rph maths

Upload: atheeswari-kulothungan

Post on 01-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jam

TRANSCRIPT

PENGAJARAN GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA

Tarikh : 21 JULAI 2015Kelas: 2Bil pelajar: 3/3Bidang : Sukatan dan GeometriTajuk : Masa dan WaktuStandard Kandungan: Murid dibimbing untuk : 9.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk : (i) Mengenal tanda senggatan minit pada muka jam (ii) Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam. Masa : 60 minit

Fasa AktivitiKomunikasiCatatan

Persediaan pemerhatian & analisis 1. Guru menayangkansatu video tentang peristiwa peristiwa peristiwa yang dilakukan oleh seorang pelajar dalam kehidupan seharian.2. Video tersebut menerangkan tentang pagi, tengah hari, petang dan malam.

3. Guru mengimbas kembali apa yang pelajar belajar sebelumnya,4. Guru mengadakan sesi soal jawab supaya para pelajar dapat mengimbas kembali apa yang telah belajar sebelumnya dan juga menerapkan nilai kepentingan menghargai masa melalui gambar gambar daripada video.5. Guru melekatkan beberapa gambar yang para pelajar lihat dalam video bagi sesi soal jawab. 6. Guru meminta bagaimana cara mengetahui bilakahdan bagaimanakah cara mengetahui masa akativiti aktiviti dalam gambar di atas.7. Guru bertanya apakah alat yang digunakan untuk mengetahui masa.8. Apabila para pelajar menjawab jam dan kegunaan jam iaitu melihat/mengenal pasti sesuatu masa bagi aktiviti dalam kehidupan seharian; guru akan

memperkenalkan topik hari ini adalah masa dan waktu.1. Murid murid tolong berikan perhatian terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru.2. Sila ingat apa yang dilakukan oleh kawan anda dalam video tersebut.3. Sila lihat dengan teliti apakah aktiviti aktiviti yang dilakukan kawan anda?4. Siapakah yang boleh ceritakan apakah yang dilakukan olah kawan anda?5. Bilakah kawan anda pergi ke sekolah?6. Bilakah kawan anda balik dari sekolah?7. Bilakah kawan anda bermain badminton?

8. Bagaimana anda boleh mengenal pasti pagi, petang dan malam pula?9. Sekarang lihat pada gambar gambar yang dilekatkan oleh guru.10. Berapa lama anda gunakan untuk mandi, sembayang, dan juga bermain?11. Bagaimanakah anda akan mengetahui aktiviti yang dilakukan adalah ( ) minit dan minit tersebut ditunjukkan dalam alat apa?12. Apakah yang ditunjukkan oleh jam?13. Adakah anda boleh menentukan masa yang ditunjukkan oleh jam?14. Pelajar pelajar kita sama sama akan belajar tentang jam dan cara menetukan masa dalam jam.

ABM: Video GambarNilai: Hormat- menghormati KetelitianStrategi P&P: Pemusatan murid Pemusatan guruKBKK mengimbas kembali

Imaginasi

1. Guru menunjukkan model muka jam kepada para pelajar.2. Guru bertanyakan beberapa soalan tentang model muka jam.3. Apabila para pelajar menceritakan cirri cirri jam, guru juga bertanyakan sesiapa mempunyai jam pada mereka supaya dapat memastikan para pelajar mengenal apa itu jam?4. Guru memperkanalkan tanda senggatan minit pada muka jam dengan cara menunjukkan 12 senggatan di dalam muka jam dengan menujukkan jam sebenar.5. Guru membimbing pelajar untuk mengira senggatan tersebut sebanyak 12 senggatan.

6. Seterusnya guru menjelaskan setiap senggatan mewakili 5 minit.7. Guru menujukkan dalam muka jam sebenar untuk menunjukkan terdapatnya 5 gerakan jarum minit antara angka 12 dan 1 atau garisan kecil daripada 12 hingga 1.8. Jika 1 menujukkan 5 minit setiap senggatan adalah gandaan 5; guru melekatkan kad imbasanuntuk menjelaskan lagi konsep ini dan juga model jam tanpa angka dan sebaliknya mempunyai guru memudahkan cara memahami minit penandaan senggatan dengan menunujukkan model muka jam yang mempunyai senggatan minit dahulu dan melekatkan angka

mewakilinya di sebelah.

