ringgit ed18 draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  ·...

12

Upload: others

Post on 03-Jul-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi
Page 2: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Fraud dalam kad kredit bolehmengakibatkan anda dan pengeluar kadkredit mengalami kerugian besar.Pengeluar kad kredit sentiasamengambil sikap berwaspada terhadapfraud ini dan telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungianda. Walau bagaimanapun, anda jugaharus mengambil langkah-langkahuntuk mengurangkan risiko menjadimangsa fraud.

Lindungi kad kredit anda• Tandatangani kad kredit anda

sebaik sahaja ia diterima.• Simpan kad kredit anda pada

tempat yang sama di dalamdompet atau beg duit, supaya, jikaia hilang atau dicuri, anda akanmenyedarinya dengan serta-merta.

• Usah pinjamkan kad kredit andakepada sesiapa sahaja.

• Jangan berikan butir-butir kadkredit anda (contohnya nombor kaddan tarikh luput) kepada orangyang tidak dikenali kerana adakemungkinan maklumat tersebutdigunakan untuk membuatpembelian melalui telefon, posatau internet.

• Hafal nombor PIN anda dan jangancatatkan nombor PIN tersebut dibelakang kad, menyimpannya didalam dompet ataumendedahkannya kepada pihak

ketiga.• Simpan nombor telefon pengeluar

kad kredit anda supaya andadapat menghubunginya denganserta-merta untuk melaporkansebarang kehilangan/ kecuriankad, urus niaga tanpa kebenaranatau pendedahan PIN kepadapihak ketiga.

• Pastikan anda telah memotongkad kredit yang telah luput kepadadua bahagian apabila andamenerima kad baru.

Periksa transaksi kredit kad andauntuk mengelakkan urus niaga tanpakebenaran• Semak semua butir yang terdapat

pada slip urus niaga sebelummenandatangani ataumengesahkan setiap urus niagamelalui kad kredit.

• Simpan semua slip urus niagaanda dan bandingkan denganpenyata bulanan kad kredit andasebaik sahaja ia diterima.

• Maklumkan pengeluar kad kreditanda dengan serta-merta jikaterdapat sebarang kesilapan ataukemungkinan berlaku urus niagatanpa kebenaran.

• Musnahkan semua slip urus niagasebelum anda membuangnya.

Sumber: infoperbankan

LindungiKad KreditAndaDaripadaFraud

LindungiKad KreditAndaDaripadaFraud

Page 3: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

• 3

Tip kewangan untuk golongan muda pada kali inimemberikan idea bagaimana untuk mengawalperbelanjaan, membuat pelaburan dan menetapkanmatlamat simpanan anda untuk mendorong ke arahpengurusan kewangan berhemat.

Apabila anda mula memperoleh pendapatan atau gajiyang kukuh, anda akan cenderung untukmembelanjakan wang terhadap barangan mewah ataumemulakan langkah untuk berhutang seperti pembeliankereta. Namun begitu, usia muda ini merupakan waktuterbaik untuk anda menyediakan diri ke arah untukmeningkatkan kekayaan.

Tip 1: Menyimpan satu per tigadaripada pendapatan anda

Memperuntukkan RM1 daripada RM3 yang diperolehke dalam simpanan di bank. Anda mungkinberanggapan simpanan satu per tiga terlalu banyakdan sukar untuk dilaksanakan. Hal ini tidak mustahilsekiranya anda benar-benar berazam untukmelakukannya. Simpanan adalah langkah terbaikuntuk anda berhadapan dan melalui tempoh-tempohsukar seperti diberhentikan kerja, menanggung kosperubatan sekiranya anda menghidap penyakit kronikdan sebagainya. Anda juga membuat simpanan untukmengumpulkan dana bagi memulakan perniagaan.

Memang benar, menyimpan wang satu per tiga daripadapendapatan setiap bulan berkemungkinan anda telahmengorbankan kegemaran anda pada masasekarang, tetapi ia adalah salah satu langkah untukanda menghampiri matlamat akhir jaminan kewangananda pada masa hadapan. Hakikatnya, anda perlumengukuhkan simpanan untuk kestabilan dari segikewangan anda pada masa akan datang.

