rekod kerja jahitan

23
REKOD KERJA Rekod kerja adalah satu perancangan yang terperinci tentang proses pembuatan pakaian. Ia bertujuan supaya proses menyusun kerja dalam sesuatu pembuatan pakaian dapat dijalankan dengan lancar dan lebih sistematik. Dengan adanya rekod kerja, penggunaan fabrik, bahan, tenaga dan masa dapat diuruskan dengan lebih teratur. KANDUNGAN REKOD KERJA Kandungan rekod kerja bermaksud perkara berkaitan dengan pembuatan pakaian yang terkandung dalam rekod kerja dan perlu dilakukan sebelum pakaian dihasilkan. Ia perlu dilakukan dengan sistematik bagi memastikan pakaian yang akan dihasilkan lebih berkualiti dan mengikut spesifikasi yang diperlukan. Kandungan rekod kerja terdiri daripada beberapa perkara iaitu : Lakaran dan huraian stail pakaian Senarai ukuran badan Pola Fabrik dan bahan Pengekosan Susun atur pola Langkah menjahit Catatan

Upload: faeez-khir

Post on 08-Aug-2015

714 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

rekod kerja jahitan

TRANSCRIPT

Page 1: rekod kerja jahitan

REKOD KERJA

Rekod kerja adalah satu perancangan yang terperinci tentang proses pembuatan

pakaian. Ia bertujuan supaya proses menyusun kerja dalam sesuatu pembuatan

pakaian dapat dijalankan dengan lancar dan lebih sistematik. Dengan adanya rekod

kerja, penggunaan fabrik, bahan, tenaga dan masa dapat diuruskan dengan lebih

teratur.

KANDUNGAN REKOD KERJA

Kandungan rekod kerja bermaksud perkara berkaitan dengan pembuatan pakaian

yang terkandung dalam rekod kerja dan perlu dilakukan sebelum pakaian dihasilkan. Ia

perlu dilakukan dengan sistematik bagi memastikan pakaian yang akan dihasilkan lebih

berkualiti dan mengikut spesifikasi yang diperlukan. Kandungan rekod kerja terdiri

daripada beberapa perkara iaitu :

Lakaran dan huraian stail pakaian

Senarai ukuran badan

Pola

Fabrik dan bahan

Pengekosan

Susun atur pola

Langkah menjahit

Catatan

Page 2: rekod kerja jahitan

LAKARAN PAKAIAN

Lakaran stail pakaian menjelaskan tentang rupa bentuk dan ciri yang terdapat

pada pakaian yang akan dibuat dalam bentuk lakaran. Manakala huraian stail pakaian

pula menjelaskan dengan teliti tentang setiap ciri yang terdapat pada pakaian tersebut,

sebagai contoh, lisu, belah, bahu mendatang ( yoke ) , kolar, kelim, lengan dan

kancing.lakaran dan huraian stail pakaian perlu dirancang dan dibuat denga teliti

supaya pakaian yang dihasilkan menepati apa yang dikehendaki. Lakaran stail pakaian

ialah pandangan hadapan dan belakang sesuatu stail pakaian yang hendak dibuat. Ia

juga menunjukkan reka bentuk dan ciri-ciri yang terdapat pada pakaian tersebut.

LUKISAN KERJA

Lukisan kerja ialah lukisan lengkap tentang stail dan maklumat pada bahagian

hadapan dan belakang pakaian. Lukisan kerja digunakan sebagai panduan kepada

pelakar pola, pemotong fabric dan tukang jahit bagi memudahkan kerja membuat

pakaian. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga, mengelakan

daripada berlakunya kesilapan serta dapat menghasilkan pakaian mengikut stail yang

telah direka cipta.

