majlis perbandaran jasin anugerah inovasi ket ua majlis perbandaran jasin m/s. 5 anugerah inovasi...

Click here to load reader

Download MAJLIS PERBANDARAN JASIN ANUGERAH INOVASI KET UA MAJLIS PERBANDARAN JASIN m/s. 5 ANUGERAH INOVASI KETUAMENTERI

Post on 11-Oct-2019

11 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    m/s. 2 ANUGERAH INOVASI KETUAMENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    Isi Kandungan

    1. Pengenalan M/S 2

    2. Tujuan Projek/Inovasi M/S 4

    3. Objektif Projek/Inovasi M/S 5

    4. Proses Perlaksanaan Inovasi M/S 5

    5. Tempoh Perlaksanaan M/S 5

    6. Peringkat Pelaksanaan M/S 5

    7. Implikasi Kewangan M/S 6

    8. Kaedah Pencetusan Idea M/S 7

    9. Elemen Kolaborasi M/S 7

    10. Kategori Inovasi M/S 7

    11. Indikator/ Ciri-Ciri Utama Inovasi M/S 7

    12. Input Pelanggan Diambil Kira Dalam Peringkat Penghasilan Inovasi

    M/S 8

    13. Impak Sebelum Dan Selepas Inovasi Dihasilkan M/S 9

    14. Impak Inovasi M/S 9

    15. Elemen Inovasi M/S10

    16. Pengiktirafan Diterima M/S11

    17. Penutup M/S10

  • ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    m/s. 3 ANUGERAH INOVASI KETUAMENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    LAPORAN ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI MELAKA TAHUN 2017

    Nama Projek : GIS MPJ

    (Geographic Information System, Majlis Perbandaran Jasin)

    1. PENGENALAN

    Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957.

    Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin.

    Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.

    Visi

    Menjadikan Daerah Jasin sebagai sebuah Perbandaran dinamik yang mengutamakan pembangunan lestari dan bestari menjelang tahun 2020

    Misi

    Komited untuk memberikan perkhidmatan, perbandaran yang terbaik, berkualiti, telus, dan cekap melalui penggembelingan tenaga dan sumber secara optimum

    Motto

    ‘JASIN DINAMIK’

    Objektif

    i. Mempertingkatkan keupayaan dan kapisiti Majlis;

    ii. Memperkasa tadbir urus Majlis;

    iii. Memperkukuhkan dan memantapkan sumber hasil Majlis;

    iv. Mempertingkatkan kualiti hidup komuniti;

    v. Memantapkan kolaborasi strategik.

  • ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    m/s. 4 ANUGERAH INOVASI KETUAMENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    Fungsi Dan Peranan

    Berdasarkan peruntukan yang terdapat di dalam Akta 171, Akta 172 dan Akta 133, fungsi mpj dibahagikan kepada lima bidang:

    i. Kebersihan Alam Sekitar

    a. Pengindahan Kawasan Dan Jalan-Jalan Utama

    b. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Kawasan Rekreasi

    c. Penyediaan Dan Penyelenggaraan Sistem Perparitan

    d. Pemantauan Dan Penyelenggaraan Kawasan Lapang / Hijau

    ii. Kesihatan Awam

    a. Kawalan Pelesenan Premis Perniagaan

    b. Kawalan Kebersihan Premis Makanan

    c. Kawalan Kebersihan Ladang Ternakan

    d. Kawalan Vektor Dan Rodensia

    e. Kawalan Binatang Liar Dan Terbiar

    iii. Pembangunan

    a. Mengawal Pembangunan Melalui Rancangan Struktur Dan Rancangan Tempatan

    b. Mengawal Dan Menguatkuasa Kelulusan Pelan Pembangunan

    c. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Kerja Tanah

    d. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Jalan Dan Parit

    e. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Lanskap

    f. Mengawal Dan Menguatkuasa Pelan Lampu Awam

    g. Mengawal Dan Meguatkuasa Permit Bangunan Sementara

    iv. Kemudahan Awam & Infrastruktur

    a. Menyediakan Dan Menyelanggara Kemudahan Awam

    b. Menyediakan Dan Menyelenggara Infrastruktur Perbandaran

    c. Menguruskan Tempat Letak Kereta

  • ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    m/s. 5 ANUGERAH INOVASI KETUAMENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    v. Sosial

    a. Program Program Kemasyarakatan (Kebudayaan, Sosial, Agama, Belia, Sukan)

    b. Program Bandar Mampan

    c. Program Bandar Selamat

    d. Program Local Agenda 21

    e. Bantuan Bencana Alam

    Carta Organisai Jabatan

    (Rujuk Lampiran 1)

    2. Tujuan Projek/Inovasi

    GIS MPJ diwujudkan adalah bertujuan untuk menyelaras, memantau, mengemaskini dan mengumpul data geospatial bagi kegunaan pejabat MPJ. GIS MPJ adalah sebagai data centre bagi data geospatial.

