rencana berkaitan kesihatan

69
Cara atasi penyakit batu karang ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan: Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol. Boroi petanda bahaya Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN [email protected] Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak SETIAP kali membeli barang keperluan untuk diisi dalam rak dapur, penulis menghabiskan banyak masa cuba memahami makna label yang sehalus semut untuk mengetahui kandungan barang dibeli. Lama membelek dan membandingkan dua tiga jenama, termasuk yang baru di pasaran, akhirnya penulis mencapai barangan lebih popular di arena iklan dan maklumat pada label ditolak ke tepi - kerana tidak faham. Bertanya kepada rakan, rupa-rupanya penulis tidak bersendirian. Ramai juga tidak berapa tahu makna terselindung di sebalik senarai panjang bahan, terutama nama saintifik seperti tertera di bungkusan pembalut. Pakar Diet Weight Management Information Center Berhad (WMIC), Lee Ching Li, berkata kurang faham mengenai maklumat pemakanan pada barang dibeli menyebabkan ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun kurang makan. Malah, tidak kurang merungut dan berputus asa melihat jarum penimbang

Upload: shaironi

Post on 05-Jul-2015

1.316 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: rencana berkaitan kesihatan

Cara atasi penyakit batu karang

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Boroi petanda bahaya

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

SETIAP kali membeli barang keperluan untuk diisi dalam rak dapur, penulis menghabiskan banyak masa cuba memahami makna label yang sehalus semut untuk mengetahui kandungan barang dibeli.

Lama membelek dan membandingkan dua tiga jenama, termasuk yang baru di pasaran, akhirnya penulis mencapai barangan lebih popular di arena iklan dan maklumat pada label ditolak ke tepi - kerana tidak faham.

Bertanya kepada rakan, rupa-rupanya penulis tidak bersendirian. Ramai juga tidak ‘berapa tahu’ makna terselindung di sebalik senarai panjang bahan, terutama nama saintifik seperti tertera di bungkusan pembalut.

Pakar Diet Weight Management Information Center Berhad (WMIC), Lee Ching Li, berkata kurang faham mengenai maklumat pemakanan pada barang dibeli menyebabkan ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun kurang makan.

Page 2: rencana berkaitan kesihatan

Malah, tidak kurang merungut dan berputus asa melihat jarum penimbang menunjukkan angka lebih besar sebelum mereka mengamalkan diet dan hanya makan makanan terpilih.

“Bahan yang terkandung dalam makanan disenaraikan mengikut kuantiti. Bahan yang ditulis dulu atau pada kedudukan teratas, kuantitinya paling banyak. Jika tidak ditulis beratnya pun, kita masih boleh buat anggaran kasar.

“Caranya mudah. Contohnya kandungan gula. Semua perkataan berakhir dengan -sa seperti sukrosa, glukosa, maltosa atau fruktosa adalah gula. Madu, gula tebu, susu pekat, molasses dan sebarang sirap buah juga adalah gula. Jadi kiralah berapa kali nama-nama ini ditulis.

“Begitu juga lemak. Perkataan minyak, lemak dihidrogenkan separa atau penuh, lemak sayuran, mentega, marjerin, lelemak, lemak konfeksionari atau lemak gantian semuanya membawa makna sama: lemak.

“Nama saintifik memang boleh mengelirukan kita, tetapi ambil cara yang mudah. Ingat perkataan yang berakhir dengan -sa adalah gula dan semua sodium, tidak kira apa jenisnya adalah garam,” katanya.

Perkara kedua penting untuk diberi perhatian adalah saiz hidangan. Boleh dikatakan hampir semua makanan kini disertakan dengan saiz hidangan yang dicadangkan pengeluar bersama peratusan kandungannya dan jumlah kalori.

Jika ditulis satu hidangan bersamaan tiga keping biskut atau 250 mililiter jus buah, bermakna kita disarankan makan tiga keping biskut saja atau minum 250 mililiter jus sehari.

“Jika kita makan enam keping biskut, bermakna kita makan dua hidangan. Kandungan lemak dan gulanya mungkin jauh lebih tinggi daripada sepinggan nasi. Ini antara punca ramai gagal menurunkan berat badan, walaupun mereka tidak makan nasi,” katanya.

Pengarah Eksekutif WMIC, Pauline Low, pula berkata pengurusan berat badan perlu bermula sejak kecil, seawal mungkin dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan kerap bersenam kerana ketika ini anak lebih mudah dilatih.

Lebih penting, ibu bapa perlu menjadi teladan terbaik kepada anak-anak. Caranya juga mudah iaitu kurangkan makan di luar, sebaliknya masak sendiri makanan anda dengan memilih resipi menyihatkan serta kurangkan makanan diproses (seperti nugget, daging burger, sosej, biskut).

“Jangan jadikan ‘makanan’, terutama makanan segera, sebagai hadiah untuk anak atau diri sendiri. Kunjungan ke restoran makanan segera pula tidak seharusnya menjadi aktiviti yang ditunggu-tunggu anak-anak.

“Sesekali makan di luar itu bagus untuk mengeratkan ikatan keluarga, tetapi ajarlah anak memilih sajian menyihatkan. Contohnya, mi sup jauh lebih menyihatkan daripada mi goreng atau galakkan anak memilih hidangan yang banyak serat kerana ia cepat mengenyangkan,” katanya.

Bimbang dengan peningkatan kanak-kanak obes, Low berkata, ibu bapa perlu membawa anak mendapatkan pemeriksaan untuk memastikan ia bukan disebabkan masalah kesihatan.

Page 3: rencana berkaitan kesihatan

Bagaimanapun, kanak-kanak tidak perlu mengamalkan diet kerana mereka, terutama yang aktif, memang banyak menggunakan tenaga. Namun, ibu bapa hendaklah mengawal pertambahan berat supaya seimbang dengan ketinggian.

Penjagaan berat badan, khususnya bagi anak obes, adalah tanggungjawab seisi keluarga. Maknanya, bukan saja daripada segi pemilihan makanan seimbang, tetapi turut membabitkan kegiatan harian yang aktif dan selalu bersenam.

Lebih baik jika ia dijadikan aktiviti keluarga bagi mengurangkan anak menghabiskan terlalu banyak masa di depan komputer dan televisyen.

Individu yang mengalami masalah berat badan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma daripada pakar pemakanan di WMIC, selain menjalani analisis berat dan kandungan lemak dalam badan.

Tiga kaedah digunakan iaitu melalui penentuan Indeks Jisim Tubuh (BMI), saringan kandungan lemak badan dan ukuran pinggang yang disaran dilakukan setiap bulan.

Mengapa ukuran pinggang juga penting? Individu boroi perlu ambil perhatian. Boroi bukan saja tidak cantik, tetapi ia petanda bahaya. Ini kerana kebanyakan organ penting ada di sini dan kehadiran lemak berlebihan boleh menjejaskan fungsi organ berkenaan lalu menimbulkan pelbagai masalah kesihatan.

“Tiada jalan mudah untuk kurus. Ia perlukan masa, kesabaran dan disiplin menjaga makan serta bersenam. Jangan terpengaruh dengan iklan ubat kurus badan, terutama pil dan herba yang tidak diiktiraf kerajaan.

“Jika masih mahu ambil pil kurus, pastikan ia di bawah seliaan doktor. Berbincang dengan doktor mengenai hal ini dan pastikan juga anda faham kesan sampingan setiap ubat. Jangan bahayakan kesihatan semata-mata ingin cepat kurus,” katanya.

Sarapan pagi kuatkan otak

Susunan NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

PETUA orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah

Page 4: rencana berkaitan kesihatan

hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang paras glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B (riboflavin dan folat) dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak

Page 5: rencana berkaitan kesihatan

semestinya betul.

Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan seperti sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

Jentera penapis paling cekap

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

MANUSIA memang beruntung kerana dianugerahi dua buah pinggang sebagai jentera penapis paling cekap untuk menyingkir daripada badan semua bahan toksik yang boleh membahayakan nyawa.

Secara biologi, satu buah pinggang yang sihat (dan mampu bekerja dengan cekap) cukup untuk membersihkan lebih 14 liter darah sehari, di samping menseimbangkan kandungan cecair (termasuk darah), garam galian, asid serta alkali dalam badan.

Namun, kealpaan kita menjaga kesihatan, terutama dalam soal makan, menyebabkan organ yang sangat penting ini mengalami kerosakan. Kerosakan buah pinggang juga lambat menunjukkan kesan ketara kerana ia masih boleh bekerja walaupun fungsinya merosot antara 30 hingga 50 peratus.

Pada peringkat ini, seseorang akan cepat berasa penat kerana kekurangan darah dan kesan ini lebih jelas apabila fungsi buah pinggang merosot 25 peratus lagi dan pesakit mula mengalami masalah kesihatan serius.

Menurut Pakar Nefrologi Hospital Selayang, Dr Rafidah Abdullah, jika fungsi buah pinggang terus merosot, ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat atau menjalani pembedahan penggantian.

Kegagalan buah pinggang boleh dibahagikan kepada dua, iaitu akut (segera) dan kronik. Biasanya, masalah buah pinggang hanya disedari apabila ia mencapai peringkat kronik dan jalan penyelesaiannya adalah melalui rawatan dialisis darah atau pembedahan penggantian untuk membolehkan pesakit terus hidup.

“Namun, rawatan yang ditawarkan kini seperti dialisis tidak mampu menggantikan sepenuhnya fungsi buah pinggang sebenar. Dialisis hanya mampu menggantikan 30 peratus

Page 6: rencana berkaitan kesihatan

fungsi buah pinggang dan tidak membetulkan kerosakan yang berlaku.

“Justeru, pesakit buah pinggang perlu menjalani dialisis darah sepanjang hayat untuk terus hidup sihat dan normal, tetapi masih tidak boleh melakukan kerja berat,” katanya ketika memberikan ceramah kesihatan Sayangi Buah Pinggang Anda anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama), baru-baru ini.

Pesakit boleh memilih dua jenis dialisis, iaitu haemodialisis dan Chronic Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD).

Secara amnya, prinsip dialisis meniru fungsi buah pinggang menggunakan dialyser atau ginjal tiruan untuk mencuci bahan toksik.

Bahan toksik

Bahan toksik dalam darah akan meresap masuk ke cecair khas yang dipanggil dialisit dan darah bersih akan dialirkan balik ke dalam badan melalui fistula (saluran yang menyambungkan arteri dan vena), graft dan katerer kekal atau sementara (tiub khas untuk mengalirkan darah).

Menurut Dr Rafidah, proses dialisis perlu dilakukan tiga kali seminggu dan setiap sesi mengambil masa empat jam - sepanjang hayat untuk terus hidup sihat.

Kaedah dialisis CAPD pula menggunakan selaput dalam perut pesakit untuk mencuci urea dan toksik dalam darah. Dialisit adalah cecair khas mengandungi glukosa yang akan dimasukkan ke dalam perut. Bahan toksik dan urea dalam darah akan meresap masuk ke dalam dialisit ini dan dibuang selepas tempoh dialisis tamat.

Membandingkan kedua-dua jenis kaedah dialisis, CAPD dianggap lebih mudah dan praktikal kerana pesakit boleh melakukannya di rumah. Namun, CAPD perlu dilakukan empat kali sehari dengan tempoh 30 minit setiap sesi.

Satu tiub khas (tencloff) akan ditanam di abdomen pesakit, manakala selaput peritoneum semula jadi dalam badan akan bertugas menapis mineral, air dan bahan toksik.

“Pesakit yang mahu menggunakan CAPD akan diajar dengan teliti dan rumah pesakit diperiksa setiap masa untuk memastikan kebersihannya. Ini untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti jangkitan.

“Sama ada kaedah dialisis biasa atau CAPD, kedua-duanya memberikan kesan jangka panjang sama. Cuma pesakit tidak perlu berulang alik ke pusat dialisis dan ini lebih baik untuk mereka yang mengalami masalah lemah jantung,” katanya.

Pada masa sama, pesakit buah pinggang perlu mengawal pemakanan mereka, terutama pengambilan air atau makanan berair seperti sup dan buah-buahan, supaya tidak melebihi satu kilogram sehari.

Pesakit juga disaran mengelakkan makanan kaya fosfat seperti ikan bilis, kerang dan produk tenusu, kerana sukar menyingkirkan fosfat dari badan.

Page 7: rencana berkaitan kesihatan

Komplikasi kegagalan buah pinggang jangka panjang membabitkan masalah seperti anemia, kurang air, penyakit tulang, sakit jantung, jangkitan, kurang khasiat dan tekanan.

Pesakit juga perlu mengambil ubat seperti suntikan hormon erythropoeitin, pil zat besi dan ubat darah tinggi (bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi).

“Jika menjalani pembedahan penggantian buah pinggang, adalah lebih baik kerana pesakit tidak perlu melakukan dialisis. Jika ada penderma sama ada dari kalangan keluarga, isteri, ipar atau orang yang tiada kaitan saudara, maka peratus hidup adalah jauh lebih tinggi.

“Bagi penderma pula, mereka masih boleh hidup sihat dengan satu buah pinggang. Menerima buah pinggang daripada ahli keluarga kesannya lebih baik kerana mempunyai gen serupa.

“Doktor akan memastikan penderma mempunyai kumpulan darah sama dengan penerima dan menjalankan ujian terperinci sebelum pemindahan dilakukan,” katanya.

Dr Rafidah berkata, mereka yang tidak boleh menjadi penderma buah pinggang adalah yang menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, fungsi buah pinggangnya merosot, obesiti, barah payudara dan penyakit kronik lain, termasuk gangguan psikiatri.

“Masalahnya sekarang adalah untuk mendapatkan penderma. Pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan orang mendaftar menjadi penderma kerana tindakan mulia ini mampu mengubah kehidupan orang yang menerima organ kita.

“Elak mendapatkan buah pinggang dari negara luar. Kita bimbang tindakan ini boleh menimbulkan masalah kesihatan sampingan kerana tidak tahu sama ada pihak penderma menjalankan pemeriksaan teliti atau menjual buah pinggangnya untuk mendapatkan wang. Paling penting, buah pinggang ini mungkin boleh menimbulkan masalah kesihatan lain kelak,” katanya.

Buah pinggang tapis darah, toksik

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

BUAH pinggang atau ginjal adalah organ yang sofistikated. Organ berbentuk seperti kacang itu, yang terletak di pertengahan belakang, di bawah tulang rusuk dengan berat 0.5 peratus daripada berat badan seseorang, mampu menapis lebih 14 liter darah sehari.

Walaupun kecil, tetapi fungsinya sangat besar. Selain menapis darah, buah pinggang bertugas membuang bahan toksik daripada badan bagi memastikan setiap orang sentiasa sihat.

Menurut Pakar Perunding Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr Rosnawati Yahya, buah pinggang juga berfungsi menseimbangkan kandungan cecair (termasuk darah), garam galian, asid serta alkali dalam badan.

Secara amnya, buah pinggang boleh dibahagikan kepada tiga lapisan, iaitu korteks, medula dan calyces. Korteks berfungsi menapis darah yang kotor, manakala medula akan menyerap kembali bahan diperlukan ke dalam darah, sementara calyces pula akan mengumpulkan air

Page 8: rencana berkaitan kesihatan

kencing sebelum disalurkan ke renal calyces untuk dibuang.

Selain menapis darah, bahan kumuh daripada metabolisme protein seperti urea, kreatinin (daripada otot) dan ubat perlu dibuang melalui buah pinggang. Malah, kandungan urea diukur bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Darah kotor dan air akan memasuki arteri renal, manakala darah bersih bersama air akan diserap balik ke dalam buah pinggang. Malah, organ berbentuk kacang ini juga akan mengawal kandungan air dalam badan, contohnya apabila berlaku cirit-birit dan muntah yang menyebabkan badan kehilangan banyak air.

Dalam keadaan ini, secara automatik otak akan dirangsang untuk menghasilkan hormon anti-diulatik (ADH) yang akan memberi arahan kepada buah pinggang supaya mengurangkan penghasilan air kencing dan secara tidak langsung merangsang kita untuk minum lebih banyak.

Buah pinggang juga menghasilkan hormon erythropoietin, iaitu gerak balas terhadap pengurangan jumlah oksigen yang sampai ke tisu. Ia berfungsi menambah dan mengawal kadar penghasilan sel darah merah yang turut mengawal tekanan darah.

Hormon ini tidak akan dihasilkan jika seseorang itu mengalami kegagalan buah pinggang. Ketiadaan hormon ini menyebabkan sumsum tulang tidak mendapat rangsangan untuk menghasilkan sel darah merah yang akan mengakibatkan seseorang mendapat anemia.

“Selain itu, buah pinggang mengawal keseimbangan darah, terutama garam galian seperti natrium dan kalium. Kalium yang berlebihan akan menyebabkan jantung berhenti dan pesakit boleh mati secara tiba-tiba, terutama jika tidak berpantang makan.

“Sebenarnya, manusia boleh hidup dengan satu buah pinggang saja kerana ada orang dilahirkan dengan satu buah pinggang. Dua buah pinggang yang sihat dan boleh berfungsi 100 peratus melebihi keperluan kita.

Derma

“Inilah sebabnya ada orang mendermakan satu buah pinggang dan boleh hidup sihat,” katanya dalam Kempen Sayangi Buah Pinggang Anda anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama), baru-baru ini.

Katanya, masalah buah pinggang biasanya tidak disedari kerana walaupun fungsinya merosot 30 hingga 50 peratus ia masih boleh bekerja, tetapi menyebabkan masalah kekurangan darah.

“Jika fungsi ginjal berkurang 25 peratus lagi, pesakit akan mula mengalami masalah kesihatan serius dan jika fungsinya terus menurun sehingga 15 peratus, pesakit akan mati jika tidak mendapat rawatan segera seperti dialisis atau pembedahan penggantian buah pinggang,” katanya.

Kegagalan buah pinggang boleh berlaku tiba-tiba yang dikategorikan sebagai akut (segera) dan kronik. Punca kegagalan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu prerenal (masalah pada salur darah yang memasuki buah pinggang), renal (masalah pada buah pinggang) dan posrenal (pada salur yang keluar dari buah pinggang).

Page 9: rencana berkaitan kesihatan

Kegagalan renal boleh menyebabkan radang, jangkitan kuman, keracunan akibat pengambilan ubat, termasuk ubat herba dan tradisional yang boleh mendatangkan risiko kepada buah pinggang, serta masalah salur kencing tersumbat akibat pembentukan batu renal.

Pesakit akan mengalami tanda seperti pengurangan pengeluaran air kencing (kurang setengah liter sehari), bengkak hati dan badan, perubahan tingkah laku, tidak sedar, menjadi agresif, sukar tidur, pening, pengsan, loya, kadangkala menggeletar dan boleh sawan.

Kegagalan buah pinggang kronik pula berlaku pada kadar perlahan, tidak disedari dan fungsi buah pinggang menurun sedikit demi sedikit. Ini biasanya berlaku di kalangan orang tua dan 50 peratus kes kegagalan ginjal peringkat akhir membabitkan pesakit kencing manis.

Masalah buah pinggang kronik boleh dielakkan dengan mengawal pemakanan. Pada keadaan ini, penurunan fungsi buah pinggang sebanyak 10 hingga 15 peratus, pesakit perlu menjalani rawatan dialisis darah (hemodialisis).

Jumlah pesakit baru yang menerima rawatan hemodialisis meningkat daripada 130 orang bagi setiap sejuta penduduk kepada 303 orang pada 2002 atau 2,300 kes baru kegagalan buah pinggang setiap tahun.

“Kebanyakan kes lewat dikesan kerana buah pinggang boleh mengatasi masalah fungsi yang sedikit. Kegagalan ginjal kronik memberi banyak kesan kepada sistem badan. Biasanya, pesakit akan berasa cepat letih akibat kekurangan darah dan pengumpulan bahan toksik dalam badan.

“Apabila pesakit mula hilang selera makan, loya, muntah, muka dan kaki bengkak serta sukar bernafas (banyak air dalam paru-paru) kerana ginjal tidak boleh membuang air dari badan, ini menandakan kegagalan pada tahap serius dan mereka perlu segera menjalani dialisis,” katanya.

Sikap sesetengah pesakit yang tidak dapat menerima hakikat menyebabkan mereka lewat menerima rawatan dan pada ketika ini, kegagalan buah pinggang sudah mencapai tahap kronik.

Jika usia anda melebihi 40 tahun dan menghidap kencing manis atau mempunyai sejarah keluarga sakit buah pinggang, buatlah pemeriksaan sekurang-kurangnya setiap dua tahun.

Malah, nasihat ini perlu diambil perhatian bagi pesakit tekanan darah tinggi, individu yang kerap mengambil ubat herba, pesakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE), pernah menjalani pembedahan pembuangan satu ginjal serta ada masalah kehadiran protein dalam air kencing.

“Jangan putus asa dan kecewa jika anda disahkan mengalami masalah buah pinggang. Dapatkan rawatan segera kerana sistem perubatan negara kita yang moden boleh membantu anda memperbaiki kehidupan,” katanya.

Gout serang sendi

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

Page 10: rencana berkaitan kesihatan

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Tisu lembut

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut

Page 11: rencana berkaitan kesihatan

dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

FAKTOR RISIKO

Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.

Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu

Page 12: rencana berkaitan kesihatan

diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Penghidap asma boleh hidup normal

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

KEMODENAN dan peningkatan teknologi perubatan rupa-rupanya masih belum dapat mengubah tanggapan lapuk masyarakat kita terhadap penyakit asma, terutama pantang larang yang menghalang pesakit terbabit dalam sukan.

Tanggapan yang diwarisi sejak turun temurun ini sukar diubah kerana ia bagai berakar umbi dalam kepala dan bila disebut asma, individu berkenaan secara tidak langsung terus terhumban dalam kolam yang penuh larangan — jangan berlari, jangan melompat, jangan itu dan jangan ini.

Bahkan, ramai beranggapan adalah normal jika pesakit asma sesak nafas dua atau tiga kali seminggu, sedangkan ia sebenarnya menandakan penyakit bertambah teruk.

Ini menjadikan individu asma dilabel sebagai golongan lemah dan penuh masalah kesihatan. Hakikatnya, pesakit asma boleh menjalani kehidupan normal seperti orang sihat selagi penyakit mereka terkawal.

Biar apa istilahnya, asma, lelah atau semput adalah sama dan menjadi antara penyakit kronik paling lazim di dunia, dengan jumlah pesakit yang dianggarkan mencecah 300 juta orang.

