rekod kerja jahitan blaus.docx

39
PENGENALAN Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di Negara ini. Selain mudah dijahit, blaus juga mudah didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus boleh dipadankan dengan skirt, seluar panjang (slack) dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal. Dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja. Pada peringkat pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja. Blaus rekaan saya menampilkan konsep ‘Santai dan Selesa”. Blaus ini menggunakan fabrik asli iaitu benang kapas. Fabrik kapas ini sesuai dengan iklim panas dan mempunyai ciri-ciri seperti menyerap kelembapan, teguh,tahan lasak dan harganya juga murah. Pemilihan stail blaus ini ialah ia mempunyai kolar lurus, lengan padanan rata, belah kelepet sama lebar, jahitan butang dan lisu pemadan.

Upload: leedakzaman

Post on 06-Jul-2016

129 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

PENGENALAN

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional. Walaubagaimanapun, pakaian kasual

turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di Negara ini. Selain mudah dijahit, blaus juga mudah didapati. Blaus

bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Blaus boleh

dipadankan dengan skirt, seluar panjang (slack) dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus

direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal.

Dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan

penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja. Pada peringkat

pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil

kerja.

Blaus rekaan saya menampilkan konsep ‘Santai dan Selesa”. Blaus ini menggunakan

fabrik asli iaitu benang kapas. Fabrik kapas ini sesuai dengan iklim panas dan mempunyai ciri-

ciri seperti menyerap kelembapan, teguh,tahan lasak dan harganya juga murah. Pemilihan stail blaus ini

ialah ia mempunyai kolar lurus, lengan padanan rata, belah kelepet sama lebar, jahitan butang dan lisu

pemadan.

Page 2: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

REKA CIPTA STAIL PAKAIAN

Pengenalpastian masalah:

a. Faktor iklim : Negara Malaysia beriklim khatulistiwa iaitu panas dan lembab sepanjang

tahun. Ramai penduduk lebih memilih pakaian yang ringkas supaya lebih santai dan

selesa untuk dipakai setiap hari. Pakaian yang selesa dipakai ketika cuaca panas untuk

menyerap peluh dan mudah dikeringkan ketika musim tengkujuh. Stail yang sesuai

adalah blaus yang ringkas dan sesuai dipakai di mana jua.

b. Demografik : Kebanyakan masyarakat di Malaysia kini mempunyai pekerjaan. Mereka

lebih menggemari pakaian yang ringkas serta selesa untuk dipakai ketika bekerja

mahupun di rumah. Blaus ialah stail pakaian yang bertepatan dan sesuai dipakai untuk

pelbagai peringkat umur. Blaus boleh digayakan dengan aksesori tambahan mengikut

kreativiti pemakainya. Jenis fabric yang boleh digunakan untuk menghasilkan blaus

terdapat banyak di pasaran dengan harga yang berpatutan.

c. Psikografik : Blaus juga sesuai dipakai oleh masyarakat Bandar ataupun luar Bandar

kerana rekaannya yang ringkas . Bagi masyarakat Melayu, blaus boleh direka mengikut

adat bagi menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat Timur. Bagi masyarakat

Bandar yang lebih mementingkan penampilan, blaus sentiasa tampak kasual, selesa

dan bergaya untuk dipadankan pada tubuh pemakainya.

 

 

Page 3: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

LAKARAN PAKAIAN – BLAUS

Page 4: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

HURAIAN STAIL PAKAIAN

Stail blaus yang dihasilkan ini dipengaruhi oleh reka bentuk pakaian seperti warna, corak, tekstur,

garis lengan, kolar dan fungsi blaus tersebut.

Warna pemilihan blaus ini adalah warna lembut iaitu kuning muda. Warna lembut sesuai untuk

orang yang kurus kerana warna ini menampakkan pemakainya kelihatan gempal.

Corak blaus ini berbunga kecil. Corak kecil akan menampakkan seseorang yang gempal itu akan

kelihatan lebih kurus dan langsing.

Tekstur fabrik blaus ini adalah daripada fabrik tenun biasa. Fabrik kapas yang sederhana

halus dan lembut ini sesuai untuk semua bentuk badan.

