ringgit ed21 draft3 - bnm

12

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM
Page 2: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Cuba tanyakan pada diri anda sendiri,berapa peratuskah matlamat kewanganyang berjaya anda capai pada tahun2011? Awal tahun 2012 ini merupakanmasa yang paling sesuai untuk andamengenal pasti matlamat perancangankewangan tahun lalu dan menyemaksemula impian serta rancangankewangan yang tidak terlaksana.Mengenal pasti keadaan kewangansemasa anda adalah satu permulaanyang baik untuk anda perbaiki matlamatkewangan pada masa akan datang.Anda juga perlu menyenaraikankeutamaan dan berazam agar andabenar-benar dapat mencapainya padatahun ini.

Setiap daripada kita mempunyaimatlamat kewangan yang berbeza.Berikut adalah 10 resolusi kewanganyang boleh anda lakukan sempenaTahun Baru 2012.

1) Hentikan pembelianyang tidak perluHentikan pembelian yang tidakperlu dan sentiasa mengingatkandiri anda terhadap matlamat utamayang ingin anda capai. Komitmendalam tempoh jangka masapanjang akan membantu andadalam meningkatkan keupayaanmenguruskan kewangan denganbaik. Pengajaran dan pengalaman

dapat mengubah minda andadalam membuat keputusanperancangan kewangan.

2) Sentiasa semak alirantunai andaSekiranya anda seorang yangtidak dapat mengawalperbelanjaan, anda harusmengetahui cara-cara yangberkesan untuk menyemak danmenguruskan aliran tunai wangmasuk dan keluar secarasistematik. Sentiasa catatkanperbelanjaan harian dan bulanananda. Anda boleh lihat corakperbelanjaan sebenar anda danmulakan langkah untuk mengubahsikap anda berbelanja. Aktiviti inimemerlukan kesabaran dankomitmen yang tinggi. Teruskanmencatat perbelanjaan andasehingga ke akhir tahun dan nilaisemula perubahan yang telahanda lakukan.

3) Memberi keutamaanuntuk diri sendiriBayar untuk diri anda sendiriadalah merupakan perkara yangpaling utama. Anda perlu membuatsimpanan sekurang-kurangnya10% daripada gaji bulanan anda.Tingkatkan simpanan danpelaburan anda dari semasa ke

Matlamat BaruMatlamat BaruKKewangan Padaewangan Pada

TTahun Baruahun Baru

Page 3: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

• 3

semasa dengan mengambil kira kadar inflasi.Disiplinkan diri anda untuk membuat simpanandan langkah yang bijak adalah dengan melakukanbayaran secara automatik ke dalam akaunsimpanan anda.

4) Tetapkan matlamat kewangan andaAnda perlu menetapkan matlamat kewangan andadan impian yang ingin anda capai dalampengurusan kewangan. Contohnya keputusanuntuk membeli rumah, berkahwin, melanjutkanpelajaran, pendidikan anak-anak atau persediaanuntuk bersara. Sekali lagi, anda perlu melihatsenarai keutamaan dalam menetapkan matlamatkewangan anda.

5) Dapatkan perlindungan insuransyang bersesuaianKenal pasti perlindungan yang telah anda beli.Adakah perlindungan tersebut mengikut keperluananda dan kehendak semasa? Semak semulaperlindungan anda, keluarga dan anak-anak anda.

6) Uruskan hutang anda dengan bijakSenaraikan hutang anda mengikut urutan jumlahansuran, baki hutang, kos pinjaman dan tempohbayaran. Jika bayaran ansuran hutang melebihi20% pendapatan bulanan, maka anda mungkinmempunyai masalah kewangan. Tetapkan azamdan disiplin anda untuk melunaskan hutang-hutang anda mengikut tempoh bayaran.

“Libatkan seluruh ahlikeluarga anda dalampengurusan kewangan.”

7) Libatkan ahli keluarga andaLibatkan seluruh ahli keluarga anda dalampengurusan kewangan. Mulakan tahun barudengan berbincang dan menentukan perbelanjaankeluarga anda. Didik anak anda untuk menyimpansebahagian daripada wang saku dan hanyabelanja kepada barangan yang perlu.