9. Guru menjelaskan bahawa angka 1 mewakili 5minit dan 2 mewakili 10minit serta membimbing murid menyatakan angka selainnya dan juga minit antara dua angka.10. Sebagai pengetahuan tambahan guru menyatakan untuk mengetahui minit dam jam anda harus melihat pada jarum panjang.11. Untuk memperkukuhkan lagi pamahaman para pelajar terhadap tanda senggatan dan angka pada

muka jam 12. guru menjalankan satu akviti dengan para pelajar.13. Guru mengedarkan jam yang diperbuat daripada paper plate kepada setiap seorang pelajar.14. Pada masa yang sama guru menyuruh seorang pelajar untuk tampil ke hadapan dengan mengambil namanya daripada kotak ajaib.15. Guru memaparkan papan soalan yang mengandungi soalan mengikut aras kesukaran.16. Aras kesukarannya adalah:a) Memberikan tanda senggatan (minit) dengan 2 angka sebagai pilihan jawapan.b) Memberikan tanda senggatan (minit) tanpa jawapanc) Memberikan angka dan

menyuruh mengenal pasti senggatan minit.17. Pelajar yang tampil di hadapan akan diberikan satu muka jam dan para pelajar pula menulis jawapanbagi soalan yang diajaukan daripada papan soalan pada jam paper plate yang diedarkan. 18. Guru memberikan peluang kepada semua pelajar untuk menjawab soalan soalan yang diajukan semasa kawan mereka membuat soalan di hadapan.19. Guru menegaskan lagi setiap angka adalah gandaan lima dan jangan hanya menulis 5 malah 5 minit.

1. Adakah sesiapa bolah memberitahu apakah barngan yang dipegang oeh guru?2. Di manakah anda boleh melihat barangan seperti ini atau adakah sesiap mempunyai jam tangan sekarang?3. Nyatakan apakah yang terdapat dalam jam?- jarum panjang, jarum pendek , jarum saat, nombor 4. Sekarang berapa senggatan yang terdapat anda lihat dalam muka jam?5. Cuba bilang dengan cikgu berapa senggatan yang terdapat pada muka jam.6. Untuk mendapatkan berapakah

minit sesuatu aktiviti anda harus membilang setiap angka dengan gandaan lima.

7. Contohnya angka 1 adalah 5 minit 2 merukan 10 minit bolehkah anda nyatakan angka 3 menunjukkan berepa minit?8. Nyatakan minit yang terbesar dalam muka jam dan minit yang terkecil dalam muka jam ini.9. Ada berapa minit dari 12 hingga 3?10. Jika angka 5 angka permulaan anda harus mengira minit dari 5 dan bukannya 25minit.11. Berapakah minit yang ditunjukkan jika jarum berada angka 10.12. Terdapat jarum pendek dan jarum panjang dalam jam. Anda harus melihat pada jarum panjang untuk

menentukan minit.13. Sesiapa yang tidak faham sila angkat tangan anda.

14. Sekarang guru akan melaksanakan satu aktiviti.15. Sekarang guru akan mengedarkan satu model jam (paper plate) setiap seorang.16. Dengar arahan guru dahulu, guru akan mengambil nama seorang pelajar daripada kotak ajaib.17. Murid tersebut harus tampil ke hadapan dan memilih satu soalan daripada papan soalan.18. Semasa kawan anda membuat jawapan bagi soalan tersebut anda juga harus menulis jawapan pada model jam.(paper plate)

19. Sesiapa yang sudah membuat sila tunjukkan model anda kepada guru.20. Papan soalan yang dibina bagi memperkukuhkan pemahaman

pelajar.

21. Semua pelajar, adakah anda mendapat jawapan yang sama seperti kawan anda.22. Semua pelajar tunjukkan kepada guru model jam anda.

ABM jam sebenar model muka jam paper plate kad imbasanNilai: kerajinan ketekunan KetelitianStrategi P&P: Pemusatan murid Pemusatan guruKBKK mengimbas kembali

membanding beza

Perkembangan 1. Guru membahagikan para pelajar kepada 6 kumpulan.2. Guru melaksanakan satu aktiviti yang bernama meen pidippom vaarir.3. Guru melaksanakan satu aktiviti dengan memancing.4. Guru meminta seorang pelajar tampil ke hadapan daripada setiap kumpulan.5. Para pelajar akan memancing satu ikan daripada akuarium.

