ringkasan eksekutif i. pengenalan lpg eia...gunatanah utama dalam lingkungan 5 km dari tapak projek...
TRANSCRIPT
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-1
RINGKASAN EKSEKUTIF
I. PENGENALAN
Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT
WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF PT 0104434, DISTRICT OF KLANG, SELANGOR
DARUL EHSAN, MALAYSIA.
Pembangunan ini meliputi kawasan seluas 18 ekar di atas Lot PT 0104434, Pulau Indah, Daerah Klang,
Selangor Darul Ehsan. Tapak Projek ini bersempadan dengan YTL Cement Sdn Bhd di bahagian barat
dan KLK Oleomas Sdn Bhd di bahagian selatan. Akses utama ke tapak Projek ini adalah melalui
Persiaran Sungai Pinang yang bersambung dengan Lebuhraya Pulau Indah.
Lokasi tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah A.
II. PEMAJU PROJEK / PERUNDING
Cadangan Projek ini akan dibangunkan oleh GPS Klang Terminal Sdn Bhd. Sebarang pertanyaan
berhubung dengan Projek boleh diajukan kepada:
GPS KLANG TERMINAL SDN BHD
144 Robinson Road #12-01,
Robinson Square,
068908 Singapore.
Pegawai untuk Dihubungi : En. Eric Arnold
No. Tel : +65 6326 0755
Alamat Emel : [email protected]/ [email protected]
Perunding EIA yang bertanggungjawab menyediakan laporan EIA ini ialah Environment Asia Sdn Bhd.
Alamat rasmi perunding adalah seperti di bawah:
ENVIRONMENT ASIA SDN BHD
81B, Jalan SS22/23,
Damansara Jaya, 47400,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Pegawai untuk Dihubungi : En. Edward Wong / Pn. Kee Wai Yee
Jawatan : Ketua Kumpulan/ Perunding EIA
No. Tel. : 03 - 7722 3088
No. Fax : 03 - 7722 3099
Alamat Email : [email protected]
Makmal analisis yang menjalankan analisis kualiti air, udara, bunyi dan gegaran adalah ChemVi
Laboratory Sdn Bhd, sebuah makmal yang telah mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal
Malaysia (SAMM).
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti potensi impak negatif dan positif terhadap alam sekitar
yang berpunca daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti Projek serta mencadangkan langkah-langkah
tebatan yang efektif untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar ke tahap yang boleh diterima.
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-2
III. TERMS OF REFERENCE BAGI KAJIAN EIA
Laporan Terms of Reference (TOR) untuk cadangan Projek ini telah dikemukakan kepada pihak
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada 4hb Mei 2017. Pengesahan laporan TOR dari pihak JAS
telah diperolehi pada 25hb Mei 2017.
IV. KEPERLUAN PENYATAAN
Bekalan LPG di Malaysia telah menunjukkan defisit dan defisit ini diramalkan akan meningkat pada masa yang akan datang. Oleh itu, GPS Klang Terminal Sdn Bhd bercadang untuk membina sebuah terminal di Pelabuhan Klang untuk menampung permintaan bekalan dan juga meningkatkan kestabilan kos serta mengatasi kekurangan bekalan semasa. Di samping itu, Projek ini juga selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas, Rancangan Fizikal Negara-2, Rancangan Struktur Selangor 2020 dan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1).
V. KEPERLUAN UNDANG-UNDANG
Cadangan Projek ini diklasifikasikan sebagai aktiviti yang ditetapkan di bawah Aktiviti 9(d): Petroleum
(Pembinaan depot produk untuk penyimpanan petrol, gas atau diesel yang mempunyai kapasiti
simpanan gabungan sebanyak 60,000 tong atau lebih (tidak termasuk stesen servis dalam jarak
3 km dari kawasan komersil, perindustrian atau perumahan) di bawah Jadual Pertama dalam
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2015.
VI. PERIHAL PROJEK
Pembangunan yang dicadangkan meliputi kawasan tanah kosong yang seluas 18 ekar. Tapak Projek
ini mudah diakses melalui Persiaran Sungai Pinang. Komponen pembangunan terdiri daripada tangki
simpanan penyejukan, tangki simpanan bertekanan, saluran paip, kemudahan pembotolan dan
peralatan tambahan.
Pelaksanaan Projek yang dicadangkan akan bermula pada tahun 2018 dan akan disiapkan pada tahun
2019. Pelan susun atur untuk Projek ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah dalam Rajah B.
VII. PILIHAN PEMBANGUNAN PROJEK
Sekiranya pilihan "Tiada Pembangunan" dipilih, tapak Projek akan ditinggalkan sebagai tanah yang
belum dimajukan. Ini akan menyebabkan pembangunan tempatan mengalami kerugian dari aspek
ekonomi dan sosial.
