rph lari jarak jauh

12
[RPH PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3] FARIZA , SHAKILAH, NABIL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI 2014 Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 27 Februari 2014 Masa : 8.15 hingga 8.45 pagi (30 minit) Bil. Murid : 18 orang Kelas : 3 Amanah Std Kandungan : Olahraga Asas Lari Jarak Jauh 1.9 Berkebolehan melakukan kemahiran asas lari dengan lakuan yang betul. Std Pembelajaran : 1.9.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan 1.9.2 Berlari dalam pelbagai jarak Obj Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat : i. Psikomotor 1. Sekurang-kurangnya 15 daripada 18 orang dapat melakukan larian dalam pelbagai jarak. ii. Kognitif 1. Mengaitkan perkaitan antara daya tahan kardiovaskular dengan lari jarak jauh. iii. Afektif

Upload: sha-akilah

Post on 26-Nov-2015

404 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

rph lari jarak jauh

TRANSCRIPT

RPH PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3

[RPH PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3]FARIZA , SHAKILAH, NABIL

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI 2014

Mata Pelajaran : Pendidikan JasmaniTarikh : 27 Februari 2014 Masa : 8.15 hingga 8.45 pagi (30 minit)Bil. Murid : 18 orangKelas : 3 AmanahStd Kandungan : Olahraga Asas Lari Jarak Jauh 1.9 Berkebolehan melakukan kemahiran asas lari dengan lakuan yang betul.Std Pembelajaran : 1.9.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan 1.9.2 Berlari dalam pelbagai jarak Obj Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat :i. Psikomotor1. Sekurang-kurangnya 15 daripada 18 orang dapat melakukan larian dalam pelbagai jarak.ii. Kognitif1. Mengaitkan perkaitan antara daya tahan kardiovaskular dengan lari jarak jauh.iii. Afektif1. Dapat memupuk semangat kerjasama dan mempunyai perasaan seronok semasa bermain.EMK : Inovatif dan Kreatif, keusahawanan melalui pengiraan jumlah belon besar yang diperoleh. Penerapan nilai : Kerjasama, Berdisiplin.BB Belajar : Jenis alatanBilangan

Belon60

Getah60

Wisel1

Bakul3

Skitel kecil10

Jam Randik1

Kertas check point 36 keping

Senarai semak1 keping

LANGKAHAKTIVITIPENGELOLAAN/ ORGANISASICATATAN

Permulaan(7 minit)Aktiviti 1:Memanaskan badan

Murid memanaskan badan dengan aerobik.

Aktiviti 2:Aktiviti meniup belon1. Guru memasang lagu Barbie Girl sambil melakukan aerobik bersama-sama dengan murid.2. Murid akan mengikut pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan oleh guru.

Lakaran : Kedudukan guru dan murid

Petunjuk : Guru Murid

1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan.2. Permainan berlansung selama 4 minit.3. Seorang murid dari setiap kumpulan akan berlari ke arah belon yang disediakan dan perlu meniupnya sebesar mungkin setelah wisel dibunyikan.4. Murid perlu meniup belon secepat mungkin serta mengikat belon tersebut dengan tangan atau menggunakan getah yang disediakan.5. Setelah itu, murid perlu berlari sambil membawa belon yang ditiup dan meletakkan belon tersebut di dalam bakul.6. Murid perlu berlari kembali ke arah rakan dan menepuk tangan rakannya untuk murid seterusnya mengulangi langkah 3 6.7. Setiap murid hanya dibenarkan meniup satu belon pada satu masa.8. Wisel akan dibunyikan setelah 4 minit permainan tamat.9. Pemenang akan dikira berdasarkan bilangan belon besar yang berjaya ditiup.

Lakaran:

50 m

Strategi :Demonstrasi

EMK:Kreatif dan inovatif

NILAI:Berdisiplin

BBB :Belon (60)Getah (60)Bakul (3)Wisel (1)Jam Randik (1)

KESELAMATAN:Guru memastikan kawasan untuk melakukan aktiviti memanaskan badan dalam keadaan selamat dan terhindar daripada bahaya.