6. Setiap kumpulan akan mendapat ikan mengikut warna.7. Setiap kumpulan harus mendapatkan sampul surat masing masing dan juga model jam

sebagai rujukan.8. Guru menerapkan unsure ansur maju semasa melaksanakan aktiviti kumpulan.9. Guru menyediakan soalan dengan tahap penguasaan para pelajar.10. Soalan diberi seperti berikut :-a) menyatakan tanda senggatan minit bagi angka yang diberi (3 = 15minit)b) melukiskan jarum pada minit tanpa angka bagi senggatan yang diberikanc) melukis jarum pada angka bagi senggatan minit yang diberi11. Kumpulan yang membuat semua soalan dengan betul akan dikira pemenang.12. Kumpulan pemenang akan diberi peluang untuk melekatkan bintang

pada jadual bintang mereka.13. Guru menerapkan nilai bantu membantu antara kawan kawan dalam kerja kumpulan untuk memastikan tugasan yang diberi dapat disempurnakan.14. Guru menilai kefahaman para pelajar dengan membentangkan hasil kerja mereka.

1. Ketua kumpulan sila tampil ke hadapan.2. Anda harus memancing satu ikan sahaja daripada akuarium sahaja.3. Anda akan mendapat satu warna bagi ikan tersebut.4. Bagi warna ikan yang anda dapat; anda juga akan mendapat sampul surat yang sama warnanya.5. Setiap sampul surat mengandungi soalan yang anda harus dapat .6. Anda akan diberi kertas mahjong dan pen marker.7. Kumpulan yang mendapat semua jawapan betul akan dikira sebagai pemenang.8. Pemenang pula akan diberi untuk melekatkan bintang pada jadual bintang anda.9. Anda harus menepati masa yang

diberi oleh guru supaya dapat menjadi pemenang.Soalan yang diberi adalah seperti berikut:a) 3 = ___________minitb) Melukis jarum. Angka 6

c) 15 minit = _________d) Melukis jarum50 minit

ABM Model akuarium Sampul surat Kertas mahjongNilai: Kerjasama Patuh pada arahanStrategi P&P: Perbincangan kumpulanKBKK mengimbas kembali

TindakanPelaksanaan Amalan berterusan

1. Edarkan lembaran kerja 1 kepada setiap murid.2. Guru membimbing murid dan membuat pembetulan setiap kali.3. Guru merumuskan pelajaran hari ini dengan menunjukkan model muka jam dan menegaskan angka dan minit yang mewakilinya dan

menerapkan kepentingan menghargai masa.1. Jawab soalan yang diberikan.2. Bincangkan hasil jawapan dengan rakan dalam kumpulan.

Nilai: kerajinanStrategi P&P: Pemusatan murid

PentaksiranBerdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja, murid berupaya mengenal tanda senggatan minit pada muka jam dan angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam.

Nilai dan sikap1. Guru menerapkan sikap kerjasama dalam aktiviti kumpulan.2. Guru mewujudkan suasana perbincangan yang positif.3. Guru menerapkan sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.

