kertas kerja jahitan

74

Click here to load reader

Upload: ashraf-rodzi

Post on 26-Oct-2015

1.565 views

Category:

Documents


274 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Jahitan

PANDUAN PERNIAGAANJAHITAN UNISEKS

HAKCIPTA TERPELIHARA

Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripadapenerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentukyang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentukdengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atausebaliknya tanpa mendapat izin daripada Kementerian PembangunanUsahawan dan Koperasi.

Penerbitan Oleh

INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAN KOPERASI

©

Page 2: Kertas Kerja Jahitan

KANDUNGAN

BAHAGIAN A: MENGENALI INDUSTRI DAN DAYAMAJUPROJEK1.0 SENARIO INDUSTRI DAN POTENSI.....................4

1.1 Pasaran Industri Fabrik Dan Pakaian............ 41.2 Kerjaya Dalam Industri Jahitan......................5

2.0 KONSEP PERNIAGAAN INSTITUTLATIHAN JAHITAN................................................. 62.1 Konsep Perniagaan....................................... 6

- Kursus Asas Jahitan....................................6- Kursus khusus model pakaian.................... 7- Kursus-kursus pelbagai jahitan................... 8- Kombinasi pelbagai latihan jahitan..............8

2.2 Rangkaian Produk......................................... 92.3 Format Perniagaan Institut Latihan................9

Jahitan Uniseks2.4 Bagaimana Memilih Konsep.......................... 11

Institut Latihan Jahitan Uniseks

3.0 MENENTUKAN DAYA MAJU PERNIAGAAN..........123.1 Pasaran Yang Menguntungkan......................123.2 Kurang Persaingan (mengikut konsep)..........123.3 Mempunyai Kemahiran dan Keupayaan Diri. 123.4 Tumpuan Perniagaan.................................... 133.5 Tahap Pendidikan Akademik..........................133.6 Kursus Yang Dihadiri..................................... 143.7 Bentuk Latihan Yang Diperlukan....................143.8 Kemahiran Mengurus.................................... 143.9 Modal Permulaan...........................................143.10 Mengenalpasti Lokasi Yang Strategik.............15

1

Page 3: Kertas Kerja Jahitan

4.0 PEMBIAYAAN MODAL........................................... 164.1 Sumber kewangan utama.................................164.2 Pembiayaan daripada institusi

kewangan swasta............................................. 164.3 Bantuan kewangan dari institusi awam............ 17

BAHAGIAN B: MEMULAKAN PERNIAGAAN DANSTRATEGI DAYA SAING

5.0 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN.................205.1 Proses Penubuhan dan Pendaftaran

Perniagaan dan Syarikat.................................. 225.2 Lesen dan Permit............................................. 25

6.0 STRATEGI PEMASARAN.......................................276.1 Strategi Produk Latihan Jahitan....................... 276.2 Strategi Meletak Harga dan Keuntungan......... 296.3 Strategi Edaran Produk Latihan....................... 306.4 Strategi Promosi............................................... 306.5 Belanjawan promosi..........................................31

7.0 PENGURUSAN PERNIAGAAN INSTITUTLATIHAN JAHITAN UNISEKS................................ 327.1 Pentadbiran Umum...........................................327.2 Keperluan Peralatan Mengurus........................327.3 Belanja Mengurus............................................ 33

8.0 ASPEK OPERASI PERNIAGAAN INSTITUTLATIHAN JAHITAN UNISEKS................................348.1 Bilangan Pekerja.............................................. 348.2 Kategori Pekerjaan...........................................34

2

Page 4: Kertas Kerja Jahitan

8.3 Jenis Kemahiran Yang Diperlukan 358.4 Keluasan Tapak Premis 358.5 Mesin Dan Peralatan 368.6 Masa Operasi 37

9.0 KEPERLUAN DAN STRATEGI KEWANGAN 389.1 Kos Perlaksanaan Projek 389.2 Pendapatan 409.3 Analisis Pulangan Modal 41

10.0 FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN INSTITUTLATIHAN JAHITAN UNISEKS 4410.1 Ciri- ciri Usahawan 4410.2 Penerangan Ciri-Ciri Usahawan 4510.3Ciri-ciri Perniagaan 4810.4Penerangan Ciri Perniagaan 49

11.0 FORMAT KERTAS KERJA PERMOHONAN 51PINJAMAN

12.0 CONTOH FORMAT DAN KEPERLUAN 55MAKLUMAT KAJIAN PASARAN

13.0 PERSATUAN DALAM INDUSTRI 60

14.0 KURIKULUM LATIHAN JAHITAN 61

15.0 PERALATAN LATIHAN JAHITAN UNISEKS 6415.1 Alatan Mengukur 6415.2 Alat-alat Memotong 6515.3 Alat-alat Menanda 6815.4 Jenis jenis Jarum dan Benang 7015.5 Mesin Jahit 71

3

Page 5: Kertas Kerja Jahitan

4

BAHAGIAN A: MENGENALI INDUSTRI DAN DAYAMAJU

1.0 Senario Industri dan Potensi

1.1 Pasaran Industri Fabrik Dan PakaianPerniagaan institut latihan jahitan adalah sangatberkaitan dengan industri fabrik dan pakaian sertaindustri fesyen negara. Oleh itu, sebarangperkembangan yang berlaku pada industri berkenaanakan memberi kesan secara langsung kepadaperkembangan perniagaan institut latihan jahitan.

Industri fabrik dan pakaian di Malaysia telahmencatatkan pertumbuhan berganda dalam tempoh1991 - 1998. Industri ini menjadi semakin pentingkepada negara dari segi nilai pertukaran asing danmenyediakan peluang pekerja. Industri ini adalahantara industri utama negara yang berinsentifkantenaga manusia.

Eksport fabrik dan pakaian negara dalam tempoh1991 hingga 1998 adalah RM1.461 billion dan RM4.21billion pada tahun 1991, meningkat kepada RM4.28billion dan RM9.01 billion pada tahun 1998.Peningkatan yang memberangsangkan ini menjadiinsentif penting kepada peningkatan dalam industrilatihan jahitan pakaian negara. Buat masa ini,Malaysia adalah di antara negara utama di duniasebagai pengeluar kain selain Hong Kong, Taiwan,Singapura, Amerika Syarikat dan Jepun. Manakaladalam bidang pengeluaran pakaian, Malaysia adalahpengeluar utama dunia bersama Amerika Syarikat,Kesatuan Eropah, Jerman, Jepun dan Perancis.

Setakat ini industri fabrik dan pakaian di Malaysiamerangkumi rangkaian aktiviti yang luas daripempolimeran (polymerisation - production of man-made fiber), tenunan, rekabentuk (texturising) pintalan(weaving) kait (knitting), cetakan (printing), celup/mewarna (dying) dan kemasan (finishing), pembuatanpakaian (garment-making) dan lain-lain bidang seperti

Page 6: Kertas Kerja Jahitan

5

aksesori, pukat/jala, sarung tangan, beg, topi, Karpet,bekalan mesin dan peralatan jahitan.

Perkembangan yang positif pada industri fesyen negarajuga menjadi penyumbang penting kepada potensiindustri institut latihan j ahitan. Terdapat beberapa majalahkhusus yang melaporkan maklumat terkini dalam bidangfesyen dan jahitan. Di antara majalah tempatan utamaadalah RIAS, NONA, KELUARGA, JELITA, FEMALE,MARIE CLAIRE, HERWORLD dll.

Kemunculan pereka-pereka tempatan di peringkatantarabangsa seperti Zang Toi, Redzuan Radziwill, AnnieWong, Salikin, Bernard Chandran dan Eric Chong telahmenyemarakkan lagi minat masyarakat untuk mendalamibidang jahitan dan fesyen.

1.2 Kerjaya dalam Industri Jahitan

Bidang jahitan menawarkan berbagai kerjaya kepadasesiapa yang berminat dan menceburi diri dalamsektor ini secara langsung atau tidak langsung. Antarakerjaya tersebut adalah:

• Pengusaha pusat latihan jahitan• Pengusaha kedai jahitan• Pengusaha kedai peralatan dan kelengkapan

pengantin• Pengusaha kedai hiasan dan kelengkapan rumah• Pembekal hiasan dan kelengkapan rumah• Pembekal pakaian kepada butik/kedai/gedung -

contohnya pembekal pakaian sekolah, pakaiantentera, pakaian beruniform dan sebagainya

• Tenaga pengajar/jurulatih jahitan• Tukang Jahit• Penasihat kepada agensi yang menawarkan kursus

jahitan• Penasihat fesyen pakaian• Pakar sulaman

Page 7: Kertas Kerja Jahitan

6

2.0 KONSEP PERNIAGAAN INSTITUT LATIHAN JAHITAN

2.1. Konsep Perniagaan

Konsep perniagaan institut latihan jahitan yang wujuddi Malaysia dinyatakan dalam jadual 2.1.

Jadual 12.1: Kategori institut latihan jahitan

INDUSTRI LATIHAN JAHITAN

PU 1 PU 2 PU 3 PU 4-Kursus Asas Kursus Kursus KombinasiJahitan Khusus pelbagaiPU1- Asas mengukur tentang jahitan & PU2- Asas memotong model & PU 3- Asas menjahit pakaian

PU: Produk Utama

Dalam industri ini, perniagaan institut latihan jahitan biasanyaberfokus kepada empat kategori produk utama. Kategoriproduk tersebut adalah:

i) PU 1- Kursus asas jahitanii) PU 2 - Kursus khusus tentang model pakaianiii) PU 3 - Kursus pelbagai jahitaniv) Kombinasi PU1, PU2 dan PU3

Kursus Asas Jahitan (PU1)

Program ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberipengetahuan clan kemahiran asas tentang jahitan. Modulutama program ini meliputi 3 aspek penting iaitu:

Page 8: Kertas Kerja Jahitan

7

(i) Asas mengukur - modul ini memberi pengetahuan dankemahiran tentang kaedah yang betul dan tepat dalammengambil ukuran badan mengikut gaya dan potonganpakaian.

(ii) Asas memotong - modul ini memberi pengetahuan dankemahiran tentang kaedah yang betul dan tepat tentangcara-cara memotong pakaian. Pemotongan biasanyadibuat berasaskan kepada jenis kain dan model pakaian.

(iii) Asas menjahit - modul ini memberi pengetahuan dankemahiran tentang kaedah yang betul dan tepat menjahitpakaian. Proses menjahit pakaian melibatkan perkara-perkara berikut:

• penghilangan gelembong• kelim• belah• penyudah tepi• lengan• kancing• kolar• kocek tampel• ikatan pinggang

Kursus khusus model pakaian (PU2)Pada umumnya bentuk kursus yang ditawarkan adalahberdasarkan kepada kategori utama kumpulan sosial iaitupakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Setiap kumpulansosial menggunakan bentuk pakaian yang berbeza. Keadaanini mengilhamkan pembentukan modul kursus yang pelbagaibagi memenuhi keperluan tersebut.

1) Jahitan pakaian wanitaMeliputi jahitan pakaian bercirikan tradisi dan moden,etnik, saiz dan penggunaan kain. Contohnya,pelbagai jenis baju kurung, kebaya, kemeja dan seluar,jubah, skirt, blaus, gaun dan sebagainya.

Page 9: Kertas Kerja Jahitan

8

ii) Jahitan pakaian lelakiMeliputi jahitan pakaian bercirikan tradisi dan moden, etnik,saiz dan pengguna kain. Contohnya, baju melayu, kemeja,seluar, blazer, kot, jaket dan sebagainya.

(iii) Jahitan pakaian kanak-kanak (lelaki/perempuan)Meliputi jahitan pakaian bercirikan tradisi dan moden, ethnik,saiz dan penggunaan kain.

Kursus-kursus pelbagai jahitan (PU3)Jenis jenis kursus jahitan yang ditawarkan sering dikaitkandengan keperluan harian atau bermusim di kalangan masyarakatpelbagai kaum di Malaysia. Di antara jenis kursus yangditawarkan meliputi:

(i) Jahitan langsir(ii) Jahitan kraftangan perkahwinan(iii) Jahitan kelengkapan bilik tidur(iv) Jahitan kusyen(v) Jahitan manik pakaian(vi) Jahitan tampal cantum (Patch work)(vii) Jahitan set tidur bayi

Kombinasi pelbagai latihan jahitan (PU4)Kombinasi ini melibatkan penawaran latihan asas jahitan, kursuskhusus model pakaian dan kursus pelbagai jahitan. Padakebiasaannya, setiap institut latihan jahitan yang terlibatmenentukan bentuk latihan berasaskan permintaan pelanggan.Pada amnya modul latihan yang dirangka meliputi bahagian-bahagian tertentu latihan jahitan. Misalnya latihan asas jahitandisertakan dengan latihan khusus model pakaian.

