rph bm bertutur

10
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA MENDENGAR BERTUTUR MATAPELAJARAN : BAHASA MALAYSIA TAHUN : 4 BESTARI BILANGAN MURID : 40 ( 20L & 20P ) TARIKH : 13 Mac 2015 HARI : SELASA MASA : 9.15 - 10.15 TEMA : KESUSASTERAAN ( PANTUN ) TAJUK : BUAH-BUAHAN TEMPATAN FOKUS UTAMA : 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. i. Bersoal jawab dengan bertatasusila dengan menggunakan soalan pelbagai aras FOKUS SAMPINGAN 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca. i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai OBJEKTIF;- Di akhir pelajaran ini, murid dapat: i. Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan bertatasusila

Upload: syedshahrulnizar

Post on 01-Oct-2015

84 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian BM

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIAMENDENGAR BERTUTURMATAPELAJARAN: BAHASA MALAYSIATAHUN: 4 BESTARIBILANGAN MURID: 40 ( 20L & 20P )TARIKH: 13 Mac 2015HARI: SELASAMASA: 9.15 - 10.15TEMA: KESUSASTERAAN ( PANTUN )TAJUK: BUAH-BUAHAN TEMPATANFOKUS UTAMA:1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.i. Bersoal jawab dengan bertatasusila dengan menggunakan soalan pelbagai arasFOKUS SAMPINGAN5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca.i. Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuaiOBJEKTIF;- Di akhir pelajaran ini, murid dapat:i. Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan bertatasusilaii. Membaca kuat teks pantun tekateki dan definasi kata adjektif dengan sebutan dan intonasi yang betul dan gaya yang sesuai..SISTEM BAHASA :Tatabahasa : Kata adjektif, bina ayat lengkapKosa Kata : Kolek, menorahILMU : Pendidikan MoralNILAI : Bertanggungjawab, jujur, sopanBBM : Kad imbasan, teks pantun teka teki, slaid, lembaran kerjaPENGETAHUAN SEDIA ADA MURID : Murid pernah menyaksikan tanyangan video Pesta Pantun.

MASAISI PELAJARANAKTIVITI PDPCATATAN

Induksi5 minitVideo lagu :Buah-buahan tempatanSoalan; Buah apakah yang dapat dilihat dalam tayangan video tadi.? Di manakah kita bolah perolehi buah buahan ini ?1. Guru menayangkan video lagu buah-buahan tempatan2. Murid menonton tayangan video3. Guru bertanyakan beberapa soalan tentang tayangan video tadi4. Guru memberitahu tajuk pelajaran hari ini,Teknik:Soal jawab

NilaiKasih saying

BBM Tayangan video

Langkah 110 mimitSlaidPantun teka teki bertajuk Kenali Buah Buahan Tempatan 1. Murid di bahagikan kepada 4 kumpulan2. Setiap kumpulan diberikan satu teks pantun.3. Guru membaca pantun4. Murid diminta meneliti sebutan, intonasi dan gaya guru berpantun5. Wakil setiap kumpulan diminta mambaca pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya yang betul.

Teknik:Tunjukcara

NilaiTekun

BBM SlaidTeks pantun

Langkah 215 minitTeks PantunPantun teka teki bertajuk Kenali Buah Buahan Tempatan

Soalan1. Apakah perkataan yang kamu tidak faham dalam pantun ?

1. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang tidak difahami.2. Secara berkumpulan murid diminta menyenaraikan nama buah-buahan yang tersirat di sebalik teka-teki, di atas lembaran kerja yang disediakan3. Murid diminta menyebut kembali nama buah-buahan tersebut secara lisan.4. Guru memberikan jawapan bagi pantun teka-teki yang diberikan.Teknik:Soal jawabPerbincanganSumbangsaran

Nilai :KerjasamaTekun

BBM SlideLembaran kerja

Langkah 315 minitPengajaranKata adjektif

Contoh:CantikTajamManisMerahhitam1. Guru menerangkan secara ringkas definisi kata adjektif2. Murid dikehendaki membaca secara berkumpulan definisi kata adjektif secara kuat.3. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki. Kemudian menulis kembali dalam kotak yang disediakan4. Perbincangan antara guru dan murid mengenai kata adjektif yang terdapat di dalam teks pantun.5. Wakil murid setiap kumpulan diminta membuat ayat lain berdasarkan kata adjektif, secara spontan.Teknik :Runjuk caraSoal jawab

Nilai :KerjasamaTekunMendengar

BBMTeks pantunLembaran kerjaSlide

Langkah 45 minitNyanyian laguPantun teka teki menggunakan lagu Ikan Kekek1. Murid diperdengarkan terlebih dahulu rentak lagu Ikan Kekek.2. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara nyanyian menggunakan rentak lagu Ikan Kekek dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.3. Murid diminta menyanyi beramai-ramai seperti nyanyian yang telah ditunjuk oleh guru.

Teknik:Tunjukcara

Nilai :KerjasaTekun

BBM Teks pantun

Penutup10 minitIsi pelajaran1. Cara membaca pantun dengan betul

2. Konsep kata adjektif1. Guru membuat rumusan dan simpulan2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni berdasarkan teks pantun teka-teki, secara lisan.

TeknikSoal jawab

Nilai KerjasamaTekun

Pantun Teka-TekiKulitnya keras berduri pula,Bila dimakan enak sekali,Bila masak kuning warnanya,Raja buah gelaran diberi.

Jawapan : Durian

Isinya putih kulit berbulu,Merah dan kuning warna berseri,Hendak dimakan kulit dipulas,Enak rasanya manis sekali.

Jawapan :Rambutan

Rasanya manis bukan kepalang,Bila masak warnanya hitam,Dari luar boleh dibilang,Berapa banyak isi di dalam.

Jawapan :Manggis

Pokoknya tinggi daun melambai,Kekadang terbiar tidak berjaga,Airnya dijual di merata gerai,Mujarab sebagai penghilang dahaga.

Jawapan :Kelapa

Hijau dan kuning warna buahnya,Bentuk bersegi seperti bintang,Sedap diminum perahan airnya,Untuk dijamu tetamu yang datang.

Jawapan :Belimbing

Tumbuh merayap di atas bumi,Kecil bijinya bulat buahnya,Manis sekali tidak terperi,Merah dan kuning warna isinya.

Jawapan :Tembikai

Ditanam orang dimerata ceruk,Rupa dan bentuk berbagai jenis,Buah yang muda dibuat jeruk,Rasanya bercampur masam dan manis,

Jawapan :Mangga

Buahnya bulat tapi menggerutu,Banyak dijual oleh penjaja,Keras-keras bukannya batu,Enak dikunyah begitu sahaja.

Jawapan :Jambu Batu

Pokoknyarendah tidaklah tinggi,Daunnya panjang berduri pula,Ada mata tiada gigi,Buah apakah tunasnya dikepala.

Jawapan :Nanas

Isinya kuning mempulur di tengah,Bulat membujur bentuk buahnya,Segar dan enak kalau dikunyah,Tetapi awas terkena getahnya.

Jawapan :Nangka

Batangnya lembut daunnya lebar,Sungguh mudah hendak ditebang,Di merata tempat sudah tersebar,Digoreng panas enak dihidang.

Jawapan :Pisang

Kulit dan isi seakan nangka,Sekali cuba tentulah hendak,Buah apa cuba la teka,Digoreng panas rasanya enak.

Jawapan :Cempedak

Dari jauh tidaklah jelas,Sudah dekat jadi sebutan,Hendak dimakan kulit dipulas,Manis rasanya bukan rambutan.

Jawapan :Pulasan