PPENGAJARAN GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA 2015

Kekuatan yang dapat kenal pasti dalam pengajaranHari ini pengajaran & pembelajaran telah berlangsung seperti yang dirancang. Para pelajar melibatkan diri dengan aktif sepanjang P&P. Salah satu penggunaan bahan bahan konkrit dapat membolehkan para pelajar mendapat pengalaman langsung apabila melihat sesuatu yang digunakan dalam kehidupan harian. Selain itu guru juga menggunakan jam tangan yang para pelajar memakainya pada tangannya sebagai contoh contoh bagi jam tangan. Selain itu guru juga meminta contoh tempat mereka lihat jam setiap hari para pelajar juga mengimbas kembali dan dapat menjawab bahan bahan konkrit yang terdapat di dalm rumah. Contohnya seperti jam pada dekoder ASTRO, jam pada kereta, dinding, dan lain lain. Saya telah membawa jam analog sebenar yang boleh lihat setiap hari supaya dapat memmudahkan aktiviti soal jawab. Daripada menunjukkan gambar jam, jam analog memberi pengalaman langsung kepada pelajar di samping membolehkan mereka untuk menyatakan ciri ciri dengan cepat dan tepat. Oleh itu, penggunaan bahan yang ada di persekitaran dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu para pelajar juga dapat mengurangkan rasa bosan dalam pembelajaran. Secara amnya para pelajar akan berasa bosan jika belajar sendiri dengan hanya buku dan papan putih. Penggunaan pendekatan yang sama akan menyebabkan para pelajar berasa mengantuk dan rasa bosan. Bagi mengurangkan rasa bosan mereka penggunaan ICT menjadi salah satu faktor utama bagi memastikan kelancaran P&P yang efektif. Saya telah menayangkan satu video untuk memperkenalkan topik yang hendak belajar pada hari tersebut. Para pelajar pernah belajar tentang pagi, petang, tengah hari dan juga malam. Oleh itu para pelajar menjadi sangat teruja apabila melihat video tersebut kerana ia mengandungi lagu tentang peristiwa peristiwa yang mereka lakukan setiap hari seperti mandi, sembayang, pergi ke sekolah, bermain dan lain lain lagi. Para pelajar tidak berasa bosan kerana video tersebut merupakan sesuatu yang amat berkait rapat dengan kehidupan harian. Selain itu saya juga menggunakan ICT untuk menyediakan papan soalan. Setiap kali pelajar melihat papan soalan dalam kad manila tetapi saya telah memaparkan papan soalan dalam ICT. Seperti biasa pelajar menjadi seronok apabila melihat papan soalan yang berwarna warni. Keadaan ini dapat membolehkan para pelajar melihatnya dengan penuh minat.Penggunaan ICT dari segi menyediakan papan soalan dalam powerpoint dan video tentang waktu

Tambahan pula, kelebihan adalah adanya kerja kumpulan dalam fasa perkembangan. Para pelajar dapat berinteraksi dengan sosial serta berkesan . Setiap ahli kumpulan dapat berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan. Interaksi berlangsung secara serentak pada masa yang sama. Melalui perbincangan lebih ramai individu dalam kumpulan membolehkan setiap orang cenderung untuk mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung rapat, saling tolong menolong dan juga saling bergantungan antara satu sama lain. Murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat - pendapat, di samping bekerjasama dengan murid-murid yang lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Apabila diberi soalan yang ada pelajar yang membantu satu sama lain untuk menyempurnakannya di samping menjawab soalan tersendirinya. Melalui pembahagian sebegini saya dapat mengadakan pengajaran yang sempurna bukan sahaja kepada murid yang cemerlang tetapi turut kepada murid yang lemah. Murid murid lemah juga tidak rasa terpinggir apabila aktiviti ini dilaksanakan.Seterusnya, saya juga dapat mengenal pasti bahawa aktiviti hands on dapat membolehkan para pelajar dapat mengasah kreativiti dalam diri sendiri. Saya telah memberikan aktiviti hands on dengan memberikan paper plate kepada para peljar. Pelajar disuruh untuk mereka jam dinding dengan menuliskan angka dan minit mewakilinya. Saya memberi setiap seorang satu paper plate. Saya juga menyuruh para pelajar untuk menulis jawapan bagi soalan yang diajukan pada paper plate yang dibuat sendiri. Para pelajar menjadi teruja semasa mengisi semua angka dan minit yang diwakili pada paper plate. Mereka juga menyimpannya sebagai rujukan untuk membuat lembaran kerja mereka. Selepas waktu P&P para pelajar telah menghiaskan jam mereka untuk menunjukka daya kreativiti mereka. Oleh itu, aktiviti hands on bagi para pelajar menjadi satu kelebihan untuk memastikan keberkesanan P&P.

Paper plate yang digunakan untuk membuat jam yang menujukkan angka dan juga minit yang mewakili bagi memudahkan rujukan para pelajar.

Seterusnya, variasi soalan yang berbeza pula dapat memban tu P&P berjalan dengan lancar dan afektif. Variasi soalan yang berbeza dapat membolehkan pelajar menyelesaikan sesuatu masalah. Para pelajar mempelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik daripada senang kepada susah. Saya telah mengedarkan soalan seperti ini untuk membuat secara kumpulan dahulu supaya semua pelajar dapat membincang cara membuat dan saya juga mengenalpasti ada juga terdapat pelajar yang memberi idea yang bernas untuk menyelesaikan dengan menggunakan pengetahuan dan daya kreativiti mereka. Semasa membincangkan sesuatu masalah bersama mereka dapat mengenalpasti idea yang patut digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini membolehkan mereka untuk membuat lembaran kerja dengan betul dalam masa yang ditetapkan.

