ringgit ed10 draft3.pm6

12

Upload: hamien

Post on 16-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed10 Draft3.PM6
Page 2: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

2 •

SidangRedaksi

Adakah anda seorang pemboros atauseorang penyimpan? Jika anda adalahseorang penyimpan, maka amalan inimemang baik untuk anda. Ini adalahcara yang baik untuk menguruskankewangan anda. Namun jika andaadalah seorang yang boros, mungkinpada masa ini anda sedang menikmatikeseronokan hidup, tetapi pada satumasa nanti, anda akan menghadapimasalah peribadi atau masalahkeluarga yang serius.

Jika anda adalah seorang pemboros,sudah sampai masa untuk menanamnilai kawalan diri dalam diri andasebelum terpaksa menghadapisebarang krisis peribadi atau keluarga.Walaubagaimanapun, jika anda adalahseorang pemboros, jangan terlalususah hati. Ramai pengguna Malaysiayang bersikap seperti anda. Merekalebih mudah berbelanja daripada

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangYu Kin Len

Siti Rizadiana binti Rahmat

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

menyimpan. Kaji selidik yangdijalankan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) pada tahun 2010 menunjukkanbahawa bagi setiap tiga orangpengguna yang ditanya, seorangmengaku mendapat lebih kepuasanmembelanjakan wang berbandingmenyimpan wang mereka. Malahan,hampir separuh rakyat Malaysiamenganggap wang memang untukdibelanjakan (berbanding untukdisimpan).

Pengaruh media dan kawan sebayasering memberikan mesej yang jelas,iaitu ’Belanja! Belanja! Belanja!’. Samaada melalui televisyen, internet,majalah atau surat khabar – andadiserang bertubi-tubi dengan desakanuntuk membeli iaitu mengajak untukmembeli kereta! membeli jeans!membeli kasut! Apa sahaja asalkanmembeli.

Pelan Tabungan SebagaiKomitmen Kewangan

Pelan Tabungan SebagaiKomitmen Kewangan

Page 3: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

• 3

Pada 50 atau 60 tahun dahulu, wang yang ada ditangan pengguna begitu sedikit berbanding dengan hariini. Ketika itu mereka kurang berbelanja. Pada masaitu tidak ada televisyen, tidak ada pasar raya besar,tidak ada telefon bimbit dan tidak ada barang mewah.

Pada masa sekarang pula, anda hidup dalammasyarakat yang menekankan perbelanjaan dan nilaimaterialisme. Identiti seseorang ditentukan oleh apayang dimilikinya – jenama kereta, lokasi kediamandan jenama pakaian, dan bukannya sumbangankepada masyarakat.

Tambahan pula dengan adanya kad kredit dan pinjamancara lain, kaedah berbelanja bukan sahaja berdasarkanduit yang ada sekarang, tetapi boleh berbelanjaberdasarkan duit yang bakal diperolehi1. Jika hargasehelai seluar jeans adalah RM 250, anda tidak perlumempunyai RM 250 sekarang. Anda hanya perlu adaRM 12.50 pada hujung bulan apabila menerima penyatakad kredit. Tidakkah mudah untuk berbelanja?

Oleh kerana tekanan daripada dua aspek tersebut sertadesakan membeli dan kemudahan kredit yang mudah,maka bukan mudah untuk menyimpan; lebih mudahuntuk berbelanja. Walaupun tidak mudah untukmenjadi seorang yang komited terhadap menyimpan,tetapi ia boleh dibuat.

Menurut kajian oleh BNM, 2 orang daripada 5 orangrakyat Malaysia mempunyai simpanan yang hanyadapat bertahan selama kurang daripada sebulansekiranya mereka kehilangan sumber pendapatan. Jikaanda tidak memulakan tabiat menyimpan secarasukarela, biasanya apabila berlaku sesuatu masalahatau krisis tentu, ia akan menjadi pengajaran kepadadiri anda. Sebagai contoh, apabila anda atau keluargaanda menghidap penyakit yang memerlukan rawatanyang mahal dan anda tidak ada simpanan yangmencukupi, ia akan menjadi pengajaran kepada kita.

Seterusnya, apabila anak anda ingin melanjutkanpelajaran atau anda ingin membeli rumah sendiri, dantidak mempunyai simpanan, maka itu juga menjadipengajaran. Maka, sebelum keadaan “mengajar”,adalah lebih baik jika anda mulai dengan rela danmembuat satu komitmen untuk menyimpan.

Sebenarnya konsep simpanan adalah mudah iaitu andahanya perlu berbelanja kurang daripada pendapatananda. Tetapi mengapakah masih sukar untukmenyimpan duit?

Seringkali jawapan yang diberikan adalah, “Saya sukamenyimpan, tetapi gaji saya adalah tidak cukup.Selepas membayar bil, wang saya sudah habis.”Alasan ini bukan sahaja diberikan oleh mereka yangberpendapatan rendah, tetapi juga yang berpendapatantinggi. Walaupun anda mendapat kenaikan gaji, tetapiperbelanjaan juga akan bertambah.