Tip 2: Laburkan wang untuktingkatkan kerjaya

Dalam hal ini, anda boleh menjadi “spendaholic” dania merupakan pelaburan dalam kuasa perolehan masahadapan anda. Laburkanlah wang anda untukperbelanjaan pendidikan yang boleh meningkatkankerjaya anda seperti melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah sarjana, mengikuti kursus-kursuskemahiran untuk meningkatkan potensi dan keyakinandiri. Sekiranya anda mempunyai hobi dan aktivitikegemaran, anda boleh melabur sejumlah wangsekiranya hobi ini bakal meningkatkan potensikewangan anda. Dengan pelaburan seumpama ini,anda menjangkakan bakal dinaikkan pangkat ataumemperoleh sumber pendapatan tambahan padamasa akan datang.

Tip KewanganUntuk GolonganMuda

Laburkanlah wang anda untukperbelanjaan pendidikan yangboleh meningkatkan kerjayaanda seperti melanjutkanpelajaran di peringkat ijazahsarjana, mengikuti kursus-kursus kemahiran untukmeningkatkan potensi dankeyakinan diri.

... bersambung ke muka 4

Page 4: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

4 •

Tip 3: Berazam untuk menunaikanimpian anda

Alasan utama yang sering diberikan apabila gagalmenunaikan impian dan matlamat kewangan adalahdisebabkan kegagalan meneruskan keazaman.Contohnya, anda memulakan perniagaan membaikikomputer secara kecil-kecilan. Selepas jangka waktutertentu dan pelanggan semakin bertambah, andabercadang untuk membesarkan perniagaan anda. Atasfaktor lokasi dan kurangnya promosi, perniagaan andatidak seperti yang dijangkakan menyebabkan andagagal membayar pinjaman perniagaan anda dan kos-kos yang lain. Anda berasa kecewa dan inginmenjualkan semua peralatan komputer untukmembayar balik pinjaman kepada pihak bank.Berikutan dari peristiwa tersebut, anda seharusnyamendapatkan nasihat daripada orang yang benar-benarmengenali diri anda. Buat perbincangan dengan orangyang paling hampir seperti ahli keluarga dan rakan-rakan yang boleh memberikan pendapat yang positifuntuk mencapai matlamat anda.

Tip 4: Melangsaikan pinjamanpelajaran lebih awal

Pinjaman pelajaran pada amnya dikenakan caj kadarfaedah dari 1% hingga 3% setahun. Alangkah baiknyajika anda dapat melangsaikan sejumlah pinjaman danmenukarkan kadar faedah ini kepada simpanan. Inibermakna sekiranya anda membayar sejumlah besarpinjaman pelajaran, maka anda boleh mula membuatsimpanan dengan segera, berbanding jika andamembayar sedikit demi sedikit dan menjadikan iasebagai pembayaran tetap bulanan.

Sudah tentu tidak semua orang mampu membayarsebahagian besar pinjaman mereka secara tunai.Berkemungkinan ia boleh mengambil tempoh lebihdaripada 5 tahun selepas anda menamatkan pengajian.Namun, sebaik sahaja anda memiliki pendapatan yangstabil, jangan berlengah untuk melangsaikan bakipinjaman pelajaran anda.

Tip 5: Melabur sekiranya andamemiliki “wang lebih atau wangtambahan”

Menunggu sehingga anda merasakan sudah mampuuntuk memulakan akaun persaraan adalah satukesilapan. Jangan melengahkan masa untukmemulakan simpanan persaraan. Mulakan denganmenyumbang 2% daripada gaji anda, kemudiantingkatkan kepada 4% dan akhirnya kepada 10% ataulebih tinggi lagi. Cari peluang untuk meningkatkanpelaburan yang selamat dari semasa ke semasamengikut keperluan pada masa akan datang.

Akhir sekali, realisasikan impian anda denganmemulakan perancangan kewangan daripada usiamuda.

Sumber: Dipetik daripada Buku Generation Earn: Guide YoungProfessional to Spending, Investing and Giving Back

dari muka 3 ....

Alasan utama kegagalanmenunaikan impian danmatlamat kewangan adalahdisebabkan kegagalanmeneruskan keazaman.

Page 5: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

• 5

Pada masa ini terdapat penipuan melibatkanpenggunaan nama dan logo Bank Negara Malaysiaserta nama dan jawatan pegawai-pegawai kanan BankNegara Malaysia oleh pihak yang tidakbertanggungjawab dalam skim haram atau aktivitipenipuan lain. Ini bertujuan untuk memperdaya orangramai. Skim haram atau aktiviti penipuan ini mungkindipromosikan melalui e-mel, surat, panggilan telefon,khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentukkomunikasi lain.

