rendang ayam sedap

Upload: salinasmkbt51735

Post on 02-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Rendang Ayam SedapKiriman: ziana zamriSumber: SendiriHits: 793Rating: 9.01 Review: 0

Bahan-Bahan:

Bahan A (dikisar)8 ulas bawang merah3 ulas putih1 cm halia1 cm lengkuas1 cm kunyit hidup8 biji cili kering1 sudu teh jintan manis1 sudu teh jintan putih1 ekor ayam dipotong 16 bahagian dan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit2 cawan santan1 sudu besar rempah kari daging2 sudu besar kerisik1 helai daun kunyit dihiris halusminyak masak secukupnyagaram dan gula secukup rasa

Cara:

1. goreng ayam sehingga separuh masak. ketepikan2. panaskan minyak. tumis bahan A dan rempah kari hingga pecah minyak.masukkan santan dan ayam.3. bila kuah agak pekat masukkan kerisik dan daun kunyit serta garam dan gula secukup rasa.4. kacau sampai agak kering sedikit dan bolehlah diangkat

Cadangan Hidangan:

sangat sesuai untuk dimakan bersama ketupat/ pulut kuning / nasi putih

Tambahan:

cubalah.... memang sedap!!

Ayam Masak Kicap Simple Tapi Sedap

Bahan-Bahan:

ekor Ayam (digoreng terlebih dahulu)1 Batang Cili besar Merah (di hiris tebal dan menyerong)5 batang cili padi (di potong 3)(mengikut citarasa pedas anda)Sedikit Kicap ManisSedikit GaramSedikit AjinamotoSedikit sos tiramdaun limau purutbeberapa hirisan halia biji bawang besar(dihiris nipis)sedikit air1 biji kentangBahan Kisar7 ulas bawang merah kecik4 ulas bawang putih

Cara:

Tumiskan bahann kisar tersebut dan hirisan halia sehingga naik bau.setelah itu masukkan sedikit kicap manis,sos tiram,sedikit air,cili besar dan cili padi.Kemudian diikuti dengan garam dan ajinamoto.Masukkan kentang san daun limau purut.kemudian masukkan ayam.tunggu sehingga kentang empuk.Kemudian akhir sekali masukkan hirisan bawang besar.Angkat dan hidangkan.

Rendang Ayam Gaharu dan Pulut Kuning

ahan-bahannya:-

1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan 3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2 500 ml santan 2 camca besar kerisik 3 keping asam gelugor 2 camca besar rempah kari 1 1/2 camca besar cili kisar 1 camca besar gula melaka Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus :-

1 biji bawang besar 5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 1/2 inci halia 1 inci lengkuas 3 biji buah keras 1 inci belacan 5 batang serai, hiris halus 1 inci kunyit hidup 25 biji cili padi siam (akak letak 20 bj. je)

Bahan Tumis :-

1 batang kayu manis 2 kuntum bunga lawang 4 biji bawang merah, hiris halus 2 ulas bawang putih, hiris halus

Cara Memasak :-1. Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.3. Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti...

Berbagai Jenis Rendang

Rendang Tok

Bahan-bahan500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)55 gram (1/2 cawan kerisik)1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)garamgula

Dikisar halus halus

4 sudu besar pes cili2 biji bawang besar, dikupas6 ulas bawang merah, dikupas4 ulas bawang putih, dikupas3cm halia, dikupas4 batang serai, dihiris halus-halus2cm lengkuas, dikupas

Cara

1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.

2. Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.

3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi.

Rujukan :Buku "Sedapnyaaa..." (Hidangan Kegemaran Chef Wan).

Rendang DindingBahan-bahan

250ml/1 cawan + 3 sudu besar minyak masak1 Kg bawang besar , dikupas dan dihiris-hiris2cm halia, dikupas dan diparut5 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris-hiris100gram cili kering, dibuang biji, direndam dan ditumbuk1 Kg daging lembu batang pinang, dihiris-hiris 6mm tebal100 g cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan ditumbuk1.5 sudu besar kicap pekat500-750 ml/ 3/4 cawan air asam, diperah daripada 45 gram asan jawa dan 500/750 cawan air2 sudu besar gulagaramCara1. Panaskan 250ml/ 1 cawan minyak masak dan goreng bawang besar, halia dan bawang putih selama 5-7 minit. Keluarkan dan kisar kasar-kasar.

2. Di dalam periuk bersih, panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis cili tumbuk. Tambah daging dan pes bawang besar, halia & bawang putih.

3. Campur kicap pekat dan goreng selama 15 minit.

4. Masukkan air asam, tambah gula dan garam, Renihkan di atas api kecil sehingga kuah agak kering.

5. Hidang dengan roti jala atau nasi.

Rujukan: Buku "Sedapnyaaa" (Chef Wan )

Rendang Ayam Nogoghi (Negeri) -My favoriteBahan-bahan

ayam 1 1/2 kg - potong kecilgaram

Bahan Kisar/Giling /Blender

20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)1.5 inci halia2 inci lengkuas3-4 batang serai12 ulas bawang merah - hiris (di oversea ni saya cuma guna 1- 1.5 biji bawang besar)6 ulas bawang putih - hiris(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)

1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) - (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)2 helai daun kunyit ( kalau tak jumpa di oversea boleh guna daun limau purut)or just omit this option.2 sudu besar kerisik - (di supermarket ada jual 'sweet grated coconut' - goreng setengah bungkus - tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan minyak)

Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)garam secukup rasa

Cara-cara memasak:-

Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali(kering) bersama campuran yang telah dikisar dan kunyit - panaskan api (med. hi)atau agak-agak

Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)

Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)

Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).

Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium)

Selepas dalam 15 minit boleh la decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau nakkan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api (lo). dan boleh lah dimakan.

Rujukan: Keluarga, dan banyak kali dicuba sendiri, hasilnya tidak menghampakan. Simple dan rasanya sedap.

Rendang Padang(Padang style beef rendang)

500g lembu- daging batang pinang1 helai daun kunyit3 helai daun limau purut1 sudu besar gula coklat (brown sugar)3 cm lengkuas2 batang seraigaram600g kelapa diperah3 cawan air

Bahan kisar sehingga halus:

40 cili padi4 biji lada besar merah (fresh red chillies)10 ulas bawang merah2 ulas bawang putih2cm halia

Cara-cara

Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api. Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak.

Resipi Rendang Ayam mak ChesterBahan2

Sekor ayam (potong ikut suka)20 ulas bawang merah,20 tangkai cili kering,3 ulas bawang putih, 1 1/2 inci halia, 1/2 inci lengkuas (tumbuk/giling/kisar)3 sudu kerisik20 ulas bawang merah (mayang)2 helai daun kunyit (racik)Santan pekat dr sebijik kelapa2 keping asam gelugur2 batang seraiGaram secukup rasa

cara buat: --Senang jer..(mak aku kata le)Mula mula ambil kuali...letakkan ayam yg dah dibasuh dan dipotong kat kuali td.Letakkan bahan giling, bawang merah yg dimayang, kerisik, daun kunyit racik, and asam gelugurpas tu tuang santan dr sebijik kelapa tadi.pastu baru jerang kuali td atas api sederhana (jgn kuat api tu ...mak aku kata)renehkan...kacau sekali sekala and perasakan dgn garam...bila kuahnya dah pekat dan agak kering tu dah masak le...errr sapa ada resepi rendang ayam negeri sembilan...mak aku tanya...share la ngan dia...hheheheeh