Di Malaysia pula, asma menyerang hampir 10 peratus murid sekolah dan empat peratus individu dewasa dengan nisbah satu kes bagi setiap 20 orang.

Bagaimanapun, asma lebih popular di kalangan kanak-kanak yang boleh berlanjutan sehingga memasuki alam persekolahan.

Pengerusi Majlis Asma Malaysia (ACM), Dr Zainudin Md Zin, berkata punca sebenar asma masih menjadi misteri, tetapi saintis percaya ia ada kaitan dengan genetik dan boleh diwarisi, terutama jika ibu dan bapa menghidap asma.

Bagaimanapun, jika hanya ibu atau bapa menghidap asma, peluang anak mendapat penyakit sama hanya satu pertiga.

Katanya, asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan pesakit sukar bernafas. Dalam pernafasan normal, udara masuk dan keluar daripada paru-paru dengan lancar. Namun jika asma tidak dikawal, saluran pernafasan menjadi tebal, bengkak dan radang.

Saluran ini sangat sensitif pada perubahan persekitaran dan serangan asma mudah berlaku.

Page 13: rencana berkaitan kesihatan

Ketika serangan, dinding saluran pernafasan menjadi tebal, otot di sekeliling salur pernafasan mengecut dan cecair di dalamnya menghalang salur udara kecil dalam paru-paru, menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Antara faktor yang boleh merangsang serangan asma termasuk alergen (bahan yang menyebabkan alahan), asap rokok, minyak wangi, semburan rambut, bulu binatang, habuk, mandi air sejuk sejurus selepas bersenam, perubahan emosi keterlaluan (sama ada terlalu gembira atau sedih), jangkitan paru-paru dan kesan sampingan ubat.

“Asma boleh dibahagikan kepada empat kategori: sesekali (berepisod) iaitu mendapat serangan kurang dua kali seminggu atau berterusan iaitu lebih ua kali seminggu yang dikelaskan kepada kes ringan, sederhana dan teruk.

“Dalam kes asma berterusan, pesakit perlu mengambil ubat pencegahan sehingga penyakitnya terkawal. Walaupun sehingga kini asma tidak boleh diubati, tetapi tidak semestinya ia kekal sepanjang hayat.

“Ada kes asma hilang apabila meningkat dewasa dan ini biasanya membabitkan pesakit yang mendapat asma ketika kanak-kanak. Bagi kes yang tidak teruk, biasanya 25 hingga 50 peratus kanak-kanak tidak lagi mengalami masalah asma apabila mencapai umur 12 hingga 15 tahun.

“Namun, ada juga terpaksa hidup dengan asma dan bergantung kepada ubat sepanjang hayat. Asma yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kematian, tetapi kadarnya sangat rendah iaitu 1:250 daripada kes kematian di hospital dan biasanya berlaku pada orang tua,” katanya.

Dr Zainudin berkata, kesedaran mengenai penjagaan asma di seluruh dunia, terutama di negara Asia Pasifik, masih rendah kerana kajian Asthma Insight and Reality in Asia Pacific (Airiap) pada 2000 mendapati 60 peratus pesakit mengalami serangan berterusan dan tidak mendapat rawatan.

Hampir 50 peratus kanak-kanak tidak dapat ke sekolah, 30 peratus tidak boleh bekerja dan 50 peratus suri rumah tidak mampu melakukan tugasan harian sekurang-kurangnya sehari dalam setahun. Satu pertiga pula melaporkan pernah mendapatkan rawatan kecemasan akibat serangan asma.

Penemuan memeranjatkan ini disebabkan kebanyakan pesakit tidak mendapat rawatan secukupnya, sama ada berpunca daripada keengganan pesakit itu sendiri mahupun tidak diberi ubat pencegahan sepatutnya.

Walaupun tidak boleh diubati, asma boleh dirawat dan dikawal menggunakan ubat pencegahan serangan anti radang (glucocorticosteroid yang disedut) dan ubat melegakan simptom.

“Malangnya, bila satu-satu ubat itu ada perkataan ‘steroid’ ramai pesakit takut dan cuba mengelak. Daripada 60 peratus pesakit, hanya 16 peratus ambil ubat ini. Sebenarnya bukan semua steroid bawa kesan buruk. Jangan risau, jenis steroid yang digunakan dalam ubat mengawal asma adalah selamat dan berkesan,” katanya.

Pengurus Jabatan Perubatan sebuah syarikat farmaseutikal, Dr Mano Paranjothy, pula berkata, berdasarkan takrifan Inisiatif Global Bagi Asma (Gina) iaitu badan dilantik Pertubuhan

Page 14: rencana berkaitan kesihatan

Kesihatan Sedunia (WHO), asma dikatakan terkawal apabila pesakit tidak lagi mengalami masalah terjaga di tengah malam akibat batuk, serangan asma berkurangan (purata kurang daripada sekali sebulan), tidak perlu mengehadkan aktiviti dan bersukan serta badan tidak menunjukkan tindak balas negatif terhadap ubat.

Ketika ceramah umum anjuran GlaxoSmithKline Pharmaceuticals Malaysia baru-baru ini, beliau berkata, pembabitan dan dorongan keluarga penting bagi membantu pesakit mengatasi masalah asma supaya mereka dapat menjalani kehidupan cergas.

Pendidikan seisi keluarga secara tidak langsung akan memastikan pesakit mengambil ubat mengikut kaedah yang betul, terutama jika membabitkan kanak-kanak atau orang tua.

Jika tiada simptom asma bagi tempoh dua tahun, seseorang pesakit itu boleh dikatakan bebas daripada asma. Bagaimanapun, lebih baik jika pemeriksaan dibuat bagi memastikannya.

Bila perlu buat pemeriksaan?

Seawal mungkin, dan seelok-eloknya sebaik menyedari pernafasan, terutama kanak-kanak, berbunyi berdesir. Walaupun asma biasanya menyerang kanak-kanak, tetapi 20 hingga 30 peratus pesakit mendapatnya ketika dewasa.

Pemeriksaan bagi kanak-kanak biasanya lebih teliti manakala bagi orang dewasa, mereka boleh menjalani ujian hembusan nafas menggunakan alat khas.

Melalui pemeriksaan ini, pesakit diberi nasihat untuk mengawal kesihatan dan merancang aktiviti mereka supaya dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Dr Zainuddin berkata, asma yang terkawal membolehkan pesakit bergiat aktif dalam sukan. Justeru itu, sempena sambutan Hari Asma Sedunia bertema Bernafas dan Hidup Tanpa Asma pada 4 Mei lalu, ACM akan mengadakan Jogaton 2005 yang dianjurkan bersama Persatuan Torasik Malaysia (MTS) pada 15 Mei ini.

Asma tidak halang Ahmad Fikri beriadah

Laporan dan gambar MOHD RIFAAT ABD HAMID

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

BAGI kebanyakan pesakit lelah atau asma kronik, penyakit itu membantutkan aktiviti seharian mereka, dengan sesetengah pesakit lebih gemar memerap di dalam rumah dan tidak mahu langsung terdedah dengan udara luar, kononnya ia memberi kesan buruk terhadap kesihatan mereka.

Bagaimanapun, bagi Ahmad Fikri Abdul Ghani, 40, penyakit asma yang dihadapinya sejak berusia tujuh tahun tidak pernah menghalangnya daripada menjalani kehidupan seperti insan normal.

Ahmad Fikri yang bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat swasta di Alor Star, Kedah, berkata selepas 33 tahun menghidap asma dia dapat mengawal penyakit itu daripada menjadi lebih serius.

Page 15: rencana berkaitan kesihatan

“Pada peringkat awal saya disahkan menghidap asma ketika kanak-kanak, memang ketika itu saya sering masuk dan keluar hospital. Hospital seolah-olah rumah kedua saya.

“Tanda awal saya menghidap penyakit ini ialah nafas sering sesak dan sukar bernafas, malah badan menjadi kurus,” katanya sambil menambah, penyakitnya bertambah serius apabila musim hujan atau cuaca lembap.

Katanya, ketika itu saluran pernafasannya tersekat dan menyebabkan dia susah bernafas.

Bagi mengatasi kesukaran bernafas, dia terpaksa memeluk bantal tiub getah yang dimasukkan air panas bagi menyerap haba panas ke badannya.

Ahmad Fikri berkata, ketika kanak-kanak setiap kali sesak nafas, bapa akan menghantarnya ke hospital untuk diberi suntikan ‘ventolin’ dan selepas setengah jam barulah pernafasannya pulih.

“Pada masa itu teknik suntikan adalah langkah awal yang diambil, tidak seperti hari ini yang menggunakan ‘nebuliser’ (semburan di hidung) yang cukup berkesan dan mengambil masa singkat untuk sembuh,” katanya.

Ahmad Fikri yang sudah berumahtangga dan mempunyai lima cahaya mata berkata, bagi pesakit asma, yang penting ialah mengekalkan suhu badan normal dan tidak boleh terlalu sejuk kerana keadaan itu menyebabkan mereka sukar bernafas.

Air sejuk

“Saya ingat lagi, ketika kecil saya tidak pernah mandi sebelum ke sekolah kerana bimbang air terlalu sejuk pada waktu pagi boleh menyebabkan saya diserang asma.

“Bagaimanapun, apabila di sekolah menengah, saya rimas jika tidak mandi pagi, justeru ibu akan memasak air supaya saya boleh mandi dengan air suam,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, untuk mengawal penyakit daripada menjadi lebih serius, pesakit harus mengetahui punca serangan asma.

Katanya, selain cuaca yang mempengaruhi penyakit itu, debu dan habuk di sekeliling juga memberi kesan terhadap pesakit asma.

“Apabila pesakit asma ada di kawasan berdebu, ia terasa seperti debu-debu itu menutup rongga pernafasan dan ini menyebabkannya sukar bernafas,” katanya.

Ahmad Fikri berkata, bagi menghadapi serangan asma yang mengejut, dia sentiasa membawa ‘inhaler’, iaitu alat semburan ke dalam mulut yang turut berkesan mengurangkan sesak nafas pesakit asma.

Katanya, pesakit asma juga perlu menjaga pemakanan bagi mengelak serangan penyakit.

“Bagi pesakit asma, minuman berais cukup berbahaya kerana ia cepat mengaktifkan penyakit ini. Selain itu, buah-buahan seperti kekacang juga memberi kesan,” katanya.

Page 16: rencana berkaitan kesihatan

Ahmad Fikri berkata, penyakitnya semakin terkawal sejak dia berusia 15 tahun.

“Serangan asma tetap berlaku, tetapi tidak kerap kerana saya mengambil berat mengenai soal mengelak penyakit ini.

“Saya juga aktif dalam sukan, tetapi secara ringan bagi mengeluarkan peluh dan ia cukup baik untuk diri saya. Ini membuktikan dakwaan pesakit asma tidak boleh bersukan sebenarnya karut. Saya percaya jika seseorang itu lebih aktif, apa juga penyakit dihadapinya akan berjaya dikawal dan berkemungkinan sembuh,” katanya.

Ibu bapa mesti ransang otak anak

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

SEMUA bayi dilahirkan cerdik, namun perkembangan kecerdikan kanak-kanak tertakluk kepada kebijaksanaan ibu bapa untuk meletakkan anak mereka pada tahap terbaik atau sebaliknya.

Membentuk keperibadian dan kepandaian anak sama seperti membina bangunan. Perlu ada perancangan, pelan dan cara melaksanakannya yang mesti dilakukan dengan teliti dan sabar seawal mungkin.

Namun, perkara inilah kebanyakan ibu bapa terlepas pandang. Bahkan, ramai beranggapan kanak-kanak membesar secara ‘semula jadi’ dan anggapan inilah yang membuatkan kehidupan awal anak, terutama sebelum melangkah ke alam persekolahan, berlalu tanpa dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Perunding Program dan Pelatih Pendidikan Awal Kanak-kanak, A Arunatheym, berkata kanak-kanak tanpa mengira bangsa atau kedudukan dianugerahkan dengan kecerdikan sama, tetapi ia perlu dibentuk dan dilatih dengan bersungguh-sungguh.

Katanya, ibu bapa seharusnya menjadi guru pertama kepada anak sendiri, malangnya kebanyakan mereka tidak memainkan fungsi secukupnya, sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada guru di sekolah.

“Ramai tidak percaya jika saya kata kanak-kanak boleh membaca pada umur dua tahun kerana bagi mereka ketika itu baru belajar bercakap. Ia bukan perkara mustahil, asalkan ibu bapa sanggup luangkan masa mengajar mereka.

“Kajian sains membuktikan kanak-kanak yang diberi rangsangan sejak bayi mempunyai perkembangan mental lebih baik kerana pada peringkat ini otak mereka boleh menerima segala bentuk pendidikan. Lebih muda umur seseorang, kebolehannya untuk belajar lebih baik,” katanya ketika menyampaikan ceramah Bagaimana Membesarkan Anak Yang Bijak dan Kreatif anjuran Pusat Perubatan Selangor (SMC) dengan kerjasama AOJ Enterprise.

Enam perkara perlu dilakukan setiap ibu bapa iaitu mengenali anak (tahu warna, makanan atau permainan kegemaran mereka), memberi pujian setiap kali anak melakukan kebaikan, memerhatikan kecenderungan anak belajar, bina ikatan kasih sayang melalui perlakuan seperti memeluk, memberi kasih sayang dan perhatian serta memenuhi keperluan emosinya.

Page 17: rencana berkaitan kesihatan

Sekarang cuba kaitkan senarai di atas dengan hubungan anda dan anak. Sudahkah anda memuji, memeluk, mencium, meluangkan masa bercakap dan bermain dengan anak?

Jika belum atau tidak pernah, masih belum terlambat untuk memulakannya.

Arunatheym berkata, kebanyakan ibu bapa miskin pujian untuk anak walaupun berkali-kali mereka melakukan kebaikan, sebaliknya mudah mengkritik jika ada kesilapan.

Perkara ini perlu diubah kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada minda kanak-kanak.

“Keperluan setiap anak tidak sama, mempunyai keupayaan tersendiri dan minat berbeza. Jangan samakan atau cuba membandingkan mereka. Lumrahnya, kanak-kanak memang aktif dan tidak boleh duduk diam, tetapi ia bukan bermakna mereka nakal, sebaliknya mereka ada banyak tenaga untuk digunakan.

“Tenaga ini sepatutnya kita manfaatkan sebaik-baiknya, terutama pada usia antara satu hingga tiga tahun. Masa inilah yang sesuai untuk mengajar sebanyak mungkin, termasuk membaca. Jangan hadkan aktiviti anak kerana ia akan menyekat perkembangan otak mereka,” katanya.

Prinsipnya mudah saja; semakin muda umur seseorang semakin mudah mereka menerima pelajaran.

Kajian menunjukkan otak berkembang dengan penggunaan — maksudnya jika lebih banyak rangsangan diberi, minda anak menjadi semakin cekap.

Malangnya, ramai ibu bapa terlepas pandang perkara ini. Bukan saja mereka tidak membantu perkembangan otak anak, malah ada yang menyerahkan bulat-bulat tugas menjaga dan mendidik anak kepada pembantu rumah.

Saiz otak

Keupayaan otak kanak-kanak sebenarnya sangat mengagumkan. Ketika lahir, saiz otak hanya 25 peratus berbanding orang dewasa dan meningkat kepada 50 peratus (18 bulan) dan 90 peratus apabila meningkat enam tahun. Jadi dalam usia yang muda ini, otak yang dalam fasa ‘penyerapan’ perlu dirangsang kerana keupayaan mereka menerima ilmu sangat tinggi.

Keupayaan belajar menurun dengan peningkatan umur. Pada usia lima tahun, kanak-kanak mempunyai darjah kecerdasan sehingga 98 peratus, berkurang kepada 30 peratus (10 tahun), 12 peratus (15 tahun) dan dua peratus apabila dewasa.

Inilah sebabnya orang dewasa lebih sukar dan lambat belajar bahasa berbanding kanak-kanak.

Untuk membolehkan anak membaca seawal usia dua tahun, ibu bapa perlu memulakan rangsangan dengan penggunaan kad imbas. Langkah pertama; imbasan kad yang mempunyai gambar objek berwarna hitam dan putih pada umur tiga bulan.

Langkah kedua, menayangkan kad imbas satu perkataan, diikuti dua perkataan, frasa pendek dan ayat. Kad imbas ini boleh dibuat sendiri dengan menulis atas kad bod putih dengan

Page 18: rencana berkaitan kesihatan

tulisan berwarna terang.

Sebut perkataan yang tertulis di atas kad dan tayangkan beberapa saat di depan anak. Ulang proses ini sehingga semua kad diimbaskan dan ulang tiga kali sehari tanpa jemu.

Namun, kejayaan ini terletak pada empat kunci asas iaitu kekerapan, intensif, tempoh pembelajaran dan keseronokan ketika belajar baik pada anak mahupun ibu bapa sendiri.

“Mengajar abjad a, b, c juga cara yang baik, tetapi abjad ini tidak memberi makna kepada anak berbanding perkataan. Jadi, anak secara tidak langsung akan memahami perkataan yang ada pada kad imbas tadi mempunyai makna tertentu.

“Paling penting adalah komitmen ibu bapa. Memang diakui ramai tidak sabar mengajar, tetapi beberapa saat setiap hari bukan perkara membebankan. Malah, ia boleh menjadi aktiviti menyeronokkan dan merapatkan hubungan antara ibu dan anak,” katanya.

Malah, seni lukis juga sebenarnya penting untuk meningkatkan kecerdasan anak.

Namun, perkara paling penting yang perlu ditanamkan kepada anak adalah kepercayaan terhadap Tuhan kerana ia sebenarnya secara tidak langsung boleh meningkatkan ketahanan mental.

Tiga punca keracunan makanan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

ISU keselamatan makanan atau keracunan makanan sentiasa menarik perhatian masyarakat sejagat kerana sedar atau tidak, walau di mana pun, kita sebenarnya dihubungkan dengan masyarakat dunia melalui makanan.

Jaringan makanan dunia yang wujud hari ini sangat kompleks. Setiap hari ada saja makanan yang masuk dari negara kita. Justeru itulah setiap kali timbul isu keselamatan makanan timbul, ia cepat mendapat perhatian dan liputan seluruh dunia.

Menyedari kepentingan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan keracunan atau masalah yang timbul akibat makanan tidak selamat sebagai penyakit kerana ia bukan hanya berlaku di negara membangun, tetapi turut membabitkan negara maju.

Punca utama keracunan makanan ialah akibat pencemaran bakteria, diikuti sebab fizikal (kaedah pengendalian dan penyediaan) serta bahan kimia.

Secara tradisionalnya, beberapa jenis bakteria boleh menjadi patogen (penyebab penyakit) seperti Campylobacter dan Salmonella yang menjadi punca utama keracunan dan menyebabkan kematian kira-kira dua juta kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun.

Uniknya, patogen boleh berubah dari semasa ke semasa menjadi strain yang mempunyai daya tahan tinggi seperti penyebab Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) dan selesema burung yang meragut banyak nyawa.

Page 19: rencana berkaitan kesihatan

Sebenarnya keselamatan makanan bukan hanya dicemarkan bakteria patogen kerana banyak bahan lain boleh melemahkan sistem badan manusia seperti sisa racun serangga, baja dan ubat haiwan.

Pengarah Eksekutif Pusat Maklumat Makanan Asia (AFIC), Georgina Cairns, ketika pembentangan kertas kerja dalam bengkel media mengenai Kesihatan dan Pemakanan anjuran Nestle Malaysia Berhad, baru-baru ini, berkata kehadiran logam berat, bahan yang ditambah dalam makanan sama ada pengawet, pewarna atau perisa, dan penyalahgunaan bahan terlarang dalam makanan seperti stevioside, pewarna merah Sudan atau makanan hasil bioteknologi juga boleh menjejaskan kesihatan.

“Apabila berlaku keracunan makanan, seseorang itu akan muntah atau mengalami cirit-birit. Malangnya ada yang menyangka sakit perut adalah perkara normal, terutama apabila makan di majlis keramaian.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia secara terang-terangan menunjukkan makanan yang dihidangkan tidak selamat. Lebih teruk lagi, ada yang percaya cirit-birit baik untuk membersihkan sistem usus, sedangkan ia tidak benar sama sekali,” katanya.

Antara simptom keracunan makanan termasuk sakit otot, pening kepala, muntah, demam, pandangan kabur, mudah letih, sakit perut, cirit-birit, seram sejuk dan kekejangan yang biasanya berlanjutan satu atau dua hari.

Bagaimanapun, simptom ini berbeza mengikut daya ketahanan dan tindak balas seseorang, jenis patogen serta kadar toksin yang masuk ke dalam badan.

Ia boleh bermula dalam tempoh satu atau beberapa jam. Namun, ada juga yang mengambil masa sehari sebelum badan bertindak balas.

Katanya, kesedaran keselamatan makanan secara umumnya, sama ada di negara maju atau membangun, masih kurang memuaskan kerana ramai tidak faham kepentingan membasuh tangan sebelum makan.

Kajian AFIC 2002 ke atas 600 responden di China, Indonesia dan Filipina mengenai keprihatinan terhadap makanan mendapati, ramai memilih makanan mengikut nilai pemakanan, diikuti kepekaan terhadap penyakit yang boleh dipindahkan kepada manusia, jangkitan bakteria dan sisa racun serangga.

Bagaimanapun, kesedaran terhadap isu keselamatan makanan meningkat daripada 12 peratus pada 2002 kepada 20 peratus (2003) dan 25 peratus tahun lalu, yang menunjukkan lebih banyak pendidikan dan maklumat perlu disalurkan kepada masyarakat.

Cairns berkata, masalah timbul apabila ada yang berasakan tidak banyak boleh dilakukan untuk menjamin keselamatan makanan, sedangkan ia adalah tanggungjawab setiap orang, bermula dari ladang, tempat permulaan rantaian makanan hinggalah ke dalam pinggan.

Sebagai pengguna, peringkat paling penting ialah penyediaan makanan sebelum dihidangkan. Dalam peringkat ini banyak kesilapan berlaku yang boleh mengundang pencemaran seperti kaedah penyediaan dan penyimpanan yang salah.

Page 20: rencana berkaitan kesihatan

“Makanan yang disimpan pada suhu bilik adalah medium terbaik untuk pertumbuhan bakteria. Bakteria boleh membiak dalam suhu antara lima hingga 60º Celsius. Inilah sebabnya. Jika dapat, elakkan makan makanan yang terbiar lama melebihi dua jam pada suhu bilik.