Pembangunan Projek yang dicadangkan ini adalah pilihan utama kerana pembangunan ini akan
menjamin bekalan LPG ke Malaysia dan mengekalkan kestabilan kos yang selaras dengan
Rancangan Malaysia Kesebelas. Selain itu, Projek ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan
membawa faedah sosial kepada masyarakat tempatan.
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-3
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-4
Rajah B: Pelan Susunatur Projek
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-5
VIII. PERSEKITARAN SEDIA ADA
No. Komponen
Alam Sekitar Keterangan
A. Persekitaran Fizikal
1. Topografi Tapak Projek terletak atas tanah rata pada aras RL 4m dan di bahagian utara
Pulau Indah.
2. Geologi Pulau Indah dan kawasan sekitarnya terletak di atas formasi deposit laut yang
terdiri daripada tanah liat, lumpur, pasir, gambut dan batu kelikir kecil.
3. Tanih Tapak Projek ini terdiri daripada siri tanih Kranji yang mengandungi tanah liat
berwarna kelabu kebiruan dan melekit serta tidak berstruktur.
4. Hidrologi dan
Aliran Sungai
Air larian permukaan mengalir ke Sungai Chandong Besar dan akhirnya ke
Selat Kelang.
5. Meteorologi
Stesen meteorology yang terdekat adalah di Subang. (Latitud 3°07’N,
Longitud 101°33’E, ketinggian 17.0 amsl)
Suhu purata bulanan: 31.0°C to 34.9°C
Kelembapan relatif purata bulanan: 75.8 % to 81.6 %
Hujan bulanan: 143.8 mm to 362.7 mm
6. Gunatanah
Gunatanah utama dalam lingkungan 5 km dari tapak projek terdiri daripada
kawasan perindustrian sederhana dan berat, badan air, hutan, kawasan
komersial dan kawasan perumahan di Bandar Armada Putra. Perumahan
yang terdekat adalah Apartmen Seri Bayu. Lokasi kawasan sensitif
ditunjukkan dalam Rajah C.
7. Kualiti Air
Persampelan kualiti air telah dijalankan pada 17th Jun 2017 di lima (5) stesen
pemantauan. Kualiti air di stesen W1 and W2 mematuhi had MWQCS Kelas III.
Kualiti air di stesen W3 dan W5 berada dalam NWQS Kelas III manakala W4
berada dalam Kelas II. WQI adalah dari 59.85 ke 75.99.
8. Kualiti Udara
Persampelan kualiti udara telah dijalankan dari 14hb – 17 hb Jun 2017 di 3
stesen pemantauan. Kualiti udara ambien di semua stesen adalah baik dan
semua parameter berada dalam had yang ditetapkan.
9. Kualiti Bunyi
Pemantauan bunyi bising telah dijalankan dari 14hb-17hb Jun 2017 di 3 lokasi
yang sama dengan pemantauan kualiti udara. Hasil pemantauan
menunjukkan bahawa tahap bunyi secara umumnya berada di dalam had
yang dicadangkan oleh JAS.
10. Kualiti tanah
Persampelan kualiti tanah telah dijalankan pada bulan Mei 2017 di tengah
tapak Projek. Tahap hidrokarbon dan logam berat terpilih berada dalam had
yang tidak dapat dikesan. Tahap plumbum dan zink yang dikesan berada di
dalam had garis panduan JAS.
B. Ekosistem Biologi Sedia Ada
1. Flora & Fauna
Tapak Projek ini ialah sebuah tanah kosong dengan tumbuhan sekunder.
Semua species flora yang terdapat di tapak Projek biasa dijumpai di Malaysia
dan kehilangan mereka di tapak Projek tidak akan membawa sebarang impak
kepada biodiversiti. Tiada species terancam ditemui di tapak Projek ini.
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-6
C. Sistem Ekonomi Sedia Ada
1. Sosio-Ekonomi
Tapak projek terletak dalam Daerah Klang dan di bawah bidang kuasa Majlis
Perbandaran Klang di negeri Selangor. Populasi di Daerah Klang merangkumi
sebanyak 15.77% daripada jumlah keseluruhan populasi di negeri Selangor.
2.
Infrastruktur
dan Utiliti
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) membekalkan air ke tapak
Projek dan kawasan sekitarnya. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
bertanggungjawab untuk penghantaran dan pengagihan elektrik bagi seluruh
negara. Perkhidmatan telekomunikasi (telefon dan internet) bagi Negeri
Selangor dibekalkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi seperti Telekom
Malaysia Berhad (TMB), Celcom dan Maxis.
