sains k1 thun 4

11
Jawab semua soalan. (40 markah) 1. Rajah 1 menunjukkan seekor lembu. Rajah 1 Apakah pemerhatian yang boleh dibuat tentang lembu pada Rajah 1? A. Lembu ialah haiwan herbivor. B. Lembu gemar memakan rumput. C. Lembu membiak dengan melahirkan anak. D. Lembu mempunyai tanduk dan berkaki empat. 2. Antara pengelasan haiwan berikut, yang manakah betul? Bertelur Melahirkan anak A. Buaya Paus B. Sotong Siput babi C. Rama-rama Ular D. Kucing Gajah 3. Antara tumbuhan berikut, yang manakah tumbuhan berbunga? A. Lumut C. Pokok keembung B. Cendawan D. Paku pakis 4. Rajah 2 menunjukkan ukuran panjang sebatang rod silinder dan batang besi. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar? A. Panjang rod silinder ialah 6 cm. B. Panjang batang besi ialah 8 cm. C. Rod silinder ialah 2 cm lebih pendek daripada batang besi. D. Batang besi ialah 4 cm lebih panjang daripada rod silinder. 5. Sebuah pasu bunga diletakkan di atas rumput selama seminggu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3. Selepas pasu itu dialihkan, rumput di bawahnya didapati berwarna kuning. 1

Upload: jamil-ang

Post on 14-Jul-2016

316 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Sains K1 thun 4

Jawab semua soalan. (40 markah)1. Rajah 1 menunjukkan seekor lembu.

Rajah 1Apakah pemerhatian yang boleh dibuat tentang lembu pada Rajah 1?A. Lembu ialah haiwan herbivor.B. Lembu gemar memakan rumput.C. Lembu membiak dengan melahirkan anak.D. Lembu mempunyai tanduk dan berkaki empat.

2. Antara pengelasan haiwan berikut, yang manakah betul?Bertelur Melahirkan anak

A. Buaya PausB. Sotong Siput babiC. Rama-rama UlarD. Kucing Gajah

3. Antara tumbuhan berikut, yang manakah tumbuhan berbunga?A. Lumut C. Pokok keembungB. Cendawan D. Paku pakis

4. Rajah 2 menunjukkan ukuran panjang sebatang rod silinder dan batang besi.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?A. Panjang rod silinder ialah 6 cm.B. Panjang batang besi ialah 8 cm.C. Rod silinder ialah 2 cm lebih pendek daripada batang besi.D. Batang besi ialah 4 cm lebih panjang daripada rod silinder.

1

Page 2: Sains K1 thun 4

5. Sebuah pasu bunga diletakkan di atas rumput selama seminggu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3. Selepas pasu itu dialihkan, rumput di bawahnya didapati berwarna kuning.

Rajah 3Apakah inferens yang dapat dibuat daripada pemerhatian ini?A. Rumput itu telah dimampatkan.B. Rumput itu tidak dapat bernafas.C. Rumput itu kekurangan garam mineral.D. Rumput itu kekurangan cahaya matahari.

6. Rajah 4 menunjukkan beberapa biji kacang hijau yang dimasukkan ke dalam sebuah bekas kaca. Bekas ini diletak di atas meja makan di dapur.

Biji-biji benih ini masih tidak bercambah selepas seminggu. Apakah inferens yang dapat dibuat?A. Biji-biji benih ini tidak mendapat air.B. Biji-biji benih ini tidak mendapat udara.C. Biji-biji benih ini tidak mendapat cahaya matahari.D. Keadaan suhu persekitaran adalah tidak bersesuaian.

7.2

Ali lebih tinggi daripada Raju.Lee lebih tinggi daripada Ali.

Page 3: Sains K1 thun 4

Antara carta palang berikut, yang manakah mewakili ketinggian mereka?

8. Rajah 5 menunjukkan susunan radas yang disediakan dalam satu penyiasatan untuk mengkaji keperluan asas haiwan.

Rajah 5Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan ini?A. Kehadiran air C. Kehadiran makananB. Kehadiran udara D. Kehadiran siput babi

9. Sekumpulan murid ingin mengkaji kesan cahaya matahari terhadap pertumbuhan pokok. Antara pemboleh ubah berikut, yang manakah perlu dimalarkan?

A. P sahaja C. Q dan RB. Q sahaja D. P, Q dan R

3

P : Kehadiran cahaya matahariQ : Kuantiti air yang disiramR : Kuantiti baja yang ditaburkan

Page 4: Sains K1 thun 4

10. Satu penyiasatan dijalankan dengan merendamkan tiga keping span yang berlainan saiz ke dalam bekas yang mengandungi air yang sama banyak.

Rajah 6Rajah 6 menunjukkan kuantiti air yang diserap setelah setiap keping span dikeluarkan. Apakah hipotesis yang ingin dibuktikan?A. Semakin besar saiz span, semakin banyak air yang diserap oleh

span.B. Semakin besar saiz span, semakin sedikit air yang diserap oleh

span.C. Semakin besar saiz span, semakin banyak air yang tertinggal di

dalam bekas.D. Semakin kecilsaiz span, semakin kurang air yang tertinggal di

dalam bekas.

