rujukan instrument

3
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 3.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan tugasan PBS ini. Salah satu daripada kaedah yang saya guna ialah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah tidak berapa sempurna dan selesa tetapi masih mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu, pihak pentadbiran sekolah tetap berusaha untuk membuat penambahbaikan terhadap prasarana sekolah. Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah dan landskap sekolah yang hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama. Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding- dinding sekolah tetapi masih lagi tidak menarik dan memberikan keceriaan, banyak yang perlu ditambahbaik dari segi keceriaan di sudut-sudut ilmu dan dinding sekolah. Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.

Upload: loh-chia-pei

Post on 13-Sep-2015

219 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

3.0INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 Pemerhatian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan tugasan PBS ini. Salah satu daripada kaedah yang saya guna ialah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah tidak berapa sempurna dan selesa tetapi masih mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini. Walaupun begitu, pihak pentadbiran sekolah tetap berusaha untuk membuat penambahbaikan terhadap prasarana sekolah.

Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah dan landskap sekolah yang hanya berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang lama. Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah tetapi masih lagi tidak menarik dan memberikan keceriaan, banyak yang perlu ditambahbaik dari segi keceriaan di sudut-sudut ilmu dan dinding sekolah.

Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh dedikasi dan semangat ingin menarik perhatian murid-murid. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu pengajaran dan pembelajaran tersebut akan diganti oleh guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

3.2 Temu Bual

Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini. Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan hal ehwal murid (HEM), guru panitia, guru-guru lain kakitangan sekolah dan murid. Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini

3.3 Soal Selidik

Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang murid sekolah ini. Saya menanyakan murid tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang menarik mengenai sekolah ini.