rph matematik nombor

5
1 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Mata pelajaran : Matematik Kelas : Tahun 4 Bilangan Murid : 30 orang Masa : 8:00 pagi 9:00 (1 jam) Bidang pembelajaran : Pendaraban nombor bulat hingga 100 000 Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh : 1. Menganggar hasil darab. 2. Mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan nombor satu digit dan hasil darab tidak lebih daripada 100 000. 3. Mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula. Hasil pembelajaran : Selepas pembelajaran ini, murid-murid dapat: . 1. Menganggar lima hasil darab. . 2. Mendarab dengan betul sebarang dua nombor, hasil darab tidak lebih daripada 100 000. Pengalaman sebelum ini : Murid telah mengetahui bahawa pendaraban sebagai penambahan berulang. Bahan bantu mengajar : Laptop, projektor, Power Point, dan hadiah.

Upload: tfchung83

Post on 15-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

RPH MATEMATIK NOMBOR

TRANSCRIPT

Page 1: RPH MATEMATIK NOMBOR

1

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Mata pelajaran : Matematik

Kelas : Tahun 4

Bilangan Murid : 30 orang

Masa : 8:00 pagi – 9:00 (1 jam)

Bidang pembelajaran : Pendaraban nombor bulat hingga 100 000

Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh :

1. 1. Menganggar hasil darab.

2. 2. Mendarab sebarang nombor hingga tiga digit dengan

nombor satu digit dan hasil darab tidak lebih daripada 100

000.

3. 3. Mendarab sebarang nombor hingga empat digit dengan

nombor dua digit dengan mengumpul semula.

Hasil pembelajaran : Selepas pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1. 1. Menganggar lima hasil darab.

2. 2. Mendarab dengan betul sebarang dua nombor, hasil darab

tidak lebih daripada 100 000.

Pengalaman sebelum ini : Murid telah mengetahui bahawa pendaraban sebagai

penambahan berulang.

Bahan bantu mengajar

: Laptop, projektor, Power Point, dan hadiah.

Page 2: RPH MATEMATIK NOMBOR

2

Aktiviti Pengajaran:

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN

PENGAJARAN

CATATAN/STRATEGI

Set induksi

( 5 minit )

1. Murid memerhatikan guru menayangkan video yang

mencabar melalui Power Point.

2. Murid mendengar penerangan daripada guru, sesiapa yang

dapat menyelesaiakan masalah tersebut akan menerima

sebuah hadiah yang misteri daripada guru.

3. Murid cuba untuk menyelesaiakan soalan tersebut.

4. Murid dan guru membincang jawapan.

Strategi berpusatkan Murid.

BBM : Power Point :Soalan

IQ, hadiah (ganjaran)

Langkah 1

( 10 minit )

1. Guru memberitahu murid bahawa kesilapan Algoritma

pendaraban yang sering berlaku adalah kesilapan nilai-nilai

tempat.

2. Guru mengajar murid tentang pendaraban antara nombor

3-digit dengan nombor 1-digit dengan menggunakan carta

nilai tempat melalui persembahan Power Point.

3. Guru memberi contoh kedua, pendaraban antara nombor

3-digit dengan nombor 2-digit.

4. Guru menerangkan kepada murid bahawa semasa

membuat proses pendaraban dalam bentuk Algoritma,

haruslah darabkan “multiplier” 3345 dengan “multiplicand”

sa “3” dahulu, barulah darab “multiplier” 3345 dengan

“multiplicand” puluh “2”. Akhir sekali menambahkan hasil

daripada kedua-dua hasil darab itu.

5. Guru menayangkan sebuah klip video yang menarik yang

Strategi berpusatkan Guru.

BBM : Power Point:Carta

nilai tempat

Perisian : Animasi

Page 3: RPH MATEMATIK NOMBOR

3

menunjukkan tiga nombor darab dengan tiga nombor, di

mana ia adalah teknik yang pantas dan cekap.

Langkah 2

( 10 minit )

1. Seterusnya, guru memperkenalkan satu lagi Algoritma

yang dapat membantu murid dalam pendaraban, iaitu

“Lattice Way of Multiplication” melalui power point.

2. Guru memberitahu murid selepas mendarab semua

nombor di atas, langkah yang seterusnya ialah menambahkan

semua nombor pada petak-petak yang serong mengikut anak

panah yang berwarna merah itu.

3. Guru meminta murid untuk memilih sendiri Algoritma

yang mana satu lebih sesuai dan memudahkan mereka untuk

mencari jawapan semasa membuat Algoritma pendaraban.

4. Guru memberi satu soalan yang melibatkan pendaraban

antara nombor 4-digit dengan nombor 2-digit. 4527 X 35 = ,

kemudian meminta murid untuk menggunakan ketiga-tiga

Algoritma pendaraban yang diajar tadi untuk mencarikan

jawapan tersebut.

5. Setelah murid menyelesaikan soalan itu, guru menanya

mereka Algoritma yang mana satu lebih mudah dipakaiguna,

yang mana lebih susah untuk digunakan. Murid bolehlah

menggunakan mana-mana satu yang difikirkan mudah

dipakaiguna.

Strategi berpusatkan Guru.

BBM :

PowerPoint :Teknik “Lattice

Way of Multiplication”

Langkah 3

(10minit)

1.Murid memerhatikan guru menayangkan permainan yang

mencabar melalui Power Point.

2. Murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan.

3. Guru menyemak jawapan murid dengan menekankan

butang dalam power point.

4. Bagi jawapan yang salah diminta jawab semula dan

sebaliknya.

Strategi berpusatkan murid

BBM : Power point:

permainan darab

Page 4: RPH MATEMATIK NOMBOR

4

Langkah 4

( 20 minit )

1. Murid-murid duduk dalam kumpulan kecil yang seramai 3

orang.

2. Guru menayangkan 5 soalan pendaraban melalui power

point.

3. Apabila guru memberi arahan “mula”, ketiga-tiga murid

dalam kumpulan masing-masing menggunakan Algoritma itu

untuk menyelesaikan kelima-lima soalan pendaraban itu.

4. Masa yang dikenakan ialah 10 minit, apabila masa tamat,

salah seorang murid daripada kumpulan akan keluar untuk

menjawab soalan melalui power point.

5. Murid yang dapat menyelesaikan kesemua soalan itu akan

mendapat hadiah yang istimewa daripada guru sebagai

ganjaran.

Strategi berpusatkan Murid.

BBM : Power point : latihan

pendaraban

Penutup

( 5 minit )

1. Murid meneliti guru menayangkan klip video tentang

teknik-teknik pengajaran pendaraban matematik yang

menarik.

2. Guru mengulang balik hasil pembelajaran yang telah

dipelajari oleh murid-murid pada kelas ini.

Strategi berpusatkan Murid.

BBM : Power point : video

Page 5: RPH MATEMATIK NOMBOR

5

Latihan

1. 600 x 9 = 5400

2.873 x 7 = 6111

3. 500 x 80 = 40000

4. 1242 x 7 = 8694

5. 2432 x 24 = 58368