11. Antara peralatan sains yang berikut, yang manakah tidak sesuai digunakan untuk tugasnya?

4

Page 5: Sains K1 thun 4

12. Sekumpulan murid sedang mengkaji pembiakan dan peringkat pertumbuhan rama-rama seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7.

Apakah yang harus dilakukan pada akhir penyiasatan?A. Biarkan rama-rama dan tumbuhan di dalam bekas itu.B. Buang rama-rama dan tumbuhan ke dalam tong sampah.C. Bunuh rama-rama dan buangkan tumbuhan ke dalam tong sampah.D. Lepaskan rama-rama dan kembalikan tumbuhan ke tempat yang

asal.

13. Antara langkah-langkah berikut, yang manakah betul untuk membersihkan sebuah bikar?

A. W, X, Y C. X, Y, WB. X, W, Y D. Y, W, X

14. Apakah yang harus dilakukan pada peralatan Sains yang telah dibersih dan dikeringkan?A. Letakkan di atas meja guru.B. Simpan di dalam singki.C. Letak di bawah meja murid.D. Simpan di tempat asal.

5

W: Keringkan bikar dengan kain yang bersih.X : Berus bikar dengan air sabun.Y : Bilas bikar dengan air yang bersih

Rajah 7

Page 6: Sains K1 thun 4

15. Rajah 8 menunjukkan dua jenis peralatan Sains yang biasa dijumpai di bilik Sains.

Rajah 8Antara berikut, padanan manakah yang benar?

X YA. Kelalang kon BikarB. Silinder penyukat Kelalang konC. Bikar Kelalang konD. Kelalang kon Silinder penyukat

16. Antara berikut, yang manakah tidak diperlukan sebelum kita menjalankan eksperimen di dalam bilik Sains?A. Kebenaran daripada guru.B. Menentukan kedudukan pintu keluar kecemasan.C. Membaca sebarang arahan yang diberi dengan teliti.D. Tanggalkan kasut dan tinggalkannya di luar bilik Sains.

17. Antara yang berikut, yang manakah mesti berada di dalam bilik Sains?A. Jus limau C. MangkukB. Alat pemadam api D. Komputer

18. Mengapakah kita harus menjaga kebersihan dan kekemasan bilik Sains?A. Supaya guru tidak marah.B. Supaya bilik Sains kelihatan cantik.C. Supaya bilik Sains bebas daripada lalat.D. Untuk membantu mengelakkan kemalangan.

6

X y

Page 7: Sains K1 thun 4

19. Antara berikut, yang manakah bukan salah satu daripada peraturan bilik Sains?A. Peralatan dan bahan Sains tidak boleh dibawa keluar tanpa

kebenaran guru.B. Semua peralatan dan bahan Sains harus dikembalikan ke tempat

asal selepas digunakan.C. Bekalan makanan dan minuman murid boleh dibawa masuk ke

dalam bilik Sains.D. Bahan dan alat di dalam peti pertolongan cemas hanya boleh

digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.

20. Seorang rakan kamu telah tercedera semasa melakukan eksperimen. Apakah tindakan yang sepatutnya kamu lakukan?A. Cuba merawat rakan.B. Membawa rakan ke hospital.C. Tidak berbuat apa-apa.D. Melaporkan kepada guru dengan segera.

21. Antara alatan berikut, yang manakah tidak sesuai digunakan untuk memadamkan api jika berlaku kebakaran di bilik Sains?A. Gebar api C. PasirB. Pemadam api D. Penyapu dan penyodok

22. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan jika kita ingin menggunakan bahan Sains dalam Rajah 9?

Rajah 9A. Membuka penutup botol dan menghidunya.B. Masukkan jari ke dalam botol untuk menyentuhnya.C. Menuang sedikit bahan ke dalam mulut untuk merasanya.D. Membaca arahan pada label dengan teliti sebelum

menggunakannya.

23. Antara objek berikut, yang manakah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik Sains?

7

Page 8: Sains K1 thun 4

A. Beg sekolah C. PenselB. Buku nota D. Getah pemadam

24. Maklumat berikut menunjukkan langkah yang dilakukan oleh empat orang murid di dalam bilik Sains.

Siapakah yang mematuhi peraturan bilik Sains?A. Mira C. AzlanB. Nasir D. Fazura

25. Antara tindakan berikut, yang manakah salah dari segi peraturan bilik Sains?A. Beratur semasa bergerak dari bilik darjah ke bilik Sains.B. Tidak membuat bising semasa bergerak ke bilik Sains.C. Menunggu di luar bilik Sains sehingga dibenarkan masuk oleh guru.D. Masuk ke dalam bilik Sains dan buat kerja sendiri jika guru Sains

tidak hadir.

