rph penyelesaian masalah

12
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tahap 2 Sekolah Rendah (Kreativiti Dalam P&P) Topik Model Pembelajaran Berasaskan Masalah KodKursus MTSR3 Masa 1 jam Personel Penceramah A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan masalah B. KandunganKursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan masalah, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pengajaran dan pembelajaran contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran. C. Kaedah Penerangan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti ’hands-on’, bengkel D Bahan Pengajaran Nota, power-point, kad bentuk E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

Upload: nadzari-baharom

Post on 04-Jul-2015

5.493 views

Category:

Education


8 download

DESCRIPTION

contoh rph Matematik thn4 berasaskan modul penyelesaian masalah untuk menyuburkan kreativiti dalam pdp.

TRANSCRIPT

Page 1: Rph penyelesaian masalah

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tahap 2 Sekolah

Rendah (Kreativiti Dalam P&P)

Topik Model Pembelajaran Berasaskan Masalah

KodKursus MTSR3

Masa 1 jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat :

1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model

pembelajaran berasaskan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan masalah

B. KandunganKursus

Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan masalah,

perkaitan proses kreatif terarah dengan model pengajaran dan pembelajaran

contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam

pengajaran dan pembelajaran.

C. Kaedah

Penerangan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti ’hands-on’, bengkel

D Bahan Pengajaran

Nota, power-point, kad bentuk

E Alatan

LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

Page 2: Rph penyelesaian masalah

F Penilaian

1. Pembentangan

2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

G Rumusan/Refleksi

Satu lagi strategi pembelajaran dan pengajaran yang bermakna boleh dipraktikkan

dalam kalangan guru adalah model pembelajaran berasaskan masalah.

Model Pembelajaran Berasaskan Masalah

Dalam model ini, guru mengemukakan suatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan

sebenar kepada murid. Masalah yang dikemukakan bukan masalah rutin dan pelbagai

jenis penyelesaian mungkin.

Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model

pembelajaran berasaskan masalah

Model P &P Proses Kreatif Terarah

Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan

Pembelajaran Berasaskan Masalah

Mengenal pasti masalah

Menjelaskan masalah

Mencari alternatif penyelesaian

Mencari penyelesaian

Melakukan operasi

Menilai penyelesaian masalah

Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat

Peserta guru diingatkan lagi proses kreatif terarah dalam pembelajaran dan pengajaran,

perlu diikuti langkah demi langkah, iaitu bermula daripada fasa persediaan, imaginasi,

perkembangan dan tindakan.

Page 3: Rph penyelesaian masalah

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Masalah CONTOH 1 MATEMATIK TAHUN 4

Bidang : Pecahan

Tajuk : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi:

Tambah, tolak dan darab

Masa : 2 waktu (60 minit)

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :

4.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pecahan.

5.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dalam pecahan.

8.4 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah, tolak dan

operasi darab.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

(a) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan ruang dan pecahan. (b) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dalam

pecahan.

(c) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah, tolak dan darab.

Page 4: Rph penyelesaian masalah

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

Persediaan

Pemerhatian dan Analisis

Mengenalpasti masalah

Menjelaskan masalah

Guru memperlihatkan power point berkaitan pecahan segiempat tepat (4 squares).

Soalan : Lihat gambar tersebut dan cuba fikirkan cara mana untuk membahagikan gambarrajah tersebut. Boleh kamu jawab semua soalan tadi? Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan guru tadi? Bagaimana rasanya kamu dapat menyelesaikan masalah ini?

Page 5: Rph penyelesaian masalah

Imaginasi

Mencari penyelesaian

Mencari alternatif penyelesaian

Guru menyatakan satu masalah. 1. Ali sedang mengubahsuaikan dapur

rumahnya. Oleh kerana lantai dapurnya

tidak sekata, dia telah membeli jubin

berbentuk segitiga sama sisi.

Dia perlu mengisikan ruang dapurnya

dengan jubin tersebut,

Berapa jubin yang perlu Ali beli untuk

menutup ruang dapurnya yang

berbentuk seperti rajah dibawah?

