rindunya pemerintahan khalifah umar abdul azi1

5
Rindunya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Tarikh : Thursday, October 09 @ 15:43:35 MYT Topik : Tazkirah Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka. Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan. Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Upload: naushad-jeliang

Post on 25-May-2015

262 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rindunya pemerintahan khalifah umar abdul azi1

Rindunya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz

Tarikh : Thursday, October 09 @ 15:43:35 MYT

Topik : Tazkirah

Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali

berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya

dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula

berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan

mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa

itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah,

tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-

pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan

dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi

mereka. 

Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin

meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu

dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

 

Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat

Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam,

terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul

Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam

seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’.

Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut

dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan

Page 2: Rindunya pemerintahan khalifah umar abdul azi1

sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik

dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada

ilmu,  membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan

mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa

pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor

Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang

pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah

menjumpai Imam  selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai

sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul

Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan

kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil.

Hamba sahaya milik  keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua

barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa

pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah

dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya

sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana

itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama

sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan

dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak

perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya.

Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang  sahaja yang

terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut

menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau

berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak

sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun

Page 3: Rindunya pemerintahan khalifah umar abdul azi1

tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah

sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan

haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi

Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama.

Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian  beliau

memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga

Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana

terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-

mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan

peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan

dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas

daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya

sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar,

perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan

pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan

rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat

sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak

menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan,  Umar melantik

beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau

mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu

seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa

orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum

muslimin.

Umar Abdul Aziz  selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan

kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi.

Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya,

Page 4: Rindunya pemerintahan khalifah umar abdul azi1

semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa

perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya  iaitu mangubah

kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-

Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina

kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat

kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi

keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar

Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah

menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk

meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil

pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan

takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan

menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga

ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada

Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali.

Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia

Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek

kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian

manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun

lima  bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah

s.a.w.

Oleh: Ibad Ahmady

http://al-futhuhat.blogspot.com