latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

21
Latihan Ringkasan 1 Punca-punca Tekanan Dalam Kehidupan Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan . Panjang ringkasan anda tidak lebih 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal. Penduduk dunia semakin tertekan! Perkara ini bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat sesebuah negara. Tekanan di rumah, di tempat kerja, dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan. Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan bermacam keadaan yang dihadapi. Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan. Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut membawa bermacam bencana alam.Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal. Pencemaran, krisis bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan pengangguran. Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati . Melainkan peperangan, krisis dan skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini, semakin banyak kejadian ‘tekanan melampau’ dapat dilihat dalam paparan berita. Gejalanya mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya, gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di kaunter-kaunter perkhidmatan.

Upload: gmurugian

Post on 06-Aug-2015

354 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan Ringkasan 1

Punca-punca Tekanan Dalam Kehidupan 

Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai punca-punca

tekanan dalam kehidupan. Panjang ringkasan anda tidak lebih 80 patah perkataan. Anda

digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.

Penduduk dunia semakin tertekan! Perkara ini bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi

lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat

sesebuah negara. Tekanan di rumah, di tempat kerja, dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat

semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan.

Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam

hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan

bermacam keadaan yang dihadapi. Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat

bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan.

Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut

membawa bermacam bencana alam.Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan

manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal. Pencemaran, krisis

bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang

melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan

pengangguran.

Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan

terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati . Melainkan peperangan, krisis dan

skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini,

semakin banyak kejadian ‘tekanan melampau’ dapat dilihat dalam paparan berita. Gejalanya

mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya,

gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di kaunter-kaunter perkhidmatan.

Bagaimanapun, perlu diingat rakyat Malaysia juga menghadapi tekanan tinggi dalam memahami

dan menyesuaikan diri dengan bermacam perkara yang berlaku secara berturut-turut.

Bersamalah kita kembalikan ketenangan dan keceriaan hidup, bukan hanya untuk diri dan

keluarga, malahan untuk semua yang menggelar Malaysia ‘tanah tumpah darah’.

Pemahaman :

Page 2: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

1. Apakah maksud rangkai kata krisis dan skandal?

2. Apakah gejala negatif yang dialami oleh manusia apabila mereka menghadapi tekanan?

3. Bagaimanakah kita menghadapi tekanan-tekanan ini secara positif?

Page 3: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan Ringkasan 2

Punca-punca penyakit sosial dalam kalangan remaja

By MAB on 23/01/2011

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis

sebuah ringkasantentang punca-punca penyakit sosial dalam kalangan

remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah

perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa

mengubah maksud asal petikan.

Penyakit atau masalah sosial dalam kalangan remaja bukan sesuatu yang

luar biasa dalam masyarakat hari ini. Malah, gejala penyakit sosial ini

semakin menjadi-jadi setiap hari. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong

fenomena ini semakin berleluasa. Gejala kurang sihat ini berlaku kerana

para remaja kurang perhatian daripada ibu bapa, khususnya ibu bapa yang

bekerja di bandar. Ibu bapa kini sibuk bekerja sehingga mengabaikan

tanggungjawab mereka. Akibat kesibukan dan keletihan, mereka langsung

tidak mahu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak, apatah lagi untuk

mendengar masalah mereka. Hal ini pasti menimbulkan rasa bosan, sekali

gus menyebabkan anak-anak mencari jalan keluar untuk menghiburkan hati.

   Selain itu, mereka terjebak dalam gejala negatif tersebut akibat daripada

pergaulan bebas  dengan kumpulan yang salah. Ada sesetengah ibu bapa

pula berpendapat bahawa memberi wang yang secukupnya kepada anak-

anak sudah memadai. Mereka seharusnya tahu bahawa kasih sayang tidak

dapat dibeli dengan wang. Ada segelintir remaja pula mengambil jalan

mudah dengan melakukan perbuatan yang tidak baik kerana hendak

melarikan diri daripada masalah yang menimpa keluarga mereka, contohnya

perceraian antara ibu bapa mereka. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan

antara punca berlakunya gejala sosial di negara kita. Remaja yang bergaul

dengan rakan yang bersikap negatif juga akan turut bersikap negatif. Para

remaja yang buntu dengan masalah yang dihadapi keluar dari rumah lalu

mencari kebebasan dengan bergaul dengan kumpulan yang tidak senonoh. 