Sama adamelaluitelevisyen,atau internet,atau majalahatau suratkhabar – andadiserangbertubi-tubidengandesakanuntukmembeli ...

Untuk merancang masa hadapan kewangan anda,tindakan pertama yang perlu dilakukan ialahmengetahui dengan tepat, apakah sebenarnyaperbelanjaan anda. Adakah wang anda habis digunakanuntuk membayar bil atau membayar hutang untukmembeli barang mewah? Sekurang-kurangnya untuksatu tempoh tertentu seperti satu atau dua bulan, andaperlu menyenaraikan secara terperinci setiapperbelanjaan. Kemungkinan besar anda akanterperanjat dengan perbelanjaan sebenar anda. Analisisperbelanjaan anda akan memberi panduan untukmembantu mengurangkan perbelanjaan danmenggunakan baki perbelanjaan sebagai simpanan.

Keduanya, anda perlu mempunyai pelan tabungan.Pelan ini harus merangkumi perancangan dari aspekpembelian masa hadapan seperti membeli rumah,majlis perkahwinan anda, pendidikan anak anda danpercutian pada setiap tahun. Tidak lupa juga, andaharus memperuntukkan tabungan untuk menghadapisebarang krisis seperti perubatan, kerosakan keretadan kecemasan keluarga yang lain.

Sebagai insentif untuk menabung, anda perlu berusahauntuk memahami kuasa kaedah penambahan wangsecara kompoun, iaitu mengetahui bagaimana nilai duitanda akan meningkat dengan banyak jika anda dapatmenabung untuk satu jangka masa yang lebih lama.

Anda juga perlu membentuk tabiat untuk menyediakananggaran perbelanjaan bulanan untuk mengawalperbelanjaan dan simpanan anda dengan lebih baik.Ambillah inisiatif ini melalui kesedaran dan tindakananda. Jangan biarkan sesuatu musibah sebagaipengajaran bagi anda.

1 Sila rujuk artikel ’Tip Pengurusan Kad Kredit’ RINGGIT keluaranbulan November 2010 untuk maklumat mengenai carapenggunaan kad kredit yang baik

Page 4: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

4 •

Apakah perbankan Islam?

Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskanundang-undang Islam (syariah), dan ia adalah salahsatu aspek dalam fiqh muamalat (peraturan Islamdalam transaksi). Semua peraturan dan amalan dalamfiqh muamalat bersumberkan Al-Quran, Al-Sunnah dansumber undang-undang Islam sekunder yang lainseperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahidtentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakanperkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas)dan hasil usaha daripada para mujtahid dalammerumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedahistinbat (ijtihad).

Aktiviti perbankan Islam berlandaskan prinsip Islamyang melarang pembayaran dan penerimaan faedahatau riba serta menggalakkan perkongsian untung didalam amalan perbankan.

Adakah perbankan Islam hanya untukorang Islam sahaja?

Tidak. Perbankan Islam adalah terbuka kepada semuaindividu tanpa mengira kepercayaan agama mereka.

Apakah perbezaan di antaraperbankan Islam dan konvensional?

Perbezaan utama di antara perbankan Islam danperbankan konvensional ialah perbankan Islam mestiberlandaskan Syariah. Perbankan Islam juga mestimengelakkan aktiviti seperti riba, gharar (ketidakpastianyang berlebihan), perjudian dan penipuan. Sebagaicontoh, di dalam kes pembiayaan, sebagai gantikepada caj faedah yang dikenakan ke ataspembiayaan yang diberikan, institusi perbankan Islam

sebaliknya menyediakan pembiayaan berdasarkankontrak murabahah atau jual beli; atau musyarakahatau perkongsian untung dan rugi.

Sebagai pendeposit, bagaimanakahsaya memperoleh pulanganmemandangkan perbankan Islam tidakmembayar faedah ke atas deposit?

Perbankan Islam adalah berlandaskan prinsipperkongsian untung di antara bank dan pendeposit.Perolehan keuntungan daripada aktiviti perbankan Islamseperti pembiayaan dan pelaburan akan dikongsi diantara bank dan pendeposit berdasarkan nisbahperkongsian untung yang telah dipersetujui dan dibayardalam bentuk dividen kepada pendeposit. Jumlahdividen yang diberi bergantung kepada jumlahkeuntungan yang dihasilkan daripada operasi bankberkenaan. Bank juga dibenarkan untuk memberi hibah(ganjaran) kepada pendeposit sekiranya iabersesuaian.

Di manakah boleh saya mendapatkanproduk dan perkhidmatan perbankanIslam?

Anda boleh mendapatkan produk dan perkhidmatanperbankan Islam di bank-bank yang mempamerkanlogo perbankan Islam seperti yang ditunjukkan dibawah:Untuk maklumat terkini mengenaisenarai bank-bank yang menawarkanproduk dan perkhidmatan perbankanIslam, sila lawati laman sesawangBank Negara Malaysiawww.bnm.gov.my.

