report video_cognitive behavior therapy (cbt)

6
Nombor pelajar: Nombor Matrik: BP12110172 Sesi Terapi: Cognitive Behavior Therapy (CBT) Dalam video ini, terapis menjalankan satu sesi Cognitive Behavior Therapy (CBT) terhadap 2 orang kanak-kanak. Menurut Nazar Mohamad (2006), Cognitive Behavior Therapy (CBT) adalah satu pendekatan kauseling yang berasaskan strategi “kenal pasti, mengelak dan mengatasi” (recognize, avoid and cope). Menurut Mohd Jamil Yaacob (2007), pula terapi kognitif tingkah laku adalah merupakan rawatan yang menumpukan kepada usaha untuk membetulkan salah faham dan kesalalah kelaziman berfikir. Ini disusuli dengan modifikasi tingkah laku. Sebagai contoh kemurungan. Mengapa seseorang itu beleh menjadi murung?. Jawapannya adalah kerana pengaktifan tiga corak pemikiran negatif iaitu: 1. Melihat diri sendiri secara negatif. Mereka merasakan diri mereka bodoh, gagal, tidak berupaya, dan tidak berguna. 2. Menginterpretasi pengalaman secara negatif. Mereka melihat orang luar terlalu mendesak, sukar mencapai apa-apa matlamat dan mengelak daripada bergambira dan mencapai kesempurnaan. 3. Memandang masa hadapan daripada sudut negatif. Mereka mengandaikan masalah sekarang akan berterusan selama-lamanya dan melihat hidup ini penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Laporan Pemerhatian: Sesi Terapi yang dijalankan merupakan sesi terapi tingkah laku kognitif (CBT). Sesi ini mengambil masa selama 30 minit 20 saat. Klien yang menjalani sesi terapi dalam video tersebut adalah seorang kanak- kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Terdapat hanya seorang ahli

Upload: amirul-bin-zakaria

Post on 26-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

c

TRANSCRIPT

Nombor pelajar: Nombor Matrik: BP12110172Sesi Terapi: Cognitive Behavior Therapy (CBT)

Dalam video ini, terapis menjalankan satu sesi Cognitive Behavior Therapy (CBT) terhadap 2 orang kanak-kanak. Menurut Nazar Mohamad (2006), Cognitive Behavior Therapy (CBT) adalah satu pendekatan kauseling yang berasaskan strategi kenal pasti, mengelak dan mengatasi (recognize, avoid and cope). Menurut Mohd Jamil Yaacob (2007), pula terapi kognitif tingkah laku adalah merupakan rawatan yang menumpukan kepada usaha untuk membetulkan salah faham dan kesalalah kelaziman berfikir. Ini disusuli dengan modifikasi tingkah laku. Sebagai contoh kemurungan. Mengapa seseorang itu beleh menjadi murung?. Jawapannya adalah kerana pengaktifan tiga corak pemikiran negatif iaitu:1. Melihat diri sendiri secara negatif. Mereka merasakan diri mereka bodoh, gagal, tidak berupaya, dan tidak berguna. 2. Menginterpretasi pengalaman secara negatif. Mereka melihat orang luar terlalu mendesak, sukar mencapai apa-apa matlamat dan mengelak daripada bergambira dan mencapai kesempurnaan. 3. Memandang masa hadapan daripada sudut negatif. Mereka mengandaikan masalah sekarang akan berterusan selama-lamanya dan melihat hidup ini penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan.Laporan Pemerhatian:Sesi Terapi yang dijalankan merupakan sesi terapi tingkah laku kognitif (CBT). Sesi ini mengambil masa selama 30 minit 20 saat. Klien yang menjalani sesi terapi dalam video tersebut adalah seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Terdapat hanya seorang ahli terapi untuk satu sesi terapi yang dijalankan dan sesi terapi dijalankan adalah hanya secara individu. Ahli terapi yang menjalankan terapi adalah merupakan seorang wanita. Penglibatan klien sepanjang sesi terapi adalah sangat aktif dan klien memberikan kerjasama yang baik terhadap ahli terapi, ahli terapi turut membantu klien sekiranya klien mengalami kesukaran sepanjang sesi terapi dijalankan.

