rph masa dan waktu

4
SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073 Matapelajaran : Matematik Tarikh : 17.3.2015 Masa : 8:40 – 9:40 pagi (1 jam) Kelas : 1 Anggerik Bilangan Murid : 28 orang Bidang : Sukatan dan Geometri Tajuk : Masa dan Waktu Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : Menama hari dan bulan serta menerangkan aktiviti sejajar dengan aktiviti persekolahan. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : iv. Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan Bahan Bantu Belajar : Kad perkataan, video klip, lembaran kerja. Unsur Seni : Seni Muzik, Seni Visual, Seni Pergerakan Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui nama-nama bulan dalam setahun tanpa mengikut urutan sebenar. Elemen Merentas Kurikulum : TMK, Kreativiti dan Inovasi Pengisian Nilai : Bersungguh-sungguh, berani dan bekerjasama FASA/LANGKAH AKTIVITI CATATAN/ IMPAK Set Induksi (Persediaan) 1. Guru menyoal murid tentang peristiwa yang berlaku dalam setahun. 2. Guru membimbing murid untuk menyatakan 1

Upload: wanierashid

Post on 12-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

masa dan waktu rph

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Masa Dan Waktu

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

Matapelajaran : Matematik

Tarikh : 17.3.2015

Masa : 8:40 – 9:40 pagi (1 jam)

Kelas : 1 Anggerik

Bilangan Murid : 28 orang

Bidang : Sukatan dan Geometri

Tajuk : Masa dan Waktu

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :

Menama hari dan bulan serta menerangkan aktiviti

sejajar dengan aktiviti persekolahan.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

iv. Menamakan bulan dalam setahun mengikut urutan

Bahan Bantu Belajar : Kad perkataan, video klip, lembaran kerja.

Unsur Seni : Seni Muzik, Seni Visual, Seni Pergerakan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui nama-nama bulan dalam setahun tanpa mengikut

urutan sebenar.

Elemen Merentas Kurikulum : TMK, Kreativiti dan Inovasi

Pengisian Nilai : Bersungguh-sungguh, berani dan bekerjasama

FASA/LANGKAH AKTIVITI CATATAN/IMPAK

Set Induksi

(Persediaan)

(5 minit)

1. Guru menyoal murid tentang peristiwa yang berlaku dalam

setahun.

2. Guru membimbing murid untuk menyatakan jawapan dalam

bentuk nama-nama bulan.

Contoh: Pada bulan berapakah kita menyambut Hari

Kemerdekaan?

3. Minta murid memerhatikan abjad yang dipaparkan dan

menyususn semula supaya menjadi nama bulan yang betul.

1

Page 2: Rph Masa Dan Waktu

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

Imaginasi

-Penjanaan idea

-Sintesis idea

(10 minit)

1. Memperkukuhkan kemahiran murid dengan melakukan

aktiviti seperti :

a. Menyatakan peristiwa penting yang berlaku/disambut

dalam setahun.

Perkembangan

- Penambahbaikan

- Menilai

(20 minit)

1. Murid menyatakan nama-nama bulan yang terdapat dalam

setahun secara rawak.

2. Guru membimbing murid menyusun nama-nama bulan

dalam setahun mengikut urutan yang betul.

3. Guru menayangkan klip video nama-nama bulan mengikut

urutan dalam setahun.

4. Murid menyanyi bersama-sama dengan guru sambil

menggerakkan kad nama-nama bulan.

Seni Muzik

Seni Pergerakan

2

SOGO OGOS

RILAP APRIL

Hari Raya Aidilfitri

Tahun Baru Cina

Hari Guru

Hari Kebangsaan

Hari Krismas

Hari Deepavali

Januari Februari Mac April Mei

Jun Julai Ogos September Oktober

November Disember

J A N U A R I

Page 3: Rph Masa Dan Waktu

SENI DALAM PENDIDIKAN WAJ3073

Tindakan

-Pelaksanaan

-Amalan

berterusan

(15minit)

Aktiviti Melengkapkan Urutan Nama Bulan

1. Guru memanggil 12 orang murid untuk datang ke hadapan

kelas. Setiap

orang murid diberikan kad nama-nama bulan.

2. Murid yang memegang kad Januari, perlu mencari dan

mendapatkan rakannya yang memgang kad Februari dan

seterusnya sehinggalah lengkap kesemua 12 bulan dalam

setahun.

Penilaian

(10 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid

2. Murid melengkapkan lembaran kerja tersebut dengan

bimbingan guru

3. Perbincangan hasil kerja murid

Seni Visual

Aktiviti Susulan : Murid dikehendaki memotongdari kalendar, bulan-bulan dalam setahun dan

melekatkannya di dalam buku tulis masing-masing.

3