Oleh itu, lindungi diri anda daripada menjadi mangsapenipuan ini dengan mengambil langkah-langkahberikut:

(1) Sila abaikan sebarang panggilan telefon, surat,SMS atau e-mel yang mendakwa bahawa merekaadalah daripada Bank Negara Malaysia danmemujuk anda menyertai apa-apa skim pelaburanatau aktiviti yang disyaki sebagai penipuan.

(2) Sentiasa berwaspada – Bank Negara MalaysiaTIDAK AKAN menghubungi orang ramai untukmempromosikan sebarang skim pelaburan ataumeminta maklumat perbankan peribadi mereka.Bank Negara Malaysia juga tidak akan memintaorang ramai membuat sebarang pemindahanwang.

Sila laporkan dengan segera sebarangpenyalahgunaan nama Bank Negara Malaysia sertanama dan jawatan pegawai-pegawai kanannya kepadaBank Negara Malaysia di:

BNMLINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)Tel : 1-300-88-5465Faks : (03)2174 1515E-mel : [email protected]

Untuk menghantar pertanyaan atau aduan,sila taip 15888 BNM TANYA [pertanyaan/aduananda]

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti penipuankewangan, sila lawati laman sesawang amaranpenipuan kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.myatau berinteraksi melalui facebook di http://facebook.com/bnm.official

Sumber: Bank Negara Malaysia

PenipuanMelibatkanPenggunaanNama BankNegara Malaysia

PenipuanMelibatkanPenggunaanNama BankNegara Malaysia

Page 6: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

6 •

Berapa banyakkah wang yang andaperlukan semasa persaraan?

Pada umumnya, individu yang telah bersaramemerlukan lebih kurang 60% daripada gaji terakhirnyauntuk mengekalkan taraf hidupnya. Caruman dalamKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bolehmenjadi sumber pendapatan persaraan yang pentingtetapi ia mungkin tidak mencukupi untuk menampungkeseluruhan keperluan kehidupan.

Kaji selidik yang dilakukan oleh KWSP menunjukkanbahawa lebih kurang 72% pencarum menghabiskansemua simpanan mereka dalam tempoh tiga tahundari tarikh pengeluaran selepas bersara. Oleh itu, andamungkin perlu mempunyai simpanan sampingan selainKWSP. Satu daripada caranya ialah denganmenggunakan anuiti untuk menyediakan pendapatanberterusan sepanjang persaraan anda.

Apakah anuiti dan mengapakah andamemerlukannya?

Anuiti adalah suatu kontrak dimana syarikat insuranstelah bersetuju untuk menyediakan seseorang denganpendapatan yang berterusan untuk sepanjang hayat,sebagai balasan kepada caruman premium yangdibayar sekali gus. Ia memastikan bayaran sekali gusanda itu ditukar menjadi pendapatan untuk seumurhidup. Dengan itu, anuiti dapat meringankanketidaktentuan dan masalah yang mungkin anda akanhadapi sekiranya anda kehabisan sumber kewangansemasa hayat bersara. Anda juga boleh membeli pelananuiti yang menjamin pembayaran pendapatan kepadaorang yang anda sayangi selepas anda meninggaldunia.

Untuk membeli pelan anuiti, anda boleh membayarpremium kepada syarikat insurans sekali gus semasaanda hampir bersara. Sebagai pilihan, anda juga bolehmembuat bayaran premium secara berkala sehinggaumur persaraan yang anda pilih. Apabila bersara,syarikat insurans akan memberikan bayaranpendapatan bulanan sepanjang hayat anda. Anda bolehmembeli anuiti daripada mana-mana syarikat insuransyang menawarkan produk anuiti.

Jenis-jenis anuiti

Jenis pelan anuiti yang biasa ialah:-

Anuiti serta-merta – pembayaran pendapatan bermuladalam tempoh 12 bulan selepas anda membeli anuiti.Ia adalah sesuai untuk mereka yang hampir bersaraatau telah bersara. Premiumnya dibayar sekali gusketika membeli anuiti.

Seperti yang ditunjukkan di Rajah 1, jika anda bersarapada umur 55 tahun dan anda membuat carumanpremium sekali gus kepada syarikat insurans, andaakan menerima bayaran pendapatan pertama dalamtempoh 12 bulan selepas membayar premium sekaligus.

