rencana abc2144

8
JUDUL : PENGGUNAAN VLE OLEH IBU-BAPA DAN PENJAGA NAMA PENULIS: FOO CHING CHEE NAMA SEKOLAH: SJK(C) NEW KOPISAN, GOPENG ABSTRAK VLE( Virtual Learning Environment) telah dilancarkan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran harian di sekolah. Antara platform VLE yang paling kerap digunakan oleh sekolah-sekolah ialah VLE Frog yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Dengan adanya platform ini, murid dapat menjalankan pembelajaran tanpa batasan dan di mana-mana sahaja. Ibu-bapa pula dapat mengetahui perkembangan sekolah dengan melayari laman utama sekolah. Akan tetapi, kadar penggunaan oleh guru adalah jauh lebih banyak berbanding dengan kadar penggunaan murid dan ibu-bapa. Usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan lagi kuantiti penggunaan oleh murid dan ibu-bapa secara berkesan. ISU & CABARAN

Upload: franky-foo

Post on 21-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

fdfddf

TRANSCRIPT

Page 1: Rencana ABC2144

JUDUL : PENGGUNAAN VLE OLEH IBU-BAPA DAN PENJAGA

NAMA PENULIS: FOO CHING CHEE

NAMA SEKOLAH: SJK(C) NEW KOPISAN, GOPENG

ABSTRAK

VLE( Virtual Learning Environment) telah dilancarkan dan

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran harian di sekolah. Antara

platform VLE yang paling kerap digunakan oleh sekolah-sekolah ialah

VLE Frog yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk

meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Dengan adanya platform ini,

murid dapat menjalankan pembelajaran tanpa batasan dan di mana-mana

sahaja. Ibu-bapa pula dapat mengetahui perkembangan sekolah dengan

melayari laman utama sekolah. Akan tetapi, kadar penggunaan oleh guru

adalah jauh lebih banyak berbanding dengan kadar penggunaan murid

dan ibu-bapa. Usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk

meningkatkan lagi kuantiti penggunaan oleh murid dan ibu-bapa secara

berkesan.

ISU & CABARAN

Frog VLE, sebuah pelantar pembelajaran maya secara “atas awan”

telah menawarkan persekitaran pembelajaran yang lebih kreatif dan

mudah dicapai. Walaupun kemudahan ini telah disediakan, masih banyak

lagi pengguna ( Users) kurang daftar masuk ( log-in) ke laman Frog VLE

walaupun telah diberikan identiti ( ID ) serta kata laluan. Dan ini telah

Page 2: Rencana ABC2144

menjadi antara masalah yang paling kerap berlaku di kebanyakan sekolah

termasuklah sekolah SJK(C) New Kopisan, Gopeng.

Pihak sekolah telahpun mengambil langkah-langkah yang

sepatutnya untuk memberikan kesedaran kepada para guru, murid serta

penjaga. Peratusan pengguna Frog VLE telah meningkat secara

mendadak di kalangan guru dan murid. Namun, keberkesanan log-in

masih lagi di bawah paras memuaskan kerana kadar daftar masuk

penjaga sangat rendah. Setelah dibuatnya kajian dan soal selidik, didapati

sebahagian besar penjaga tidak mempunyai komputer di rumah. Tetapi,

apa yang melegakan pihak sekolah adalah kebanyakan daripada penjaga

mempunyai telefon pintar (Smart Phone) yang mempunyai pelan data

untuk mengakses internet.

Dengan itu, pihak admin Frog VLE serta ahli jawatankuasa telah

mendapatkan keizinan daripada pihak pengurusan supaya menurunkan

peruntukan untuk menjalankan Program Kad Akses Frog VLE berkod QR.

Dengan adanya peruntukan tersebut, perancangan dan proses

pelaksanaan Kad Akses Frog VLE dapat dilaksanakan.

KAEDAH

“Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar

generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang

telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan

telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat

lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi

maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul

hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih.

Page 3: Rencana ABC2144

Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal

ke alat mudah alih.” ( Wikipedia)

Setelah mengkaji dan percubaan keberkesanan penggunaan kod

QR, keputusan yang positif iaitu kod QR bukan sahaja senang digunakan

malahan juga dapat menarik minat penjaga untuk cuba mengakses laman

Frog VLE sekolah.

Pengwujudan Kad Akses Frog VLE telah dijalankan oleh Admin

dan AJK Frog VLE dengan kerjasama daripada pihak pengurusan, warga

sekolah serta PIBG. Pada peringkat awal, kad Akses di drafkan dengan

kandungan yang terhad, hanya terdapat Nama, ID dan kata laluan sahaja.

Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan selepas percubaan

pertama dengan menambahkan alamat laman Frog VLE sekolah iaitu

abc2144.1bestarinet.net serta kod QR untuk memudahkan pengguna

untuk melayari dengan telefon pintar.

Pra- Percubaan telah dijalankan dengan mengambil 10 orang guru,

20 orang murid dan 10 orang penjaga yang bersetuju untuk menjalankan

kajian penggunaan Kad Akses Frog VLE berkod QR. Setelah pra-

percubaan oleh ketiga-tiga golongan di atas telah memberikan maklum

balas yang baik dengan keberkesanan mudah capainya. Seterusnya,

peringkat percubaan telah dijalankan dengan menambahkan jumlah

sasaran kepada 34 guru, 60 orang murid dan 30 orang penjaga.

keputusan daripada percubaan adalah amat menggalakkan dan pihak

sekolah membuat keputusan untuk menjalankan program ini secara

keseluruhan.

Page 4: Rencana ABC2144

Kad Akses Frog VLE telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kad

Guru, Kad Murid dan Kad Penjaga. Pihak sekolah telah memutuskan

untuk menggunakan warna sebagai cara membezakan 3 kategori iaitu

kad biru untuk guru, kad hijau untuk murid dan kad merah jambu untuk

penjaga. ( Rujuk lampiran 1 )

Untuk menggunakan kemudahan QR tersebut, pengguna perlu

muat turun pengimbas kod QR melalui Google Play (bagi pengguna

telefon pintar Android) dan Apple Store ( bagi pengguna iPhone dan

iPad). Seterusnya mereka hanya perlu mengimbas kod QR tersebut dan

dalam beberapa saat sahaja mereka akan dapat mengakses ke laman

log-in Frog VLE ( Rujuk lampiran 2). Para penjaga akan dapat melayari

laman Frog VLE sekolah dan mendapat infomasi terkini daripada laman

tersebut dan juga dapat merasai bersama kemudahan atas awan ini

dengan anak mereka.

OBJEKTIF

Objektif utama yang paling diambil perhatian oleh pihak sekolah

adalah penglibatan diri penjaga dalam program Frog VLE bersama-sama

dengan anak jagaan mereka. Ini bukan sahaja dapat memberikan

kemudahan penyampaian infomasi sekolah kepada mereka, malahan juga

dapat mengeratkan perhubungan antara sekolah dengan penjaga untuk

bersama bekerjasama demi kejayaan anak jagaan mereka.

Page 5: Rencana ABC2144

SASARAN

Semua warga sekolah , murid dan penjaga dapat menggunakan

kemudahan Frog VLE dengan maksimum dan memperkukuhkan lagi

hubungan antara sekolah dengan masyarakat tempatan melalui aplikasi

ini.

TINDAKAN

Pihak pengurusan sekolah mengedarkan Kad Akses Frog VLE

berkod QR kepada semua warga sekolah, murid dan penjaga dan

mengadakan perjumpaan antara pihak sekolah dengan penjaga murid

untuk membuat demonstrasi cara penggunaan Kad Akses Frog VLE

berkod QR secara berkesan.

KOS

Pihak pengurusan sekolah telah memberikan peruntukan sebanyak

RM200 sebagai kos penghasilan Kad Akses Frog VLE berkod QR.

IMPAK

Peningkatan penglibatan diri penjaga dalam mengakses laman

Frog VLE sekolah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Page 6: Rencana ABC2144

Penggunaan Kad Akses buatan PVC berkualiti tinggi yang boleh

bertahan lama berbanding Kad Akses salutan laminated yang diguna

pakai sekarang.

LAMPIRAN 1

Page 7: Rencana ABC2144

LAMPIRAN 2

Page 8: Rencana ABC2144

BORANG PENYERTAAN

1. JUDUL RENCANA :PENGGUNAAN VLE OLEH PENJAGA

2. BUTIRAN DIRI PENULIS

i. Nama Penuh : FOO CHING CHEENo. Kad Pengenalan : 820515-11-5119Gred DG : DG29No. Telefon Bimbit : 017-9053133

v. Nama Sekolah : SJK(C) NEW KOPISAN

vi. Alamat Sekolah : SJK(C) NEW KOPISAN 31600 GOPENG, PERAK.

vii. No. Telefon Sekolah : 05-3591316

viii. E-Mel : [email protected]

3. PENGAKUAN PENULIS

Dengan ini saya/ kami mengaku bahawa :

i. Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.

Page 9: Rencana ABC2144

ii. Rencana yang dihantar adalah hasil saya sendiri, dan belum pernah disiarkan di mana-mana media penerbitan. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat yang dikenakan serta menerima segala keputusan pihak BTPN Perak berhubungan penerbitan rencana saya.