Aktiviti perbankan Islamberlandaskan prinsipIslam yang melarangpembayaran danpenerimaan faedah atauriba serta menggalakkanperkongsian untung didalam amalan perbankan

Page 5: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

• 5

Adakah operasi bank-bank SkimPerbankan Islam (SPI) mematuhikehendak Syariah sepenuhnya?

Ya, operasi bank-bank SPI memenuhi kehendakSyariah kerana semua produk dan perkhidmatan yangditawarkan oleh bank-bank SPI mesti mendapatkelulusan terlebih dahulu daripada JawatankuasaSyariah bank-bank berkenaan. BNM telah jugamenerbitkan satu garis panduan kepada bank-bankSPI tentang tatacara pengasingan operasi perbankanIslam daripada operasi perbankan konvensional.

Adakah bank-bank SPI dibenarkanuntuk memindahkan baki kredit akaunperbankan Islam ke akaunkonvensional?

Di atas permintaan pelanggan, bank-bank SPI bolehmemindahkan dana daripada akaun perbankan Islamkepada akaun konvensional. Walau bagaimanapun,pemindahan dana daripada akaun konvensional keakaun perbankan Islam terhad kepada bahagianprinsipal asal sahaja. Sebarang elemen faedah tidakdibenarkan untuk dipindahkan ke akaun perbankanIslam.

Di manakah boleh saya mengemukakanaduan sekiranya saya tidak berpuashati dengan perkhidmatan yangdiberikan oleh bank Islam atau bankSPI?

Sekiranya anda tidak berpuas hati denganperkhidmatan yang telah diberikan oleh bank Islamatau bank SPI, anda boleh mengemukakan aduanrasmi kepada Unit Aduan bank berkenaan. Maklumattentang Unit Aduan bank anda boleh diperolehi daripadainstitusi anda atau laman sesawang Bank NegaraMalaysia www.bnm.gov.my.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati denganjawapan yang diberi oleh bank berkenaan, anda bolehmengemukakan aduan tersebut ke Bank NegaraMalaysia melalui Laman Informasi Nasihat danKhidmat BNMLINK atau Pusat PerhubunganTELELINK yang boleh dihubungi sama ada menerusitelefon, faks, SMS atau surat seperti berikut:

PengarahLaman Informasi Nasihat dan KhidmatBank Negara MalaysiaPeti Surat 1092250929 Kuala LumpurTel : 1-300-88-5465 (LINK)Faks : 03-21741515E-mel : [email protected] : 15888

Jika anda ingin membincangkan aduan anda denganpegawai Bank Negara Malaysia, anda boleh melawatiBNMLINK di:

Tingkat Bawah, Blok DBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur

Anda juga boleh melawati BNMLINK di cawangan BankNegara Malaysia di Johor Bahru, Pulau Pinang,Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu. Alamatcawangan tersebut boleh di dapati di laman sesawangBank Negara Malaysia www.bnm.gov.my.

Di samping itu juga, sekiranya anda mempunyaiaduan, pertikaian atau tuntutan yang tidak dapatdiselesaikan dengan institusi perbankan anda, silarujuk kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)yang menyediakan perkhidmatan secara percuma.BPK mempunyai bidang kuasa untuk mengendalikanaduan, pertikaian atau tuntutan yang melibatkankerugian kewangan, amaun yang dituntut tidak bolehmelebihi RM100,000 (kecuali bagi kes penipuan yangmelibatkan instrumen pembayaran, kad kredit, kad caj,kad ATM dan cek yang melibatkan amaun tidakmelebihi RM25,000). Alamat surat-menyurat BPKadalah seperti beriku:

Biro Pengantaraan KewanganTingkat 25Dataran Kewangan Darul TakafulNo. 4, Jalan Sultan Sulaiman50000 Kuala Lumpur.Telefon : 03-22722811Faksimili : 03-22745752E-mel : [email protected]

Maklumat lanjut tentang jenis aduan yang dikendalikanoleh BPK boleh didapati di laman sesawangwww.fmb.org.my

Perbankan Islam adalahberlandaskan prinsipperkongsian untung di antarabank dan pendeposit.

Page 6: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

6 •

DanaKecemasan

Apakah yang dimaksudkan “DanaKecemasan”?

“Dana kecemasan” biasanya adalah satu dana yanganda cipta untuk membayar perbelanjaan di luarjangkaan. Sebagai contoh:

• Tayar-tayar kereta anda perlu ditukar dengan tayaryang baru.

• Rumah anda penuh dengan anai-anai danmemerlukan rawatan.

• Anak anda mempunyai masalah apendiks danmemerlukan pembedahan.

• Gigi geraham anda perlu dicabut.• Tiba-tiba syarikat anda bankrap.

Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan andamungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya,tetapi semuanya secara serentak! Itulah masanyaberlaku “hujan lebat”!

Mengapa Saya Memerlukan “DanaKecemasan”?