HURAIAN STAIL PAKAIAN

Huraian stail pakaian menjelaskan tentang ciri yang ada pada sesuatu pakaian

yang meliputi kegunaan, jenis, kedudukan dan cara kemasan. Berikut ialah huraian

atau penerangan tentang ciri stail balus yang dipilih :

Page 3: rekod kerja jahitan

SENARAI UKURAN BADAN

Untuk menghasilkan sesuatu pakaian yang selesa dipakai, ukuran badan yang

tepat perlu diberikan penekanan. Peraturan tertentu perlu dipatuhi semasa mengambil

ukuran badan. Ini adalah bagi memastikan pakaian yang dihasilkan berpadanan

dengan pemakai. Jadual di bawah menunjukan senarai ukuran badan untuk

menghasilkan blaus yang telah dipilih .

Jadual Ukuran Bahagian Badan Lelaki

Bil Bahagian badan Ukuran (cm) 1/2 1/4 1/6

1 Leher 38 *

2 Dada 85 *

3 Pinggang 82 *

4 Punggung 97 *

5 Keliling hujung lengan 19 *

6 Bidang hadapan 42 *

7 Bahu 44 *

8 Bidang belakang 39 *

9 Garisan tengah belakang 48

10 Labuh punggung 28

11 Labuh lengan 59

Page 4: rekod kerja jahitan

POLA

Terdapat dua cara dalam melakar pola pakaian sama ada secara manual atau

dengan penggunaan komputer ( CAD ). Ada yang melakar secara terus sehingga siap

mengikut stail pakaian dan ada juga yang menggunakan cara mengadaptasi pola asas.

Terdapat perbezaan maksud antara pola asas, pola adaptasi dan pola.

POLA ASAS

Dilakar mengikut bentuk badan asas seseorang berdasarkan ukuran

pelanggan atau mengikut ukuran piawai ( standart ) mengikut saiz tertentu.

POLA ADAPTASI

Dilakar dengan membuat pengubahsuaian pada pola asas mengikut rekaan

stail pakaian.

JENIS POLA

POLA DAGANGAN / KOMERSIAL

Pola dagangan / komersial ialah pola pakaian yang dilakar siap sepenuhnya

menggunakan ukuran piawai. Boleh didapati di pasaran daalm pelbagai saiz mengikut

stail pakaian. Digunakan oleh orang perseorangan , suri rumah tangga, pelajar dan

mereka yang kurang mahir dalam melakar pola.

POLA SECARA COUTURE

Merupakan pola pakaian yang dilakar siap sepenuhnya menggunakan ukuran

pelanggan. Dibuat mengikut stail pakaian pelanggan. Digunakan oleh tukang jahit,

orang perseorangan dan juga pengusaha butik.

Page 5: rekod kerja jahitan

FABRIK DAN BAHAN

Fabric, bahan dan trimin adalah tiga perkara utama untuk menjadikan sesuatu

rekaan itu sebagai pakaian sebenar. Fabric ialah kain yang digunakan untuk membuat

pakaian. Ia terdiri daripada fabric pakaian, lapis dalam dan lapik dalam. Manakala

bahan pula merupakan sesuatu yang digunakan bersama fabric untuk menjalanakan

kerja-kerja menjahit contohnya benang. Trimin bermaksud sesuatu yang digunakan

pada pakaian bertujuan untuk menghias, merapi dan mengemas seperti jalur serong

tepat.

FABRIK

Fabric ialah bentangan kain daripada yarn yang dibina sama ada ditenun, tanpa

tenun atau dikait. Contoh fabric tenun ialah genggang. Contoh fabric tanpa tenun ialah

felt dan contoh fabric berkait ialah jersi. Antara ketiga jenis fabric ini, fabric tenun lebih

kerap digunakan kerana cirinya yang stabil dan mudah dikendalikan. Factor utama

pemilihan fabric bergantung kepada stail pakaian. Di samping itu, factor lain yang perlu

dipertimbangkan ialah iklim , ativiti, budaya, corak dan warna.

Huraian fabric perlu diberikan penekanan daripada aspek jenis, nama, rupa,

rasa dan cara pembinaannya. Terdapat pelbagai jenis, fabric di pasaran yang mudah

didapati pada masa kini. Antaranya ialah fabric kapas, polyester, linen, sutera dan bulu

biri-biri. Ada yang berkilat dan kesat seperti satin. Ada yang berkilat dan kasar seperti

broked, dan ada yang bertekstur, kelihatan timbul seperti fabric bercorak emboss.