“Malah, kajian mendapati nasi yang dipanaskan pada suhu 27º Celsius juga boleh meningkatkan risiko keracunan, tetapi bagaimana hal ini berlaku belum difahami,” katanya.

Bahkan, air minuman juga adalah saluran paling mudah untuk penyebaran bakteria seperti masalah demam kepialu yang berlaku di Kelantan baru-baru ini.

Walaupun ia masalah setempat, tetapi kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan antara kaedah paling mudah dilakukan di rumah ialah memasak air hingga mendidih. Meskipun ia dianggap kaedah sementara, tetapi langkah ini mampu mengelakkan pelbagai masalah keracunan makanan di rumah.

Sememangnya kita tidak akan dapat mengenal pasti makanan yang tercemar dengan melihat atau merasa, tetapi masalah keracunan dapat diatasi dengan amalan pengendalian dan penyediaan yang bersih serta selamat.

Kurang air rosakkan organ

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

KITA sering dinasihatkan supaya minum banyak air, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Namun bagi sesetengah orang, nasihat ini sukar diikut dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini bukan perkara digemari.

Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbonat yang diambil sepanjang hari.

Justeru, ramai beranggapan pengambilan air masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.

Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Perlu diganti segera

Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral lebih banyak yang perlu diganti segera bagi mengelakkan berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air).

Hampir 60 peratus daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya tidak kita sedari.

Page 21: rencana berkaitan kesihatan

Menurut artikel terbitan Mayo Clinic, Minnessotta, masalah kekurangan air akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang.

Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ dan keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.

Mungkin anda berfikir, badan kurang air bila kita dahaga. Anggapan ini kurang tepat kerana dahaga bukan penunjuk tepat kepada masalah ini, terutama di kalangan kanak-kanak dan orang tua, kerana badan boleh mengadaptasi kepada keadaan kekurangan air sehinggalah masalah menjadi lebih serius.

Bukan semua kes dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius, tetapi kehilangan dua peratus berat badan boleh mempengaruhi prestasi, terutama di kalangan atlit, kehilangan tiga hingga lima peratus berat badan akibat dehidrasi menjejaskan penumpuan, tindak balas dan pertimbangan mereka.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat. Antara tanda kekurangan air termasuk:

Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif Terlalu dahaga Mulut kering Mengantuk Air kencing sedikit dan pekat Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis Lemah otot Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:

Kurang berpeluh Mata cengkung Tekanan darah rendah Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal) Denyutan jantung menjadi cepat Demam Meracau Pengsan

Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan

Page 22: rencana berkaitan kesihatan

bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.

Selain itu, penerbangan yang lama ke satu-satu destinasi juga menyebabkan kita kehilangan air kerana udara dalam kapal terbang sangat kering, dengan kadar kelembapan kurang daripada 10 peratus. Keadaan bertambah buruk jika anda minum minuman beralkohol. Jadi, pastikan anda minum banyak air masak ketika penerbangan.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis.

Justeru inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air berlebihan boleh menyebabkan kematian.

Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca juga semakin rendah.

Malah, sesetengah orang tua yang tinggal di rumah penjagaan mahupun duduk sendirian selalunya makan sedikit dan terlupa untuk makan atau minum. Keadaan ini juga akan menyumbang kepada masalah dehidrasi yang semakin meruncing setiap hari jika tidak diperbaiki.

Jadi, sebelum berlaku kerosakan tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk diri anda. Caranya bukan susah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Jadi, jangan bertangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri!

Cara lakukan CPR...

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.

2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.

3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.

Page 23: rencana berkaitan kesihatan

4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap hembusan dua saat).

5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.

7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik.

Kumpulan yang perlu tahu melakukan CPR

Sekurang-kurangnya seorang dalam tujuh orang. Semua orang yang bekerja di tempat berisiko tinggi. Penjaga orang tua dan kanak-kanak (termasuk pekerja di rumah penjagaan orang tua dan kanak-kanak cacat). Petugas institusi perubatan, termasuk pengawal keselamatan dan pekerja am. Semua ahli keluarga pesakit atau bekas pesakit jantung dan penyakit kronik lain.

CPR bantu pesakit dapat bernafas

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

BERAPA ramai antara kita yang tahu dan bersedia memberikan bantuan pernafasan jika berdepan situasi cemas atau kemalangan? Atau adakah kita hanya terpaku memerhatikan mangsa tanpa melakukan apa-apa untuk menyelamatkannya?

Berapa ramai pula sibuk mengelilingi mangsa kerana ingin mengetahui apa berlaku tanpa menyedari tindakan anda sebenarnya boleh membuatkan mangsa jadi lebih ‘lemas’ dan mungkin menamatkan nyawanya?

Namun, inilah yang kerap berlaku dalam masyarakat kita. Ramai yang cemas dan ingin membantu, tetapi tidak tahu caranya dan akhirnya mangsa akan dikerumuni tanpa diberikan bantuan.

Percaya atau tidak, dalam keadaan kecemasan, masa berlalu dengan cepat dan jika mangsa tidak diberikan bantuan dalam masa empat minit pernafasannya terhenti, dia mungkin mengalami kerosakan otak kekal dan meninggal dunia.

Page 24: rencana berkaitan kesihatan

Bantuan pernafasan atau resusitasi kardio-pulmonari (CPR) adalah cara kecemasan membekalkan oksigen kepada otak mangsa. Otak yang tidak menerima oksigen melebihi lima minit akan mengalami kerosakan kekal dengan perkataan mudah — otak akan mati dan ia tidak boleh diperbaiki.

Pengurus Kanan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Dr Shiamala Devi, berkata lebih cepat mangsa diberikan bantuan pernafasan, lebih tinggi peluangnya untuk hidup.

Katanya, CPR mesti diberikan secepat mungkin untuk memastikan mangsa yang mengalami masalah jantung mendadak atau pernafasan terhenti dapat meneruskan kehidupan. Secanggih mana pun perubatan moden, fungsi CPR masih penting.

“CPR sebenarnya membabitkan dua bahagian, iaitu bantuan pernafasan mulut ke mulut dan menekan bahagian ulu hati untuk memberi rangsangan luar kepada jantung supaya berdenyut.

“Dengan melakukan CPR anda sebenarnya membekalkan darah beroksigen kepada jantung, otak dan organ penting lain dalam badan hinggalah mangsa mendapat rawatan perubatan untuk mengembalikan denyutan jantung yang normal.

“Jika CPR dilakukan dalam masa empat minit, mangsa mempunyai peluang sekurang-kurangnya 45 peratus untuk hidup, tetapi jika CPR lewat diberikan iaitu antara lapan hingga 10 minit, peluang untuk hidup hanya 10 peratus. Ini kerana dalam tempoh empat hingga enam minit tanpa oksigen, otak sudah mengalami kerosakan,” katanya.

Siapa yang perlu belajar CPR? Sebenarnya semua orang perlu tahu cara memberikan bantuan pernafasan, terutama jika ada ahli keluarga mengalami masalah jantung, kencing manis, asma, stroke, tekanan darah tinggi, sawan, barah atau penyakit kronik lain.

Walaupun nampak mudah, CPR adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dipraktikkan selalu supaya bantuan kecemasan ini dapat diberikan dengan cara betul dan tidak mendatangkan masalah sampingan kepada mangsa.

Siapa pula yang memerlukan CPR? Keperluannya tidak terduga, tetapi ia mungkin lebih diperlukan individu berisiko tinggi seperti yang mempunyai penyakit asma, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Malah, lelaki dewasa yang lebih terdedah kepada masalah sakit jantung (terutama di kalangan lelaki India), kanser dan stroke (lelaki China) serta kencing manis (lelaki Melayu) adalah antara kumpulan yang mungkin memerlukan CPR selain perokok, individu yang banyak minum minuman keras dan obes.

“Bukan semua orang tahu melakukan CPR, termasuk kakitangan hospital. Ia satu kemahiran asas yang perlu dipelajari setiap orang atau sekurang-kurangnya seorang dalam tujuh orang.

“Kita tidak tahu bila kita perlukan CPR. Lebih baik jika kita bersedia, khususnya bagi individu yang mempunyai ahli keluarga yang tua atau ada sakit kronik, kerana kebanyakan kematian di kalangan orang dewasa disebabkan serangan jantung,” katanya.

Ini kerana hampir 80 peratus pesakit jantung mendapat serangan ketika di rumah. Jadi, ahli keluarga bertanggungjawab memberikan bantuan kecemasan untuk orang tersayang

Page 25: rencana berkaitan kesihatan

sementara menunggu kakitangan perubatan tiba.

Ramai orang tidak menyedari mereka mengalami masalah jantung sehingga mendapat serangan pertama dan sering mengabaikan simptom awal seperti jantung terasa dipulas, pening, muntah, seram sejuk, berpeluh dan pengsan di pejabat.

Dr Shiamala berkata, untuk melakukan CPR, tiga langkah yang dipanggil ABC perlu diingat iaitu:

A — Saluran pernafasan (Airway). Pastikan kedudukan badan mangsa tidak menghalang pernafasannya dengan mengiringkan badannya. Badan yang baring terlentang boleh menyebabkan mangsa sesak nafas (kerana lidah menutup saluran pernafasannya).

B — Pernafasan (Breathing). Berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut bagi membekalkan oksigen ke paru-paru mangsa.

C — Peredaran darah dan oksigen (Circulation). Ini dapat dibantu dengan menekan dada (pada bahagian ulu hati) 15 kali sehinggalah pesakit dapat bernafas atau bantuan tiba.

Kalau mangsa adalah kanak-kanak, gunakan sebelah tangan saja dan tekan menggunakan ibu jari jika memberikan bantuan kecemasan pada bayi.

Jika ada rakan pengsan, sama ada disebabkan kencing manis atau asma, Dr Shiamala menasihatkan mangsa dibaringkan mengiring atau meniarap.

Hal sama juga perlu dilakukan kepada pesakit yang diserang sawan dan paling penting, jangan letakkan sebarang objek dalam mulut mangsa kerana ia boleh menyekat pernafasan mereka.

Kanser kolorektal bermula pada usus

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

SIMPTOM buasir sering disalah anggap sebagai kanser kolorektal iaitu gabungan kanser kolon dan rektal. Bukan hanya kerana kedudukannya sama ada di luar dubur atau di hujung salur najis, tetapi rupanya yang bengkak dan tersembul keluar memang nampak seperti ketumbuhan menakutkan.

Malah, simptom buasir seperti sukar membuang air besar, rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas dan najis berdarah mungkin boleh menjadi petanda awal penyakit lain seperti kanser kolorektal.

Bagaimanapun, buasir bukan penyebab kanser kolorektal dan tiada kaitan dengan penyakit berbahaya itu.

Kanser kolorektal adalah kanser ketiga biasa di dunia selepas paru-paru dan payudara, dengan anggaran kira-kira 3,500 kes baru setiap tahun di negara ini.

Kanser kolorektal adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus atau rektum (bahagian akhir usus besar yang menyimpan bahan buangan sebelum ia dibuang sebagai

Page 26: rencana berkaitan kesihatan

najis).

Setiausaha Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Mohamed Ibrahim Wahid, berkata kanser usus adalah sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser.

Proses ini mengambil masa bertahun-tahun tetapi ramai membiarkannya berlaku. Walaupun menyedari mereka mula mengalami masalah membuang air besar, ramai beranggapan ia perkara normal.

Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan simptom, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom lain termasuk berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut rasa memulas, terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu), perut rasa tidak selesa (kembung atau senak), muntah, hilang selera makan tanpa alasan tertentu dan sentiasa rasa penat. Pada keadaan serius, pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar.

“Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, simptom ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

“Jadual ke tandas ini juga berbeza antara individu. Jangan bandingkan jadual kita dengan orang lain kerana ada orang hanya pergi tandas seminggu sekali dan itu adalah normal baginya. Apabila jadual ini berubah, contohnya kepada sebulan dua minggu sekali dan disertakan simptom lain, segeralah berjumpa doktor,” katanya dalam seminar kesihatan anjuran Pfizer Malaysia.

Puncanya masih tidak difahami sepenuhnya, tetapi banyak faktor dikatakan menyumbang kepada kanser kolorektal. Antaranya:

Umur — Golongan berumur 40 tahun ke atas lebih berisiko. Lebih 90 peratus kes kanser kolorektal di Malaysia membabitkan pesakit berumur 40 tahun ke atas.

Polip — Kebanyakan kanser kolorektal bermula dengan polip. Ketumbuhan bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar dan sesetengah polip boleh berubah menjadi kanser. Jika ia dapat dikesan, polip ini akan dibuang, walaupun ia tidak berbahaya.

Sejarah keluarga — Individu yang ada ahli keluarga mendapat kanser kolorektal juga berisiko tinggi mengalami masalah sama.

Sejarah diri — Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus juga boleh mendapat kanser kolorektal.

Pemakanan — Pemakanan yang kaya lemak dan kurang serat juga dikatakan boleh menyebabkan kanser usus.

Rokok — Merokok meningkatkan risiko pembentukan polip.

Page 27: rencana berkaitan kesihatan

Berat badan dan aktiviti fizikal — Individu yang kurang bersenam dan obes meningkatkan risiko mereka mendapat kanser. Bersenam memudahkan anda untuk buang air besar.

Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) dikatakan boleh mengurangkan risiko pembentukan polip.

Orang Cina lebih ramai mendapat kanser kolorektal, tetapi orang Melayu mendapatnya pada umur lebih muda.

Perunding Pembedahan Kolorektal, Dr Aktar Qureshi, berkata sindrom keluarga kanser — iaitu sama ada tiga ahli keluarga mendapat kanser (payudara, usus, ovari atau endometriosis); atau dua ahli keluarga terdekat (ayah, ibu atau adik-beradik mendapat kanser) atau seorang ahli keluarga mendapat kanser sebelum berumur 50 tahun — adalah keluarga berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal.

Katanya, pada forum kesihatan umum anjuran Pusat Perubatan Sunway, kanser kolorektal didiagnos melalui dua cara iaitu kolonoskopi (memeriksa seluruh usus menggunakan alat khas yang dimasukkan ke dalam dubur) dan kolonoskopi virtual secara imbasan Scan.

Walaupun kaedah kedua lebih canggih, cepat dan kurang risiko, ia tidak dapat memastikan saiz sebenar ketumbuhan dalam usus. Malah, alat kolonoskopi biasa masih perlu digunakan untuk membuang polip dalam usus.

Sebagaimana kanser lain, kanser kolorektal dirawat secara pembedahan (dipanggil kolostomi untuk membuang ketumbuhan, sebahagian usus dan nodus limfa yang berhampiran), kemoterapi dan radioterapi.

“Kekerapan untuk pemeriksaan kesihatan usus bergantung kepada faktor risiko dihadapi seseorang, tetapi biasanya lima atau enam tahun sekali sudah memadai kerana kanser kolorektal mengambil masa kira-kira lapan tahun untuk berkembang,” katanya.

Walaupun tiada kaedah khusus untuk mengelakkan kanser kolorektal, kita boleh merendahkan risiko dengan mengamalkan pemakanan kaya serat, bersenam selalu dan kekalkan berat badan seimbang.

Kanser boleh dikesan awal

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

SOALAN YANG KERAP DIAJUKAN

1. Apa itu kanser?

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan ‘mencuri’ zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

2. Apakah leukemia?

Page 28: rencana berkaitan kesihatan

Leukemia ialah kanser sel darah putih. Ia dikategorikan ‘kanser luar biasa’ kerana tidak mempunyai tumor. Walaupun sel ini ada dalam darah, tetapi tidak bermakna pesakit yang menghidap kanser jenis lain akan mendapat leukemia.

3. Apa yang menyebabkan kanser?

Punca sebenar bagaimana dan mengapa pertumbuhan sel yang tidak terkawal berlaku masih tidak diketahui. Bagaimanapun, kajian mendapati ia ada kaitan dengan tabiat, gaya hidup, pemakanan dan faktor geografi, seperti kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok (ia sebenarnya boleh dielakkan).

4. Bagaimana kanser merebak?

Sel kanser akan membuat ‘laluan’ sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limfa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

5. Bolehkah ia diwarisi?

Secara umumnya, kanser tidak boleh diwarisi. Bagaimanapun, individu yang ada sejarah keluarga mempunyai risiko, tetapi anak tidak semestinya mendapat kanser. Paling penting, sel kanser juga tidak akan menjangkiti orang lain, walaupun melalui pemindahan darah.

6. Adakah semua tumor itu akan menjadi kanser?

Tidak. Tumor ada dua jenis: benigna dan malignan. Tumor benigna bermakna ia tidak merebak dan jarang berbahaya seperti ketuat dan sista. Tumor malignan pula akan merebak ke organ lain dan membesar sendiri sehingga menjadi barah.

7. Adakah semua kanser sama?

Tidak. Ada banyak jenis kanser yang menyerang organ badan. Sesetengah jenis kanser tumbuh perlahan, tetapi ada yang merebak cepat. Berlainan jenis kanser memberi kadar tindak balas berbeza terhadap rawatan.

8. Bolehkah kanser diubati?

Ya. Ramai penduduk Malaysia sembuh daripada kanser. Peluangnya berbeza mengikut jenis kanser, tetapi lebih awal ia dirawat peluangnya untuk sembuh lebih tinggi.

9. Bolehkah ia dikesan awal dan dirawat?

Ya, jika pesakit tahu tanda awal dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik menyedarinya. Namun, kebanyakan orang mengabaikan tanda awal ini sehingga penyakit sudah merebak ke peringkat berbahaya.

10. Apakah tanda amaran kanser?

Senarai di bawah hanya tanda umum. Bagaimanapun, tanda ini juga boleh muncul bersama

Page 29: rencana berkaitan kesihatan

ketumbuhan benigna seperti ketulan pada payudara. Pun begitu, sebaik menyedari tanda ini, segera jalani pemeriksaan kesihatan.

Kudis yang tidak sembuh selepas beberapa minggu.

Pigmen atau ketuat yang semakin membesar, jadi hitam dan berdarah.

Ketulan pada buah dada.

Pendarahan vagina yang luar biasa (terutama di antara tempoh haid).

Perubahan tabiat buang air atau najis berdarah.

Air kencing berdarah.

Masalah tidak hadam dan hilang selera makan.

Sakit tekak dan batuk berpanjangan.

Sukar menelan makanan.

11. Adakah kanser boleh menyerang tanpa tanda?

Ya. Dalam kebanyakan kes, kanser tidak menyebabkan sakit pada peringkat awal. Ia menyerang dalam diam. Sakit hanya dirasai apabila kanser sudah merebak dan inilah sebabnya segera berjumpa doktor sebaik tanda awal dikesan dan jangan tunggu hingga sakit.

12. Adakah wanita dan lelaki mempunyai risiko sama diserang kanser?

Tidak. Secara keseluruhannya, lelaki lebih ramai mendapat kanser.

13. Apakah jenis kanser yang kerap menyerang lelaki dan wanita?

a. Wanita: Kanser payudara, serviks, kolon, ovari, leukemia dan paru-paru. Kanser payu dara ialah insiden paling kerap membabitkan 30.4 peratus daripada semua jenis kanser di kalangan wanita.

b. Lelaki: Kanser paru-paru, prostat, nasofariks, usus, leukemia dan rektum. Kanser paru-paru menunjukkan insiden paling tinggi iaitu 13.9 peratus bagi semua jenis kanser yang menyerang lelaki.

14. Wujudkah ‘zon umur bahaya’ dan adakah kanser juga mempunyai ciri ini?

Secara amnya, kanser boleh menyerang sesiapa saja, tidak kira berapa umur mereka. Bagaimanapun, ia biasanya berlaku pada orang dewasa, terutama selepas 40 tahun. Jadi ketika ini, jika ada tanda awal kanser, segera berjumpa doktor.

Bagi wanita pula, buat pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan (beberapa hari selepas habis haid) dan ujian pap smear (jika mempunyai kehidupan seks aktif) sekurang-kurangnya tiga tahun sekali.

15. Bagaimana kanser dirawat?

Rawatan awal penting kerana kebanyakan kanser merebak cepat. Ada beberapa kaedah rawatan iaitu:

a. Pembedahan.

Page 30: rencana berkaitan kesihatan

b. Radioterapi (menggunakan radiasi tinggi seperti sinar-X, sinar gamma, radium atau bahan radioaktif).

c. Ubat antikanser.

d. Hormon — kadangkala beberapa hormon digunakan serentak, bergantung kepada jenis kanser. Kemoterapi bermakna menyuntik atau memberi ubat yang akan memusnahkan sel kanser tertentu kerana sesetengah sel kanser boleh dikawal menggunakan hormon.

Secara amnya, pembedahan bertujuan membuang semua sel kanser di tempat terbabit dan disusuli radioterapi sinar X atau gamma untuk memusnahkan tumor yang boleh menjadi kanser.

16. Bolehkah kanser dielakkan?

Dalam sesetengah kes, kanser boleh dielakkan. Contohnya, 90 peratus kes kanser paru-paru boleh dielakkan jika tidak merokok. Kajian saintis menunjukkan 80 peratus daripada semua jenis kanser disebabkan faktor luaran.

SUMBER: Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

Elak makanan tercemar

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

Antara mikro organisma penyebab keracunan makanan:

Bakteria Bacillus cereus — menyebabkan cirit-birit dan muntah. Biasanya mencemarkan daging, susu, sayur-sayuran, ikan dan produk beras.

Compylobacter jejuni — paling biasa menyebabkan cirit-birit. Ada dalam air kotor, daging, ayam, itik dan susu mentah.

Clostridium perfringens — bakteria paling cepat membiak dalam makanan yang disimpan pada suhu bilik atau makanan yang disejukkan perlahan-lahan seperti bufet.

Clostridium botulinum — bakteria yang menghasilkan bahan toksin dalam keadaan tiada oksigen seperti makanan berkaleng dan salai.

Escherichia coli — walaupun secara umumnya ia tidak berbahaya, tetapi boleh menyebabkan cirit-birit. Biasanya ada dalam susu tidak dipasteur dan daging kurang masak. Jenis E. coli 0157:H7 boleh menyebabkan kematian.

Listeria monocytogens — biasanya dijumpai dalam susu tidak dipasteur, produk tenusu, daging mentah, makanan laut dan ikan.

Salmonella — Biasanya ditemui dalam daging ayam dan itik yang kurang masak, telur, ikan dan susu tidak dipasteur.

Virus Hepatitis A — virus yang boleh merebak melalui najis dan air tercemar.