Garis lengan yang digunakan pada blaus ini adalah lengan padanan rata iaitu garis lengan yang

dicantum. Lengan padanan rata sesuai untuk orang yang rendah dan gempal supaya kelihatan kurus

dan kecil.

Kolar yang dipadankan pada blaus ini adalah kolar lurus. Kolar lurus ini sesuai untuk orang yang

bertubuh gempal dan tinggi agar pemakainya kelihatan kurus.

Lisu dijahit pada pakaian untuk mendapatkan bentuk padanan yang elok dengan tubuh

pemakai. Lisu yang digunakan ialah lisu pemadan.

Fungsi blaus ini merupakan pakaian kasual. Blaus ini lasak, selesa dipakai dan

ringkas.Amat sesuai dipakai ketika bersiar-siar atau berehat di rumah.

 

 

Page 5: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

FABRIK, BAHAN DAN ALATAN

FABRIK

Fabrik juga dikenali sebagai tekstil yang berasal daripada perkataan textilis yang

bermaksud tenunan. Secara amnya, perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik

bertenun tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang

dibina khas iaitu fabrik terikat dan fabrik bernet. Fabrik terbahagi kepada dua iaitu fabric

asli dan fabric buatan.

Fabric yang sesuai untuk membuat blaus ialah fabric sederhana tebal bercorak

atau tanpa bercorak. Jenis fabric yang digunakan untuk menghasilkan pakaian

terpulang kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabric yang digunakan ialah fabric

kapas campuran. Corak pada fabric yang dipilih juga perlu menepati citarasa pemakai.

Fabrik yang saya gunakan untuk membuat blaus ini ialah fabric kapas campuran

bercorak bunga-bunga halus. Warna yang dipilih ialah warna kuning lembut. Fabrik

kapas campuran ini merupakan gentian kapas yang dicampur dengan gentian lain

seperti gentian buatan manusia untuk menghasilkan fabric kapas campuran. Kelebihan

menggunakan fabric ini ialah:

tahan lasak.

mudah dikendalikan.

tahan panas dan tidak mudah mengembang.

mudah dijahit.

Page 6: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

LANGKAH KERJA

MINGGU PERKARA CATATAN

1 Perbincangan rekacipta stail

pakaian

Dijalankan secara individu

dan bertema

Pakaian mempunyai ciri-ciri

seperti:

i. Kolar lurus

ii. Lisu

iii. Penjuru lipat tindih

iv. Lengan padanan

rata

2 Membuat pakaian

- Mengambil ukuran badan

Menyediakan rekod ukuran

badan

3 Membuat pakaian Melakar pola dengan

menggunakan pola

dagangan

Pola dilakar dengan

merujuk ukuran badan yang

telah diambil

4 Membuat pakaian

- Ubahsuai pola mengikut

pilihan stail yang telah

direka

Hasil

- Pola yang telah

diubahsuai

5 Membuat pakaian

- Membentang dan

menyusun atur pola

- Menggunting pola dan kain

Mengemas bahagian tepi

fabrik dengan jahitan

kemasan tepi

Membuat rujukan mengenai

Page 7: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

- Memindah tanda-tanda

pola

proses-proses jahitan

6 Membuat pakaian

- Belah sama rata

7 Membuat pakaian

- Lisu pemadan

8 Membuat pakaian

- Menyediakan lengan

padanan rata

Hasil

- Cantuman lengan

pada bahagian

badan baju.

9 Membuat pakaian

- Menjahit butang dan

lubang butang

Hasil

- Butang dan lubang

butang yang telah

siap

10

Membuat pakaian

- Mengemaskan

penyudah tepi

Hasil

- Penyudah tepi yang

telah siap

dikemaskan

Page 8: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

BAHAN DAN ALATAN

Alatan jahitan boleh dikategorikan mengikut kegunaan seperti alatan mengukur, mendraf,

menanda, menggunting, menekan, alatan menjahit dan alatan lain. Jadual di bawah

menunjukkan pemilihan alatan jahitan yang digunakan dalam mereka bentuk projek ini.

