rph masa dan waktu thun 3

Upload: dayah-jahari

Post on 14-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 RPH Masa Dan Waktu Thun 3

    1/4

    Rancangan Pengajaran Harian

    Mata pelajaran : Matematik Tahun 3.

    Kelas : 3 Amanah (25 orang murid).

    Hari : Khamis (24 Jun 2012).

    Masa : 9.15 pagi 10.15 pagi (60 minit).

    Tajuk : Masa Dan Waktu.

    Bidang : Operasi asas melibatkan masa.

    Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :

    Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang masa dan waktu untukmencari tempoh masa.

    Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

    (a) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan masa dan waktu.(b) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan tempoh masa dalam minit

    dan saat.(c) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak

    berkaitan masa dan waktu.

    Fasa Cadangan aktiviti Cadangan komunikasi

    Persediaan

    Mengenal pastimasalah

    Menjelaskan masalah

    Guru bertanya khabar kepada murid danmenanyakan tentang pelajaran yang lepas.

    Guru menayangkan video lagu kepada murid, sertabersoal jawab berkenaan video tersebut.

    Lirik lagu:Air pasang pagi,Surut pukul lima,Bangun pagi-pagi,Siram pokok bunga.Pokok bunga melur,Ditanam tepi batas,Itik dah bertelur,

    Ayam dah menetas.

    Air pasang pagi,Surut pukul lima,

    Bangun pagi-pagi,Siram pokok bunga.Pokok bunga melur,Ditanam tepi batas,Itik dah bertelur,Ayam dah menetas

    Sekarang jam menunjukkanpukul berapa?

    Pukul berapa murid dalamvideo tersebut bangun pagi?

    Isi tempat kosong kadtersebut mengikut cara yangbetul.

  • 7/29/2019 RPH Masa Dan Waktu Thun 3

    2/4

    Guru menunjukkan kad cerita kepada murid danbertanyakan soalan tambah dan tolak masa yangberkaitan dengan kad yang ditayangkan.

    Guru membimbing murid bersama-sama untukmelengkapkan cerita berkaitan masa menggunakankad cerita tersebut.

    Imaginasi

    Mencaripenyelesaian

    Mencari alternatifpenyelesaian

    Guru menampalkan kertas mahjong yang telahtertulis masalah berikut:

    Maria dan kakaknya Louisa keluar rumah padamasa yang sama dan mengayuh basikal mereka kesekolah yang jauhnya 9 kilometer. Maria kayuhbasikal pada kadar 3 kilometer dalam 10 minit.

    Berapa lama Maria ambil untuk sampai ke sekolah?Jawapan: __________________ minit.

    Louisa mengayuh basikal pada kadar 1 kilometerdalam 3 minit.

    Berapa lama Louisa ambil untuk sampai kesekolah?Jawapan: _________________ minit

    Siapa sampai dulu ke sekolah?Jawapan: _________________

    Perhatikan masalah yangcikgu tampal. Cuba cari :

    Apakah masalahnya?

    Apa yang perlu dilakukan?

    Bagaimana caranya untukmenyelesaikan masalahtersebut?

    Apakah operasi matematikyang perlu digunakan?

    Perkembangan

    Melakukan operasi

    Menilai penyelesaianmasalah

    Guru memberi berlainan situasi dan meminta muridmenyelesaikannya dalam kumpulan dengan

    menggunakan kreativiti masing-masing.

    Kumpulan 1Pada setiap pagi Encik Bakar akan bersenamdengan berjalan dan pulang ke tempat dia mulaberjalan pada pukul 7.00 pagi. Sekiranya tempohberjalan Encik Bakar mengambil masa 1 jam dan 30minit, pada pukul berapa Encik Bakar mula berjalan.

    Kumpulan 2Waktu untuk tayangan filem disenaraikan di bawah:

    Masa Tayangan bermula

    Pertama 2:00 p.m.Kedua 3:30 p.m.Ketiga 5:00 p.m.Keempat ?

    Kalau corak masa ini bersambung, pukul berapamasa tayangan untuk tayangan keempat?

    Kumpulan 3Malik mengambil masa 4 minit untuk mencuci satu

    Apakah masalahnya? Sebutdan tuliskan.

    Fikirkan bagaimana kamunak selesaikan masalah itu.

    Rancang, sebut dantuliskan.

  • 7/29/2019 RPH Masa Dan Waktu Thun 3

    3/4

    tingkap. Dia ingin tahu berapa minit yang akandigunakan untuk mencuci 8 tingkap.

    Kumpulan 4Yacob suka pergi ke muzium dan bolehmenghabiskan masa selama 2 jam di sana. Diaakan mengambil masa 45 minit untuk melihatlukisan dan 50 minit untuk melihat ukiran pasu.Berapa minit lagi yang tinggal untuk dia melihatpameran barangan purba?

    Kumpulan 5Latif menulis nota untuk ibunya. Dia mengambilmasa 68 saat untuk mencari pen, 42 saat untukmencari kertas dan 41 saat untuk menulis notanya.Adakah masa yang diambil oleh Latif untuk menulisnota tersebut melebihi 3 minit?

    Ketua Kumpulan bentangkan dapatan. Kumpulan

    menceritakan dapatan dan ulasan mereka.

    Murid menghubungkaitkan operasi tambah, tolak,darab dan bahagi dalam masalah yang diselesaikan.

    Penutup

    Membuat refleksipenyelesaian yangdibuat.

    Guru bertanya kepada murid tentang pelajaran yanglepas.

    Guru menayangkan slaid dan video lagu kepadamurid. Murid menyanyi bersama-sama dan

    membuat kesimpulan tentang pelajaran yang telahdipelajari.

    (lirik lagu : Masa itu emas)Masa itulah emasMasa itulah emasMasa itulah emasHargailah waktu

    1 minit 60 saat1 jam pun 60 minit1 hari 24 jam1 bulan 30 hari1 tahun 12 bulan

    Masa itulah emasMasa itulah emasMasa itulah emasHargailah waktu

    7 hari jadi seminggu4 minggu jadi sebulan

    12 bulan jadi setahun10 tahun jadi sedekad100 tahun jadi seabad

    Apakah fungsi jarum jamdan minit?

    Apakah unit yang digunakanuntuk menunjukkan masa?

    Siapakah yang boleh berirumusan tentang topik yangtelah kita pelajari?

  • 7/29/2019 RPH Masa Dan Waktu Thun 3

    4/4

    Masa itulah emasMasa itulah emasMasa itulah emasHargailah waktu

    24 jam waktu antabangsaHanya petang dan malam digunaTambah 12 nak dapatkannyaMalam tolak petang caranyaPetang tolak pagi caranya

    Masa itulah emasMasa itulah emasMasa itulah emasHargailah waktu

    Murid bermain Permainan Kotak Muzik bagimembimbing murid mengingat kembali pelajaranyang lepas.

    Murid dikehendaki menjawab soalan berkaitanmasa dan waktu apabila muzik diberhentikan.

    Guru membimbing murid bersama-sama untukmenyelesaikan masalah dan membuat kesimpulantentang pelajaran yang telah dipelajari.

    Pentaksiran Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan dilembaran kerja 2.

    Guru melihat bagaimana murid menjawab soalansambil membimbing.

    Nilai dan Sikap Bekerjasama semasa melakukan aktiviti dalamkumpulan.

    Sifat kepimpinan semasa pembentangan.

    Keselamatan di jalan raya.

    Menghargai rakan-rakan.