rekabentuk kipas penyejuk segar azrul hiza bin muhamad azraai tj960.a97 2007

Upload: muhammad-asraf-nor-asyrafjpk

Post on 08-Jul-2015

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    1/26

    REKABENTUK KIP AS PENYEJUK SEGAR

    AZRUL HIZA BIN MUHAMAD AZRAAI

    Laporan ini diserahkan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhisebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan

    Mekanikal (Rekabentuk dan Inovasi)

    Fakulti Kejuruteraan MekanikalUniversiti Teknikal Malaysia Melaka

    April 2007

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    2/26

    ABSTRAK

    Kita sedia maklum, pada cuaca yang panas terik di siang hari pastimembuatkan badan kita berasa lemah dan terlalu rimas dengan cuaca yangsedemikian rupa. Untuk mereka yang berkemampuan, pemasangan unit penyamanudara dapat membantu mengatasi masalah ini kerana udara dan angin panas yangmenyelubungi ruang legar rumah dapat disejukkan oleh unit ini dan udara yangdirasai adalah jauh lebih selesa dari rasa bahang panas yang terhasil. Tetapi bagimereka yang tidak memiliki penyaman udara, cara yang dapat dilakukan adalahdengan menggunakan kipas angin tidak kira kipas siling, kipas mudah alih dansebagainya. Akan tetapi kekurangan kipas angin ialah ia tidak dapat menyejukkankawasan sekitar dan juga tubuh badan pengguna. Jika dihari panas, angin yangdihembus dari kipas itu merupakan angin haba dari kawasan sekitar, inimenyebabkan udara yang dirasai oleh pengguna adalah lebih panas dan inimenimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada pengguna. Oleh itu tujuanpenyelidikan ini adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapai oleh penggunaKipas Angin sedia ada ini dengan mengenalpasti punca masalah, mengenalpasti caraterbaik memperbaiki sistem yang sedia ada, mendapatkan maklumat dan data untukkajian, merekabentuk sistem yang telah diperbaiki seterusnya menghasilkan produkbaru yang berkesan dan mengurangkan masalah yang berlaku pada produk yangsedia ada. Penyelidikan ini dilakukan berpandukan analisa terhadap persekitaran danresponnya terhadap sistem penyejuk segar, tinjauan terhadap sistem dan produk sediaada untuk di-perbaiki, hipotesis yang dipakai untuk memilih bahan yang sesuai dansasaran jenis pengguna untuk mereka bentuk sistem dan produk yang sesuai dengankegunaannya.

    v

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    3/26

    BABI

    PENGENALAN

    1.0 Latar Belakang

    Pemanasan global telah menyumbang kepada pemanasan bumi dan kesannyaadalah cuaca panas terik disiang hari mahupun pada waktu malam kerana pada sianghari, sinaran matahari itu diserap oleh tanah, kemudian kediaman yang diperbuatdaripada batu akan terasa berbahang pada waktu malam kerana batu bangunan ituakan menyimpan haba pada siangnya yang terbebas pada waktu malam (Lim.J.T,2007). Rekod suhu tertinggi yang pemah dicatatkan di negara ini ialah 37 Cpada April 1979, dan 36.8C pada Mac 1983 dan Mei 1979. Di Chuping, Pedispemah mencatatkan suhu 38.4C pada Februari 1982 dan April 1983, lebih tinggidaripada suhu di Kuala Lumpur iaitu 37C pada 11 Februari 1998. Keadaan panasyang dialami sekarang adalah biasa kerana dalam tahun-tahun di mana tidak adapengaruh El-Nino, tempoh antara bulan Januari hingga April sememangnyamerupakan musim panas di seluruh negara. Berdasarkan rekod purata hujan tahunan,hampir semua kawasan di Semenanjung menerima jumlah hujan yang rendah dalamtempoh ini yang merupakan tempoh akhir monsun timur laut.