Indah Water Konsortium (IWK) bertanggungjawab untuk mengoperasi dan
mengawal loji rawatan kumbahan awam dan rangkaian saliran paip
pembetungan bawah tanah di Negeri Selangor. Jalan yang berhubung Pulau
Indah ialah Lebuhraya Pulau Indah. Tapak Projek ini boleh diakses melalui
Persiaran Sungai Pinang dari Lebuhraya Pulau Indah.
Sisa pepejal dan sisa domestik akan dibuang ke dalam tong sampah dan
seterusnya dikosongkan dan dipungut oleh kontraktor yang dilantik oleh Majlis
Perbandaran Klang. Sisa pepejal yang telah dipungut akan dilupuskan di tapak
pelupusan yang telah diluluskan iaitu tapak pelupusan Jeram, Daerah Kuala
Selangor.
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-7
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-8
IX. IMPAK BERPOTENSI
Impact Berpotensi Keterangan
A. Fasa Pra-Pembinaan
Tiada kesan buruk yang
ketara dijangka semasa
fasa pra-pembinaan
Kerja-kerja siasatan awal adalah seperti tinjauan awal flora dan fauna
dan pemantauan kualiti air, udara, bunyi dan sedimen tanah.
B. Fasa Pembinaan
Hakisan Tanah dan
Sedimentasi
Kadar purata hakisan tanah semasa pra-pembinaan dianggarkan
dalam 1.004 t/ha/yr. Kadar purata hakisan tanah semasa fasa
pembinaan (scenario kes terburuk) dianggarkan sebanyak 15.921
t/ha/yr manakala kadar hakisan tanah dengan implementasi langkah-
langkah kawalan dianggarkan sebanyak 12.972 t/ha/yr. Semasa fasa
operasi, kadar purata hakisan tanah ialah 0.041 t/ha/yr.
Jumlah pengorekan yang akan dijalankan ialah 4,463.22 cm3 dan
jumlah penambakan ialah 11,641.56 cm3.
Sistem Perparitan dan
Banjir
Sistem perparitan sementara dan kolam pemendapan akan dibina
bagi menampung perubahan air larian permukaan.
Pencemaran Air
Impak potensi kualiti air dari aktiviti pembinaan adalah seperti berikut:
Tumpahan atau / dan kebocoran minyak sisa, bahan api, dan
pelincir dari kenderaan atau peralatan boleh menyebabkan
pencemaran minyak atau gris.
Air larian bersedimen semasa fasa pembinaan boleh meningkatkan
paras TSS dan kekeruhan sungai yang menerimanya.
Pelupusan sisa buangan pepejal yang tidak teratur akan
merosotkan kualiti air.
Pencemaran Udara
Arah angin utama adalah dari barat laut dan utara (windrose data dari
2011-2010) dan tiada penerima sensitif yang terletak di bawah arah
angin.
Penerima sensitif terdekat terletak di arah timur tapak Projek dengan
jarak kira-kira 0.73 km dari tapak dan dijangka tidak akan dijejas oleh
pembinaan Projek.
Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi dijangka dari kenderaan berat, aktiviti cerucuk dan
jentera lain yang beroperasi di tapak Projek.
Anggaran tahap bunyi kepada penerima sensitif berdasarkan
keputusan pemodelan adalah lebih rendah berbanding dengan bunyi
latar belakang yang sedia ada.
Impak ini akan berlaku dalam jangka pendek dan gangguan akan
berhenti apabila fasa pembinaan telah selesai.
Sosio-Ekonomi
Responden sebanyak 72.7% dari jumlah keseluruhan bersetuju
dengan cadangan projek manakala responden yang lain tidak
bersetuju.
Projek dijangka akan menjana impak sosio-ekonomi yang positif dan
negatif
Impak negatif termasuk penjanaan trafik, perubahan estetik serta isu
kesihatan dan keselamatan.
Impak positif ialah mewujudkan peluang pekerjaan dan bisnes
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-9
semasa fasa pembinaan.
Biomas, Sisa Pepejal dan
Sisa Buangan Terjadual
Penjanaan sisa pepejal termasuk serpihan pembinaan dan sisa
domestik.
Penjanaan sisa buangan terjadual berpotensi menyebabkan
pencemaran air.
Projek Terbengkalai
Impak yang akan berlaku bergantung kepada fasa kerja yang telah
dilaksanakan.
Potensi impak adalah kecil sekiranya kerja pelupusan sisa binaan
dijalankan dengan teratur.
C. Fasa Operasi
Risiko/ Kemalangan Kemalangan merbahaya dari aktiviti operasi adalah kebakaran dan
letupan.
Bahan-bahan merbahaya termasuk cecair mudah bakar, seperti ethyl
mercaptan dan gas mudah bakar, seperti butane and propane.