Anuiti tertunda – pembayaran pendapatan bermulalebih daripada 12 bulan selepas anda membeli anuiti.Anda boleh membeli anuiti jenis ini pada bila-bila masasepanjang tempoh anda bekerja. Premium yang bolehdibayar secara sekali gus akan terkumpul dengansyarikat insurans, atau anda boleh membuat siribayaran berkala sehinggalah persaraan anda.

Contoh: Pada umur 30 tahun, anda boleh membelisatu anuiti tertunda yang memulakan pembayaranpendapatan pada umur 55 tahun. Anda boleh memilih

Anuiti UntukPerancanganPersaraan

Page 7: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

• 7

sama ada untuk membayar premium sekali gus padaumur 30 tahun atau membuat bayaran premium setiaptahun sehingga anda mencapai umur 54 tahun.Premium yang dibayar sekali gus pada umur 30 tahunadalah lebih rendah berbanding dengan bayaran yangperlu dibuat sekiranya anda membeli anuiti serta-mertapada umur 54 tahun. Ini kerana premium yang dibayarpada umur 30 tahun akan dilaburkan oleh syarikatinsurans dalam tempoh pengumpulan simpanan (rujukRajah 2 diatas).

Menyimpan untuk anuiti

Untuk membeli anuiti, anda mungkin perlu mempunyaipengaturan simpanan bagi membolehkan andamembeli anuiti serta-merta menjelang persaraan anda.Sebagai pilihan, jika anda ingin membayar premiumyang lebih rendah, anda mungkin perlu pertimbangkanuntuk membeli anuiti tertunda. Premium yang andabayar akan dilaburkan oleh syarikat insurans bagimengumpul suatu amaun yang diperlukan bagimenyediakan pendapatan persaraan anda.

Ada baiknya jika anda memulakan simpanan seawalmungkin sepanjang tempoh anda bekerja supaya danayang mencukupi dapat disediakan untuk keperluanapabila anda bersara.

Contohnya, sekiranya anda menyimpan RM30.64sebulan selama 30 tahun, dengan andaian kadarfaedah purata 6% setahun, ia akan menghasilkan nilaiterkumpul sebanyak RM 30,000. Dengan jumlah wangtersebut, anda boleh membeli anuiti serta-merta yangmemberikan pendapatan sebanyak lebih kurangRM120 sebulan.

Memilih anuiti yang sesuai

Jenis anuiti dan manfaatnya yang diperoleh akanmenentukan amaun pendapatan yang akan diterimasemasa persaraan. Adalah penting untuk menelitisemua opsyen yang ditawarkan oleh syarikat-syarikatinsurans sebelum anda membeli pelan anuiti yangpaling sesuai dengan keperluan anda.

Amaun bayaran pendapatan yang anda akan terimabergantung kepada:-• Amaun yang anda bayar untuk membeli anuiti.• Umur anda ketika membeli anuiti dan jantina anda.• Opsyen manfaat yang anda pilih.

Jenis opsyen manfaat yang biasa bagi pelan anuitiadalah:-

• Anuiti tetap tanpa tempoh terjamin – membayarpendapatan pada kadar tetap secara teratursepanjang hayat anda.

• Anuiti tetap dengan tempoh terjamin – membayarpendapatan pada kadar tetap sepanjang hayatanda, atau sekurang-kurangnya untuk suatutempoh terjamin. Contohnya: Seseorang membelianuiti dengan tempoh terjamin 10 tahun.Sekiranya beliau meninggal dunia selepas enamtahun, bayaran anuiti akan diteruskan kepadabenefisiarinya untuk tempoh empat tahunselebihnya. Sekiranya pembeli anuiti masih hidupselepas tempoh terjamin 10 tahun, beliau akanterus menerima bayaran pendapatan sepanjanghayatnya.

• Anuiti meningkat – membayar pendapatan yangmeningkat setiap tahun pada kadar yang tetapakan sedikit sebanyak melindungi pendapatananda daripada inflasi, di sepanjang hayat anda.Pendapatan permulaan bagi anuiti meningkatpada kebiasaannya lebih rendah daripada yanganda terima di bawah anuiti tetap. Namun begitu,anuiti meningkat akan memberikan pendapatanyang lebih baik pada tahun-tahun kemudian dalamtempoh persaraan anda.

