rph bahasa melayu (tahun 4)

6
Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Mawar Bilangan Murid : 19 Orang Tema : Hasil tani meningkatkan ekonomi Tajuk : Menternak udang Tarikh : 15 April 2013 (Isnin) Masa : 11.40 Pagi 12.40 T/hari Hasil Pembelajaran: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 (ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. 9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan. Aras 3 (i) Mengambil imlak teks yang diperdengarkan dengan ejaan dan tanda baca yang betul. 8.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca. Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Objektif pengajaran dan pembelajaran: Pada akhir pengajaran, murid dapat; 1. Menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 4 soalan pemahaman secara lisan berdasarkan teks Menternak udang . 2. Menulis dengan betul sekurang-kurangnya 10 perkataan yang diperdengarkan. 3. Menulis dengan betul sekurang-kurangnya 5 tanda baca pada teks yang diimlak. 1

Upload: max-khenedy

Post on 03-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

RPH Tahun 4

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Bahasa Melayu (Tahun 4)

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4 Mawar

Bilangan Murid : 19 Orang

Tema : Hasil tani meningkatkan ekonomi

Tajuk : Menternak udang

Tarikh : 15 April 2013 (Isnin)

Masa : 11.40 Pagi – 12.40 T/hari

Hasil Pembelajaran:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar

serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 (ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

Aras 3 (i) Mengambil imlak teks yang diperdengarkan dengan ejaan dan tanda baca

yang betul.

8.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Aras 1 (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Objektif pengajaran dan pembelajaran:

Pada akhir pengajaran, murid dapat;

1. Menjawab dengan betul sekurang-kurangnya 4 soalan pemahaman secara lisan

berdasarkan teks “Menternak udang”.

2. Menulis dengan betul sekurang-kurangnya 10 perkataan yang diperdengarkan.

3. Menulis dengan betul sekurang-kurangnya 5 tanda baca pada teks yang diimlak.

4. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat tunggal berdasarkan perkataan yang mengandungi

“kata sendi di” dan “Kata imbuhan di-“ dalam teks “menternak udang”.

1

Page 2: RPH Bahasa Melayu (Tahun 4)

Sistem Bahasa:

1. Morfologi : Kata pinjaman bahasa Melayu, Kata sendi, imbuhan

2. Sintaksis : Penggunaan tanda baca

3. Sebutan dan Intonasi : Ayat penyata

4. Sistem ejaan : Ejaan kata pinjaman, ejaan kata dasar dan kata terbitan.

5. Kosa kata : lazat, menu, popular, penternakan, moden, membiak.

Pengisian Kurikulum:

Ilmu : Kemahiran hidup, Sains

Nilai : Yakin diri, kegigihan, berdikari, menghargai, kesyukuran

Kemahiran Bernilai Tambah ;

Kemahiran berfikir : Menjana idea, mengingat kembali

Kecerdasan pelbagai : Verbal-linguistik

Pengetahuan sedia ada : Murid tahu apa itu udang kerana murid-murid biasa memakan

udang sebagai menu hidangan harian.

Bahan bentu mengajar (BBM):

1. LCD

2. Komputer riba

3. Layar LCD

4. Video “penternakan udang”.

5. Buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 (m/s 124)

6. Lembaran petikan “menternak udang” buku teks m/s 124 (pelajar yang tidak ada buku teks)

Bahan Bantu Belajar (BBB):

1. Buku latihan

2. Lembaran kerja

2

Page 3: RPH Bahasa Melayu (Tahun 4)

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

LANGKAH DAN MASA

ISIKANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

SET INDUKSI(5 MINIT)

Tayangan video Klip video bertajuk

“penternakan udang”

Soalan:1) Apakah yang kamu

lihat dari video tadi?

2) Udang hidup di mana?

3) Resepi masakan udang yang murid-murid tahu?

4) Contoh masakan/ makanan yang mengandungi udang?

