rentap pejuang sarawak

Upload: necore

Post on 06-Mar-2016

75 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Skrip Drama Pendek

TRANSCRIPT

WATAK RENTAPSAWAITUAN STEWARDPENDUDUK KAMPUNG (SEKITAR 6-9 ORANG)PEMUDA (ANAK BUAH RENTAP BILANGAN MENGIKUT KESESUAIAN)TENTERA BROOKE ( MENGIKUT KESESUAIAN)

RENTAP PAHLAWAN SARAWAK!Babak 1 Latar tempat : pasar tani di sebuah kampung di Skrang.Latar masa : pagi Kelihatan beberapa orang penduduk kampung termasuk Sawai (isteri Rentap) sedang melihat-lihat hasil tani yang dijual seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tiba-tiba tiga orang tentera Brooke muncul dan menyebabkan kekecohan secara tiba-tiba. Hasil tani di buang dan para peniaga serta penduduk kampung dipukul.Tentera 1 : (dengan pelat orang inggeris) siapa benarkan kalian semua berdagang?Tentera 2 : (menarik leher baju salah seorang penduduk lelaki di situ) kalau mahu berdagang mesti bayar cukai kepada Raja Putih, Tuan Brooke! Are you understand?!!Penduduk kampung yang berada di situ hanya mampu mengangguk laju.Tentera 3 : siapa berani menentang Tuan Brooke akan ditangkap!Tentera 2 : kami mendapat khabar bahawa ketua lanun yang dikehendaki tinggal di kawasan ini.. Tentera 2 berjalan merenenung muka setiap seorang penduduk di situ. Di sepertinya mencari sesuatu. Penduduk kampung hanya berpandangan antara sesama. Sawai masih berdiam diri dengaan tenang di antara penduduk kampung itu.Tentera 2 : (agak bengis) Siapa tahu, tempat tinggal Rentap ketua lanun itu?!Penduduk kampung : (menggeleng) ka.. kami tidak tahu tuan.. Tentera 2 : hmm.. sesiapa yang ada maklumat mesti bagitahu pihak Brooke. Nanti akan diberi hadiah yang lumayan. Penduduk : (agak takut) Ba.. baik tuan.Tentera 2: bagus! Very good.

Babak 2Latar tempat : rumah panjang keluarga RentapMasa : pagiRentap kelihatan sedang memeriksa sumpitnya ketika isterinya, Sawai muncul secara tiba-tiba. Sawai : Abang, tentera Brooke dah tiba di Skrang ini. Mereka sedang mencari abang.Rentap : Cis!! Berani sungguh mereka masuk ke kawasan jagaanku! Sawai : Saya risaulah bang.. Tentera Brooke ramai. Senjata mereka semuanya canggih. Saya takut kita tewas sebelum sempat menyerang balas. Rentap : Agi hidup, agi ngelaban.. selagi hidup aku akan melawan! Akan ku penggal kepala penjajah inggeris itu.!Tiba-tiba tiga orang pemuda masuk secara tergesa-gesa di kawsan rumah Rentap.Pemuda 1 : Tok, Raja Putih nak serang kita Tok. Mereka nak Tok menyerah. Mereka bawa ramai tentera, senapang dan meriam besar!Rentap : Cis!! Berani mereka nak serang aku.Pemuda 2 : Betul Tok, menurut kabar yang kami dengar, Brooke dan angkatan tenteranya akan menyerang Skrang malam ini juga.Pemuda 3 : Macam mana ni tok. Apa rancangan Tok sekarang?Rentap : Kamu bertiga pergi panggilkan sekutu kita, Linggi, O.K Gasing, Bulan Genaya dan Sandom. Khabarkan kepada mereka tentang perkara ini. Beritahu juga mereka tentang rancangan aku untuk menewaskan penjajah bansa ribai itu. Pemuda 3 : Apa rancangan Tok?Rentap : kita akan tunggu tentera Brooke di Kerangan Peris. Arahkan Linggi, Sandom dan yang lain untuk bersembunyi di sekitar tebing sungai dan bersedia untuk menyerang. Kita akan mengepung tentera Brooke di sana. Pemuda: Baik Tok.

Babak 3 Latar tempat : kerangan peris (hutan)Latar masa : malam (lampu pentas di samarkan)Rentap telah mengarahkan anak buahnya untuk bersembunyi dan mempersiapkan diri untuk menyerang tentera Brooke. Tidak lama kemudian muncul cahaya obor yang agak samar menandakan pasukan tentera Brooke sudah mendekati kawasan Kerangan Peris) Rentap dan tiga orang anak buahnya yang tidak bersembunyi sedang menunggu kedatangan tentera Brooke yang diketuai Tuan Steward.Tuan Steward : (pelat Inggeris) ini dia Ketua Lanun yang kita kehendaki Rentap si penggoncang Dunia!Rentap : Ya! Akulah Rentap Si Penggoncang Dunia, Libau anak Imbong si Panggau Dara akan memeggal kepala bansa ribai yang menjajah Sarawak!Tuan Steward : Hahaha! Kamu mahu mengalahkan tentera Brooke dengan apa? Sumpit? Tentera Brooke ramai, baik menyerah dan minta pengampunan sahajaRentap : Ciss!! Agi idup, agi ngelaban..! Rentap tak akan sekali-kali menyerah kepada penjajah! Selagi hidup, selagi aku akan melawan! Bunuh! Bunuh! Serang! Kita bunuh bansa ribai!Rentap menyerang Tuan Steward dan pasukannya. Anak buah Rentap yang bersembunyi mula keluar dan menyerang tentera Brooke itu. Pentas digelapkan namun buyi riuh pertempuran tersebut masih kedengaran. Seketika kemudian lampu dipasang semula. Kelihatan mayat bergelimpangan. Rentap sedang memijak badan Tuan Steward sambil memegang kepala ketua tentera Brooke yang dipenggalnya itu.Rentap : Haha.. inilah kepala bansa ribai. Jatuh di tangan pahlawan iban! Pentas digelapkan.Pencerita : Begitulah kisah pertempuran pertama Rentap dengan orang putih. Pertempuran yang berpihak kepadanya itu menguatkan lagi semangat juang Rentap unuk mempertahankan Sarawak dari jajahan orang inggeris seperti keluaraga Brooke. Selepas pertempuran itu, Rentap pun membawa orang-orangnya kembali ke Ulu Skrang bersama-sama kepala Tuan Steward yang menjadi tanda kemenangan mereka itu.