rph inkuiri penemuan

12
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Matematik tahap 2 Sekolah Rendah (Kreativiti Dalam P&P) Topik Kreativiti dan Inovasi Kod Kursus MTSR2 Masa 2 jam Personel Penceramah A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat : 1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran 2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model inkuiri penemuan, perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan. C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti ’hands-on’, bengkel D Bahan Pengajaran Nota, power-point E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung F Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian G Rumusan/Refleksi

Upload: nadzari-baharom

Post on 28-May-2015

6.265 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

contoh RPH Matematik Tahun 4 berasaskan Modul inkuiri penemuan untuk menyemai kreativiti dalam PDP

TRANSCRIPT

Page 1: Rph inkuiri penemuan

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

KURSUS Pemantapan Pedagogi Guru Matematik tahap 2 Sekolah Rendah

(Kreativiti Dalam P&P)

Topik Kreativiti dan Inovasi

Kod Kursus MTSR2

Masa 2 jam

Personel Penceramah

A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat :

1. memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran

2. mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan

B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model inkuiri penemuan, perkaitan proses kreatif terarah

dengan model inkuiri penemuan dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan.

C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti ’hands-on’, bengkel

D Bahan Pengajaran Nota, power-point

E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung

F Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian

G Rumusan/Refleksi

Page 2: Rph inkuiri penemuan

Kandungan Kursus

Disamping itu, satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna boleh dilaksanakan

oleh guru ialah model inkuiri penemuan.

Model Inkuiri Penemuan

Prinsip asas model ini ialah murid bekerja sendiri untuk menemu pengetahuan baru dalam

suasana pengajaran pembelajaran yang menekankan penyoalan. Model ini melibatkan

penaakulan induktif di mana murid mengkaji hubungan, saling kaitan serta pola dan seterusnya

membuat kesimpulan.

Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model inkuiri penemuan

Model P &P Proses Kreatif Terarah

Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan

Inkuiri Penemuan Memerhati

Menciri

Mengelas

Menyoal

Meneroka

Merancang

Meramal

Membuat hipotesis

Menuji hipotesis

Membuat kesimpulan

Melapor

Dokumentasi

Mentaksir

Dalam persediaan mengajar, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu

diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan

tindakan.

Page 3: Rph inkuiri penemuan

Contoh Persediaan Mengajar menggunakan Model Inkuiri Penemuan

CONTOH 1 (Matematik Tahun 4)

Tajuk: Panjang

Bidang: Ukuran Panjang

Masa: 60 minit (2 waktu)

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:

6.1 Mengukur panjang

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

i) Mengukur dan merekod benda dalam unit:

a) Milimeter

b) Sentimeter

c) Milimeter dan sentimeter

ii) Menganggarkan panjang benda dalam unit:

a) Milimeter

b) Sentimeter

c) Milimeter dan sentimeter

Objektif Pengajaran: Murid dapat mengukur panjang sesuatu benda dengan menggunakan

. unit piawai

Fasa

Cadangan Aktiviti

Cadangan Komunikasi

Persediaan Memerhati Menciri Mengelas Menyoal

Menyediakan beberapa bahan yang boleh diukur seperti buku, kotak tisu, berus lukisan, pensel dan getah pemadam. Tunjukkan pada murid, minta mereka anggarkan panjang bahan-bahan itu.

Berapakah panjang kotak tisu?. Yang manakah lebih panjang, pensel atau berus lukisan? Berapakah anggaran panjang getah pemadam?

Page 4: Rph inkuiri penemuan

Memberitahu kepada murid bahawa benda-benda boleh dianggarkan panjangnya.

Berapakah kali ganda panjang pensel berbanding pemadam?

Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis

Murid diminta memikirkan cara untuk mengukur peralatan-peralatan yang terdapat di kelas. Murid mengukur menggunakan anggota-anggota badan iaitu jengkal, hasta, tapak kaki, depa dan langkah.

1.Apakah anggota yang sesuai untuk mengukur panjang meja tulis? 2. Bolehkah kita mengukur bilik darjah dengan menggunakan tapak kaki? 3. Manakah lebih cepat mengukur pintu sama ada dengan menggunakan jengkal atau depa? 4. Bagaimana cara mengukur kawasan yang luas?

Perkembangan Menguji Hipotesis

Guru memperkenalkan penggunaan pembaris dan pita pengukur dalam unit milimeter dan meter.