Bilangan aktiviti yang dijalankan semasa sesi therapi:Terdapat 4 aktiviti yang dijalankan dalam video Cognitive Behavior Therapy (CBT) tersebut iaitu:1. Aktiviti membaca buku The Feelings Storybook.2. Aktiviti mewarna setiap perasaan dengan warna yang mengambarkan perasaan tersebut dan melukis bagaimana bentuk muka setiap perasaan tersebut.3. Aktiviti menjawab soalan yang berkaitan dengan perasaan dan jawapan hendaklah diberikan dengan hanya meletakkan sebiji Guli di setiap warna yang menggambarkan perasaannya terhadap soalan tersebut.4. Aktiviti kad tindakan (action cards) yang mana kad tersebut memberi satu gambaran situasi positif dan negatif terhadap terhadap tingkah laku.Maklumat Lengkap daripada Aktiviti yang dijalankan semasa sesi terapi:Dalam video tersebut, pada permulaan sesi terapi, terapis menerangkan kepada kliennya bahawa beliau ingin becerita tentang perasaan dengan menjalankan aktiviti membaca buku The Feelings Storybook. Buku The Feelings Storybook adalah salah sebuah buku yang menceritakan tentang perasaan manusia berdasarkan kehidupan seharian kita, seperti perasaan gembira, marah, sedih dan sebagainya. Setiap helaian dalam buku itu mempunyai warna yang berbeza mengikut perasaan apa yang diceritakan dalam helaian tersebut. Misalnya, jika helaian buku itu yang berwarna merah, maka cerita dalam helaian tersebut akan berkaitan dengan perasaan marah dan begitulah dengan helaian seterusnya (cerita mengikut warna helaian dalam buku). Dalam aktiviti ini, terapis akan membaca buku tersebut dengan gaya suara yang menarik perhatian kanak-kanak.Aktiviti kedua dalam video tersebut adalah aktiviti mewarna setiap perasaan yang dipelajari daripada buku dengan warna yang mengambarkan perasaan tersebut dan melukis bagaimana bentuk muka setiap perasaan tersebut. Selepas selesai aktiviti membaca buku tersebut, terapis menyediakan beberapa helai kertas A4 yang mempunyai garisan bulatan dan pensel warna. Seterusnya terapis akan memberikan satu pensel warna kepada kliennya dan meminta kliennya tersebut memikirkan apakah perasaan kita yang sesuai dengan warna pensel tersebut. Terapis juga meminta kliennya menwarnakannya dalam bulatan kertas tersebut dan melukis bagaimana bentuk muka bagi perasaan yang dimaksudkannya. Setelah selesai kliennya mewarna dan melukis dalam kertas pertama, terapis akan memberikan kertas dan pensel warna yang berwarna lain pula dan memberi arahan yang sama dengan permulaannya. Jika klien tidak memahaminya terapis akan membantunya untuk beliau faham dengan jelas.Aktiviti seterusnya, setelah selesai mewarna dan melukis, terapis meminta klien menyusun kertas yang diwarna dan dilukis oleh klien tersebut di hadapannya. Seterusnya terapis membuat satu latihan percubaan untuk aktiviti ini terhadap klien berkaitan cara untuk bermain dengan aktiviti ini supaya klien memahami permainan yang akan dilaksanakan. Setelah itu, terapis membaca soalan yang berkaitan dengan perasaan dan klien harus menjawab soalan tersebut yang mengambarkan perasaannya dengan meletakkan Guli di atas salah satu kertas yang diwarnakannya. Sebagai contoh, jika terapis bertanya soalan yang berbunyi bagaimana jika ada budak membuli kamu, apakah perasaan kamu maka klien akan meletakkan sebiji Guli di kertas yang berwarna merah (perasaan marah) dan biru (perasaan sedih) sebagai satu jawapan.Aktiviti keempat adalah aktiviti kad aksi (action cards) yang mana kad tersebut memberi satu gambaran situasi positif dan negatif terhadap terhadap tingkah laku klien. Dalam aktiviti ini terdapat tiga helai kertas yang mengandungi arahan yang disusun dalam bentuk segi tiga. Setiap satu helaian kertas tersebut mewakili perkataan Thoughts, Feelings, Behaviors. Pada permulaan aktiviti ini, terapis membuat latihan percubaan kepada klien untuk aktiviti ini dengan memberi arahan menggunakan set kad aksi kepada klien dan meminta klien membaca kad tersebut serta bertindakbalas terhadap arahan yang diberi melalui Thoughts, Feelings, Behaviors. Terdapat dua set Kad aksi yang mewakili satu situasi positif dan negatif. Setelah klien memahami bentuk aktiviti ini, terapis akan menjalankan aktiviti tersebut tanpa menggunakan set kad itu lagi, tetapi terapis sendiri yang memberikan satu situasi positif dan negatif kepada klien. Aktiviti ini adalah untuk memberi kesedaran kepada klien bahawa pemikiran kita boleh mempengaruhi perasaan dan tingkah laku kita. Jika pemikiran klien negatif maka perasaan dan tingkah lakunya akan menjadi tidak baik atau negatif dan jika pemikiran klien positif sebaliknya.Tindak Balas Kanak-Kanak:Sepanjang sesi terapi dijalankan, klien kelihatan mudah untuk mengikut arahan dan mudah berinteraksi bersama ahli terapi. Ahli terapi yang mesra dengan klien meyebabkan klien berasa selesa dengannya dan hampir semua aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama. Selain itu juga, penglibatan klien di dalam sesi terapi ini sangat aktif. Klien telah mengikuti segala aktiviti yang dilakukan bersama-sama. Dalam sesi terapi ini, klien agak kurang menggunakan komunikasi verbal. Hal ini mungkin disebabkan klien tidak begitu mengenali terapis tersebut. klien juga amat minimum dari aspek penggunaan hubungan mata. Klien tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) dengan ahli terapi. Namun, klien ini amat mudah tersenyum. Komunikasi yang dilakukan oleh klien di dalam sesi terapi ini merupakan komunikasi listening. Hal ini kerana, klien kebanyakannya mendengar segala percakapan dan arahan yang disampaikan oleh ahli terapi.

