ruang kerjakualalumpur.jetpack.my/wp-content/uploads/2015/10/jetpack1-1.pdfsia ke sidang kemuncak...

2
− KHAMIS 3 DISEMBER 2015 bhnita@bh.com.my NIKMATI KEENAKAN PAIS IKAN Muka 12 Oleh Norhafzan Jaafar [email protected] H ujung tahun biasa- nya waktu paling sesuai untuk ber- cuti bagi keba- nyakan mereka yang bekerja memandang- kan ia juga adalah musim cuti sekolah. Bagaimanapun, sering kali berlaku apabila anda tidak dibenarkan bercuti oleh pihak atasan meman- dangkan masih banyak tugasan penting yang perlu disiapkan menjelang akhir tahun. Komitmen yang tinggi terhadap tugasan dan ker- jaya juga kadangkala menye- babkan anda sebagai pekerja sanggup membiarkan cuti tahunan yang masih banyak berbaki terbiar begitu saja tanpa dimanfaatkan sepe- nuhnya untuk bersama- sama keluarga. Bercuti sambil bekerja Menyedari masalah yang hampir sama sering dihada- pi dalam kalangan pekerja, Jetpack Internet PLT, sebuah syarikat yang diterajui anak muda tempatan mewu- judkan satu pendekatan inovatif bertujuan mengim- bangi kesibukan gaya hidup bekerja, tetapi pada masa yang sama, mampu mem- bolehkan golongan pekerja menghabiskan cuti tahunan mereka. Konsep Jetpakcing yang diper- kenalkan me- reka adalah de- ngan menyediakan ruang bekerja yang mem- bolehkan anda meneruskan tugasan pejabat dari jauh, tetapi pada masa yang sama, membolehkan anda menik- mati keseronokan bercuti bersama-sama keluarga. Pengasasnya yang juga Ketua Pegawai Ekseku- tif Jetpack Internet PLT, Iskandar Md Sah, berkata sebagai permulaan, Jetpack yang diperkenalkan sejak Ogos lalu menawarkan khidmat kepada semua pekerja termasuk profesio- nal yang bekerja jarak jauh untuk berkongsi ruang dan kemudahan pejabat di sya- rikatnya yang beroperasi di Plaza Damas 3, Bukit Kiara. Beroperasi dari beberapa lokasi “Dalam masa terdekat, kami akan mula beroperasi dari beberapa lokasi yang sering menjadi destinasi tumpuan pelancong untuk bercuti di sekitar Asia Tenggara ini, antaranya Bali di Indonesia; Ko Lanta di Krabi, Thailand dan New Zealand. “Dengan bayaran yang cukup minimum, sama ada mengikut jam, harian atau bulanan, anda boleh menggunakan kemudahan ruang pejabat yang disedi- akan untuk menyiapkan segala urusan kerja ketika dalam tempoh percutian. ruang kerja Perkongsian » Jetpack seimbangkan gaya hidup bekerjaya dengan keseronokan bercuti Muka 5 Iskandar (kiri) bersama- sama rakan kongsi sering berbincang bagi meningkatkan perkhidmatan ditawarkan.

Upload: others

Post on 28-Dec-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ruang kerjakualalumpur.jetpack.my/wp-content/uploads/2015/10/jetpack1-1.pdfsia ke sidang kemuncak dan pameran laman sesa - wang di Dublin, Ireland yang berlangsung pada 3 hingga 5

FAMILI− KHAMIS 3 DISEMBER 2015 [email protected]

NIKMATI KEENAKAN PAIS IKAN ≤ Muka 12

Oleh Norhafzan Jaafar [email protected]

Hujung tahun biasa-nya waktu paling sesuai untuk ber- cuti bagi keba-nyakan mereka

yang bekerja memandang- kan ia juga adalah musim cuti sekolah.

Bagaimanapun, sering kali berlaku apabila anda tidak dibenarkan bercuti oleh pihak atasan meman-dangkan masih banyak tugasan penting yang perlu disiapkan menjelang akhir tahun.

Komitmen yang tinggi terhadap tugasan dan ker-jaya juga kadangkala menye-

babkan anda sebagai pekerja sanggup membiarkan cuti tahunan yang masih banyak berbaki terbiar begitu saja tanpa dimanfaatkan sepe-nuhnya untuk bersama-sama keluarga.

Bercuti sambil bekerjaMenyedari masalah yang hampir sama sering dihada-pi dalam kalangan pekerja, Jetpack Internet PLT, sebuah syarikat yang diterajui anak muda tempatan mewu-judkan satu pendekatan inovatif bertujuan mengim-bangi kesibukan gaya hidup bekerja, tetapi pada masa yang sama, mampu mem-bolehkan golongan pekerja menghabiskan cuti tahunan mereka.

Konsep Jetpakcing yang diper-kenalkan me- reka adalah de- ngan menyediakan ruang bekerja yang mem-bolehkan anda meneruskan tugasan pejabat dari jauh, tetapi pada masa yang sama, membolehkan anda menik-mati keseronokan bercuti bersama-sama keluarga.

Pengasasnya yang juga Ketua Pegawai Ekseku-tif Jetpack Internet PLT, Iskandar Md Sah, berkata sebagai permulaan, Jetpack yang diperkenalkan sejak Ogos lalu menawarkan khidmat kepada semua pekerja termasuk profesio-nal yang bekerja jarak jauh

untuk berkongsi ruang dan kemudahan pejabat di sya-rikatnya yang beroperasi di Plaza Damas 3, Bukit Kiara.

