rph dsv kssr tahun 1 (origami)

Upload: gengkapak

Post on 14-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (ORIGAMI)

    1/5

    Tahun : 1

    Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan

    Aktiviti : Origami

    Tema : Alam Semula jadi

    Tajuk : Anjing kegemaran saya

    Masa : 1 jam

    Media : Alat : (tiada)

    Bahan : kertas origami atau kertas A4,

    gam, dan pensel warna

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh origami anjing yang sedia ada

    EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

    TMK

    STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan: rupa, bentuk,

    warna, dan imbangan)yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya seni dalam

    penghasilan origami

    2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan

    teknik dalam penghasilan origami.

    3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan origami.

    4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

    STANDARD PEMBELAJARAN

    3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual

    yang ada pada karya seni.

    3.1.1 Unsur Seni

    3.1.1.1 Rupa geometri

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (ORIGAMI)

    2/5

    3.1.1.2 Bentuk konkrit

    3.1.1.3 Warna primer dan sekunder

    3.1.2 Prinsip rekaan

    3.1.2.1 Imbangan simetri

    3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan media dan

    teknik dalam aktiviti seni.

    3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

    3.2.1.1 Alat (tiada)3.2.1.2 Bahan kertas A4 berwarna, gam, dan magic pen3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.

    3.2.2.1 Teknik lipatan

    3.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran

    bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D.

    3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif

    3.3.2 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam panghasilan karya

    3.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

    3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

    berpandukan bahasa seni visual.

    3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.

    3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

    3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    Persepsi Estetik

    1. Guru memberi teka teki kepada murid-

    murid

    berkaki empat,

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (ORIGAMI)

    3/5

    badan berbulu,

    berlari cepat,

    kawan baik polis,

    kawan baik kita juga,

    menolong kita menjaga rumah.

    Apakah ia?

    2. Murid-murid menjawab teka teki

    tersebut

    3. Guru mengaitkan anjing dengan

    pelajaran hari ini.

    4. Guru menerangkan unsur bentuk,

    warna, dan rupa dalam penghasilan

    origami anjing.

    Aplikasi Seni

    1. Guru menunjukkkan cara membuat

    origami anjing

    2. Murid menyatakan bahagian-bahagian

    anjing yang terdapat pada origami.

    3. Murid diminta mengeluarkan kertas

    yang akan digunakan untuk

    menghasilkan origami.

    Ekspresi Kreatif

    1. Murid menghasilkan origami anjing

    dengan bimbingan guru berdasarkan

    langkah-langkah berikut.

    Langkah 1

    Menyediakan kertas origami atau

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (ORIGAMI)

    4/5

    kertas A4.

    Bentukkan kertas A4 menjadi satu segi

    empat sama sisi

    Langkah 2

    Lipatkan segiempat sama sisi menjadi

    bentuk segi tiga

    Lipatkan satu pertiga sisisegi tiga

    menuju ke tepi utuk dijadikan telinga

    Langkah 3

    Selepas itu, bahagian bawah segi tiga

    yang asal untuk membentuk dagu

    anjing

    Langkah 4

    Kemudian lukiskan mata hidung mulut

    dan lidah anjing

  • 7/30/2019 RPH DSV KSSR TAHUN 1 (ORIGAMI)

    5/5

    Apresiasi Seni

    1. Murid menceritakan pengalaman

    masing-masing semasa penghasilan

    origami anjing.

    2. Murid menerangkan fungsi dan corak

    pada origami anjing yang dihasilkan.

    3. Guru membuat rumusan tentang hasil

    yang telah dibuat