8) Tingkatkan pelan pelaburan andaPelaburan memerlukan tempoh masa yangpanjang. Anda perlu tentukan jenis-jenis pelaburanyang bersesuaian dengan diri dan keluarga anda.Rujuk kepada pakar bertauliah sekiranya andatidak pasti dengan produk-produk pelaburan yangditawarkan.

9) Peruntukan kewangan anda kepadabadan-badan kebajikanDalam mengejar kemewahan anda tidak haruslupa kepada orang-orang yang memerlukanbantuan. Dermakan wang anda kepada badan-badan kebajikan dan anda boleh mendapatkanpengecualian cukai daripada sumbangantersebut. Sila rujuk Lembaga Hasil Dalam Negeriuntuk memastikan badan-badan kebajikan yangmendapat pengecualian cukai.

10)Tingkatkan pendidikan pengurusanandaTingkatkan pengetahuan anda dalam pengurusankewangan melalui pembacaan majalah, buku-bukudan menghadiri seminar atau kursus. Anda perlumencungkil rahsia kejayaan “mentor” kewangananda dan dapatkan nasihat dan tunjuk ajardaripada perunding kewangan anda.

“Tingkatkan pengetahuananda dalam pengurusankewangan melaluipembacaan ...”

Page 4: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

4 •

Fahami ciri produk dalam membuatkeputusan

Faedah ialah caj yang dikenakan ke atas wang yangdipinjam atau keuntungan yang diperoleh daripada wangyang didepositkan. Kadar faedah yang dikenakan keatas pinjaman adalah ukuran risiko yang diambilpemberi pinjaman.

Semakin tinggi risikonya, maka semakin tinggilahkadar faedah yang dikenakan. Biasanya, terdapat tigajenis kadar faedah di pasaran. Ini termasuklah:1) Kadar sama rata: Faedah dikira berdasarkan

jumlah asal nilai pinjaman sepanjang tempohpinjaman.

2) Kadar tetap: Faedah dihitung berdasarkan bakipinjaman semasa pada kadar faedah yang tidakberubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman.

3) Kadar terapung: Faedah dihitung berdasarkanbaki pinjaman semasa, dengan kadar faedahbersandarkan pada indeks atau kadar asas.Kadar ini boleh berubah-ubah sepanjang tempohpinjaman. Indeks atau kadar asas faedah yangpaling biasa digunakan ialah Kadar Pinjaman Asas(KPA).

Faedah kadar sama rata biasanya adalah lebih tinggiatau mahal. Ia dihitung di atas jumlah asal pinjamanyang dibuat dan dikenakan sepanjang tempohpinjaman. Sebaliknya, faedah kadar tetap dan kadarterapung pula dikira berdasarkan baki pinjamansemasa.

Memahami faedah kompaun

Faedah kompaun pada dasarnya seperti faedah biasa.

Ia dikira ke atas pinjaman pokok dan faedah terkumpul.Pengiraan faedah adalah secara tahunan, bulanan danharian. Kesan faedah lebih ketara mengikut kekerapanpengiraan faedah kompaun. Faedah kompaun jugaboleh diibaratkan sebagai pedang bermata dua, iaitusesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan dankeburukan.

Selain daripada memberikan pulangan pelaburan yanglebih tinggi, faedah kompaun juga menyebabkan cajfaedah yang lebih banyak jika kelewatan dalampembayaran balik pinjaman atau hutang kad kredit.Amalan ini biasanya digunakan dalam pengiraanhutang kad kredit.

Garis panduan Bank Negara Malaysia(BNM) mengenai ketelusan danpenzahiran produk

Menyedari pentingnya pemberian maklumat tentangproduk yang mencukupi kepada pengguna danperkhidmatan secara telus oleh penyedia khidmatkewangan, BNM mengeluarkan Garis PanduanMengenai Ketelusan dan Penzahiran Produk. Garispanduan ini membantu meningkatkan piawaianpenzahiran untuk produk kewangan runcit bagibertujuan membantu pengguna membuat keputusanbijak melalui penzahiran yang bermakna dan tepat padamasanya.

