riasek blog

3
SERVIS KAMI kami menawarkan beberapa perkhidmatan berkait penggunaan RIASEK sebagai panduan dan asas rujukan kerjaya terutama di peringkat sekolah menengah. Antaranya adalah : Perkhidmatan secara 'Offline' Melalui kamus RIASEK yang direka khas dengan ciri-ciri ringkas dan mudah dirujuk dan disimpan. Amat sesuai untuk kegunaan guru Bimbingan dan Kaunseling serta para pelajar untuk sesi kaunseling kerjaya dan konsultasi berkaitan kerjaya. Perkhidmatan secara atas talian Tidak suka menyelak buku? Akses kamus RIASEK melalui tetingkap komputer peribadi mahupun komputer riba anda melalui maklumat- maklumat yang dipaparkan di blog khas RIASEK. Aplikasi Android Tidak cukup mudah dengan komputer? Beralih ke telefon pintar anda melalui aplikasi RIASEK di Google Play. Lebih canggih dan pantas serta tidak terbatas. Muat turun dan semak rujukan pekerjaan berdasarkan kod RIASEK secara mudah di hujung jari anda. Bengkel Lebih gemarkan sesuatu yang lebih praktikal? Sertai bengkel secara lisan berkaitan RIASEK dengan alat ujian dan juga huraian kod RIASEK anda serta rujukan berkaitan kod untuk impak yang lebih maksima!

Upload: noraimi-aainaa

Post on 05-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

template RIASEK BLOG

TRANSCRIPT

Page 1: Riasek Blog

SERVIS KAMI

kami menawarkan beberapa perkhidmatan berkait penggunaan RIASEK sebagai

panduan dan asas rujukan kerjaya terutama di peringkat sekolah menengah.

Antaranya adalah :

Perkhidmatan secara 'Offline'

Melalui kamus RIASEK yang direka khas dengan ciri-ciri ringkas dan mudah

dirujuk dan disimpan. Amat sesuai untuk kegunaan guru Bimbingan dan

Kaunseling serta para pelajar untuk sesi kaunseling kerjaya dan konsultasi

berkaitan kerjaya.

Perkhidmatan secara atas talian

Tidak suka menyelak buku? Akses kamus RIASEK melalui tetingkap komputer

peribadi mahupun komputer riba anda melalui maklumat-maklumat yang

dipaparkan di blog khas RIASEK.

Aplikasi Android

Tidak cukup mudah dengan komputer? Beralih ke telefon pintar anda melalui aplikasi

RIASEK di Google Play. Lebih canggih dan pantas serta tidak terbatas. Muat turun dan

semak rujukan pekerjaan berdasarkan kod RIASEK secara mudah di hujung jari anda.

Bengkel

Lebih gemarkan sesuatu yang lebih praktikal? Sertai bengkel secara lisan berkaitan

RIASEK dengan alat ujian dan juga huraian kod RIASEK anda serta rujukan berkaitan

kod untuk impak yang lebih maksima!

Page 2: Riasek Blog

KAMUS RIASEK

Kamus RIASEK dengan pecahan enam kod beserta senarai pekerjaan mengikut kod mampu menjadikan rujukan kod pekerjaan menjadi lebih mudah melalui medium kamus dalam bentuk fizikal dan pilihan untuk menyemak senarai pekerjaan secara material.

KAMUS RIASEK BERGAMBAR

Sebagai nilai tambah kepada kamus sedia ada, kamus bergambar mampu memberikan gambaran yang lebih baik dengan tambahan senarai pekerjaan beserta gambar. Lebih menarik dengan efek visual yang lebih mengancam!

KAMUS RIASEK ONLINE

Membawa variasi kepada pilihan kamus dalam bentuk tradisional, kamus RIASEK versi atas talian ini memberi akses mudah kepada penggemar bahan rujukan secara maya.

KAMUS RIASEK ANDROID

Maklumat pekerjaan tanpa batasan waktu dan materi dengan hanya beberapa klik melalui aplikasi Android. Muat turun kamus melalui Google Play dengan mudah, pantas dan terkini.

KAMUS RIASEK MULTIMEDIA PRESENTATION

Khusus buat guru Bimbingan dan Kaunseling untuk memudahkan pengendalian program kerjaya untuk para pelajar. Koleksi pekerjaan dalam persembahan multimedia yang menarik dan interaktif serta sesuai dengan matlamat memberi pemahaman berkaitan maklumat pekerjaan mengikut kod.

MODUL KOD 3 MATA HOLLAND

Tidak tahu kod mata Holland anda? Modul ini memfokus kepada pencarian 3 kod mata Holland bagi membolehkan proses rujukan dan semakan pekerjaan dijalankan melalui kod-kod RIASEK yang telah diperoleh melalui modul ini.