Page 10: Kertas Kerja Jahitan

9

2.2 Rangkaian ProdukPada umumnya strategi institut latihan jahitan tidakbersandarkan kepada satu-satu produk utama sahaja.Mereka juga menawarkan produk-produk latihan yang lainbergantung kepada permintaan pasaran. Dan segikombinasi produk yang ditawarkan, kajian mendapatikebanyakan institut latihan jahitan menawarkan kombinasimodul latihan seperti berikut:• Kursus latihan asas jahitan• Kursus khusus model pakaian• Kursus pelbagai jahitan

2.3 Format Perniagaan Institut Latihan Jahitan UniseksSecara am, format perniagaan latihan institut latihan jahitanuniseks boleh dibahagikan kepada 2 jenis berasaskancara pusat ini dikendalikan. Format tersebut adalah:• Latihan jahitan berbentuk formal• Latihan jahitan berbentuk tidak formal

2.3.1 Latihan jahitan berbentuk formalFormat perniagaan ini menawarkan pelbagai kursusjahitan sebagai produk utama mereka. Lain-lain produkseperti mengambil tempahan jahitan atau membekalbahan tidak menjadi keutamaan walaupun mempunyaikaitan langsung dengan produk latihan jahitan. Ciri-ciri pusatlatihan jahitan uniseks yang dikendalikan secara formalialah:• Menawarkan kursus jahitan mengikut peringkat

seperti peringkat asas dan peringkat lanjutan• Menawarkan pelbagai kursus jahitan seperti jahitan

pakaian, langsir, kelengkapan rumah, persiapanpengantin, rekabentuk fesyen, illustrasi fesyen dansebagainya.

Page 11: Kertas Kerja Jahitan

10

• Menawarkan kursus jahitan khusus seperti jahitan kotlelaki, kot wanita dan pakaian pengantin wanita

• Menetapkan jadual waktu, masa dan hari berkursus• Latihan diadakan secara berkumpulan• Menggunakan kaedah tunjuk dan buat• Latihan adalah berpandukan projek jahitan dan jumlah

jam• Tenaga pengajar yang terlatih• Pengusaha kebiasaannya pakar atau sumber rujuk

dalam bidang jahitan• Majoriti peserta terdiri mereka yang ingin meningkatkan

kemahiran menjahit• Yuran yang sederhana (di antara RM250 hingga

RM2,000 bagi satu modul)• Mesin dan peralatan menjahit yang mencukupi

Contoh institut latihan jahitan berbentuk formal adalah:• Sekolah Jahitan Mirado• K.L Fashion Academy• International Fashion Training Centre• Bak’s Creation And Services

2.3.2 Latihan jahitan berbentuk tidak formal

Format perniagaan ini menj adikan penawaran kursusjahitan sebagai produk sampingan berbanding produk lainseperti tempahan runcit atau borong dan pembekalanbahan jahitan. Mereka tidak menjadikan produk latihansebagai sandaran utama kepada pendapatan perniagaan

Ciri-ciri pusat latihan jahitan uniseks yang dikendalikansecara tidak formal ialah:

• Menawarkan kursus peringkat asas jahitan sahaja• Tidak menawarkan pelbagaian kursus jahitan

Page 12: Kertas Kerja Jahitan

11

• Produk latihan adalah produk sampingan. Perniagaanutama ialah tempahan jahitan

• Latihan jahitan diadakan secara sambil-sambilan olehpengusaha dengan bantuan pekerjanya

• Latihan diadakan di kedai jahit pengusaha• Kursus yang ditawarkan adalah sama dengan bidang

perniagaan yang dijalankan, contohnya latihan jahitanpakaian uniseks ditawarkan oleh kedai jahit pakaian.Kedai jahit langsir tidak akan menawarkan kursus jahitanpakaian

• Latihan adalah berasaskan projek• Latihan lebih berbentuk perhatian individu• Waktu dan hari latihan adalah fleksibel. Pelajar boleh

datang pada bila-bila masa kedai beroperasi• Kaedah latihan adalah secara individu, bergantung

kepada tahap dan kebolehan pelajar• Kawalan dibuat berasaskan jumlah jam• Pasaran sasaran adalah penduduk setempat• Majoriti peserta terdiri dari mereka yang belajar menjahit

untuk menjahit pakaian sendiri dan keluarga• Yuran yang dikenakan lebih rendah dari pusat latihan

jahitan berbentuk formal (di antara RM50 hingga RM250sebulan)

Contoh institut latihan jahitan berbentuk tidak formaladalah:• Zieza Fashion• Kemudi Gerak• Swrangkain Fesyen

2.4 Bagaimana Memilih Konsep Institut Latihan JahitanUniseksPemilihan konsep perniagaan institut latihan jahitan adalahditentukan kepada perkara-perkara yang berikut mengikutkepentingan dan urutan:

- Kemahiran dan Kepakaran Diri- Kumpulan sasaran- Permintaan semasa di pasaran- Persaingan di Lokasi

Page 13: Kertas Kerja Jahitan

12

3.0 MENENTUKAN DAYA MAJU PERNIAGAAN

3.1 Pasaran Yang MenguntungkanAdanya pasaran membolehkan apa juga jenisperniagaan untuk berdaya maju. Bagi kes perniagaaninstitut latihan jahitan, perkara-perkara yang berkaitandengan ciri-ciri pasaran seperti segmen pasaran dankemampuan pelanggan perlu diberi perhatian serius.

Segmen PasaranSegmen pasaran dari segi bangsa bagi institut latihanjahitan tertumpu kepada pengguna berbangsa Melayudan Cina. Kedua-dua kumpulan etnik ini mewakili 90%sasaran pasaran. Keturunan India dan lain-lain bangsaadalah kecil. Dari segi segmen pasaran mengikutkategori umur pula, kumpulan sasaran utama ialahmereka dalam kategori umur 25 - 35 tahun (melibatkan45% sasaran pasaran) berbanding kategori umur yanglain (kategori umur 19 - 24 tahun dan 36 - 40 tahunmasing-masing melibatkan 19% sasaran pasaran).

3.2 Kurang Persaingan (Mengikut Konsep)Untuk berdaya maju, sesuatu lokasi itu juga mestilahtidak mempunyai terlalu banyak persaingan dari sudutkeempat-empat konsep perniagaan yang telahdinyatakan di atas. Keadaan persaingan juga harusdipadankan dengan jumlah penduduk mengikut kategoriumur dan motif mendalami bidang jahitan .

3.3 Mempunyai Kemahiran Dan Keupayaan DiriUsahawan sebagai pemilik dan pengurus perniagaanhendaklah mengetahui tentang pelbagai aspek jahitandan perkembangan semasa industri fesyen negara.

Page 14: Kertas Kerja Jahitan

13

Di samping itu, mereka juga mesti mempunyai kemahirantangan dalam pelbagai aspek jahitan dan fesyen. Kemahirantangan dalam pelbagai aspek jahitan melibatkan kemahiranmengukur, memotong dan menjahit pelbagai model pakaian.Manakala kemahiran tangan berkaitan dengan fesyenmelibatkan kemahiran merekacipta dan ilustrasi (melukis)fesyen pakaian mengikut perubahan pasaran. Perkara inipenting untuk mencerakinkan pelanggan tentang kredibilitiusahawan sebagai fasilitator dan mengelakkan usahawandaripada terlalu bergantung kepada pekerja (fasilitator sepenuh/separuh masa) untuk memberi perkhidmatan.

3.4 Tumpuan PerniagaanKajian menunjukkan bahawa majoriti usahawanmelibatkan diri dalam perniagaan lain yang mempunyaiperkaitan dengan perniagaan institut latihan jahitan.Perniagaan tersebut ialah kedai jahit, dimana usahawanberkenaan menerima tempahan jahitan secara runcit atauborong. Penglibatan dalam kedua-dua perniagaan yangsaling berkaitan ini memberi kelebihan persaingan kepadausahawan berkenaan berbanding mereka yang terhadkepada satu jenis perniagaan yang khusus.

Walau bagaimanapun usahawan institut latihan jahitandidapati tidak terlibat secara langsung dalam lain-lainaktiviti perniagaan yang tidak berkaitan dengan industrijahitan. Ini kerana dalam tahun pertama hingga tahunkelima usahawan berkenaan hendaklah menumpukansepenuh perhatian kepada membina nama baik institutlatihan jahitan untuk menjamin kejayaan.

3.5 Tahap Pendidikan AkademikPerniagaan ini tidak memerlukan tahap pendidikanakademik yang tinggi atau mempunyai kelulusanprofesional. Bagaimana pun memiliki kelulusan yang tinggidan kelulusan profesional dalam bidang jahitan ataufesyen dapat menjamin akreditasi di kalangan pelanggan.Di samping itu, setiap usahawan mestilah bolehmenguasai bahasa inggeris dengan baik dari segipertuturan, menulis dan membaca.

Page 15: Kertas Kerja Jahitan

14

3.6 Kursus Yang DihadiriKursus yang pernah dihadiri secara formal boleh membantumereka untuk memula dan menguruskan perniagaan.Kursus-kursus tersebut meliputi kursus yang berkaitandengan keusahawanan dan perniagaan. Selain dari itumengikuti kursus-kursus profesional dalam bidang jahitandan fesyen dapat membantu usahawan meningkatkankemahiran, merangka modul latihan baru dan membentukimej institut latihan jahitan yang disegani.

3.7 Bentuk Latihan Yang DiperlukanBidang latihan yang dicadangkan berkaitan dengan aspekteknikal dan pengurusan. Dari segi latihan teknikal tertumpukepada latihan dalam bidang jahitan pakaian, rekabentukdan rekacorak pakaian dan ilustrasi fesyen. Manakaladalam bidang pengurusan, latihan yang diperlukan meliputipengurusan strategik, kewangan dan pemasaran.

3.8 Kemahiran MengurusUsahawan dalam bidang perniagaan institut latihan jahitanini juga mesti mempunyai kemahiran mengurus entitiperniagaan. Perkara-perkara seperti pengurusan inventori,pengurusan personel, dan pengurusan kewangan harusdiambil perhatian. Jika usahawan belum mempunyaikemahiran ini, adalah dicadangkan supaya merekamengikuti kursus keusahawanan atau menimbapengalaman bagi memantapkan keupayaan mereka dalammengurus perniagaan.

3.9 Modal Permulaan

3.9.1 Pelaburan permulaanSecara umumnya , kos terendah bagi memulakanperniagaan institut latihan jahitan ialah RM11,110.Manakala j umlah kos yang sederhana ialah RM27,500. Kosyang tertinggi ialah RM56,950 (lihat Jadual 3.1 ). Kos puratamemulakan perniagaan ialah RM31,853.

Page 16: Kertas Kerja Jahitan

15

Jadual 3.1Perincian Kos Pelaksanaan Projek

Rendah Sederhana Tinggi(RM) (RM) (RM)

Kos Aset Tetap 8,000 20,000 32,000Modal Kerja (bulanan):Kos Pentadbiran 1,585 3,500 8,450Kos Pemasaran 500 2,000 11,500Kos Operasi 1,025 2,000 5,000Jumlah Modal Kerja 2,810 7,500 24,950Jumlah 11,110 27,500 56,950

Sila rujuk kepada perkara 9.0 (keperluan kewangan) untukmelihat semua kos yang terlibat secara terperinci.

3.10 MENGENALPASTI LOKASI YANG STRATEGIKSetelah semua kelayakan dan kajian pasaranmenunjukkan dayamaju projek, usahawan perlumenentukan satu lokasi yang strategik.

Antara ciri-ciri lokasi yang dimaksudkan ialah:• Dekat dengan pelanggan• Sebuah rumah kedai atau zon perdagangan• Berhampiran dengan kemudahan pengangkutan

awam• Mempunyai kawasan letak kereta• Tidak terlalu dekat dengan pesaing• Ruang latihan yang selesa• Lot tepi adalah lebih baik

Page 17: Kertas Kerja Jahitan

16

4.0PEMBIAYAAN MODAL

4.1 Sumber Kewangan Utama4.1.1 Modal sendiriSumber pembiayaan yang paling ideal ialah modalsendiri. Sumber ini termasuk sumbangan kewangan dariahli keluarga dan rakan. Jumlah tunai yang ada perlucukup untuk membiayai kos awal perniagaan(kelengkapan, deposit dan produk untuk perkhidmatan)dan mampu menampung kos operasi (sewa premis, bil-bil utiliti dan belanja luar jangka) untuk tempohsekurang-kurangnya tiga (3) bulan.

4.1.2 Kredit daripada pembekalMaksud kredit oleh pembekal ialah kredit pembelianyang diberikan oleh pembekal kepada pengusaha. Inibermakna usahawan boleh mendapatkan stok daripembekal dan membuat pembayaran ke atasnya dalamtempoh masa yang diberikan.