Menerusi garis panduan ini, BNM memerlukanpenyedia perkhidmatan kewangan untukmemaklumkan semua ciri produk kewangan runcituntuk membantu pelanggan membuat keputusankewangan yang bijak.

Anda dinasihatkan meminta dan memahami ciri produksebelum membuat sebarang keputusan untukmenerima mana-mana kemudahan pinjaman.

MAKLUMAT PENTING• Meminjam untuk memenuhi keperluan dan bukan

kehendak atau meminjam untuk tujuan produktifsaja.

• Meminjam mengikut kemampuan - mengehadkannisbah hutang kepada pendapatan tidak melebihi40 peratus.

• Apabila meminjam, fahami tiga peraturanmeminjam iaitu tujuan pinjaman, keupayaanmembayar balik dan sejarah pembayaran.

• Fahami jenis kadar faedah dan kesan terhadapkeseluruhan kos pinjaman.

• Ketahui risiko sebelum menjadi seorang penjaminkerana jika peminjam gagal membayar balikpinjaman, maka penjamin yang akanbertanggungjawab menjelaskan pinjamantersebut.

Sumber : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

Fikir SebelumPinjam

Page 5: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

• 5

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syilingMalaysia siri baharu untuk edaran secara berperingkat-peringkat mulai 16 Januari 2012. Orang ramai bolehmendapatkan duit syiling baharu ini melalui urus niagabiasa mereka.

Duit syiling baharu yang dikeluarkan dalam denominasi5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen adalah sahdiperlakukan bersama-sama dengan duit syiling-duitsyiling siri yang sedia ada. Walau bagaimanapun, duitsyiling siri sedia ada tersebut akan dikeluarkandaripada edaran secara beransur-ansur menerusisistem perbankan. Bagi memastikan peralihan yanglancar kepada penggunaan duit syiling baharu ini,vendor yang mengendalikan mesin wang tunai telahdiberikan tempoh masa yang mencukupi untukmengubah suai mesin mereka agar boleh menerimaduit syiling baharu ini.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisannegara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duitsyiling terbaharu ini. Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’,corak-corak yang dipilih memaparkan keindahan alamsemula jadi, budaya dan khazanah negara.

Duit Syiling MalaysiaSiri Baharu

Duit syiling baharu ini dibuat menggunakan kemajuanterkini dalam teknologi pembuatan duit syiling danmengandungi ciri-ciri moden dan mesra pengguna.Berbanding dengan duit syiling siri-siri terdahulu, duitsyiling baharu ini adalah lebih kecil dan ringan. Ia jugadiperkenalkan dalam dua skema warna, iaitu warnakuning dan perak, dan tempaan gerigi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai danmereka yang kelainan upaya penglihatan untukmengecam dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Di samping itu, duit syil ing baharu ini turutmemasukkan ciri-ciri keselamatan unik yang mesrapengguna. Ciri keselamatan imej pendam (latentimage) yang terdapat pada duit syiling 50 sen baharuberupaya untuk memudahkan orang ramai memeriksaketulenan duit syil ing tersebut dengan caramencondongkan duit syiling berkenaan pada suatukedudukan. Pada kedudukan tersebut, orang ramaiakan dapat melihat imej pendam yang terhasil daripadapantulan cahaya.

Page 6: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

6 •

Reka Bentuk Duit Syiling

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Bahagian hadapan duit syiling setiap denominasimemaparkan empat belas titik untuk melambangkantiga belas negeri serta Wilayah Persekutuan, manakalalima garis mendatar pula melambangkan lima prinsipRukun Negara (kecuali duit syiling 50 sen). Garis-garishalus pada bahagian hadapan duit syiling 50 senadalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatanbaharu.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yangberikut:

Denominasi Ikon

50 sen Sulur Kacang

20 sen Bunga Melur

10 sen Motif Orang Asli

5 sen Destar Siga

Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen,20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitubunga raya, yang merupakan bunga kebangsaanMalaysia, angka yang menunjukkan tahun penempaan,nilai muka duit syiling yang berkenaan dan perkataan‘Bank Negara Malaysia’ sebagai pihak berkuasa yangmengeluarkan duit syiling.

Sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran orangramai, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkansebanyak 500,000 set duit syiling peringatan yangdipakej secara khas. Setiap set duit syiling peringatanyang merangkumi kesemua denominasi ini dijual padaharga RM10 setiap satu. Orang ramai boleh membeliset duit syiling peringatan ini di ibu pejabat Bank NegaraMalaysia, cawangan Bank Negara Malaysia di KualaTerengganu, Kota Kinabalu, Kuching atau PejabatWilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang danJohor Bahru sehingga stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling baharuini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINKdi talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03-26988044samb. 8658, atau melayari laman sesawang BankNegara Malaysia di www.bnm.gov.my

Sumber: Bank Negara Malaysia

“ ..duit syiling baharu ini turut memasukkan ciri-cirikeselamatan unik yang mesra pengguna.”

Page 7: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

• 7

Polisi pendidikan anak ialah produk insurans hayatyang direka khusus sebagai satu cara menabung untukmenyediakan sejumlah wang apabila anak andamencapai umur untuk memasuki institusi pengajiantinggi (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakanbagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaanpendidikan tinggi anak anda. Selain itu, sekiranya andamengambil perlindungan tambahan, iaitu manfaatpembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawasekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggaldunia, anak anda akan mempunyai akses kepada danauntuk membiayai perbelanjaan pendidikannya.

Di bawah polisi pendidikan anak, ibu bapa / penjagayang sah merupakan empunya polisi dan anak adalahhayat yang diinsuranskan.

Mengapa anda perlu membuatperancangan untuk pendidikan anakanda?

Kos pendidikan semakin meningkat, disebabkanberbagai faktor termasuklah inflasi. Kos yang kianmeningkat ini boleh mengakibatkan ibu bapa/penjagayang sah menanggung beban kewangan apabila anakmereka memulakan pendidikan tinggi. Lebih awal andamembeli polisi insurans, lebih banyak masa untukwang anda bertambah dan menjadi berlipat gandasupaya dapat membiayai pendidikan tinggi anak andadengan lebih baik.

Berapa banyak perlindungan yanganda perlukan?

Langkah pertama dalam menentukan amaunperlindungan adalah dengan menetapkan matlamatanda. Apakah matlamat anda berhubung denganpendidikan anak anda? Berikut ialah beberapa faktoryang mungkin perlu anda pertimbangkan apabilamenentukan tahap perlindungan :-• Tempat belajar• Tahap kelayakan

• Universiti yang dipilih• Bidang pengajian• Jangka masa pengajian

Dengan mengkaji faktor-faktor di atas, ia bolehmembantu anda membuat anggaran kos yangdijangkakan. Sebagai panduan, anda bolehmencampurkan yuran tahunan kursus dengan jangkaanperbelanjaan sara hidup dan mendarabkan amauntersebut dengan bilangan tahun pengajian. Ini akanmemberi gambaran tentang jumlah kos yangditanggung hari ini.

Apabila anda mengambil kira inflasi, jumlah kos yangdiperlukan itu mungkin di luar kemampuan anda.Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbangkerana sekiranya anda menyimpan wang secara bijakmelalui pelan simpanan atau pelaburan, pulangandaripada pelaburan atau simpanan yang terkumpuldalam jangka masa beberapa tahun dapat membantuanda membiayai kos pendidikan tersebut.

Jenis polisi pendidikan anak

Terdapat dua jenis polisi pendidikan anak yang utamaiaitu polisi endowmen dan polisi berkaitan pelaburan.Perbezaan antara dua jenis polisi ini adalah dari segistruktur dan jenis pelaburan.