Fabric boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu nipis, sederhana tebal dan

tebal. Fabrik nipis seperti sifon, sesuai untuk dibuat pakaian yang berkedut kerana

drepnya yang elok. Fabric sederhana tebal seperti tetron cotton pula, sesuai untuk

dibuat pakaian seragam sekolah kerana menyerap peluh. Manakala fabric tebal seperti

gaberdin, lebih sesuai untuk membuat seluar kerana ia kukuh dan tahan lasak.

Terdapat pelbagai jenis corak fabric misalnya berbunga, abstrak, kekotak dan

berjalur. Pilihannya bergantung kepada kegemaran dan juga stail pakaian. Fabric juga

Page 6: rekod kerja jahitan

terdiri daripada pelbagai warna menarik yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa

seseorang, warna kulit dan stail pakaian.

Fabric lapis dalam ialah fabric yang digunakan untuk melapis atau mengalas

fabric pakaian yang nipis, jarang, berbulu dan kesat supaya pakaian selesa dipakai.

Penggunaan fabric dalam juga menghasilkan drep dan bentuk yang elok. Pilihan fabric

lapis dalam biasanya lebih ringan daripada fabric pakaian. Sebagai contoh, fabric

pongee dan habotai sesuai untuk lapis dalam pakaian dan satin pula sesuai untuk lapis

dalam pakaian seperti kot dan jaket yang diperbuat daripada fabric drill dan tweed.

Fabric lapik dalam ialah sekeping fabric yang diletakan di antara fabric

pakaian dengan lapik. Ia bertujuan untuk member dan mengekalkan bentuk,

mengeraskan, mengukuhkan bahagian tertentu pakaian seperti ikatan pinggang, kolar,

kaf dan belah. Pilihan lapik dalam perlulah bersesuaian dengan bahagian pakaian yang

hendak dibuat. Misalnya bagi kolar tegak, gunakan lapik dlam tebal dank eras serta

berperekat yang diperbuat daripada fabric kanvas. Bagi belah kelepet sama lebar pula,

lapik dlam lembut dan nipis paling sesuai digunakan.

Lapik dalam terdiri daripada tiga jenis iaitu nipis, sederhana tebal dan tebal

yang diperbuat daripada fabric bertenun dan tanpa tenun, berperekat dan tanpa

perekat. Lapik dalam bertenun lebih mahal harganya berbanding tanpa tenun dan ia

perlu digunting mengikut ira.

BAHAN DAN TRIMIN

Bahan ialah sesuatu yang digunakan bersama fabric untuk membuat pakaian.

Benang adalah antara bahan penting yang diperlukan semasa menjahit pakaian. Pilih

benang yang kukuh untuk menjahit pakaian. Bagi kerja menjelujur pula, benang yang

kurang kukuh adalah lebih sesuai supaya senang untuk ditangalkan. Antara bahan lain

yang digunakan dalam pembuatan pakaian ialah span bahu, butang, cangkuk dan zip.

Trimin pula ialah sesuatu yang digunakan unutk menghias, dan mengemas pakaian. Antara

trimin yang selalu digunakan pada pakaian ialah pita jalur serong tepat, renda, pita brid dan tali pintal.

Page 7: rekod kerja jahitan

Bahan dan trimin Keterangan

Benang

Pilihan benang mestilah

bersesuaian dengan fabric.

Sebagai contoh benang kapas

digunakan untuk fabric kapas.

Warna benang hendaklah sama

dengan fabric. Pilih warna

benang yang lebih gelap jika ada

warna yang sama.

Terdapat tiga jenis benang yang

digunakan iaitu beneng

pengemas tepi, benang jelujur

dan benang untuk mencantum

fabric pakaian.

Butang

Butang hendaklah bersesuaian

dengan stail pakaian yang dibuat.

Bagi blaus separa sendat yang

mempunyai ciri belah kelepet

sama lebar, butang berlubang

dua boleh digunakan untuk

dipadankan dengan lubang

butang melintang.