Walaupun perniagaan institut latihan jahitan tidakmenggunakan banyak bahan, kemudahan pembiayaanoleh pembekal sangat mustahak dan membantu kepadaaliran tunai perniagaan.

4.2 Pembiayaan daripada institusi kewangan swastaBank-bank dan institusi kewangan tempatan tidakmempunyai skim pembiayaan khusus bagi perniagaaninstitut latihan jahitan. Walau bagaimanapun terdapatbeberapa bentuk kemudahan pinjaman yang bolehdigunakan oleh pengusaha untuk membiayai pemiagaanmereka. Antara kemudahan yang disediakan adalah;

I. overdrafii. pinjaman persendirianiii. pinjaman berpenggal (pembiayaan pembelian harta

dan modal pusingan)

Page 18: Kertas Kerja Jahitan

17

iv. pinjaman untuk membeli premis perniagaan

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa sebahagian besarusahawan tidak bergantung kepada kemudahan kewangandari bank untuk menjalankan perniagaan. Pertama, keranamodal permulaan adalah kecil. Kedua, urusan dijalankansecara tunai. Dan ketiga kerana kos perkhidmatan yangdisediakan hanya melibatkan tenaga kepakaran usahawandan bahan latihan yang pada umumnya adalah berkos rendah

Pengusaha institut latihan jahitan tidak mempunyai sebarangkelebihan untuk mendapatkan kemudahan kewangan clanpembiayaan dari institusi kewangan. Untuk mendapatkanpinjaman dari bank-bank tempatan mereka juga perlumemenuhi syarat-syarat yang sama yang dikenakan oleh bankke atas mana-mana individu lain untuk pelbagai tujuan.Kebanyakannya adalah berbentuk pinjaman peribadi danbercagar.

Pihak bank komersil tidak mempunyai masalah untukmemberikan pinjaman kepada pengusaha institut latihanjahitan yang mempunyai akaun dengan mereka. Walaubagaimanapun pinjaman yang diberikan adalah berbentukpinjaman bercagar dan kemudahan overdraf.

4.3 Bantuan Kewangan Dari Institusi AwamKajian ini mendapati bahawa beberapa dana bolehdigunakan oleh usahawan Bumiputera yang inginmendapatkan bantuan kewangan dari agensi awam untuktujuan memula atau membesarkan perniagaan institutlatihan jahitan. Antara dana-dana yang berkaitan yangboleh dimanfaatkan adalah;

4.3.1 Pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA)MARA merupakan agensi Kerajaan yang memberikanbantuan kewangan kepada ramai pengusaha Bumiputera.Walaupun tiada skim khusus untuk pengusaha institut

Page 19: Kertas Kerja Jahitan

18

latihan jahitan, agensi ini mempunyai tiga skim pembiayaanpelbagai perniagaan yang boleh dimanfaatkan oleh pengusaha.Pembiayaan yang disediakan adalah dalam bentuk modalpusingan, bayaran francais, jaminan bank dan peralatan.

a) Skim Pembiayaan Am MARASkim Pembiayaan Am MARA adalah skim pembiayaanuntuk pelbagai projek perindustrian, perdagangan danperkhidmatan. Skim ini mempunyai had pembiayaanmaksimum sebanyak RM 250,000. Usahawan Bumiputerayang ingin menjalankan perniagaan institut latihan jahitanboleh mengambil kesempatan daripada skim ini untukmembiayai perniagaan mereka.

b) Skim Pembiayaan Pengwujudan UsahawanSkim ini menyediakan kemudahan pembiayaan kepadapeserta kursus latihan keusahawanan anjuran MARA ataulain-lain agensi yang telah berjaya menamatkan kursus/latihan dan merancang untuk memulakan perniagaan atauperusahaan yang berkaitan dengan latihan yang telah diikuti.Had pembiayaan maksima skim ini juga sebanyak RM250,000. Skim ini boleh dimanfaatkan oleh pengusaha-pengusaha yang telah menamatkan kursus latihan yangbersesuaian.

c) Skim Pembiayaan KecilSkim ini adalah skim pembiayaan khusus untukperniaga-peniaga kecil dalam semua sektor sama adaperdagangan, perusahaan dan perkhidmatan. Jumlahmaksima pembiayaan adalah RM 10,000. Berbandingdengan dua skim di atas, pinjaman di bawah skim ini tidakmemerlukan cagaran. Memandangkan modal permulaanuntuk membolehkan pengusaha menjalankan institut latihanjahitan adalah kecil, skim ini adalah sesuai untuk usahawanyang telah mempunyai modal sendiri.

Page 20: Kertas Kerja Jahitan

19

4.3.2 Tabung Kumpulan Wang Amanah PembangunanEkonomi BeliaTabung ini bertujuan untuk membantu belia yang berumurantara 18 hingga 40 tahun menjalankan pemiagaan. Hadpinjaman maksima adalah RM 50,000. Umumnya, jumlah iniadalah sesuai untuk perniagaan aksesori kereta dan boleh jugadimanfaatkan oleh pengusaha yang memerlukan tambahanmodal untuk membesarkan perniagaan mereka.

4.3.3 Skim Pembiayaan Pusat Negeri (SPPN)SPPN ini boleh digunakan oleh usahawan yang telahmenjalankan perniagaan yang memerlukan kemudahanpembiayaan tambahan bagi pembesaran perniagaan mereka.Skim ini juga boleh digunakan oleh usahawan yang inginmembuka perniagaan yang baru.

4.3.4 Skim Jaminan KreditCredit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC)ditubuhkan antara lainnya untuk membantu usahawanBumiputera dalam pelbagai bidang perindustrian danperkhidmatan. Badan ini juga menyediakan kemudahanjaminan kredit bank untuk peniaga yang menjalankanperniagaan perkhidmatan (termasuk institut latihan jahitan). Bagipinjaman perniagaan yang kurang dari RM50,000, tiada cagarandiperlukan. Bagi pinjaman melebihi RM 50,000, cagaran ataujaminan adalah diperlukan. Skim yang dilaksanakan oleh CGCmempunyai keanjalan dan disesuaikan dengan keperluanpengusaha dan peniaga.

Page 21: Kertas Kerja Jahitan

20

BAHAGIAN B: MEMULAKAN PERNIAGAAN DANSTRATEGI DAYA SAING

5.0 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

Persediaan Usahawan

Melakukan Kajian Pasaran Tiada Pasaran

Penetapan Premis/Lokasi(Sewa/Beli/Dirikan)

Pendaftaran PerniagaanROB/ROC

Memohon Lesen Perniagaan(Kerajaan Tempatan)

Tidak Lulus

Memohon kelulusanDengan Jabatan

Imigresen Tidak Lulus

Pelaksanaan

Sebelum menceburi perniagaan ini, setiap bakal usahawanperlu mempersiapkan diri dari segi pengetahuan dan kemahiranyang sesuai dengan ciri-ciri perniagaan institut latihan jahitan.Dalam usaha merealisasikan hasrat untuk memulakanperniagaan institut latihan jahitan uniseks, terdapat empat (4)

Page 22: Kertas Kerja Jahitan

21

langkah yang perlu diambil oleh bakal usahawan. Langkahpertama ialah melakukan kajian pasaran di kawasan sasaranyang telah ditentukan Kajian pasaran dilakukan dengan tujuanuntuk mengenalpasti sama ada terdapat permintaan terhadapproduk latihan jahitan di kawasan sasaran pasaran.Penerangan lanjut mengenai kajian pasaran dinyatakan dalamBab 12. Kajian pasaran menerangkan tentang aspek-aspekpenting yang perlu diambilkira semasa melakukan kajianpasaran.

Jika kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnyapasaran bagi perniagaan ini, langkah kedua memerlukanusahawan menetapkan premis atau lokasi perniagaan.Mereka boleh memilih samada untuk menyewa atau membelitapak premis yang sesuai untuk didirikan bangunan yangmenempatkan ruang pejabat dan ruang pameran dan operasi.Jika usahawan memilih untuk menyewa tapak tersebut, satuikatan perjanjian sewaan perlu dibuat bagi menjamin hakpenyewaan dalam tempoh yang dipersetujui bersama di antarapenyewa dan pemilik tapak. Jika usahawan mengambilkeputusan untuk membeli tapak berkaitan, mereka bolehsamada menggunakan sumber kewangan sendiri ataumendapatkan pembiayaan dari mana-mana institusi kewanganberkaitan.

Sebaliknya jika kajian pasaran menunjukkan bahawa tiadapasaran terhadap produk latihan jahitan, maka usahawan perlumelakukan kajian pasaran di kawasan yang lain. Beberapasiri kajian pasaran terpaksa dilakukan bagi kawasan yangberbeza sehingga hasil kajian memberi keputusan bahawawujudnya pasaran bagi perniagaan ini.

Langkah ketiga ialah mengemukakan permohonanpendaftaran perniagaan/syarikat kepada PendaftarPerniagaan atau Pendaftar Syarikat. Jika usahawan memilihuntuk menubuhkan sebuah entiti perniagaan perseorangan

Page 23: Kertas Kerja Jahitan

22

kepada pendaftar perniagaan. Jika mereka memilih untukmenubuhkan sebuah syarikat Sendirian Berhad makapermohonan tersebut perlu dikemukakan kepada PendaftarSyarikat. Maklumat Perkara 5.1 menerangkan tentangpendaftaran perniagaan dan syarikat.

Langkah ke empat ialah memohon lesen perniagaan denganpihak kerajaan tempatan. Lesen perniagaan diperlukan bagimembolehkan sesebuah perkhidmatan dapat dijalankan secarasah ditapak premis yang ditetapkan (lihat perkara 5.2).

Jika perniagaan anda melibatkan penggunaan buruh asing,maka permohonan untuk mendapatkan permit kerja pada pihakJabatan Imigresen perlu diperolehi.

Apabila semua lesen dan surat kelulusan telah diperolehi,barulah sesebuah perniagaan institut latihan jahitan dapatdijalankan secara sah. Pengiktirafan sebagai sebuah entitiperniagaan yang sah dari segi undang-undang mempunyaiimplikasi penting kepada usaha untuk mendapatkan sebarangpembiayaan dari institusi kewangan tempatan. Ini kerana pihakpembiaya hanya akan membiayai mana-mana operasiperniagaan yang sah dari segi undang-undang sahaja (lihatBab 11 untuk format rancangan perniagaan bagi memohonpinjaman).

Dalam aspek pelaksanaan operasi perniagaan institut latihanjahitan, setiap usahawan perlu mengamalkan kaedahpengurusan yang sesuai. Bagi mendapatkan maklumat lanjut,sila rujuk perkara 6 hingga perkara 9 mengenai strategioperasi, pentadbiran, pemasaran dan kewangan.

5.1 Proses Penubuhan Dan Pendaftaran Perniagaan DanSyarikatTerdapat tiga bentuk perniagaan yang boleh ditubuhkan bagimengendalikan perniagaan aksesori kereta, iaitu perniagaanperseorangan (sole proprietorship), perkongsian (partnership)

Page 24: Kertas Kerja Jahitan

23

dan syarikat sendirian berhad (private limited company).

Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, semua bentukperniagaan perseorangan dan perkongsian dikehendakimendaftar dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (Registrarof Business - ROB) sebelum memulakan perniagaan. Kaedahpendaftaran bagi setiap bentuk perniagaan adalah sepertiberikut:

5.1.1 Perniagaan PerseoranganSebelum memulakan pendaftaran perniagaan, pengusahadikehendaki mengisi borang carian nama yang boleh diperolehdaripada ROB bagi memastikan tiada pertindihan terhadapnama yang dipilih. Jika nama tersebut diluluskan, pengusahaboleh meneruskan langkah-langkah berikut:

Lengkapkan Borang A

Borang yang telah dipenuhi hendaklah disahkanoleh Pesuruhjaya Sumpah

Serahkan Borang A dengan MenyertakanKad pengenalan

Pendaftaran perniagaan hanya sah untuk satu tahun sahajadan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika terdapat sebarangperubahan terhadap maklumat perniagaan seperti alamat,rakan kongsi baru, cawangan baru, dan sebagainya,pengusaha hendaklah mengisi Borang B. Jika pengusahaingin menamatkan operasi perniagaan, pengusaha perlumemenuhi Borang C yang boleh diperolehi daripada ROB.Pengusaha juga dikehendaki memulangkan sijil pendaftaranasal (Borang D).

Page 25: Kertas Kerja Jahitan

24

5.1.2 PerkongsianLazimnya, kaedah pendaftaran perkongsian adalah serupadengan pendaftaran perniagaan perseorangan.Bagaimanapun, setiap rakan kongsi dikehendaki mengisiborang butir-butir ahli kongsi (Borang P.N.A. - 1A) secaraberasingan.