KBAT:Apakah perkaitan antara aktiviti ini dengan olahraga lari jarak jauh?

Cadangan jawapan:Meningkatkan daya tahan paru-paru untuk larian jarak jauh.

Petunjuk: Belon

Bakul

Perkembangan ( 7 minit)

Aktiviti 1: (ansur maju)-Guru menerangkan kepada murid tentang apa yang akan diajar pada hari ini iaitu lari jarak jauh

-Guru memberikan latihan ansur maju sebelum membuat larian jarak jauh.

Aktiviti 2:Lari pelbagai jarak.

1. Murid dalam kumpulan yang sama diminta berbaris secara melintang.2. Murid akan disuruh berlari dalam jarak 20 meter mengikut teknik yang diajar oleh guru.3. Guru akan membuat demonstrasi.4. Murid akan bergerak apabila wisel dibunyikan. Lari angkat kaki ke belakang Lari angkat kaki ke hadapan Skip 2 kali ke kanan dan skip 2 kali ke kiri.

30 m

1. Murid dalam 3 kumpulan.2. 3 Skitel akan disusun. Skitel pertama (biru) 8 meter dari murid. Skitel kedua (kuning) 16 meter dari murid. Skitel ketiga (merah) 25 meter dari murid.3. Setiap murid perlu berlari ke skitel biru dan kembali ke tempat asal kemudian lagi sekali lagi ke skitel kuning dan kembali ke tempat asal dan akhir sekali berlari ke skitel merah dan kembali ke tempat asal semula.4. Setelah habis berlari ke arah ketiga-tiga skitel tersebut, murid perlu menepuk tangan rakannya dan murid kedua akan meneruskan pelarian seperti murid pertama.5. Murid-murid lain juga akan mengulangi langkah sebagaimana murid pertama sehingga habis kesemua murid dalam kumpulan masing-masing.

25 m

STRATEGI:-Berpusatkan guru-berpusatkan murid

KAEDAH PENGAJARAN:Pendekatan konstruktivisme

BBB : skitel biru (3) skitel kuning (3) skitel merah (3)

Keselamatan :Guru menasihati murid supaya murid berhati-hati ketika berlari

Kemuncak(13 minit)Aktiviti Tabata1. Guru menerangkan secara ringkas mengenai tabata.2. Setiap murid dikehendaki menghabiskan larian dengan 2 pusingan di padang.3. Aktiviti larian akan dimulakan apabila guru meniup wisel.4. Murid akan mula berlari pecut selama 20 saat.5. Selepas 20 saat wisel akan dibunyikan.6. Murid perlu berjogging pula selama 10 saat.7. Kemudian, wisel akan dibunyikan dan murid akan berlari pecut lagi selama 20 saat.8. Pada setiap pusingan pertama dan kedua murid perlu ambil token di check point yang telah disediakan.9. Aktiviti akan berulang sehingga tamat 2 kali pusingan.10. Lima peserta pertama yang berjaya sampai dahulu dikira sebagai pemenang.

20 saat10 saat

BBB : Skitel (2) Wisel (1) Kertas check point (36 keping) Senarai semak

KBAT:Apakah aktiviti lain yang dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular?

Cadangan jawapan:-Naik turun bangku-Berjoging-Berenang

B1D3E1Berlari dalam pelbagai kelajuan dan jarak

padang

Penutup( 2 minit)Pengenduran anggota badan- Melakukan regangan mengikut situasi yang diberikan guru.

Refleksi : Guru bertanya tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini. Guru mengedarkan kertas lembaran kerja kepada murid-muird.1. Murid melakukan aktiviti secara individu. Murid membuat aktiviti regangan mengikut gaya cikgu. Guru memberikan lembaran kerja untuk disiapkan di rumah.2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid agar menyiapkannya.BBB : Lembaran kerja

NILAI AFEKTIF:Keseronokan

Refleksi: _______________________________________________________________________________________Kelebihan: _______________________________________________________________________________________Kekurangan: _______________________________________________________________________________________Penambahbaikan: _______________________________________________________________________________________