Selain butang berlubang dua,

terdapat juga butang berlubang

empat dan yang bertangkai

Page 8: rekod kerja jahitan

ataupun berkaki.

PENGEKOSAN

Pengekosan ialah pengiraan kos fabric, bahan dan trimin serta kepakaran ( kos prima ) termasuk

kos sampingan, tambah harga ( mark up ) dan harga jualan dalam pembuatan pakaian. Pengekosan

dibuat bagi mendapatkan keuntungan seperti yang dirancang.

Page 9: rekod kerja jahitan

Bahan Kuantiti Unit Jumlah

Benang 2 gulung RM 1.50 RM 3.00

Fabric Merah/ hitam 1 Meter RM 8.00 RM 16.00

Butang 5 biji RM 0.50 RM 2.50

Jumlah RM 21.50

KOS SAMPINGAN

Elektrik

1 jam RM 0.20 x 8 jam = RM 1.60

Upah

Kepakaran

a) Menjahit = RM 5.00

b) Menggunting = RM 4.00

c) Menyediakan pola = RM3.00

Jumlah RM 13.60

Jumlah keseluruhan kos bahan + kos sampingan

= RM 21.50 + RM 13.60

= RM 35.10

SUSUN ATUR POLA

Susun atur pola dilakukan dengan menyusun kepingan pola pakaian di atas fabric

yang terbentang rata. Tujuan susun atur pola ialah untuk mengelakkan berlakunya

pembaziran dan kesilapan semasa memotong fabric. Selain itu susun atur pola juga

Page 10: rekod kerja jahitan

bertujuan supaya kerja-kerja memotong fabric menjadi lebih kemas, teratur dan

mengikut turutan.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan semasa menyusun atur pola

jenis fabric iaitu:

Tentukan sama ada jenis fabik corak sehala atau tidak

Pastikan sebelah luar fabric berada di luar dan bahagian lipatan fabric berada di

bahagian tepi meja memotong.

Atur bahagian pola yang besar diatur terebih dahulu dan diikuti bahagian pola

yang kecil.

Susun pola mengikut tanda-tanda pola seperti tanda ira, tanda lipatan dan

bilangan kepingan.

LANGKAH KERJA

Penyediaan kolar Mandrin.

Page 11: rekod kerja jahitan

Langkah 1: Menyediakan kolar

Temukan sebelah luar fabric dan

semat di garisan pemadan.

Jahit di kedua-dua tepi kolar di

garisan pemadan.

Trim basi jahitan hingga 0.6 cm. snip

penjuru kolar.

Langkah 2: Meratakan kolar.

Terbalikkan kolar ke sebelah luar

dan tekan.

Jelujur pada tepi kolar.

Jelujur tegak pada tengah kolar.

Penyediaan badan pakaian.

Page 12: rekod kerja jahitan

Langkah 3: menyediakan badan pakaian.

Cantum kelim bahu dan kemaskan.

Lekatkan lapik dalam ke bahagian

kelepet sama lebar.

Kemas tepi kelepet.

Page 13: rekod kerja jahitan

Langkah 4: menyediakan belah kelepet.

Lipat kelepet pada garis lipatan ke

sebelah luar.

Jelujur dan jahit mesin pada garis

leher dari garisan lipatan ke garisan

tengah hadapan.

Trim basi leher.

Snip sudut basi leher hingga G.T.H.

Langkah 5: memadan garis bahu dengan

kelepet.

Terbalikkan kelepet ke sebelah

dalam pakaian.

Padankan garis leher lapik ke garis

leher badan hadapan.

Padankan hujung kelepet dengan

kelim bahu.

Page 14: rekod kerja jahitan

Langkah 6: mencantumkan kolar ke

badan.

Letakkan kolar aas pada sebelah

dalam pakaian di garis pemadan.

Tentukan hujung kolar terletak di

garistengah hadapan (G.T.H) dan

garis tengah belakang (G.T.B).

Jelujur kolar atas pakaian di

sepanjang garis leher. Jahit dengan

jahitan mesin.

