resipi noxxa

7
Kari Daging Bahan-bahannya: 500 gram daging 1 peket serbuk kari (pilihan saya Baba's) 1 kotak santan (pilihan saya M&S) 2-3 biji kentang, dikupas dan dibelah 4 3-4 ulas bawang putih * 3-4 ulas bawang merah* (* ditumbuk atau blend) 1-2 biji bunga lawang 1-2 biji bunga cengkih 1 batang kayu manis sedikit buah pelaga 1 tangkai daun kari 1 keping asam keping garam dan perisa secukupnya Cara-caranya: 1. Setkan periuk kepada STIRFRY, tekan ON. 2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawah putih sehingga naik bau. 3. Masukkan rempah kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis & pelaga. 4. Setelah naik minyak, masukkan daging beserta santan. 5. Masukkan asam keping dan daun kari 6. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah PRESSURE. 7. Setkan kepada HIGH PRESSURE selama 40 minit. 8. Setelah tamat masa, putarkan tombol PRESSURE hingga wap habis keluar. 9. Masukkan kentang, garam dan perisa secukupnya 10. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah PRESSURE. 11. Setkan kepada HIGH PRESSURE selama 5minit. 12. Setelah tamat masa, putarkan tombol PRESSURE hingga wap habis keluar. 13. Sedia untuk dihidangkan. Kek Pisang Bahan-bahannya: 200 gram tepung gandum* 1 camca teh soda bicarbonate* 1 camca teh baking powder*

Upload: lisa-cooper

Post on 16-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

resipi

TRANSCRIPT

Page 1: RESIPI NOXXA

Kari Daging

Bahan-bahannya:

500 gram daging1 peket serbuk kari (pilihan saya Baba's)1 kotak santan (pilihan saya M&S)2-3 biji kentang, dikupas dan dibelah 43-4 ulas bawang putih *3-4 ulas bawang merah*(* ditumbuk atau blend)1-2 biji bunga lawang1-2 biji bunga cengkih1 batang kayu manissedikit buah pelaga1 tangkai daun kari1 keping asam kepinggaram dan perisa secukupnya

Cara-caranya:

1. Setkan periuk kepada STIRFRY, tekan ON.2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawah putih sehingga naik bau.3. Masukkan rempah kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis & pelaga.4. Setelah naik minyak, masukkan daging beserta santan.5. Masukkan asam keping dan daun kari6. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah PRESSURE.7. Setkan kepada HIGH PRESSURE selama 40 minit.8. Setelah tamat masa, putarkan tombol PRESSURE hingga wap habis keluar.9. Masukkan kentang, garam dan perisa secukupnya10. Tutup periuk dan pusing tombol ke arah PRESSURE.11. Setkan kepada HIGH PRESSURE selama 5minit.12. Setelah tamat masa, putarkan tombol PRESSURE hingga wap habis keluar.13. Sedia untuk dihidangkan.

Kek PisangBahan-bahannya:

200 gram tepung gandum*1 camca teh soda bicarbonate*1 camca teh baking powder*(* satukan dan ayak)150 gram pisang (pilihan : pisang berangan 3-4 biji)150 gram gula perang20 gram gula kastor3 biji telur gred A120 ml  minyak sayur (atau minyak jagung)1 camca besar ovallategaram

Cara-caranya:

Page 2: RESIPI NOXXA

1. Lecek pisang, gula, garam & ovallate hingga semua bergaul dan sebati2. Masukkan telur, kacau hingga rata.3. Tambah tepung yang telah diayak dan minyak jagung. Gaul sehingga sebati.4. Tuangkan adunan kek ke dalam innerpot periuk Noxxa.5. Tutup periuk dan pusingkan tombol ke arah STEAM.6. Set periuk ke STEAM selama 25 minit.7. Periuk akan mengeluarkan bunyi alarm sepanjang masa, abaikan.8. Setelah tamat masa, boleh keluarkan kek (dijamin tidak akan melekat) dan biarkan sejuk di atas jaringan sebelum dihidangkan.

Puding Roti Kukus

Bahan A:10 keping roti Gardenia (potong kecil,rendam & toskan)5 biji telur1 cawan susu cair1 cawan gula3 camb marjerin1 sudu teh baking powder2 titik esen vanila

Bahan B (untuk sos)1 tin susu cair2 susu gula2 sudu tepung kastard

Caranya:1. Kacau marjerin dengan gula sampai kembang.2. Masukkan telur,roti,susu cair,esen vanila & baking powder.Kacau rata-rata.3. Masukkan ke dalam pressure cooker.4. Tutup periuk & pastikan tombol menghala steam.5. Tekan butang steam selama 5 minit & ON.6. Masak bahan B,dan jadikan sos.7. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.