26. Rajah 10 menunjukkan dua orang murid sedang bermain di dalam bilik Sains.

Rajah 10Apakah yang harus anda lakukan jika ternampak keadaan ini?A. Lapor kepada guru apabila ada masa lapang.B. Lapor kepada guru dengan serta-merta.C. Lapor kepada guru pada waktu rehat.D. Lapor kepada guru selepas rehat.

27. Antara yang berikut, yang manakah tidak sesuai dipakai semasa menjalankan eksperimen di dalam bilik Sains?A. Cermin mata keselamatan C. Selipar getahB. Kot makmal D. Sarung tangan getah

8

Mira membuang sampah sarap ke dalam sinki. Nasir membuang bahan yang masih menyala

ke dalam tong sampah. Azlan mengembalikan radas yang sudah

dibersihkan ke tempat asal. Fazura meletakkan beg sekolahnya di bawah

mejanya di bilik Sains.

Page 9: Sains K1 thun 4

28. Rajah 11 menunjukkan satu aktiviti untuk memanaskan air.

Rajah 11Apakah yang tidak harus dilakukan oleh murid?A. Kacau air dengan sebatang rod kaca.B. Masukkan jari ke dalam air untuk menguji kepanasannya.C. Ukur suhu air dengan termometer.D. Catat bacaan suhu air pada selang masa yang ditetapkan.

29. Antara aktiviti berikut, yang manakah seharusnya dilakukan di dalam bilik Sains?A. Membiarkan kerusi tidak disusun apabila keluar dari bilik Sains.B. Minum air dari pili air di dalam bilik Sains apabila dahaga.C. Membuang sampah di bawah meja.D. Keringkan tangan sebelum menyentuh alat elektrik.

30. Antara pernyataan berikut, yang manakah salah tentang keadaan di dalam bilik Sains?A. Pergerakan murid di dalam bilik Sains mestilah dikurangkan untuk

mengelakkan kemalangan.B. Ruang perjalanan di dalam bilik Sains mestilah bebas daripada

sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki tersangkut semasa berjalan.

C. Murid-murid mesti memastikan bilik Sains tidak penuh sesak pada setiap masa supaya lalu lintas tidak terjejas apabila berlaku kecemasan.

D. Murid-murid dibenarkan makan dan minum di dalam bilik Sains setelah selesai membuat eksperimen.

31. Rajah 12 menunjukkan tiga organ manusia.

9

Page 10: Sains K1 thun 4

Rajah 12Apakah fungsi organ-organ ini?A. Pertumbuhan C. PembiakanB. Pernafasan D. Penyahtinjaan

32. Antara urutan berikut, yang manakah menunjukkan laluan udara semasa manusia menarik dan menghembus nafas?

33. Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang proses menarik dan menghembus nafas?

Menarik nafas Menghembus nafasI. Dada naik Dada turunII. Peparu mengecut Peparu mengembangIII. Dada turun Dada naikIV.

Peparu mengembang Peparu mengecut

A. I dan II C. II dan IIIB. I dan IV D. II dan IV

34. Manusia membebaskan gas ___________________________ dan wap air semasa menghembus nafas.A. Karbon dioksida C. Karbon monoksidaB. Oksigen D. Nitrogen

35. Apakah yang dimaksudkan dengan perkumuhan?10

Page 11: Sains K1 thun 4

A. Penyingkiran karbon dioksida daripada peparu.B. Penyingkiran air kencing daripada ginjal.C. Penyingkiran bahan buangan daripada badan.D. Penyingkiran tinja daripada badan.

36. Rajah 13 menunjukkan satu organ perkumuhan manusia.

Rajah 13Apakah hasil perkumuhan organ ini?A. Peluh C. Air kencingB. Wap air D. Karbon dioksida

37. Selepas bersenam, banyak titisan air terbentuk di permukaan kulit kita. Apakah titisan air tersebut?A. Peluh C. Air kencingB. Wap air D. Air liur

38. Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtinjaan?A. Penyingkiran bahan makanan yang kurang berkhasiat daripada

badan.B. Penyingkiran bahan makanan yang tidak tercerna daripada badan.C. Penyingkiran gas beracun daripada badan.D. Penyingkiran peluh daripada badan.

39. Rajah 14 menunjukkan seorang budak melompat terperanjat apabila hon kereta tiba-tiba berbunyi di belakangnya.

11

Page 12: Sains K1 thun 4

Rajah 14Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan reaksi budak ini?A. Manusia takut pada bunyi hon kereta.B. Manusia melompat apabila terperanjat.C. Manusia melindungi diri daripada bunyi kuat.D. Manusia bergerakbalas terhadap rangsangan.

40. Apakah kepentingan gerak balas manusia terhadap rangsangan?A. Mengekalkan kesihatan badan.B. Melindungi diri daripada kecederaan.C. Mengurangkan pengumpulan bahan toksik di dalam badan.D. Membantu menyingkir bahan perkumuhan daripada badan.

KERTAS SOALAN TAMAT

12