• Anuiti hayat bersama – membayar pendapatanuntuk sepanjang hayat anda dan seterusnyakepada pasangan anda sepanjang hayatnyaselepas anda meninggal dunia. Walaubagaimanapun, pendapatan yang dibayar kepadapasangan anda mungkin pada amaun yangdikurangkan. Contohnya: anuiti hayat bersamauntuk pendapatan persaraan RM1,000 sebulanmungkin diteruskan dengan pembayaranpendapatan yang kurang, iaitu sebanyak RM500sebulan selepas kematian salah seorang daripadapasangan tersebut.

Sumber: infoinsurans

Page 8: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

8 •

Apakah CCRIS?

CCRIS ialah sistem yang mengumpul maklumatmengenai individu yang mengambil pinjaman daripadainstitusi kewangan dan membekalkan semulamaklumat tersebut kepada institusi kewangan.Maklumat ini digunakan sebagai salah satu sumberoleh institusi kewangan untuk membentuk pandanganmengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakalpeminjam mereka. CCRIS bukanlah sistem yangmenyenarai hitam peminjam seperti tanggapansesetengah pihak.

Mengapakah Bank Negara Malaysiamewujudkan CCRIS?

Salah satu fungsi Bank Negara Malaysia adalah untukmengawal selia institusi kewangan supaya sistemkewangan negara kukuh dan stabil. Oleh itu, BankNegara Malaysia menggalakkan dasar kredit yangberhemat dan sikap profesional dalam kalanganinstitusi kewangan. Ini termasuk penerapan amalanperniagaan terbaik dalam pengurusan risiko kredit.Satu daripadanya adalah dengan menyediakan CCRISkepada institusi kewangan supaya mereka bolehmembuat keputusan pemberian pinjaman berdasarkanmaklumat yang mencukupi dengan lebih cepat.

Apakah Biro Kredit Bank NegaraMalaysia?

Biro Kredit Bank Negara Malaysia (Biro Kredit)ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah AktaBank Negara Malaysia 2009 untuk menguruskanCCRIS.

Adakah aktiviti Biro Kredit dikawalselia?

Ya, Biro Kredit dikehendaki beroperasi berdasarkanperuntukan yang ditetapkan di bawah Akta BankNegara Malaysia 2009.

Bolehkah saya menghalang BiroKredit daripada menyimpan maklumattentang diri saya?

Tidak boleh. Biro Kredit diberi kuasa oleh undang-

undang untuk mengumpul dan menyimpan maklumatsedemikian.

MENDAPATKAN LAPORAN KREDIT

Adakah undang-undang membenarkanseseorang individu mengakses laporankreditnya sendiri?

Ya. Akta Bank Negara Malaysia 2009 membenarkanBank Negara Malaysia mendedahkan maklumat kreditseseorang individu kepada individu berkenaan untuktujuan pengesahan ketepatan maklumat yangdilaporkan oleh institusi kewangan dalam laporankredit.

Adakah institusi kewangan dibenarkanmelihat laporan kredit seseorangindividu yang bukan pelanggannya/bakal pelanggannya?

Tidak. Jika institusi kewangan itu mengakses laporankredit secara tidak sah, institusi kewangan tersebutboleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta BankNegara Malaysia 2009.

Institusi kewangan memaklumi sayabahawa saya mempunyai rekodlaporan kredit yang buruk. Di manakahboleh saya dapatkan perincianmengenai rekod tersebut?

Ada beberapa cara anda boleh mendapatkan laporankredit anda:1. Sekiranya anda tinggal di Lembah Klang, anda

boleh dapatkan laporan kredit daripada PusatKhidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat danKhidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di IbuPejabat di alamat berikut:

BNMLINKJabatan LINK dan Pejabat WilayahTingkat Bawah Blok DBank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn50480 Kuala Lumpur

Soalan Lazim MengenaiSistem MaklumatRujukan Kredit Pusat(CCRIS) (Bahagian 1)

Page 9: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

• 9

BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat(kecuali cuti umum) dari pukul 9.00 pagi - 5.00petang (termasuk waktu makan tengah hari).

Sila bawa MyKad atau pasport (bagi bukanwarganegara Malaysia) dan dokumen sokonganlain (seperti lesen memandu, dan sebagainya)yang boleh mengesahkan identiti anda. Andaakan diberikan laporan kredit semasa kunjungantersebut.