PolisiPendidikanAnak

Page 8: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

8 •

• Polisi endowmenPolisi endowmen menggabungkan komponensimpanan dan perlindungan. Polisi endowmenmungkin berbentuk sertaan atau tanpa sertaan.Polisi tanpa sertaan tidak berkongsi keuntungankumpulan wang insurans hayat tetapi jumlah yangdiinsuranskan dijamin sepenuhnya. Bagi polisisertaan pula, jumlah yang diinsuranskan masihdijamin sepenuhnya. Walau bagaimanapun,jumlah pulangan pelaburan yang diperoleh padamasa polisi matang tidak dijamin kerana iatertakluk kepada prestasi kumpulan wanginsurans hayat sertaan syarikat insurans.

• Polisi berkaitan pelaburanPolisi berkaitan pelaburan menggabungkan unsurpelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluananda selaku empunya polisi. Anda bolehmenambah caruman premium bulanan ataumenambah simpanan anda apabila pendapatananda meningkat. Sekiranya anda ingin lebihagresif dengan instrumen pelaburan, polisiberkaitan pelaburan juga membolehkan andamemilih jenis dana yang anda ingin laburkan.Walau bagaimanapun, seperti mana-manapelaburan lain yang seumpamanya, ia melibatkanrisiko yang lebih tinggi dan tidak ada jaminanpulangan pelaburan.

Apakah jenis polisi yang patut andabeli?

Jenis polisi yang anda beli bergantung pada matlamatdan toleransi anda terhadap risiko. Sebelum andamembeli sesuatu polisi, pastikan ejen andamenjalankan proses penilaian berdasarkan fakta untukmenentukan polisi yang sesuai dengan keperluan dankemampuan kewangan anda. Selain itu, anda bolehmemilih polisi yang akan membayar manfaat apabilapolisi matang secara sekali gus, atau berperingkat-peringkat.

Perkara-perkara yang anda perluketahui ketika memilih polisipendidikan anak

• Pastikan anda memilih perlindungantambahan, iaitu manfaat pembayarPilih polisi yang mengecualikan bayaran premiumsekiranya empunya polisi tidak lagi berupayamembayar premium polisi tersebut akibat berlakuperistiwa seperti kematian, disahkan berpenyakitkritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal.Dengan memilih manfaat pembayar, dana polisipendidikan tersebut akan terjamin sekiranyasesuatu berlaku ke atas empunya polisi.

• Pastikan anda mampu membayar premiumMenabung melalui insurans mendisiplinkanseseorang untuk terus memperuntukkan sejumlahwang secara tetap setiap tahun sehingga polisimatang. Ia merupakan proses jangka panjang,dan dengan demikian, anda perlu membuatanggaran jumlah premium yang anda mampu bayarberdasarkan pendapatan dan perbelanjaansemasa anda. Sekiranya anda bermula denganamaun yang lebih besar daripada kemampuananda, anda mungkin terpaksa menamatkan polisilebih awal dan menanggung kerugian kewangan.Oleh itu, sekiranya anda tidak mampu membayarbanyak pada masa sekarang, mulakan denganamaun yang kecil.

• Jangan tambah perlindungan yang tidakperluBanyak polisi pendidikan menawarkanperlindungan tambahan seperti insurans perubatanhospital, pembedahan atau perlindungan penyakitkritikal. Kos perlindungan tambahan tersebut akanmengurangkan amaun simpanan. Harus diingatbahawa anda menginsuranskan hayat anak anda.Oleh itu, perlindungan tambahan seperti penyakitkritikal mungkin tidak perlu kerana kemungkinanmenghidap penyakit kritikal dalam kalangankanak-kanak adalah kecil.

Sumber : infoinsurans

“Jenis polisi yang anda belibergantung pada matlamatdan toleransi andaterhadap risiko.”

