rph thun 4 (1)

5
Topik Ukuran Panjang Kemahiran Memahami hubungkait antara unit ukuran panjang Tahun 4 Masa 1 jam A. Hasil Pembelajaran Selepas aktiviti pembelajaran murid boleh: 1. Menyatakan hubungkait antara unit: i. Meter(m) dan sentimeter(cm) ii. Sentimeter(cm) dan milimeter(mm) B. BBM : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30 sentimeter & 300 milimeter), LCD, Laptop C. Kaedah : Inkuiri penemuan D. Aktiviti : Mengukur benda maujud di dalam kelas menggunakan pembaris E. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui unit mater dan sentimater. Set Induksi (5 minit) : 1. Guru menyoal murid tentang apakah alat tulis yang mereka bawa. (Soalan secara mencapah, murid menyatakan beberapa alat tulis seperti pembaris, pensil, pemadam dan sebagainya) 2. Guru meminta murid melihat dan menyatakan apakah yang mereka dapat perhatikan pada pembaris yang mereka miliki. 3. Guru membimbing murid untuk fokus kepada huruf cm dan

Upload: edmodoipgksm

Post on 11-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fkhkahfk

TRANSCRIPT

Page 1: RPH thun 4 (1)

Topik Ukuran Panjang

Kemahiran Memahami hubungkait antara unit ukuran

panjang

Tahun 4

Masa 1 jam

A. Hasil Pembelajaran

Selepas aktiviti pembelajaran murid boleh:

1. Menyatakan hubungkait antara unit:

i. Meter(m) dan sentimeter(cm)

ii. Sentimeter(cm) dan milimeter(mm)

B. BBM : Pembaris meter, pembaris sentimeter(30 sentimeter & 300

milimeter), LCD, Laptop

C. Kaedah : Inkuiri penemuan

D. Aktiviti : Mengukur benda maujud di dalam kelas menggunakan pembaris

E. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui unit mater dan sentimater.

Set Induksi (5 minit) :

1. Guru menyoal murid tentang apakah alat tulis yang mereka bawa.

(Soalan secara mencapah, murid menyatakan beberapa alat tulis seperti

pembaris, pensil, pemadam dan sebagainya)

2. Guru meminta murid melihat dan menyatakan apakah yang mereka

dapat perhatikan pada pembaris yang mereka miliki.

3. Guru membimbing murid untuk fokus kepada huruf cm dan mm yang

terdapat pada pembaris mereka dan apakah hubungkaitnya dengan

kegunaan pembaris tersebut.

Perkembangan Langkah 1 (20 minit) Tahap Konkrit

1. Bahagikan murid kepada 3 kumpulan kecil (4-5 orang satu kumpulan)

2. Murid mengenal pasti benda maujud yang hendak diukur (ukuran

panjang meja, ukuran lebar buku teks, ukuran panjang pemadam

Page 2: RPH thun 4 (1)

papan tulis, dan lain – lain)

3. Edarkan pembaris meter , pembaris sentimeter dan pembaris

milimeter kepada setiap kumpulan. Kertas kosong untuk

merekodkan bacaan hasil ukuran yang diperolehi.

Contoh rekod murid:

Kumpulan Meter (m) Sentimeter (cm) Milimeter (mm)

Pemadam

papan tulis9 90

Panjang meja 1 100

4. Setiap kumpulan mengukur panjang setiap objek yang telah mereka

kenal pasti dalam kumpulan masing-masing dan merekodkan bacaan

ukuran objek yang mereka perolehi dalam unit yang berasingan.

Langkah 2 (10 minit) Tahap Semi Konkrit5. Setiap kumpulan membentangkan hasil ukuran yang diperolehi di

hadapan kelas dengan unit ukuran yang mereka gunakan.

6. Murid membandingkan hasil ukuran dalam unit yang berbeza pada

benda maujud yang sama.

7. Murid mendapati hasil ukuran pada benda maujud yang sama

mempunyai nombor dan unit yang berbeza.

Langkah 3 (10 minit) Tahap abstrak1. Guru memberi penerangan tentang hubungkait antara unit ukuran

panjang yang digunakan dalam pengukuran. Contoh : Ukuran meja

murid 1 meter = 100cm, ukuran pemadam papan tulis 7cm = 70mm.

Unit dan nombor berbeza tetapi nilai ukuran panjang adalah sama.

Page 3: RPH thun 4 (1)

Guru memberi contoh – contoh yang berkaitan.

Penilaian Langkah 4 (10 minit) Tahap abstrak

1. Murid diberi lembaran kerja dan menyelesaikan secara individu.

2. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga bentuk aras kecerdasan

iaitu cerdik, sederhana dan lemah.

3. Guru menyemak jawapan lembaran kerja yang diperolehi daripada

murid.

Penutup 1. Guru menayangkan video lagu bertajuk unit ukuran panjang. Guru

membimbing murid menyanyikan lagu yang ditayangkan.

2. Rumusan isi pelajaran daripada murid dengan bimbingan guru, guru

menegaskan 1 m = 100 cm dan 1 cm = 10 mm.

Contoh latihan yang disediakan oleh guru bagi pelbagai tahap kebolehan murid.

Kumpulan cerdas :

Selesaikan :

1. 4.5 m = ______ cm

2. 0.8 m = ______ cm

3. 6 m = ______ cm

4. 65 cm = ______ m

5. 120 cm=______m

6. 12 cm =_______mm

7. 45 cm =_______mm

8. 68 mm=_______cm

9. 108 mm=______cm

Page 4: RPH thun 4 (1)

10.70 mm = _______cm

Kumpulan sederhana :

Selesaikan :

1. 5 m = ________cm

2. 12 m=_______cm

3. 180 cm=_______m

4. 56 cm= _______m

5. 18 cm=______mm

6. 26 cm=______mm

7. 80 mm=______cm

8. 50 mm=______cm

Kumpulan lemah :

Selesaikan :

1. 2 cm = ______mm

2. 20 mm = _____cm

3. 3 m = ______cm

4. 100 cm = _____m