resipi

6
Laksam Bahan-Bahan: Bahan Kuah: 300 gm isi ikan 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu) 4 ulas bawang merah (dikisar) 4 ulas bawang putih (dikisar) 1 batang serai (dikisar) Sedikit halia (dikisar) 2 kiub pati ayam Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun & daun salam (dihiris) Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras 1 cawan tepung ubi 2-3 cawan air sedikit garam Cara: Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. Angkat & hidangkan. Cadangan Hidangan: Potong tepung laksam anggaran 1 cm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk & bubuhkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan. Mee Hailam Bahan-Bahan: 300 gm mee ½ cawan tauge 5 batang sawi 100 gm kerang 200 gm udang basah 5 sudu kicap 1 sudu tepung ubi 10 ulas bawang putih 20 ulas bawang merah 1 sudu besar cili boh 3-4 sudu minyak Cara: Tumbuk bawang merah & putih. Panaskan minyak & tumiskan bawang bersama cili boh. Masukkan kicap, tepung ubi & cawan air. Masukkan mee, tauge, kerang, udang & sawi, kacau hingga masak lalu diangkat. Cadangan Hidangan: Hiaskan dengan cili merah.

Upload: mohd-yusof

Post on 18-Jul-2015

355 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resipi

Laksam

Bahan-Bahan:

Bahan Kuah: 300 gm isi ikan150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)4 ulas bawang merah (dikisar)4 ulas bawang putih (dikisar)1 batang serai (dikisar)Sedikit halia (dikisar)2 kiub pati ayamSedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun & daun salam (dihiris)Minyak masak, garam & lada sulah

1 cawan tepung beras1 cawan tepung ubi2-3 cawan airsedikit garam

Cara:

Bancuh tepung beras, tepung ubi, garam & air hingga sebati. Ambil satu senduk adunan & masukkan ke dalam loyang bulat. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan dari loyang & digulung. Ulangi proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Tutupkan api. Angkat & hidangkan.

Cadangan Hidangan:

Potong tepung laksam anggaran 1 cm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk & bubuhkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.

Mee Hailam

Bahan-Bahan:

300 gm mee½ cawan tauge5 batang sawi100 gm kerang200 gm udang basah5 sudu kicap

1 sudu tepung ubi10 ulas bawang putih20 ulas bawang merah1 sudu besar cili boh3-4 sudu minyak

Cara:

Tumbuk bawang merah & putih. Panaskan minyak & tumiskan bawang bersama cili boh. Masukkan kicap, tepung ubi & cawan air. Masukkan mee, tauge, kerang, udang & sawi, kacau hingga masak lalu diangkat.

Cadangan Hidangan:

Hiaskan dengan cili merah.

Page 2: Resipi

Bihun Goreng Hailam

Bahan-Bahan:

600 gm bihun300 gm daging300 gm sawi hijau300 gm bunga kubis300 gm udang1 biji kubis4 biji telur ayam8 biji cili merah3 sudu besar minyak

1 sudu besar serbuk lada4 sudu besar air1 sudu besar cuka2 sudu besar kicap4 ulas bawang putih3 batang daun saderi3 batang daun bawangGaram secukup rasaGula secukup rasa

Cara:

Rendam bihun selama 1 jam dan toskan. Hiris kubis sebesar 1.5 cm x 2 cm. Potong sawi sepanjang 1.5 cm. Potong daging sebesar 1.5 cm x 1 cm. Rebus telur ayam dan potong nipis-nipis. Potong sepanjang 1 cm bunga kubis, daun saderi, daun bawang dan cili merah. Potong udang sebesar 2 cm. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, serbuk lada, daging dan dua sudu besar air. Apabila daging hampir empuk masukkan udang dan 2 sudu besar air. Masukkan bihun, kubis, sawi, bunga kubis dan kacau rata-rata. Masukkan kicap, cuka, garam, gula, daun bawang dan daun saderi. Kacau rata-rata. Apabila menghidang taburkan cili potong dan telur.