2. Sekiranya anda tinggal di Pulau Pinang, JohorBahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu atauKuching, anda boleh dapatkan laporan kredit daricawangan Bank Negara Malaysia di alamatberikut:

Pejabat Wilayah Pulau PinangBank Negara MalaysiaNo.27 Lebuh Light10200 Pulau PinangTelefon : 04-262 7125 / 7126 / 7127

: 04-262 7128 / 263 3371Faksimile : 04-261 1223

Pejabat Wilayah Johor BahruBank Negara MalaysiaJalan Bukit Timbalan80000 Johor Bahru, JohorTelefon : 07-224 0799 / 224 0792 /

: 07-224 0741 / 223 2798: 07-223 2809

Faksimile : 07-223 6931

Bank Negara Malaysia KualaTerengganuJalan Sultan Mohamad21100 Kuala TerengganuTerengganuTelefon : 09-622 0571 / 0634 / 0644Faksimile : 09-622 0516

Bank Negara Malaysia Kota KinabaluJalan Lapan Belas88000 Kota Kinabalu, SabahTelefon : 088-211 211 / 212 / 213 / 214

: 088-211 215 / 216Faksimile : 088-219 464

Bank Negara Malaysia KuchingJalan Satok93000 Kuching, SarawakTelefon : 082-252 311 / 230 969Faksimile : 082-414 996

Cawangan Bank Negara Malaysia beroperasidari hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cutiumum), dari 9.00 pagi - 5.00 petang (ditutuppada waktu makan tengah hari: 1.00 tengah

hari - 2.00 petang, kecuali hari Jumaat daripukul 12.30 tengah hari - 2.30 petang).

3. Sekiranya anda bukan dari kawasan tersebut,anda boleh memohon laporan kredit denganmelengkapkan dan menghantar kepada BankNegara Malaysia borang permohonan laporankredit berserta dokumen berikut:• Borang Permohonan Laporan Kredit (CRR);• Borang Perisytiharan Pinjaman; (borang

boleh dimuat turun daripada http://creditbureau.bnm.gov.my)

• Satu salinan MyKad yang jelas (depan danbelakang) / pasport (bagi bukan warganegaraMalaysia); dan

• Mana-mana dua dokumen sokongan lainberikut (dengan nama dan alamat pemohontertera dengan jelas pada setiap salinan):

• Lesen memandu;• Bil seperti bil air, bil elektrik, bil telefon, bil

ASTRO, dll• Penyata akaun bank;• Penyata kad kredit; atau• Penyata KWSP.

Sila hantar melalui pos atau faksimile atau e-melborang yang telah dilengkapkan bersertadokumen sokongan ke alamat berikut:

BNMTELELINKJabatan LINK dan Pejabat WilayahBank Negara MalaysiaJalan Dato’ OnnPeti Surat 1092250929 Kuala LumpurFaksimile : 03-2174 1515E-mel : [email protected]

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya andadatang sendiri ke BNMLINK atau mana-manacawangan Bank Negara Malaysia atau PejabatWilayah Bank Negara Malaysia, anda bolehdapatkan laporan kredit ketika lawatan tersebut.Sekiranya permohonan dibuat melalui pos/facsimile, anda akan mendapat laporan kreditanda dalam masa dua minggu. Laporan tersebutakan dihantar ke institusi kewangan yangberhampiran dengan tempat tinggal anda untukdiambil.

Berapa kerapkah boleh saya dapatkanlaporan kredit?

Anda boleh mendapatkan laporan kredit setiap tigabulan sekali.

Page 10: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

10 •

Bolehkah saya dapatkan maklumatCCRIS melalui telefon daripada BankNegara Malaysia?

Tidak boleh. Bank Negara Malaysia tidak dibenarkanmendedahkan maklumat CCRIS melalui telefon bagimelindungi kepentingan pemilik maklumat tersebutmemandangkan maklumat tersebut adalah sulit danpengesahan tidak dapat dibuat melalui telefon.

Bolehkah saya dapatkan laporankredit daripada bank saya?

Tidak boleh. Anda hanya boleh dapatkan laporan kreditdaripada Bank Negara Malaysia.

Bolehkah saya berikan kebenarankepada orang lain untuk mendapatkanlaporan kredit saya daripada BankNegara Malaysia?

Tidak boleh. Laporan kredit hanya akan diberikankepada individu yang merupakan pemilik maklumattersebut.

Seorang rakan saya perlumendapatkan laporan kreditnya.Bolehkah saya dapatkan laporantersebut bagi pihaknya?