Aras kesukarannya soalan adalah seperti berikut:a) Memberikan tanda senggatan (minit) dengan 2 angka sebagai pilihan jawapan.b) Memberikan tanda senggatan (minit) tanpa jawapanc) Memberikan angka dan menyuruh mengenal pasti senggatan minit.

Tambahan pula, saya juga berpendapat bahawa kit manipulatif seperti jam buatan yang berwarna warni dapat menarik minat para pelajar. Penggunaan kit manipulatif dapat meningkatkan kefahaman murid dan lebih menarik minat murid untuk belajar. Oleh itu, sebagai guru amat penting untuk menghasilkan alat bantu mengajar yang menarik dan kreatif bagi menarik minat murid untuk lebih bersemangat belajar Matematik memandangkan subjek Matematik merupakan salah satu subjek yang agak sukar untuk dikuasai sekiranya murid tidak minat seterusnya menggunakan bahan yang ada di persekitaran untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kit manipulatif jam yang digunakan untuk mengajar senggatan minit.

Aktiviti P&P yang berasaskan permainan juga menjadi sesuatu faktor yang menyumbang kepada kelicinan P&P. Aktiviti berasaskan permainan dapat merangsang minat para pelajar terutamanya pelajar pelajar lemah. Ini kerana setiap kali saya menjalankan aktiviti seperti permainan saya memberi peluang kepada pelajar yang lemah supaya mereka dapat memotivasikan diri serta cuba menumpukan perhatian terhadap pembelajaran mereka. Contohnya ada pelajar yang bersaing untuk bermain permainan yang dijalakan dan menjawab soalan walaupun salah. Apabila kawan mereka mendapat jawapan yang betul pujian telah diberikan kepada mereka. Ini menyebabkan pelajar lemah dapat memotivasikan diri sendiri walaupun berlaku persaingan yang positif. Oleh disebabkan aktiviti berasaskan permainan pelajar lemah juga memberi komitmen yang tinggi agar pelajar itu sendiri ingin mendapatkan pujian daripada saya dan juga mempertahankannya agar tidak dapat dikalahkan oleh kawan kawan lain. Dia menganggap dirinya pandai dalam sesuatu permainan. Sebab utama saya memberikan peluang kepada pelajar lemah adalah untuk merangsang minat mereka dari segi pembelajaran berasaskan permainan. Pada kali ini saya telah menjalankan aktiviti memancing ikan pada fasa perkembangan. Semua pelajar bersaing untuk memancing ikan dan menjawab soalan yang diajukan. Tetapi saya hanya memanggil pelajar yang lemah dari setiap kumpulan dan menyuruh membuat semua soalan dalam kumpulan. Tambahan pula pembelajaran koperatif dan kolabratif membolehkan para pelajar lebih ingat apabila mereka mengajar atau memberi penjelasan orang lain. Dalam konteks ini pula apabila saya memberi tugasan kepada semua orang dalam kumpulan para pelajar tolong menolong antara satu sama lain. Pada masa yang sama semasa pelajar cerdas menolong pelajar yang agak lemah pelajar cerdas menjadi lebih yakin supaya mereka dapat menyelesaikan masalah berkaitan topik tersebut. Pelajar yang agak lemah juga lebih faham daripada cuba memahaminya dengan sendiri. Bagi mengenalpasti bahawa pelajar faham apa yang telah diajar saya telah member lembaran kerja. Di sini saya lebih pasti bahawa pelajar lebih ingat apabila memberi penjelasan kepada pelajar kerana pelajar pelajar tersebut membuat lembaran kerja (lampiran 1) dengan kadar masa yang kurang dan tanpa sebarang kesalahan.Selain itu pemberian ganjaran juga dapat membantu kelancaran P&P saya. Bagi pelajar yang menjawab yang soalan yang diajukan dengan telah diberi ganjaran seperti pensel, pemadam. Semasa mengajukan saya sentiasa memastikan soalan tersebut adalah berdasarkan tahap keupayaan kognitif individu tersebut. secara tidak langsung pemberian ganjaran juga memotivasikan diri pelajar lain untuk menjawab soalan bagi mendapatkan ganjaran dan juga pujian. Apabila diri seorang pelajar dipuji mereka menjadi lebih yakin terhadap diri sendiri.Seterusnya alat bantu mengajar seperti gambar gambar imbasan juga dapat membantu para pelajar untuk menggambarkan sesuatu situasi. Para pelajar mengaitkan gambar gambar tersebut