Trim basi jahitan hingga 0.2 cm.

Jahit basi jahitan.

Langkah 7: mengemas kolar

Masukkan basi kelim kedalam kolar.

Letakkan bahagian bawah 0.2 cm di

bawah jahitan mesin.

Semat dan jelujur kolar bawah garis

leher di sebelah luar.

Jahit mesin dari sebelah dalam

pakaian di garis pemadan.

Tekan supaya kolar kemas dan rata.

Page 15: rekod kerja jahitan

Lengan padanan rata.

Langkah 1: menyediakan lengan

Jahit dua barisan jahitan longgar di

atas garis pemadan di atas garis

pemadan di kepala lengan.

Baris yang pertama dijahit 0.3 cm di

atas garis pemadan dan yang

kedua dijahit 0.3 cm dibawah garis

pemadan.

Langkah 2: menjahit kelim lengan.

Tentukan garis pemadan lengan d

sebelah luar fabric. Jahit kelim dan

tekan kelim lengan supaya terbuka.

Langkah 3: mengemaskan hujung lengan

Kemaskan hujung lengan dengan

kelepet, kun, lapik, atau manset.

Page 16: rekod kerja jahitan

Langkah 4: menyediakan lubang lengan

Sedia badan pakaian.

Cantum kelim bahu dan kemaskan.

Tekan buka kelim.

Cantum kelim rusuk dan kemaskan.

Tekan buka kelim.

Langkah 5: mencantumkan lengan

Masukkan lenan ke lubang lengan

dengan sebelah luar fabric bertemu.

Temukan garis tengah lengan

(G.T.L) dengan kelim bahu.

Temukan juga kelim lengan

bertemu dengan tanda imbang

hadapan baju dan tanda belakang

lengan bertemu dengan tanda

imbang belakang baju.

Sematkan dan jelujur di garis

pemadan bahagian lengan.

Langkah 6: menjahit lengan.

Jahit mesin di garis pemadan

lubang lengan untuk memudahkan

mengawal keserataan kedut supaya

lengan dapat dijahit dengan elok.

Tindakan mata jahitan yang akhir di

atas mata jahitan yang awal 3 cm

hingga 4 cm untuk mengukuhkan

kelim.

Page 17: rekod kerja jahitan

Langkah 7: mengemaskan kelim lubang

lengan.

Kelim lubang lengan boleh

dikemaskan dengan:

a) Jahitan mesin

b) Balutan sendiri

c) Jahit lilit ubi

d) Jahit insang pari

e) Jahit kemas tepi

Page 18: rekod kerja jahitan

REFLEKSI

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing saya iaitu Pn Rosmawati bt Ahmad yang tidak jemu-jemu

mencurahkan ilmu beliau serta bimbingan beliau kepada saya semasa menyiapkan

projek ini. Tidak juga saya lupakan kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang

banyak memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya. Semasa menyiapkan projek ini

saya telah mendapat pelbagai input yang sangat bernilai kepada saya tentang teknologi

jahitan. Segala pengetahuan ini boleh saya gunakan pada masa akan datang semasa

berada di sekolah kelak untuk saya sampaikan kepada murid-murid yang saya bakal

ajar nanti.

Menjahit jua banyak mengajar saya erti kesabaran kerana menjahit bukanlah

satu kemahiran yang mudah untuk dipelajari. Menjahit memerlukan ketekunan dan

ketelitian yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Banyak perkara yang

saya telah lalui semasa menyiapkan projek jahitan ini sama ada perkara manis ataupun

perkara pahit untuk menyiapkan projek ini. Namun dengan dorongan dan sokongan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing serta rakan-rakan saya maka dapat juga

saya menyiapkan tugasan projek jahitan ini dengan jayanya.

Akhir kata dari saya, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih

kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

menyumbangkan tenaga, idea, ataupun masa dalam menyiapkan projek jahitan saya

ini. Semoga Allah membalas jasa baik mereka semua Amin……….

sekian terima kasih.

Page 19: rekod kerja jahitan