rubrik

9

Click here to load reader

Upload: bavani-sagathevan

Post on 09-Dec-2015

326 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

nmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmnnnnnnnnnnnnnnnnn

TRANSCRIPT

Page 1: RUBRIK

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai

serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin

iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat-tempat yang

menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Namun, arca stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak

terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Stabail tidak

mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak

secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid

dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati.

Soalan

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca stabail sebagai

karya akhir anda. Penghasilan arca tersebut perlu mengikuti spesifikasi-

spesifikasi yang berikut:

BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

TAJUK : Arca Hiasan

TEKNIK : Arca Stabail

TEMA : Haiwan/Fauna

BAHAN : Bahan-bahan semula jadi

BILANGAN WARNA: Bebas

SAIZ MINIMUM: 30cm x 30cm

PEMBINAAN RUBRIK PEMARKAHAN

Page 2: RUBRIK

CONTOH KAYRA ARCA STABAIL

Page 3: RUBRIK

KRITERIA GRED / MARKAH

A.

REKA BENTUK

( 30% )

Cemerlang

(26-30)

Baik

(20-25)

Memuaskan

(15-19)

Kurang memuaskan

(10-14)

Lemah

(0-9)

Struktur reka bentuk

arca yang sangat

menarik dengan

menepati tema.

Struktur reka bentuk

arca yang baik serta

menepati tema.

Struktur reka bentuk

arca yang sederhana

serta kurang

menepati tema.

Struktur reka bentuk

arca yang kurang

baik dan kurang

menepati tema.

Struktur reka bentuk

arca yang sangat

kurang baik dan tidak

menepati tema.

B.

KREATIVITI DAN KEASLIAN

( 20% )

Cemerlang

(16-20)

Baik

(11-15)

Memuaskan

(7-10)

Kurang memuaskan

(4-6)

Lemah

(0-3)

Sangat kreatif dalam

penggunaan bahan

yang pelbagai

mengikut

kesesuaian.

Arca yang dihasilkan

memiliki keaslian

yang tersendiri.

Kreatif dalam

penggunaan bahan

mengikut

kesesuaian.

Arca mempunyai

keaslian.

Kurang kreatif dalam

penggunaan bahan

mengikut

kesesuaian.

Arca menunjukkan

kurang keaslian.

Sangat kurang

kreatif dalam

penggunaan bahan.

Arca gagal memiliki

keaslian.

Tidak langsung

meluahkan kreativiti

dan tidak memiliki

keaslian.

RUBRIK PEMARKAHAN SECARA ANALITIK

Page 4: RUBRIK

C.

KEKUKUHAN DAN

KESELAMATAN

( 20% )

Cemerlang

(16-20)

Baik

(11-15)

Memuaskan

(7-10)

Kurang memuaskan

(4-6)

Lemah

(0-3)

Menghasilkan arca

yang sangat kukuh

dengan menepati

ciri-ciri pembinaan

arca stabail serta

Pembinaan arca

yang selamat untuk

digunakan dan

mudah alih.

Menghasilkan arca

yang kukuh dengan

menepati ciri-ciri

pembinaan arca

stabail.

Pembinaan arca

yang selamat untuk

digunakan.

Menghasilkan arca

yang kurang kukuh

dan kurang selamat

untuk digunakan.

Menghasilkan arca

yang sangat kurang

kukuh dan sangat

kurang selamat

untuk digunakan.

Menghasilkan arca

yang tidak kukuh dan

tidak selamat untuk

digunakan.

D.

KEKEMASAN

( 20% )

Cemerlang

(16-20)

Baik

(11-15)

Memuaskan

(7-10)

Kurang memuaskan

(4-6)

Lemah

(0-3)

Menghasilkan arca

yang sangat kemas

dan teratur

menggunakan teknik

dan proses yang

betul.

Mempunyai kualiti

Menghasilkan arca

yang kemas tetapi

kurang teratur dan

teratur menggunakan

teknik dan proses

yang betul.

Mempunyai kualiti

Menghasilkan arca

yang sederhana

kemas dan teratur

dan kurang

menggunakan teknik

dan proses yang

betul.

Menghasilkan arca

yang sangat kurang

kemas dan kurang

teratur dan tidak

menggunakan

teknik dan proses

yang betul.

Menghasilkan arca

yang sangat tidak

kemas dan tidak

teratur.

Tidak langsung

mempunyai kualiti

kerja.

Page 5: RUBRIK

kerja yang sangat

baik.

kerja yang baik. Mempunyai kualiti

kerja yang

memuaskan.

Mempunyai kualiti

kerja yang kurang

memuaskan.

E.

PEMILIHAN

BAHAN DAN

WARNA

( 10% )

Cemerlang

(9-10)

Baik

(7-8)

Memuaskan

(5-6)

Kurang memuaskan

(4-3)

Lemah

(1-2)

Menggunakan bahan

semula jadi secara

berkesan dan warna

yang sangat

bersesuaian dengan

tajuk.

Menggunakan bahan

semula jadi dan

warna yang

bersesuaian dengan

tajuk.

Sederhana dalam

menggunakan bahan

dan warna yang

bersesuaian dengan

tajuk.