Credit : FB Resepi Periuk Noxxa

Dodol homemade

Bahan-bahannya:

1 cwn gula merah

Page 3: RESIPI NOXXA

1/2 cawan gula pasir

1 helai daun pandan (disimpul)

1 cwn air

(Semua bahan dicampur sekali dan dimasak hingga gula larut dan sejukkan)

1 cwn tepung pulut

2 cwn santan pekat

Cara-cara membuatnya:

Masukkan tepung pulut dan santan kedalam larutan air gula tadi dan kacau hingga semua bahan bergaul rata.

Kemudian tapiskan bahan larutan kedalam inner pot.

Tekan fungsi STIR FRY dan ON

Kacau larutan tadi hingga menjadi pekat dan teruskan mengacau sehingga adunan betul-betul masak dan gelembung akan terbentuk.

Masa diambil lebih kurang dalam 20 minit sahaja.

Selepas siap masukkan dodol kedalam bekas bersesuaian dan biarkan sejuk

Page 4: RESIPI NOXXA

Bee Hoon goreng

Bahan-bahan:

2 tsb minyak untuk menggoreng

1 Bungkus bihun (basuh dan toskan---tak perlu rendam)10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)2 camca besar cili kisar  (nak lagi pedas..sila tambah)4 tsb sos cili6 tsb kicap lemak manis (boleh diabaikan)3 biji bawang merah-dihiris halus2 ulas bawang putih-dihiris halus3 pokok sawi (cuci besih dan potong)2 cwn taugeh (cuci bersih dan buang ekornya)1 keping tauhu (goreng dan dadu)2 biji telur (dibuat telur hancur)Fish ball dan fish cake- boleh ditambah...Segenggam udang kering-diblender keringGaram dan perasa secukupnyaDaun bawang dihiris halusCili merah-dihiris halusbawang goreng untuk hiasan

Cara-caranya:

Masukkan minyak kedalam periuk

Tekan fungsi "STIR FRY" dan ON untuk memanaskan minyak

Bila minyak telah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan

Kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan kicap

Kacau rata dan masukkan udang kering, biar masak sekejap

Masukkan udang dan kacau (juga boleh ditambah serbuk lada hitam, jika suka)

Page 5: RESIPI NOXXA

Masukkan 2 cwn air kedalam periuk dan biar mendidih..perasakan dengan garam dan serbuk perasa..

Kemudian masukkan bihun dan sayur , kacau rata...

OFF kan fungsi "STIR FRY"

Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada dikedudukkan STEAM (tombol akan terangkat)

Tekan fungsi "STEAM" selama 2 minit dan tekan ON

Biarkan sehingga 0, secara automatik akan berada di fungsi WARM/PREHEAT

Buka penutup periuk, sekiranya tidak boleh buka biarkan seketika sehingga semua wap keluar atau OFF terus, selepas itu baru buka penutup (sekiranya tekanan atau wap masih ada didalam periuk, penutup agak sukar dibuka)

Kacau bihun sehingga rata, dan kalau inginkan bihun agak kering sedikit, tekan fungsi STIR FRY dan ON dan kacau bihun semula (seperti menggoreng bihun secara guna dapur biasa.)Bila telah betul-betul berpuas hati dengan kejadiannya, bolehlah hidangkan bihun dengan taburan tauhu, telur hancur, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.

Nasi goreng cina - mudah dan cepat

Page 6: RESIPI NOXXA

Bahan-bahan:

Beras yang sudah dibersihkan dan ditos.Perencah nasi goreng cina AdabiFish ball / ayam/ udangTelur 1 bijiSayur - sawi/kobisAir secukupnya (mengikut jenis beras)

Cara-caranya:

1. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk Noxxa2. Setkan kepada Stir Fry3. Apabila sudah panas, tumiskan perencah bersama fish ball dan sayur.4. Masukkan telur dan kacau rata5. Masukkan beras dan kacau rata.6. Akhir sekali, masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras.

7. Tutup periuk dan pusing tombol pengawal tekanan ke PRESSURE8. Setkan HIGH PRESSURE selama 7 minit.

9. Boleh dihidangkan.