modul jahitan

Download modul jahitan

If you can't read please download the document

Upload: shafiq-azli

Post on 07-Aug-2015

558 views

Category:

Documents


52 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MOD KURSUS DALAM CUTI IJAZAH SARJANAMUDA PERGURUAN IPGMMODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIRBT3106 REKA BENTUK PAKAIANf BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUSEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2009MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. PENGAJARAN DANCetakan Jun 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysiamodul 3106.docSulitBAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIATEACHER EDUCATION DIVISION, MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIAARAS 2-6, BLOK E13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYAMS ISO 9001 2000(NO PENOAFTARAN PA 00211Tel : 03-88841000 Fax : 03-88841081, 88893507 Kawat : "PELAJARAN"KATA ALU-ALUAN PENGARAHBismillahi-r-Rahmani-r-Rahim, Syukur Alhamdulillah kerana Iristitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah berjaya memulakan sesi pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada guru- guru dalam perkhidmatan melalui Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). (Cohort pertama PGSR bermula dengan Ambilan November 2008. Kejayaan melaksanakan program pensiswazahan guru dalam perkhidmatan ini mencipta suatu lakaran sejarah baru kepada 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pembelajaran untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ini disediakan bagi membantu pelajar mengurus dan melaksanakan pembelajaran kendiri selaras dengan keperluan sukatan pelajaran peringkat ijazah. Pengurusan pembelajaran kendiri merupakan sebahagian daripada waktu pembelajaran pelajarpelajar di peringkat ijazah seperti mana yang dikehendaki oleh Malaysian Qualification Framework (MQF) untuk tujuan Jaminan Kualiti. Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah adalah secara mod Kursus Dalam Cuti (KDC) yang memerlukan pelajar berinteraksi secara bersemuka yang berlangsung sewaktu cuti persekolahan dan meneruskan pembelajaran secara kendiri apabila pelajar kembali bertugas di sekolah semula. Buku Panduan Pembelajaran ini juga membantu pelajar melaksanakan pengajian akademik mengikut spesifikasi kurikulum yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Tugasan terarah yang disediakan di dalam Buku Panduan Pembelajaran ini membantu pelajar memahami kandungan kursus yang mereka ikuti dan memperoleh pengalaman pembelajaran secara optimum. Memang menjadi hasrat Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk melahirkan guru-guru berijazah yang profesional dan berkualiti. Saya percaya Buku Panduan Pembelajaran ini dapat membantu dan mendorong pelajar melalui proses pembelajaran dengan berkesan demi mencapai matlamat program ini. Sekian, selamat maju jaya.Bahagian Pendidikan Gurumodul 3106.docSulitFalsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negaraFalsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.Cetakan Pertama 2009 Kementerian Pelajaran MalaysiaHak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.modul 3106.docSulitKandunganFalsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata Alu-aluan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk i i ii iii v vii1Muka suratTajuk 1 KelimSinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 1 Definisi kelim 1.2 Kegunaan Kelim 1.3 Pemilihan Kelim 1.4 Peraturan am menjahit kelim 1.5 Jenis-jenis kelim Bibliografi1 1 1 2 2 2 2 3 - 15 Aktiviti 1716Tajuk 2 Belah18Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 2.1 Definisi Belah 2.2 Jenis-jenis Belah 2.3 Fungsi Belah 2.4 Pemilihan belah 2.5 Belah Kelepet Sama lebar 2.6 Belah Berzip 2.7 Belah Berkun 30 - 32 Aktiviti19 19 19 20 20 20 20 21 26 32 Bibliogrfi33Tajuk 3 Kancing Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Tujuan menjahit kancing Jenis-jenis kancing Cara-cara memimih Kancing Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjahit kancing Butang36 41 41 Bibliografi34 34 3435 35 35 3634Aktiviti42modul 3106.docSulitTajuk 4 Penghilangan GelambungSinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 4.1 Definisi Penghilangan Gelembung 4.2 Tujuan menghilangkan gelembung 4.3 Jenis-jenis Penghilangan gelembung 4.4 Jenis-jenis penghilangan gelembung Bibliografi4343 44 44 44 45 45 45-56 Aktiviti 56 5758 Tajuk 5 Lengan Padanan RataSinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 5.1 Definisi Lengan 5.2 Fungsi Lengan 5.3 Langkah-langkah menjahit lengan padanan rata 5.4 Cara-cara mengemaskan lubang lengan Bibliografi 5859 5960 60 60 63-64 Aktiviti 64 6566 Tajuk 6 Penyudah Tepi66Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 6.1 Definisi Penyudah tepi 6.2 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit penyudah tepi 6.3 Jenis-jenis penyudah tepi Bibliografi66 6668 68 68-77 Aktiviti78-79 80Tajuk 7 Garis LeherSinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Konsep 7.1 Definisi Kolar Lurus 7.2 Kegunaan Kolar 7.3 Ciri-ciri Kolar lurus 7.4 Perkara-perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus 7.5 Langkah-langkah menjahit kolar lurus Bibliografig,|8181 8182 82 82 82 83- 89 Aktiviti 90 91modul 3106.docSulitPANDUAN PELAJARModul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.modul 3106.docSulitTip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca bukubuku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.modul 3106.docSulitRBT 3106Pengenalan : Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT 3106 pakaian. la meliputi tajuk-tajuk, Kelim, Belah, Kancing, Penghilangan Lengan padanan rata, Penyudah tepi dan Garis leher.REKA BENTUKPAKAIANReka bentuk Gelembung,Rangka Isi Pelajaran:Modul ini terbahagi kepada Tujuh;modul 3106.docSulitTajuk 1: Tajuk 2: Tajuk 3: Tajuk 4: Tajuk 5: Tajuk 6 : Tajuk 7 :Kelim Belah Kancing Penghilangan Gelembung Lengan Padanan Rata Penyudah Tepi Garis leher.modul 3106.docSulitTajuk 1: Menjelaskan definisi kelim, pemilihan kelim, kegunaan kelim, peraturan am menjahit kelim, jenis-jenis kelim dan peraturan menjahit setiap jenis kelim.Tajuk 2:. Membincangkan tujuan membuat belah pada pakaian mengenai fungsi belah, faktor pemilihan belah, jenis- jenis belah dan cara menjahit belah.Tajuk 3: Menjelaskan tujuan kancing dijahit pada pakaian,jenis-jenis kancing, cara-cara memilih kancing,perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing, dan cara-cara menjahit butang lubang dua atau empat dan cangkuk dan mata/palangTajuk 4: Menjelaskan definisi penghilangan gelembung, tujuan dan jenis-jenis penghilangan gelembung seperti kedut lepas, lisu beriring, lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan.Tajuk 5: Membincangkan tentang lengan padanan rata, bagaimana menyediakan lengan, cara meyudahkan hujung lengan, mencantum lengan pada hujung baju dan cara -cara mengemaskan kelim di lubang lengan.Tajuk 6 : Menjelaskan tentang definisi penyudah tepi, mengenalpasti pemilihan penyudah tepi, jenisjenis penyudah tepi, cara menyesuaikan jenis penyudah tepi dan cara menjahit. .Tajuk 7 : Menjelaskan salah satu dari pengemasan yang dibuat pada garis leher iaitu kolar lurus.modul 3106.docSulitAGIHAN TAJUK __________ Panduan kepada pengguna ___________________________________________ Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)Minggu / Tarikh M1 M2Topik/Tajuk1. Pengenalan 2. Kajian Fabrik (Teori) 1. Kajian fabrik (Amali) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori) 1. Seni reka pakaian 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori) 1. Proses jahitan (Teori) 1. Penyediaan sample proses jahitan (Amali) 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. Proses jahitan Penyediaan sample proses jahitan (Amali) Proses jahitan Penyediaan sample proses jahitan (Amali) Proses jahitan Membuat pakaian (Amali) Proses jahitan Membuat pakaian (Amali) Mereka cipta stail pakaian Membuat pakaian (Amali) Rekod Kerja Membuat pakaian (Amali) Membuat pakaian (Teori) Membuat pakaian (Amali) Membuat pakaian (Teori) Pengajaran mikro Penerapan unsur pedagogi Pengajaran mikro Penerapan unsur pedagogi Pengajaran mikroJam Interaksi (Seminggu)4 4CatatanM34M4 M5 M6 M7 M8 M9 M 10 M 11 M 12 M 13 M 14 M 154 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4 4JUMLAH60 jammodul 3106.docSulitAGIHAN TAJUK _________ Panduan kepada pengguna ___________________________________________ Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)Mingg u/ M1 Tarikh M2Topik/Tajuk1. Pengenalan 2. Kajian Fabrik (Teori) 1. Kajian fabrik (Amali) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori) 1. Seni reka pakaian (Teori) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori) 2. Proses jahitan (Teori). Kelim, Belah, Penyudah Tepi dan kancing. 1.Penyediaan sample proses jahitan (Amali). Menjahit Kelim, Belah,Penyudah Tepi dan Kancing 1. Proses jahitan Penghilangan Gelembung(Teori) 2. Penyediaan sample Penghilangan Gelembung (Amali) 1. Proses jahitan Lengan dan Garis Leher(kolar lurus) 2. Penyediaan sample jahitan Lengan dan Garis (kolar lurus) Amali) 1. Merekacipta stail pakaian 2. Rekod Kerja 1. Proses jahitan 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Mereka cipta stail pakaian 2. Membuat pakaian (Amali) 1. Rekod Kerja 2. Membuat pakaian (Amali) Rujuk Modul 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Membuat pakaian (Amali) Rujuk Modul 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Pengajaran mikro Rujuk Modul 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikroModulTeori dan Amali4 4Jumlah 44M344M4 M52 22 24 4M6224M7224M8 M9 M 10 M 11 M 12 M 13 M 14 M 151 1 1 2 1 13 3 3 4 2 4 2 44 4 4 4 4 4 4JUMLAH15 jam45 jam60 jammodul 3106.docSulitHuruf-huruf Ringkas Pada Pola cm mm S.L S.D G.P G.T.H Sentimeter Millimeter Sebelah Luar Sebelah Dalam Garisan Pemadan Garisan Tengah Hadapan. (satu garisan di pertengahan pada