Peranan Ahli Terapi:Terdapat beberapa teknik dan kemahiran yang digunakan oleh ahli terapi untuk menarik minat klien melakukan aktiviti yang telah dirancang. Semasa sesi terapi ini berlangsung, ahli terapi telah menggunakan perkataan yang menjurus kepada arahan. Ini boleh dilihat dalam semua aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi berlangsung yang mana ahli terapi telah memberi arahan kepada klien untuk mewarna dan melukis serta bertindak balas terhadap situasi yang digambarkan dalam set kad. Ahli terapi juga telah menggunakan kemahiran galakan untuk menggalakkan klien untuk terus melakukan aktiviti yang telah ditetapkan. Seperti yang boleh dilihat di dalam sesi terapi yang dijalankan, ahli terapi memberikan kata-kata pujian seperti very good, that good kepada klien sekiranya klien berjaya melakukan tugasan dengan jayanya.Selain itu, ahli terapi juga memberi ganjaran kepada klien seperti menghadiahkan satu stiker gambar katun. Terapis memberi ganjaran tersebut selepas sesi terapi tamat untuk menggalakkan klien mengikuti aktiviti sesi terapi di hari yang seterusnya. Bagi komunikasi verbal yang digunakan oleh ahli terapi, beliau banyak menggunakan verbal dengan bertanya soalan dan memberi arahan kepada klien untuk melaksanakan aktiviti yang ditetapkan. Bagi aktiviti bukan verbal pula ahli terapi banyak melakukan hubungan mata dengan klien bagi menarik minat klien terhadap aktiviti yang akan dijalankan.

Rujukan:Mahmood Nazar Mohamed et al. (2006). Mencegah,merawat dan memulihkan penagihan dadahbeberapa pendekatan dan amalan di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publication &distributors sdn bhd.Mohd Jamil Yaacob, (2007). Kerjaya Sebagai Psikiatris, Wangsa Melawatii, Kuala Lumpur: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.