Trichinella spiralis — parasit dalam daging babi yang tercemar atau kurang masak.

Page 31: rencana berkaitan kesihatan

Mengelakkan keracunan makanan:

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara punca utama keracunan makanan berlaku ialah ketika pengendalian dan penyediaan sama ada di rumah, gerai atau restoran.

Makanan yang tercemar bakteria berisiko tinggi menyebabkan keracunan. Bagaimanapun, kesedaran dan pengetahuan mengenai pengendalian serta penyediaan selamat masih rendah.

Keracunan makanan juga boleh berpunca akibat:

Menyimpan makanan dalam zon bahaya — kebanyakan patogen membiak dalam suhu antara lima hingga 60º Celsius yang dipanggil suhu zon bahaya. Keadaan lebih buruk jika makanan disediakan lama sebelum waktu makan, dibiarkan pada suhu yang mudah bakteria membiak atau makanan yang tidak dimasak sepenuhnya.

Persilangan pencemaran antara makanan masak dan mentah — bakteria daripada makanan mentah boleh mencemarkan makanan yang dimasak atau sedia dimakan. Kedua-dua jenis makanan ini perlu disimpan berasingan dalam bekas kedap.

Pencemaran ketika penyediaan — pastikan tangan dan semua peralatan seperti papan potong sentiasa bersih.

Antara prinsip asas untuk mengelakkan makanan tercemar ialah:

a. Pembelian

Pastikan tarikh luput (juga ditulis ‘baik sebelum’) setiap barangan yang dibeli dan tin (bagi makanan berkaleng) dalam keadaan baik.

Buat pemeriksaan kasar kebersihan kedai. Ia petanda untuk mengetahui amalan kebersihan pemilik premis itu.

Jangan beli produk tenusu atau makanan yang sepatutnya disimpan sejuk atau beku tetapi dijual dalam keadaan sebaliknya.

Pastikan bungkusan tidak rosak, tin tidak kemek atau kembung dan pelekat jaminan keselamatan masih ada.

b. Simpanan

Simpan makanan sebaik saja sampai di rumah, terutama makanan yang perlu didingin beku.

Simpan makanan mentah, sedia dimakan dan yang sudah masak dalam bekas berasingan di dalam peti sejuk.

Jangan masukkan makanan panas dalam peti sejuk kerana ia boleh menaikkan suhu peti sejuk.

Page 32: rencana berkaitan kesihatan

Simpan makanan berkaleng, paket dan botol di tempat kering dan sejuk, terlindung daripada serangga serta haiwan perosak.

c. Penyediaan makanan

Basuh tangan setiap kali sebelum menyedia, masak, menghidang dan makan, walaupun anda makan menggunakan sudu dan garpu.

Pastikan makanan panas dimakan waktu masih panas dan sebaliknya. Elak makanan yang disimpan pada suhu bilik melebihi dua jam. Berhati-hati juga ketika makan dalam majlis besar seperti simposium atau aktiviti sosial.

Jangan masak makanan untuk orang lain jika anda tidak sihat.

Semua peralatan dapur, terutama papan pemotong, mestilah bersih. Gunakan papan pemotong berasingan untuk makanan mentah dan sudah dimasak.

Jangan bekukan semula makanan yang sudah dinyah beku kerana ia boleh galakkan pembiakan bakteria.

Makanan yang dimakan mentah seperti ulam perlu disimpan dalam peti sejuk sehinggalah tiba waktu makan atau makan segera sejurus ia disediakan.

Pengguna juga perlu lebih berhati-hati apabila membeli makanan dari gerai, antaranya:

Pilih makanan yang hanya dimasak apabila dipesan dan makan ketika ia masih panas.

Elak mengambil makanan yang sudah lama dimasak dan sejuk.

Elakkan juga makanan yang sepatutnya sejuk tetapi ada pada suhu bilik (suam) ketika dijual.

Jangan makan makanan yang berbau atau mempunyai rupa yang pelik dan berlainan daripada sepatutnya.

Pastikan anda memilih gerai bersih. Ini boleh dilakukan dengan memerhatikan sijil pengkelasan kebersihan (termasuk ketika penyediaan makanan) yang diberikan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kesihatan, sama ada gred A, B atau C.

Penyakit berbahaya bermula dari mulut

Susunan NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

MENGAPA kesihatan mulut sangat penting? Kesihatan mulut bukan sekadar untuk mendapatkan gigi bersih dan kuat, tetapi ia sebenarnya ada banyak manfaat lain. Selain dapat mengelakkan masalah bau mulut, penjagaan sempurna mampu mengekalkan gigi pada usia tua.

Menurut artikel terbitan Mayo Clinic, Minnessotta, mulut sihat boleh menghindarkan anda

Page 33: rencana berkaitan kesihatan

daripada beberapa penyakit seperti serangan jantung, strok, diabetes dan kelahiran pra matang.

Malah, hasil kajian kesihatan membuktikan kepentingan menjaga kesihatan mulut — yang ada kaitan rapat dengan kesihatan keseluruhan badan.

Jika selama ini kita sering mengabaikan aspek penjagaan gigi, sekarang adalah masa terbaik untuk lebih ‘serius’ memberi tumpuan kepada kesihatan mulut.

Mengapa? Sebenarnya mulut adalah ‘pintu’ kemasukan bahan asing ke dalam badan dan ia juga sering menunjukkan petanda atau simptom awal kepada penyakit sistemik — iaitu penyakit yang memberi kesan kepada keseluruhan badan dan tidak hanya mempengaruhi anggota tertentu seperti kencing manis dan Aids.

Malah, kajian juga mendapati hampir 90 peratus simptom penyakit sistemik bermula dengan masalah dalam mulut.

Air liur

Ramai tidak tahu dalam mulut kita ada kira-kira 500 spesies bakteria yang hidup subur dengan kehadiran air liur.

Namun, air liur juga ada fungsi penting sebagai agen pertahanan badan. Ia mengandungi antibodi untuk melawan serangan virus yang menyebabkan selesema dan HIV.

Kandungan protein dalam air liur (dipanggil histatins) merencatkan pertumbuhan fungus Candida albicans. Enzim air liur pula melindungi badan daripada penyakit yang diakibatkan serangan bakteria.

Namun tanpa bantuan anda, air liur tidak dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Bakteria dalam mulut akan sentiasa ‘bekerja’ membentuk plak yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Sikap malas memberus gigi, terutama sebelum tidur, memberi peluang bakteria membentuk lebih banyak plak yang berkumpul di celah gigi dan gusi yang akhirnya menyebabkan jangkitan gusi (gingivitis).

Jika dibiarkan, ia akan mengakibatkan masalah jangkitan gusi lebih serius dipanggil periodontitis dan akhirnya gigi berkenaan mungkin tanggal.

Secara semula jadinya, bakteria dalam mulut tidak akan masuk ke dalam sistem aliran darah. Namun, cara penjagaan kebersihan mulut yang kurang sihat atau kaedah rawatan gigi juga boleh memberi laluan bakteria masuk ke aliran darah.

Jika kita mempunyai sistem imun kuat, kehadiran bakteria dalam mulut tidak akan mendatangkan masalah.

Bagaimanapun, bagi individu yang sistem imunnya lemah, terutama jika menghidap penyakit atau menjalani rawatan kanser, bakteria dari mulut boleh menyebabkan jangkitan ke anggota

Page 34: rencana berkaitan kesihatan

lain seperti endocarditis (bakteria dari mulut memasuki aliran darah dan melekat pada dinding injap jantung).

Dalam jangka masa panjang, jangkitan gusi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan gigi tanggal. Namun, masalah ini mungkin tidak berakhir dengan kehilangan gigi saja. Kajian mendapati jangkitan gusi juga berkait rapat dengan masalah kencing manis yang tidak dikawal, penyakit jantung dan kelahiran pra matang.

Bagi mereka yang menghidap kencing manis, anda sebenarnya mempunyai risiko tinggi mengalami masalah jangkitan gusi. Sebaliknya, jangkitan gusi teruk akan menyukarkan usaha mengawal masalah kencing manis kerana boleh menyebabkan badan resistan terhadap insulin yang mengganggu kawalan paras gula.

Bagaimana bakteria mulut boleh menyebabkan masalah kardiovaskular?

Gingivitis turut bertanggungjawab dalam pembentukan darah beku dan menjadikan arteri tersumbat kerana bakteria ini menyebabkan radang di seluruh badan, termasuk salur darah yang meningkatkan risiko plak aterosklerotik dalam arteri, serangan jantung dan strok.

Sesetengah penyelidik berkata, semakin teruk jangkitan gusi, risiko serangan jantung dan strok juga meningkat.

Malah, masalah gusi juga dikaitkan dengan kelahiran pra matang dan bayi yang tidak cukup berat.

Bagaimana ia berlaku? Secara teorinya, bakteria dari mulut menghasilkan toksin yang sampai ke plasenta melalui aliran darah.

Toksin ini akan mengganggu pertumbuhan dan perkembangan fetus. Pada masa sama, jangkitan ini menyebabkan badan si ibu menghasilkan rangsangan untuk mempercepatkan kelahiran.

Walaupun teori ini masih giat dikaji, tetapi kita tidak perlu tunggu hingga ia disahkan benar untuk memulakan amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik. Amalan penjagaan gigi yang kita mulakan hari ini akan memberi faedah sepanjang hayat.

Cara elak gigi rosak, reput

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

CUBA ingat kembali bilakah kali terakhir anda berjumpa doktor gigi. Enam bulan, setahun atau lebih lima tahun lalu? Mengapa? Mungkin alasannya takut berjumpa doktor gigi dan inilah fenomena tidak sihat yang masih membelenggu masyarakat kita.

Boleh dikatakan hampir setiap orang mengalami kerosakan gigi, tetapi mengenangkan rasa ngilu apabila gigi dibersihkan membuat ramai lebih rela memendamkan masalah dalam mulut sehingga melarat.

Page 35: rencana berkaitan kesihatan

Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr Teo Choo Kum, berkata dua masalah utama melanda masyarakat kita, khususnya di kalangan orang dewasa, iaitu pereputan gigi dan masalah kesihatan gusi.

Berdasarkan kajian, kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan golongan berumur 35 hingga 44 tahun iaitu sebanyak 96.5 peratus, diikuti 91.5 peratus (25 hingga 39 tahun) dan 80.9 peratus di kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun.

Mengapa kadar pereputan gigi paling tinggi berlaku di kalangan orang dewasa yang sepatutnya lebih peka pada kebersihan dan kesihatan mulut mereka? Faktor gaya hidup, kesibukan kerja dan kecuaian menyebabkan mereka menangguhkan temu janji dengan doktor gigi, walaupun ia hanya perlu dilakukan dua kali dalam setahun.

Keadaan sebaliknya berlaku di kalangan pelajar sekolah yang lebih kerap menjalani pemeriksaan gigi oleh jururawat yang datang ke sekolah atau pergi sendiri ke klinik.

Walaupun secara keseluruhan kadar masalah kerosakan gigi menunjukkan pengurangan, tetapi berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak di negara kita antara paling banyak mengalami masalah kesihatan mulut, khususnya pereputan dan kehilangan gigi, serta menjalani rawatan tampalan.

Dr Teo berkata, pereputan gigi kanak-kanak biasanya bermula dari atas (hujung gigi) manakala bagi orang dewasa masalah pereputan berlaku di celah-celah gigi.

Bakteria dalam mulut akan bertindak ke atas makanan yang tertinggal atau terselit di celah gigi, menghasilkan lapisan melekit berwarna putih kekuningan di panggil plak.

“Jika gigi tidak dibersihkan dengan baik, lapisan bakteria ini akan terus membiak. Apabila kita makan makanan bergula atau berkanji, bakteria akan menghasilkan asid untuk menyerang enamel (lapisan luar gigi). Kehadiran plak akan memudahkan asid melekat pada enamel, lama kelamaan menyebabkan gigi reput dan berlubang.

Gusi berdarah

“Simptom kerosakan gigi mudah dikesan, tetapi ramai mengabaikannya. Pada awalnya gigi akan sensitif (rasa ngilu) pada makanan manis, masam dan sejuk, gusi berdarah apabila memberus gigi atau gusi bengkak dan merah.

“Ini adalah tanda-tanda awal gingivitis dan jika tidak mendapatkan rawatan, gigi akan rosak dan reput. Seterusnya, anda juga sensitif terhadap makanan panas dan ini biasanya mula dirasai apabila anda sakit gigi,” katanya.

Plak yang terkumpul akan menjadi keras membentuk kalkulus (tartar). Kalkulus yang melekat pada gusi juga menjadi laluan untuk bakteria menyerang dan merosakkan tulang rahang; yang akhirnya menyebabkan gigi goyang. Pada peringkat serius, gigi boleh tercabut dengan mudah kerana tulang rahang yang sepatutnya menjadi pemegang sudah diserang bakteria.

Penjagaan gigi seharusnya bermula dari kecil, iaitu sebaik anak mula tumbuh gigi (sekitar

Page 36: rencana berkaitan kesihatan

usia enam bulan). Ketika ini, ibu bapa boleh memupuk tabiat menjaga kesihatan mulut dengan menggosok gigi anak dengan kain lembut selepas menyusu.

Dr Teo berkata, gigi susu yang rosak juga sebaik-baiknya dirawat atau ditampal jika berlubang. Ini bertujuan mengekalkan gigi susu di kedudukan asalnya sebagai panduan kepada laluan gigi kekal supaya ia tumbuh cantik dan teratur.

Antara teknik rawatan gigi yang sering digunakan termasuk tampalan, pengkoronaan (crowning) iaitu gigi palsu dibentuk dan disalut pada gigi reput, brigde atau implan gigi palsu — yang semuanya perlu dijaga seperti gigi asli.

“Penggunaan flos juga penting untuk membersihkan bahagian celah gigi yang sukar dicapai berus. Selain itu, cecair kumur juga mampu membantu mengurangkan masalah kerosakan gigi, selain mengharumkan nafas.

“Pastikan juga gusi anda sentiasa sihat. Gusi yang sihat berwarna merah jambu atau merah samar. Jika gusi bengkak, merah, sakit dan sering berdarah atau ulser yang tidak sembuh selepas dua minggu, anda dinasihatkan berjumpa doktor gigi. Ia mungkin petanda penyakit lain. Jangan tunggu hingga sakit gigi atau gusi baru hendak jumpa doktor,” katanya.

Gigi rosak bukan saja tidak cantik, tetapi ia sebenarnya memberi gambaran jelas mengenai keprihatinan kita menjaga kebersihan diri. Malah, kerosakan gigi juga secara tidak langsung mampu menjejaskan imej dan keyakinan seseorang.

Jika anda individu yang ‘fobia’ dengan peralatan digunakan doktor gigi, anda sebenarnya tidak bersendirian. Ramai lagi yang ‘fobia’ seperti anda, tetapi jangan biarkan masalah ini berterusan. Bahkan sekarang (bermula 1 April lalu) adalah masa terbaik untuk berjumpa doktor gigi sempena Bulan Kesihatan Mulut yang berlangsung sepanjang bulan ini.

Sepanjang bulan ini, 352 klinik gigi di seluruh negara menawarkan pemeriksaan gigi percuma, termasuk di pusat beli-belah terkemuka seperti 1-Utama, Petaling Jaya (1-3 April), UDA Ocean, Tampoi, Johor Bahru (8-10 April) dan Sunshine Square, Pulau Pinang (22 hingga 24 April). Senarai klinik yang menyertai kempen ini boleh didapati di akhbar dan untuk keterangan lanjut hubungi talian khas 1-800-833-918 atau layari laman web MDA di www.mda.org.my

4 punca pening kepala

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

KEBANYAKAN ibu bapa runsing apabila anak kecil mereka mengadu pening atau sakit kepala. Masalah pening dan sakit kepala bukan masalah biasa bagi kanak-kanak, walaupun ia perkara lazim di kalangan remaja dan dewasa.

Mengikut statistik, lebih kurang 20 peratus kanak-kanak mula mengadu pening kepala ketika berusia tujuh tahun dan 70 peratus mengadu perkara sama apabila menjangkau usia 14 tahun.

Masalah ini mungkin merunsingkan ibu bapa apabila berlaku pada anak yang terlalu muda. Malah, pengamal perubatan menganggap penentuan sama ada anak benar-benar pening kepala

Page 37: rencana berkaitan kesihatan

sebagai perkara rumit.

Selain sejarah lengkap mengenai masalah pening kepala yang dialami kanak-kanak berkenaan, pemeriksaan rapi dan beberapa ujian mungkin perlu dilakukan untuk memastikan masalah sebenar.

Sebagaimana orang dewasa, empat jenis punca pening kepala boleh berlaku pada kanak-kanak dan remaja, iaitu intrakranium, ekstrakranium, organik dan psikogenik.

Intrakranium boleh disebabkan jangkitan seperti encephalitis, meningitis atau abses (pengumpulan nanah daripada tisu rosak atau jangkitan) pada otak, ketumbuhan dalam otak, masalah trauma seperti pendarahan di luar selaput otak dan pendarahan di dalam otak atau migraine (disebabkan dilatasi atau pengembungan saluran darah ke otak).

Ekstrakranium pula boleh berpunca daripada ketegangan otot pada bahagian kepala, rabun, sinus atau jangkitan telinga, sakit gigi atau masalah tulang sendi leher.

Organik pula boleh disebabkan demam panas, darah tinggi, penyakit lupus atau neurofibromatosis. Psikogenik pula boleh berpunca daripada masalah ketegangan (tekanan) atau kemurungan.

Daripada kajian yang dijalankan, kebanyakan ibu bapa risau jika masalah pening itu disebabkan ketumbuhan otak. Namun, hanya sebilangan kecil gejala pening kepala berpunca daripada masalah itu.

Kanak-kanak atau remaja yang mengalami masalah pening kepala berterusan akan diperiksa secara mendalam.

Ibu bapa dan kanak-kanak akan ditanya bila dan berapa lama pening berlaku, adakah ia boleh hilang dengan pengambilan ubat atau faktor yang boleh meringankan pening kepala (seperti tidur atau ada dalam bilik gelap).

Pesakit juga akan ditanya mengenai faktor yang boleh menyebabkan pening kepala bertambah (seperti pengambilan makanan tertentu).

Di samping masalah pening kepala, kanak-kanak akan ditanya jika mengalami masalah pandangan kabur, sakit gigi, telinga atau lemah pada sebahagian badan. Malah, ibu bapa juga ditanya jika ada ahli keluarga mengalami masalah sama.

Pemeriksaan tinggi dan berat badan anak anda akan diambil. Pemeriksaan tekanan darah, kulit, mata, telinga, gigi dan pemeriksaan sistem saraf juga akan dilakukan untuk memastikan punca pening kepala.

Ujian selanjutnya hanya akan dilakukan jika punca pening kepala tidak dapat dikesan atau disyaki ada masalah ketumbuhan otak. Ujian paling biasa dilakukan untuk memantau masalah ketumbuhan dalam otak adalah imbasan kepala.

Masalah migrain biasa terjadi, terutama kepada kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang ada sejarah migrain. Berita baiknya, simptom migrain biasanya tidak berlaku sepanjang hayat dan berakhir lima hingga tujuh tahun kemudian.

Page 38: rencana berkaitan kesihatan

Kanak-kanak yang mengalami masalah pening kepala harus mengelakkan pengambilan minuman mengandungi kafien atau makan keju berlebihan, coklat atau masakan yang banyak meletakkan perisa makanan. Di samping itu, ibu bapa dinasihatkan memastikan anak mereka mendapat tidur cukup.

Kanak-kanak akan dirujuk kepada pakar tertentu jika pening kepala mereka berpunca daripada masalah telinga, gigi, mata atau barah otak.

Jenis rawatan bergantung kepada punca masalah pening. Biasanya, kanak-kanak yang mengalami masalah pening akan dibekalkan ubat-ubatan tertentu seperti paracetamol, ubat tahan sakit dan jika pening kepala berpanjangan, ubat prophylaxis migraine mungkin dibekalkan.

Penting bagi kita melatih anak mengamalkan cara hidup sihat sejak kecil, mendapat tidur cukup dan memakan makanan berkhasiat. Amalan hidup sihat dapat mengurangkan kebanyakan punca pening kepala yang disebutkan di atas.

Epidural penawar sakit bersalin

Susunan NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

PENGALAMAN setiap wanita ketika mengandung dan melahirkan anak tidak sama. Sebilangan besar wanita menganggap ia pengalaman manis, namun ada juga mendakwa sakit bersalin mengatasi segala ‘rasa sakit di dunia’ sehingga berasa trauma untuk mengandung lagi.

Perkembangan teknologi perubatan membantu wanita mengatasi masalah ini dan antara teknik paling lazim adalah epidural. Berulang kali diperkatakan tetapi masih ada wanita, terutama bakal ibu, tidak faham teknik ini.

Epidural adalah sejenis teknik penahan sakit dengan menyuntik ubat ke dalam ruang khas di sebelah selaput saraf tunjang.

Ubat akan meresap ke dalam selaput ini dan memberikan kesan pembiusan bagi mengurangkan kesakitan sepanjang proses bersalin.

Teknologi perubatan ini selamat untuk ibu dan anak. Ia digunakan secara meluas di dunia dan dianggarkan 2.4 juta wanita bersalin menggunakan teknik ini setiap tahun.

Walaupun anda menaruh kepercayaan penuh kepada doktor, adalah lebih baik jika anda mengambil tahu serba sedikit mengenai epidural dan masalah yang mungkin timbul.

Bagaimana epidural bertindak?

Epidural adalah kaedah berkesan untuk mengawal kesakitan (analgesia) pada bahagian bawah badan. Ia berfungsi melegakan kesakitan dan pada masa sama membuat wanita terus berjaga, cergas serta mampu memberikan kerjasama dalam proses bersalin.

Page 39: rencana berkaitan kesihatan

Pengarah Obstetrik Anestetik Mayo Clinic, Rochester, Minnessotta, Dr Gurinder Vasdev, berkata epidural bertujuan mengawal kesakitan di samping mengekalkan bentuk otot. Ini akan membolehkan wanita berjalan. Berjalan selepas mendapat epidural (atau tidak) akan memudahkan proses bersalin.

Suntikan epidural diberikan jika doktor menjangkakan wanita berkenaan sukar bersalin atau ada penyakit seperti darah tinggi atau lelah ketika hamil.

Epidural juga mempunyai beberapa manfaat sampingan iaitu membolehkan anda berehat ketika fasa permulaan sebelum bersalin. Ia membantu anda menyimpan tenaga apabila bersalin.