sehelai pakaian iaitu pada hadapan skirt atau baju) Garisan Tengah Belakang (satu garisan ini menentukan kedudukan pertengahan pada sehelai pakaian, pada belakang skirt atau baju) Lipatan Tengah Hadapan (satu garisan yang menentukan kedudukan pertengahan pada sehelai pakaian iaitu pada bahagian hadapan baju atau skirt. Garisan ini hendaklah diletakkan pada lipatan kain supaya mendapat sekeping pakaian yang besar tanpa sambungannya pada G.T.H) Garisan Lipatan Lipatan Tengah BelakangG.T.BL.T.HG.L L.T.BSimbol-simbol pada dasar pola Tanda Pola Ira lurusNama-O ------------ O -----------O Garisan PemadanTanda Imbangan atau notchTanda lipatanoLisuo oPemadanmodul 3106.docSulitTAJUK 1KELIMSINOPSIS Menjelaskan definisi kelim, pemilihan kelim, kegunaan kelim, peraturan am menjahit kelim, jenis-jenis kelim dan peraturan menjahit setiap jenis kelim. Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menyatakan maksud 'Kelim' Mengenalpasti pemilihan kelim. Menyenaraikan peraturan am menjahit kelim. Mengenalpasti jenis-jenis kelim. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan setiap kelim. Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis kelimKerangka Konsep Tajuk 1 Definisi KelimPeraturan Am untuk menjahit Kelimmodul 3106.docSulit1.1 Definisi KelimKelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. la juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.1.2Kegunaan Kelim 1.2 1 Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. 1.2.2 Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik 1.2.3 Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan 1.2 4 Untuk perhiasan.1.3Pemilihan Kelim Pemilihan Kelim yang dibuat bergantung kepada: 1.3.1 Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. 1.3.2 Jenis pakaian - Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh.Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak seduai untuk gaun fabrik kapas. 1.3.3 Gaya dan kedudukan kelim - Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung.Kelim yang rata hendaklah dijahit pada pakaian dalam dan kelim yang lebih dijahit pada pakaian yang selalu di dobi.teguh, hendaklah1.4 Peraturan Am untuk menjahit Kelim. 1.4.1 Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia tahan lasak. 1.4.2 Sebaik-baiknya gunakan hanya satu jenis kelim pada seluruh pakaian yang dijahit. 1.4.3 Basi kelim mestilah sama lebar dan cukup di seluruh pakaian semasa memotong fabrik mengikut jenis pakaian dan jenis fabrik yang digunakannya. 1.4.4 Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok.modul 3106.docSulit1.4.4 Tegangan jahitan mesin mestilah betul untuk mengelakkan kelim daripada berkedut. 1.4.5 Kelim hendaklah ditekan dengan baik supaya kelihatan kemas di sebelah luar dan dalam pakaian. 1.4.6 Ia mestilah rata supaya mudah didobi dan kukuh supaya tahan lasak 1.4.8 Lebar kelim mestilah sekata disepanjang pakaian 1.4.9 Gunting (snip) semua kelim yang berbentuk melengkung sebelum ia ditekan buka. 1.4.10 Kemaskan kelim selepas dijahit dan susupkan semua benang.Latihan 1.1 1.1.1. Berikan 1.1.2. Senaraikan Definisi Kelim kegunaan Kelim1.5 Jenis-jenis Kelim 1.5.1 Kelim belah kangkung1.5.2 Kelim betawi. Kelim yang dijahit pada sebelah dalam (S.D) dan tidak kelihatan pada sebelah luar (S.L)1.5.3 Kelim papan mesin. 1.5.4 Kelim papan tangan1.5.5 Kelim lipat tindih. Kelim yang dijahit pada sebelah Luar (S.L) dan jahitannya boleh dilihat pada sebelah luar (S.L)modul 3106.docSulit1.5.1 Kelim belah kangkung: Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam (S.D) pakaian/fabrik. Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia tidak boleh nampak di sebelah luar. Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm hingga 2.5 cm. Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan beberapa cara seperti Jahit lilit ubi, jahit lilit kemas, jahit insang pari, jahit mesin, jahit zig-zag, menggunakan keduadua tepi kain, menggunakan kun dan menggunakan gunting pucuk rebung/zig-zag1.5.1.1 Proses menjahit Kelim belah kangkung Langkah 1 Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan Semat dengan peniti dan jelujur Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.Peniti i Jelujur^ Jah it J . mesin.........S.D. |Rajah 1. IProses menjahit Kelim belah kangkungLangkah 2 Cabut benang jelujur Susup benang jahit mesin yang lebih Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari). Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar kelim.modul 3106.docSulitKemaskan tepi kelim Kelim di tekan ^ukanang jahitRajah 1.2 Proses menjahit Kelim belah kangkungmodul 3106.docSulitLeebar siap kfBuka Kelim dan tekan dengan seterika1.5 cm-2.5cm---- ^-r^. --------------- -- ------- -------Rajah 1.3 Proses menjahit Kelim belah kangkungkt"i Mmodul 3106.docSulit1.5.1.2 Proses mengemas Kelim belah kangkungS.D(a) Jahit Insang pari(c) Menggunting tepinya dengan bentuk pucuk rebung(d) Menggunakan pita serung/kun(b) Jahit mesinRajah 1.4 Mengemas kelim belah kangkungmengelakkan te p i fa b ri - Kelim Belah kelim rata dan bahagian mengelakkan tepinya Tujuan mengemaskan tepi kelim belah kangkung ialah untuk k d a ri pa da berbulu. Kangkung yang melengkung hendaklah di g u nti n g supaya yang digunting d i kemaskan dengan jahit insang pari untuk berbulu.modul 3106.docSulit1.5.1.3 Kebaikan dan kelemahan Kelim belah kangkung Bil 1 Sifatnya Kelim yang paling mudah Ia rata dijahit dan mudah di dobi. Kebaikan Kelemahan Kelim mestilah ditekan setiap kali selepas didobi2Ia terdiri daripada sebaris Jahitannya tidak kelihatan Tidak begitu kukuh kerana jahitan pada sebelah di sebelah luar pakain mempunyai sebaris jahitan dalam pakaian sahaja. Lebar siap Kelim belah Kelim belah kangkung tidak Kelim belah kangkung tidak kangkung 2 cm hingga 2.5 tebal oleh itu ia sesuai sesuai untuk kain yang cm untuk kain yang tebal jarang kerana kelim boleh dilihat pada sebelah luar pakaian.3Latihan 1.2 1. Namakan lima jenis pengemasan yang dibuat pada kelim belah kelim belah kangkung 2. Berikan dua kebaikan dan dua kelemahan kelim belah kangkung1.5.2 Kelim betawi. Kelim betawi ialah kelim yang tidak nampak nyata dan ia juga dikenali sebagai kelim dalam kelim. Kelim ini terdiri daripada dua baris mata jahitan. Lebarnya kelim betawi yang telah siap ialah 6 mm atau kurang daripada 6 mm bagi fabrik yang nipis dan halus. Kelim betawi ini bergelembung. Ia sesuai bagi kebanyakan kain terutama kain yang berbulu. Kelim betawi ini teguh dan dikemaskan sendiri kerana tepi-tepi kelepet yang tidak berjahit itu adalah terkandung di dalamnya.1.5.2.1 Proses menjahit kelim betawi Langkah 1 Temukan S.D fabrik itu bersama-sama dengan garis pemadannya supaya sepadan. Semat dan jelujur 6 mm atas garis pemadan. Cabut penitiJelujurmodul 3106.docSulitLangkah 2 Jahit mesin sejauh 6 mm daripada garisan pemadan Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3 mm Jahitan mesin kira-kira 4 mm dari garisan pemadan pada basi jahitan. Gunting basi jahitan hingga tinggal 3 mm dari jahitan mesin.modul 3106.docSulitLangkah 3 Terbalikkan kelim ke SD. Temukan S.L fabrik, semat dan jelujur. Cabut peniti dan jahit mesin di garisan pemadan.Langkah 4 Susup benang jahitan mesin Tekan kelim ke bahagian belakang pakaian.modul 3106.docSulitBil 1.5.2.2 Kebaikan danSifatnya kelim betawi kelemahan 1KebaikanKelemahanTerdiri daripada dua baris Teguh, Mudah didobi dan Kelim ini agak tebal dan mata jahitan dan dikenali tahan lasak tidak sesuai bagi fabrik yang kelim dalam kelim tebal Lebar siap kelim betawi 6 Ia terkemas dengan sendiri Kelim terdiri daripada mm atau kurang bagi fabrik beberapa lipatan dan oleh yang halus itu mangambil masa yang lama untuk mengeringkannya Sesuai bagi kebanyakan Jahitannya tidak kelihatan Sukar untuk diubah atau fabrik terutamanya bagi pada sebelah luar pakaian. dipinda kerana basi kelim fabrik yang berbulu sangat kecil23Kesilapan yang mungkin berlaku semasa menjahit kelim betawi - Tepi kelim berbulu atau benang fabrik kelihatan pada sebelah luar Tepi kelim beralur pada sebelah dalam Fabrik tertarik atau berkedut pada bahagian belakang kelim1.5.3 Kelim papan MesinKelim papan mesin ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia kukuh kerana dijahit dengan dua garisan jahit mesin. Kelim papan mesin boleh disudahkan atau dikemaskan di kedua-dua belah iaitu sebelah dalam atau sebelah luar Jika ia dibuat di sebelah luar fabrik, akan terdapat dua barisan jahitan mesin di sebelah luar, tetapi kalau dibuat di sebelah dalam fabrik, akan terdapat satu barisan jahitan mesin sahaja di sebelah luar. Kelim papan mesin mudah didobi dan sesuai dijahit pada skirt, blaus, kemeja, jeans, seluar, seluar pendek dan pijama.1.5.3.1 Proses menjahit Kelim papan mesin Langkah 1 - Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam fabrik semat dan jelujur - Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan. - Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin yang lebih.modul 3106.docSulitRajah 1. 9 Proses menjahit Kelim papan mesinLangkah 2 - Buka dan tekan kelim supaya rata. - Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal kira-kira 5mm - 6 mm. - Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga tinggal kira-kira 10 mm- 2 mm/1.2 cmRajah 1. 10 Proses menjahit Kelim papan mesinLangkah 3 - Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi kelim bahagian belakang.modul 3106.docSulitSemat dan jelujur jika perlu.Benang mesinjahitlebar (mm/ kurang bergantung epada jenis fabrik lipatanlipatan dengan pertamaelimJahit mesin ditepi kelim supaya selari baris jahitan mesin yangLipat basi hadapan membalut basi kelim belakang kurang bergantung kepada jenis fabrikRajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan mesin1.5.3.2 Kebaikan dan kelemahan kelim papan mesin Bil Sifatnya Kebaikan Kelemahan 1 Mempunyai dua baris jahitan Kukuh dan tahan lasak Ia agak tebal dan lambat kerana dibuat dengan dua kering baris jahitan 2 Boleh dijahit pada sebelah luar dan Rata,mudah didobi dan