Sepertimana yang dikatakan oleh Forrest Gump dalamfilemnya “Life is like a box of chocolates… you’ll neverknow what you’ll get!” (“Hidup ini seperti sebuah sekotakcoklat... anda tidak akan tahu apa yang anda akandapat!”). Kehidupan setiap orang mempunyai turunnaiknya, hari cerah dan hari hujan. Apabila andamenyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungidiri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untukmenghadapi situasi-situasi yang tidak diduga. Padawaktu itulah anda memerlukan lonjakan tambahan“Vitamin M” (duit kecemasan).

Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang (lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan “Ah Long”), jika andatidak mempunyai duit simpanan. Anda tetap mahumembayar bil dan memastikan hutang kad kreditsentiasa rendah, walaupun ketika sesuatu yang tidakdiduga berlaku ke atas diri anda.

Oleh kerana tiada siapa yang tahu masa hadapan,maka semua orang memerlukan dana kecemasan.

Bagaimana saya boleh menyimpan,sedangkan saya tidak mempunyaibanyak duit?

Anda mungkin berfikir yang tiada baki duit yang dapatdisimpan selepas membayar semua bil. Ramai orang,tidak kira berapa banyak duit yang mereka ada,mengatakan mereka tidak dapat menyimpan. Ituadalah kerana perbelanjaan biasanya meningkatsehingga ia menggunakan semua duit lebihan anda.

Namun, hanya anda sahaja yang boleh mengubahkeadaan ini. Begini caranya:

• Bayar diri anda sendiri terlebih dahulu• Cipta satu “akaun simpanan automatik” yang

membolehkan anda mengeluarkannya ketikakecemasan

• Berbelanjalah secara yang bijak• Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan

duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat!• Cuba sehingga anda berjaya tetapi jangan putus

asa!!

Anda mungkin pernah mendengarpepatah ini, “Apabila hujan, iaturun dengan lebat!” Ini adalahbenar, lebih-lebih lagi dalammasalah kewangan kerana kesangandaan. Oleh itu, andadinasihatkan agar menyediakansatu Dana Kecemasan andasendiri sebelum tsunamikewangan melanda!

Page 7: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

• 7

Apakah yang dimaksudkan “Bayar DiriAnda Sendiri Terlebih Dahulu”?

Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji,kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepadaorang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu andamenyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duitanda dan anda berhak menyimpan sebahagiannyauntuk diri dan keluarga anda.

Jangan berputus asa jika anda hanya dapatmenyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehariatau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atauRM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!” Adalah lebihbaik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripadacuba menyimpan dengan banyak dan gagal.

Jadi, kuncinya ialah menjadikan tabiat menyimpan duitsetiap kali mendapat gaji. Apabila anda menyimpanterlebih dahulu, anda akan dapat memastikanperbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika andatidak nampak duit, anda tidak berpeluang untukmembelanjakannya. Seperti yang dikatakan, “Out ofsight, out of mind!” (“Apa yang tidak dapat dilihat, tiadadalam minda!”).

Berapa banyak yang patut sayasimpan?

Sebagai garis panduan, simpan sekurang-kurangnya10% daripada pendapatan anda. Walau bagaimanapun,ini bukanlah sesuatu yang dapat selalu dilakukan.Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang andaselesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arahmatlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh menyimpanlebih banyak, itu adalah lebih baik.

Matlamat anda adalah untuk mencipta danakecemasan yang cukup untuk tiga bulan hingga enambulan perbelanjaan bulanan anda. Anda bolehmelakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaanseminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan-lahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.

Ingat: Mendapat tabiat menyimpan adalah lebih pentingdaripada berapa banyak yang anda simpan!

Di manakah saya patut menyimpan“Dana Kecemasan” saya?

Dana kecemasan anda patut disimpan dalam satuakaun yang mudah untuk anda keluarkan dalam waktu-waktu kecemasan. Namun ia tidak patut menjaditerlalu mudah untuk anda menggunakannya dengansesuka hati anda. Anda mungkin memilih untukmembuka Akaun Simpanan dengan bank tetapimemilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya,anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagiandaripadanya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan.Pilih dana yang dapat memastikan keselamatankepada modal anda, sementara memberikan pulanganyang berpatutan.

Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untukmembayar diri anda sendiri terlebih dahulu. Cara yangmudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftardengan skim potongan gaji. Anda boleh mengarahkanmajikan anda atau bank anda untuk menyimpansebahagian daripada gaji anda ke dalam akaunsimpanan/amanah saham anda setiap bulan. Ingatbahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja danseboleh yang mungkin, anda tidak akanmenggunakannya untuk tujuan lain!

Perlindungan Insurans

Selain menyediakan belanjawan, anda juga disaranuntuk mendapatkan perlindungan insurans ataumenyertai pelan takaful. Ini kerana insurans adalahinstrumen kewangan yang boleh melindungi anda sertawaris anda daripada sesuatu kegawatan kewanganyang disebabkan peristiwa yang tidak diingini sepertikematian, kekurangan upaya atau penyakit yangserius. Insurans akan membantu menyediakan sedikit

Matlamat anda adalahuntuk mencipta danakecemasan yang cukupuntuk tiga bulan hinggaenam bulan perbelanjaanbulanan anda. Anda bolehmelakukannya dengan cubamenyimpan perbelanjaanseminggu, kemudian duaminggu dan secara perlahan-lahan bertambah kepadasebulan dan seterusnya.