5.1.3 Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)Syarikat Sdn. Bhd. boleh ditubuhkan dan didaftarkan denganPejabat Pendaftaran Syarikat (Registrar of Company - ROC)berpandukan kepada langkah-langkah berikut:

Pilih nama syarikat

Dapatkan kelulusan ROC bagi nama yang dipilih

Penuhkan borang-borang yang berkaitan

Penuhkan lampiran A

5.1.4 Pemilihan Nama SyarikatSerahkan Borang 13A bagi mendapatkan kebenaranmenggunakan nama yang dicadangkan. Penggunaan namahendaklah seratus peratus dalam bahasa Melayu atau seratusperatus Bahasa Inggeris dan tidak melebihi 50 huruf termasukperkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd.

Page 26: Kertas Kerja Jahitan

25

5.1.5 Borang-borang yang perlu dikemukakanBorang-borang berikut perlu dikemukakan semasamenubuhkan syarikat:

• Borang 6: Surat akuan berkanun mengenaipematuhan segala peraturan

• Borang 48A: Akuan berkanun sebelum perlantikanmenjadi pengasas atau pengarah

• Memorandum dan Artikel Persatuan• Salinan surat kelulusan

Jika pihak ROC berpuas hati dengan permohonan yangtelah dikemukakan, sijil perbadanan akan dikeluarkan dansyarikat boleh memulakan beroperasi menggunakannama yang didaftarkan.

Lampiran A

Lampiran ini hendaklah diisi dalam tiga salinan dandikembalikan kepada ROC bersama dokumen-dokumensyarikat. Lampiran A memuatkan nama syarikat, objekpertama, modal dibenarkan, alamat pejabat yang didaftarkandan butir-butir pengarah.

5.2 Lesen Dan PermitDari segi keperluan lesen dan permit perniagaan,pernigaan institut latihan jahitan tidak melibatkanpematuhan banyak peraturan. Institut latihan jahitan atausekolah jahitan tidak perlu mendapat kelulusanKementerian Pelajaran untuk beroperasi kecuali jikamenawarkan kursus jahitan diperingkat diploma atau lebihtinggi. Lesen dan permit perniagan yang perlu diperolehiadalah seperti berikut:

5.2.1 Lesen PerniagaanLesen perniagaan ini hendaklah diperolehi daripadakerajaan tempatan di mana perniagaan beroperasi.

Page 27: Kertas Kerja Jahitan

26

Contohnya, sekiranya sebuah perniagaan itu beroperasi diShah Alam, Lesen Perniagaan hendaklah diperolehidaripada Majlis Perbandaran Shah Alam. Usahawanhendaklah mengisikan borang untuk memohon lesen ini,memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Antarasyarat-syarat tersebut adalah:

a) Tapak lokasi dibenarkanb) Rangkaian produk yang dibenarkanc) Mendapat kelulusan Jabatan Bomba

5.2.2 Permit Buruh AsingSekiranya usahawan menggunakan khidmat tenaga kerjawarga asing sebagai pekerja, maka kelulusan dan pihakJabatan Imigresen diperlukan. Permohonan untukmendapatkan khidmat pekerja asing mestilah dibuat melaluiagensi-agensi pekerjaan yang berdaftar dengan JabatanImigresen Malaysia.

Page 28: Kertas Kerja Jahitan

27

6.0 STRATEGI PEMASARAN

6.1 Strategi Produk Latihan JahitanSetiap produk latihan yang ditawarkan mestilahmenepati tahap kualiti dan ekspektasi yang diharapkanoleh pelanggan. Pelanggan mempunyai motif tertentuuntuk mengikuti kursus jahitan yang ditawarkan. Setiapusahawan institut latihan jahitan hendaklah memahamisituasi ini.

Pelanggan yang menjadi pasaran sasaran institutlatihan jahitan uniseks terbahagi kepada empat (4)kumpulan iaitu:

• Mereka yang belaj ar menj ahit untuk menj ahitpakaian sendiri dan pakaian ahli keluarga.

• Mereka yang ingin meningkatkan kemahiran asasjahitan (mengukur, memotong dan menjahit).

• Mereka yang ingin memperkembangkan kemahiranjahitan dalam bidang jahitan yang khusus, contohnyapakaian pengantin, jaket dan kot, pakaian kanak-kanak, pakaian untuk kegunaan industri lakonan &nyanyian dsb.

• Mereka yang ingin mempelajari tentangmerekabentuk pakaian dan illustrusi fesyen.

Produk latihan jahitan dapat dipecahkan kepada 3kumpulan utama iaitu:

A Produk Kursus Asas Jahitan

B Produk Kursus Model Pakaian

C Produk Kursus Pelbagai Jahitan

Berdasarkan kepada kumpulan produk latihan di atas,usahawan institut jahitan boleh memilih campuranproduk latihan seperti berikut:

Page 29: Kertas Kerja Jahitan

Pilihan Campuran Produk1 A2 B3 C4 A & B5 A & C6 A, B & C7 B & C

Dalam menentukan pilihan campuran produk, setiapusahawan institut latihan jahitan perlu mempertimbangkanperkara berikut:

• Kumpulan sasaran pasaran• Ciri-ciri pasaran• Keperluan kos (meliputi penyediaan ruang dan

peralatan latihan, dan keperluan tenaga kepakaran

Berasaskan kepada kombinasi di atas, strategi produk yangterbaik adalah perkara 6 iaitu menawarkan ketiga-tigakumpulan produk di pasaran. Strategi ini membolehkan institutlatihan jahitan tersebut mempunyai rangkaian pelbagai produkdan kelebihan bersiang di pasaran berbanding institut latihanlain.

28

Page 30: Kertas Kerja Jahitan

29

6.2 Strategi Meletak Harga Dan Keuntungan

Strategi melariskan jualanBentuk strategi yang digunakan ialah seperti tawaran pakejharga, jaminan produk (peserta dijamin akan menguasaikemahiran minima dalam bidang jahitan), fleksibiliti masalatihan dan kaedah pembayaran yang mudah (menerimapembayaran secara cek atau tertangguh)

Kadar harga produk (yuran)Kadar harga yang dikenakan kepada pelanggan institutlatihan jahitan adalah bergantung kepada faktor-faktoryang berikut:

i. Modul latihan - aspek ini meliputi kandungan danperingkat latihan (asas atau lanjutan)

ii. Jangka masa latihan - samada produk latihan yangditawarkan melibatkan jangka masa yang panjang,sederhana atau pendek. Jangka masa yang panjangmelibatkan tempoh masa di antara 175 - 250 jampengajaran. Jangka masa sederhana adalah di antara100 - 175 jam pengajaran. Jangka masa pendek diantara 25 - 100 jam pengaj aran.

iii. Harga yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing lain bagikategori barangan yang sama.

iv. Akreditasi di pasaran - aspek ini melibatkan gabungantempoh masa dalam perniagaan, kepakaran tenagapengajar dan imej pemiagaan.

Umumnya kadar yuran yang tetapkan bagi setiap modulproduk latihan jahitan adalah seperti berikut:

Page 31: Kertas Kerja Jahitan

Bentuk Kursus Peringkat Jangka masa Kadar(RM)Kursus asas Asas 25 -100 jam RM5 - 10/jamjahitan Lanjutan 25 -100 jam RM5 - 10/jamKursus khusus Asas 45 - 250 jam RM15- 20/jamtentang model Lanjutan 45 - 250 jam R15-20jampakaianKursus pelbagai Asas 25 - 100 jam RM5 - 10/jamjahitan

6.3 Strategi Edaran Produk Latihan(Keluasan kawasan sasaran)Edaran produk melibatkan keluasan kawasan sasaranpasaran. Keluasan sasaran pasaran merujuk kepadakumpulan sasaran dari sudut geografi atau sempadankawasan.

Keluasan sasaran produk jahitan adalah bergantungkepada format institut latihan jahitan. Jika formatperniagaan adalah formal, keluasan sasaran produkmeliputi seluruh negara. Sebaliknya jika formatperniagaan adalah tidak formal, didapati keluasanpasaran adalah di antara 10 - 30 KM.

6.4 STRATEGI PROMOSIMedia promosiSecara umumnya media promosi yang kerap digunakandi kalangan pengusaha institut latihan jahitan dalamusaha mempromosikan mengikut urutan adalah sepertiberikut:• Tanda nama perniagaan• Edaran kad perniagaan• Word-of-mouth• Brosur/Risalaht/Flier• Iklan di majalah seperti majalah NONA, Minggu Wanita• Hebahan bertulis/tidak bertulis kepada agensi/

persatuan/sekolah seperti Persatuan Ibu Tunggal,MARA, FELDA, Kementerian Pembangunan Usahawandan Koperasi, Kementerian Pembangunan Luar

30

Page 32: Kertas Kerja Jahitan

31

Bandar dan sekolah menengah di sekitar premisperniagaan

• Agen diberi komisyen apabila berjaya mendapatkanpeserta untuk kursus latihan jahitan

Institut latihan jahitan yang beroperasi secara tidak formalmenggemari kaedah promosi menggunakan tanda namaperniagaan dan kad perniagaan. Mereka lebih bergantungkepada word-of-mouth.

Manakala bagi institut latihan jahitan yang berbentuk formalmenggunakan kaedah promosi yang lebih agresif sepertibrosur, iklan di majalah berkaitan dengan jahitan dan fesyenseperti RIAS, NONA dan WANITA. Selain dari itu mereka jugamengadakan jaringan perniagaan dengan pihak persatuan,agensi kerajaan, kementerian dan sekolah. Kumpulan sasaranini berkemungkinan memerlukan khidmat latihan jahitan untukahli atau kumpulan bimbingan mereka.

6.5 Belanjawan PromosiPembiayaan untuk kerja-kerja promosi bergantungkepada kaedah promosi yang digunakan dan dikirasebagai perbelanjaan kepada perniagaan. Peruntukantahunan untuk membiayai aktiviti promosi adalah di antaraRM2,000 - RM5,000. Bagi Institut latihan jahitan yangtelah mengenalpasti penduduk sekeliling kawasanperniagaan sebagai pasaran sasaran, peruntukan untukpromosi adalah lebih rendah iaitu tidak melebihiRM500.00 setahun. Media yang digunakan tertumpukepada tanda nama perniagaan, kad perniagaan danrisalah.

Page 33: Kertas Kerja Jahitan

32

7.0PENGURUSAN PERNIAGAAN INSTITUT LATIHANJAHITAN UNISEKS

7.1 Pentadbirtan UmumLazimnya perniagaan ini dimiliki oleh seorangusahawan sebagai ‘owner-manager’. Oleh yangdemikian, semua bentuk pengurusan dan tanggungjawab mengurus adalah dipikul’oleh usahawanberkenaan. Antara perkara perkara kritikal yang perludiurus dengan rapi ialah:

a) Merangka Korikulum LatihanKemahiran dalam aspek ini dapat membantu usahawanmerangka kursus mengikut keperluan dan permintaankumpulan sasaran.

b) Mengurus Kewangan SyarikatAspek ini perlu diberi perhatian serius keranasebahagian besar urusniaga adalah dalam berbentuktunai. Satu sistem simpan rekod kewangan yang kemasperlu diwujudkan bagi membantu pengurusankewangan yang berkesan. Usahawan perlu menyemaksenarai pelanggan serta tunggakan bayaran bagimenjamin kedudukan aliran tunai yang positif.

c) Menangani Rungutan PelangganKadang-kadang terdapat pelanggan yang agak cerewetdalam berurusniaga. Sekiranya pekerja tidak dapatmelayani kerenah pelanggan dengan balk, usahawanhendaklah mengambil tanggungjawab ini. Usahawantidak boleh menyerahkan tanggungjawab terhadappekerja sahaja kerana ini akan mendedahkanusahawan tersebut kepada sabotaj danpenyelewangan.

7.2 Keperluan Peralatan MengurusMenguruskan sebuah perniagaan institut latihan jahitansecara fizikalnya tidaklah rumit. Antara peralatan yangperlu adalalah:

Page 34: Kertas Kerja Jahitan

33

(a)Sebuah meja(b)Sebuah kerusi(c) Sebuah komputer dan pencetak(d)Kertas dan dokumen niaga yang “standard”(e)Beberapa peralatan kecil yang lain seperti pen,

pensil, mesin kira dan lain-lain

7.3BELANJA MENGURUSAntara belanja bulanan bagi menguruskan perniagaaninstitut latihan jahitan adalah seperti yang berikut:

(a)Sewa (sekiranya premis disewa)(b)Bayaran ansuran (sekiranya premis dibeli)(c) Bil letrik(d)Bil air(e)Gaji pekerja(f) Alatulis(g)Petrol

Jumlah perbelanjaan sebenar pada perkara di atasadalah bergantung kepada perjanjian atau penggunaanharian. Kos mengurus bulanan terendah adalahRM9,500; sederhana adalah RM19,500 dan tertinggiadalah RM25,000.