Page 9: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

• 9

Ketika menanti kehadiran si kecil, kebanyakanpasangan mengabaikan aspek perbelanjaan yang bakalmengiringi cahaya mata mereka. Hal-hal yangdahulunya tidak penting, kini mula menjadi keutamaan.Contohnya perbelanjaan untuk lampin, susu, baju bayi,kos perubatan dan sebagainya. Sekiranya anda mulamembuat bajet dan pelan kewangan keluarga, besarkemungkinan tidak akan wujud banyak masalahberhubung pelbagai keperluan untuk anak yang bakallahir kelak.

Langkah-langkah menguruskewangan keluarga anda

Langkah 1: Ketahui kedudukankewangan anda

Setiap pasangan ibu bapa pasti setuju bahawakeperluan si kecil mengatasi segala aspek lain. Akantetapi, jangan abaikan komitmen kewangan yang sediaada seperti pembiayaan rumah, kereta dansebagainya, kerana ia juga sebahagian daripadatanggungjawab yang perlu dipenuhi. Apabila berbincangtentang perbelanjaan keluarga, anda perlu ingatbahawa perbelanjaan yang akan datang bukan sahajauntuk keperluan bayi seperti baju dan lampin, tetapijuga untuk keperluan ibu sebelum dan selepas bersalin.

Langkah 2: Buat senarai semak

Senarai semak banyak membantu ketika membuatperancangan kewangan. Anda dan pasanganseharusnya menyenaraikan barangan atauperkhidmatan yang anda perlukan mengikut kategori,seperti peralatan untuk perjalanan jauh, perabot bayi,perkakas mandian, pemakanan bayi dan lain-lain.Dengan menyenaraikannya mengikut kategori, andadapat mengenal pasti sekiranya terdapat barangkeperluan lain yang masih belum disenaraikan. Janganlupa untuk memasukkan satu kategori, bagi keperluankecemasan, contohnya apabila isteri terpaksa

menjalani pembedahan bagi melahirkan anak atau lain-lain keperluan perubatan yang mungkin terlibat.

Langkah 3: Buat perbandingan hargabarangan

Ketika membeli-belah berdasarkan senarai semakanda, jangan terlalu gopoh dengan terus membelibarang pertama yang anda lihat. Luangkan sedikitmasa untuk membandingkan harga jenama-jenamayang berbeza dan pastikan anda mencatat harga

PerancanganKewanganUntuk BakalIbu Bapa

“Anda dan pasanganseharusnya menyenaraikanbarangan atau perkhidmatanyang anda rasa perlumengikut kategori ...”

Page 10: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

10 •

barangan tersebut dalam senarai semak anda. Janganterpengaruh dengan jenama terkenal. Selalunya, andaboleh membeli barang yang sama kualitinya setandingdengan barangan berjenama, tetapi pada harga yanglebih rendah. Di samping itu, jangan malu untukbertanya kepada jurujual tentang kegunaan barangan-barangan bayi yang dibeli. Kadangkala, barangan yanganda rasa perlu dibeli sebaik sahaja bayi dilahirkansebenarnya hanya diperlukan apabila bayi anda lebihbesar kelak.

Langkah 4: Beli apa yang perlu sahaja

Setelah selesai membandingkan harga dan baranganyang diperlukan, lihat kembali senarai semak anda.Bezakan antara barangan yang betul-betul mustahakuntuk menyambut ketibaan bayi dan apa pula baranganyang boleh ditangguhkan pembeliannya pada kemudianhari. Pada masa yang sama, keluarkan senarai barangyang tidak perlu daripada senarai semak dan tandakanbarangan yang boleh ditangguhkan (KIV).

Langkah 5: Buat senarai permintaan(wish list)

Selalunya, ahli keluarga dan sahabat handai gemarmembelikan hadiah untuk si kecil. Adakalanya,disebabkan terlalu banyak barangan bayi yang terdapatdi pasaran, mereka kurang pasti apa yang harus dibelidan akhirnya membeli barangan seperti permainan

“Bezakan antarabarangan yangbetul-betulmustahak untukmenyambutketibaan bayi danapa pula baranganyang bolehditangguhkanpembeliannya padakemudian hari. ”

atau barang lain yang tidak begitu diperlukan ataupunmembeli barang yang sama sahaja. Oleh itu, buatlahsatu senarai permintaan (wish list) untuk barangan yanganda mahu, bersama dengan harga dan di mana barangtersebut boleh dibeli. Kemudian, sebarkan senaraitersebut melalui e-mel, blog-blog ataupun rangkaian-rangkaian sosial yang lain agar sahabat-handai andaboleh menghadiahkan barangan tersebut kepada anda.