Manakala bagi kelahiran melalui pembedahan (Caesarean), epidural bertindak sebagai ubat bius yang membuatkan bahagian dibedah berasa kebas.

Malah, jika vagina anda terkoyak atau episiotomi (hirisan pada peritoneum ketika kelahiran yang sukar untuk memudahkan proses bersalin dan mengelakkan koyakan teruk pada tisu), doktor akan memasukkan ubat ke dalam epidural. Ia memberikan kelegaan lebih lama antara 24 hingga 48 jam.

Bila anda diberikan suntikan epidural? Biasanya apabila anda mula berasakan kontraksi (pengecutan). Ketika ini anda mungkin berasa sangat tidak selesa, tetapi akan memudahkan suntikan kerana ruang antara tulang vertebra (tulang belakang) menjadi lebih besar.

Anda akan diberi suntikan anestetik terlebih dulu supaya bahagian ini menjadi kebas sebelum jarum epidural dimasukkan di antara dua tulang vertebra.

Bunyinya macam sangat sakit, tetapi sebenarnya ia hanya menyebabkan ketidakselesaan kecil. Biasanya epidural mengambil masa 30 hingga 40 minit untuk memberikan kesan.

Mengapa epidural disuntik di celah tulang vetebra? Tujuannya supaya bayi terlindung daripada kesan dadah yang dimasukkan ke dalam badan ibu.

Sebagaimana dadah (ubat) lain, epidural juga ada kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, mual, demam, otot berasa lemah, nafas menjadi perlahan, memperlahankan proses bersalin dan tekanan darah rendah.

Bagaimanapun, hanya sebilangan kecil mengalami kesan sampingan ini pada kadar kurang satu peratus. Jadi, anda tidak perlu bimbang kerana ia selamat untuk anda dan anak yang bakal dilahirkan.

Banyak perkara perlu dipertimbangkan jika anda bercadang mahu menggunakan teknik epidural, terutama ia mungkin memanjangkan tempoh bersalin. Antaranya:

Saiz bayi yang besar.

Hamil anak kembar.

Mengambil oksitosin, ubat untuk mempercepatkan kontraksi.

Page 40: rencana berkaitan kesihatan

Bersalin secara induksi (biasanya menggunakan ubat oksitosin, terutama bagi kehamilan melepasi tarikh kelahiran jangkaan).

Kedudukan fetus tidak normal.

Sebaik-baiknya berbincang dan dapatkan penjelasan terperinci daripada doktor sebagai persediaan supaya anda tahu apa berlaku dan bahan yang dimasukkan ke dalam badan. Pun begitu, usah terlalu bimbang kerana epidural hanya diberi jika doktor mengesahkan anda memang memerlukannya.

Lelaki boleh elak cepat andropaus

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

APABILA memperkatakan perubahan mood wanita berusia, ada saja senyuman sumbang di bibir lelaki yang mengaitkannya dengan masalah menopaus tanpa menyedari mereka juga sebenarnya berdepan perkara sama.

Namun, tidak ramai menyedari hakikat ini kerana kebanyakan lelaki beranggapan kesuburan mereka kekal sepanjang hayat, walaupun terpaksa berjalan menggunakan tongkat.

Walaupun ini antara ‘kelebihan’ yang menjadi kebanggaan lelaki, tetapi sejak lahir mereka sebenarnya berdepan kadar kematian lebih tinggi berbanding wanita dan risiko ini bertambah dengan peningkatan usia.

Perunding Urologi, Profesor Datuk Dr Tan Hui Meng, berkata merokok, penyakit kronik (jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, stroke dan kanser), Aids, ketagihan dadah dan arak, obesiti, suka terbabit dalam kegiatan berbahaya dan tekanan kerja adalah sebahagian faktor yang dikenal pasti memendekkan umur lelaki.

Katanya, semua faktor di atas, disertakan gaya hidup mewah dan pasif, corak makanan tidak seimbang serta kurang perhatian terhadap taraf kesihatan, turut mempercepatkan proses penuaan dan andropaus sebelum waktunya.

Kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya ke atas 351 lelaki di Lembah Klang berusia melebihi 50 tahun menunjukkan, secara umumnya lelaki mengamalkan gaya hidup tidak sihat, dengan 41.9 peratus merokok (atau pernah merokok) 43.3 peratus minum arak, 57.3 peratus sangat kurang bersenam dan 78.7 peratus mengalami obesiti.

Hasil kajian mendapati lelaki juga banyak mengalami gangguan kesihatan seperti tekanan darah tinggi; kencing manis serta masalah jantung, prostat dan pendengaran.

Lebih 66.1 peratus dilaporkan menghadapi sekurang-kurangnya dua masalah kesihatan dan hanya 13.4 peratus benar-benar sihat. Meskipun senarai masalah kesihatan ini panjang, hanya 38.4 peratus menjalani pemeriksaan kesihatan.

Lebih malang, fenomena ‘malu dan liat’ berjumpa doktor lebih ketara di kalangan lelaki Melayu kerana ramai selesa membeli ubat di farmasi tanpa merujuk kepada pakar perubatan

Page 41: rencana berkaitan kesihatan

terlebih dulu.

Malah, kajian itu mendapati sebanyak 35.8 peratus mengalami masalah mati pucuk (ED), walaupun 78.9 peratus mengakui kehidupan seksual mereka aktif.

Sebagaimana wanita, peningkatan usia menyebabkan keupayaan lelaki menghasilkan hormon testosteron menurun dan keadaan ini dipanggil andropaus atau menopaus lelaki.

“Jika penghasilan testosteron di bawah paras biasa, ia menimbulkan beberapa gejala antaranya mati pucuk, cepat letih dan marah, cepat lupa, keinginan seks yang rendah, kemurungan dan kepanasan.

“Tabiat dan gaya hidup memberi pengaruh besar kepada kesihatan lelaki, terutama apabila umur meningkat. Merokok, terlalu banyak makan terutama makanan kaya lemak tepu dan garam, minuman keras dan kurang bersenam antara faktor risiko utama yang menyebabkan kematian dan penyakit di kalangan lelaki,” katanya ketika menyampaikan ceramah umum mengenai kesihatan lelaki, penuaan dan andropaus anjuran Hospital Pakar Subang Jaya.

Isteri turut memainkan fungsi penting dalam memastikan kesihatan suami kerana kajian mendapati kesihatan lelaki yang sering ditinggalkan 40 jam seminggu merosot 25 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, kekurangan hormon testosteron juga membawa beberapa kebaikan kepada lelaki tua, antaranya peningkatan ketumpatan tulang dan kesihatan keseluruhan, memperbaiki keadaan fizikal dan psikologikal, pengurangan jisim lemak serta masalah kardiovaskular.

Merokok

Selain itu, makanan boleh membantu memperbaiki kesihatan, antaranya kacang soya (yang mampu mengurangkan masalah kanser prostat), brokoli, teh hijau, kunyit, bawang putih, avokado, ginseng serta pil vitamin, terutama Vitamin C, E, beta-karoten, selenium dan zink.

Bahkan, lelaki berumur juga dinasihati berhenti merokok, kurangkan minum minuman keras, makan makanan menyihatkan dan kurang berlemak serta mengamalkan sikap dan berfikiran positif bagi mengelakkan tekanan kerana ia bukan saja menjejaskan keupayaan seksual, malah mempercepatkan proses penuaan.

Personaliti dibentuk sejak kanak-kanak

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

PERWATAKAN, sahsiah atau personaliti mencerminkan sifat keperibadian seseorang. Ia merangkumi beberapa ciri, termasuk berkaitan dengan kegemaran, kepintaran, kebijaksanaan, cara dia mengendalikan hal ehwal diri, berinteraksi dengan orang lain, sikap tanggungjawab dan semangat setia kawan yang ada pada dirinya.

Individu yang mempunyai personaliti matang dikatakan berupaya menilai kekuatan dan kemahiran dirinya, dia tahu apa yang dia terdaya buat dan kelemahannya.

Page 42: rencana berkaitan kesihatan

Orang yang matang sahsiah atau keperibadiannya tahu bagaimana hendak berkomunikasi dan berunding. Malah, mereka juga tahu bila dan apa perlu diperkatakan serta peka mengenai isu atau persoalan yang perlu dielakkan.

Orang yang mempunyai personaliti matang boleh memahami dan menghormati kehendak dan keperluan orang lain.

Emosinya stabil, dia dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, bersedia membantu mereka yang dalam kesusahan dan yakin pada dirinya dan sentiasa bersedia bertolak ansur antara satu sama lain.

Oleh itu, individu ini mempunyai sikap dan sifat ceria, kreatif dan produktif.

Sahsiah seperti ini seharusnya ada pada kita semua dan hasrat ini pernah disuarakan pemimpin negara demi memastikan kejayaan kita berterusan.

Justeru, orang yang matang keperibadiannya dapat mengharungi liku-liku hidup tanpa banyak masalah, mampu menyelesaikan dugaan dan cabaran dihadapi sebaik mungkin.

Oleh itu, setiap kali individu ini mampu mengatasi sesuatu konflik atau krisis, dia menjadi lebih matang dan bersedia berdepan dugaan lebih mencabar.

Bagaimana pula dengan individu yang mempunyai personaliti kurang matang?

Lazimnya, mereka sentiasa mengalami pelbagai masalah dan kerenah. Mereka kurang upaya menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Individu kurang matang kerap membuat tuduhan bahawa orang lain menyebabkan ia bermasalah, gagal melihat bahawa sesungguhnya kelemahan sebenar ada pada dirinya.

Hasil pelbagai kajian yang dibuat berkaitan sahsiah ini menunjukkan individu yang mengalami gangguan personaliti lebih berisiko untuk mengalami penyakit mental seperti keresahan dan kemurungan.

Risiko itu lebih besar apabila mereka berdepan tekanan emosi dan perubahan dalam detik-detik kehidupan seperti di peringkat remaja dan pertengahan umur.

Dalam aspek perkembangan keperibadian seseorang, ia dipengaruhi faktor keturunan dan impak persekitaran. Kita pernah dengar kata-kata seperti bapa borek, anak rintik.

Begitu juga dengan keperibadian seseorang. Didikan yang diterima juga memainkan fungsi penting bagi membentuk perwatakan seseorang.

Satu perkara penting dalam perkembangan personaliti ini ialah ciri-ciri sedang berkembang itu dijangka berkekalan.

Ini bermaksud ciri-ciri perwatakan yang mula berkembang sejak alam kanak-kanak akan menjadi lebih ketara di peringkat remaja dan berkekalan hingga alam dewasa.

Page 43: rencana berkaitan kesihatan

Contohnya, kanak-kanak yang mengalami gangguan perilaku dan emosi lebih berisiko untuk mengalami gangguan personaliti apabila dewasa.

Paling penting ialah kanak-kanak dan remaja yang mengalami gangguan identiti, di mana mereka terumbang-ambing, mencari-cari haluan dan pedoman.

Mereka terdedah kepada gangguan personaliti pinggiran, atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘borderline personality’.

Personaliti seperti ini boleh membawa kepada berlakunya insiden psikosis, di mana orang yang terbabit boleh hilang akal fikiran buat seketika. Mereka kerap membuat sesuatu yang boleh mencederakan diri sebagai tindak balas kepada tekanan emosi yang mereka hadapi.

Satu permasalahan personaliti yang kerap ditemui ialah gangguan personaliti yang berlaku akibat kecederaan pada kepala. Seperti dihuraikan di atas, ciri-ciri perwatakan seseorang akan berkekalan.

Contohnya, jika seseorang itu lemah lembut dan bersopan santun, lazimnya ia akan kekal begitu hingga alam dewasa dan umur lanjut usia.

Namun ada individu yang perwatakannya dikatakan lemah lembut dan bersopan santun, tetapi susulan daripada kecederaan pada kepala, dia berubah menjadi bengis, mudah meradang, gemar mencarut dan sanggup melakukan sesuatu yang tidak senonoh di khalayak ramai.

Kecederaan di kepala lazimnya akibat kemalangan jalan raya, umpamanya individu berkenaan tidak sedarkan diri dan koma beberapa hari.

Oleh itu, kecederaan dialami mengakibatkan kerosakan pada bahagian otak, terutama di lobes frontal, dan susulan daripada kerosakan fungsi bahagian otak ini, sahsiah individu berkenaan boleh berubah daripada penyayang menjadi panas baran.

Begitu juga mereka yang menjalani pembedahan otak. Jika berlaku komplikasi pada bahagian otak, khususnya lobes frontal, pesakit terbabit boleh turut menampil perubahan personaliti secara mendadak.

Walaupun demikian, masih ada cara untuk membantu mereka. Kepada golongan kanak-kanak, ibu bapa harus prihatin dengan kelakuan anak mereka.

Jika ada tanda anak mereka mengalami gangguan perilaku dan emosi, kanak-kanak ini memerlukan penilaian golongan profesional yang berkaitan bagi memastikan permasalahan dialami dapat dibendung di peringkat awal.

Bagi remaja yang tercari-cari identiti mereka, ibu bapa dan guru boleh memberi khidmat bimbingan bagi mententeramkan emosi yang bergelora.

Untuk orang dewasa yang mengalami permasalahan keresahan dan kemurungan akibat kerenah gangguan personaliti, mereka boleh mendapat bantuan melalui proses bimbingan dan penggunaan ubat-ubatan jika perlu.

Hidup ini penuh cabaran dan dugaan. Kejayaan dan kesihatan mental dan fizikal yang hendak

Page 44: rencana berkaitan kesihatan

dikecapi bermula dari umur masih kecil dan ia satu proses berterusan hinggalah seseorang menjadi dewasa.

Oleh itu, awasilah diri anda supaya anda mewarisi dan mendapat didikan sempurna bagi memastikan personaliti anda adalah yang terunggul.

HFMD bahaya kepada bayi

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

MEMANG ramai ibu bapa bimbang apabila tersiarnya berita mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dikesan di Pahang dan Pulau Pinang sehingga tindakan penutupan beberapa taska dan tadika terpaksa diambil.

Negara kita pernah dikejutkan dengan kes wabak HFMD disebabkan virus EV71 pada 1997 dan HFMD akibat Echovirus pada 2000 yang mengakibatkan beberapa kematian.

Namun, setiap tahun beberapa kes penyakit HFMD dikesan dan dirawat di klinik swasta serta jabatan pesakit luar hospital kerajaan. Berita baiknya, kebanyakan pesakit sembuh tanpa mengalami komplikasi.

Penyakit HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang kerap berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kesan tanda jangkitan ini adalah demam, ulser di dalam mulut serta tanda ruam berair di tangan dan kaki.

Biasanya, bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mendapat demam serta kurang selera makan.

Lebih kurang satu atau dua hari kemudian, kanak-kanak berkenaan akan mengadu sakit di dalam mulut atau tekak disebabkan pembentukan ulser di dalam mulut.

Bagi bayi pula, penyakit ini boleh dikesan melalui gejala seperti air liur yang banyak meleleh; juga disebabkan oleh ulser mulut. Ruam merah yang kemudian berair akan terjadi di tangan dan kaki dan kadangkala di bahagian punggung bayi.

Bagaimanapun, ada juga pesakit hanya mendapat satu gejala, sama ada ruam di tangan dan kaki atau ulser di dalam mulut.

Seperkara yang perlu dijelaskan: Penyakit ini berbeza dengan penyakit tangan, kaki dan mulut yang terjadi pada haiwan ternakan.

Virus biasa

Ada beberapa jenis virus dikesan menyebabkan penyakit ini. Virus paling biasa dikesan ialah virus Coxsakie A16. Ada 23 jenis virus Coxsakie A dan enam jenis virus Coxsakie B yang sudah dikenali boleh menyebabkan penyakit ini.

Sebilangan kecil kes HFMD juga disebabkan beberapa kumpulan enterovirus seperti

Page 45: rencana berkaitan kesihatan

enterovirus EV71 dan beberapa enterovirus lain seperti poliovirus dan echovirus.

Penyakit HFMD disebabkan virus Coxsackie A16 menyebabkan kesan di atas dan pesakit biasanya sembuh dalam jangka tujuh hingga 10 hari dan kebiasaannya tanpa komplikasi.

Sakit tangan, kaki dan mulut disebabkan virus EV71 pula boleh menyebabkan kesan di atas. Malah, ada juga kes mendapat komplikasi meningitis dan encephalitis.

Wabak jangkitan EV71 pernah menyebabkan kes encephalitis yang membawa maut ketika wabak HFMDD berlaku di Malaysia pada 1997 dan 1998 di Taiwan, manakala HFMDD disebabkan Echovirus atau Coxsakie B3 didapati boleh menyebabkan komplikasi jangkitan pada otot jantung (myocarditis).

Penyakit HFMD lebih berbahaya jika menjangkiti bayi. Segera dapatkan rawatan jika bayi atau kanak-kanak yang dijangkiti HFMD mengalami demam panas, tidak meminum susu atau enggan meminum air, muntah-muntah atau cirit-birit kerana mereka memerlukan rawatan cecair intravena.

Juga dapatkan rawatan segera jika pesakit yang dijangkiti HFMD mendapat sawan, susah bernafas atau sentiasa tidur dan kelihatan lemah (tanda encephalitis) atau rasa berdebar-debar dan sakit di bahagian dada (tanda myocarditis).

Penyakit HFMD senang berjangkit dan boleh merebak melalui sentuhan terus kepada cecair yang keluar melalui hidung dan tekak atau najis pesakit yang dijangkiti. Pesakit yang mendapat HFMD boleh menjangkiti orang lain ketika minggu pertama pesakit dijangkiti.

Walaupun kebiasaannya kanak-kanak di bawah 10 tahun mendapat jangkitan HFMD, orang dewasa juga berisiko untuk dijangkiti. Penyakit HFMD juga boleh berulang pada pesakit sama jika dijangkiti kumpulan enterovirus yang lain.

Lazimnya, kes dan wabak penyakit HFMD berlaku sewaktu cuaca panas dan kering. Ujian yang biasa dilakukan untuk memastikan jenis virus adalah melalui pengambilan sampel cecair tekak melalui kaedah swab di tekak atau melalui ujian sampel najis.

Namun, keputusan sampel (kultur virus) biasanya mengambil masa dua hingga empat minggu. Walaupun jangkitan HFMD tiada rawatan spesifik, pesakit yang tiada tanda komplikasi akan dibekalkan dengan ubat demam dan ubat ulser mulut. Pesakit juga digalakkan meminum banyak air.

Langkah paling berkesan ialah langkah pencegahan, di mana kebersihan perlu dititikberatkan. Ibu bapa dan keluarga yang anak mereka dijangkiti HFMD hendaklah membasuh tangan setiap kali menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan.

Lantai rumah hendaklah dibersihkan dengan klorin dan pakaian pesakit yang dijangkiti diasingkan dan dicuci dengan air panas. Kanak-kanak yang dijangkiti harus diasingkan dan tidak dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak, tadika atau sekolah ketika dijangkiti penyakit ini untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak lain.

Langkah-langkah di atas dapat mengurangkan risiko jangkitan penyakit ini. Jika anak anda

Page 46: rencana berkaitan kesihatan

dijangkiti HFMD dan anda ada kemusykilan, bawa anak anda berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Kanser serviks membiak senyap

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

‘KESERONOKAN’ ketika usia muda secara diam-diam membuahkan bahana pembawa sengsara sepanjang hayat, terutama bagi wanita yang segan dan liat menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kanser serviks, antara penyakit yang bersarang dalam diam, bukan lagi hak mutlak wanita berusia melebihi 40 tahun kerana pendedahan terlalu awal kepada aktiviti seksual di kalangan kebanyakan remaja kini mendedahkan mereka kepada jangkitan virus human papilloma (HPV).

Remaja yang memulakan hubungan seksual, terutama ketika masih di bangku sekolah (dan pasti di luar ikatan perkahwinan) secara tidak langsung ‘merelakan’ virus ini membiak dalam tubuh mereka.

Walaupun tiada statistik, tetapi kegiatan seksual di luar perkahwinan di kalangan remaja kita seolah-olah menjadi fenomena biasa. Kes pembuangan bayi akibat kehamilan yang tidak dikehendaki menjadi bukti kukuh yang boleh meningkatkan catatan kes kanser serviks.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Maziah Ahmad Mahidin, berkata walaupun secara umum kanser serviks menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas, tetapi remaja aktif seks turut berisiko tinggi mengalami penyakit sama.

Malangnya, ramai golongan muda tidak menganggap kanser serviks sebagai masalah mereka kerana penyakit ini mengambil masa lebih kurang 20 tahun untuk menampakkan kesan.

Inilah masalahnya. Kanser serviks bertindak tanpa disedari dan hanya menunjukkan simptom pada peringkat serius, terutama apabila pesakit mula mengalami pendarahan tidak normal di antara waktu haid, selepas mengadakan hubungan seks, selepas menopaus, keluar cecair berbau busuk dari vagina dan pendarahan bertambah banyak pada peringkat lewat.

Kajian menunjukkan 50 peratus daripada 500,000 kehidupan pesakit kanser wanita berakhir dengan kematian akibat lewat mendapat rawatan dan 12 peratus daripada jumlah ini disebabkan serangan kanser serviks.

“Kanser serviks adalah penyakit paling biasa yang menyerang organ pembiakan wanita. Ia lazimnya disebabkan jangkitan virus yang merebak melalui aktiviti seksual.

“Hampir 99 peratus pesakit kanser serviks mengalami masalah atau jangkitan HPV yang juga dipanggil virus ketuat pada salur kemaluan. Wanita yang dijangkiti HPV berdepan 30 hingga 50 kali risiko mendapat kanser kerana ia melemahkan sistem imun badan,” katanya ketika memberikan ceramah kesihatan anjuran Hospital Pakar Damansara.

Page 47: rencana berkaitan kesihatan

Kuat merokok

Bagaimanapun, katanya, jangkitan HPV adalah masalah biasa dan ia dialami hampir 20 peratus penduduk dunia, termasuk individu yang kurang menjaga kebersihan diri serta kuat merokok.

Apabila terdedah kepada virus ini, sistem imun badan akan bertindak supaya HPV tidak mendatangkan bahaya kepada wanita. Namun pada sesetengah wanita, virus ini boleh hidup bertahun-tahun sebelum menunjukkan taringnya dengan ‘mengubah’ sel normal pada permukaan serviks kepada sel tidak normal (displasia).