Tidak boleh. Laporan kredit hanya boleh diberikankepada individu yang berkenaan sahaja.

Saya akan menjadi penjamin untuksatu pinjaman. Bolehkah sayadapatkan salinan laporan kreditpeminjam berkenaan yang saya telah/akan jamin?

Tidak boleh. Laporan kredit hanya boleh diberikankepada individu yang berkenaan sahaja.

Saya seorang peminjam. Bolehkahsaya dapatkan salinan laporan kreditpenjamin saya?

Tidak boleh. Laporan kredit hanya boleh diberikankepada individu yang berkenaan sahaja.

Bolehkah saya dapatkan laporankredit bagi pihak ibu saya yangsedang sakit?

Boleh. Permohonan mestilah disertakan denganBorang Permohonan Laporan Kredit yang telahdilengkapkan berserta dokumen berikut:

• Satu salinan kad pengenalan (MyKad) pemohon;

• Satu salinan kad pengenalan (MyKad) individuyang diberi kuasa (waris yang terdekat);

• Surat rujukan mutakhir dan laporan perubatan

yang disahkan oleh doktor dan hospital; dan

• Satu salinan surat beranak/sijil perkahwinan warisyang terdekat sebagai bukti hubungan denganpesakit.

Rakan saya telah kematian bapanyabaru-baru ini. Bolehkah rakan saya itumendapatkan laporan kredit bapanya?

Laporan kredit si mati hanya boleh diberikan kepadaindividu yang diberi kuasa secara sah untuk mentadbirharta pusaka si mati seperti yang dinamakan dalamSurat Tadbir Kuasa. Permohonan perlu dikemukakanbersama-sama dengan borang permohonan laporankredit berserta satu (1) salinan dokumen berikut:• sijil kematian;• Surat Tadbir Kuasa; dan• kad pengenalan (MyKad) Pentadbir Kuasa.

Saya merupakan pengarah sebuahsyarikat dan ingin mendapatkanlaporan kredit syarikat, apakahprosedurnya?

Permohonan perlulah disertakan dengan BorangPermohonan Laporan Kredit yang telah dilengkapkandengan disokong oleh dokumen berikut:

• Satu salinan kad pengenalan (MyKad) ataupasport (jika bukan warganegara Malaysia)kakitangan yang diberi kuasa untuk mengambillaporan tersebut;

• Surat beri kuasa (menggunakan kepala suratsyarikat) daripada syarikat untuk mengesahkankakitangan yang diberi kuasa untuk mengambillaporan kredit. Surat tersebut hendaklahditandatangani oleh Setiausaha Syarikat dansekurang-kurangnya dua Pengarah Syarikat;

• Satu salinan Sijil Pendaftaran Syarikat yang telahdisahkan (Borang 9) oleh Setiausaha Syarikat;

• Satu salinan Sijil Pendaftaran Pertukaran NamaSyarikat yang telah disahkan (Borang 13) olehSetiausaha Syarikat, sekiranya ada; dan

• Satu salinan Senarai Pengarah Syarikat terkiniyang telah disahkan (Borang 49) oleh SetiausahaSyarikat.

* Sila ambil perhatian bahawa surat kuasa dansemua salinan dokumen yang telah disahkanhendaklah bertarikh 14 hari bekerja sebelum tarikhpenyerahan Borang Permohonan Laporan Kredit.

Berapakah yang perlu saya bayaruntuk satu salinan laporan kredit?

Tiada bayaran dikenakan oleh Bank Negara Malaysiabuat masa ini.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Page 11: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

• 11

Bagi menggalakkan tabiat mengurus kewangan yangberhemat dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia,Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA) telah mengadakan Bulan KewanganBerhemat pada bulan Oktober 2011 denganbertemakan “Tanggungjawab Kewangan BermulaDengan Saya”. Terdapat tiga objektif utama yangdiberikan tumpuan bagi Bulan Kewangan Berhematini, iaitu:-• Memberi penekanan tentang cara pengurusan

kewangan berhemat sebagai amalan sehariandalam kehidupan.

• Mendidik rakyat Malaysia untuk mengamalkantabiat pengurusan kewangan yang baik untukmemberi kesejahteraan kewangan pada masahadapan.

• Menggalakkan pengguna mengemukakanpelbagai isu dan aduan berkaitan perkhidmatankewangan yang diberikan oleh institusi perbankandan insurans.