Page 35: Kertas Kerja Jahitan

34

8.0 ASPEK OPERASI PERNIAGAAN INSTITUT LATIHANJAHITAN UNISEKS

8.1Bilangan PekerjaKebanyakan perniagaan institut latihan jahitan adalahberintensifkan manusia atau buruh. Penggunaan mesinadalah sangat terhad berbanding manusia. Mesinhanya digunakan sebagai sokongan kepada kerjamanusia.

Keperluan tenaga kerja bagi perniagaan institut latihanjahitan bersaiz sederhana dan kecil adalah satu (1)orang sepuluh (10) orang. Bilangan sebenarbergantung kepada produk latihan yang ditawarkan,kekerapan latihan dan jangka masa latihan dijalankan.Bagaimana pun purata bilangan pekerja sektor ini ialahlima (5) orang.

Kebanyakan perniagaan institut latihan jahitancenderung menggunakan pekerja sepenuh masaberbanding separuh masa. Penggunaan pekerjasepenuh masa adalah di antara satu (1) hingga sepuluh(10) orang. Manakala penggunaan pekerja separuhmasa adalah di antara seorang hingga enam (6) orang.Purata keperluan tenaga kerja seperiuh masa ialah tiga(3) orang dan separuh masa adalah dua (2) orangsahaja. Bagi pekerja sepenuh masa mereka berkerjaselama antara 8 hingga 10 jam sehari. Manakala bagipekerja separuh masa, masa berkerja adalah fleksibel.

Walau pun masa berkerja adalah berbeza bagi kedua-dua kumpulan pekerja, kebanyakan pekerja di sektorini menerima gaji bulanan. Kadar gaji di bayarbergantung kepada kepakaran dan bentuk kerja yangdilakukan.

8.2Kategori PekerjaanDari segi kategori pekerjaan, institut latihan jahitanmenggunakan tiga (3) kategori jawatan utama iaituperkeranian, fasilitator dan pekerja am. Oleh kerana

Page 36: Kertas Kerja Jahitan

35

perniagaan institut latihan jahitan di tentukan oleh produklatihan yang ditawarkan, maka bilangan pekerja industriini tertumpu kepada kategori fasilitator berbandingperkeranian atau pekerja am. Purata kombinasi kategoripekerjaan adalah tiga (3) orang bagi pekerjaan sebagaifasilitator, dan seorang (1) bagi setiap kategori perkeraniandan pekerja am.

Pekerja perkeranian bertanggungjawab mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek pengurusan pejabatseperti rekod kewangan, merekod tempahan kursus,membuat tempahan bahan latihan dan menyediakan gajipekerja.

Fasilitator adalah terdiri dari mereka yang terlibat secaralangsung dalam memberi latihan dan bimbingan kepadapelanggan. Mereka terlibat dalam kerja-kerja sepertimerangka modul, memberi syarahan dan bimbingankepada peserta kursus.

8.3 Jenis Kemahiran Yang DiperlukanSecara umumnya di antara bentuk kemahiran yangdiperlukan bagi perniagaan institut latihan jahitan adalahseperti berikut:• Bidang kemahiran umum pelbagai aspek tentang

jahitan dan fesyen (dikuasai oleh sebahagian besarusahawan)

• Kemahiran mengajar dan bimbingan

8.4 Keluasan Tapak PremisKeluasan tapak perniagaan akan menentukan keupayaanperniagaan menawarkan produk latihan. Ruangperniagaan yang mencukupi dapat menyumbang kepadakeselesaan pengguna semasa menerima perkhidmatan.

Bagi institut latihan jahitan yang menawarkan produklatihan di premis sedia ada (disewa/dimiliki), isu keluasanruang latihan dan pejabat adalah kritikal. Sebaliknya bagiinstitut latihan jahitan yang mengendalikan latihan di luarpremis sedia ada, mereka mempunyai pilihan sama ada

Page 37: Kertas Kerja Jahitan

36

premis sedia ada, mereka mempunyai pilihan sama adamenyewa dewan latihan atau menggunakan dewan latihanyang di sediakan oleh pelanggan.

Secara umumnya keluasan minima tapak premisperniagaan institut latihan jahitan adalah 500 kaki persegidan keluasan tertinggi adalah 2,500 kaki persegi. Puratakeluasan bagi premis institut latihan jahitan adalah sekitar1,500 kaki persegi atau berukuran 30’x 50'.

Pada dasarnya tapak premis pemiagaan institut latihanjahitan dapat dipecahkan kepada dua (2) ruang atau

bahagian utama iaitu:- ruang pameran dan pejabat- ruang/dewan latihan

Ruang pameran dan pejabat melibatkan kawasan dimana hasilan produk latihan dipamirkan dan ruangpentadbiran. Keluasan ruang ini mampu menempatkansebuah meja kerani, rak fail pejabat dan peralatan sertarak pameran. Di sini semua kerja-kerja berkaitan denganperkeranian dilakukan. Manakala ruang latihan pulamenempatkan peralatan dan meja latihan jahitan.Keluasan ruang pameran dan pejabat di antara 150 kakipersegi hingga 600 kaki persegi.

Manakala ruang latihan menempatkan meja, mesin danperalatan latihan jahitan seperti mesin jahit, mejamemotong dan meja merangka iliterasi pakaian. Keluasanruang latihan 300 kaki persegi hingga 1,120 kaki persegi.

8.5 Mesin Dan PeralatanPada dasarnya kebanyakan perkhidmatan yangditawarkan adalah menggunakan kemahiran manusia.Bagaimana pun terdapat pelbagai mesin dan peralatanyang digunakan bagi membantu perkhidmatan yangditawarkan. Setiap mesin dan peralatan yang digunakanmempunyai kegunaan-kegunaan yang khusus danberfungsi bagi kerja-kerja yang berbeza.

Page 38: Kertas Kerja Jahitan

37

Di antara mesin dan peralatan perniagaan institut latihanjahitan yang digunakan dipecahkan kepada kategoriberikut:

i Alatan mengukur- Pita ukur- Kayu siku-siku- Kayu meter- Tolok noch

ii Alatan memotong- Meja memotong- Gunting Drill- Fabriks- Penetas- Penyepik fabrik

iii Alatan menanda- Kapur tukang jahit- Lilin tukang jahit- Kertas carbon- Pensil penanda- Roda surih

iv Alatan Menjahit- Mesin jahitan- Jarum- Benang

Lihat Bab 15 untuk perincian peralatan latihan jahitanuniseks

8.6 MASA OPERASIKebanyakan perniagaan institut latihan jahitanmenawarkan perkhidmatan di antara pukul 8.30 pagihingga 10.30 malam.

Page 39: Kertas Kerja Jahitan

38

9.0 KEPERLUAN DAN STRATEGI KEWANGAN

9.1KOS PERLAKSANAAN PROJEKKos perlaksanaan projek adalah segala kos yangdiperlukan untuk memulakan sebuah perniagaan institusilatihan jahitan uniseks. Kos ini meliputi kos pelaburan asettetap, pelaburan modal pusingan dan kos operasi. Jumlahkos yang terlibat bergantung kepada lokasi perniagaan,keluasan tapak perniagaan, jenis jenis latihan yang akandikendalikan dan juga bilangan peserta yang akanmengikuti program-program yang ditawarkan.

Secara umum, jumlah kos terendah untuk memulakanperniagaan ialah RM11,110. Manakala jumlah kos yangsederhana ialah RM27,500. Kos tertinggi ialah RM54,350.Kos purata untuk memulakan perniagaan ini ialahRM31,853.

Jadual 9.1Perincian Kos Pelaksanaan Projek

Rendah Sederhana Tinggi(RM) (RM) (RM)

Kos Aset Tetap 8,000 20,000 32,000Modal Kerja (bulanan):Kos Pentadbiran 1,585 3,500 8,450Kos Pemasaran 500 2,000 11,500Kos Operasi 1,025 2,000 5,000Jumlah Modal Kerja 2,810 7,500 24,950

Jumlah 11,110 27,500 56,950

*Purata kos perlaksanaan projek ialah sebanyak RM 31,853

Kos Aset TetapAset tetap adalah aset-aset yang dimiliki olehperniagaan. Aset-aset tetap yang kebiasaannyadiperlukan untuk menjalankan perniagaan institut latihanjahitan uniseks adalah seperti berikut;

Page 40: Kertas Kerja Jahitan

39

1. Mesin- mesin jahitan (jenis mesin yang digunakanbergantung kepada bentuk latihan yang ditawarkan

2. Perabut dan kelengkapan ( termasuk meja danperalatan jahitan)

3. Ubahsuai pelaburan terhadap asset tetap tertinggiadalah RM32,000 dan untuk kos yang sederhana ialahRM20,000. Manakala yang terendah ialah RM8,000.

Modal PusinganModal pusingan adalah jumlah modal yang diperuntukanuntuk membiayai perbelanjaan bulanan. Ianya dipecahkankepada belanja pentadbiran, belanja pemasaran danbelanja operasi.

Kos pentadbiranKos ini merangkumi pembayaran gaji, sewa, utility dansebagainya. Secara umumnya kos pentadbiran terendahadalah RM1,585, kos yang sederhana RM3,500 dantertinggi berjumlah RM8,450.

Kos PemasaranKos ini meliputi aktiviti-aktiviti promosi, pengiklanan,keraian dan sebagainya. Kos pemasaran terendahadalah RM500, sederhana RM2,000 dan yang tertinggiRM11,500.

Kos OperasiKos ini merangkumi pembayaran untuk bahan-bahanlatihan, sewa dewan latihan, gaji pensyarah sambilan dansebagainya. Bagi perniagaan institut latihan jahitanuniseks, kos operasi yang terendah adalah RM1,025,sederhana RM2,000 dan yang tertinggi RM5,000.

Pada keseluruhannya, jumlah modal kerja terendah adalahRM11,110, sederhana RM27,500 dan tertinggi berjumlahRM24,950.

Page 41: Kertas Kerja Jahitan

40

9.2 PENDAPATANPendapatan tahunan terendah adalah RM40,000,sederhana RM150,000 dan tertinggi berjumlahRM400,000

Jadual 9.2Anggaran Untung Rugi Tahunan

(Purata)

Rendah Sederhana Tinggi(RM) (RM) (RM)

Jualan Tahunan 40,000 150,000 400,000

Tolak: Perbelanjaan

Belanja Pentadbiran 19,020 42,000 101,400

(12 bulan)

Belanja Pemasaran 6,000 24,000 28,000

(12 bulan)

Belanja Operasi 12,300 24,000 60,000

(12 bulan)

Susutnilai Aset Tetap 1,600 4,000 6,400

(10% setahun)

Jumlah Perbelanjaan 38,920 94,000 195,800

Untung Bersih 1,080 56,000 204,200

Margin Keuntungan 2.7% 37.3% 51.1%

Anggaran keuntungan bagi perniagaan latihan jahitanuniseks terendah adalah RM1,080, sederhana RM 56,000dan yang tertinggi berjumlah RM204,200.

Page 42: Kertas Kerja Jahitan

Dari segi peratusan, perniagaan yang membuat pelaburanyang terendah memperolehi marjin keuntungan sebanyak2.7 %, sederhana 37.33 %. Manakala marjin keuntungantertinggi adalah 51.1 %.

9.3 ANALISIS PULANGAN MODALObjektif utama analisis pulangan modal ialah untukmengenal pasti jumlah jualan yang diperlukan bagimendapatkan pulangan dengan mengkaji hubungandiantara struktur kos, jumlah keluaran dan pendapatan.Jumlah jualan yang dapat menampung jumlah kosdikenali sebagai titik pulangan modal.

Pendapatan dan KosTerdapat dua faktor utama yang mempengaruhiuntung, iaitu jumlah jualan (sama ada dalam bentukbilangan unit atau ringgit) dan jumlah kos (kos tetapdan kos berubah). Pengiraan mudah bagi menentukanuntung ialah:

Jualan - Jumlah Kos = UntungatauJualan - [Kos Tetap + Kos Berubah]= Untung

Kos perniagaan boleh diklasifikasikan kepada kos tetapdan kos berubah. Kos tetap merupakan belanjaperniagaan yang tidak berubah walaupun bilanganperkhidmatan yang ditawarkan berubah, manakala kosberubah pula merupakan belanja yang berubah secaralangsung dengan kadar yang sama dengan perubahanterhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Bagi tujuananalisis, kos bagi perniagaan aksesori kereta bolehdiklasifikasikan seperti berikut:

41

Page 43: Kertas Kerja Jahitan

42

Kos Tetap: susutnilai aset tetapkos pentadbirankos pemasaran

Kos Berubah : kos operasi

Titik Pulangan Modal

Bagi memudahkan pengiraan titik pulangan modal, maklumatberikut perlu diketahui:

(i) jumlah kos berubah (ii) jumlah kos tetap dan (iii) margin(atau nisbah) sumbangan. Nisbah sumbangan merupakanbahagian jualan yang tinggal selepas ditolak kos berubah bagimembiayai kos tetap.