Page 8: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

8 •

bantuan kewangan bagi keluarga anda, terutamanyajika anda adalah pencari nafkah utama. Oleh itu,melabur dalam pelan insurans semasa anda masihmuda dan sihat adalah digalakkan.

Apabila menyertai skim insurans atau takaful, andaakan membayar sedikit wang kepada syarikatinsurans/takaful dan akan berkongsi risiko tertentudengan orang lain. Sekiranya ditimpa musibah, wangyang disumbang itu akan diguna untuk meringankanbebanan pemilik insurans atau peserta takaful, melaluipampasan yang diberikan, sekaligus mengurangkankeperluan kepada dana kecemasan yang besar untukseseorang.

Contohnya, anda mungkin perlu dana kecemasan yangmencecah ribuan ringgit untuk menghadapikemungkinan jatuh sakit (untuk kos perubatan dansebagainya). Sekiranya anda membeli insurans ataumenyertai takaful, anda cuma perlu membayar jumlahwang yang kecil, mungkin tidak sampai RM100setahun sahaja bagi tujuan dana kecemasan jikaditimpa penyakit. Terdapat pelbagai skim insurans dantakaful yang dapat membantu anda menghadapi saat-saat genting dalam hidup seperti kematian,kemalangan, rumah terbakar atau kecurian dansebagainya. Dengan membeli insurans atau menyertaimana-mana skim takaful, membina dana kecemasanmenjadi lebih murah dan mudah untuk anda dankeluarga.

Bagaimana saya boleh tahu bila “DanaKecemasan” dapat digunakan?

Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlumemikirkan hal ini dengan lebih awal. Buat beberapasyarat untuk situasi yang anda boleh gunakan duit ini,supaya anda tidak membazirkannya. Kemudian patuhisyarat-syarat anda sendiri!

Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu andadalam menetapkan beberapa syarat:• Adakah perbelanjaan ini satu Keperluan atau

Kehendak?• Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari

ini?• Apa yang akan berlaku jika saya tidak

membelanjakannya sekarang?• Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih

murah?• Adakah cara lain untuk saya membayar

perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?• Jika saya menggunakan duit ini hari ini,

bagaimana perasaan saya tentang keputusansaya ini pada bulan depan?

Sentiasa ingat bahawa ini adalah “Dana Kecemasan”anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akanmenyentuhnya! Tiada alasan!

Kesimpulan

Terdapat satu lagi pepatah Melayu yang mengatakanbahawa “Sediakan payung sebelum hujan.” “DanaKecemasan” ini adalah payung anda dan pastikan iacukup besar untuk melindungi anda apabila hujan(tetapi pastikan tidak ada kebocoran!)

Jadi, mula bina dana ini sekarang dan ia mungkinpenyelamat anda suatu hari nanti.

Artikel ini adalah sumbangan dari Agensi Kaunseling danPengurusan Kredit (AKPK). AKPK merupakan sebuah agensiyang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia sejak 2006, danmereka menawarkan perkhidmatan dari segi pendidikankewangan, kaunseling kewangan dan program pengurusankredit. Hubungi AKPK melalui 1-800-88-2575 atau layari lamanweb www.akpk.org.my . AKPK turut berada diwww.youtube.com, www.facebook.com dan juga diwww.twitter.com/AKPK1. Perkhidmatan AKPK kepadaindividu adalah percuma.

PerkhidmatanKaunter Bergerak

BNMLINKPegawai-pegawai BNMLINK akan mengadakanperkhidmatan kaunter bergerak di lokasi-lokasiberikut pada bulan April 2011 untuk membantusebarang permasaalahan kewangan, pinjaman,perbankan atau insurans anda:

1. Maybank cawangan Kota Bahru, Kelantan*Tarikh : Isnin-Selasa, 11 – 12 April 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

2. Bank Islam cawangan Kota Bahru,Kelantan*Tarikh : Rabu-Khamis, 13 - 14 April 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

3. CIMB Bank cawangan Teluk Intan, Perak*Tarikh : Isnin, 25 April 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

4. Maybank cawangan Teluk Intan, Perak*Tarikh : Selasa, 26 April 2011Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang

* Sekiranya terdapat pertukaran lokasi, tarikh danmasa, sila rujuk pengumuman yang akan di buat dipelbagai media termasuk surat khabar, radio, risalahringkas serta sepanduk di kawasan sekitar daerahanda.

Page 9: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

• 9

Perbankan InternetSambungan keluaran Januari 2011...

Tindakan yang patut anda lakukan untuk menjaminkeselamatan perbankan InternetMendaftar untuk menggunakankaedah pengesahan yang lebih baikDaftar untuk menggunakan kaedah pengesahanpelbagai faktor, iaitu pengesahan pelbagai peringkatakan dilakukan untuk melindungi transaksi anda.Sesetengah institusi perbankan menggunakan TAC(Transaction Authorisation Code) yang dihantar kenombor telefon mudah alih pengguna atau alat ‘token’yang memaparkan kod khas dan perlu dimasukkanpengguna dalam perbankan Internet sebelummelakukan transaksi berisiko tinggi.