Pizza Maggi

Bahan-Bahan:

1 Bungkus maggi 2 biji telur gred A Sosej (ikut suka) Carrot (dimayang halus) Cendawan butang (hiris nipis) Daun sup (dimayang halus) Bawang besar (dihiris nipis)

Cara:

Celur maggi, ketepikan. Pukul telur sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

Cadangan Hidangan:

Makan semasa panas dan boleh dicicah

Page 3: Resipi

dengan sos dan mayonis.

Laksa Johor

Bahan-Bahan:

Bahan Kuah: 600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar)2 liter air rebusan ikan1 sudu besar pes udang1 sudu kecil cili kisar2 batang bunga kantan2 tangakai daun kesum2 keping asam gelugur4 ulas bawang merah (dikisar)Sedikit halia (dikisar)

600 gm laksa (direbus)1 biji timun (dihiris)1 biji bawang besar (dihiris)1 tangkai daun salad (dihiris)1 batang bunga kantan (dihiris)1 tangkai daun kesum (dihiris)

Cara:

Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.

Kentang Goreng ala KFC

Bahan-Bahan:

3 biji kentang sedikit serbuk lada hitam sedikit serbuk lada putih sedikit tepung gandum

sedikit garam sedikit gula sedikit serbuk lada(jika mahu) sedikit air sedikit minyak untuk menggoreng

Page 4: Resipi

Kentang Goreng Berlada

Bahan-Bahan:

½ Kentang(dipotong dan digoreng) 50 gram ikan bilis (digoreng) 20 biji cili hijau di kisar(kalau suka pedas tambah lagi) 10 biji bawang merah(di kisar) 1 ulas bawang putih (di kisar) 1 keping asam keping 1 batang serai (diketuk) garam,gula dan perasa secukup rasa. sedikit air.

Cara:

1. goreng kentang sehingga masak dan toskan 2. ikan bilis di goreng sehingga garing dan toskan. 3. tumis bahan yang yang dikisar tadi sehingga naik bau,masukkan air,serai dan asam keping,garam,gula dan perasa.kemudian masukkan kentang dan ikan bilis yang siap digoreng,kacau dengan api perlahan sehingga semua bahan tadi sebati. 4. sediakan untuk hidangan.

Cadangan Hidangan:

hidangkan bersama-sama dengan nasi putih

Page 5: Resipi

Apam Madu Kiriman: nanieza Sumber: kawan Hits: 772 Rating: 8.00 Review: 0

Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan:

1 cawan gula 2 cawan tepung 4 biji telur ½ cawan minyak mazola

1 sudu kecil bikarbonat soda 1 sudu kecil baking powder 1 cawan air ½ sudu kecil esen vanila ½ cawan koko

Cara:

1. masukkan semua bahan ke dalam besen dan gaulkan. 2. gaul sampai halus 3. kukus sehingga masak

Cadangan Hidangan:

jika hendak bahagian atas apaam kilat,apabila apam sudah masak, buka penutup pengukus dan kukus sebentar dengan ini, bahagian atas apam akan berkilat

Tambahan:

serbuk koko tidak perlu diletakkn terlalu banyak kerana ia akan pahit

Acar Buah Sumber: Majalah Saji Mei 1998 Hits: 2459 Rating: 6.20 Review: 0

Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan:

600 gm buah-buahan jeruk (asam boi, prun, aprikot dan ceri)2 sudu besar cili kisar 2 labu bawang besar4 ulas bawang putih 4 cm halia

1 tin kecil tomato puri 2 sudu besar serbuk kari2 sudu besar gula 2 sudu besar cuka½ cawan minyak untuk menumis

Cara:

Bawang putih dan bawang besar serta halia dikisar halus. Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang putih, bawang besar dan halia yang telah dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan tomato puri, rempah kari, gula, garam dan cuka. Biarkan mendidih dan masukkan buah-buahan jeruk. Kacau rata dan bolehlah diangkat.

Page 6: Resipi

Apam Kukus Hits: 13377 Rating: 4.66 Review: 1

Email this RecipePrint this Recipe

Bahan-Bahan:

3 biji telur1 ½ cawan gula2 cawan tepung gandum

¾ cawan air suam1 camca besar baking powder

Cara:

Pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit. Masukkan air dan gaul hingga rata. Jika suka boleh masukkan warna mengikut kesukaan dan kukus hingga masak. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah bergaul dengan garam.