Sel-sel displasia ini, jika tidak dibuang, akan secara perlahan-lahan membiak dan bertukar kepada sel kanser. Justeru, penting bagi setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks dan sudah berkahwin mengambil langkah pencegahan melalui pemeriksaan pap smear atau ujian DNA-HPV.

Dr Maziah berkata, jika ujian pap smear menunjukkan keputusan positif kehadiran HPV, wanita berkenaan perlu menjalani ujian ini setiap tahun dan mengambil ubat kerana virus ini sukar dibunuh. Jika keputusan negatif, pemeriksaan pap smear berikutnya hanya perlu dilakukan tiga tahun berikutnya.

Ujian pap smear mengesan kehadiran sel tidak normal pada permukaan luar serviks. Jika tidak dirawat, sel tidak normal ini akan bertukar kepada sel kanser yang boleh merebak ke lapisan sel serviks yang lebih dalam, vagina atas, pelvik dan anggota badan lain.

Pada peringkat ini, sel berkenaan tidak berbahaya kerana sel tidak normal ini sebenarnya mengambil masa lama untuk bertukar kepada sel kanser tetapi ia perlu dibuang segera.

Ujian DNA-HPA pula 95 peratus tepat dan mampu mengesan kelainan pada lapisan sel serviks tidak normal tetapi bukan kanser pada lapisan lebih dalam. Semua sel tidak normal ini juga perlu dibuang sebelum ia merebak menjangkiti keseluruhan serviks.

Walaupun terbukti jauh lebih tepat dan mampu mengesan 13 jenis HPV berbahaya pencetus kanser, tetapi ia bukan penggantian pap smear kerana biasanya ujian DNA-HPV tidak dijalankan ke atas wanita di bawah umur 30 tahun.

“Jika lewat dikesan, doktor biasanya terpaksa membuang seluruh serviks dan uterus. Ini bermakna, selepas pembedahan, wanita berkenaan tiada peluang mendapatkan anak lagi.

“Namun, bukan semua orang layak menjalani pembedahan. Wanita tua dan tidak kuat untuk pembedahan akan dirawat menggunakan kaedah kemo serta radioterapi.

“Pesakit masih belum bebas daripada kanser walaupun semua bahagian serviksnya dibuang. Hanya mereka yang berjaya melepasi tempoh lima tahun tanpa serangan kanser berbalik dikategorikan benar-benar bebas daripada kanser,” katanya.

Justeru, ujian pap smear perlu dijalankan sepanjang hayat, walaupun umur melangkau 60 tahun. Bagi generasi muda, Dr Maziah menitipkan panduan mengelakkan kanser serviks iaitu:

l Lambatkan hubungan seksual.

Page 48: rencana berkaitan kesihatan

l Hubungan seksual hanya selepas berkahwin.

l Setia pada pasangan.

l Gunakan kondom.

l Jalani ujian pap smear secara tetap.

DHEA perlahan proses penuaan

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

DEHYDROEPIANDROSREONE atau lebih mudah disebut sebagai DHEA terkenal sebagai hormon untuk awet muda, dengan sifatnya yang mampu merangsang sistem imunisasi badan bagi melawan penyakit serta menurunkan paras kolesterol dan glukosa dalam darah.

Kajian menunjukkan DHEA dalam bentuk pil yang diambil sebagai makanan tambahan boleh memperbaiki kesihatan keseluruhan dan menghalang proses penuaan sebelum waktunya.

Namun DHEA (hormon androgen yang dihasilkan pundi adrenal) sama seperti hormon lain; penghasilannya berkurang dengan pertambahan usia, menyebabkan penghasilan kolagen juga menurun dan akibatnya, kulit mulai jadi kendur serta berkedut.

Pengkaji Perubatan Fizik, Dr Zawawi Abdullah, berkata pengambilan DHEA ketika pertengahan umur hingga tua boleh meningkatkan paras hormon ini ke tahap seperti orang muda.

Hasil kajian menunjukkan pengambilan DHEA membawa banyak perubahan positif, antaranya memperbaiki masalah kelesuan melampau, alahan, sensitif terhadap bahan kimia, osteoporosis, obesiti, merendahkan paras kolesterol, diabetes, masalah hati, meningkatkan imuniti, arthritis, Alzheimer dan jangkitan virus.

Katanya, banyak kajian yang dijalankan mendapati pengambilan DHEA boleh memanjangkan hayat, meningkatkan kualiti hidup seseorang dan lebih penting, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan selera makan, sekaligus membantu mempercepatkan penurunan berat badan. Bunyinya menarik, bukan? Teruskan membaca.

Bahkan, hormon ini menambah bilangan neuron (sel otak) dan memperbaiki rangkaian perhubungan neuron yang secara langsung meningkatkan tahap kecerdasan individu yang mengambil pil DHEA. Bunyinya menarik? Teruskan membaca.

Dr Zawawi berkata, paras DHEA-sulfat (DHEA-s, bentuk yang disimpan dalam badan) normal dalam darah orang muda yang sihat adalah antara tiga hingga lima mikrogram bagi setiap mililiter. Paras sehingga lapan mikrogram masih lagi selamat. Individu yang mengalami masalah kelesuan melampau, tertekan dan menghidap sebarang penyakit kronik biasanya mempunyai paras DHEA serendah 0.1 hingga 0.5 mikrogram.

Page 49: rencana berkaitan kesihatan

Kajian ke atas 242 lelaki berusia antara 50 hingga 70 tahun yang dijalankan Sekolah Perubatan Universiti California menunjukkan peningkatan setiap mikrogram DHEA-s (melalui pengambilan pil) mengurangkan 36 peratus kematian.

Sebanyak 48 peratus kes kematian berkurangan di kalangan pesakit aterosklerosis dan kardiovaskular.

Kajian lain ke atas 5,000 wanita menunjukkan paras DHEA menurun secara mendadak sembilan tahun sebelum mendapat kanser payu dara — dan paras DHEA yang rendah akan menyebabkan kanser itu.

Selain itu, pengambilan DHEA di kalangan warga tua yang mengalami masalah hilang ingatan menunjukkan prestasi lebih baik apabila menjalani ujian fungsi otak dan ingatan berbanding rakan sebaya lain.

“Pil tambahan DHEA adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan. Walaupun saintis belum benar-benar faham kenapa pengurangan DHEA boleh menyebabkan banyak penyakit, tetapi yang nyata pengambilannya memberi manfaat.

“Ia boleh diambil setiap hari dengan syarat tidak melebihi 50 miligram bagi wanita dan 100 miligram bagi lelaki untuk mengekalkan paras DHEA ke tahap normal seperti di kalangan orang muda bagi mendapat manfaat optimum,” katanya.

Mengetahui kegunaan DHEA, banyak pengusaha berlumba-lumba menghasilkan produk yang membekalkan hormon ini, termasuk pengeluar barangan herba. Bagaimanapun seperkara yang perlu diketahui: Tumbuh-tumbuhan tidak menghasilkan DHEA.

Kolesterol adalah prekursor utama DHEA dan badan kita hanya berupaya menghasilkan DHEA mencukupi dengan pengambilan tiga biji telur sehari (yang mempunyai prekursor DHEA). Malangnya, kebolehan badan menghasilkan DHEA daripada prekursornya dalam makanan berkurangan dengan peningkatan umur dan kehadiran penyakit.

Bagaimana DHEA bertindak? Prosesnya agak kompleks kerana ia membabitkan tujuh kelenjar hormon dalam badan yang saling berkait rapat. Kelenjar endokrin (terletak di pangkal leher, di depan salur pernafasan dan makan) akan merembeskan sedikit hormon tiroid ke dalam aliran darah yang bertindak mengawal aktiviti sel dan organ serta berinteraksi dengan semua hormon lain.

Kelenjar pertama yang terletak paling bawah ialah kelenjar hormon seksual; menghasilkan sperma dan telur untuk pembiakan. Hormon seks dihasilkan daripada nukleus steroid yang disumbangkan DHEA (kolesterol). Justeru itu, ingat, kolesterol penting untuk badan.

Kelenjar kedua: uterus (bagi wanita) dan prostat bagi lelaki. Ketika hamil, uterus akan menghasilkan banyak hormon estrogen dan progesteron; manakala kelenjar prostat pula menghasilkan air mani.

Kelenjar ketiga: adrenal di buah pinggang kiri dan kanan. Ia menghasilkan banyak hormon steroid dengan menggunakan DHEA sebagai bahan mentah seperti aldosterone dan kortison. Di sinilah kolesterol digunakan untuk menghasilkan DHEA.

Dr Zawawi berkata, penghasilan DHEA berbeza antara individu. Paras DHEA sesetengah orang kekal walaupun sudah meningkat usia, tetapi ada juga orang muda mengalami

Page 50: rencana berkaitan kesihatan

masalah ketidakcukupan DHEA.

Bekalan DHEA ada dalam tiga bentuk; krim sapu, cecair dan pil. Apabila bekalan ini masuk ke dalam badan melalui mulut, ia diserap dengan cepat dan ditukarkan dalam bentuk yang mudah disimpan DHEA-s. Paras ini berubah setiap hari mengikut tekanan dan keperluan menghasilkan hormon lain.

Kelenjar keempat: timus (thymus) yang mengawal sistem imun badan. Saiznya hanya sebesar buah plum yang mula mengecut apabila baligh dan terus mengecil sehingga menjadi sebesar kismis ketika tua. DHEA membantu memperlahankan proses pengecutan ini.

Kelenjar kelima: tiroid yang mengawal penghasilan tenaga sel serta tenaga dari makanan untuk kegunaan badan.

Kelenjar keenam: pineal yang menghasilkan serotonin dan melatonin untuk membolehkan kita tidur lena.

Kelenjar ketujuh: Pituitari yang terletak di otak tengah, merembeskan hormon pertumbuhan (HGH) — bertindak sebagai antipenuaan seperti DHEA.

“Walaupun DHEA ada banyak kebaikan, tetapi pengambilannya tidak boleh melebihi 50 miligram sehari.

“Minuman keras, pil perancang, tekanan, hipotiroid dan kurang bersenam adalah faktor yang boleh mengurangkan penghasilan DHEA secara semula jadi,” katanya.

Usah pandang remeh pendarahan kepala

Oleh DR ASMUNNI YAHYA(Pakar Perunding Paediatrik)

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

HAMPIR semua kanak-kanak pernah mengalami masalah terhantuk kepala, terutama bengkak dan lebam di kepala. Setiap hari, kecederaan sebegini berlaku kerana pelbagai sebab, seperti terjatuh katil dan terhantuk meja.

Semua kecederaan kepala berpotensi menjadi serius, tetapi hanya sebilangan boleh menjadi berbahaya, terutama kecederaan anak anda di dalam sesuatu kenderaan atau benda yang bergerak laju dan berhenti secara mengejut.

Namun begitu, kemalangan sebegini boleh dielakkan. Antara langkah pencegahan ialah melalui penggunaan topi keledar ketika mengayuh basikal, penggunaan kerusi keselamatan kenderaan dan tali pinggang khas, tidak menggunakan buai untuk menidurkan bayi dan tidak menggunakan ‘walker’ apabila anak mula berjalan.

Perkara yang mungkin merunsingkan ibu bapa atau penjaga apabila kecederaan kepala berlaku kepada anak mereka ialah pendarahan di dalam kepala.

Pemerhatian rapi selepas kecederaan kepala adalah penting. Pendarahan di dalam kepala boleh terjadi, terutama dalam tempoh 24 jam pertama dan berterusan sehingga 72 jam.

Ada pendarahan kepala terjadi secara perlahan-lahan seperti subdural hematoma yang boleh

Page 51: rencana berkaitan kesihatan

menyebabkan masalah pening kepala, muntah-muntah dan perubahan personaliti dalam tempoh lama selepas kecederaan kepala berlaku.

Pemerhatian rapi bermula sebaik kecederaan kepala berlaku. Jika anak anda pitam atau tidak dapat mengingati peristiwa yang terjadi sebelum dan selepas berlakunya kecederaan kepala, dia mungkin mendapat konkusi (hentakan kepala) atau ini juga tanda awal pendarahan di dalam kepala.

Antara petunjuk lain berlakunya pendarahan di dalam kepala atau otak yang membengkak ialah keadaan anak anda yang kelihatan pucat lesu dan lemah, muntah-muntah, berlakunya sawan, perubahan pada saiz kedua-dua anak mata, atau bagi bayi, ubun kepala yang belum tertutup boleh membengkak dan ada tanda perubahan pada sistem saraf anak anda.

Pelbagai jenis kecederaan kepala boleh berlaku. Antaranya ialah konkusi, pendarahan di dalam kepala seperti pendarahan epidural, pendarahan subdural dan pendarahan di dalam otak.

Konkusi (hentakan kepala) adalah kecederaan kepala di mana fungsi otak seperti kesedaran dan ingatan terganggu secara sementara, tetapi tidak membabitkan kecederaan di dalam otak.

Konkusi boleh menyebabkan anak anda hilang sedar secara sementara dan mungkin kelihatan kebingungan. Ada kanak-kanak muntah dan kelihatan lesu disebabkan konkusi, tetapi tanda-tanda ini akan pulih selepas dua atau tiga jam selepas kemalangan.

Pendarahan di dalam kepala yang kerap berlaku ialah pendarahan antara selaput dura dan tengkorak kepala (epidural hemorrhage), pendarahan antara selaput dura dan otak (subdural hemorrhage) dan pendarahan di dalam otak (intracranial hemorrhage).

Kecederaan yang menyebabkan pendarahan di dalam kepala akan mengakibatkan berlaku peningkatan tekanan di dalam otak dan seterusnya menyebabkan tanda seperti muntah, perubahan saiz anak mata dan kemungkinan sawan. Jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut.

Bawa anak anda berjumpa doktor segera jika kecederaan kepala berlaku. Doktor akan bertanya bagaimana kemalangan berlaku sebelum membuat pemeriksaan.

Pemeriksaan mata, telinga, mulut dan pemeriksaan sistem saraf anak anda dilakukan untuk menilai tahap kecederaan. Doktor juga akan memeriksa bahagian anggota badan yang lain untuk menilai tahap kecederaan anak anda.

Ketika pemerhatian rapi, denyutan nadi, saiz anak mata dan tekanan darah anak anda akan diperiksa dari semasa ke semasa. Carta koma digunakan (Glascow Coma Chart) untuk memantau anak anda jika ada tanda-tanda peningkatan tekanan di dalam otak.

Ubat-ubatan yang menyebabkan bayi mengantuk akan dielakkan supaya tidak mengganggu proses pemantauan sewaktu pemeriksaan rapi. Jika pemeriksaan awal mensyaki kemungkinan pendarahan di kepala, otak anak anda akan diimbas.

Jika ada pendarahan di dalam kepala, anak anda akan dirujuk kepada pakar pembedahan neuro untuk tindakan selanjutnya. Pembedahan kepala mungkin dilakukan.

Page 52: rencana berkaitan kesihatan

Kanak-kanak yang menjalani pembedahan kepala akibat kecederaan kepala akan dipantau perkembangannya sehingga besar. Jika anak anda mengalami kecacatan otak selepas pendarahan kepala, rawatan fisioterapi akan diberikan.

Kecederaan kepala tidak boleh dipandang remeh. Adalah penting langkah pencegahan diambil sebelum terjadi kecederaan kepala. Beringat sebelum terkena.

Cara kawal tekanan

Susunan NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita dibelenggu tekanan, sama ada disebabkan kerja, kewangan, masalah keluarga, kesesakan lalu lintas, berselisih faham dengan orang tersayang mahupun kerenah anak-anak.

Sebenarnya, setiap makhluk di dunia memerlukan tekanan. Ia membantu meningkatkan daya saing untuk terus hidup. Namun, tekanan berpanjangan tidak lagi membuatkan kita kuat, sebaliknya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Secara semula jadi, badan ber tindak balas apabila menerima tekanan. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan diterima dengan merembeskan hormon adrenocorticotropic (ACTH) yang memberikan isyarat kepada kelenjar lain untuk merembeskan hormon.

Rembesan ACTH yang bany ak akan mencetuskan amaran dalam otak, yang akan memberitahu kelenjar adrenal (di buah pinggang) untuk merembeskan hormon tekanan ke da lam sistem darah.

Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan adrenalin, akan membantu daya tumpuan, m empercepatkan tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakan.

Selepas anda dapat menangani tekanan, paras hormon kortisol dan adrenalin akan menurun. Pada masa sama, tekanan darah, kadar degupan jantung dan metabolisme serta sistem penghadaman kembali normal.

Namun jika tekanan berterusan, badan tidak berpeluang untuk pulih kepada keadaan normal.

Pengaktifan badan yang berpanjangan akibat gerak balas terhadap tekanan ini akhirnya mengganggu hampir semua sistem badan.

Ini termasuk meningkatkan risiko anda terhadap masalah obesiti, insomnia, kesukaran penghadaman, penyakit jantung dan kemurungan.

Sistem penghadaman juga terganggu. Orang yang mengalami tekanan juga biasanya berdepan masalah sakit perut dan cirit birit.

Hormon tekanan akan memperlahankan penghasilan asid dan merangsang usus yang akan

Page 53: rencana berkaitan kesihatan

mempercepatkan proses perkumuhan.

Tekanan yang berpanjangan juga meningkatkan paras hormon kortisol. Ini lebih bahaya kerana ia akan merangsang selera makan dan boleh menyebabkan masalah pertambahan berat badan!

Tekanan juga akan melemahkan sistem imun, anda lebih mudah mendapat selesema dan jangkitan lain. Hormon kortisol juga akan bertindak menghalang sistem imun badan.

Dalam sesetengah kes, tekanan akan menyebabkan sistem imun sangat aktif. Akibatnya, individu itu mendapat penyakit autoimun. Sistem imun akan menyerang sel badan sihat.

Malah, hormon kortisol juga mempengaruhi sistem kardiovaskular kerana ia meningkatkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan paras lipid (kolesterol dan trigliserid) dalam darah yang secara tidak langsung mendedahkan anda kepada risiko serangan jantung dan strok.

Hormon tekanan juga menyebabkan anda berasa cemas, tidak berguna, sensitif, murung, sukar tidur, hilang nafsu seks dan selera makan, selain mempengaruhi masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat.

Reaksi setiap individu terhadap tekanan adalah berbeza. Ada orang boleh menerima tekanan dengan hati tenang, tetapi tidak kurang juga yang mudah berasa tertekan sehingga memudaratkan diri.

Pengalaman juga banyak membantu seseorang menangani tekanan. Belajarlah cara mengawal tekanan supaya anda boleh terus hidup sihat. Antara kaedah yang boleh meredakan tekanan termasuk:

n Hindari persekitaran yang memberikan tekanan kepada anda.

n Jaga badan dengan mengambil makanan seimbang dan rehat secukupnya.

n Bersenam. Senaman boleh ‘melarikan’ fikiran anda daripada memikirkan perkara yang membebankan, di samping mengeluarkan tenaga.

n Belajar bertenang. Tarik nafas panjang-panjang, kira sampai 10 dan hembus pe . Teknik ini boleh diamalkan, walaupun anda tidak berasa tertekan. Ia memberi banyak bekalan oksigen kepada badan.

n Belajar kaedah bersenam yang menenangkan seperti yoga dan tai chi. Senaman ini memerlukan penumpuan fikiran yang secara tidak langsung meredak an ketegangan fizikal.

n Urut juga dikenal pasti boleh merehatkan badan dan fikiran, selain melancarkan aliran darah.

n Pertimbangkan tekanan dari sudut positif. Anda mungkin na mpak faedah yang bakal diperolehi daripada tekanan berkenaan.

n Bincangkan masalah anda dengan rakan dipercayai atau dapatkan bantuan pakar psikiatri. Meluahkan masalah juga antara cara yang dapat meringankan tekanan.

Page 54: rencana berkaitan kesihatan

n Anggap tekanan sebagai cab aran yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kerjaya anda.

Teknik membaiki injap jantung

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

MINGGU lalu kita membincangkan kaedah rawatan pertama, iaitu melalui langkah pencegahan.

Kali ini kita akan membincangkan kaedah kedua, iaitu balloon valvuloplasty (membuka laluan darah) atau pembedahan valvotomy, membaik pulih injap dan penggantian injap.

Kaedah balloon valvuloplasty khusus dilakukan pada injap yang stenotik atau ketat.

Dinegara kita, penyakit injap yang kerap dilakukan kaedah rawatan ini ialah mitral stenosis, pulmonari dan stenosis aorta.

Prosedur ini menggunakan tiub lembut dan nipis (katerer) yang dilekatkan belon di hujungnya untuk membuka laluan injap aorta. Pakar bedah akanmemandu katerer ini memasuki salur darah pada siku atau pinggul yang bersambung ke jantung dan injap aorta yang semakin sempit.

Apabila katerer ada pada kedudukan sebenar, belon pada hujung katerer digelembungkan.

Belon ini berfungsi menolak injap aorta dan menegangkan pembukaan injap berkenaan. Kemudian belon ini dikempiskan dan katerer ditarik keluar daripada badan.

Kaedah ini boleh meredakan simptom stenosis aorta. Bagaimanapun, kaedah ini kurang berjaya jika dilakukan kepada orang dewasa dan injap mempunyai kemungkinan untuk menjadi sempit semula.

Inilah sebabnya kaedah ini kurang digunakan, melainkan pesakit terlalu lemah untuk menjalani pembedahan. Selalunya, seseorang itu hanya ada di hospital selama tiga hari dan dibenarkan pulang sehari selepas menjalani rawatan.

Pembedahan

Sebenarnya tidak semua kes memerlukan pembedahan segera. Jika ujian mendapati anda mengalami masalah stenosis aorta yang sederhana dan tidak menunjukkan simptom, anda tidak memerlukan pembedahan.

Sebaliknya, anda perlu menjalani pemeriksaan berkala dan doktor akan memantau keadaan injap anda supaya pembedahan boleh dilakukan pada masa yang benar-benar sesuai.

Secara umumnya, pembedahan dilakukan apabila keadaan injap menjadi semakin sempit dan menunjukkan simptom. Jika anda menghidap masalah stenosis aorta, doktor akan menyarankan anda mengambil antibiotik tertentu untuk mengelakkan jangkitan endokarditis.

Page 55: rencana berkaitan kesihatan

Tiga teknik pembedahan boleh dijalankan dan pemilihannya bergantung kepada jenis kerosakan injap. Ia boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu pembedahan valvotomy, membaikpulih serta penggantian injap.