Lindungi komputer peribadi andadaripada penceroboh, virus danprogram perosak• Pasang dinding keselamatan (“firewall”) peribadi

dan program penentang virus yang baik untukmengelakkan komputer peribadi anda daripadadiserang oleh virus, pengintip dan programperosak seperti “Trojan Horse”.

• Pastikan program penentang virus danpenentang pengintip anda adalah yang terkinidan sentiasa dikemas kini.

• Pastikan sistem kendalian dan pelayarsesawang anda adalah yang terkini dan

dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yangterbaru untuk melindunginya daripadadieksploitasi.

• Jadikan pelayar anda berupaya untuk menolakkawalan ActiveX bagi mengurangkankebarangkalian aplikasi pengintip dipasang kedalam komputer anda.

Berhati-hati apabila memuat turunperisian• Perikasa program atau lampiran yang diterima

dengan program penentang virus yang terkiniuntuk memastikan ia tidak mengandungi virusyang boleh menyerang komputer anda.

• Jangan sesekali memuat turun sebarang failatau perisian daripada laman web atau sumberyang kurang anda kenali atau klik padahiperpautan yang dihantar oleh seseorang yangtidak anda ketahui. Pembukaan fail, perisianatau hiperpautan sedemikian bolehmendedahkan sistem anda kepada viruskomputer yang boleh mencuri maklumat peribadianda, termasuk kata laluan atau nombor PINanda.

... ke muka 12

“ ”man-in-the-middle Serangan yang dapat membaca, menambah dan mengubah mesej di antara anda dan institusi perbankan anda tanpa kedua-dua pihak mengetahui bahawa pautan tersebut telah diceroboh.

“Pharming”Tindakan mengeksploitasi kelemahan perisian sistem nama domain (DNS) yang membolehkan penceroboh mendapatkan nama domain institusi perbankan yang sebenar dan menukar arah laluan trafik daripada laman sesawang institusi perbankan tersebut ke laman sesawang palsu.

“Phishing” - Merupakan tindakan menghantar e-mel atau SMS palsu kepada mangsa

SMS ScamPenjenayah akan menghantar SMS yang menawarkan hadiah lumayan kononnya daripada syarikat-syarikat terkemuka untuk menarik mangsa. Bagi mendapatkan hadiah tersebut, mangsa harus akur dengan prosedur yang ditetapkan penjenayah, iaitu mangsa harus ke mesin ATM untuk mendaftar akaun perbankan Internet (sekiranya mangsa belum mempunyai akaun perbankan Internet) disertai nombor telefon bimbit penjenayah sebagai nombor rasmi untuk urusan perbankan (bagi tujuan penerimaan TAC). Setelah itu, maklumat sulit seperti nombor PIN akan diberikan kepada penjenayah. Penjenayah akan mendaftar untuk urusan perbankan internet bagi pihak mangsa dan melakukan pindahan dana ke akaun penjenayah. Kepada mangsa yang sudah mempunyai akaun perbankan internet, mereka hanya perlu mendedahkan ID dan kata laluan perbankan Internet mereka kepada penjenayah. Penjenayah seterusnya menggunakan maklumat sulit tersebut untuk mengakses akaun perbankan Internet mangsa.

“Phishing site”E-mel palsu yang didakwa dihantar oleh institusi perbankan akan mengumpan penerima untuk mengemas kini profil perbankan Internet mereka dengan cara mengklik pautan laman perbankan Internet palsu dan memasukkan maklumat peribadi mereka di dalam “phishing site” tersebut. Pengguna lazimnya tertipu kerana laman sesawang “phishing” mengandungi logo, format, grafik dan perkataan-perkataan yang seakan-akan laman perbankan Internet sebenar. Penjenayah akan menggunakan maklumat perbankan Internet yang dicuri daripada laman sesawang “phishing” berkenaan untuk mengakses akaun perbankan mangsa dan memindahkan wang mangsa ke akaun pihak ketiga.

ANCAMAN KESELAMATAN INTERNET !!!

Page 10: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

10 •

TransaksiHaram DalamMata WangAsing

Apakah Yang Dimaksudkan DenganPengiriman Wang

Pengiriman wang adalah penghantaran keluar wangoleh seseorang kepada seseorang yang lain sama adadi dalam atau di luar negara. Contohnya, penghantaranwang kepada anak-anak yang sedang belajar di luarnegara atau kiriman wang oleh pekerja asing kepadakeluarga mereka di negara asal masing-masing.

