rph pj tahun 2

8

Upload: jessie-jesh

Post on 22-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rph pj tahun 2

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PEND. JASMANI TAHUN 2 (KSSR)Kelas : 2 SetiaTema: Rekreasi dan KesengganganTajuk: Kemahiran PergerakanMasa: 0800 0830

Standard Kandungan1.11.2 Melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai semasa melakukan aktiviti rekreasi.

1.11.3 Menggunakan kemahiran mencongklang, memukul, membaling dan menangkap semasa melakukan permainan tradisional dan rekreasi.

Standard Pembelajaran1.2.5Melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama.2.4.1Mengenalpasti pergerakan yang dilakukan5.2.1memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam Pendidikan Jasmani.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

Psikomotor 1. memukul bola ke arah hadapan, kanan dan kiri, tepat pada sasaran dari jarak sekurang-kurangnya 8 meter secara statik dan dinamik tanpa halangan dan dengan halangan. 2.mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke dalam pelbagai variasi aktiviti rekreasi dan kesenggangan yang melibatkan kemahiran memukul bola.

Kognitif 1.menyatakan 3 langkah keselamatan terhadap diri sendiri dan rakan semasa melibatkan diri di dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan. 2. menyatakan kualiti dan tujuan memukul bola semasa melibatkan diri di dalam aktiviti permainan yang dilaksanakan oleh guru.

Afektif 1. menunjukkan perasaan seronok melalui mimik muka dan tepukan tangan. 2.menghargai usaha dan keupayaan rakan dan guru menerusi interaksi semasa melakukan aktiviti.

Alatan :1. Gelung plastik2. Kayu perkusi3. Skittle 4. Bola getah5. Gelung6. Botol kosong7. Bola tenis8. Pemukul kertas9. Pundi kacang10. Bola pingpong11. Glof kertas12. Bakul besarBahagian/MasaAktivitiCiri StrategiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasBSPP/Catatan

Permulaan ( 5 minit )1. Kehadiran2. Kesihatan3. Pakaian

Memanaskan badan dan regangan

Hi-bounce

Menghubungkait(Relating)

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (8 / 9 setiap kumpulan) Berdiri dalam bentuk bulatan, memegang tangan rakan. Empat orang murid berperanan sebagai recycler. Murid dalam bulatan sebagai penghalang. Recycler akan berusaha untuk melantun bola api ke dalam tong kitar semula (gelung) yang terletak ditengah bulatan. Penghalang boleh menggerakkan badan dan tangan ke kanan, kiri, atas dan bawah tetapi tidak boleh melepaskan tangan rakan.

BSPP:1. Bola getah2. Gelung

Catatan:Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan kepentingan perkara-perkara berikut:a. mewujudkan kesediaan diri.b. faedah kitar semula.

Bahagian/MasaAktivitiCiri StrategiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasBSPP/Catatan

Perkembangan ( 7 minit )Memukul bola tepat pada sasaran

Strike and Move

Aplikasi(Applying) Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan (Tangan dan Kaki) Wakil dari setiap kumpulan akan bergerak dari satu gelung ke gelung yang lain berdasarkan bilangan botol yang dijatuhkan. Setiap ahli dari kumpulan Tangan dan Kaki secara bergilir akan memukul bola tenis yang diletakkan di atas lantai. Bola tenis dipukul dengan alat ganti iaitu pemukul kertas. Ahli kumpulan yang sampai dulu di gelung terakhir adalah pemenang.

BSPP

1. Skitel besar 2. Gelung3. Botol kosong4. Bola tenis5. Pemukul kertas

Bahagian/MasaAktivitiCiri StrategiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasBSPP/Catatan

Kemuncak( 8 minit )

Memukul bola ke pelbagai arah

Hit and RunMengalami(Experiencing) Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan (Tangan dan Kaki) Permainan bermula apabila seorang murid dari kumpulan Tangan memukul bola pingpong dengan sebelah tangan (menggunakan alat ganti Glof kertas). Ahli kumpulan tangan bertindak pantas dengan memungut pundi-pundi kacang yang bertaburan di atas lantai. Pundi kacang yang dipungut di masukkan ke dalam bakul yang disediakan.

Pada masa yang sama, ahli kumpulan Kaki akan berusaha untuk menyepak bola pingpong sehingga melepasi pintu gol (2 skitel). Apabila bola pingpong berjaya melepasi pintu gol, kumpulan Tangan mesti berhenti memungut pundi kacang. Kumpulan Kaki mengambil giliran memukul bola pingpong. Kumpulan yang memperolehi pundi kacang terbanyak adalah pemenang.BSPP1. Skitel besar2. Pundi kacang3. Bola pingpong4. Glof kertas5. Bakul besar

Catatan:Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan memukul bola ke pelbagai arah dengan menghayunkan tangan dari sisi badan ke hadapan. perbezaan antara memukul bola pingpong dari sisi dan bawah.

Penutup( 10 minit )Menyejukkan badanSnap and Stamp

Teka-teki

Memindahkan(Transfering)

Kooperatif(Cooperating)

Murid-murid memetik jari dan menghentakkan kaki secara bergilir-gilir mengikut tempo. 1 petik jari 2 kali 2 hentak kaki kanan dan kiri 3 petik jari 4 kali 4 hentak kaki 4 kali (kanan kiri, kanan kiri)

1, 2, 3, 4 / 1, 4, 3, 2 / 2, 1, 4, 3

Murid-murid dibahagikan kepada 8 kumpulan . Murid berbincang dan menyelesaikan masalah (teka-teki) berkaitan dengan sukan yang melibatkan kemahiran memukul.

BSPP1. Temborin

Catatan:Menerusi aktiviti kesenggangan ini pelajar dapat memindahkan pengalaman dan kemahiran sedia ada.

BSPP1. Kad tugasan

Catatan:Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat menjana minda dan bekerjasama untuk menunjukkan hasil yang baik