Tidak sesuai bagi fabrik sebelah dalam pakaian. kemas kerana semua tepi yang jarang kerana basi Jika dijahit di S.L fabrik akan terdapat fabrik terkemas di dalam kelim boleh dilihat di dua baris jahitan di S.L. sebelah luar fabrik. Jika dibuat di SD fabrik akan terdapat satu baris jahitan di S.L.3Lebar kelim yang telah siap ialah 6 mm. Kemas kerana semua tepi Susah diubah sebab basi fabrik terkemas di dalam kelim sangat sempitmodul 3106.docSulit1.5.4 Kelim papan tangan Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan mesin. Ia digunakan untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera. Biasanya kelim papan tangan ini digunakan pada pakaian bayi dan baju kurung johor.modul 3106.docSulit1.5.4.1 Proses menjahit kelim papan tangan Langkah-langkah menjahit Kelim papan tangan - Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik berhadapan, semat, jelujur kasar dan jahit mesin di atas garisan pemadan. cabut jahitan jelujur kasar. - Gunting basi kelim pada bahagian belakang sehingga 6 mm ( %") dan bahagian hadapan sehingga 1.2cm. Lipat, semat dan jelujur basi kelim hadapan ke atas bahagian belakang. - Tekan kelim ke arah belakang baju - Jahit sembat tepi yang berlipat ke bahagian belakang pakaian. - Cabut jelujur kasar dan tekan kelim yang telah siap dengan kemas.it SembatRajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan tanganKelim papan tangan biasanya dijahit pada baju kurung johor Kelim yang dibuat pada baju tersebut lebih kecil dari kelim papan tangan biasa. Lebar kelim biasanya berukuran kurang dari 3mm1.5.4.2 Kebaikan dan kelemahan kelim papan tangan Bil 1 Sifatnya Kebaikan KelemahanSama seperti kelim papan mesin Rata kemas dan mudah Kelim ini tidak sesuai untuk tetapi ia dijahit pada sebelah dalam didobi kain yang tebal fabrik dengan jahitan tangan2Kelim papan tangan sempit, rata Ia terkemas sendiri dan kemas tetapi tidak sekukuh kelim papan mesinMengambil masa yang lama untuk menjahit dan jahitan sembat kelihatan disebalah luar pakaian.modul 3106.docSulit1.5.5 Kelim lipat tindih Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan luar pakaian. Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain. Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik. Selalunya kelim lipat tindih digunakan untuk melekat atau mencantumkan bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung.3.5.5.1 Proses menjahit Kelim lipat tindih Langkah 1 Sediakan bahagian atas pakaian. Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) dengan jahitan jelujur pada bahagian atas pakaian atau bahu mendatang. Jahit jelujur di garisan pemadan.Rajah 1.12 Proses menjahit Kelim lipat tindihmodul 3106.docSulitLangkah 2 Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt Tandakan garisan pemadan Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm ke bawah g. pemadan.Langkah 3 Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah pakaian Letak bahu mendatang di atas bahagian bawah Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah bawah Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan garisan pemadan bahagian bawah pakaian Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.Langkah 4modul 3106.doc SulitMengemas Kelim lipat tindihCara 1 - Gunting basi kelim hingga tinggal 6 mm dan kemaskan dengan jahitan insang pari.Rajah 1. 15 Proses menjahit Kelim lipat tindihCara 2 Gunting basi kelim dari bahagian bawah pakaian hingga tinggal kurang dari 6 mm Gunting basi kelim bahu mendatang hingga tinggal 1.5 mm - 1.9 mm Bahagian rata membalut bahagian yang berkedut atau buat balutan sendiri. Jelujur dan jahit sembat pada tiap-tiap mata jahitan mesin. Tanggalkan benang jelujur.sebelah dalamjurdanlatiap- tiap Bahagian " jahitan mesin Bawah Gobolah dalamRajah 1. 16 Proses mengemas Kelim lipat tindihmodul 3106.docSulit1.5.5.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KELIM LIPAT TINDIH Bil Sifatnya Kebaikan Kelemahan 1 Selalunya Kelim lipat tindih ini Kukuh kerana dijahit Kelim ini tidak sesuai pada digunakan untuk mencantum menerusi tiga lapisan fabrik yang tebal kerana terdiri satu bahagian pakaian yang fabrik daripada satu bahagian yang rata pada bahagian pakaian bergelembung dan kelim ini yang bergelembung. dijahit melalui tiga lapisan fabrik2Ia juga dikenali sebagai kelim Kelim ini rata dan mudah Tidak sesuai pada fabrik yang tampal didobi jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah luar pakaian3Jahitannya dibuat sebelah luar pakaianpada Sangat sesuai untuk mencantum bahagian yang melengkung, cekung atau pada bentuk yang susah dijahit dengan kelim- kelim yang lainmodul 3106.docSulitUJIAN 11. Kelim belah kangkung paling sesuai untuk A. Kemeja sutera B. Skirt daripada kain kapas C. Blaus daripada kain rayon D. Baju tidur daripada kain nailon 2. Pakaian yang kerap didobi hendaklah mempunyai kelim yang A. kemas dan nipis B. sekata dan tebal C. kukuh dan tebal D. kukuh dan tahan lasak 3. Kelim papan mesin kukuh kerana ........................................ A. Ia mengemaskan basi kelim sendiri B. ia mempunyai dua baris jahitan mesin C. Ia mudah didobi dan mudah dikeringkan D. basi kelim menghadap ke arah belakang pakaian 4. Kelim betawi mempunyai .......................... lapisan fabrik A. dua B. tiga C empat D lima 5. Kelim lipat tindih boleh digunakan pada bahagian-bahagian pakaian kecuali A. B. C. D. Ujian 2 1. 2. 3. 4. 5. Ikatan pinggang lubang lengan garis bahu mandatang garis pinggang mendatangApakah kegunaan kelim? Apakah peraturan am yang perlu anda ikuti untuk menjahit kelim? Berikan bagaimana kamu menyedia dan menjahit kelim betawi? Bincangkan bagaimana kelim papan mesin dan kelim papan tangan dibuat. Senarai kebaikan dan kelemahan kelim-kelim dibawah.:Kelim Kelim belah Kangkung 1 2 Kelim papan Mesin , 2 Kebaikan 1 2 1 2 Kelemahanmodul 3106.docSulitTAJUK 2BELAHselari Slit Berlapikmodul 3106.docSulitSINOPSIS Belah di buat pada pakaian bertujuan untuk memudahkan seseorang memakai dan menanggalkan pakaian. Dalam tajuk belah akan dijelaskan mengenai fungsi belah, faktor pemilihan belah, jenis- jenis belah dan cara menjahit belah. Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 6. 7. 8. 9. 10. 11. ini. Menyatakan definisi dan fungsi belah Mengenalpasti pemilihan belah. Mengenalpasti jenis-jenis belah. Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis belah Membezakan belah kelepet sama lebar, belah berzip dan belah berkun Memahami dan berkebolehan membuat belah-belah yang terdapat dalam tajukKerangka Konsep Tajuk 2Belahmodul 3106.docSulit2.1 Definisi Belah Belah ialah satu proses jahitan yang terdapat di pakaian dan artikel untuk memudahkan dipakai atau ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di rusuk dan di lengan mengikut fesyen sesuatu pakaian itu.Panjangnya mestilah sesuai dengan tujuan belah dibuat. 2.2 Jenia-jenis Belah 2.2.1 Belah kelepet sama lebar 2.2.2 Belah slit berlapik 2.2.3 Belah lapik kain selari 2.2.4 Belah berkun 2.2.5 Belah berplaket 2.2.6 Belah berzip2.3 Fungsi Belah 2.3.1 pengguna 2.3.2 2.3.3 menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pemakai dan memudahkan pergerakan dan mengekalkan ciri traditional menjadi perhiasan2.4 Pilihan belah bergantung kepada: 2.4.1 2.4.2 belah Jenis pakaian yang hendak dibuat misalnya kemeja atau seluar Jenis fabrik mempengruhi pemilihan belah pada pakaian. Semua jenissesuai pada fabrik sederhana dan tebal. Pada fabrik nipis, pemilihan belahnya adalah terhad. 2.4.3 Kedudukan belah Garis tengah hadapan atau garis tengah belakang blaus dan skirt Garis tengah hadapan atau di rusuk kiri skirt atau slek Bahagian belakang pergelangan lengan atau kelim lengan sebagaitHujung seluar, chongsam dan samfoo0/1/1Fesyenpakaian di mampelbagai jenis belah yang digunakanSUSERguid^pakaian- Belah berplaket- Baju Melayu Cekak Musang. - Belah slit berlapik- Baju Melayu Teluk Belanga, Baju Kurungmodul 3106.docSulit- Belah hadapan sembunyi kancing- Baju Takwamodu2.5 Belah Kelepet sama lebar2.5.1. Belah kelepet sama lebar adalah mudah dibuat dan sangat kukuh. 2.5.2 Kain untuk belah diambil daripada pakaian itu sendiri dan dilipatkan ke SD pada garis lipatan. 2.5.3 Ia boleh dibuat sepanjang seluruh belakang atau hadapan pakaian. 2.5.4. Ia digunakan pada blaus, kemeja, kot, pakaian kanak-kanak, pijama, sarung kusyen dan sarung bantal. 2.5.5. Pengancing yang digunakan adalah butang dan rumah butang atau butang katup, butang dan gelungan atau pita. 2.5.1 Langkah-langkah cara menjahit belah kelepet sama lebar CARA 1 Langkah 1-Tandakan GTH dan GL di fabrik Lebar antara GTH dan GL ialah 1.5cm hingga 2.5 cm Lebar lapik belah ialah 3 cm hingga 4 cm Lebar lipatan pertama 3 mmrlaplk belah G|GTS .LH1.5 cm - 2,5 cm/\3 cm - 4 cm .kH*mai^g butang \USER :GUID^_iajRajah 2.1 Proses menjahit belah kelepet sama lebar A t a u &.. I I[J(edging)Li p at 3 m m d a n j ahit mesin di sepanjangnya atauIspft g b*in Fjahit * j_j 1 3106.docu n a k a n tepi fabrikSulitLangkah 2-Lipat pada bahagian GL ke S.L pakaian dan semat dengan jarum peniti. Jelujur, cabut peniti dan tekan dengan seterika.modul 3106.docSulitRajah 2.3 Proses menjahit belah kelepet sama lebarLangkah 3.-Jahit dengan jahitan mesin dari lipatan hingga ke GTH. Snip basi jahitan seperti dalam gambarajahRajah 2.4 Proses menjahit belah kelepet sama lebarmodul 3106.docSulitLangkah 4 -. Balikkan lapik ke S.D. pakaian.VRuang butang di g Leher setelah di b Lei -likan ke SLIfS.D.S.LBalikkan lapik ke SD pakaianRajah 2.5 Proses menjahit belah kelepet sama lebar Tandakan GTH dan GL pakaian.