dengan situasi sendiri. Ini dapat membolehkan mereka mengimbas kembali apa yang dilakukan oleh mereka setiap hari pada waktu waktu tertentu. Faktor faktor yang dinyatakan adalah kelebihan kelebihan yang dapat saya kenal pasti bagi berkesanan P&P matematik.KELEMAHAN YANG DAPAT DIKENALAPASTI MELALUI STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PERANCANGAN DAN PENGAJARAN.Antara kelemahan yang dapat saya lihat dengan jelas adalah kegagalan pengurusan masa untuk penjelasan dan juga pengajaran. Saya telah mengambil masa yang lebih masa untuk menjelaskan seorang demi seorang semasa melakukan pembelajaran koperatif ini. Ada pelajar yang tidak faham walaupun arahan yang diberi secara bertulis adalah jelas. Ini kerana ada pelajar yang hanya faham apabila arahan diberi sacara verbal. Saya mengalami kesukaran kerana mereka saya tidak dapat mengendalikan semua orang pada masa yang sama. Keadaan ini melengahkan masa untuk melaksanakan teknik dan saya terpaksa merumuskan pengajaran dengan masa yang agak kurang sahaja.Kelemahan seterusnya adalah keupayaan pelajar memahami sesuatu soalan dengan kadar yang berbeza. Apabila membentuk sesuatu kumpulan ada pelajar yang selalunya lebih cepat menghabiskan masalah matematik di samping pelajar yang memerlukan masa yang lebih untuk memahami soalan berasa ketinggalan dan ada yang berputus asa dengan cepat. Saya juga memerhatikan bahawa ada pelajar yang menuduh pelajar yang jika jawapan mereka salah. Ini menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk memberi komitmen dalam kumpulan.Tambahan pula, apabila pembelajaran koperatif ini dilaksanakan ada pelajar yang menjadi gembira. Sebenarnya ia tidak menarik perhatian pelajar sebaliknya kerja kumpulan adalah tempat mereka berbual dan bermain dengan kawan kawan lain. Hal ini terjadi kerana ahli kumpulan tidak mempunyai disiplin dalam belajar, Keadaan ini menganggu pelajar lain juga untuk mengikuti pelajaran. Pelajar pelajar bukan sahaja berbual sesama kawan kawan yang lain di samping mereka tidak membenarkan pelajar lain untuk membuat kerja yang diberi. Ini merumitkan lagi keadaan dan masa juga menjadi sia sia kerana tidak berlaku sebarang pembelajaran.Kelemahan lain yang saya perhatikan adalah perkongsian maklumat yang salah antara para pelajar. Dalam sesuatu kumpulan apabila sesuatu soalan tidak dapat diselesaikan ada ahli kumpulan yang menerima cadangan walaupun. kawannya mencadangkan kaedah yang tidak betul. Sebab utamanya adalah mereka hanya hendak menghabiskan soalan dengan cepat untuk mengalahkan kumpulan lain,mendapatkan ganjaran dan bukannya untuk pembelajaran. Selepas itu saya telah menolong mereka untuk membuatnya dengan betul.Seterusnya dalam kelas saya telah membahagikan pelajar kepada dua kumpulan yang tidak mengikut tahap kognitif mereka. Apabila para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan secara tidak langsung satu kumpulan mempunyai pelajar yang agak cerdik dan satu kumpulan pula mempunyai ahli yang lemah dalam matematik. Dalam keadaan ini kumpulan tersebut tidak mempunyai ahli yang mengajar mereka untuk membuat soalan tersebut. Walaubagaimanapun mereka dapat membuat masalah matematik tersebut apabila diberi panduan tetapi kumpulan tersebut mengambil masa yang agak lama.Tambahan pula ada juga aspek yang menjadikan P&P saya menjadi tidak berjalan dengan begitu licin. Iaitu, saya menghadapi masalah dengan pelajar kelas saya. Di dalam kelas saya kebanyakan pelajar sangat aktif untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Tetapi kesilapan yang mereka buat adalah merebut untuk menjawab soalan yang ditanya. Setelah sahaja guru menanya soalan pelajar mula menjerit dan membuat bising dan menjawab sebelum guru tanya kepadanya. Semua pelajar dalam kelas saya menjawab dalam satu masa yang sama dan ini menganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Walaupun diberitahu supaya mengangkat tangan untuk menjawap beberapa kali mereka enggan mendengar. Punca