Semua kemalangan dijangkakan tidak akan membawa risiko yang
tidak dapat diterima terhadap kawasan perindustrian atau kawasan
perumahan.
Kontur anggaran risiko menunjukkan bahawa paras risiko individu 1 x
10-6 setahun dan 1 x 10-5 setahun adalah dalam lingkungan boleh
diterima dan tidak akan menjejaskan kawasan bersebelahan ataupun
sebarang penerima sensitif.
Sistem Perparitan dan
Banjir
Larian permukaan di tapak projek dijangka akan menambah atas
sebab kapasiti penyusupan hujan tanah menurun.
Pencemaran Air Isu hakisan tanah dan sedimentasi menjadi tidak ketara semasa fasa
operasi kerana permukaan tapak projek akan diturap.
Sumber potensi pencemaran air adalah dari larian permukaan yang
tercemar dari kawasan penyelenggaraan peralatan.
Pencemaran Udara Sumber pencemaran udara adalah daripada kenderaan yang keluar
masuk terminal.
Tiada kesan terhadap kualiti udara atas sebab anggaran tahap 1-jam
CO purata yang paling tinggi ialah 0.7 ppm. Anggaran ini adalah lebih
rendah berbanding dengan “New Malaysia Ambient Air Quality
Standard”.
Pencemaran Bunyi Tahap bunyi kumulatif yang dijangkakan daripada aktiviti operasi ke
kawasan perumahan terdekat adalah 62.5 dB(A).
Penjanaan bunyi daripada trafik kenderaan dijangka tidak akan
meyebabkan sebarang perubahan terhadap tahap bunyi ambien di
penerima terdekat sama ada pada waktu siang atau malam.
Penjanaan Trafik Trafik kenderaan dijangka menjanakan sebanyak 10 trak sejam dalam
peralihan 12 jam.
Sistem jalan yang sedia ada mampu mengendalikan jumlah
penambahan trafik.
Sosio-Ekonomi Cadangan pembangunan dijangka mewujudkan peluang bisnes dan
pekerjaan untuk penduduk tempatan.
Operasi terminal dijangkakan tidak akan menyebabkan impak buruk
terhadap kesihatan dan keselamatan awam.
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-10
Sisa Pepejal dan Sisa
Buangan Terjadual
Sisa domestik dan pejabat akan dijana dari aktiviti harian di terminal.
Sisa buangan terjadual terguna yang akan dijanakan adalah dalam
kuantiti yang kecil yang terhasil daripada aktiviti penyelenggaran
peralatan.
Projek Terbengkalai Projek terbengkalaian akan menimbulkan impak visual dan menjadi
habitat bagi haiwan perosak dan vektor penyakit.
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-11
X. CADANGAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN
Langkah-langkah kawalan yang dicadangkan telah diringkaskan di dalam Jadual A.
Jadual A: Ringkasan Impak Berpotensi Signifikan dan P2M2
IMPAK BERPOTENSI
SIGNIFIKASI
MAGNITUD KESAN
BERPOTENSI TINGGI P2M2
HALAMAN
RUJUKAN
Fasa Pembinaan
Hakisan Tanah dan
Sedimentasi
Tidak ketara Kawalan Hakisan
Perlindungan kawasan terdedah harus dijalankan dengan secepat mungkin untuk
mengurangkan hakisan tanah.
Kawasan simpanan stokpile harus dilindungi dari hakisan dengan mengunakan
langkah tebatan sementara.
Kawasan simpanan harus diletak jauh dengan saliran larian permukaan dan jauh dari
alur air.
Kawalan Sedimentasi
Sebuah kolam perangkap mendap akan dibina di dalam tapak Projek.
Sebelum kerja pembinaan dimulakan, parit sementara akan dibina untuk menyalurkan
larian permukaan ke kolam perangkap mendap.
Sistem peparitan haruslah diperiksa scara kerap dan dipantau terutamanya selepas
hujan lebat.
Langkah kawalan sedimen seperti check dam, banteng tanah, silt fence, wash trough
akan dilaksanakan sebelum kerja tanah dijalankan.
8-2 to 8-4
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-12
IMPAK BERPOTENSI
SIGNIFIKASI
MAGNITUD KESAN
BERPOTENSI TINGGI P2M2
HALAMAN
RUJUKAN
Hakisan Tanah dan
Sedimentasi
Tidak ketara Best Management Practices(BMP)
Kawasan terdedah terutamanya yang berdekat dengan saliran air harus dilindungi
dengan geotextile/ pelekat plastik atau silt fence.
Perimeter untuk parit sementara harus dibina untuk mengelakkan air bertakung.
