rph kemahiran hidup pendidikan khas - projek keusahawanan (pembungkusan)

5

Click here to load reader

Upload: nor-maliza-mat-sulong

Post on 01-Jul-2015

635 views

Category:

Documents


29 download

TRANSCRIPT

Page 1: RPH kemahiran hidup pendidikan khas - projek keusahawanan (pembungkusan)

Matapelajaran : Kemahiran hidup

Kelas : PKA

Bil. Murid : 4 orang

Tarikh/Hari : 29 Mac 2011 / Selasa

Masa : 9.00 – 10.00 pagi

Topik : 1.0 Masakan

Subtopik : 1.8 Menjalankan projek keusahawanan (pembungkusan)

Pengetahuan Sedia Ada

i) Murid pernah mengetahui cara untuk menjual produk

Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:

i) Mengenal alatan untuk pembungkusan.ii) Melakukan amali aktiviti keusahawanan.

Perentasan kurikulum : Bahasa Melayu, matematik,

Kemahiran Manipulatif

Terapi : pertuturan, carakerja, kinestetik, motor halus,

pengamatan

Penerapan Nilai : kebersihan diri, berhati-hati,

BBM : apron, penimbang, keropok pedas, plastik,

senduk, label, bakul, kad manila, stapler, lembaran

kerja.

1 | P a g e

Page 2: RPH kemahiran hidup pendidikan khas - projek keusahawanan (pembungkusan)

Langkah/Masa

Isi Pengajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set induksi (5 minit)

Pengenalan topik – membawa contoh dua plastik makanan yang bersih dan kotor.

GURU MURID TEKNIK: soal-jawab

TERAPI: pengamatan

BBM:Makanan dari dua plastic yang bersih dan kotor.

NILAI:Menjaga kebersihan.

1. Guru membawa dua contoh plastik pembungkus makanan yang bersih dan kotor.

2. guru bersoal-jawab dengan murid tentang makanan dari bungkusan mana yang harus dipilih.

3.guru menerangkan kepentingan memilih makanan dari bungkusan makanan yang bersih dan kemas.

4. Guru mengaitkan set induksi dengan pelajaran pada hari ini.

1. murid melihat, mengamati dan cuba memahami apa yang dibawa guru.

2. murid menjawab dengan lisan.

3. murid mendengar dan memerhati.

Langkah 1

(15 minit)

Memperkenalkan produk jualan dan demonstrasi

1. guru menerangkan barang jualan yang akan dibungkus dan dijual. 2. guru menunjukkan beberapa contoh pembungkusan keropok pedas yang akan dihasilkan dan dijual kelak.3. guru meminta murid bergerak ke ruang tayangan untuk mengenalpasti alatan dancara-cara pembungkusan produk.4. guru menayangkan slideshow gambar alatan dan proses pembungkusan.5. guru meminta murid kembali ke kelas sesudah melihat video

1. murid mendengar dan memerhati.

3. murid beredar ke ruang tayang.

4. murid mengamati dan memerhati slideshow yang ditayangkan.5. murid kembali bergerak ke kelas.

TEKNIK: demonstrasi

BBM: video

NILAI:Kerjasama, sayangi ibu bapa

2 | P a g e

Page 3: RPH kemahiran hidup pendidikan khas - projek keusahawanan (pembungkusan)

tersebut.

Langkah 2

(25 minit)

pembungkusan produk.

1. guru bersoal-jawab dengan murid berkenaan nama alatan yang telah dilihat.2. guru meminta murid memakai apron sebagai langkah kebersihan dan keselamatan.3. setiap murid diagihkan tugas untuk mencedok keropok ke dalam plastik dan menimbang, mengklip plastik dan melabel bekas pembungkusan.4. guru melakukan demonstrasi ringkas tentang penggunaan alatan dan langkah untuk membungkus keropok tersebut.5. guru meminta murid membungkuskan keropok yang disediakan berdasarkan arahan guru.6. murid yang kurang mahir dibantu melakukan pembungkusan keropok.7. setelah selesai ditimbang melalui alat penimbang, keropok yang telah dimasukkan kedalam plastik akan di klip oleh murid yang lain.8. kemudian, keropok tersebut akan dilabel oleh murid

1. murid menjawab secara lisan

2. murid memakai apron

3.. murid mengambil tempat yang telah ditugaskan.

4. murid mengamati cara untuk membungkus.

5. murid membungkus produk mengikut arahan.

6. murid yang lemah meminta bantuan dari guru.

BBm Apron,keropok pedas, plastic, klip plastik, penimbang, senduk.

TERAPI: carakerja dan motor halus.

NILAI:Kebersihan,

Langkah 3

(10minit)

Menyusun,dan aktiviti penjualan.

1. guru meminta murid membilang jumlah kesemua produk yang dihasilkan.2. murid diminta menyusun produk didalam bakul dan

1. murid membilang satu persatu.

2. murid menyusun kemas.

BBM:Bakul, kad manila, keropok pedas

NILAI:

3 | P a g e

Page 4: RPH kemahiran hidup pendidikan khas - projek keusahawanan (pembungkusan)

diatas kertas manila.3. guru menunjukkan contoh cara untuk menjual produk.4. murid diminta untuk berlakon cara menjual produk sesama mereka.5. guru meminta murid melakukan aktiviti penjualan produk kepada guru dan rakan-rakan.

3. murid mengingati cara untuk menjual.

4. murid berlakon diantara mereka.

5. murid melakukan aktiviti penjualan kepada guru-guru dan murid.

Kerjasama, kemas

TERAPI: pengamatandan loko motor halus.

Penutup (5 minit)

Rumusan Pengajaran

1.guru bersoal jawab kembali tentang nama produk yang dihasilkan.2. murid diminta membilang jumlah baki keropok pedas yang tinggal.

1. Murid mendengar dan menjawab secara lisan.

2. Murid mendengar dan menjawab secara lisan.

4 | P a g e