Beroperasi dari beberapa lokasi“Dalam masa terdekat, kami akan mula beroperasi dari beberapa lokasi yang sering menjadi destinasi tumpuan pelancong untuk bercuti di sekitar Asia Tenggara ini, antaranya Bali di Indonesia; Ko Lanta di Krabi, Thailand dan New Zealand.

“Dengan bayaran yang

cukup minimum, sama ada mengikut jam, harian atau bulanan, anda boleh menggunakan kemudahan

ruang pejabat yang disedi-akan untuk menyiapkan segala urusan kerja ketika dalam tempoh percutian.

ruang kerjaPerkongsian

» Jetpack

seimbangkan

gaya hidup

bekerjaya

dengan

keseronokan

bercuti

≤ Muka 5

Iskandar (kiri) bersama-

sama rakan kongsi sering

berbincang bagi meningkatkan perkhidmatan ditawarkan.

Page 2: ruang kerjakualalumpur.jetpack.my/wp-content/uploads/2015/10/jetpack1-1.pdfsia ke sidang kemuncak dan pameran laman sesa - wang di Dublin, Ireland yang berlangsung pada 3 hingga 5

3 DISEMBER 2015 − KHAMIS FAMILI BH2 ≥ 5

≤ Dari muka 4

“Inilah masanya untuk

membolehkan mereka yang dipanggil nomad digital atau golongan yang bekerja dari jarak jauh ini mengem-bangkan kerjaya mereka dan pada masa sama, mempu-nyai keseimbangan dengan waktu kualiti bersama keluarga,” katanya kepada FAMILI, baru-baru ini.

Gaya hidup dan kerjaya seimbangIskandar berkata, selain kese-imbangan antara gaya hidup dengan kerjaya, konsep Jet-packing juga dilihat mampu merangsang produktiviti dan kreativiti pekerja, sekali gus mampu membantu mereka memaksimumkan cuti tahunan yang masih berbaki.

“Jadi tiada lagi masalah ketua anda enggan melu-luskan cuti kerana dia tahu tugasan yang diberi mampu disiapkan kerana anda ber-cuti di lokasi rangkaian Jet-pack yang dilengkapi kemu-dahan untuk anda bekerja

Peluang ke peringkat antarabangsaPaling membanggakan, konsep yang diperkenal-kan Jetpack Internet PLT juga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila syarikat terbabit terpilih mewakili Malay-sia ke sidang kemuncak dan pameran laman sesa-wang di Dublin, Ireland yang berlangsung pada 3 hingga 5 November lalu.

Iskandar berkata,

penyertaan Jetpack dalam persidangan tekno-logi terbesar di dunia itu disifatkan sebagai per-mulaan terbaik kepada syarikatnya, selain turut mampu menaikkan nama negara di mata dunia.

Kongsi konsep, idea“Kami amat berbesar hati dengan peluang yang diberikan kerana ia juga

sebagai pembuka jalan kepada kami untuk ber-kongsi konsep dan idea ini ke seluruh dunia.

“Peluang yang ada kami gunakan sepenuhnya untuk memperkenalkan konsep ini, sekali gus mem-bawa lebih ramai golongan profesional mengunjungi negara ini sambil bercuti bersesuaian dengan apa yang ditawarkan menerusi

pakej Jetpacking.“Kami menerima mak-

lum balas cukup positif kerana ramai yang ber-minat dengan konsep ini memandangkan ke- jatuhan nilai ringgit dapat dimanfaatkan sepe-nuhnya ketika ini kerana pakej yang ditawarkan disifatkan terlalu murah berbanding mata wang euro,” katanya.

lebih mudahTugasan

dari jauh.“Anda sendiri tidak perlu

risau atau bimbang untuk berkerja kerana tahu kelu-arga juga ada bersama-sama dan dapat menikmati kese-ronokan bercuti,” katanya mengenai kemudahan yang ditawarkan dalam pakej Jet-packing terbabit.

Iskandar berkata, walau-

pun Jetpack bukan ejen pelancongan, tetapi mereka juga menyediakan pakej percutian bersama keluar-ga lengkap dengan kemu-dahan internet terpantas dan keperluan pejabat lain untuk memastikan seseorang mampu menyu-dahkan tugasan mereka.

Katanya, sejak memu-

lakan operasi, Jetpack KL Package menerima sambu-tan yang menggalakkan daripada ekspatriat yang bekerja di ibu negara.

Sediakan ruang latihanBeliau berkata, antara me- reka yang menggunakan khidmat syarikat itu adalah golongan profesional dan

kreatif dari Perancis, Bri-tain, Pakistan dan Switzer-land.

Katanya, selain menye-diakan ruang perkongsian pejabat, Jetpack juga mena-warkan kemudahan ruang untuk latihan dan kursus yang boleh menampung sehingga 30 peserta dalam satu masa.

Anda sendiri tidak perlu risau atau bimbang untuk bekerja kerana tahu keluarga juga ada bersama-sama dan dapat menikmati keseronokan bercuti”

Iskandar Md Sah, Ketua Pegawai Eksekutif Jetpack Internet PLT

Iskandar (kiri) bersama-

sama rakan kongsi sering

berbincang bagi meningkatkan perkhidmatan ditawarkan.