Apakah masalah nya? Sebut dan tuliskan. Fikirkan bagaimana kamu nak menyelesaikan masalah itu. Rancang, Sebut dan tuliskan. (Soalan-soalan yang mungkin murid akan tanya) Adakah jubin itu sama ukuran? Boleh tak jubin itu disusun terbalik?

Kalau 2

1 ruang

diletakkan jubin biru, berapakah bilangan jubin biru yang perlu ada?

Page 6: Rph penyelesaian masalah

Perkembangan Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah

Ali juga ingin meletakkan jubin putih dan jubin biru yang sama bentuk di tempat letak kereta, anjung, ruang tamu dan bilik tidur anaknya. Berdasarkan pelan lantai setiap ruang tersebut, cuba selesaikan masalah yang diberi. Kumpulan 1 (Tempat letak kereta)

2

1 ruang jubin biru

.

1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin

putih yang perlu Ali beli?

2. Sekiranya, satu jubin biru berharga

RM 1.50 dan satu jubin putih berharga

RM 1.00, berapa jumlah wang yang Ali

perlu ada ?

Kumpulan 2 (anjung)

4

2 ruang jubin putih,

4

1 jubin biru,

ruang keliling dikosongkan

1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin

putih yang perlu Ali beli?

2. Sekiranya, jubin biru berharga RM

1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,

berapa jumlah wang yang Ali perlu ada

?

Murid diminta menyelesaikannya dalam kumpulan dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Guru memberi bimbingan dengan beberapa soalan: 1. Bagaimana kamu nak bahagikan lantai tersebut mengikut bentuk segi tiga. 2. Apakah langkah seterusnya. 3. Bagaimana kamu nak kira bilangan jubin dengan mudah? 4.Perlukah kamu tunjukkan jalan kerja kamu di kertas mahjong tersebut.

Page 7: Rph penyelesaian masalah

Perkembangan Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah

Kumpulan 3 (ruang tamu)

4

3 ruang jubin biru, selebihnya jubin

putih . 1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin

putih yang perlu Ali beli?

2. Sekiranya, jubin biru berharga RM

1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,

berapa jumlah wang yang Ali perlu ada

?

Kumpulan 4 (Bilik tidur anaknya) ½ ruang jubin putih, ½ ruang jubin biru 1. Berapa jumlah jubin biru dan jubin

putih yang perlu Ali beli?

2. Sekiranya, jubin biru berharga RM

1.50 dan jubin putih berharga RM 1.00,

berapa jumlah wang yang Ali perlu ada

?

Ketua Kumpulan bentangkan dapatan. Kumpulan menceritakan dapatan dan ulasan mereka. Bagaimana cara murid mendapat jawapan? Kita boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan banyak cara. Adakah cara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapat jawapan dengan lebih cepat?

Page 8: Rph penyelesaian masalah

Tindakan Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.

Murid mempersembahkan hasil tugasan. Murid diminta untuk membuat model anjung, tempat letak kereta, ruang tamu dan bilik tidur anak Ali sebagai projek.

Adakah cara yang kamu lakukan dapat menyelesaikan masalah yang diberi? Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?

Pentaksiran

Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan latihan dan membentangkan jawapan mereka. Guru melihat bagaimana murid menjawab soalan sambil membimbing.

Nilai dan Sikap

Bekerjasama semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sifat kepimpinan semasa pembentangan. EMK - Keusahawanan Menghargai rakan-rakan.

Page 9: Rph penyelesaian masalah

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Masalah CONTOH 2 MATEMATIK TAHUN 5

Bidang : MASA DAN WAKTU

Tajuk : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi.

Masa : 2 waktu (60 minit)

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :

Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang masa dan waktu untuk mencari

tempoh masa.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

(d) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan masa dan waktu. (e) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan tempoh masa dalam minit

dan saat.

(f) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan masa dan waktu.