Dengan melibatkan diri dalam Bulan KewanganBerhemat, ia memberi peluang kepada setiap individuuntuk menetapkan beberapa matlamat pengurusankewangan peribadi dan membuat komitmen ke arahmeningkatkan tabiat pengurusan kewangan. Sebanyak42 aktiviti diadakan sepanjang bulan Oktober ini, yangmerangkumi pameran dan promosi bahan bacaankewangan di perpustakaan terpil ih dan MPHBookstores, program jangkauan dan bengkel diperingkat komuniti, sekolah rendah dan sekolahmenengah. Selain itu, bengkel “Ringgit Pertama Saya”untuk kanak-kanak tadika juga telah diadakan.Program-program yang diadakan ini disampaikansecara interaktif untuk memberikan maklumat asasmengenai belanjawan, cara untuk menguruskan kadkredit atau hutang, membina simpanan, melindungiaset anda, persediaan untuk persaraan dan melindungidiri daripada penipuan.

Terdapat juga beberapa acara khusus lain yangdijalankan, antaranya Persidangan Perkhidmatan danPengguna, Klinik Sihat Labur dengan kerjasamaSuruhanjaya Sekuriti dan Dialog: Konsumer danInstitusi Kewangan dengan kerjasama Bank NegaraMalaysia. Dialog ini menyediakan satu platform untukinstitusi kewangan serta insurans dan Pusat KhidmatAduan Pengguna Nasional (NCCC), iaitu pusat khidmataduan FOMCA, untuk berbincang mengenai isu-isuperkhidmatan bank dan insurans yang berkaitan bagi

memudahkan perkhidmatan mereka kepada pengguna.

FOMCA juga menerbitkan beberapa penerbitan yangberkaitan dengan Bulan Kewangan Berhemat iaitukeluaran khas CRRC Review yang bertajuk “FinancialPlanning and Financial Management”, risalah bertajuk10 isu kewangan, buletin RINGGIT, Edisi KhasGenerasi Pengguna dan poster serta risalah.

Untuk membantu pengguna mendapatkan maklumatlebih lanjut tentang aktiviti Bulan Kewangan Berhematdan pelbagai panduan berkaitan pengurusankewangan, satu laman sesawang mikro, iaituwww.fomca.org.my/kewangan, telah diwujudkan untukmemberi maklumat seperti t ip-tip pengurusankewangan, kalkulator dan pelbagai maklumat daripadaagensi-agensi kewangan. Kaji selidik pengurusankewangan pekerja muda turut dijalankan bagi mengenalpasti status pengetahuan tentang pengurusankewangan pekerja muda di Malaysia dalam lingkungan18 tahun hingga 35 tahun yang bekerja di sekitarWilayah tengah Semenanjung Malaysia (Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya).

FOMCA turut menyiarkan tip-tip pengurusan kewangandalam bentuk infomersial TV dan radio menerusisaluran Astro. Sebanyak 122 kali infomersial TVdisiarkan di 8 saluran Astro. Antara topik video yangdisiarkan ialah 1) Membuat keputusan pendapatanbulanan, 2) Perancangan bajet untuk isi rumah, 3) Caralain untuk menambahkan pendapatan dan 4)Perancangan persaraan. Manakala infomersial audiodisiarkan sebanyak 164 kali di 3 saluran radio Astrodan topik-topik audio pula ialah 1) Mendidik kanak-kanak mengenal wang, 2) Sentiasa menyemakkeadaan kredit anda dan 3) Merancang pelankewangan anda.

FOMCA berharap Bulan Kewangan Berhemat ini akandapat meningkatkan lagi tentang kesedaranpengurusan kewangan berhemat dan menggalakkantabiat pengurusan kewangan yang sihat dalamkalangan rakyat Malaysia. Dengan sistem kewanganyang inklusif, pengguna akan mempunyai akseskepada rangkaian produk dan perkhidmatan kewanganyang pelbagai. Pada masa yang sama, denganmaklumat yang mencukupi, pengguna boleh membuatkeputusan pengurusan kewangan yangbertanggungjawab dan menjalankan urus niagakewangan dengan selamat, terjamin dan mudah.

TanggungjawabKewanganBermulaDengan Saya

Page 12: Ringgit Ed18 Draft3 › files › publication › ringgit › 2011 › 10 › ...2011/10/10  · khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam bentuk komunikasi lain. Oleh itu, lindungi

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]