Jadual 9.3 menunjukkan pengiraan titik pulangan modal bagiperniagaan institut latihan jahitan. Berdasarkan pada Jadual9.3,titik pulangan modal dalam bentuk ringgit terendah adalahRM38,440 setahun atau RM3,203 sebulan. Titik pulanganmodal sederhana adalah RM83,333 setahun atau RM6,944sebulan dan yang tertinggi berjumlah RM159,764 atauRM13,314 sebulan.

Mengikut bilangan pelajar pula, titik pulangan modalbergantung kepada yuran yang akan dikenakan bagi kursus-kursus yang ditawarkan. Misalnya jikalau yuran kursus yangdikenakan sebanyak RM100, bilangan pelajar yang diperlukanbagi titik pulangan modal adalah seramai 32 orang untukperniagaan yang mempunyai kos perlaksanaan terendah,seramai 69 orang untuk sederhana dan seramai 133 orangyang tertinggi. Bilangan peserta ini diperolehi denganmembahagikan jualan sebulan pada titik pulangan modaldengan yuran kursus.

Page 44: Kertas Kerja Jahitan

43

Jadual 9.3

Analisis Pulangan Modal

Rendah Sederhana Tinggi

(RM) (RM) (RM)

Jualan Tahunan 40,000 150,000 400,000Kos TetapBelanja Pentadbiran 19,020 42,000 101,400

Belanja Pemasaran 6,000 24,000 28,000

Susutnilai Aset Tetap 1,600 4,000 6,400

(10% setahun)

Jumlah Kos Tetap 26,620 70,000 135,800

Kos BerubahBelanja Operasi 12,300 24,000 60,000

Jumlah Kos Berubah 12,000 24,000 60,000

Margin Sumbangan 27,700 126,000 340,000(Jualan - Kos Berubah)

Nisbah Margin Sumbangan 0.6925 0.84 0.85

(Margin Sumbangan/Jualan)

Jualan Pada Titik PulanganModal 38,436 83,333 159,764(Kos Tetap/Nisbah setahun setahun setahun Sumbangan) 3,203 6,944 13,314

sebulan sebulan sebulan

Bilangan pelajar untuk titikPulangan modal :

Jika Yuran RM100 32 orang 69 orang 133 orang

Page 45: Kertas Kerja Jahitan

44

10.0 FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN INSTITUTLATIHAN JAHITAN UNISEKS

Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai penyebabuntuk menyumbang kepada kelansungan (Continuity) dankeuntungan (Profitability) sesebuah perniagaan. Faktor-faktor kejayaan telah dipecahkan kepada dua kategoriutama iaitu faktor yang berkait dengan ciri-ciri usahawandan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan itusendiri.

10.1Ciri-Ciri Usahawan

Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku ataukeperibadian seseorang semasa mengurussesebuah perniagaan. Ciri-ciri usahawan memainkanperanan penting sama ada sebagai menyumbangatau merosakkan urusniaga sesebuah perniagaan.Kajian mendapati terdapat dua (2) kumpulan ciridominan menyumbang kepada kejayaan perniagaanini, iaitu ciri asas, dan ciri tambahan.

Ciri-ciri asas adalah ciri-ciri yang mesti ada dikalangan pengusaha institut latihan jahitan yangberjaya. Ciri-ciri tersebut meliputi ciri seperti :

• Inisiatif• Berminat• Berpengetahuan• Kecekalan• Bermotivasi Tinggi• Kemahiran Mengajar (Teaching Skill)• Berbudi Bahasa• Keyakinan Diri

Ciri-ciri tambahan pula melibatkan ciri-ciri lain yangperlu ada bagi memastikan peningkatan dalamkejayaan dan kejayaan berpanjangan. Ciri -ciri yangdikesan meliputi:

Page 46: Kertas Kerja Jahitan

45

• Penampilan Diri• Jalinan Hubungan• Keluwesan• Berwawasan

10.2 PENERANGAN CIRI USAHAWAN• Inisiatif

Ciri ini dikaitkan dengan sikap usahawan yang sukamelakukan sesuatu tugasan sebelum terpaksamelakukannya atau dipaksa oleh keadaan atau diarakmelakukannya. Ini bermakna mereka seringmempamerkan sikap suka berusaha dan rajinberkerja dalam usaha meningkatkan diri atau syarikat.Mereka yang berinisiatif tinggi bersikap giat berusahauntuk mengembangkan perniagaan dalam bidang-bidang baru, menghasilkan keluaran atauperkhidmatan yang baru.

• BerminatCiri ini dikaitkan dengan sikap usahawan terhadapsesuatu tugasan atau kerja yang dilakukan. Merekayang terlibat dengan kerjaya jahitan bukan disebabkanketiadaan kerja lain yang sesuai atau berpendapatantinggi tetapi didorong oleh perasaan kecintaan dankeseronokan dalam lapangan yang diminati.

• BerpengetahuanBerpengetahuan dalam bidang dikaitkan dengan isukepandaian atau kebijaksanaan usahawan tentangdisiplin atau ilmu jahitan. Mereka mempunyaimaklumat yang luas dalam pelbagai aspek tentangindustri jahitan, rekacorak, rekabentuk, fesyen danjenis kain. Mereka juga berpengetahuan dalammencari pelanggan baru, mengekalkan pelanggansedia ada, dan mengenalpasti peluang perniagaanbaru.

Page 47: Kertas Kerja Jahitan

46

• KecekalanCiri kecekalan dikaitkan dengan sikap tidak putus asa ataumengalah dengan keadaan yang dihadapi. Usahawan yangcekal sering mengulang usaha atau mencari jalan lainsekiranya cara biasa tidak dapat mengatasi masalah yangdihadapi.

• Bermotivasi TinggiCiri ini di kaitkan dengan dorongan diri dalam mencapaisesuatu kejayaan. Usahawan yang berjaya sering didorongoleh keinginan untuk mencapai kecemerlangan diriberbanding dengan sokongan atau bantuan pihak luaran.Kecemerlangan di sini dirujuk kepada pencapaian semasayang melebihi pencapaian orang lain/pesaing ataupencapaian diri yang lalu atau sebelumnya.

• Kemahiran MengajarCiri ini dikaitkan dengan keupayaan menyampaikan ilmutentang sesuatu bidang kepada pelajar. Kemahiran inimembolehkan pelajar cepat memahami dan menguasai ilmuyang disampaikan. Setiap usahawan yang terlibat dalamperniagaan institut latihan jahitan mesti memiliki kemahiranini kerana mereka sering menjadi rujukan kepada pelajaratau tenaga pengajar syarikat.

• Berbudi BahasaCiri ini dikaitkan dengan sikap dan perilaku yang beretika,berperihatinan dan beradap sopan dalam berurusan denganinsan lain.

Page 48: Kertas Kerja Jahitan

47

• Keyakinan DiriCiri ini dikaitkan dengan kelakuan usahawan yang seringmelahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan,kekesanan dan pendirian diri sendiri di dalammenyelesaikan sesuatu tugas atau menyahut sesuatucabaran. Mereka yang mempunyai keyakinan diri bertabiatbanyak membaca dan mengumpul pengalaman terutamadalam bidang-bidang di luar pengkhususannya. Mereka inijuga sangat berani melakukan sesatu yang baru dan tidaktakut kepada kegagalan.

• Penampilan DiriAspek ini dikaitkan dengan penampilan diri usahawansemasa mengurus perniagaan dan berurusan denganpelanggan. Mereka yang mempunyai personaliticemerlang sering mempamirkan perwatakan yang kemas,mesra dan berpengetahuan. Aspek ini mampumeyakinkan pelanggan tentang kebolehan usahawanmemberi perkhidmatan yang dikehendaki oleh mereka.

• Jalinan HubunganCiri ini dikaitkan dengan kemahiran usahawan dalam aspekkemahiran interpersonal dan hubungan awam (publicrelation). Ciri ini penting kerana setiap perniagaan yangberjaya perlu berurusan dengan pelanggan atau pihak-pihakluar yang berkepentingan. Kemahiran berkomunikasi danjalinan hubungan yang berkesan memastikan kelancaranoperasi harian perniagaan.

• KeluwesanCiri ini dikaitkan dengan sikap dan pemikiran usahawanyang bersifat ketelusan, keterbukaan dan mudah lenturdalam aspek komunikasi dengan pelanggan dan pekerja,hebahan ilmu, modul latihan dan pengurusan perniagaan.

Page 49: Kertas Kerja Jahitan

48

• BerwawasanCiri ini mencerminkan seseorang itu sebagai seorang yangmempunyai cita-cita atau matlamat yang jelas, tinggi danmencabar keupayaan diri dan syarikat. Aktiviti harianmereka dipengaruhi oleh keinginan untuk mencapaikecemerlangan kerja. Mereka yang berwawasan seringberusaha dengan yakin dan bersungguhan untuk mencapaimatlamat kecemerlangan diri. Mereka sangat dinamik danberkemampuan mengenalpasti halangan-halangandalaman dan luar diri atau syarikat serta mencadangkanlangkah-langkah penyelesaian masalah.

10.3 CIRI PERNIAGAAN

Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri.Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza darisegi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlumengesan ciri-ciri yang penting yang perlu ada padasesebuah perniagaan institut latihan jahitan yang berjaya.Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan institut latihanjahitan yang berjaya meliputi :

• Lokasi Strategik• Faktor Harga• Program Latihan• Dikenali Ramai• Tenaga Pengajar/Fasilitator• Pekerja Sokongan• Jalinan Perniagaan dengan Agensi Kerajaan• Promosi• Ruang Perniagaan/Latihan

Page 50: Kertas Kerja Jahitan

49

10.4 PENERANGAN CIRI PERNIAGAAN

• Lokasi StrategikAspek ini merujuk kepada kedudukan premisperniagaan yang mempunyai kemudahan-kemudahaninfrastruktur yang mencukupi, menjadi laluan utamakenderaan, mudah dihubungi, dan terdapat kemudahanparking serta berhampiran dengan pengangkutanawam. Ciri ini memberi keselesaan kepada pelanggansemasa mencari dan menerima perkhidmatan.

• Faktor HargaFaktor harga di kaitkan dengan penetapan harga yangberpatutan dengan khidmat yang ditawarkan. Hargayang dikemukakan adalah secara relatifnya lebih murahdari pesaing yang lain. Aspek ini juga melibatkan kaedahpembayaran yang mudah.

• Program LatihanAspek ini dikaitkan dengan kandungan modul latihan,jangka masa latihan dan kemahiran minima yang dij anjikan. Modul latihan yang ditawarkan mestilah lengkapdan terkini. Jangka masa latihan pula perlu disesuaikandengan keperluan dan kehendak pelanggan serta adaruang fleksibiliti. Manakala kemahiran minima yangdijanjikan adalah tarikan utama kepada kesediaanpelanggan mengikuti latihan yang ditawarkan.

• Dikenali RamaiAspek ini melibatkan nama baik perniagaan di kalanganpelanggan terdahulu serta perakuan oleh merekakepada pelanggan baru. Usia dalam perniagaan turutmemainkan peranan penting bagi dikenali ramai. Danmenawarkan produk latihan yang mendapat akreditasidi kalangan pengamal fesyen dan industri jahitan

Page 51: Kertas Kerja Jahitan

50

• Pekerja SokonganAspek ini melibatkan kumpulan pekerja sokongan yangcekap dan mesra pelanggan (keramahan atau kemesraanhubungan pekerja - pelanggan) dalam berurusan denganpelanggan atau pihak luar syarikat.

• Jalinan Perniagaan dengan Agensi KerajaanAspek ini melibatkan pendaftaran dengan kementeriankewangan, Majlis Pembangunan Sumber Manusia, dan lain-lain agensi kerajaan seperti MARA, KEMAS, Baitulmal,Keakraban jalinan dengan pihak berkenaan mencetuskanpeluang menawarkan pakej latihan jahitan dan bantuan-bantuan kewangan, mesin dan peralatan dan ruangperniagaan.

• Ruang Perniagaan/LatihanAspek ini melibatkan keadaan dan suasana di sekelilingruang perniagaan/latihan yang kemas, teratur serta bersih.Aspek ini dapat menarik minat pelanggan baru danmengekalkan pelanggan lama.

• Ruang Perniagaan/LatihaTenaga Pengajar/FasilitatorKumpulan pengajar/fasilitator yang berkelayakan danberpengalaman dalam bidang latihan jahitan.

• Ruang Perniagaan/LatihaPromosiAspek ini dikaitkan dengan usaha mewarkan perniagaandi pasaran. Mempamirkan rekod bekas pelajar dankejayaan mereka serta pengiklanan di majalah-majalahkursus (Fesyen dan Jahitan) adalah antara strategi berkesandalam aspek promosi.