Pada peringkat ini, anda mungkin sudah mengetahuicara-cara berhadapan dengan isu-isu kewangan yangbakal dihadapi. Jangan lupa tentang perbelanjaan akandatang yang perlu ditanggung seperti pemeriksaanbulanan bayi, pusat asuhan atau penjagaan bayi. Andajuga sepatutnya mula memikirkan tentang pilihanpelaburan bagi simpanan pendidikan anak anda.Dengan memulakan simpanan pendidikan, anda bukansahaja menjamin masa depan si kecil, malahan masadepan anda sendiri.

Dengan mengaplikasikan langkah-langkah di atas,adalah diharapkan anda dapat melalui pengalamanindah sebagai ibu dan bapa tanpa perlu risau tentangmasalah-masalah kewangan yang mungkin menimpa.Menimang cahaya mata sudah semestinya satupengalaman yang sangat manis. Rancang kewangandari sekarang agar kelahiran si kecil memberikan lebihmakna kepada kehidupan anda.

© Securities Industry Development Corporation. Untuk maklumatlanjut tentang pengurusan kewangan dan pelaburan bijak, layarilaman web Pelabur Malaysia (www.min.com.my)

Page 11: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

• 11

Sebagai sebahagian daripada Rangka KerjaPerlindungan Motor Baharu (Rangka Kerja) yangdirumuskan untuk menangani isu struktur dalam sektorinsurans motor, Bank Negara Malaysia memaklumkanmengenai kemajuan langkah-langkah penambahbaikanyang telah diambil untuk menjadikan prosespenyelesaian tuntutan dan pelaksanaan pelarasanpremium menjadi lebih baik sejak pengumumannyapada 11 Mac 2011.

Bagi memastikan orang ramai boleh membeli insuransmotor pada kadar premium yang berpatutan, beberapalangkah segera telah diperkenalkan pada bulan Mei2011. Antara langkah yang diambil termasuklahmemastikan orang ramai boleh mendapatkanperlindungan motor daripada Malaysian MotorInsurance Pool melalui syarikat insurans am ataucawangan-cawangan mereka, dan juga melaluicawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

Selain itu, untuk memastikan langkah-langkahpenambahbaikan tersebut dapat dilaksanakan denganberkesan, sebuah Jawatankuasa Kerja Bersama (JWC)telah ditubuhkan pada bulan April 2011. JWC ini terdiridaripada wakil-wakil kementerian utama, industriinsurans dan takaful, persatuan pengguna danpengangkutan serta Majlis Peguam Malaysia.Beberapa langkah penambahbaikan yang diambil telahmenjadikan proses penyelesaian tuntutan lebih cekap,dengan tempoh masa penyelesaian tuntutankecederaan diri lebih singkat, khususnya bagi kes yangdiselesaikan melalui pengantaraan mahkamah.Langkah-langkah lain yang diambil untuk meningkatkankecekapan termasuklah rujukan kepada Compendiumof Personal Injury Awards oleh hakim dalammenetapkan bayaran ganti rugi bagi kecederaan diriserta penguatkuasaan tarikh akhir bagi mendapatkanlaporan polis dan perubatan.

Langkah-langkah lain yang akan dilaksanakan padasuku pertama 2012 untuk meningkatkan lagikecekapan termasuklah pengenalan kit tuntutaninsurans motor untuk mempercepat laporankemalangan dan tuntutan, serta penubuhan pusatpanggilan 24 jam di seluruh negara untuk memberikan

Pelaksanaan RangkaKerja Perlindungan

Motor Baharu

bantuan segera kepada mangsa kemalangan di tempatkejadian.

