risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diri

2
IBADAH KORBAN AIDILADHA MENYUCI DIRI Korban ialah amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan (lembu,kambing,kerbau dan lain-lainnya) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.Korban ini telah disyariatkan pada tahun kedua Hijrah sama seperti ibadah puasa, zakat dan solah sunat hari raya.Menurut Ulama Syafi'i,ibadah korban ini menjadi sunat 'aini bagi setiap individu,sekali dalam seumur hidupnya. Dan merupakan sunat kifayah jika bilangan keluarga dalam sebuah rumah itu ramai.Jika salah seorang daripada anggota keluarga berkenaan melaksanakannya,maka memadai untuk mencakupi semua mereka yang lain. 1-Ayat Al-Quran : Terjemahannya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).(Surah Al-Kausar 2) 2- Hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam: Terjemahannya: Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam telah berkorban dengan dua ekor kibasy hitam yang bertanduk. Baginda menyembelih dengan tangannya sendiri. Baginda membaca Basmalah dan bertakbir, seterusnya Baginda meletakkan kaki ke atas pelipis (bahagian kepala antara dahi dengan telinga) keduanya.( Riwayat Muslim ) Korban itu terbahagi kepada dua iaitu : 1- udhhiyyah wajibah ( )(korban wajib) dan 2- udhhiyyah mandubah ( ) (korban sunat). Hikmah Korban 1- Untuk mendekatkan diri kepada Allah. 2- Untuk mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail 'Alaihis Salam. 3- Melatih orang Islam supaya membiasakan diri berkorban dengan apa jua untuk meninggikan ugama Allah. 4- Dapat menghilangkan perasaan bakhil dan kedekut dalam menjalankan perintah-perintah Allah. 5- Dapat menolong fakir,miskin dan orang-orang susah. 6- Berkorban dengan nyawa adalah setinggi-tinggi derajat (darjat) pengorbanan yang dilakukan oleh manusia. Syarat-syarat Sah Korban 1- Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya. 2- Binatang yang disembelih itu tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya. 3- Binatang itu sudah sampai umur untuk dikorban. 4- Hendaklah dilakukan dalam waktunya. 5- Hendaklah diniatkan korban ketika menyembelihnya. 6- Dilakukan sembelihan dengan sekali potong ( memutuskan Halkum dan Labbah ) Binatang Untuk Korban Bil Binatang Ternakan Umur 01 Kambing 2 tahun lebih ATAU yang sudah bersalin giginya. 02 Biri-biri / Kibasy Setahun lebih ATAU yang sudah bersalin giginya. 03 Lembu / Kerbau Masuk 2 tahun lebih. 04 Unta Masuk 5 tahun lebih. Sunat-sunat Korban 1- Memilih binatang ternakan yang gemuk/penuh isi. 2- Penyembelih adalah orang Islam. 3- Korban disembelih pada waktu siang hari. 4- Korban disembelih selepas solah 'Eidul Adha. 5- Dibaca Basmalah ketika hendak menyembelih. 6- Membaca takbir selepas membaca Basmalah. DOA SEMASA SEMBELIHAN

Upload: ahmad-junaidi-mohamad-said

Post on 02-Aug-2015

65 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diri

IBADAH KORBAN AIDILADHA MENYUCI DIRI

Korban ialah amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan

(lembu,kambing,kerbau dan lain-lainnya) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan

mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.Korban ini telah disyariatkan pada tahun kedua

Hijrah sama seperti ibadah puasa, zakat dan solah sunat hari raya.Menurut Ulama Syafi'i,ibadah korban ini menjadi

sunat 'aini bagi setiap individu,sekali dalam seumur hidupnya. Dan merupakan sunat kifayah jika bilangan

keluarga dalam sebuah rumah itu ramai.Jika salah seorang daripada anggota keluarga berkenaan

melaksanakannya,maka memadai untuk mencakupi semua mereka yang lain.

1-Ayat Al-Quran : Terjemahannya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah

korban (sebagai bersyukur).(Surah Al-Kausar 2)

2- Hadis Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam: Terjemahannya: Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam telah berkorban

dengan dua ekor kibasy hitam yang bertanduk. Baginda menyembelih dengan tangannya sendiri. Baginda membaca

Basmalah dan bertakbir, seterusnya Baginda meletakkan kaki ke atas pelipis (bahagian kepala antara dahi dengan

telinga) keduanya.( Riwayat Muslim )

Korban itu terbahagi kepada dua iaitu :

1- udhhiyyah wajibah ( )(korban wajib) dan

2- udhhiyyah mandubah ( ) (korban sunat).

Hikmah Korban

1- Untuk mendekatkan diri kepada Allah.

2- Untuk mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail 'Alaihis Salam.

3- Melatih orang Islam supaya membiasakan diri berkorban dengan apa jua untuk meninggikan ugama Allah.

4- Dapat menghilangkan perasaan bakhil dan kedekut dalam menjalankan perintah-perintah Allah.

5- Dapat menolong fakir,miskin dan orang-orang susah.