Perkhidmatan pengiriman wang keluar hanya bolehdijalankan oleh:

(i) bank-bank perdagangan

(ii) bank Islam

(iii) institusi Pembangunan Kewangan

(iv) penyedia perkhidmatan kiriman wang bukan bankyang telah diberikan kebenaran oleh PengawalPertukaran Wang Asing

(v) Bank Simpanan Nasional dan Bank KerjasamaRakyat Malaysia Berhad

Senarai institusi yang pengguna boleh membuatpenghantaran wang boleh diperolehi di lamansesawang Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my(klik butang ‘Capaian’)

Pengiriman Wang Tidak Sah

Pengiriman wang tidak sah ialah penghantaran wangke luar negara melalui syarikat yang tidak dibenarkanoleh Bank Negara Malaysia untuk menjalankanperniagaan sedemikian. Jika anda menggunakankhidmat ejen tidak sah ini, tiada jaminan bahawa wangitu akan selamat. Sifat umum ejen pengiriman wangtidak sah ialah seperti berikut:• Mereka biasanya beroperasi secara kecil-kecilan.• Mereka mendakwa mampu memberi

perkhidmatan pengiriman wang dengan cepattanpa perlu mengemukakan sebarang dokumenatau bukti pengenalan diri.

• Mereka jarang menggunakan dokumen untuk

membenarkan dan mengesahkan sesuatu urusniaga.

Berdagang Dalam Mata Wang Asing

Jika anda mempunyai wang untuk dilaburkan,melaburlah dengan bijak supaya wang anda selamat.Elakkan diri anda daripada ditipu, dipujuk atau dipaksauntuk melabur wang hasil penat lelah anda ke dalampelaburan yang menjanjikan pulangan yang besardalam tempoh yang singkat seperti sindiket daganganharam mata wang asing. Anda akan kehilangan semuawang anda! Jadilah seorang yang bijak. Simpanlah hasilpenat lelah anda dalam pelaburan yang dikawal seliaoleh Kerajaan. Tidurlah dengan nyenyak apabilamengetahui pelaburan anda adalah terjamin.

Berdagang Dalam Mata Wang AsingOleh Seseorang Yang Tidak DiberiKuasa Adalah Menyalahi Undang-Undang

Berdagang dalam mata wang asing ialah aktivitipelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untukmendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakankadar tukaran mata wang asing. Di Malaysia, semuaurusan di dalam mata wang asing mesti dibuat denganatau melalui peniaga mata wang asing yang diberikuasa. Seseorang (individu atau syarikat) yang bukanpeniaga mata wang asing yang diberi kuasa, tidakdibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan atauberdagang dalam mata wang asing.

Sindiket Dagangan Haram Mata WangAsing

Ramai rakyat di negara ini yang telah tertipu olehsindiket dagangan haram mata wang asing danakibatnya, mereka kehilangan jutaan ringgit. Sindiketsedemikian selalunya dikendalikan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi secara tidak sah. Pengendaliharam ini biasanya mensasarkan golongan pencarikerja dan para pelabur yang inginkan keuntungan cepatke atas pelaburan mereka sebagai mangsa.

Page 11: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

• 11

Amaran Bagi Pencari Kerja

Jangan bersubahat dengan membantu pengendaliharam untuk menipu orang ramai. Semak dengan BankNegara Malaysia sebelum menerima sesuatu tawaranpekerjaan daripada syarikat sedemikian.

Bagaimana Untuk MengesanPengendali Haram

Pengendali atau syarikat yang beroperasi secara tidaksah ini biasanya:• Memaparkan iklan yang cukup menarik untuk

mengumpan orang ramai supaya mendengarrancangan pemasaran mereka yang meyakinkan,tetapi sebenarnya palsu.

• Mempunyai ibu pejabat di luar negara.• Beroperasi di pejabat dan mempunyai kemudahan

IT yang canggih.• Menyediakan latihan kepada bakal pekerja

mengenai prinsip dagangan dalam mata wangasing dan memberi latihan amali mengenaidagangan mata wang asing berasaskan transaksiandaian atau tiruan dalam suasana yang dikawaloleh pengendali. Biasanya semua transaksiandaian yang dibuat akan menghasilkankeuntungan berlipat kali ganda.

• Mengambil pekerja berasaskan komisen tanpadiberi sebarang surat pelantikan secara formalatau kontrak yang menggariskan syarat-syaratpekerjaan.

Sebelum seseorang pekerja memulakan urus niaga,mereka dikehendaki mencari bakal pelabur danmengambil deposit daripada mereka. Jika tidak,mereka mungkin akan dibuang kerja. Dalamkebanyakan kes yang dirujuk kepada Bank NegaraMalaysia, pekerja yang gagal mencari pelabur akanbertindak meminjam wang daripada ibu bapa atau ahlikeluarga masing-masing semata-mata untukmenunjukkan kebolehan mereka mendapatkan pelaburdan seterusnya dapat kekal di dalam pekerjaantersebut.

Amaran Untuk Pelabur

Pengusaha syarikat dagangan mata wang asing haramini pada kebiasaannya akan cuba meyakinkan parapelabur dengan:• Mengatur strategi pemasaran yang menjanjikan

keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat.• Menampilkan imej yang profesional dan bereputasi

dengan barisan pekerja yang berpakaian segak,keadaan pejabat yang bercirikan teknologi tinggidan kemudahan IT yang terkini. Dalam sesetengahkes, pelabur juga dibenarkan untukmengendalikan akaun mereka di Internet.