Air basuh dari “wash trough” akan disalurkan ke dalam kolam penakungan untuk
pemendapan dan air akan diguna semula untuk membasuh atau diarahkan ke parit
sementara yang mangalir ke kolam perangkap mendap.
8-2 to 8-4
Pecemaran Air Tidak ketara Minyak dan Petroleum Produk/Mesin
Tangki simpanan minyak diesel dan drum minyak perlu diletakkan di kawasan
berbumbung, berturap, berbenteng dan saluran keluarnya perlu dilengkapi dengan
tempat takungan minyak.
Penyelenggaraan mesin perlu dilakukan di tempat yang dikhaskan supaya sebarang
tumpahan atau kebocoran minyak atau pelincir terpakai boleh ditakung dengan baik.
Tumpahan minyak perlu dibersihkan secepat mungkin.
Minyak dan gris terpakai harus disimpan di dalam drum, dilabel dan diletakkan di
kawasan khas dan jauh daripda aliran air sebelum dilupuskan oleh kontraktor
berlesen.
Simen/Bitumen
Simen/ bitumen haruslah disimpan di tempat kerja yang selamat.
Sebarang pembuangan ke dalam saluran air atau di tepi jalan tidak dibenarkan.
Kemudahan Tandas
Penyediaan kemudahan tandas sementara yang mencukupi kepada pekerja.
8-7 to 8-8
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-13
IMPAK BERPOTENSI
SIGNIFIKASI
MAGNITUD KESAN
BERPOTENSI TINGGI P2M2
HALAMAN
RUJUKAN
Pencemaran Air Tidak ketara Pengawalan habuk dan debu secara efektif dengan mengamalkan housekeeping
yang baik.
Pembakaran terbuka sampah sarap atay sisa tumbuhan adalah dilarang sama sekali.
Kenderaan yang mengangkut bahan binaan atau sisa buangan harus ditutup dengan
kanvas.
Semua kenderaaan pembinaan harus diperiksa dan diselenggarakan dengan kerap
untuk memastikan ia dalam keadaan baik.
Kelajuan kenderaan dalam tapak pembinaan harus dihadkan kepada 30 km/jam untuk
mengurangkan pergolakan debu.
Wash trough seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1 akan disediakan di jalan keluar
dari tapak Projek untuk membersihkan roda kenderaan berat sebelum keluar dari
tapak Projek.
Jalan-jalan yang menghubungkan tapak Projek ke jalan laluan awam harus sentiasa
dibasahkan dan dibersihkan dengan kerap.
Pemantauan kualiti udara secara berterusan perlu dijalankan.
Pemberitahuan Bertulis perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah tidak kurang
daripada tiga puluh hari sebelum kerja dimulakan seperti yang dikehendaki di bawah
Peraturan 5 , Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Udara Bersih), 2014.
Sebarang peralatan pembakaran bahan api hendaklah mematuhi nilai had dan
piawaian sebagaimana ditetapkan di dalam Peraturan Kedua Akta Kualiti Alam
Sekeliling (Udara Bersih), 2014.
8-8
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-14
IMPAK BERPOTENSI
SIGNIFIKASI
MAGNITUD KESAN
BERPOTENSI TINGGI P2M2
HALAMAN
RUJUKAN
Bunyi Tidak ketara Had laju kenderaan dalam kawasan pembinaan harus dihadkan kepada 30km/jam.
Semua mesin pembinaan harus diselenggara dengan baik.
Tampoh masa untuk aktiviti pembinaan dan pergerakan kenderaan harus dihadkan
kepada waktu siang.
Semua pekerja yang terlibat dalam akitiviti pembinaan yang mengeluarkan bunyi
bising harus dibekalkan dengan alat perlindungan pendengaran seperti penyumbat
telinga.
Hoarding akan dipasang di sekeliling tapak Projek sebagai penghadang bunyi
sementara semasa fasa pembinaan.
8-9
Trafik Tidak ketara Pelan kawalan trafik harus dilaksanakan untuk mengelakkan sebarang kemalangan
berlaku semasa pengangkutan bahan pembinaan keluar masuk tapak.
Pengangkut bahan-bahan pembinaan dan mesin bagi kerja-kerja pembinaan jalan
harus dijalankan sewaktu trafik kurang sibuk
Penjadualan laluan lori pengangkut supaya lori-lori tersebut tidak keluar masuk pada
masa yang sama.
Perancangan laluan akses yang mengelakkan jalan sempit.
Flagmen perlu disediakan untuk membantu dalam pengawalan aliran trafik semasa
kenderaan pembinaan memasuki jalan utama.
8-9 ke 8-10
Impak Ecologi Tidak ketara Biomas yang tidak boleh digunakan untuk “mulching” akan dibiarkan untuk dikompos
di dalam tapak projek.