Selanjutnya, penyelarasan terhadap kadar premiumTarif Motor telah dilaksanakan secara berperingkatbermula dari 16 Januari 2012. Ini merupakan pelarasankali pertama kerana kadar premium ini tidak pernahdikaji semula dalam tempoh 30 tahun yang lalu.Sepanjang tempoh tersebut, bilangan pemilikkenderaan, kadar kemalangan dan tuntutan insuransdi Malaysia didapati telah meningkat dengan nyata.Selain itu, kos rawatan di hospital, perbelanjaanperubatan dan kos membaiki kenderaan dan alat gantijuga telah meningkat.

Pelarasan premium ini adalah dalam jumlah yang kecildan akan dilaksanakan secara berperingkat dalamtempoh empat tahun. Kesannya kepada orang ramaidan perniagaan adalah kecil. Sebagai contoh, bagiperlindungan pihak ketiga, premium insurans bagimotosikal berkapasiti 110 cc akan mengalami kenaikanantara RM1.00 - RM3.50 setiap tahun (maksimum 30sen setiap bulan) dalam jangka masa empat tahun.Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400 cc,pelarasan premium adalah antara RM6.00 - RM34.00setiap tahun (maksimum RM2.80 setiap bulan) dalamjangka masa yang sama. Bagi kenderaanperdagangan seperti teksi luar bandar dan bas, kesandaripada pelarasan premium terhadap penumpangadalah kecil, iaitu kurang daripada 10 sen bagi setiappenumpang dan setiap perjalanan.

Pelarasan kadar premium Tarif Motor akan dikajisemula secara berkala bagi memastikan kadarpremium yang dilaraskan terus mencerminkanpengalaman tuntutan. Rangka kerja ini akan merintisjalan ke arah pelonggaran tarif sektor insurans motorpada tahun 2016, iaitu apabila kadar premium akandibezakan lagi mengikut profil risiko kenderaan individudan lebih berpatutan kepada pemilik kenderaan keranapemilik kenderaan yang mempunyai pengalamantuntutan yang baik akan menikmati kadar premiumyang lebih wajar berbanding dengan pemilik kenderaanlain yang mempunyai profil risiko yang lebih tinggi.

Bagi memastikan orang ramai mendapat maklumatdan manfaat daripada Rangka Kerja ini, terutamanyapenambahbaikan proses penyelesaian tuntutan motor,Bank Negara Malaysia dan industri insurans akan terusmemberi maklumat tentang isu insurans motor kepadaorang ramai melalui program kesedaran dan jangkauanpengguna yang sedang dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaanmengenai Rangka Kerja ini boleh menghubungiBank Negara Malaysia di TELELINK: 1-300-88-5465atau layari mana-mana laman sesawang berikutw w w . i n s u r a n c e i n f o . c o m . m y a t a uislamicfinanceinfo.com.my . Pertanyaan jugaboleh dikemukakan sama ada kepada PersatuanInsurans Am Malaysia (PIAM) atau penanggunginsurans individu. Sumber: Bank Negara Malaysia

Page 12: Ringgit Ed21 Draft3 - BNM

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Jangan dedahkan maklumat keselamatan kewangan anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun, sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang. Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak tidak diundang yang menghubungi anda.

Bank Negara Malaysia dan bank perdagangan TIDAK AKAN menghubungi anda meminta maklumat tersebut. Kami juga tidak akan meminta anda membuat sebarang pemindahan wang. Jika anda telah menerima permintaan seperti itu, JANGAN mengendahkannya.

Sentiasa Berjaga-jaga!

Untuk sebarang pertanyaan atau nasihat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di:

(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)Faks : 03-2174 1515 E-mel : [email protected]

1-300-88-5465BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)

http://fraudalert.bnm.gov.my

http://facebook.com/bnm.official

Untuk menghantarpertanyaan melaluiperkhidmatan sila taip:

dan hantarkepada15888

BNM TANYA [pertanyaan/ aduan anda]

Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS

JANGAN JADI MANGSA!