Valvotomy

Teknik ini lebih kurang sama dengan balloon valvuloplasty. Perlu ditekankan, pada keseluruhannya pembedahan ini dan balloon valvuloplasty bukan cara untuk menyembuhkan penyakit stenosis. Ini kerana lama kelamaan injap yang rosak akan sempit kembali dan pesakit perlu dibedah semula.

Pembedahan membaik pulih injap

Kaedah ini dilakukan, terutama kepada pesakit yang masih muda dan menghidap penyakit injap lemah.

Pembedahan membaik pulih injap dilakukan mengikut punca kecacatan injap, sama ada dengan membuang timbunan kalsium pada atau berhampiran injap untuk membersihkan laluan injap berkenaan.

Ia juga boleh dilakukan kepada bayi yang dilahirkan dengan masalah stenosis aorta.

Cara ini dapat melengahkan lagi masa sebelum injap bermasalah itu diganti dengan injap palsu.

Penggantian Injap (dengan injap palsu)

Ini adalah kaedah rawatan paling biasa bagi masalah stenosis aorta.

Pembedahan ini dilakukan pada injap yang rosak teruk, sama ada pada injap sempit atau lemah.

Dalam pembedahan ini, pakar bedah mengeluarkan injap yang sempit dan menggantikannya dengan injap palsu, sama ada daripada injap tisu lain atau prostetik yang dibuat daripada logam dan tahan lama.

Ada kelebihan tertentu bagi setiap injap palsu, sama ada tisu atau prostetik. Injap prostetik tahan lebih lama, tetapi ia boleh menyebabkan darah membeku dan pesakit perlu mengambil ubat antikoagulan yang menghalang pembekuan darah. Pada tahun berikutnya, injap ini perlu diganti semula.

Manakala pesakit yang menerima injap tisu tidak perlu diberi ubat yang boleh mencairkan darah.

Ingatan untuk wanita hamil

Pesakit wanita yang mengalami penyakit injap teruk dinasihatkan tidak mengandung atas sebab kesihatan. Jika ingin juga menimang cahaya mata, mereka perlu mendapat nasihat doktor terlebih dulu.

Kebanyakan pesakit perlu mendapat rawatan seperti pembedahan atau balloon valvuloplasty sebelum hamil jika kerosakan injap itu teruk. Kadangkala rawatan seperti ini dilakukan ketika wanita itu hamil, tetapi ia tidak digalakkan kerana ia berisiko tinggi terhadap pesakit dan janin.

Ini kerana bagi mereka yang mendapat injap prostetik, ubat antikoagulan boleh menyebabkan kelainan pada janin. Jadi mereka dinasihati merancang kehamilan dan mendapat suntikan ubat antikoagulan jenis lain selama 16 minggu kehamilan supaya tidak berlaku masalah pada janin.

Page 56: rencana berkaitan kesihatan

Bersenam cara sayangi diri

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

RAMAI orang mengeluh apabila terpaksa berjalan jauh. Jika ke pusat beli-belah, kalau boleh mahu meletakkan kenderaan betul-betul di depan pintu masuk supaya tidak perlu mengeluarkan tenaga berjalan.

Malah, gaya hidup kini dengan pelbagai kemudahan moden yang memudahkan kehidupanserta kerjaya menyebabkan kita semakin kurang berjalan; apatah lagi meluangkan masa untuk bersenam.

Alasan tidak cukup masa sebenarnya tidak boleh diterima langsung kerana semua orang diberikan masa 24 jam sehari.

Jadi, kita perlu bijak menguruskan masa supaya boleh meluangkan waktu petang untuk bersenam.

Kajian ke atas rentak badan semula jadi mendapati, waktu terbaik untuk melakukan senaman ialah sekitar jam 4 hingga 6 petang kerana ketika ini paru-paru berfungsi pada paras optim um.

Malah, ketika ini juga otot menjadi lebih anjal dan membolehkan kita menggerakkan badan dengan baik berbanding pada pagi.

Hakikatnya, memang sukar untukmemulakan amalan bersenam, tetapi jika tidak dimulakan sekarang (terutama selepas berehat panjang dari aktiviti cergas pada Ramadan lalu), kita akan terus memanjakan badan dengan cara berbahaya.

Cara sebenar menyayangi badan kita ialah dengan bersenam.

Jika tidak dapat memikirkan jenis senaman sesuai untuk diri, mulakan aktiviti cergas ini dengan berjalan.

Berjalan dikenal pasti cara terbaik untuk membina dan meningkatkan kecergasan. Tidak ramai orang larat berjogging;

apatah lagi bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan dan golongan berumur.

Penyakit kronik

Secara umumnya, berjalan baik untuk semua orang, walaupun individu yang menghidapi penyakit kronik, terutama pesakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Berjalan memberi kesan sama baik seperti berjogging.

Berjalan cepat sejauh sebatu boleh membakar kira-kira 100 kalori - jumlah inilah juga yang dibakar jika berlari pada jarak sama.

Page 57: rencana berkaitan kesihatan

Berjalan adalah senaman sangat murah dan mudah. Tidak perlu peralatan mahal atau tempat khas. Malah, ia boleh dilakukan sendirian, berteman, bersama keluarga atau ditemani haiwan peliharaan, sama ada di pusat rekreasi atau sekadar di kawasan perumahan.

Mungkin anda tidak sedar, banyak berjalan boleh menguatkan otot dan membakar kalori seperti berlari, tetapi memberi kesan lebih lembut kepada badan.

Ini adalah senaman mudah.

Namun, ia mampu meningkatkan keyakinan, stamina, tenaga dan paling penting, berjalan boleh membantu anda mengawal berat badan, terutama bagi mereka yang mementingkan penampilan.

Malah, ia secara tidak langsung boleh merendahkan risiko penyakit koronari jantung, strok, kencing manis, tekanan darah tinggi, kanser usus, osteoporosis, arthritis, kegelisahan dan tekanan.

Selain itu, berjalan dapat menguatkan otot punggung, pinggul, paha, bahu, belakang badan dan abdomen. Namun, berjalan juga ada caranya supaya faedahnya dapat dirasai.

Caranya, berjalan cepat.

Mungkin anda tidak sangka, dengan berjalan cepat kira-kira 15 minit, anda sebenarnya berjalan sejauh hampir 1.6 kilometer!

Berjalanlah mengikut keupayaan diri sendiri. Anda tidak perlu berlumba untuk cepat sampai. Mulakan aktiviti senaman anda dengan berjalan di sekeliling rumah selama 15 hingga 30 minit.

Pastikan anda memakai sepasang kasut yang baik - bertumit rendah dengan tapak yang anjal. Elakkan berjalan di tengah panas terik. Jika cuaca panas, pakailah topi, kaca mata dengan penapis sinar ultra lembayung dan krim pelindung cahaya matahari.

Minum banyak air. Anda boleh minum sebelum, ketika atau selepas berjalan. Jangan tunggu hingga terlalu haus kerana anda perlu menggantikan air yang hilang daripada badan.

Makan sedikit sebelum bersenam dan pastikan ia dimulakan dengan senaman memanaskan badan serta regangan untuk mengelakkan kecederaan.

Rawatan melalui pembedahan

Siri penjagaan jantung bersama Institut Jantung Negara

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

BEBERAPA ujian dilakukan untuk menentukan injap yang rosak, jenis kerosakan, tahap kerosakan dan gejala yang mungkin terjadi. Ia juga memberi gambaran terhadap langkah yang perlu diambil dalam merawat pesakit.

Antara ujian itu ialah elektrokardiogram (ECG), sinaran x, ekokardiogram dua dimensi dan

Page 58: rencana berkaitan kesihatan

ekokardiogram esofagal dan katerisasi kardiak.

Secara ringkasnya, ujian ECG mampu memberi gambaran jelas keadaan bilik dan rentak jantung. Manakala sinaran x dada dapat memberi gambaran sama ada jantung dan saluran darah paru-paru menjadi besar. Ia juga dapat mengesan jika seseorang itu menghadapi masalah lemah jantung.

Dua jenis ekokardiogram ini adalah ujian penting yang mengesahkan jenis dan tahap kerosakan injap, masalah jantung yang mengembang, darah beku atau jangkitan pada injap yang mungkin berlaku.

Katerisasi kardiak pula adalah ujian invasif yang membolehkan seseorang itu mengukur tekanan dalam sesebuah bilik jantung, pulmonari aorta dan aorta serta melihat tahap kelemahan sesuatu injap.

Rawatan

Rawatan tidak akan dilakukan jika penyakit injap tidak teruk dan seseorang itu tidak menunjukkan sebarang tanda. Beberapa jenis rawatan boleh disyorkan kepada pesakit iaitu pencegahan, balloon vulvuloplasty, vulvotomy dan pembedahan.

Minggu ini, kita akan membincangkan rawatan jenis pertama, iaitu pencegahan. Pesakit perlu mematuhi beberapa langkah apabila menerima rawatan jenis ini.

Rawatan pencegahan

Lazimnya dua jenis rawatan diamalkan, iaitu pencegahan daripada penyakit demam reumatik. Bagi seseorang yang tidak mengalami penyakit injap jantung, demam dan sakit kerongkong berpunca daripada bakteria, perlu mendapat rawatan doktor untuk mencegah daripada dijangkiti demam reumatik.

Mereka yang menghidap demam reumatik atau penyakit injap jantung perlu mendapat antibiotik prophylxis (bagi pencegahan) bagi jangka masa panjang, iaitu lima tahun bagi yang hanya menghidap demam reumatik, manakala pesakit injap jantung mungkin perlu mengambilnya seumur hidup. Ini boleh diberi dalam dua bentuk, sama ada memakan antibiotik setiap hari atau mendapat suntikan antibiotik sebulan sekali.

Pencegahan kedua ialah mengelakkan jangkitan endokarditis. Ini adalah jangkitan yang berlaku pada dinding dalam jantung dan injap dipanggil endokardium.

Biasanya, jangkitan endokarditis berlaku pada satu daripada injap disebabkan serangan virus atau bakteria daripada anggota badan lain seperti mulut yang berpindah dari satu anggota ke organ badan melalui saluran darah dan perjalanan bakteria ini berakhir di jantung.

Simptom

Antara simptom jangkitan endokarditis termasuk cepat penat, demam, anemia (kurang darah merah), lemah, jantung berdesir, sakit otot dan sendi, berpeluh pada waktu malam, batuk, sesak nafas, kaki dan buku lali bengkak, hilang selera makan, sakit kepala dan kencing berdarah.

Page 59: rencana berkaitan kesihatan

Jika tidak dirawat segera, jangkitan endokarditis akan menyebabkan kegagalan injap sepenuhnya yang boleh membawa maut. Bagaimanapun, kes jangkitan endokarditis jarang berlaku.

Mereka yang akan menjalani rawatan pergigian, pembedahan atau melahirkan anak perlu mendapat antibiotik sebelum dan juga selepas dirawat, bedah atau bersalin.

Jangkitan endokarditis adalah gejala serius, susah diubati dan mengambil masa lama untuk mengubatinya (biasanya pesakit diberikan suntikan antibiotik selama dua hingga enam minggu untuk sembuh).

Pada masa sama, pesakit perlu mengawal pemakanan. Pesakit disaran mengurangkan pengambilan garam. Malah, mereka juga perlu mengurangkan minum air apabila jantung pada keadaan lemah.

Ketika ini juga pesakit disaran mengurangkan aktiviti cergas dan bersenam, terutama apabila kerosakan injap mencapai tahap bahaya.

Selain itu, adakalanya pesakit juga perlu mengambil ubat. Ubat diberi untuk mengurangkan tanda-tanda dihadapi, kelainan rentak jantung dan mencairkan darah, terutama apabila ada darah beku dalam jantung.

Ubat yang mencairkan darah ini (antikoagulan) perlu dikawal rapi dan doktor akan memeriksa darah pesakit setiap masa untuk menentukan paras kecairan darah.

Dos ubat ini kemudian diubahsuai mengikut keputusan keadaan darah dari semasa ke semasa kerana darah yang terlalu cair akan menyebabkan perdarahan berlaku dan susah menghentikan aliran darah yang keluar dari luka.

Alat IUS selamat, mudah

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

APABILA diberitahu penggunaan alat pencegahan kehamilan seperti sistem intrauterine (IUS) atau alat dalam rahim akan mengurangkan penghasilan darah haid, ramai wanita tarik diri kerana beranggapan ia mempercepatkan proses menopaus.

Anggapan ini perlu dipadamkan daripada fikiran kerana ia tidak benar sama sekali. Kebanyakan alat pencegahan kehamilan di pasaran adalah selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan.

Malah, alat pencegahan kehamilan terkini seperti IUS dilengkapi pelbagai faedah tambahan, sesuai dengan keperluan pengguna di seluruh dunia yang semakin prihatin terhadap kesihatan dan kesan sampingan setiap kaedah rawatan.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Ho Choon Moy, wanita kini beruntung kerana mempunyai banyak pilihan untuk merancang keluarga, selain dapat mengelakkan kehamilan

Page 60: rencana berkaitan kesihatan

yang tidak dirancang dan dikehendaki.

Katanya, antara pelbagai kaedah perancangan kehamilan yang ada di pasaran, penggunaan alat IUS dianggap lebih mudah, praktikal, kurang kesan sampingan dan menjimatkan dalam jangka masa panjang.

IUS adalah alat kecil berbentuk T, dibuat daripada plastik yang mudah lentur yang akan disisipkan ke dalam rahim. Bahagian batangnya yang bersalut membran dilengkapi bahagian batangnya dilengkapi hormon levenorgestrel (progesteron).

Membran (lapisan nipis) ini akan mengawal pembebasan hormon progesteron dalam kuantiti kecil secara tetap setiap hari (20 mikro gram/hari) bagi mencegah kehamilan.

“IUS memberi perlindungan serta-merta yang berkesan, iaitu sejak hari pertama dimasukkan ke dalam rahim selama lima tahun. Selepas tempoh ini, kesannya berkurangan dan ia perlu diganti jika wanita mahu meneruskan perancangan keluarga.

“Bagaimanapun, jika dalam tempoh ini wanita berkenaan mahu mengandung, ia boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan kesuburan wanita akan kembali seperti sediakala sebulan selepas itu,” katanya.

Apabila menggunakan IUS, wanita akan mengalami beberapa perubahan iaitu kedatangan haid yang ringan, sedikit, lebih singkat dan kurang sakit (terutama bagi mereka yang kerap mengalami senggugut).

Namun, perubahan ini sering disalah anggap sesetengah wanita kerana ramai beranggapan apabila sedikit darah haid yang keluar, bermakna mereka mendekati menopaus.

Apa berlaku sebenarnya berbeza, kerana kajian mendapati wanita yang mengalami pendarahan haid yang banyak berdepan masalah sakit pinggang, kejang, kekurangan zat besi, kurang tenaga, cepat lesu, risiko pembentukan fibroid dan endometriosis dalam rahim.

Proses

Proses memasuk dan mengeluarkan IUS sangat mudah. Hormon progesteron yang dirembes akan bertindak di dalam rahim saja (kesan setempat) dan tidak memasuki sistem badan seperti kaedah pencegahan kehamilan lain yang menimbulkan kesan sampingan tidak dikehendaki seperti jerawat, pening kepala dan pertambahan berat badan.

Progesteron ini akan menyebabkan mukus (lendir) serviks menjadi pekat dan membuatkan sperma tidak dapat menembusinya (merencat pergerakan sperma) yang secara tidak langsung menghalang proses persenyawaan.

Progesteron juga akan merencatkan pertumbuhan dinding endometrium dalam rahim (yang akan menebal di peringkat awal kitaran haid sebagai persediaan untuk menerima telur yang disenyawakan).

Jika tidak berlaku persenyawaan, dinding ini akan luruh dan disingkirkan dari badan sebagai haid.

Page 61: rencana berkaitan kesihatan

Perencatan pertumbuhan dinding endometrium oleh progesteron akan menghasilkan haid yang sedikit dan singkat.

“Dalam tempoh tiga hingga enam bulan pertama, wanita akan mengalami pendarahan antara haid, bagaimanapun ia akan hilang secara beransur-ansur kerana ini adalah tempoh badan menyesuaikan diri.

“Namun, ada juga pengguna IUS tidak mendapat haid langsung beberapa bulan, tetapi mereka tidak perlu bimbang kerana ia bersifat sementara.

“Pendarahan haid akan kembali sedia kala apabila IUS dikeluarkan. Malah, aktiviti penghasilan hormon lain dalam badan tidak terjejas dan ovari tetap merembeskan hormon seperti biasa,” katanya.

Menurut Dr Ho, ramai pengguna IUS menganggap pendarahan haid yang sedikit dan singkap adalah perkara positif kerana mereka boleh menjalani kehidupan aktif, lebih bertenaga, boleh memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarga serta tidak lagi dibelenggu masalah senggugut.

Lebih penting, dalam tempoh penggunaan IUS, pembentukan fibroid serta endometriosis terencat seperti yang berlaku ketika hamil dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

“IUS boleh digunakan enam minggu selepas bersalin dan ia tidak menjejaskan penghasilan susu serta proses penyusuan anak. Ia juga tidak mendatangkan kesan sampingan kepada bayi atau perkembangannya.

“Bahkan wanita menopaus juga boleh terus menggunakan IUS untuk mencegah barah rahim. Mereka yang ingin menggunakan IUS perlu berbincang dulu dengan doktor supaya mereka benar-benar faham mengenainya,” katanya.

Warga tua tewas dugaan murung

Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD(Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Unimas)

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

MANUSIA mempunyai akal fikiran dan perasaan, oleh itu kita mampu memberi tindak balas sewajarnya apabila mengalami sesuatu peristiwa, sama ada yang manis atau pahit.

Begitu juga ragam hidup kita. Ada kalanya kita riang gembira dan ada ketika kita menanggung perasaan sedih pilu; semuanya bergantung kepada peristiwa yang dialami.

Apabila disebut mengenai emosi dan perasaan, kajian menunjukkan lebih ramai warga tua mengalami permasalahan ini. Dalam kata lain, penyakit mental yang lebih spesifik dan kerap berlaku di kalangan wargatua ialah depresi atau kemurugan dan dementia atau nyanyuk.

Pun begitu, penyakit mental ini boleh juga berlaku kepada golongan muda, tetapi ia lebih serius apabila yang mengalaminya warga tua.

Penyakit kemurungan psikosis bermaksud pesakit bukan saja berasa sedih dan pilu, bahkan

Page 62: rencana berkaitan kesihatan

lebih daripada itu.

Tanda-tanda penyakit mental ini berkaitan dengan pemikiran, emosi dan perilaku pesakit yang sentiasa negatif.

Bagi pesakit berkenaan, dia berpendapat dirinya serba berkurangan. Dia percaya sudah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, oleh itu dia dibelenggu rasa bersalah dan mahu dirinya dihukum.

Orang yang terbabit berpendirian bahawa keadaan persekitarannya juga tidak memihak kepadanya. Dia mudah membuat andaian iaitu orang lain, termasuk sanak saudara dan sahabat handai, benci kepadanya.

Maka dia jarang bergaul dengan rakan-rakan, dan lebih suka bersendirian dan mengasingkan diri.

Pesakit yang mengalami kemurungan psikosis tidak nampak bagaimana hidupnya akan senang, yang dia lihat ialah suasana pesimistik. Oleh itu, dia mudah buat sesuatu yang mungkin boleh membahayakan dirinya atau orang lain.

Selain perubahan kognitif dan afektif yang dialami, pesakit turut menunjukkan perubahan pada selera makan. Mereka kurang menjamah makanan yang disediakan dan berat badan boleh menurun dengan mendadak. Ada kalanya pesakit langsung tidak mahu makan dan minum hingga menjadi kurus kering.

Tabiat tidur mereka juga terjejas. Jika sebelum sakit mereka boleh tidur nyenyak selama lima jam umpamanya, sekarang mereka hanya dapat tidur satu atau dua jam.

Oleh itu, apabila tidak dapat lelapkan mata pada waktu malam, mereka banyak memikir mengenai diri sendiri dan meramalkan betapa susahnya nanti masa depan mereka jika berterusan begini.

Lazimnya mereka akan tidur lewat malam, kadangkala jam 1 pagi dan bangun jam 3 atau 4 pagi dan tidak dapat tidur lagi sampai siang. Pada saat-saat inilah emosi mereka berasa terlalu pilu, mereka mudah menangis dan kadangkala diselubungi pemikiran bahawa hidup mereka tidak bermakna.

Selain tanda-tanda disebut tadi, ada juga fenomena pesakit mengalami pengalaman luar biasa, seperti boleh mendengar suara ghaib yang membisik kepada mereka mengenai perkara negatif, seperti mengutuk dan menyuruh melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri mereka.

Fenomena ini disebut sebagai halusinasi pendengaran dan sesungguhnya ia sebahagian daripada bisikan hati mereka, tetapi pesakit menganggap mereka mendengar bisikan berkenaan dan mendakwanya suara ghaib.

Fenomena suara ghaib ini berkait rapat dengan satu lagi tanda psikosis iaitu delusi, di mana pesakit percaya dengan sesuatu perkara walaupun pada hakikatnya, ia tidak benar.

Contohnya, pesakit boleh percaya dia menghidap penyakit fizikal yang sangat teruk seperti

Page 63: rencana berkaitan kesihatan

barah usus, dan tiada lagi harapan untuk sembuh. Jika dibuat ujian, tiada bukti pesakit mengalami barah usus, tetapi pemikiran negatif yang dialami dalam konteks depresi membuat pesakit jadi begitu.

Justeru itu, kadangkala akan ditemui pesakit yang terbabit menjadi terlalu murah hati dan sanggup memberi semua barang dan harta bendanya yang berharga kepada orang lain, semata-mata dengan niat menebus segala dosa dan kesalahan yang dianggap dia lakukan. Ini bermaksud dia tidak dapat berfikir dengan sempurna lagi mengenai cara mengendalikan urusan kewangannya.

Mental

Apakah agaknya yang berlaku sehingga seorang warga tua yang dulunya ceria dan penyayang boleh bertukar menjadi sangat sedih dan pilu? Bolehkah penyakit mental kemurungan psikosis dirawat?

Bagi menjawab soalan pertama iaitu berkaitan sebab berlakunya penyakit ini, kita harus memahami bahawa dengan peredaran masa dan peningkatan usia, seseorang itu melalui pelbagai dugaan dan cabaran.

Ada kalanya kita berupaya menghadapi cabaran berkenaan dan ada kalanya kita tewas dengan dugaan yang datang. Ini bermaksud faktor persekitaran dan kualiti perhubungan antara satu sama lain, terutama dengan ahli keluarga sendiri dan permasalahan berkaitan aspek sosio-ekonomi memainkan fungsi penting dalam kejadian penyakit ini.