1.Apakah alat yang sesuai untuk mengukur tinggi seseorang? 2. Antara pita ukur dengan pembaris, yang manakah lebih sesuai mengukur panjang papan tulis?

Page 5: Rph inkuiri penemuan

Guru mengedarkan borang rekod untuk membuat anggaran dan membuat ukuran peralatan dalam bilik darjah seperti kerusi, almari, papan kenyataan, pemadam papan hitam dan Buku Teks Matematik. Kerja kumpulan: Guru meminta murid membuat anggaran terlebih dahulu sebelum mengukur dengan menggunakan pita ukur dan pembaris. Murid mengukur menggunakan ukuran milimeter dan sentimeter. Murid merekod jumlah ukuran dalam milimeter , sentimeter serta milimeter dan sentimeter

Tindakan Melapor Dokumentasi Membuat kesimpulan Mentaksir

Murid menerangkan anggaran dan ukuran panjang peralatan-peralatan yang diukur. Setiap murid mencatat anggaran dan ukuran panjang yang diperolehi oleh kumpulan lain. Guru menunjukkan ukuran sebenar peralatan-peralatan tersebut. Murid membandingkan kumpulan mana yang dapat mengukur dengan tepat. Kumpulan yang paling banyak mengukur dengan tepat dikira sebagai pemenang.

1.Sebutkan anggaran dan ukuran sebenar kumpulan kamu. 2.Kumpulan mana yang paling banyak mengukur dengan tepat dan cepat? 3.Kumpulan mana yang paling banyak menganggar dengan tepat?

Page 6: Rph inkuiri penemuan

Pentafsiran

Murid boleh membuat anggaran,mengukur dan merekod ukuran panjang benda-benda dalam unit milimeter, sentimeter serta milimeter dan sentimeter.

Nilai dan Sikap

Bekerjasama dalam kumpulan, tolak ansur, disiplin,keselamatan.

Page 7: Rph inkuiri penemuan

Lampiran 1

Nama Kumpulan : _____________________

a) Anggarkan ukuran dalam milimeter, sentimeter serta sentimeter dan meter.

Pemadam papan hitam

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Almari

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Kerusi

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Papan kenyataan

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Buku Teks Matematik

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

b)Rekod ukuran dalam milimeter, sentimeter serta sentimeter dan meter.

Pemadam papan hitam

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Almari

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Kerusi

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Papan kenyataan

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Buku Teks Matematik

_______ mm

_______ cm

______ cm ______ mm

Page 8: Rph inkuiri penemuan

Contoh Persediaan Mengajar menggunakan Model Inkuiri Penemuan

CONTOH 2 (Matematik Tahun 4)

Tajuk: Masa dan Waktu

Bidang: Tempoh Masa

Masa: 60 minit (2 waktu)

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:

5.1 Mengguna dan mengaplikasi pengetahuan tentang masa untuk mencari tempoh masa.

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

i. Membaca dan menyatakan waktu mula dan waktu akhir bagi sesuatu peristiwa berdasarkan jadual.

ii. Menghitung tempoh masa sesuatu peristiwa daripada jadual dalam: a) minit b) jam

Objektif Pengajaran :

Murid dapat melengkapkan jadual dengan lengkap dan betul sekurang 5 daripada 10 item.

Bahan Pengajaran : Keratan akhbar rancangan TV dan lembaran kerja.

Fasa

Cadangan Aktiviti

Cadangan Komunikasi

Persediaan Memerhati Menciri Mengelas Menyoal

Guru mengedarkan keratan akhbar yang berkaitan dengan intisari rancangan TV bagi stesen TV yang berlainan. Guru meminta murid untuk menyatakan apakah rancangan kegemaran mereka. Murid menyatakan rancangan apa yang paling kerap ditayangkan. Murid mengenalpasti stesen TV yang paling lambat tamat siarannya.

Apakah rancangan TV kegemaran kamu ? Apakah rancangan TV paling kerap ditayangkan dalam seminggu ?

Page 9: Rph inkuiri penemuan

Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Membuat hipotesis

Murid diminta untuk mengenalpasti waktu bagi beberapa rancangan TV yang terdapat dalam intisari rancangan. Murid juga diminta untuk menyatakan waktu yang sesuai dan tidak sesuai untuk mereka menonton televisyen. Murid dibimbing untuk menyatakan sebab-sebab untuk menonton rancangan yang sesuai dengan mereka. Guru meminta murid menyatakan tempoh yang sesuai untuk menonton televisyen dalam sehari sebagai seorang murid.