1.ALATAN MENGUKUR

Pita ukur dan pembaris ialah alatan mengukur yang digunakan dalam kerja menjahit.

Alatan Mengukur Penggunaan

Pita Ukur

Mengukur dengan tepat pada fabrik dan

bahan lain.

Pembaris lurus Mengukur dan menanda garisan lurus

pada kertas pola

Mengukur fabrik

Page 9: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

2. ALATAN MENDRAF

Pembaris sesiku dan pembaris melengkung adalah antara alat yang digunakan untuk mendraf.

Alatan Mendraf Penggunaan

Pembaris sesiku Membuat garisan tepat dan garisan

lurus pada pola atau fabric.

Bahagian melengkung digunakan

untuk membentuk garis leher dan

lubang lengan

Pembaris melengkung Membentuk garis melengkung seperti

garis leher, keruk lengan, rusuk blaus,

rusuk skirt dan kaki seluar semasa

mendraf pola.

Page 10: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

3. ALATAN MENANDA

Alatan menanda yang asas ialah roda surih yang digunakan bersama karbon tukang jahit.

Kapur tukang jahit boleh juga digunakan untuk memindahkan tanda pola pada fabric.

Alatan Menanda Penggunaan

Roda surih dan karbon tukang jahit Memindahkan tanda dan garisan pola

pada fabrik

Kapur tukang jahit Menandakan garis pemadan dan fabric

Memindahkan garisan tanda pola pada

fabrik

Page 11: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

4. ALATAN MENGGUNTING

Gunting dan sniper ialah menggunting yang diperlukan untuk menggunting fabric dan kertas

pola. Sniper digunakan untuk memotong bahagian penjuru fabrik.

Alatan Menggunting Penggunaan

Gunting fabric Menggunting fabric

Sniper Digunakan untuk menggunting benang

jahitan

Penetas Menetas mata jahitan dan

menanggalkan benang jahitan.

Page 12: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

5. ALATAN MENEKAN

Alatan menekan digunakan untuk menekan fabric yang cantik semasa proses menjahit. Proses

ini menghasilkan kerja yang cantik dan kemas. Alatan yang biasa digunakan ialah seterika dan

bod seterika.

Alatan Menekan Penggunaan

Seterika Menekan dan menggosok setiap

proses pada semua peringkat jahitan

supaya kemas dan rata.

Bod seterika Memudahkan proses menggosok dan

menekan jahitan.

Page 13: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

6. BAHAN UNTUK MEMBUAT PAKAIAN

Bahan Pemilihan

Fabrik Jenis fabric yang digunakan ialah

daripada fabric kapas

Anggaran yang digunakan ialah

sepanjang 2 meter iaitu anggaran bagi

wanita dewasa bersaiz sederhana.

Benang Bahan yang digunakan untuk

mencantum dan menyambungkan

Butang (4 lubang/ 2 lubang) Digunakan sebagai kancing untuk

menutup belahan pada baju.

Interlining

Sejenis kain keras yang berwarna putih

sama ada bergam atau tidak.

Digunakan untuk membentuk bahagian

pinggang, kolar atau mansit.

Page 14: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

7. ALATAN MENJAHIT

Mesin jahit dan jarum tangan ialah alat yang digunakan untuk menjahit. Jarum tangan

merupakan alatan asas untuk menjahit.

Alatan Menjahit Penggunaan

Mesin jahit

Menjahit dan mencantumkan fabric.

Menjahit jahitan sulaman

Menjahit lubang butang

Mengemas tepi fabrik

Mesin Jahit Tepi

Menjahit dan mengemas tepi fabrik

Jarum Tangan

Jenis tajam Untuk jahitan biasa seperti menjahit

jelujur dan menyembat kelepet.

Sesuai untuk semua jenis fabrik.

Jenis antara

Digunakan untuk kerja halus seperti

menjahit sembat.

Sesuai untuk fabric tebal.

Page 15: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

8. ALATAN LAIN

Alatan Penggunaan

Jarum peniti Digunakan untuk menetapkan pola

pada fabric semasa menggunting atau

menjahit.