Pembakaran sisa vegetasi adalah dilarang sama sekali.
8-10
Impak Socio Ekonomi Tidak ketara Papan tanda jalan dan sistem keselamatan jalan harus ditubuhkan.
Semua kenderaan berat yang mengangkut bahan pembinaan dan sisa buangan dari
tapak pembinaan perlu diselenggara dan dibersihkan.
Strategi pengasingan-penebat terhadap pekerja asing akan dijalankan.
Aktiviti pembinaan dan pergerakan kenderaan harus dihadkan kepada waktu siang.
8-10
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-15
IMPAK BERPOTENSI
SIGNIFIKASI
MAGNITUD KESAN
BERPOTENSI TINGGI P2M2
HALAMAN
RUJUKAN
Penjanaan Tidak ketara Sisa Pepejal
Pembakaran sisa pepejal secara terbuka dilarangkan sama sekali.
Semua sisa pepejal dari tapak mesti dikutip oleh kontraktor yang berlesen.
Sisa kerja pembinaan
Semua sisa kerja pembinaan mesti dikutip dan dihantar oleh kontraktor yang berlesen
ke tempat buangan yang diluluskan.
Sisa buangan terjadual
Penyimpanan dan pengendalian sisa buangan terjadual harus dijalankan mengikut
Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Terjadual) 2005.
Sisa tersebut harus disimpan di dalam tong yang tertutup, dilabel dan diletakkan di
tempat khas untuk penyimpanan sisa buangan terjadual.
Kawasan penyimpanan tersebut haruslah bertar, berbenteng dan menpunyai kapasiti
untuk menampung 110% daripada isipadu tong yang terbesar.
8-10 ke 8-11
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-16
IMPAK BERPOTENSI
SIGNIFIKASI
MAGNITUD KESAN
BERPOTENSI TINGGI P2M2
HALAMAN
RUJUKAN
Fasa Operasi
Risiko/ Pelan Tindak
Balas Kecemasan
Tidak Ketara Terminal harus menggunakan technologi yang terbukti semasa mereka bentuk fasiliti
untuk mengelakkan kejadian berbahaya.
Emergency Response Plan perlu disediakan untuk menunjukkan prosedur yang harus
diikut semasa kejadian kecemasan berlaku.
Kawalan kebakaran dan Emergency Shut Down (ESD) harus diimplementasikan
seperti yang dinyatakan dalam prosedur ERP.
Emergency Response Team haruslah ditubuhkan untuk mengendali sebarang
kejadian kecemasan.
Latihan kecemasan harus dijalankan supaya semua pekerja bersedia untuk
mengendali kecemasan.
ERP harus disemakkan semula dari masa ke semasa.
Laporan kejadian kecemasan harus disediakan secara sistematik.
Dokumentasi Safety Management Systems (SMS) haruslah berkomprehensif dan
meliputi proses operasi.
8-13 ke 8-15
Pecemaran Air Tidak Ketara Semua air larian akan diarahkan ke sebuah kolam penakungan yang sebelum ini
berfungsi sebagai kolam perangkap mendap.
Interceptors akan dipasang untuk mengasingkan minyak dan bendasing dari air larian
yang mengalir dari kawasan mesin dan peralatan sebelum ditujukan ke kolam
penakungan.
Air dalam kolam penakungan akan diperiksa secara berkala sebelum dilepaskan ke
laut dengan terkawal.
Pemantauan pelepasan dari kolam penakungan akan dijalankan untuk memastikan
kualiti air sentiasa mematuhi Piawaian B.
8-13 ke 8-14
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-17
SIGNIFICANT
POTENTIAL IMPACT
MAGNITUDE OF SIGNIFICANT
POTENTIAL IMPACTS P2M2
REFERENCE
PAGE
Pencemaran Udara Tidak ketara Semua paip akan dikimpal dan hydrotesting akan dilaksanakan untuk memastikan
tiada kebocoran sebelum memasukkan produk ke dalam sistem paip.
Mercaptan akan ditambah dalam saluran bekalan LPG untuk mengesan sebarang
kebocoran gas.
Semua trak akan diperiksa dan diselenggara dengan kerap.
8-14
Bunyi Tidak ketara Semua peralatan akan direka untuk mematuhi had tahap bunyi yang ditetapkan.
Peralatan yang mengeluarkang bunyi bising harus diletak di dalam bilik tertutup
dengan penghadang bunyi.
Penyelenggaraan peralatan harus dijalankan dengan kerap untik memastikan mereka
dipasangkan dengan betul.
Pekerja yang terlibat dalam aktiviti yang mengeluarkan bunyi bising harus dibekalkan
dengan alat perlindungan pendengaran.
