rpt- model assure mt thn 2

5
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure) Nama Guru Roslina bt Basharudin Mata Pelajaran Matematik Kelas 2 Pekerti Tarikh 11 Mac 2013 Masa 8.00 – 9.00 pagi BilanganMurid 20 orang Tajuk Ruang Hasil Pembelajaran 1. Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian. Analisis Pelajar Ciri Umum Pelajar Pengetahuan Sedia Ada Gaya Pembelajaran Berlatar belakangkan bentuk-bentuk yang ada di persekitaran mereka seperti di rumah, sekolah, tempat-tempat awam dan sebagainya. Murid pernah belajar bentuk dan ruang Tahun 1. Murid lebih cenderung ke arah gaya penemuan berpandu dan koperatif. Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran murid dapat : 1. Murid dapat mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian.

Upload: ame-lina

Post on 12-Feb-2015

30 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rancangan harian modul assure thn 2

TRANSCRIPT

Page 1: RPT- Model Assure Mt Thn 2

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (Mengikut Model Assure)

Nama Guru Roslina bt Basharudin

Mata Pelajaran Matematik

Kelas 2 Pekerti

Tarikh 11 Mac 2013

Masa 8.00 – 9.00 pagi

BilanganMurid 20 orang

Tajuk Ruang

Hasil

Pembelajaran

1. Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian.

Analisis Pelajar Ciri Umum

Pelajar

Pengetahuan

Sedia Ada

Gaya

Pembelajaran

Berlatar belakangkan

bentuk-bentuk yang

ada di persekitaran

mereka seperti di

rumah, sekolah,

tempat-tempat awam

dan sebagainya.

Murid pernah

belajar bentuk dan

ruang Tahun 1.

Murid lebih

cenderung ke arah

gaya penemuan

berpandu dan

koperatif.

Hasil

Pembelajaran

Di akhir pembelajaran murid dapat :

1. Murid dapat mengenal pasti bentuk tiga dimensi

berdasarkan huraian.

2. Murid dapat melabelkan ciri-ciri bentuk 3D

Memilih

kaedah, media

dan sumber

Kaedah

Kuliah

Media

Tayangan video

Alat dan bahan sumber

yang diperlukan

Komputer dan LCD

Projek Media 1 (2D)

Gambar-gambar

Page 2: RPT- Model Assure Mt Thn 2

Konstruktivisme Bahan 2D-Foto bongkah 3D

Koperatif

Media 2 (3 D)

Bahan 3D -

Bongkah

Model barangan:

- Kubus

- Piramid

- Silinder

- Sfera

- Meja murid

Menggunakan

media dan

bahan

Penerangan ringkas tentang persediaan mengajar serta cara

penggunaan media dan bahan – preview, sediakan bahan untuk

penggunaan dalam kelas, sediakan persekitaran.

Bahan 2D – Gambar bongkah-bongkah 3D / gambar meja murid

Bahan 3D - Model bongkah

Video - Mengenai bongkah

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung di dalam

bilik darjah. Pelajar diajar mengenal pasti ciri-ciri yang ada pada

bongkah berdasarkan pengetahuan mereka yang sedia ada ketika

di tahun 1. Murid kemudian diarahkan secara berkumpulan

menyelesaikan masalah menggunakan model bongkah 3D .

Melibatkan

pelajar

`

Senaraikan langkah-langkah pelaksanaan p&p yang mesti meliputi

yang berikut:

Set induksi

1. Bahan 2D – Digunakan untuk set induksi pengajaran dan

pembelajaran. Murid melihat gambar yang dipaparkan.

Murid diminta memerhati ciri-ciri yang ada pada gambar

tersebut.

Page 3: RPT- Model Assure Mt Thn 2

2. Bahan 3D – Bahan 3D yang digunakan ialah meja murid.

Berdasarkan model 3D tersebut, murid dikehendaki merasai

sendiri dan menyatakan ciri-ciri yang ada pada meja

tersebut.

Langkah 1

3. Video nyanyian – Digunakan semasa sesi perkembangan

pengajaran. Sebagai tugasan supaya murid menumpukan

perhatian, murid diminta menyenaraikan nama-nama

bongkah dan ciri-cirinya.

Langkah 2

4. Bahan 2D - Murid dipamerkan dengan gambar bongkah.

Sebagai tugasan, murid diminta melabelkan bentuk tiga

dimensi berdasarkan gambar. Kumpulan yang dapat

melabelkan dengan betul dikira sebagai pemenang.

Langkah 3

5. Bahan 3D - Bahan 3D yang akan digunakan ialah model

bongkah. Berdasarkan model 3D tersebut, murid

dikehendaki melengkapkan jadual yang diberikan. Selain itu,

murid juga diminta untuk menamakan bentuk berdasarkan

huraian yang diberi berpandukan set bongkah yang diberi.

Penutup

6. Video Nyanyian – murid menyanyikan semula nyanyian

bongkah untuk memperkukuhkan pelajaran yang telah

dipelajari.

Penilaian Sesi pengajaran dan pembelajaran berkesan tapi boleh

diperkemaskan lagi.

Page 4: RPT- Model Assure Mt Thn 2

Berkesan kerana banyak melibatkan murid. Tetapi ada seorang

murid yang intrapersonal tidak mengambil bahagian dan hanya

melihat kawan-kawannya beraktiviti.

Penambahbaikan : Guru perlu selalu memanggil nama murid

tersebut dan menggalakkan dia terlibat dalam setiap aktiviti kelas.

Memberi insentif fizikal seperti gula-gula dan hadiah.