Seorang warga tua yang terdedah kepada pelbagai konflik emosi dan tekanan perasaan yang mungkin berpunca daripada salah faham sesama ahli keluarga, akan cepat merajuk dan jika konflik itu berterusan dan tiada jalan penyelesaian, ia menambah tekanan perasaan dan seterusnya menyebabkan berlakunya penyakit seperti ini.

Penyakit mental ini lebih mudah berlaku jika ada ahli keluarga warga tua berkenaan pernah mengalami penyakit sama sebelum ini. Maknanya, faktor genetik atau baka turut mempengaruhi penyakit mental ini.

Selain pendedahan kepada konflik dan pengaruh baka, aspek kesihatan fizikal juga memberi pengaruh. Apabila seseorang meningkat umur, contohnya dari pertengahan umur dalam lingkungan 50 hingga ke tahap warga tua, di mana umur seseorang meningkat 60, risiko mengalami gangguan kesihatan seperti darah tinggi, diabetes, kanser, sakit jantung dan strok turut meningkat.

Gangguan kesihatan seperti ini juga memberi kesan kepada emosi dan perasaan seseorang. Tambahan pula mereka yang mengalami kemurungan psikosis, apabila diberitahu mereka turut mengalami gangguan fizikal, kesannya menjadi lebih serius lagi.

Daripada aspek perubahan biokimia dalam otak pesakit, kajian menunjukkan bahan dalam sistem saraf seperti serotonin dan noradrenalin didapati berkurangan. Secara logiknya, pesakit akan diberi ubat yang boleh meningkatkan bahan biokimia ini bagi memulihkan emosi pesakit.

Contoh kategori ubat yang berkaitan adalah seperti sertraline, fluoxetine, fluvoxamine,

Page 64: rencana berkaitan kesihatan

citalopram, venlafaxine dan mirtazapine. Semua ubat ini perlu pengawasan pengamal perubatan sebelum diberi kepada pesakit.

Penyelidikan juga membuktikan berlakunya perubahan pada struktur hipokampus, yang ada dalam sistem limbik di dalam otak. Sistem ini dikatakan berfungsi mengawal emosi seseorang, dan saiz struktur hipokampus menjadi kecil apabila seseorang mengalami kemurungan dan berubah ke saiz normal setelah pesakit pulih.

Ini menunjukkan sistem saraf boleh berubah dan cuba membuat penyesuaian apabila berlaku penyakit mental seperti ini.

Namun, ini bukan bermakna semua warga tua akan mengalami kemurungan psikosis. Hanya mereka yang berisiko tinggi akan mengalami penyakit ini.

Ini bermakna penyakit mental ini bukan disebabkan oleh penuaan semata-mata, sebaliknya turut dirangsang pelbagai faktor, tetapi peningkatan umur adalah satu risiko berkaitan.

Ada pesakit dapat dipulihkan dengan ubat dan ada juga pesakit sukar menunjukkan tindak balas positif dengan ubat berkenaan. Malah, ada pesakit yang terlalu serius, di mana keadaan mereka tidak terkawal dan perlu diberi rawatan elektrokonvulsif bagi mengelakkan perkara mudarat berlaku.

Apa yang dihuraikan adalah berkaitan penyakit mental kemurungan psikosis. Kita semua berisiko mengalami penyakit sama. Diharapkan dengan sedikit pengetahuan yang kita ada, kita boleh berusaha mencegahnya daripada berlaku terhadap diri kita.

Konflik emosi cetus masalah kesihatan

Oleh PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Unimas)

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

ADA segolongan ahli masyarakat kita yang sering dilanda pelbagai gejala gangguan kesihatan seperti sakit kepala, perut, dada dan sendi dari semasa ke semasa tetapi apabila cuba mendapat rawatan daripada doktor, mereka diberitahu tidak mengalami sebarang penyakit.

Pesakit seperti ini pelik kenapa doktor memberi jawapan sedemikian kerana mereka betul-betul mengalami kesakitan.

Jika dilihat daripada aspek perangkaan, boleh dikatakan 30 hingga 40 peratus pesakit yang membuat aduan sama selepas berjumpa doktor di klinik tergolong dalam kategori ini.

Daripada perspektif perubatan, pesakit ini dikatakan mengalami penyakit mental psikosomatik. Gangguan kesihatan psikosomatik atau dikenali juga sebagai gangguan somatoform yang bermaksud seseorang itu mengadu mengalami pelbagai permasalahan kesihatan seperti sakit kepala, perut, dada dan sendi bukan berpunca daripada gangguan kesihatan fizikal, tetapi gangguan mental.

Ini bermaksud kekusutan mental dan konflik emosi yang mendadak disebabkan pelbagai tekanan dan tuntutan kepada seseorang menyebabkan orang itu tidak berdaya berfungsi

Page 65: rencana berkaitan kesihatan

dengan sempurna lagi.

Justeru, dia berasa dirinya tidak bermaya dan lemah longlai, jadi dia mudah mengalami pelbagai tanda penyakit seperti disebut tadi.

Namun, apabila pemeriksaan dan ujian dibuat, tiada bukti penyakit fizikal, oleh itu diagnosis yang kerap digunakan ialah gangguan psikosomatik atau somatoform.

Setiap orang akan menghadapi pelbagai tuntutan dan permintaan setiap hari, tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa atau warga tua.

Semakin meningkat umur seseorang itu, semakin bertambah tuntutan dan permintaan yang dihadapi. Ada orang berupaya menguruskan segala tuntutan dihadapi dan ada juga tidak mampu menangani permintaan dikenakan ke atas mereka.

Tiga faktor boleh mempengaruhi keupayaan seseorang menyelesaikan tuntutan dan permintaan dihadapi.

Faktor-faktor itu berkaitan dengan pengalaman individu berkenaan, perwatakan dan suasana yang bersangkut-paut dengan permintaan atau tuntutan itu.

Apabila ada perseimbangan antara tuntutan dan keupayaan, individu berkaitan boleh menjadi lebih produktif dan kreatif, tetapi jika berlaku sebaliknya, di mana seseorang itu tidak berupaya menangani tuntutan dihadapi, dia akan menjadi keluh-kesah dan jika situasi kurang baik ini berterusan, dia mungkin mengalami gangguan kesihatan.

Seperti diperkatakan, lebih kurang 30 hingga 40 peratus daripada pesakit yang mengadu mengalami permasalahan sistem-sistem kardiovaskular, gastrousus dan saraf, sebenarnya menghadapi konflik emosi.

Contoh gangguan sistem kardiovaskular ialah darah gemuruh, contoh bagi sistem gastrousus adalah seperti cirit-birit dan contoh untuk sistem saraf adalah seperti sakit kepala.

Kaitan antara konflik emosi dan gejala gangguan kesihatan yang dialami adalah melalui rembesan hormon adrenalin dan kortisol berlebihan, yang sumbernya datang daripada kelenjar adrenal.

Peningkatan sistem saraf autonomik yang berpanjangan akan memudaratkan kesihatan.

Apabila seseorang itu disahkan mengalami konflik emosi, perkara utama untuk membantu orang terbabit ialah kesedaran orang itu mengenai apa yang berlaku kepada dirinya.

Dengan adanya kewaspadaan mengenai permasalahan dihadapi, orang terbabit akan berasa lebih selesa apabila diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah dialami.

Berbalik kepada tiga faktor pengaruh iaitu pengalaman lalu, perwatakan dan persekitaran, dihuraikan serba ringkas peranan faktor-faktor berkenaan.

Pertamanya; pengalaman di mana seseorang yang pernah melalui pelbagai dugaan dan cabaran, sesungguhnya dia boleh mempelajari dan mengambil iktibar daripada pengalaman

Page 66: rencana berkaitan kesihatan

terbabit supaya masalah sama tidak berulang.

Pengalaman lalu boleh membantu orang berkenaan mengamal strategi lebih berfaedah bagi menempuh cabaran baru. Seperti kata golongan ilmuan — kita belajar daripada pengalaman dan kita tidak mahu mengulang kesilapan sama.

Oleh itu, pengalaman memainkan fungsi penting untuk seseorang berdepan sebarang tuntutan atau permintaan.

Keduanya, mengenai perwatakan. Ini bermaksud sama ada seseorang itu tegas atau tidak dalam urusan berinteraksi dengan orang lain.

Orang yang tegas tahu hak dan keistimewaannya, tidak mudah dimanupulasi, diperalatkan, didera dan diabaikan oleh orang lain.

Tidak kira sama ada orang itu berpangkat tinggi atau rendah, majikan atau pekerja, dia mampu mempertahankan kebenarannya dan berani bersuara dengan matang jika ditindas.

Orang seperti ini dihormati dan disegani kerana lantang bersuara dengan bijak demi menjaga maruahnya. Ia mampu dihadapi dan mengecapi kejayaan atas dasar daya usaha dan kreativitinya sendiri.

Ketiga, berkaitan suasana ketika berlaku sesuatu tuntutan. Jika seseorang dibebani terlalu banyak permintaan dan tuntutan yang semuanya berlaku secara mendadak, satu demi satu pada masa hampir sama, orang berkaitan boleh berasa tertekan dan daya usahanya untuk mengurus semua tuntutan berkenaan mungkin tercabar dan mudah mengalami krisis.

Dalam keadaan sedemikian, fikiran dan tindakannya tidak berkesan dan jika tekanan dialami berterusan dan tiada jalan penyelesaian, orang terbabit berkemungkinan besar mengalami gangguan kesihatan mental dan fizikal.

Oleh itu, perkara penting yang harus diingat sebelum berlaku sesuatu krisis akibat tiada perseimbangan antara tuntutan dan keupayaan ialah kewaspadaan terhadap daya usaha seseorang apabila berdepan sesuatu permintaan.

Ini bermaksud ramai orang mempunyai keupayaan terbatas. Oleh itu, setiap individu perlu peka sebanyak mana beban tugas yang sanggup dihadapi, ia harus realistik dan pragmatik bagi mengelak berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Walaupun demikian, ada juga orang memiliki daya usaha untuk membuat pelbagai tugasan pada masa sama dengan sempurna. Mereka dianggap luar biasa kerana tahap keupayaan mereka tinggi dan mampu menangani serta menyelesaikan permasalahan demi permasalahan dengan cara terbaik.

Mungkin mereka ada pengalaman luas, perwatakan tegas dan matang serta suasana persekitaran walaupun mencabar tetapi masih mempunyai sumber yang boleh membantu mereka.

Kepada yang mengalami krisis, perkara utama adalah menenangkan keadaan, dan ini boleh didapati dengan mencari seseorang yang sanggup memberi bantuan dan sokongan moral.

Page 67: rencana berkaitan kesihatan

Setelah emosi menjadi lebih reda, orang terbabit boleh mengamal strategi berfikir secara rasional supaya mampu menganalisis tuntutan munasabah, tindakan realistik dan berkesan yang boleh dilakukan.

Daripada perspektif agama, ada orang gemar mendekati dirinya dengan Penciptanya bagi mendapat ketenteraman dan kedamaian. Kepada umat Islam, surah Ar-Rad, ayat 28 menjelaskan, dengan mengingati Allah akan tenang tenteramlah hati manusia.

Cegah hamil cara selamat

Oleh NORLAILA HAMIMA [email protected]

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

SOAL anak sentiasa menjadi topik utama dalam setiap keluarga terutama bagi wanita. Ada yang berpisah atau terpaksa dimadukan kerana ketiadaan anak tetapi perceraian turut membabitkan pasangan yang ramai anak.

Manusia ini memang aneh dan inilah hakikat yang perlu diterima. Ada anak salah dan jika tiada anak, wanita juga yang dipersalahkan. Justeru, tidak hairanlah sekiranya ada wanita sanggup menggugurkan kandungan demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Anak adalah masalah sejagat. Dianggarkan dalam setiap 60 saat, 500 kehamilan direkodkan, 260 kelahiran dan 40 kes pengguguran bayi dilakukan di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, setiap minit dianggarkan kira-kira 21 bayi di bawah 12 bulan meninggal dunia.

Dua angka terakhir yang menyedihkan ini boleh dikurangkan sekiranya kehamilan tidak dirancang dan dikehendaki dapat dielakkan. Di sinilah pentingnya wanita mengetahui bahawa mereka mempunyai hak untuk merancang kehamilan.

Perlu diingat pengguguran bukanlah kaedah untuk merancang keluarga sebaliknya boleh dianggap jenayah kerana membunuh satu nyawa. Bahkan pengguguran haram juga boleh membahayakan nyawa wanita.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Ho Choon Moy, mengamalkan perancangan keluarga bukan bermakna menolak rezeki sebaliknya kaedah ini membolehkan ibu bapa memberi pendidikan dan kehidupan terbaik kepada anak yang bakal dilahirkan.

Namun, yang lebih penting adalah untuk mengelakkan pengguguran haram jika berlaku kehamilan tidak dirancang atau dikehendaki. Kaedah perancangan keluarga juga banyak tetapi yang lebih popular ialah kiraan tempoh kesuburan, penggunaan kondom, pengambilan pil, suntikan, implan dan penggunaan alat pencegah kehamilan yang dimasukkan dalam rahim sama ada Intrauterine Divice (IUD) atau Intrauterine System (IUS).

Katanya, setiap kaedah perancangan keluarga mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Implan dan alat dalam rahim lebih mudah, praktikal serta berkesan berbanding kaedah lain.

Perlindungan

Page 68: rencana berkaitan kesihatan

Namun IUS mempunyai kelebihan berbanding IUD kerana IUD biasanya menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan panjang manakala pengguna IUS akan mengalami haid yang sedikit dan tempohnya lebih pendek.

“Ramai wanita takut apabila diberitahu haid akan menjadi sikit dengan penggunaan IUS dan menyangka ia adalah tanda awal menopaus atau darah terkumpul dalam rahim. Tanggapan ini adalah tidak benar.

“Sebaliknya haid yang sedikit adalah lebih baik kerana pendarahan haid yang banyak boleh menyebabkan kekurangan darah dan zat besi, cepat letih, jantung berdenyut cepat, sakit dada serta masalah kesuburan akibat endometriosis dan fibroid,” katanya ketika memberikan ceramah kesihatan wanita anjuran Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (Mamaneh) dan Schering (M) Sdn Bhd.

Selain memberikan perlindungan jangka panjang, IUS bertindak setempat iaitu mengeluarkan hormon levenorgestrel (progesteron) sebanyak 20 mikrogram secara tetap setiap hari selama lima tahun.

Malah, IUS amat sesuai digunakan bagi wanita yang bermasalah pendarahan haid yang banyak, sering mengalami senggugut dan tidak berpuas hati dengan alat IUD sedia ada .

“Lebih penting, ia mudah, selamat dan kurang kesan sampingan kerana hormon progesteron yang dibebaskan hanya bertindak pada dinding uterus dan tidak memasuki sistem badan. Pengguna mungkin akan mengalami pendarahan tidak normal tetapi ia hanya berlaku dalam beberapa bulan pertama saja.

“Hormon estrogen akan menyebabkan dinding endometrium (dinding rahim) menjadi tebal dan apabila tidak mengandung, dinding tebal ini akan disingkirkan sebagai haid yang banyak. Dinding rahim yang tebal inilah biasanya menyebabkan kanser serviks. Kehadiran progesteron akan menipiskan dinding rahim, justeru sedikit haid dihasilkan. Jangan salah anggap, ini bukan tanda menopaus,” katanya.

Progesteron juga akan memekatkan mukus (lendir) serviks yang menyekat pergerakan sperma bagi mengelakkan berlakunya persenyawaan. Walaupun haid yang dihasilkan menjadi sedikit tetapi penghasilan ovum (telur) tetap berlaku seperti biasa dan kesuburan akan kembali normal sebulan selepas IUS dikeluarkan.

IUS boleh digunakan seawal enam minggu selepas bersalin dan ia selamat serta tidak memberi kesan terhadap penghasilan susu badan. Lebih menarik, ia memberikan tempoh yang lebih panjang kepada wanita Muslim untuk menjalankan ibadat.

Radang sendi mula dari tangan

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

APABILA meningkat usia, macam-macam penyakit yang datang dan antara rungutan paling biasa keluar dari mulut emak bapa kita adalah ‘sakit sendi’ sehingga ada yang sukar berjalan dan melakukan aktiviti harian.

Page 69: rencana berkaitan kesihatan

Sakit sendi atau istilah perubatannya dipanggil reumatoid artritis adalah masalah yang melanda semua masyarakat dunia dan dianggarkan menyerang lima daripada 1,000 penduduk Malaysia.

Bagaimana sakit sendi berlaku? Sendi ialah tempat pertemuan dua tulang dan kehadiran sendi membolehkan tulang-tulang bergerak pada arah tertentu. Malah, sendi juga harus cukup kuat untuk menahan berat badan dan ‘mengunci’ dua tulang (terutama pada kaki) bagi membolehkan kita berdiri.

Secara ringkasnya, sendi yang sihat membabitkan beberapa komponen, antaranya kartilaj (lapisan licin pada hujung tulang yang membolehkan tulang bergerak dengan geseran minimum; juga bertindak sebagai penyerap hentakan) dan membran sinovium yang menghasilkan cecair sinovial.

Cecair ini berfungsi sebagai pelincir dan melicinkan pergerakan sendi, manakala membran sinovium pula mempunyai dinding luar yang teguh untuk memegang sendi dan menghalangnya daripada terlalu banyak bergerak.

Secara ringkasnya, penyakit boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Pada peringkat pertama, membran sinovial membengkak menyebabkan sendi rasa sakit, panas, kejang, merah dan bengkak. Kedua, sel-sel akan membahagi dengan cepat, menyebabkan dinding sinovium menjadi tebal.

Pada peringkat ketiga, sel yang radang menghasilkan enzim yang akan ‘memakan’ tulang dan kartilaj, menyebabkan sendi kehilangan bentuk dan jajaran, lebih sakit serta sukar bergerak.

Dalam kes reumatoid artritis, membran sinovium mengalami keradangan; menjadi merah (kerana bekalan darah bertambah) dan bengkak (akibat peningkatan penghasilan cecair sinovial).

Sendi terbabit juga akan rasa sakit kerana hujung saraf turut mengalami kesan bahan kimia yang terhasil daripada keradangan dan membran menjadi besar serta terik bagi menampung penghasilan cecair sinovial.

Punca radang sendi masih belum diketahui tetapi ia menyebabkan kerosakan pada kartilaj, tulang dan ligamen yang mengelilingi sendi. Sekali sendi ini mengalami radang, ia sukar sembuh.

Reumatoid artritis boleh menyerang mana-mana sendi tetapi biasanya bermula dengan sendi kecil seperti jari, tangan dan pergelangan tangan.

Biasanya, ia bersifat simetri iaitu jika sendi jari kanan berasa sakit, sendi jari kiri turut akan berasa sakit.

Antara simptom lain termasuk berasa cepat letih, kejang (terutama pada waktu pagi dan apabila duduk terlalu lama), lemah, kerap selesema, demam sedikit, sakit otot, hilang selera makan, tertekan, berat badan menurun, tangan dan kaki berpeluh dan ada nodul atau tisu benjol di bawah kulit (lazimnya pada siku).

Page 70: rencana berkaitan kesihatan

Pada keadaan teruk, pesakit sukar melakukan aktiviti harian yang mudah seperti memegang sudu, memasang butang baju mahupun menyikat rambut.

Dalam keadaan ini, ada pesakit mula mengalami ulser kulit yang menandakan tahap kesihatan mula merosot.

Radang sendi

Bagaimanapun, gejala RA berbeza antara individu; ada yang mengalami kerosakan sendi teruk tetapi tidak kurang yang hanya sakit sedikit. Namun secara umumnya, radang sendi juga boleh menyebabkan pesakit cepat penat dan berasa kurang sihat.

Gejala ini bagaimanapun datang dan pergi, tidak berlaku sepanjang masa dan sehingga kini tidak diketahui punca yang boleh merangsang radang sendi. Namun yang pasti, sekali ia menyerang, ia boleh menyebabkan pesakit berasa sangat sakit dan mungkin hilang keupayaan.

Reumatoid artritis juga dikenali sebagai penyakit kronik yang boleh menjejaskan aktiviti organ lain. Justeru, jika simptom disebut di atas ada pada anda, segeralah jalani pemeriksaan kesihatan.

Penyakit ini boleh menyerang sesiapa saja, tetapi 70 peratus pesakit reumatoid artritis membabitkan wanita berumur antara 30 hingga 50 tahun.

Dikatakan wanita mempunyai risiko dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki tetapi jika lelaki mengalaminya, gejala penyakit jauh lebih teruk daripada wanita.

Ada dua cara untuk diagnos reumatoid artritis iaitu melalui ujian darah dan sinar-x. Hampir 80 peratus pesakit reumatoid artritis biasanya mengalami masalah anemia iaitu kurang sel darah merah dan kehadiran ‘faktor reumatoid’ (protein darah). Bagaimanapun, protein darah bukan penentu pasti seseorang itu mengalami masalah reumatoid kerana ada individu sihat juga mempunyai ‘faktor reumatoid’ dalam darah mereka.

Sebagaimana sakit kronik lain, penawar reumatoid artritis belum ditemui, tetapi ia boleh rawat dan dikawal dengan tiga cara iaitu:

n Menjaga sendi melalui senaman. Seimbangkan antara waktu rehat dan kerja, tetapi rehat bukan bermakna tidak melakukan apa-apa kerana tanpa pergerakan, sendi akan jadi keras dan kejang. Sebaik-baiknya, lakukan senaman secara tetap sepanjang hayat.

Jika anda penghidap reumatoid artritis, elakkan sukan lasak yang memerlukan banyak tenaga seperti bola sepak dan skuasy. Pilih senaman ‘lembut’ seperti tai chi, chi gong atau memadai jika berjalan 20 hingga 30 minit.

Ramai pakar sependapat, berenang adalah senaman terbaik kerana ia menggunakan semua sendi tanpa memberi banyak tekanan.

n Ubat — beberapa jenis ubat boleh diambil iaitu ubat meredakan kesakitan (analgesik), anti-radang bukan steroid (NSAIDs), anti-reumatik (DMARDs) dan kortikosteroid.

n Pembedahan — kaedah ini hanya dilakukan jika dua kaedah di atas tidak berjaya.

Page 71: rencana berkaitan kesihatan

Bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan beberapa pakar berkaitan sebelum melakukannya.