6- Berkorban dengan nyawa adalah setinggi-tinggi derajat (darjat) pengorbanan yang dilakukan oleh manusia.

Syarat-syarat Sah Korban

1- Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya.

2- Binatang yang disembelih itu tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya.

3- Binatang itu sudah sampai umur untuk dikorban.

4- Hendaklah dilakukan dalam waktunya.

5- Hendaklah diniatkan korban ketika menyembelihnya.

6- Dilakukan sembelihan dengan sekali potong ( memutuskan Halkum dan Labbah )

Binatang Untuk Korban

Bil Binatang Ternakan Umur

01 Kambing 2 tahun lebih ATAU yang sudah bersalin giginya.

02 Biri-biri / Kibasy Setahun lebih ATAU yang sudah bersalin giginya.

03 Lembu / Kerbau Masuk 2 tahun lebih.

04 Unta Masuk 5 tahun lebih.

Sunat-sunat Korban

1- Memilih binatang ternakan yang gemuk/penuh isi.

2- Penyembelih adalah orang Islam.

3- Korban disembelih pada waktu siang hari.

4- Korban disembelih selepas solah 'Eidul Adha.

5- Dibaca Basmalah ketika hendak menyembelih.

6- Membaca takbir selepas membaca Basmalah.

DOA SEMASA SEMBELIHAN

Page 2: Risalah dakwah 031 ibadah korban menyuci diri

7- Membaca selawat kepada Nabi.

8- Membaringkan binatang pada tempat yang lembut.

9- Direhatkan binatang itu sebelum disembelih.

10- Digunakan pisau yang tajam untuk menyembelih.

11- Dihadapkan muka ke arah Qiblah.

12- Dibaringkan ke atas rusuk sebelah kirinya.

13- Diputuskan kedua-dua urat yang terletak pada kiri dan kanan leher binatang korban itu.

Terjemahannya: Pergi dan saksikanlah korbanmu,kerana keampunan diberikan kepadamu pada saat titisan darahnya

yang pertama untuk setiap dosa yang telah engkau lakukan…

Terjemahannya: Daripada 'Aisyah,bahawa Nabi S.A.W. bersabda:Tiada suatu amalan anak Adam pada hari Nahar

yang lebih disukai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah(korban).Pada Hari Kiamat dia akan datang dengan

segala tanduk,kuku dan bulunya. Darahnya akan menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum dia menitik ke bumi.Oleh

itu,eloklah diri kamu dengan melakukannya.

Hukum Korban wajib

1- Wajib disedekahkan semua daging sembelihan itu termasuk kulit dan tanduknya.

2- Haram atas orang yang berkorban wajib itu memakan daging tersebut walaupun sedikit. Jika dimakannya daging

tersebut, wajib diganti kadar yang dimakannya itu, tetapi tidak wajib dia menyembelih binatang lain sebagai ganti.

Hukum Korban Sunat

1- Sunat bagi orang yang empunya korban itu memakan sebahagian daripadanya

2- Afdhalnya yang dimakan itu ialah hatinya,

3- para ulama berpendapat bahawa selain daripada sunat dimakan, wajib pula disedekahkan sebahagian daripada daging

korban sunat itu dalam keadaan mentah lagi basah kepada orang-orang fakir atau miskin yang Islam.

4- Harus bagi orang yang berkorban itu membahagikan daging korbannya kepada tiga bahagian; satu pertiga untuk

dimakan, satu pertiga untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan satu pertiga lagi untuk dihadiahkan kepada

orang kaya.

Persoalan Niat Mewakilkan Bagi Ibadah Korban

Disyaratkan orang yang berkorban itu berniat kerana korban ketika menyembelih, kerana ia ibadat dan harus juga

mendahulukan niat itu sebelum menyembelih mengikut pendapat yang ashah.Adalah memadai jika orang yang berwakil

itu berniat ketika wakilnya menyembelih korbannya dengan hadir orang yang berwakil ketika itu. Dalam hal ini, niat

orang yang berwakil itu adalah memadai dan wakil tidak perlu lagi berniat. Walau bagaimanapun adalah lebih baik

orang yang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia

menyembelih korban tersebut.Apa yang mesti diambil perhatian dalam hal berniat korban ini, ada baiknya ditentukan

niat itu umpamanya sebagai korban sunat bagi mengelakkan niat itu menjadi korban wajib, kerana haram bagi

yang berkorban itu makan daripada daging korban wajib, bahkan wajib disedekahkan semua daging tersebut

kepada fakir miskin.

Lafaz Niat Dan Tawkil ( ) Dalam Korban

Niat itu tempatnya di hati dan sunat melafazkannya dengan lidah. Niat bagi korban sunat itu ialah seperti berikut:

“Buatkan korban sunat untuk saya/kami iaitu: …………………………… .” Contoh terima wakalah:

“Aku terima.” Al-Fatihah ……Amin. www.masjidlekir.blogspot.com/www.dakwahpdf.blogspot.com