    Setelah wujudnya data centre geospatial ini, semua data-data yang dapat disemak ketepatannya. Ini penting bagi tujuan analisa sebelum sesuatu keputusan yang tepat dapat dibuat dengan kadar segera. Pengwujudan data centre geospatial ini memberi kelebihan kepada MPJ untuk mengeluarkan maklumat dengan cepat seterusnya membantu dalam mempercepatkan proses membuat keputusan.

    GIS MPJ juga berperanan untuk melahirkan warga kerja MPJ khususnya pegawai ataupun kakitangan teknikal (kumpulan sasar) yang mahir di dalam bidang geospatial dan membudayakan geospatial di dalam norma kerja seharian mereka.

    Secara rangka tujuan projek ini adalah seperti berikut:

    1. Mewujudkan Data Centre Geospatial MPJ

    2. Memastikan data geospatial MPJ tepat dan membolehkan keputusan yang tepat dapat dicapai

    3. Membolehkan analisa dibuat dan membantu proses membuat keputusan

    4. Mempercepatkan proses membuat keputusan

    5. Melahirkan warga kerja yang mahir di dalam bidang geospatial

  • ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    m/s. 6 ANUGERAH INOVASI KETUAMENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    3. Objektif projek/Inovasi

    Menangani cabaran sosial

    Meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan

    Meningkatkan kepuasan pelanggan

    Memperbaiki keadaan kerja

    Objektif Projek adalah untuk:-

    1. Menyelaras, memantau dan membekal data geospatial kepada setiap jabatan bagi tujuan keperluan kegunaan jabatan dan juga untuk tujuan pengemaskinian;

    2. Memberi pendedahan, latihan dan tunjuk ajar kepada kumpulan sasar bagi pengendalian data geospatial;

    3. Memastikan setiap data geospatial yang dikemaskini dan yang digunakan tepat dan sentiasa relevan.

    4. Membudayakan penggunaan GIS di dalam norma kerja seharian .

    4. Proses perlaksanaan inovasi (Nyatakan samada in-house atau out-source)

    Projek ini dilaksanakan secara dalaman (in house). Projek ini melibatkan semua pengarah jabatan dan juga pegawai teknikal yang dilantik menjadi pegawai yang dipertanggungjawabkan. Kejayaan projek ini bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh semua anggota. Bagi tujuan ini, MPJ telah membentuk satu jawatankuasa yang akan memantau gerak kerja projek ini sehingga berjaya. (Rujuk lampiran 2)

    5. Tempoh perlaksanaan

    Idea untuk projek ini tercetus pada Julai 2011 dan pihak MPJ telah menjalankan beberapa siri penambahbaikan sehinggalah sekarang.

    6. Peringkat pelaksanaan

    Kajian –penekanan kepada keperluan inovasi sosial dan membuka peluang baru bagi menyelesaikan permasalahan tertunggak

    Cadangan –idea dibangunkan secara fizikal bagi tujuan ujicuba dan di fasa pembangunan

    Pengekalan – pembangunan idea inovasi dikekalkan dan dijadikan sebahagian daripada norma harian

    Pengkomersialan – meluaskan potensi pengembangan idea inovasi

  • ANUGERAH INOVASI KETUA MENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    m/s. 7 ANUGERAH INOVASI KETUAMENTERI MELAKA 2017 MAJLIS PERBANDARAN JASIN

    Perubahan teratur – mereka semula dan memperkenalkan perubahan secara menyeluruh untuk mendapatkan hasil idea terbaik

    Projek GIS MPJ sekarang berada di peringkat pengekalan iaitu aktiviti penggunaan data geospatial telah menjadi rutin seharian dan juga budaya kerja MPJ. Projek ini juga telah memperkenalkan pelbagai kaedah dan cara bagi memudahkan kerja seharian kumpulan sasar.

    Diantaranya ialah:

    i. Pendaftaran permohonan menggunaan kaedah charting di dalam Mapinfo (perisian geospatial). Kaedah ini menggunakan 100% data geospatial. Dan proses charting ini telah dimasukkan di dalam prosedur kerja masing- masing; (Rujuk Lampiran 3)

    ii. Carian lot menggunakan perisian Mapinfo dan juga Google Earth dalam mengenalpasti lokasi siasatan aduan dan sebagainya; (Rujuk Lampiran 4)

    iii. Semakan awalan tapak sebelum lawatan tapak dilakukan.

    7. Implikasi kewangan (Jika ada)

    Dari segi implikasi kewangan, tiada implikasi kewangan yang besar memandangkan projek ini dijalankan secara in house. Kos-kos hanya melibatkan:-

    i. Langganan lesen data kadestral JUPEM; ii. Penyelenggaraan peralatan / perkakasan computer. Kos ini diserap dalam

    kos penyelenggaraan sediada / berkala jabatan; iii. Pembelian perisian Mapinfo;

    Manakala bagi tujuan kemaskini data, anggota MPJ menggunakan kelebihan teknologi yang sedida iaitu telefon pintar untuk kenalpasti dan merekod maklumat melalui aplikasi GPS yang ada.

    Oleh yang demikian, kos yang perlu ditanggung oleh MPJ telah dapat dikurangkan melalui:

    i. Tiada lantikan kontraktor / vendor bagi pembangunan aplikasi khas. Projek ini menggunakan Goog