8-14
Trafik Tidak ketara Sistem pengurusan trafik efektif patut dipraktikkan dalam perancangan pembangunan
Projek.
Papan tanda seperti petanda jalan, lampu isyarat dan lampu jalan akan dipasang.
8-15
Socio Ekonomi Boleh diabaikan Semua bahan pembinaan perlu dilupuskan dengan elok untuk mengelakkan kawasan
tapak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus.
Bagi pekerja asing mahupun tempatan yang ditamatkan perkhidmatannya perlu
dipindahkan dari tapak Projek atau diberi kerja alternatif yang lain bagi mengelakkan
berlakunnya masalah social kepada penduduk tempatan.
8-15
Penjanaan sisa Tidak Ketara Sisa pepejal yang dijana akan dibuang ke tempat buangan yang diluluskan oleh pihak
berkuasa tempatan.
Pembakaran terbuka sisa pepejal adalah dilarang.
Sisa jadual akan dikendali dan dirawat mengikut Peraturan Alam Sekitar (Sisa Jadual)
2005.
8-15 ke 8-16
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-18
IMPAK BERPOTENSI
SIGNIFIKASI
MAGNITUD KESAN
BERPOTENSI TINGGI P2M2
HALAMAN
RUJUKAN
Projek Terbengkalai
Projek Terbengkalai Ketara Semua pihak berkuasa yang berkaitan harus diberitahu tentang isu projek
terbelangkai oleh pemaju Projek.
Tapak Projek harus dipagar untuk keselamatan.
Semua jenis sisa buangan dari tapak hendaklah diuruskan dengan betul.
Semua peralatan yang kemungkinan menyebabkan cedera perlu dibongkar dan
dibuang.
Pelan pemuliharaan semula alam sekitar harus dijalankan jika terdapat pencemaran
alam sekitar.
8-12 & 8-17
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-19
XI. PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Satu garis panduan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan program pengawasan serta audit perlu disediakan (Jadual B dan C) untuk membantu pihak
Penggerak Projek dalam menguruskan impak alam sekitar semasa pelaksanaan Projek. Pelan ini juga akan membantu memastikan kesemua syarat kelulusan
EIA, kriteria-kriteria serta piawaian dalam peraturan pengeluaran/discaj yang berkenaan dipatuhi.
Jadual B: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Pembinaan
KOMPONEN
PEMANTAUAN
LOKASI KEKERAPAN PARAMETER TAHAP PEMATUHAN KEPERLUAN
LAPORAN
FASA PEMBINAAN
Kualiti Air SB1- Discaj kolam perangkap mendap Bulanan TSS 100 mg/l
Standard B, Jadual Kelima,
Peraturan-peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Efluen Perindustrian)
2009
3 bulan sekali kepada
JAS Selangor
MW1−Hulu Selat Kelang
MW2−Hilir Selat Kelang
Bulanan Temperature
pH
Dissolved Oxygen
(DO)
Oil and Grease (O
& G)
≤ 2°C increase over
maximum ambient
-
3.0 mg/l
5.0 mg/l
3 bulan sekali kepada
JAS Selangor
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-20
Jadual B: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Pembinaan (Sambungan)
KOMPONEN
PEMANTAUAN
LOKASI KEKERAPAN PARAMETER TAHAP PEMATUHAN KEPERLUAN
LAPORAN
Kualiti Air MW1−Hulu Selat Kelang
MW2−Hilir Selat Kelang
Bulanan Total Suspended
Solid (TSS)
Mercury (Hg)
Cadmium (Cd)
Chromium
Trivalent
Copper (Cu)
Arsenic (As)
Lead (Pb)
Zinc (Zn)
Cyanide(Cn)
Ammonia
(unionized)
Nitrite (NO2-)
Nitrate (NO3-)
Phosphate
Phenol
Tributyltin
Faecal Coliform
PAHs
100 mg/l
0.05 mg/l
0.01 mg/l
0.048 mg/l
0.01 mg/l
0.05 mg/l
0.05 mg/l
0.10 mg/l
0.02 mg/l
0.32 mg/l
1.0 mg/l
1.0 mg/l
0.67 mg/l
0.10 mg/l
0.05 µg/l
200 CFU/100
1.0 mg/l
Kelas III, Piawaian dan Kriteria
Kuliti Air Marin Malaysia.