Dalam hal ini, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing. Guru-

guru, misalnya boleh memainkan peranan penting untuk membentuk

Page 4: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

peribadi para pelajar di sekolah. Kaunseling kepada para pelajar yang

bermasalah tentunya dapat membantu mereka mengatasi masalah yang

dihadapi dengan lebih tenang dan rasional. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga

patut dijalankan dengan berkesan supaya para pelajar dapat melibatkan diri

dan mengelakkan mereka melepak. Di samping itu, pendidikan agama

haruslah diterapkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Langkah ini

amat perlu kerana semua agama mengajar penganutnya supaya berkelakuan

baik. Tegasnya, anak-anak muda atau golongan remaja ini haruslah dididik

dan dijaga dengan baik kerana mereka merupakan bakal pemimpin negara

suatu hari nanti.

Bahagian A (ii) Pemahaman

1. Berikan maksud  tidak mahu mengambil tahu dalam petikan. [2

markah]

2. Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membendung

gejala sosial dalam kalangan remaja? [4 markah]

3. Pada pendapat anda, sebagai pelajar dan juga remaja apakah yang

patut golongan remaja lakukan untuk mengatasi gejala sosial ini?

[4markah]

Page 5: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan Ringkasan 3

Langkah-langkah untuk menggalakkan kitar semula

By MAB on 16/01/2011

Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis

sebuah ringkasan tentang langkah-langkah yang dilakukan oleh

kerajaan untuk menggalakkan kitar semula. Panjang ringkasan anda

hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan

menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia dianggarkan menghasilkan sebanyak 15 000 tan sampah dalam

sehari. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada kadar dua peratus pada

setiap tahun. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan program kitar semula

sebagai satu cara mengelakkan pembaziran wang dan tenaga kerja yang

banyak untuk menguruskan sampah yang semakin banyak. Selaras dengan

pelancaran tersebut, pihak berkuasa tempatan telah mengambil

langkah meletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai

seperti di kompleks beli-belah, sekolah dan pusat perniagaan. Setiap set

tong kitar semula terdiri daripada tiga buah tong iaitu tong coklat untuk

bahan-bahan kaca, tong biru untuk kertas, serta tong jingga untuk plastik

dan logam. Selain dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah,

program kitar semula juga bermatlamat untuk memberi kesedaran tentang

kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat.

Apabila tong-tong kitar semula itu penuh, bahan-bahan yang terkumpul akan

dibawa ke pusat pengumpulan barang terpakai. Barangan kitar semula yang

dibawa akan dinilai dan pusat pengumpulan akan memberikan bayaran

kepada syarikat yang membawanya. Pengguna yang membawa barangan

terpakai terus ke pusat pengumpulan akan mendapat bayaran yang

berpatutan juga. Sehubungan itu, kerajaan telah menawarkan beberapa

galakan yang lain seperti pengecualian cukai bagi mesin dan peralatan yang

Page 6: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

digunakan untuk kitar semula. Selain pihak kerajaan, pihak swasta

digalakkan turut serta dalam rangkaian aktiviti kitar semula. Misalnya,

mereka menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan bahan kitar semula

sebagai asas dalam pembuatan produk mereka. Dalam hal ini, negara dapat

juga menjimatkan penggunaan bahan mentah.

Bahagian A(ii): Pemahaman

1. Berikan maksud rangkai kata mengambil langkah dalam petikan. [2

markah]

2. Apakah matlamat-matlamat program kitar semula? [4 markah]

3. Program kitar semula di negara tidak mendapat sambutan daripada

seluruh masyarakat. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku?

[4 markah]

Page 7: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan Ringkasan 4

Kesan-kesan pengambilan minuman beralkohol

By MAB on 16/01/2011

Bahagian A (i): Ringkasan (20 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan

tentang kesan pengambilan minuman beralkohol. Panjang ringkasan

anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan

menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan

Arak adalah sejenis minuman yang beralkohol dan boleh memabukkan.

Kandungan gula yang tinggi dalam minuman beralkohol ini juga boleh

memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum. Oleh itu, agama

Islam mengharamkan umatnya minum minuman keras. Jika wanita hamil

minum minuman keras, maka pertumbuhan bayi dalam kandungannya turut

terbantut. Risiko bayi mengalami kecacatan atau menghidap penyakit

sangat tinggi. Hal ini demikian kerana alkohol yang mengalir ke dalam

tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal bayi serta menjejaskan

kesihatannya. Sekiranya pelajar yang minum minuman keras pula, mereka

tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan

menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu.

Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus

menjejaskan pelajaran dan masa depan mereka. Pengambilan alkohol juga

boleh memporak-porandakan sesebuah keluarga jika Jika dalam sesebuah

keluarga itu ada pemabuk.

Page 8: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum

arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa memandu. Perbuatan

mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta membahayakan

keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan mudah

berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab

minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan

mengharamkan penjualan dan pengedarannya di seluruh negara. Jika

tindakan ini segera dilaksanakan sudah tentu rakyat dapat menjimatkan

wang. Tindakan tersebut juga dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan

raya akibat pemandu mabuk. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga hidup

dengan sihat dan produktif kerana bebas daripada alkohol.  Seterusnya,

masalah sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini juga dapat

diatasi.