• Dengan radas urus niaga seperti skrin berita yang

menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaranuntuk memberi gambaran bahawa suatuperniagaan yang profesional dan sah di sisiundang-undang sedang dijalankan.

Para pelabur boleh berdagang sama ada melalui akaundagangan mereka dengan syarikat tersebut ataumelalui wakil yang dilantik oleh syarikat. Pelabur jugadikehendaki menandatangani satu kontrak urus niagayang biasanya di antara pelabur dan syarikat induk.Dalam kebanyakan kes, pengusaha akanmemaklumkan pelabur bahawa mereka perlumenghantar kontrak tersebut ke ibu pejabat syarikatmereka yang berpengkalan di luar negara. Walaubagaimanapun, biasanya kontrak ini dibiarkan tanpaditandatangani. Dengan ini, sekiranya pelabur tidakberpuas hati dengan urus niaga yang dijalan, tiadatindakan yang boleh diambil terhadap syarikat inimemandangkan tiada perjanjian yang mengikatmereka.

Daripada kes-kes yang dilaporkan kepada BankNegara Malaysia, terdapat dua senario bagaimanapelabur akan kehilangan wang mereka:

Senario 1:Biasanya pelabur akan mendapat pulangan yangtinggi ke atas pelaburan permulaan mereka. Iniakan meyakinkan pelabur untuk menambahpelaburan supaya mendapat pulangan yanglebih tinggi lagi. Lama-kelamaan mereka akankehilangan semua wang yang dilaburkan apabilapemilik syarikat menghilangkan diri secara tiba-tiba.

Senario 2:Para pelabur yang telah mengalami kerugianakan diberitahu bahawa sentimen pasarandijangka akan meningkat. Jika merekamenambah pelaburan, maka mereka akanmendapat balik wang mereka. Yang pastinyaini tidak akan berlaku dan mereka akhirnya akankehilangan semua wang pelaburan mereka.

Bagaimana Untuk MelaporkanKegiatan Pengiriman Wang Tidak Sah& Sindiket Dagangan Haram MataWang Asing

Sekiranya anda mengesyaki seseorang terlibat dalammenyediakan perkhidmatan pengiriman wang ke luarnegara secara tidak sah atau jika anda telah ditawarkanpekerjaan untuk mencari bakal pelabur atau andasendiri telah diajak untuk melabur dalam skimpelaburan mata wang asing, anda bolehmelaporkannya kepada Bank Negara Malaysia dinombor telefon 03-26985708 atau 1-300-88-5465(LINK).

Sumber : Bank Negara Malaysia

Page 12: Ringgit Ed10 Draft3.PM6

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

dari muka 9 ....

Sentiasa ingat untuk log keluar• Apabila selesai melaksanakan transaksi

perbankan Internet, anda hendaklah terus logkeluar.

• Padamkan peti ingatan dan sejarah transaksiselepas log keluar untuk menghapuskansebarang maklumat tentang akaun anda. Iniadalah penting untuk mengelakkanmaklumat yang tersimpan daripada diambiloleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

• Elakkan meninggalkan komputer yangmasih beroperasi tanpa pengawasan.

Langkah-langkah lain• Jangan biarkan tetingkap pelayar yang lain

dalam keadaan terbuka semasa membuattransaksi perbankan dalam talian.

• Elakkan mengguna komputer yang dikongsibersama atau milik awam seperti di kafeInternet untuk mengendalikan transaksiperbankan Internet anda.

• Elakkan melakukan transaksi perbankanInternet melalui rangkaian bebas wayar awampercuma (“free public wi-fi/hotspots”)walaupun anda menggunakan komputerperibadi sendiri.

• Mengenyahaktifkan ciri-ciri perkongsian fail,fungsi “auto complete” di pelayar sesawangdan mesin pencetak dalam sistem kendaliananda.

• Jika anda mempunyai sebarang persoalantentang keselamatan akaun Internet anda,hubungilah institusi perbankan anda untukmembincangkan isu tersebut, termasuk carapenyelesaiannya.

KERAHSIAAN MAKLUMATPERIBADI ANDA

Institusi perbankan dan anda mempunyai peranandalam memastikan kerahsiaan terjamin.Keselamatan maklumat peribadi dan kewangananda adalah perkara yang amat penting apabilamengendalikan transaksi perbankan melaluiInternet. Kerahsiaan maklumat peribadi penggunaadalah satu unsur penting kepercayaan dan

keyakinan orang ramai terhadap sistem perbankan.

Pengguna boleh menghubungi Cyber999 (MyCERT-MalaysiaComputer Emergency Response Team) melalui talian rasmiataupun SMS untuk melaporkan ancaman keselamataninternet:

Talian Rasmi Cyber9999:00 AM – 6:00 PM : 1-300-88-299924x7 (Kecemasan): +6019 - 266 5850

Sistem Pesanan Ringkas (SMS)Format SMS untuk di hantar ke 15888:CYBER999 REPORT <EMAIL ANDA> <ADUAN>to 15888

Sumber: Bank Negara Malaysia