3 bulan sekali kepada
JAS Selangor
Kualiti Udara A1- Di sempadan barat tapak Projek 3 bulan sekali PM10
PM2.5
SO2
NO2
CO
100 µg/m3
35 µg/m3
80 µg/m3
70 µg/m3
10 mg/m3
Standard Baru Kualiti Udara
Ambien Malaysia
3 bulan sekali kepada
JAS Selangor
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-21
Jadual B: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Pembinaan (Sambungan)
KOMPONEN
PEMANTAUAN
LOKASI KEKERAPAN PARAMETER TAHAP PEMATUHAN KEPERLUAN
LAPORAN
Tahap Bunyi N1-Di sempadan barat tapak Projek 3 bulan sekali LAeq
Lmax
Lmin
L90
L10
24-Jam
Waktu siang dan malam
Jadual 1, Maksimum Had Bunyi
yang Dibenarkan (LAeq) terhadap
Penerima untuk Perancangan
dan Pembangunan baru. (Zon
perindustrian yang ditetapkan)
3 bulan sekali kepada
JAS Selangor
Audit Alam Sekitar Tapak Projek 4 bulan sekali Syarat-syarat kelulusan EIA, undang-undang dan
peraturan sedia ada
4 bulan sekali kepada
JAS Selangor
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-22
Jadual C: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Operasi
KOMPONEN
PEMANTAUAN LOKASI KEKERAPAN PARAMETER TAHAP PEMATUHAN
KEPERLUAN
LAPORAN
FASA OPERASI
Kualiti Air W1- Discaj kolam penakungan 3 bulan sekali Temperature
pH
BOD5
TSS
Mercury
Cadmium
Chromium,
hexavalent
Chromium,
trivalent
Arsenic
Cyanide
Lead
Copper
Manganese
Nickel
Tin
Zinc
Boron
Iron
Silver
Aluminium
Selenium
Barium
Fluoride
Formaldehyde
Phenol
Free Chlorine
40 ºC
5.5-9.0
50mg/l
100mg/l
0.05mg/l
0.02mg/l
0.05mg/l
1.0mg/l
0.10mg/l
0.10mg/l
0.5mg/l
1.0mg/l
1.0mg/l
1.0mg/l
1.0mg/l
2.0mg/l
4.0mg/l
5.0mg/l
1.0mg/l
15mg/l
0.5mg/l
2.0mg/l
5.0mg/l
2.0mg/l
1.0mg/l
2.0mg/l
3 bulan sekali kepada
JAS Selangor
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-23
Jadual C: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Operasi (Sambungan)
KOMPONEN
PEMANTAUAN
LOKASI KEKERAPAN PARAMETER Tahap Pematuhan KEPERLUAN
LAPORAN
Kualiti Air W1-Discaj kolam penakungan 3 bulan sekali Sulphide
O& G
NH3-N
Warna
0.50mg/l
10mg/l
20mg/l
200 (ADMI*)
Standard B, Jadual Kelima,
Peraturan-peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Efluen Perindustrian)
2009
3 bulan sekali kepada
JAS Selangor
Kualiti Udara A1- Di sempadan barat tapak Projek Setahun sekali PM10
PM2.5
SO2
NO2
CO
100 µg/m3
35 µg/m3
80 µg/m3
70 µg/m3
10 mg/m3
Standard Baru Kualiti Udara
Ambien Malaysia
Setahun sekali kepada
JAS Selangor
Tahap Bunyi N1-Di sempadan barat tapak Projek Setahun sekali LAeq
Lmax
Lmin
L90
L10
24-hour
Waktu siang dan malam
Jadual 1, Maksimum Had Bunyi
yang Dibenarkan (LAeq) terhadap
Penerima untuk Perancangan dan
Pembangunan baru. (Zon
perindustrian yang ditetapkan)
Setahun sekali kepada
JAS Selangor
Auidt Alam Sekitar Tapak Projek Setahun sekali Syarat-syarat kelulusan EIA, undang-undang dan
peraturan sedia ada
Setahun sekali kepada
JAS Selangor
ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT
GPS Klang Terminal Sdn Bhd
Environment Asia Sdn Bhd RE-24
XII. IMPAK RESIDU
Semasa fasa operasi, impak residu terhadap kualiti udara, bunyi, kualiti air, trafik dan kemalangan
adalah dijangkakan tidak ketara.
XIII. KESIMPULANAN
Berdasarkan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar yang dijalankan, cadangan Projek ini akan
memberi kedua-dua kesan positif dan negatif semasa pelaksanaannya. Semasa fasa pembinaan,
terdapat beberapa kesan alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan bunyi. Walau
bagaimanapun, kesan ini adalah sementara dan terhad semasa tempoh fasa pembinaan sahaja.
Semasa fasa operasi, Penilaian Risiko Kuantitatif menunjukkan risiko dalam terminal adalah bawah
had ditetapkan. Kesan alam sekitar yang lain seperti pencemaran air, bunyi dan pencemaran udara
adalah tidak ketara sekiranya langkah-langkah kawalan yang dicadangkan dilaksanakan dengan
sempurna.