(sama seperti Rajah 1 Cara 1)CARA 2Langkah 1Rajah 2.6 Proses menjahit belah kelepet sama lebarmodul 3106.docSulitLangkah 2 - Lipat GL ke SD dan semat dengan jarum peniti Jahit dengan jahitan mesin pada kiri dan kanan kelepet supaya jarak antara keduanya adalah 3 cm._____11 l T. r:l,3 cmGS.L.Rajah 2.7 Proses menjahit belah kelepet sama lebarCARA 3 Langkah 1 - Tandakan garisan tengah hadapan dan garisan lipatan bajutr Rajah 2.8 Proses menjahit belah kelepet sama lebarLangkah 2 - Kemaskan tepi lapik dengan jahitan mesin/jahit tepi/menggunakan tepi kainmodul 3106.doc saja SulitRajah 2.9 Proses menjahit belah kelepet sama lebar Langkah 3- Lipat lapik ke SL mengikut garisan lipatan - Jelujur dan j. mesin di garis leher - Gunting basi lipatan dan snipkan sepanjang lengkung leherDaduii b e l ak an g GTBG. lipatan -GTH Kelep et belah / Badan * ('/j h a d a p a n ' L ! S. L,Rajah 2.10 Proses menjahit belah kelepet sama lebarLangkah 3Balikkan lapik ke SD pakaian Tetapkan lapik pada pakaian dengan silang pangkah berkumpulmodul 3106.docSulit2.6 Belah Berzip-Sejenis pengacing belahBelah berzip senang dipasang, tidak kelihatan di sebelah luar dan tahan lama Zip senang dikancingkan, terdapat pelbagai warna, panjang dan berat fabriknya. Selalunya zip digunakan pada blaus, gaun, skirt, seluar dan artikel rumahtangga seperti sarung bantal, sarung kusyen ,beg dan lain-lain lagi.2.6.1Cara-cara memilih zip 2.6.1 Pilih zip yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit.- Zip yang dibuat daripada nilon adalah lebih sesuai untuk fabrik-fabriknipis kerana ia ringan dan tidak tebal. - Zip yang dibuat daripada logam bergigi kasar_dan tidak sesuai untuk kain- kain tebal atau kain kelengkapan rumahtangga yang berat. 2.6.2 Beli zip yang bermutu dan warnanya padan dengan kain. 2.6.3 Periksa zip untuk menentukan bahawa ia boleh dibuka dan ditutup dengan senang, dan perhentiannya adalah kukuh dan kuat. 2.6.4 Gunakan zip yang cukup panjang untuk belah yang hendak dibuat. - 17.5 cm - 20 cm ( 7 - 8 inci ) untuk skirt, seluar dan sarung. - 23 cm - 30 cm ( 9 - 12 inci ) untuk belah rusuk. 45 cm - 55 cm ( 16 - 20 inci ) untuk belah di tengah hadapan atau belakang gaun, jaket dan dirusuk baju chongsam, sepatu, sampul kusyen. 2.6.2 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memasang zipmodul 3106.docSulit2.6.2.1 cm 2.6.2.2Pastikan lebar belah adalah cukup besar, iaitu lebih daripada 1.2 cm hingga 2Mesinkan zip dengan penekan zip dan susupkan hujung benang untuk mengukuhkannya. 2.6.2.3 Bahagian atas zip hendaklah terletak: - Pada garisan pemadan untuk ikatan pinggang skirt atau seluar. -1.2 cm daripada garis pemadan untuk belah di leher belakang pakaian. Hujung atas belah selalunya akan dijahitkan dengan butang cangkuk dan matanya. 2.6.2.4 Pita zip hendaklah dikekalkan pada basi kelim dengan jahit silang pangkah tompok/berkumpul supaya ia tidak tersangkut pada gigi zip. 2.6.2 5 Kukuhkan pangkal belah berzip dengan jahit ulat-ulat.Langkah-langkah memasang zip Langkah 1 - Tandakan GTB di S.D. pakaian. Sematkan dengan peniti untuk menanda pangkal belah. Sediakan pita zip yang sesuai dengan pakaian atau artikel yang hendak dijahit Panjang belah ialah panjang zip + 0.6 cm. Jahit mesin hingga ke pangkal belah. - Tekan buka kelim. Pita ZipPerhentian Zip zip7 mmj garis pemadantandakan ^ pangkalbelahPenarik zipPenolakPerhentian zipGigi zip-pangkalRajah 2.12 Proses menjahit zipKemaskan bahagian bawah pita zip dengan Insang pari Rapatkan dengan jahit lilit ubi modul 3106.doc!SulitJahit insang Jahit lilit ubiLangkah 2-Menjahit zip pada belah dengan cara tersembunyi. Sematkan pita zip ke bahagian kanan belah di sebelah dalam belah.Tentukan penahan hujung zip terletak 7mm di bawah garis pemadan sementara penahan pangkal zip terletak di pangkal belah.Rajah 2.13 Proses menjahit zipLangkah 3Jelujur di atas lipatan di bahagian kanan zip tanpa menutupi zip itu. Jahit jelujur - Sematkan pita zip ke bahagian kiri belah. Pastikan bahagian ini menutup semua gigi zip. 7mm di bawah Bahagian kiri tepi lipatan belah hendaklah G.P bertindih 2mm- 3mm tepi lipatan di sebelah kanan. - Jelujur bahagian kiri zip-modul 3106.docSulitRajah 2.14 Proses menjahit zipmodul 3106.docSulitLangkah 4----- 1rLL.S.L.Rajah 2.15 Proses menjahit zipT utup zip dan jahit zip menggunakan tapak zip dari bahagian hujung belah kiri hingga ke pangkal belah kemudian melintang ke kanan dan terus ke bahagian atas di sebelah kanan. Cabut atau tanggalkan jelujur. Tetapkan kedudukan pita zip di kiri kelim di sebelah dalam pakaian. Kukuhkan pangkal belah dengan jahitan ulat-ulat.6 mm[ang.p benang mesin jelujur pengkah tegak berku pul Basi kelimIL."