resepi char kuey teow dan tips masak char kuew teow sedap _ ceqgu

Upload: brandy-morgan

Post on 05-Jul-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/15/2019 Resepi Char Kuey Teow Dan Tips Masak Char Kuew Teow Sedap _ CeqGu

    1/3

    Saturday, January 19, 2013

    Resepi Char Kuey Teow dan Tips Masak Char Kuew Teow Sedap

    assalamualaikum...

    hari ni nak share resepi char kuey teow bogel cikgu kat entry sebelum ni ....

    resepi ni cikgu cedok dari blog Potret Kasih . Komen juri tetap yg segak dan tak berganjak (suami dan firas ler), katanya sedap,menjadi ler paste kuey teow ni hehehe. Tak tau la kan

    puji sekadar nak amik ati bini dia yang tak pandai masak ni ker atau memang sedap. Kat mulut cikgu tu

    rasa macam ok dah, kalau nak sedap lagi terpaksa la korang pi bagi emas seketul kat mana2 tukang masak 

    char kuey teow yg korang suka. Kot2 ler depa nak pecah rahsia camne nak buat kuew teow mabeles kan

    hehe. Pssssttttt jangan lupa share dengan cikgu plak ye kui kui kui.....

    Layan ler gambo kuew teow bogel ku yang sama macam kat entry sebelum ni muahahaha....... semalam

     buat lagi tau, tapi cikgu kurangkan sukatan cili kisar, juri segak komplen awat tak merah macam

    semalam.terlebih kicap ke huhuhu....ceq tak mau bagi pedas la,kesian kat juri tak berganjak nak makan.

    ngadu pedas memanjang........ tapi mulut gigih duk nganga suh suap. Sedappp ler tuuu hihihi

    http://www.potretkasih.com/

  • 8/15/2019 Resepi Char Kuey Teow Dan Tips Masak Char Kuew Teow Sedap _ CeqGu

    2/3

    Resepi Char Kuey teow

    200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )

    1 sudu makan cili kisar

    kerang ( tak de… so tak buh)taugeh dan kucai

    1 biji telur

    4 sudu besar paste char kuey teow (klik SINI untuk resepi paste char kuey teow)

    Cara untuk masak Kuey Teow

    1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4 sudu besar paste tadi.INGAT... !! api mesti mau besar 

    aaa...

    2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh. Kasi

    ketuk2 sikit kuali tu biaq happening skit hehehe.

    3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan

    taugeh.

    4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey

    teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat,nanti kering kontang ler char kuey teow tu. Biar basah2

    skit sbb char kuey teow ni cepat meresap

    Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......

    ~Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal. Maknanya jgn nak masak kul 8 mlm,

    7.45mlm korang baru nak buat paste ni. Masak la awal sejam ke, tak pun awal sehari ke. Tak pe lagi awal

    pun sebab pasni bleh disimpan lama dalam peti

    ~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa

    memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar tp actionnya macam siput, gerenti hangus ler kuey teow 

    korang tu...... huhuhu

    ~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini kalau 2 orang makan 2

    kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!

    http://arenis.blogspot.com/2013/01/homemade-pastesos-char-kuey-teow.html

  • 8/15/2019 Resepi Char Kuey Teow Dan Tips Masak Char Kuew Teow Sedap _ CeqGu

    3/3