Page 52: Kertas Kerja Jahitan

51

11.0 RANCANGAN PERNIAGAAN

Format Kertas Kerja Permohonan Pinjaman

Kertas kerja ini perlu dikemukakan semasa memohonpinjaman daripada bank atau agensi yang menyediakankemudahan kewangan. Bagaimanapun, format yangdisediakan ini hanya sebagai panduan, dan perludiubahsuai mengikut keperluan bank atau agensi yangberkaitan.

11.1. Pengenalan• Ruang Perniagaan/LatihaNama Perniagaan/

Syarikat• Ruang Perniagaan/LatihaJenis Perniagaan yang

diceburi• Jenis perkhidmatan yang ditawarkan• Lokasi premis• Tarikh perniagaan dimulakan• Latar belakang industri dan trend pasaran• Senario masa hadapan

11.2. Tujuan Penyediaan Kertas Kerja• Nyatakan jenis dan jumlah pinjaman yang

diperlukan.

11.3. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat• Nama perniagaan• Alamat, No. Telefon• Bentuk perniagaan• Kegiatan utama• Tarikh mula/hendak memulakan perniagaan• No. Pendaftaran Perniagaan• Modal permulaan, modal dibenar• Nama dan alamat pemegang saham• Nama bank (jika ada)

· • No. Akaun Perniagaan (jika ada)

Page 53: Kertas Kerja Jahitan

52

11.4. Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi/PemegangSaham• Nama, alamat, telefon• Kelulusan akademik• Pengalaman/kemahiran

11.5. Rancangan Organisasi/Pengurusan

• Matlamat dan strategi syarikat• Struktur/carta syarikat• Senarai kakitangan pengurusan• Senarai perjawatan

- tanggungjawab setiap jawatan- imbuhan/gaji bagi setiap jawatan

• Kos yang terlibat termasuk untuk pembelian peralatanpejabat

11.6. Rancangan Pemasaran

• Analisis Pasaran- untuk membuat ramalan jualan yang baik, maka

perlu buat analisis keatas pelanggan, pasaran danperkhidmatan.

- mengkaji arah aliran pasaran dalam industri bagiperniagaan yang dijalankan.

- mengukur saiz pasaran iaitu jumlah potensipasaran dalam sesuatu kawasan dalamjangkamasa tertentu (eg. setahun).

- Perkhidmatan - ciri-ciri serta kelebihanyang dimilikinya serta faedah-faedahnya.Mengenalpasti pelanggan/pengguna baranganatau perkhidmatan tersebut.

- Persaingan bagi perkhidmatan tersebut.

Page 54: Kertas Kerja Jahitan

53

• Ramalan Jualan- syer pasaran bagi perkhidmatan.

• Strategi Pemasaran- Strategi pemasaran secara keseluruhan

bagaimana syarikat akan menghadapi persaingankelebihan perniagaan jika dibandingkan denganpesaing dari segi, kualiti, harga, lokasi, imej dansebagainya.

• Strategi Perkhidmatan- faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan.

• Strategi harga- penentuan harga- tawaran harga dan sebagainya.

• Strategi Pengedaran- cara pengedaran dibuat- kos-kos yang terlibat- rancangan jangka pendek dan jangka panjang

jualan tersebut

• Strategi promosi- teknik-teknik promosi yang akan dijalankan

• Belanjawan pemasaran

11.7. Rancangan Operasi

• Perkhidmatan yang ditawarkan.• Proses operasi• Keupayaan operasi• Senarai bahan mentah (jika ada)• Senarai pekerja terlibat dalam perkhidmatan

Page 55: Kertas Kerja Jahitan

54

11.8. Rancangan Kewangan

Bahagian ini bertujuan untuk memastikan sejauhmana kebenaran andaian-andaian yang dibuat berkaitandengan pasaran, jualan dan kos-kos yang terlibat.Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya iaboleh digunakan untuk penilaian dayamaju projek clanjuga sebagai alat kawalan belanjawan. Bahagian inimerangkumi:

• Kos pelaksanaan projek• Sumber pembiayaan

- modal sendiri- pinjaman bank- sewa beli- lain-lain

• Proforma aliran tunai - bulanan dan tahunan (3 - 5tahun)

• Proforma Penyata Pendapatan - tahunan (3 - 5tahun)

• Analisis Titik Pulangan Modal

11.9. Jadual Pelaksanaan Projek

Untuk menunjukkan peringkat-peringkat pelaksanaansesuatu proj ek.

11.10. Rumusan/Justifikasi

Memberi alasan kukuh bagi meyakinkan pihak-pihaktertentu tentang daya maju projek/perniagaan tersebut.

Page 56: Kertas Kerja Jahitan

55

12.0CONTOH FORMAT DAN KEPERLUAN MAKLUMATKAJIAN PASARAN

12.1 PengenalanSebelum usahawan menceburi pemiagaan institutlatihan jahitan uniseks, satu kajian tentang kewujudanpasaran perlu dibuat terlebih dahulu. Kajian ini akandapat memberi gambaran menyeluruh mengenaipasaran di lokasi yang telah dipilih. Di samping itu,usahawan juga dapat membuat keputusan sama adaperniagaan ini boleh dijalankan di lokasi berkenaan .

12.2 Methodologi Kajian

12.2.1 Fasa Pertama : Data AsasDalam fasa pertama ini, usahawan meneliti beberapafaktor asas yang kritikal bagi menjamin kedudukanperniagaan pada jangka masa panjang. Sumber datayang dikaji boleh diperolehi melalui data sekunder(secondary data) yang disimpan di jabatan statistik,pejabat perbandaran, dan majlis daerah. Sekiranyadata tidak dapat diperolehi, usahawan mestilahmengadakan kajian sendiri di lokasi yang dipilih.Contoh format keperluan data dilampirkan.

Perkara-perkara yang mesti dikaji dalam fasapertama ialah:

• Profil pasaran dalam lingkungansasaran pasaran

Antara data yang mesti diperolehi ialah bilangankampung atau seksyen serta jumlah famili,pecahan mengikut bangsa, dan data pendudukmengikut kategori penginapan.

Page 57: Kertas Kerja Jahitan

56

• Profil Persaingan.Dalam aspek profil persaingan, maklumat yangperlu dikumpul ialah berkaitan dengan kewujudanperniagaan aksesori kereta sedia ada di kawasanyang dicadangkan. Data yang perlu dikajisemuanya mengikut alamat, kelebihan dankekurangan mereka dari segi konsep, produklatihan, harga produk, lokasi perniagaan, strategipromosi dan lain-lain perkhidmatan tambahansama ada secara percuma atau dikenakanbayaran. Kaedah pemerhatian dan menemudugapelanggan pelanggan boleh digunakan bagimendapat maklumat yang diperlukan.

12.2.2 Fasa kedua: Perincian Profil Pasaran.Sekiranya kajian fasa pertama mendapati bahawa usahawanboleh membuka satu lagi perniagaan institut latihan jahitanuniseks di lokasi berkenaan, maka kajian lebih terperincihendaklah dibuat tentang profil pasaran yang ingin dimasuki.Kajian ini seharusnya memberi maklumat kepada usahawanuntuk membuat keputusan tentang strategi perniagaan yangakan dijalankan. Sebagai contoh, pendapatan isi rumah atauketua keluarga akan memberi input kepada usahawan tentangharga produk yang ditawarkan.

Contoh format dan soalan bagi kajian profil pasaran fasa keduadilampirkan.

Bagi mendapatkan maklumat tentang profil pasaran, usahawanmesti mengkaji sendiri data yang diperlukan di lokasi yang telahdipilih, kerana data yang berkenaan amat sukar diperolehimelalui data sekunder. Sekiranya mampu, mereka bolehmelantik syarikat perunding untuk menjalankan kajianberkenaan.

Page 58: Kertas Kerja Jahitan

57

FORMAT KAJIAN PASARANFASA 1

A. PROFIL PASARAN1. Jumlah Kampung/Seksyen disasaran Pasaran

Bil Nama kampung / seksyen Jumlah isi rumah

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.

Jumlah

2. Data Penduduk Mengikut Bangsa, Pekerjaan danPendapatan

Bil Bangsa Pekerjaan Pendapatan1. sebulan

12.3.4.5

Page 59: Kertas Kerja Jahitan

58

3. Data Penduduk Mengikut Kategori Penginapan

Kategori Rumah Bilangan

1 Rumah Banglo2. Rumah Terus 2 tingkat3. Rumah Terus 1 tingkat4. Rumah kampong5. Rumah Pangsa6. Apartment7. Kondominium8. Rumah Kedai

4. Data Persaingan

Nama dan Konsep Kelebihan KekuranganAlamat Pesaing

12.3.4.5.

FORMAT KAJIAN PASARAN FASA 21. Pendapatan isi rumah

Kurang RM 1,000RM 1,001 - RM 1,500RM 1,501 - RM 2,500RM 2,501 - RM 5,000Melebihi RM 5,000

Page 60: Kertas Kerja Jahitan

59

2. Adakah anda suami-isteri bekerja?

Ya .Tidak

3. Sektor pekerjaan ketua keluarga

KerajaanSwastaBerniaga

4. Adakah anda pemah mengikuti sebarang latihan jahitan?

YaTidak

5. Nyatakan jenis latihan j ahitan yang akan disertai

Page 61: Kertas Kerja Jahitan

13.0 PERSATUAN DALAM INDUSTRI

Adalah dinasihatkan kepada semua pengusaha yangterlibat dalam perniagaan ini untuk menjadi ahli dalampersatuan-persatuan yang berikut untuk mengetahuisegala maklumat-maklumat terkini untuk kebaikansyarikat:

- Malaysia Textile Manufacturers Association (MTMA)Box # 42, 9 th Floor,West block,Wisma Selangor Dredging,142 C, Jalan Ampang 50450 Kuala LumpurTel : 03-2621454 Fax : 03-2623953

- Malaysia Knitting Manufacturers AssociationTel: 03-91321816

60

Page 62: Kertas Kerja Jahitan

61

14.0 KURIKULUM LATIHAN JAHITAN

14.1 Kursus Khusus Model Pakaian Jahitan PakaianWanita

Baju Kurung• Baju kurung Johor/Kedah/pesak/moden/Pahang• Kain susun Johor• Kain belah depan• Kain belah selisih belakang• Kain kipas belakang

Baju Kebaya• Kebaya Kota Bharu• Kebaya/Kebaya moden

Kemeja/Seluar• Kemeja dan seluar• Jubah• Skirt labuh• Blaus dan daun

Jahitan Pakaian Lelaki• Kemeja• Baju Melayu• Seluar• Bush jaket/Blazer

Jahitan Pakaian Kanak-KanakGaun, Blaus, Skirt, Pinaform, pakaian seragam/uniformsekolah dan seni jahit smocking.

14.2 Kursus pelbagai jahitanJahitan Langsiri) Langsir lurus (basic body)ii) Langsir dapur (valance)iii) Victorian rossetiv) Box pleat curtainv) Festoon blindvi) Royal scallop

Page 63: Kertas Kerja Jahitan

62

vii) Single scallopviii) Tie scallopix) Free scallopx) Tie back, Jabet, Tail & Cascade

Scallop - pelbagai henis (Royal/Single/tie/free/sweet/loose/swag & tail)

Jahitan Kraftangan Perkahwinani) Bunga telorii) Pot Pouri Gelasiii) Sabun hiasaniv) Bakul hiasanv) Gubahan hantaran (tuala/kain elaltelekong/sejadah/

risih junjung/gula-gula)

Jahitan Kelengkapan Bilik Tiduri) Comforterii) Cadar ropol biasalfitted/box pleatiii) Sarung bantariv) Kusyenv) Bunga rosset/reben

Jahitan Kusyeni) Kusyen bulat berrossetii) Kusyen bunga cengkehiii) Boolsteriv) Kusyen empat segi berrossetv) Kusyen bentuk cengkering

Jahitan Manik Pakaiani) Jahitan edging tepi (leher kurung/kebaya)ii) Jahitan manik bercorakiii) Jahitan manik berbungaiv) Bunga lacev) Bunga kuntum

Page 64: Kertas Kerja Jahitan

63

Jahitan Tampat Cantum (Patch Work)i) Teknik multi square Hiasan cadarii) Teknik segi tigaselimut,iii) Four patch kusyeniv) Square triangle dan hiasanv) Rail fence meja makanvi) Log. Cabinvii) Courthouse stepsviii) Puffix) Hourglassx) Sparkler blocks

Jahitan Set Tidur Bayi

i) Sarung bantal/tilam/comforter/katil bayi (bedding)ii) Aksesori buaian seperti kelambu, tilam, kusyen kereta

sorong bayi (Pram cyshion)

Page 65: Kertas Kerja Jahitan

15.0 PERALATAN LATIHANJAHITAN UNISEKS

15.1 ALATAN MENGUKUR

Pita Ukur (Tape Measure)Pita ukur merupakan alat yang palingmustahak apabila mengambil ukuranukuran di badan. Panjang pita ukurbiasanya 150 cm. Diperbuat daripadaplastik lembut atau kaca fibrika (kacagentian) ataupun kain minyak.