Untuk menandakan kedudukan

Pencucuk benang Digunakan untuk membantu

memasukkan benang ke lubang jarum

atau mesin

Jidal Mengelakkan jari daripada tercucuk

ketika menjahit

Digunakan pada jari tengah tangan

kanan.

Page 16: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

UKURAN BADAN

Langkah-langkah mengambil ukuran badan adalah seperti berikut :

Ukuran badan diambil dengan bantuan seorang rakan untuk memastikan pitaukur tidak kendur di

bahagian yang sukar dilihat seperti labuh baju.

Gunakan pita ukur yang tegap dan jelas nombornya ntuk mendapatkan ukuran yang

tepat. Mulakan bahagian yang melintang diikuti dengan bahagian menegak.

Ambil ukuran di sebelah kanan, perlu berpakaian ringkas dan memakai pakaian asas yang sama

sendatnya.

Tandakan ukuran pnggang dengan mengikat pita atau tali dan ukuran hendaklah tidak

terlalu ketat atau terlalu longgar.

Rekodkan ukuran yang diambil

Page 17: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

MENGAMBIL UKURAN BADAN

BIL BAHAGIAN BADAN CARA MENGUKUR

1 Lebar bahu Ukur dari hujung tulang bahu kiri hingga ke hujung

tulang bahu kanan.

2 Dada Ukur dada dengan meletakkan pita ukur longgar

sedikit di kelilingnya dengan menyelitkan dua jari

pada pita itu supaya tidak diukur terlalu ketat.

3 Pinggang Jangan ditarik pita ukur ketat benar di keliling

pinggang tetapi biarkan secukup sendat supaya

pakaian selesa dipakai.

4 Punggung Ukur dengan meletakkan pita ukur longgar sedikit di

keliling punggung dengan menyelitkan dua jari pada

pita itu. (ukur kira-kira 20.3cm di bawah daripada

pinggang)

5 Bahagian hadapan badan Ukur dari tengah bahu ke pinggang melalui

bahagian dada yang terpenuh sekali.

6 Bahagian belakang badan Ukur daripada pangkal tengkuk menyusur tulang

belakang terus ke pinggang.

7 Bidang dada Ukur bidang belakang setengah antara bahu dan

ketiak.

8 Bidang belakang aras Ukur bidang belakang setengah antara bahu dan

ketiak.

9 Lengan i)Dari bahu hingga ke panjang yang dikehendaki.

ii)Ukur keliling pangkal lengan

Page 18: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

SENARAI UKURAN BADAN

BIL BAHAGIAN BADAN UKURAN (cm)

1 Leher 38 cm

2 Bahu 38 cm

3 Labuh baju 70 cm

4 Dada 88 cm

5 Pinggang 63 cm

6 Punggung 93 cm

7 Labuh tangan 48 cm

8 Keliling lengan 13 cm

9 Ketiak 43 cm

Page 19: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

MENDRAF DAN MENGUBAHSUAI POLA

Page 20: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

SUSUN ATUR POLA

Page 21: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

LANGKAH-LANGKAH MENJAHIT

1. Mendraf dan Mengubahsuai Pola Blaus.

Pola yang diperlukan adalah pola bahagian badan hadapan, pola bahagian badan belakang, pola lengan

padanan rata dan pola kolar lurus. Draf pola tersebut pada kertas pola dan semua pola perlu

ditambah basi kelim sebanyak 1.5cm.

2. Memilih Bahan Jahitan Dan Hiasan

Bahan jahitan yang digunakanuntuk membuat blaus ini adalah fabrik kapas corak bunga sebanyak 1.5

meter,benang jelujur, benang jahit dan 5 biji butang.

3. Menyediakan Fabrik

Kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik, Melipat dua fabrik ikut ira lurus, Menekan

fabrik dengan seterika untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata. Kemudian fabrik

dibentangkan di atas permukaan meja yang besar dan luas.

4. Menyusun Atur Pola Di Atas Fabrik

Patuhi arahan tanda pola yang ada pada pola. Tanda ira pada pola hendaklah selari dengan ira fabrik.