Bahagian A (ii): Pemahaman (10 markah)

1. Berikan maksud hilang keupayaan berfikir dalam petikan. [2 markah]

2. Apakah kebaikan-kebaikannya jika kerajaan mengharamkan penjualan

dan pengedaran arak di seluruh negara? [4 markah]

3. Masih ramai rakyat Malaysia yang gemar minum minuman beralkohol

walaupun mereka mengetahui bahawa minum minuman beralkohol memberi

kesan buruk kepada kesihatan. Pada pandangan anda mengapakah keadaan

ini berlaku?

Page 9: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan Ringkasan 5

Kelebihan bayi yang menyusu susu ibu

By MAB on 16/01/2011

Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis

sebuah ringkasan tentang kelebihan bayi yang menyusu susu ibu.

Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah

perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa

mengubah maksud asal petikan.

Kelahiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga diibaratkan sebagai

menerima anugerah yang paling berharga. Dalam hal ini, susu ibulah yang

dapat dihadiahkan kepada bayi sebagai minuman yang paling mujarab. Susu

ibu merupakan susu yang paling baik untuk bayi. Oleh itu, menyusukan bayi

sudah diterima sebagai satu kaedah terbaik untuk tumbesaran anak-

anak. Banyak kelebihan apabila seseorang bayi menyusu susu ibu

berbanding dengan susu tepung. Antara kelebihan bayi yang menyusu susu

ibu ialah bayi dapat bernafas dengan baik semasa menyusu. Oleh itu, otot

muka bayi akan lebih kenyal berbanding dengan bayi yang menyusu tepung

Page 10: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

dengan botol kerana bayi terpaksa menyesuaikan mulutnya dengan bentuk

puting botol susu. Kesannya, tulang pipi akan menonjol keluar dan muka

bayi akan kelihatan tidak seimbang. Ada juga sesetengah bayi yang alergi

kepada susu lembu tepung sehingga boleh menimbulkan masalah kesihatan,

perkembangan terbantut dan alahan berbanding dengan kandungan susu

ibu yang terbaik untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan emosi bayi.

Penyusuan susu ibu juga memberikan kesan positif terhadap perkembangan

rahang. Sekiranya rahang berkembang dengan baik, ruang yang ada dapat

ditumbuhi gigi susu. Gigi susu dapat tumbuh dengan cantik seolah-olah

bertunas di atas gusi dari tengah ke tepi. Oleh itu wajah bayi akan kelihatan

lebih cantik dan menawan.

Dari sudut psikologi pula, penyusuan susu ibu dapat menjalinkan hubungan

yang erat antara ibu dengan anak. Selain itu, risiko ibu tidak untuk

menghidap penyakit serius seperti barah payu dara dan barah ovari adalah

tipis, tambahan pula ibu yang menyusukan bayi juga akan kembali langsing

kerana ibu tersebut dapat mengurangkan berat badan dengan lebih mudah

selepas bersalin. Sebenarnya susu ibu sangat berharga dan tidak ada galang

ganti. Ibu yang menyusukan bayi sudah tentu dapat menjimatkan wang.

Oleh sebab itu, ibu-ibu digalakkan supaya menyusukan bayi masing-masing

tanpa ragu-ragu.

Bahagian A (ii): Pemahaman

1. Berikan maksud   anugerah yang paling berharga dalam petikan. [2

markah]

2. Mengapakah menyusu susu tepung menggunakan susu botol tidak

baik bagi bayi? [4 markah]

3. Kini semakin kurang ibu-ibu yang menyusukan bayi. Pada pendapat

anda Mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Page 11: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan KBBR 1

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Page 12: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Lihat gambar berikut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah belajar

yang berkesan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah

perkataan.

Latihan KBBR 2

Page 13: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang la

ngkah-langkah menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut.

Panjang huraian anda tidak  boleh melebihi 120 patah perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN

Latihan KBBR 3

Page 14: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Berdasarkan iklan di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-

langkah mencegah penyakit INFLUENZA A (H1N1). Panjangnya

huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Page 15: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan KBBR 4Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang jenis-

jenis makanan seimbang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak

melebihi 120 patah perkataan 

Page 16: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan KBBR 5

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna

bijak. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Page 17: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan KBBR 6

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara-cara mencegah

pembiakan nyamuk Aedes. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120

patah perkataan.

Page 18: Latihan ringkasan 1 dan bahan rangsangan

Latihan KBBR 7Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda

tentang kebaikan Citra Rasa Malaysia. Panjangnya huraian anda

hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Latihan KBBR 8Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah-

langkah memupuk kasih sayang terhadap warga tua. Panjangnya huraian

anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.