1) Guru menyediakan murid-murid untuk pembelajaran.

2) Guru memaparkan video menerusi paparan LCD.

3) Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan video yang ditayangkan.

4) Guru mengaitkan video yang ditayangkan dengan tajuk pelajaran yang bakal dipelajari.

ABM: LCD Komputer

riba. Video

Teknik: Soal jawab

Kemahiran Berfikir:

Menjana idea

LANGKAH 1

(15 MINIT)

Aktiviti membaca:

Soalan:1) Apa tajuk yang paling

sesuai bagi teks yang dibaca.

2) Nyatakan jenis menu masakan udang?

3) Bilakah penternakan udang bermula?

4) Sebutkan jenis-jenis udang yang diternak?

5) Mengapakah udang harimau dikatakan amat popular?

6) Apa faktor yang perlu diambil kira jika kita ingin menternak udang.

1) Guru mengedarkan petikan “menternak udang” bagi murid yang tidak membawa buku teks.

2) Guru meminta murid membaca kuat petikan teks “Menternak udang”.

3) Guru membaca soalan pemahaman yang telah disediakan.

4) Murid menjawab soalan pemahaman yang ditanya oleh guru secara lisan.

5) Guru membuat pembetulan bagi setiap kesalahan jawapan yang diberikan oleh murid.

6) Guru dan murid berbincang tentang keseluruhan isi teks.

ABM: Buku teks

m/s 124. Lembaran

petikan.

Kemahiran Berfikir:

Menjana idea

KP:Verbal lingusitik

Nilai: Yakin diri

Pencapaian objektif

1

3

Page 4: RPH Bahasa Melayu (Tahun 4)

LANGKAH 2

(15 MINIT)

Aktiviti mengambil imlak:

1) Imlak teks “menternak udang”

1) Guru meminta murid untuk membaca secara pantas teks “menternak udang” sekali lagi.

2) Murid diminta menutup buku teks dan mengambil imlak teks yang dibaca.

3) Guru memberi arahan kepada murid untuk menulis semula perkataan yang dibacakan oleh guru menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

4) Guru membaca petikan “menternak udang” pada buku teks muka surat 124.

5) Murid menulis imlak pada buku penulisan.

6) Guru mengutip buku latihan murid.

ABM: Buku teks

m/s 124. lembaran

petikan

BBB: Buku latihan

Kemahiran Berfikir: Mengingat

kembali. Menjana

idea

Nilai: Mendengar

arahan. Yakin diri

Pencapaian objektif

2 & 3

LANGKAH 3

(20 MINIT)

Aktiviti menulis: 1) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.

2) Guru menerangkan konsep kata sendi dan kata berimbuhan.

3) Murid diminta menulis perkataan yang menggunakan kata sendi “di” dan imbuhan “di-“ yang terdapat dalam teks ke dalam jadual pada lembaran kerja.

4) Guru mengarahkan murid untuk membina ayat tunggal berdasarkan perkataan yang mempunyai kata sendi “di” dan kata berimbuhan awalan “di-“ pada lembaran

ABM: Buku teks. Lembaran

petikan.

BBM: Lembaran

kerja.

Nilai: Kegigihan Berdikari

Pencapaian objektif

4

4

Page 5: RPH Bahasa Melayu (Tahun 4)

kerja.5) Guru dan murid bersoal

jawab tentang jawapan yang diberikan.

6) Guru mengutip hasil kerja murid.

PENUTUP(5 MINIT)

Rumusan pembelajaran:1) Belajar tentang

penternakan udang.2) Jawab soalan

pemahaman.3) Mengimlak teks.4) Mengenal pasti kata

sendi dan kata berimbuhan.

5) Membina ayat tunggal daripada kata sendi dan kata berimbuhan.

1) Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini.

2) Guru bersoal jawab dengan murid.

3) Guru membuat penerapan nilai.

Kemahiran Berfikir: Mengingat

kembali.

Nilai: Menghargai Kesyukuran

5