Menggunakan

bahan dan warna

yang sangat kurang

sesuai dengan tajuk.

Menggunakan bahan

dan warna yang tidak

langsung sesuai

dengan tajuk.

Page 6: RUBRIK

GRED/MARKAH HURAIAN PEMARKAHAN

GRED A

80-100%

Menghasilkan karya berdasarkan tema yang diberikan.

Menggambarkan struktur reka bentuk yang menarik. Dapat

mengaplikasikan bilangan warna yang pelbagai dan sesuai

dengan karya secara menarik. Boleh menghasilkan arca stabail

yang mesra pengguna dan kukuh serta menepati ciri-cirinya.

Bahan-bahan semula jadi dapat digunakan secara optimum

dengan terurus dan terancang. Proses penghasilan seperti

percantuman, kimpalan, gam dan sebagainya dilaksanakan

dengan kemas. Dapat menghasilkan arca stabail bertema

haiwan/fauna sebagai arca hiasan secara kemas dan tersusun

serta mempunyai kreativiti dan keaslian hasil karya yang

tersendiri.

GRED B

60-79%

Menghasilkan karya berdasarkan tema yang sederhana tepat.

Menggambarkan struktur reka bentuk yang baik. Dapat

mengaplikasikan bilangan warna yang pelbagai. Boleh

menghasilkan arca stabail yang mesra pengguna dan kukuh

tetapi kurang menepati ciri-cirinya. Bahan-bahan semula jadi

dapat digunakan dengan terurus. Proses penghasilan seperti

percantuman, kimpalan, gam dan sebagainya dapat

dilaksanakan tetapi kurang kemas. Dapat menghasilkan arca

stabail bertema haiwan/fauna sebagai arca hiasan secara baik

dan mempunyai kreativiti dan keaslian.

GRED C

40-59%

Menghasilkan karya berdasarkan tema yang kurang tepat.

Menggambarkan struktur reka bentuk yang sederhana baik.

Mengaplikasikan bilangan warna yang sangat berkurangan.

Menghasilkan arca stabail yang kurang mesra pengguna dan

kurang kukuh serta kurang menepati ciri-cirinya. Bahan-bahan

semula jadi digunakan secara tidak terurus dan tidak

RUBRIK PEMARKAHAN SECARA HOLISTIK

Page 7: RUBRIK

terancang. Proses penghasilan seperti percantuman, kimpalan,

gam dan sebagainya tidak dilaksanakan dengan betul dan

kemas. Dapat menghasilkan arca stabail tetapi kurang

menepati tema haiwan/fauna sebagai arca hiasan. Karya

tersebut kurang menunjukkan kreativiti dan keaslian tersendiri.

GRED D

20-39%

Lemah dalam memahami tema yang diberikan menyebabkan

penghasilan karya sangat kurang menepati tema.

Menggambarkan struktur reka bentuk yang sangat lemah.

Mengaplikasikan bilangan warna yang sangat kurang dan tidak

sesuai dengan karya. Menghasilkan arca stabail yang tidak

mesra pengguna dan lemah dari segi aspek kekukuhan serta

tidak menepati ciri-cirinya. Pemilihan bahan semula jadi yang

digunakan tidak sesuai untuk penghasilan arca stabail. Proses

penghasilan seperti percantuman, kimpalan, gam dan

sebagainya tidak langsung dilaksanakan. Menghasilkan arca

stabail yang sangat tidak menepati tema haiwan/fauna sebagai

arca hiasan. Karya tersebut tidak menunjukkan kreativiti dan

keaslian tersendiri.

GRED E

0-19%

Langsung tidak memahami tema yang diberikan menyebabkan

penghasilan karya langusng tidak menepati tema. Karya tidak

sekali mempunyai struktur reka bentuk. Tiada bilangan warna

yang jelas. Sangat lemah dari segi aspek kekukuhan dan

keselamatan serta langsung tidak menepati ciri arca stabail.

Pemilihan bahan semula jadi yang yang tidak langsung sesuai

dengan tajuk karya. Tidak langsung mengaplikasikan proses

penghasilan yang betul. Menghasilkan arca stabail yang

langusng tidak menepati tema haiwan/fauna sebagai arca

hiasan. Karya tersebut tidak langsung meluahkan kreativiti dan

keaslian tersendiri. Tugasan yang tidak mempunyai kekemasan

sama sekali.

Page 8: RUBRIK

PENCAPAIAN HURAIAN

Cemerlang Menguasai semua objektif serta menghasilkan karya dengan baik dan berkesan

baik Menguasai kebanyakan objektif dan menghasilkan karya dengan berkesan

Kepujian Menguasai hampir sebahagian objektif dan menghasilkan karya dengan

memuaskan

Lemah Menguasai sebahagian kecil objektif dan penghasilan karya adalah lemah

Sederhana Belum menguasai sebarang objektif dan penghasilan karya adalah lemah

Pencapaian

minimum Gagal memberikan sebarang jawapan dan penghasilan karya amat lemah

PENCAPAIAN MARKAH (%) GRED

Cemerlang 80-100 A

Baik 60-79 B

Kepujian 40-59 C

Sederhana 20-39 D

Pencapaian Minimum 0-19 E

GRED

PENCAPAIAN

Page 9: RUBRIK