Manakala pola yang mempunyai tanda lipatan diletakkan pada lipatan fabrik.Susun dan atur

kepingan pola yang besar dahulu kemudian yang kecil. Sematkan pola pada fabrik dengan jarum peniti.

Page 22: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

5. Memindahkan Tanda Pola ke Fabrik

Dengan menggunakan roda surih dan kertas karbon kain, pindahkan tanda pola ke fabrik mengikut

garisan pemadan yang dilakar.

6.Menggunting Fabrik

Gunakan gunting fabrik yang tajam. Gunting kepingan yang besar dahulu,diikuti dengan kepingan

yang kecil. Letakkan tangan di atas pola apabilamenggunting fabrik. Gunting fabrik mengikut garisan

gunting. Gunting dengan gerakan sekata. Elakkan mengangkat fabrik ketika menggunting

fabrik.Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola.

Page 23: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

7. Jahit Kemas Tepi

Semua kepingan fabrik dijahit kemas tepi.

8. Menjahit Blaus

a) Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung

Temukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang.

Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu.

Tekan dan buka kelim.

Proses menjahit kelim belah kangkung

Page 24: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

b) Penyediaan dan mencantum kolar

I. Menyedia dan meratakan kolar dan kaf:

- Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan

- Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis pemadan

- Trim basi jahitan hingga 0.6cm

- Snip penjuru kolar dan kaf.

- Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan

seterika

- Jelujur pada tepi kolar dan kaf

- Jelujur tegak pada tengah kolar dan kaf.

II. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan:

- Letakkan kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di garisan

pemadan. Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di garis tengah

hadapan dan garis tengah belakang kolar serta kaf bertemu dengan

garis tengah belakang badan serta lengan

Page 25: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

- Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit mesin

- Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cm

III. Mengemas kolar dan kaf :

- Masukkan basi kelim ke dalam kolar dan kaf. Letak bahagian bawah

0.2cm di bawah jahitan mesin

- Semat serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di sebelah

luar

- Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan

- Tekan dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata

c) Menyedia dan mencantum lengan padanan rata

I. Menyediakan dan menjahit kelim lengan:

- Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan dengan

jarak 0.3cm

- Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar

- Tekan garisan dengan jahitan mesin

Page 26: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

II. Mencantum lengan:

- Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah luar

bertemu

- Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim rusuk

dengan kelim lengan

- Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan

- Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang akhir

di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk mengukuhkan

kelim

- Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan dengan

kelepet.

Page 27: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

d) Menjahit butang dan lubang butang

I. Menjahit butang:

Jahit dua lapis pada kedudukan butang

Masukkan jarum melalui satu lubang ke lubang yang lain

Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4 kali

Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas

Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat

Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik

Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang.

II. Menjahit lubang butang:

Jelujur halus atau jahit mesin pada garisan lubang butang

kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan snip di antara garisan

lubang

Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang butang

hingga ke hujung semula.

Page 28: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

9. Selepas Menjahit

I) Mencuci kemeja

Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih

Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar

fabrik tidak rosak.

Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering

II) Menggosok dan mengemaskan kemeja

Kemeja yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika kemeja

Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik kemeja

Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik

Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas

Page 29: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

PANDANGAN HADAPAN DAN BELAKANG PAKAIAN YANG SIAP

Page 30: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

PENGEKOSAN

KOS BAHAN UNTUK MEMBUAT BLAUS

BIL BAHAN HARGA SEUNIT (RM)

KUANTITI HARGA (RM)

1 Kain cotton 4.00 semeter 2 meter 8.00

3 Butang 0.40 sebiji 8 3.20

4 Benang 0.80 segelung 1 0.80

5 Kain gam 3.00 semeter ½ meter 1.50

JUMLAH 13.50

KOS PERALATAN MENJAHIT BLAUS

BIL PERALATAN HARGA SEUNIT (RM)

KUANTITI HARGA (RM)