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi

Persediaan Mengenal pasti masalah Menjelaskan masalah

Guru bertanya: pukul berapa sekarang? Guru meminta seorang murid keluar ke kantin dan balik ke kelas. Ali keluar ke kantin pukul 9.00 pagi dan balik ke kelas pukul 9.08 pagi. Berapa tempoh masa Ali ambil untuk ke kantin dan balik ke kelas?

Sekarang jam menunjukkan pukul berapa? Kalau Ali berlari ke kantin adakah dia akan mengambil masa yang lebih singkat?

Page 10: Rph penyelesaian masalah

Imaginasi

Mencari penyelesaian Mencari alternatif penyelesaian

Guru menampalkan kertas mahjong yang telah tertulis masalah berikut: Maria dan kakaknya Louisa keluar rumah pada masa yang sama dan mengayuh basikal mereka ke sekolah yang jauhnya 9 kilometer. Maria kayuh basikal pada kadar 3 kilometer dalam 10 minit. Berapa lama Maria ambil untuk sampai ke sekolah? Jawapan: ________________________minit Louisa mengayuh basikal pada kadar 1 kilometer dalam 3 minit. Berapa lama Louisa ambil untuk sampai ke sekolah? Jawapan: __________________________minit Siapa sampai dulu ke sekolah? Jawapan: ________________________

Perhatikan masalah yang cikgu tampal. Cuba cari : Apakah masalahnya? Apa yang perlu dilakukan? Bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut? Apakah operasi matematik yang perlu digunakan?

Page 11: Rph penyelesaian masalah

Perkembangan Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah

Guru memberi berlainan situasi dan meminta murid menyelesaikannya dalam kumpulan dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Kumpulan 1 Pada setiap pagi Encik Bakar akan bersenam dengan berjalan dan pulang ke tempat dia mula berjalan pada pukul 7.00 pagi. Sekiranya tempoh berjalan Encik Bakar mengambil masa 1 jam dan 30 minit, pada pukul berapa Encik Bakar mula berjalan. Kumpulan 2 Waktu untuk tayangan filem di senaraikan di bawah: Masa Tayangan bermula Pertama 2:00 p.m. Kedua 3:30 p.m. Ketiga 5:00 p.m. Keempat ? Kalau corak masa ini bersambung, pukul berapa masa tayangan untuk tayangan ke empat? Kumpulan 3 Malik mengambil masa 4 minit untuk mencuci satu tingkap. Dia ingin tahu berapa minit yang akan digunakan untuk mencuci 8 tingkap. Kumpulan 4 Yacob suka pergi ke muzium dan boleh menghabiskan masa selama 2 jam di sana. Dia akan mengambil masa 45 minit untuk melihat lukisan dan 50 minit untuk melihat ukiran pasu. Berapa minit lagi yang tinggal untuk dia melihat pameran barangan purba? Ketua Kumpulan bentangkan dapatan. Kumpulan menceritakan dapatan dan ulasan mereka.

Apakah masalah nya? Sebut dan tuliskan. Fikirkan bagaimana kamu nak menyelesaikan masalah itu. Rancang, Sebut dan tuliskan.

Page 12: Rph penyelesaian masalah

Tindakan

Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.

Kumpulan 5 Latif menulis nota untuk ibunya. Dia mengambil masa 68 saat untuk mencari pen, 42 saat untuk mencari kertas dan 41 saat untuk menulis nota nya. Adakah masa yang diambil oleh Latif untuk menulis nota tersebut melebihi 3 minit? Tunjukkan cara kamu mendapat jawapannya. Murid mempersembahkan hasil tugasan. Murid membuat penilaian dan perbandingan di antara kumpulan : Murid menilai kerja kumpulan lain dan memberi markah.

Bagaimana cara murid mendapat jawapan? Kita boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan banyak cara. Adakah cara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapat jawapan dengan lebih cepat? Adakah cara yang kamu lakukan dapat menyelesaikan masalah yang diberi? Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu?

Pentaksiran

Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran kerja 2 Guru melihat bagaimana murid menjawab soalan sambil membimbing.

Nilai dan Sikap

Bekerjasama semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan. Sifat kepimpinan semasa pembentangan. Keselamatan di jalan raya. Menghargai rakan-rakan.