bagi masalah tersebut di atas adalah kerana murid-murid dalam kelas saya ini ingin mencari pemerhatian guru dan ingin menunjukkan dirinya sebagai murid yang terbaik dalam kelas. Selain itu, mereka juga ingin menjawab secara kumpulan bukan individu. Ini telah dibuktikan setelah saya tanya seorang demi seorang. Semasa mereka menjawab secara kumpulan suara juga menjadi kuat dan bising. Semasa tanya secara individu walaupun mereka tahu mereka buat tak tahu dan menjawab dengan suara yang lembut sehingga tidak dapat mendengar. Ini menganggu guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIKKAN KEBERKESANAN PERANCANGAN DAN PENGAJARAN Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam melaksanakan pembelajaran koperatif saya juga telah menggariskan beberapa cadangan untuk menambahbaikkan pengajaran. Antara cadangannya adalah guru seharunya membahagikan kumpulan mengikut tahap kognitif para pelajar. Ini kerana ada pelajar yang mengalami kesukaran semasa berkongsi idea. Guru juga harus memberikan soalan mengikut tahap kesukaran mereka. Apabila mereka dapat menjawab keyakinan diri mereka akan meningkat. Secara tidak langsung para pelajar akan berusaha untuk melibatkan diri dalam pembelajaran denga aktif.Seterusnya guru juga seharusnya mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak meminggirkan mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga tidak harus dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja. Semasa pengajaran, guru perlu membuat rondaan di kelas dan memerhatikan interaksi pelajar. Guru harus mengenalpasti interaksi yang berlaku adalah secara positif.Selain itu, guru perlu menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh pelajar semasa menjalankan kerja kumpulan sebelum memberikan soalan. Guru harus memberi arahan yang jelas supaya pelajar faham apa yang harus dilakukan oleh mereka. Selain itu guru boleh menekankan perkara perkara penting yang harus dilakukan oleh pelajar semasa melaksanakan pembelajaran koperatif ini. Di samping itu guru juga harus menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar semasa kerja kumpulan dijalankan.Tambahan pula, untuk mengelakkan para pelajar menjadikan tempat pembelajaran kumpulan menjadi tempat berbual setiap pelajar harus sedar bahawa peranan mereka sebagai ahli kumpulan adalah penting. Guru harus menadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap individu dan kumpulan. Pemberian markah boleh menimbulkan rasa bertanggungjawab terhadap tugas tugas yang diberikan untuknya. Guru seharusnya memberikan markah kepada setiap individu dan juga kumpulan. Dengan cara itu setiap pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar melibatkan diri dalam tingkah laku yang tidak dingini seperti menganggu kawan kawan yang lain.Akhirnya guru juga harus memberi peluang yang sama rata bagi semua pelajar. Saya harus memastikan semua pelajar telah tampil ke hadapan dan menjawab soalan yang diajukan. Guru harus merekodkan pelajar yang diberi peluang setiap hari supaya dapat memastikan semua pelajar telah mendapat peluang untuk menjawab sekurang kurangnya sekali seminggu. Keadaan ini dapat membolehkan semua murid mendapat peluang yang sama dan pengajaran dan pembelajaran juga dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.Bagi mengelakkkan kadar pelajar berjalan secara kerap tanpa sebab saya akan cuba menjadi lebih tegas terhadap mereka. Saya turut memberi amaran kepada mereka agar tidak mengulangi perbuatan mereka. Bagi mengelakkan murid murid berjalan dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain semasa aktiviti kumpulan, saya akan memberi sejumlah ganjaran kepada setiap kumpulan. Saya akan memberi arahan bahawa saya akan memotong ganjaran dari kumplan sekiranya ada murid yang suka bergerak dari kumpulan sendiri ke kumpulan lain.Saya telah membuat refleksi tentang P&P yang dijalankan dengan mengambilkira kelebihan kelemahan dan juaga penambahbaikkan yang saya boleh buat.