafah Pendidikan Khas, kanak-kanak ini perlu dididik dan dibentuk

melalui perkembangan mental, kestabilan emosi dan integrasi sosial dalam kehidupan

seharian mereka. Di samping itu juga, intervensi-intervensi perlu dilakukan untuk

menolong kanak-kanak khas ini bagi mencapai kepuasan diri dari segi akedemik dan

vokasional untuk membolehkan mereka berdikari dalam kehidupan mereka.