Apakah rancangan TV yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak ? Bilakah waktu yang sesuai dan tidak sesuai untuk kamu menonton TV ? Mengapakah kamu perlu menonton rancangan TV yang sesuai dengan kamu sebagai seorang kanak-kanak ? Berapakah tempoh masa yang sesuai untuk kamu menonton TV dalam sehari ?

Perkembangan Menguji Hipotesis

Guru mengedarkan satu intisari rancangan TV yang lain kepada setiap murid. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan waktu mula dan akhir sesuatu intisari rancangan TV berdasarkan jadual yang diberikan. Guru menerangkan bahawa tempoh masa adalah perbezaan di antara masa mula dan akhir berdasarkan contoh daripada intisari rancangan TV yang telah diedarkan. Guru mengagihkan murid kepada 5 orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki membina sendiri intisari rancangan TV bagi stesen TV mereka mengikut rancangan TV yang paling digemari oleh mereka. Guru menekankan bahawa setiap kumpulan perlu menghasilkan intisari rancangan TV yang baru dan tidak boleh sama seperti contoh yang diberikan.

Pukul berapakah Filem Bujang Lapok bermula ? Pukul berapakah rancangan Kaki Robot tamat ? Berapakah tempoh masa rancangan Mr Bean ditayangkan ? Berikan nama stesen TV kumpulan kamu dan bina intisari rancangan mengikut rancangan yang kamu gemari.

Page 10: Rph inkuiri penemuan

Tindakan Melapor Dokumentasi Membuat kesimpulan Mentaksir

Murid membentangkan hasil kerja. Murid menyatakan waktu mula dan akhir sesuatu rancangan TV tersebut. Murid juga menyatakan tempoh masa untuk sesuatu rancangan TV tersebut. Guru membuat pembetulan terhadap kumpulan yang tidak tepat menyusun waktu mula, akhir dan tempoh masa. Kesimpulannya. Guru menerangkan bahawa pengiraan lain boleh juga dilakukan dengan menggunakan waktu mula, waktu akhir dan tempoh masa. Waktu Akhir = Waktu Mula + Tempoh Masa Waktu Mula = Waktu Akhir – Tempoh Masa Kumpulan yang dapat menyusun semua maklumat dengan tepat perlu melekatkan hasil kerja di papan kenyataan kelas.

Mengapakah kumpulan B tidak dapat menyusun jadual dengan tepat ? Mengapakah kumpulan D waktu tamat programnya lebih awal daripada kumpulan lain ?

Pentafsiran

Murid boleh membaca dan menyatakan waktu mula dan waktu akhir serta menghitung tempoh masa sesuatu peristiwa daripada jadual

Nilai dan Sikap

Bekerjasama dalam kumpulan, tolak ansur, disiplin,keselamatan

TEMPOH MASA

= WAKTU AKHIR – WAKTU MULA

Page 11: Rph inkuiri penemuan

Lampiran 1

Nama Stesen TV :.......................

Bil. Rancangan TV Waktu Mula Waktu Akhir Tempoh Masa

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Page 12: Rph inkuiri penemuan

Lampiran 2

Intisari Rancangan TV Aviva

6:00 pagi – Bacaan Al-Quran

6:30 pagi – Senaman Sinar Pagi

7:00 pagi – Tanyalah Pak Imam

8:00 pagi – Selamat Pagi Orang Kampung

10.00 pagi - Spoungebob

10.30 pagi - Kaki Robot

11.00 pagi - Berita Semasa 11

11.05 pagi - IKS

11.30 pagi - Kampung Boy

12.00 tengahari - Xpresi Kembara

12.30 tengahari - Jelajah (Desaria)

1.00 petang - Berita Nasional

1.30 petang - Info Sukan

1.45 petang - Diva @ 1

2.00 petang - Generasi Y

3.00 petang - Berita Semasa 3

3.05 petang – Filem Bujang Lapok

5.00 petang - Berita Wilayah

6.00 petang - Agrotek

6.30 petang - Hasratun

7.00 malam - National Geographic (Cheetah Family)

8.00 malam - Berita Nasional

8.39 malam - Azan Isyak

9.00 malam - Panggung Seri (Mr Bean)

11.00 malam - Berita Dunia

11.30 malam - Sorakan Emas (Bola Sepak Klasik)

12.30 tengah malam - Berita Nasional

1.00 pagi - Tamat Siaran