Kayu Siku-siku (L-Square)Alat yang mempunyai sudut 90° inidiperbuat daripada kayu atauplastik. Tanda angka-angka bolehdidapati di kedua-dua belah alatini. Satu daripada tangannyaberukuran 55 cm panjang.Gunanya alat ini ialah bagimendapatkan sudut yang tepatsewaktu membuat rajah-rajahdan pola. Alat ini boleh membuatpecahan-pecahan ukuran yangtertentu seperti mendapatkangarisan lubang lengan dan leheruntuk baju dan garisan cawatuntuk seluar.

Kayu Pembentuk (Curver)Alat bengkok yang diperbuatdaripada kayu atau plastik inipanjangnya 60 cm. Bentuknya yangbengkok ini menolong andamembuat bentuk-bentuk pola sepertirusuk baju atau skirt semasamenyedia pola.

64

Page 66: Kertas Kerja Jahitan

65

Kayu Meter (Meter Rule)

Kayu meter digunakan untukmembuat garisan tegak yang panjang.Kayu meter ini mestilah licin serta ratadi tepi-tepinya supaya fabrik tidaktersangkut kepadanya.

Kayu Pembaris

Kayu pembaris digunakan untukmengukur bentuk-bentuk yangsederhana (slight curves) dan bolehdisesuaikan pada permukaanmemotong yang tidak rata. Biasanyakayu pembaris diperbuat daripadaplastik jarang bagi memudahkanpenguna melihat tanda-tanda polaseperti tanda-tanda lubang butang,kedudukan kocek dan lain-lain.Pilihlah pembaris yang berukuran 20,30 dan 50 cm untuk kegunaanpengukuran di atas.

Tolok Noch (Gange)

Ia diperbuat daripada kadbod tebaldengan noch-noch yang dibuat padasudut tepat. Noch-noch ini ialah untukmenunjukkan ukuran-ukuran yangdiperlukan. Tolok noch ini digunakanuntuk mengukur lebarnya kelepet ataubasi lipatan serta lisu perhiasansemasa membuatnya. Penggunaantolok noch ini akan menghasilkankelepet atau lisu perhiasan yang samalebar keseluruhannya.

Page 67: Kertas Kerja Jahitan

15.2 ALAT-ALAT MEMOTONG

Meja MemotongMeja memotong yang sederhana besarnya adalah sangatsesuai. Meja memotong yang diperbuat daripada kayu danmempunyai permukaan licin adalah paling elok. Jikapermukaannya kasar dan berduri, fabrik akan tersangkut.Adakan laci supaya senang anda menyimpan alat-alat jahitanapabila alat-alat tidak digunakan.

GuntingGunting ada pelbagai jenis dan ukuran.Untuk jahitan, apabila memotong fabrik,gunakan gunting berukuran 20-25cmpanjang. Gunting yang elok diperbuatdaripada keluli berkilat (stainless stell).Hujungnya mestilah tajam. Sebelahmatanya bulat dihujung dan sebelah lagiruncing. Gunting ini khas untukmenggunting fabrik sahaja.

Gunting Lubang ButangGunting lubang butang direka untukmenebuk lubang butang dengan tepatmengikut ukuran yang dikehendaki.Panjang lubang dikawal oleh skru yangterdapat pada gunting ini. Biasanyagunting jenis ini panjangnya 6-8 cm.

Gunting BergerigiGunting bergerigi (Pinking shears) -mempunyai mata bergerigi berbentukpucuk rebung. la digunakan untukmenggunting tepi fabrik danmengelakkannya daripada berjerumbai.Panjangnya gunting ini di antara 14-25cm.

Pemegang

Sendi

Mata

Skru

66

Mata

Page 68: Kertas Kerja Jahitan

Gunting Memotong Kelim dan Benang (Machinist'sShears)

Gunting ini digunakan untuk menggunting kelim, menoreh basilipatan dan memotong benang. Panjangnya yang sesuai ialah15 cm. Apabila membeli gunting, pilihlah yang baik kualitinyaserta tidak boleh berkarat. Eloklah diuji dahulu matanyadengan menggunting sepotong fabrik yang dilapis dua.Gunakanlah sepanjang-panjang matanya. Jika ada benang-benang fabrik yang tidak terpotong, ini bermakna bahawagunting itu tiak bagus. Hujung gunting mestilah tajam.

Drill Fabrik

Alat yang menggunakan kuasaelektrik ini juga digunakan di kilangkilang pakaian. la digunakan untukmenebuk tanda-tanda imbanganpada fabrik yang banyaklapisannya.

Penetas (Ripper)

Penetas terdapat dalam berbagai-bagai saiz. la berukuran di antara8 hingga 16cm. Pemegangnyaselalunya diperbuat daripadaplastik. Mata penetas seelok-eloknya dibuat daripada keluli.Pisaunya terletak di antara cokeng-cokengan yang mana satudaripadanya tajam di hujung dan

67

Page 69: Kertas Kerja Jahitan

- Membuka mata-mata j ahitan- Menebuk lubang butang setelah dijahit mesin.

Jika tidak digunakan lagi, penetas hendaklah ditutupdengan menggunakan sarungnya.

Penyepit FabrikAlat ini digunakan untukmenyamakan tepi-tepi danlipatan lipatan fabrik apabilamembuat persediaan sebelummemotong terutamanya sekaliapabila fabrik itu banyaklapisannya.

15.3 ALAT-ALAT MENANDA

Kapur Tukang Jahit (Tailor’sChalk)Kapur digunakan untukmemindahkan tanda-tandacabangcabang dan lain-laingarisan pola daripada kertaskepada fabrik jahitan. Tanda-tanda ini boleh dipadam denganmudah jika tidak diperlukan lagi.Kapur tukang jahit boleh didapatidi dalam warna-warna putih,hitam, merah, biru dan kuning.la berukuran 6 cm serta berbentuk3 atau 4 persegi. Seseorangtukang jahit itu haruslahmempunyai sekurang-kurangnya 3keping kapur dan warna-warnayang mustahak ialah merah, birudan kuning.

68

Page 70: Kertas Kerja Jahitan

Lilin Tukang Jahit (Tailor’s Wax)Lilin untuk tukang jahit berukuran 6 cmdan berbentuk 4 persegi. la bolehmenggantikan kapur untuk menandagarisan pola pada fabrik daripadagentian buku biri-biri kerana tanda Minini tidak mudah hilang sepertimanatanda kapur. Tetapi, ingatlah, janganterlalu tekankan sangat Min itu keranatandanya nanti akan susah hilang.

Lilin juga boleh digunakan untuk mengukuhkan bengan jikadilurut pada benang yang reput. Benang yang telah dilurutdengan Min itu hendaklah digosok dengan seterika supayaMin melekat dengan kukuhnya pada benang itu. Lilin jugamengelakkan benang jahit daripada kusut. Apabila menjahitlubang butang, Min hendaklah dilurut pada benang dan iniadalah suatu perkara yang perlu diingatkan.

Kertas karbon (Dressmaker’s Carbon Papers)Kertas karbon digunakan untukmenanda pola pakaian pada fabrik.Kertas karbon boleh didapati dalampelbagai warna seperti putih, kuning,merah, biru dan hijau. Tanda-tanda difabrik yang menggunakan kertas karbonakan hilang apabila dibasuh atau dicuci.

Pensil Penanda (Tailor’s markingPencil)Pensil penanda boleh digunakansebagai ganti kapur tukang jahit ataukertas karbon. Pensil penanda bolehdidapati di dalam warna-warna putih,merah j ambu (samar) dan biru muda.

69

Page 71: Kertas Kerja Jahitan

Roda Surih (Tracing Wheels)Roda surih boleh didapati di dalam tigabentuk. Roda surih yang matanyaseperti duri digunakan untuk fabrik-fabrik yang tebal, yang bergerigi untukfabrik-fabrik nipis dan sederhanatebal, Manakala yang licin bolehdigunakan untuk semua jenis fabrik.Roda surih digunakan bersama-samakertas karbon untuk menandagarisan-garisan pola pada selapisanfabrik atau lebih. Roda surih diperbuatdaripada keluli.

15.4 JENIS-JENIS JARUM DAN BENANG

JarumJarum boleh didapati di dalam berbagai-bagai ukuranpanjang, kasar dan bentuk matanya. Jarum yang kasar(nombor 4, 5, 6) digunakan untuk menjahit fabrik-fabrik yangtebal dan juga bila menggunakan benang yang kasar.Manakala untuk jahitan am, jarum yang lebih halus digunakanseperti jarum bernombor 7, 8 dan 9.

Benang JahitSeperti fabrik juga, benang jahit dibuat daripada sutera,kapas, nilon dan lain-lain. Benang juga boleh didapati dalamberbagai-bagai ukuran kasarnya. Pilihlah yang palingsesuai dengan fabrik yang dijahit. Pilihlah benang yangpaling baik kualitinya kerana kekuatan dan tahannyasesuatu benang itu menentukan lamanya kain itu

70

Page 72: Kertas Kerja Jahitan

boleh tahan. Benang jahit dijual berbuku dan ditandadengan nombor. Benang yang kasar mempunyai nomboryang kecil. Benang nombor 50 digunakan untukkebanyakan jahitan. Untuk fabrik-fabrik yang halus,gunakan benang yang halus.

Benang jahit didapati dalam berbagai-bagai warna.Pilihlah warna yang paling dekat sekali dengan fabrik yangdijahit, apabila menjahit fabrik yang berwarna.

15.5 MESIN JAHITMesin jahit merupakan alat yang paling penting bagi institutlatihan jahitan. la boleh diperolehi dalam berbagai buatandan jenama. Kegunaannya yang asas adalah untukmenjahit fabrik pakaian.

Jenis Mesin Jahitan

i. Mesin Jahit Kaki

71

Page 73: Kertas Kerja Jahitan

Tuan Pemegang Benang

ii. Motor Elektrik

Spring Pemegang Benang

Lubang Benang

Pemegang Jarum

Tangkai Penekan Jahitan

Tempat Buku Benang

Tayar Loceng sekuci

Roda Imbangan

SkruPemberhentianJahitan

Pemusing Gelendong

Pelaras Jahitan

Tapak gigi PenolakPenekan Jahitan dan Skru

Sekuci

iii. Mesin Jahit Automatik

Tuan Pemegang Benang

Penekan Jahitan

Tuas angkat

Tapak Penekan Jahitan

Throat Plate

Gigi Penolak

Slide plategigi pendek

Ceper pemegang atau pengawalkendur benang jarum

Tiang buku benang

Roda Imbang

PemusingGelendong

Pelaras Jahitan

72

Page 74: Kertas Kerja Jahitan

Bil. Nama Telefon

1 Azizah bt Khamis 5431594No. 12, 24/B, Jalan Petola Seksyen 24 H/P:017-3833675Shah Alam

2 Bakiah bte Mohd Tahir 42919132No. 32, Jalan Bunga Melor 15,Taman Mawar Cheras46100 Kuala Lumpur

3 Zariah bt Abd Rahim 40244363No. 19, Jalan 10C/6, Taman Setapak Indah H/P:017-396300853100 Kuala Lumpur

4 Azizan Yunus 09-7470057Tingkat Satu, Bangunan PasJalan Dato Pati, Kota Bharu

5 Siti Azizah S. Musa 03-4106434070, Jalan AU 5C/6, Lembah Keramat H/P:01 2-326751854200 Kuala Lumpur

6 Nor Ani bt Salim 03-9822628G2-1-4, Desa Pandan 016-295007555100 Kuala Lumpur

7 Arbaatul Adawiah bt. Ghazali 03-78765152No. 142, Jalan SS 5A/2, Kelanan Jaya H/P:019327706547301 Petaling Jaya

8 Khatijah Abu 03-26983224Lot 214 & 224, Tingkat 2, Campbell Complex H/P:016-2741651Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur

9 Rina Ong 03-230455031-D, 4th Floor, Jalan Silang H/P:016-273788550050 Kuala Lumpur

10 Sekolah Jahitan Mirado 03-2322628No. 34B, Tingkat 2, Jalan Silang 50050Kuala Lumpur

11 Zieza Fashion 03-2986616No. 221, Tingkat 1, H/P:012-3267518Jalan Tuanku Abdul Rahman50100 Kuala Lumpur

12 K.L. Fashion Academy 03-20259983rd Floor, Bangunan EhsanNo. 28-32, Jalan Hang Lekiu50100 Kuala Lumpur

73