1 Pembaris sesiku 2.90 1 2.90

2 Pembaris lurus 2.90 1 2.90

3 Gunting fabrik 9.00 1 9.00

4 Jarum peniti 0.80 1 0.80

5 Kapur jahitan 0.60 1 0.60

6 Pensel jahitan 2.50 1 2.50

7 Penetas benang 1.00 1 1.00

8 Pedeti/set gelendung/ sekoci 5.00 1 5.00

9 Jarum mesin 1.20 1 1.20

JUMLAH 25.90

REFLEKSI

Page 31: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

Ketika menerima tugasan ini, saya berasa ia adalah satu tugasan yangmencabar kerana saya

kurang mahir menjahit blaus. Saya hanya mempunyai sedikit kemahiran menjahit asas tangan

dan mesin sahaja. Walaubagaimana pun,untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang

jahit menjahit ini , saya banyakmendapat tunjukajar dan membuat perbincangan bersama

pensyarah, dan rakan dari kelas BMM2. Selain itu saya juga merujuk sumber daripada internet dan

bahan-bahan bacaan yang berkaitan untuk melakukan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Penerangan ringkas daripada pensyarah pada interaksi 1 dan 3 juga saya aplikasikan dalam

tugasan ini. Jika terdapat masalah ketika menjalankan tugasan ini, saya juga tidak malu

untuk bertanya rakan-rakan guru Kemahiran Hidup yang lain di sekolah. Saya menjahit

jenis-jenis jahitan dahulu sebelum menjahit blaus.

Banyak kelemahan yang saya dapat perbaiki ketika menyiapkan tugasan sebenar menjahit

blaus ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai kemahiran menjahit

dan maklumat yang sangat berguna. Daripada pengalaman menjahit blaus dan pelbagai maklumat

yang telah saya kumpulkan dalam portfolio, akhirnya saya berjaya melaksanakan tugasan ini dalam

masa yang ditetapkan. Pengetahuan ilmu berkaitan Reka Bentuk Pakaian yang saya peroleh

pada semester ini, akan saya gunakan apabila ditugaskan untuk mengajar murid-murid

dalam bidang jahitan di sekolah.

Akhir kata,pengetahuan dan kaedah baru dan lama yang digabungjalinkan ini akan saya

aplikasikan sepanjang perkhidmatan saya dalam dunia pendidikan yang semakin

mencabar.

 

 

BIBLIOGRAFI

Page 32: REKOD KERJA JAHITAN BLAUS.docx

Sarimah binti Abd Razak, Zahrah binti Isa. Ekonomi Rumahtangga Tingkatan 5.KBSM. Blue T

Communication Sdn Bhd.Selangor.

Mohamed Jalal Ahmad.Asas Merangka Pola Pakaian. (1987). Dewan BahasaDan Pustaka, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Roba’ayah Hj Abd Wahab, Susan Manikam.(1978).Panduan Sains Rumahtangga.Modul Reka Bentuk Dan

Teknologi. PPG,Bahagian Pendidikan Guru.

Edisi Percubaan Modul Pembelajaran Rekaan Dan Jahitan Pakaian. PusatPerkembangan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asra Shamsudin, Betty Lim, Foziah Buang (1999).Ekonomi Rumahtangga Fokus JinggaSPM.

Pelangi. Kuala Lumpur. 

Azmawati binti abdul Aziz, Zaitun Zakian binti Mohd Noor dan Lamah binti Abdul Ghani(2002).

Pengurusan Pakaian Tingkatan 4, Bahan Sumber Pengajaran: Edu SysremSdn Bhd.

Kuala Lumpur 

Noor Habibah Hassan bt Othman, Faudziah binti Md Din dan Zahrah binti Esa(2002).Pengajian

Pakaian Tingkatan 5. Edu System Sdn Bhd . Kuala Lumpur.

Mariam Abu Bakar (2004) Panduan Membuat Pakaian, Panduan Lengkap Langkah Demi

Langkah Teknik menjahit. Kuala Lumpur.

Zaitun Zakiah binti Noor, Norzaini binti Abdul Ghani dan Nawawi bin Mohd Jan (2006).KBSM

Membuat Pakaian Tingkatan 4 dan 5. Dewan Bahasa dan Pustaka