-'jahit ulat-ulat jahit insang pariSL pakaianSD pakaianmodul 3106.docSulitRajah 2.15 Proses memasang zip yang telah siap2.7 Belah Berkun-Belah berkun sesuai untuk fabrik nipis dan halus dan fabrik sederhana tebal. Biasanya belah ini digunakan pada belahan seperti dileher blaus, gaun, pergelangan tangan, pakaian kanak-kanak dan pakaian dalam.Langkah-langkah menjahit belah berkun Langkah 1-Tandakan kedudukan belah pada pakaian/GTH Ukur panjang belah yang dikehendaki Tandakan pangkal belah Gunting mengikut panjang belahPanjang belah'rin|nn$ra fabrik SLM-Rajah 2.16 Prosesmenjahit belah berkun Langkah 2Sediakan pita serong Rujuk Langkah-langkah menyediakan jalur serong tepat dalam topik 6 atau gunakan pita serong dagangan yang boleh didapati di kedai-kedaiPanjang pita serung = 2 x panjang belah + basi jahitan ( 1 cm - 1.5 cm )lebar pita serung = 2 x lebar siap lapik + 2 basi jahitan Lipat ke dua tepi ke tengah dan tekan dengan seterikamodul 3106.docSulitLangkah 3 Temukan SL pakaian dengan SL jalur serong Temukan tepi belah dengan tepi jalur serong Jelujur dan jahit mesin 6mm dari tepi belah. (jika perlu jahit mesin sekali lagi pada pangkal belah).Cabut benang jelujur. Pangkal belah Jahit mesinf_SL-jatur serung/Pakaian VSD\yRajah 2.17 Prosesmenjahit belah berkunLangkah 4-Halakan jalur serung ke atas dari SL pakaian dan tekan Lipat tepi lapik 2 mm dari GP ke SD dengan lipatannya bertemu jahit mesin di sebelah dalam seperti rajah (a). Jelujur di sepanjang lipatan T etapkan jelur serong dengan jahit sembat seperti rajah (b).Lalukan jahitan sembat di bawah jahitan mesin. serung sd JaurSDdenganJalur serungso |Jahit sembat\I \ II/!\Rajah (a)Rajah (b)Rajah 2.18 Proses menjahit belah berkunLangkah 5modul 3106.docSulitPada sebelah dalam kukuhkan pangkal belah dengan mesin atau kia tirus ke bawah seperti rajah ( c) Tekan dengan cermat Jika perlu Jahit ulat-ulat di SL pakaian seperti rajah (d) untuk mengukukuhkan pangkal belah."r1"h*SL SD\ mjIXJahit/ftSL pakaian mesin atau kia Rajah ( c )/ jahft-ulat-ulat*T" Inhi iiI.hi itRajah ( d )Rajah 2.19 Prosesmenjahit belah berkun- lebar belah berkun yang siap dijahit biasanya selebar 5 - 6 mm - Belah berkun biasanya di buat di :-;USER]ijlJIDagian belakang baju kanak-kanak di leher baju wanita1. 2. 3. 4.Nyatakan tiga fungsi belah pada pakaian. Terangkan dengan ringkas dan lukiskan gambarajah langkah-langkah membuat belah berzip Berikan empat perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit/memasang zip pada pakaian. Apakah tujuan menjahit ulat-ulat di pangkal belah berkun?modul 3106.docSulitsinopsisMenjelaskan tujuan kancing dijahit pada pakaian,jenis-jenis kancing, cara-cara memilih kancing,perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing, dan cara-cara menjahit butang lubang dua atau empat dan cangkuk dan mata/palang Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 12. 13. 14. 15. 16. Menyatakan tujuan kancing dibuat pada pakaian atau artikel Menbezakan jenis-jenis kancing Mengetahui cara-cara memilih kancing Mengetahui perkara-perka yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing. mengenalpasti cara-cara menjahit Butang lubang butang dua atau empat, butang katup dan cangkuk dan palang mata.Kerangka Konsep Tajuk 33.1 Tujuan menjahit kancing Kancing dijahit pada pakaian ialah untuk:- - mengancingkan belah. - sebagai perhiasan.modul 3106.docSulit- Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tndih bawah belah. - Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang dipilih. 3.2 Jenis-jenis kancing Terdapat dua jenis kancing yang utama: 3.2.1 Jenis kancing yang tersembunyi Butang katup Butang cangkuk dan matanya Butang cangkuk dan rumah Butang cangkuk dan rumah cangkuk bersirat. 3.2.2 Jenis kancing yang nampak Butang dan rumah butang. Butang dan rumah butang bersirat atau gelungan. Pita dan simpul hias. Reben dan bow zip (sila rujuk bab36:belah pakaian.) Gancu 3.3 Cara-cara memilih kancing. Pilihan kancing bergantung kepada: 3.3.1 Jenis kain yang digunakan - .Kain yang halus mestilah dijahit dengan kancing yang lebih halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain. 3.3.2 Jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit - Pakaian kanak-kanak biasanya tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanak- kanak yang lembut. 3.3.2 Jenis belah dan kedudukan kancing Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skrit daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.3.4 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjehit kancing 3.4.1 Kancing hendaklah dijahit dengan kukuh supaya tidak cepat tercabut.modul 3106.docSulit3.4.2 kancing 3.4.3Kancing hendaklah mencukupi dan terletak sama jaraknya di antara satu dengan yang lain supaya belah ditutup dengan baik dan tidak ternganga. Kancing hendaklah dijahit betul-betul bertentangan di antara satu sama lain dan elakkan daripada menjahit kancing terlalu ketat pada pakaian untuk mengelakkan: belah pakaian daripada berkedut. belah pakaian itu tidak tertutup rapat. pakaian kelihatan tidak kemas. Jenis dan saiz butang mestilah sesuai dengan rumahnya dan gaya pakaian supaya pakaian kelihatan lebih elok. Kancing logam tidak sesuai untuk pakaian kanak-kanak,baju tidur dan pakaian dalam. Jenis kancing yang hendak dijahitkan pada pakaian mestilah ditentukan semasa jenis belah untuk pakaian itu dipilih.3.4.4 3.4.5 3.4.63.5.1 Butang lubang butang dua/empat i. - Butang boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk. ii. - Butang diperbuat daripada plastik, logam ,tulang, kayu dan lain-lain lagi. - Terdapat beberapa jenis butang iaitu butang berlubang dua, butang berlubang empat dan butang bertangkaiButang lubang duaButang lubang empat /ooN LoJ