resipi begedil ayam yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap

2
Resipi Begedil Ayam yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap. Che Nom sediakan begedil ayam ni untuk dihidangkan bersama soto ayam, sebabnya tak sedaplah soto kalau tak ada begedil kan... Untuk resipi ini, kentang yang digunakan ialah kentang yang biasa terdapat di kedai, bukannya kentang jenis yang diimport seperti kentang USA atau russet. Pendek kata, kentang tempatan atau asia yang murah tu lagi sedap buat begedil. Boleh letak cili kalau anda suka pedas. Satu lagi nota, jika anda nak gantikan daun sup dengan daun bawang pun ok, atau nak letak dua-dua pon boleh. Sila lah cuba! :) Ditulis oleh : Che' Nom Masa: Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit Jumlah Hidangan : 12 biji Bahan-Bahan: 500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci 150 gram daging ayam kisar 1 biji bawang besar, didadu kecil 1 pokok daun sup, hiris halus 3 sudu besar bawang goreng 1/2 sudu kecil serbuk lada putih 1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas) garam secukup rasa 1 biji telur ayam Minyak untuk menggoreng Cara Penyediaan: Cara untuk masak ayam: 1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut. 2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit garam. Cara untuk masak begedil: 1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar. 2. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.

Upload: mohd-syahrir

Post on 11-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rvg

TRANSCRIPT

Page 1: Resipi Begedil Ayam Yang Sangat Mudah Dimasak Dan Sangat Sedap

Resipi Begedil Ayam yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap. Che Nom sediakan

begedil ayam ni untuk dihidangkan bersama soto ayam, sebabnya tak sedaplah soto kalau tak

ada begedil kan... Untuk resipi ini, kentang yang digunakan ialah kentang yang biasa terdapat di

kedai, bukannya kentang jenis yang diimport seperti kentang USA atau russet. Pendek kata,

kentang tempatan atau asia yang murah tu lagi sedap buat begedil. Boleh letak cili kalau anda

suka pedas. Satu lagi nota, jika anda nak gantikan daun sup dengan daun bawang pun ok, atau

nak letak dua-dua pon boleh. Sila lah cuba! :)

Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minitJumlah Hidangan : 12 biji

Bahan-Bahan:

500 gram (4-5 biji) ubi kentang, kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci

150 gram daging ayam kisar

1 biji bawang besar, didadu kecil

1 pokok daun sup, hiris halus

3 sudu besar bawang goreng

1/2 sudu kecil serbuk lada putih

1 biji cili merah, cincang kasar (kalau nak sedikit pedas)

garam secukup rasa

1 biji telur ayam

Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

Cara untuk masak ayam:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang besar sehingga lembut.

2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga ayam masak. Perasakan dengan sedikit

garam.

Cara untuk masak begedil:

1. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak masak (anggaran 1 mangkuk). Goreng

kentang sehingga kekuningan dan lembut. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk

besar.

2. Ketika kentang masih panas, hancurkan kentang dengan cara melenyek kentang

sehingga halus menggunakan potato masher atau garfu.

3. Masukkan bawang goreng, daun sup, ayam (yang dimasak tadi) dan serbuk lada

putih. Perasakan dengan garam secukup rasa.

4. Ambil sedikit adunan dan buat bulat. Kemudia leperkan sedikit dan susun di atas

pinggan atau dulang.

5. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu supaya sebati. Celup

begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga

Page 2: Resipi Begedil Ayam Yang Sangat Mudah Dimasak Dan Sangat Sedap

kekuningan. Tunggu sehingga bahagian bawah begedil keras sedikit baru dialihkan

untuk mengelak begedil dari hancur.