    Kadang kala kita akan terasa udara angin panas disekitar merimaskan diri danbadan, bagi mereka yang memiliki penghawa dingin didalam rumah, masalah inimungkin tidak akan berlaku, akan tetapi bagi mereka yang mempunyai unit

    1

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    4/26

    penghawa dingin.mereka terpaksa membayar kos elektrik yang tinggi kerana salahsatu kelemahan alat penghawa dingin adalah ia menggunakan tenaga elektrik yangbanyak. Jadi pilihan lain yang lebih ekonomi selain dari unit penghawa dingin adalahkipas angin. Cara operasi kipas angin tidaklah serumit sebuah sistem penghawadingin, tetapi ia tetap dapat memberikan tiupan udara yang agak kuat kepadapenggunanya. Masalah yang berlaku untuk pengguna kipas angin adalah ketika cuacapanas atau hari panas kerana ketika ini, udara disekitar berasa begitu panas sekali danmenyebabkan badan kita berasa tidak selesa. Kadang-kala dengan menggunakankipas angin, masalah ini dapat membantu dengan membuka kipas selaju yangmungkin dan udara yang dihembus oleh kipas angin dapat memberikan sedikitkesejukan diwaktu panas itu, akan tetapi ada kalanya juga dengan membuka kipasangin, udara yang dihembus oleh kipas tersebut lebih panas dari keadaan sekitarkerana kipas tersebut menolak udara bahang tersebut kearah kita. Dengan ini,menutup kipas angin adalah langkah terbaik, tetapi bagaimana pula dengankehangatan yang kita rasai ditambah dengan peluh dan rasa tidak selesa ini.? Keranaini lah penyelidikan ingin dibuat dalarn projek sarjana muda dengan tajuk KipasPenyejuk Segar supaya dapat menghasilkan satu produk dimana dapat menepatikehendak pengguna.

    1.1 Kitaran Haba

    Pada waktu siang ketika panas terik, haba dari kepanasan matahari akandiserap masuk kedalarn rumah melalui diding, bumbung, pintu dan tingkap rumah.Jika pintu dan tingkap rumah tersebut tidak dibuka, keaadaannya adalah sarna sepertididalam sebuah ketuhar mikro dimana semua haba yang diserap masuk terkumpuldidalarn rumah dan menyebabkan ruang didalarn rumah menjadi panas. Udarabahang yang terkumpul ini akan berkitar didalarn rumah dan akan menyebarkan habakeseluruh ruangan rumah. Pada ketika ini, udara yang sejuk juga akan bertukarmenjadi panas hasil dari kitaran haba yang terkumpul didalarn rumah seperti yangditunjukkan dalam Rajah 1.0 dan ini menyebabkan rumah terns berada dalarnkepanasan biarpun kipas dipasang.

    2

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    5/26

    J

    'I !4, ~

    Jika tingkap dan pintu rwnah dibuka, ini akan membenarkan aliran udara dariluar masuk kedalarn rwnah dan pada masa yang sama, udara panas yang diserap olehkomponen rumah tersebut dapat dibawa keluar juga hasil dari aliran udara yangmemasuki rumah. Ini dapat mengurangkan kesan kepanasan didalarn rumah biarpunmasih ada sedikit bahangnya yang terasa. Untuk mendapatkan kesan sejuk dan aliranhaba berlalu dengan cepat didalarn rwnah supaya memperolehi udara yang segar danselesa, pemasangan kipas angin dan kipas ekzos disiling rwnah dapat membantudengan lebih berkesan lagi kerana kipas angin dapat membantu menolak udaradidalarn rumah supaya bergerak dengan lebih laju lagi dan kipas ekzos pulaberfungsi menyedut udara panas tadi keatas bahagian rumah seperti loteng ataubumbung untuk melepaskan udara yag terkumpul didalarn rumah. Hasilnya, tiadaudara panas terkumpul didalarn rumah kerana kesemua udara dapat dialirkan dengansempurna keluar rumah dan udara segar dapat memalui dalarn kawasan rumah sepertiyang ditunjukkan dalarn Rajah 1.1.

    .""" "

    Rajah 1.0: Kitaran udara ketika rumah tertutup

    3

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    6/26

    . - - . . - ,'-.. Y" "-V .,

    Rajah 1.1: Kitaran udara ketika pintu dan tingkap dibuka dan dipasangkipas ekzos

    ._ ....' j

    1.2 Kegunaan Kipas Angin

    Masalah untuk menyejukkan udara yang panas telah lama difikirkan oleh ahlisaintis dan telah banyak produk dihasilkan sehingga kehari ini untuk menghasilkanmasalah tersebut. Antaranya kipas angin, Unit penyaman udara, kipas penyamanudara dan bermacam lagi. Syarikat seperti Panasonic, Sharp dan Hitachi telah banyakmengeluarkan model-model kipas dan penyaman udara seperti yang dikehendaki.Mereka membuat model-model ini berdasarkan kepada keperluan pengguna samaada untuk kegunaan rumah mahupun industri. Hasil yang diperolehi daripenyelidikan amat memberangsangkan, tetapi itu hanyalah untuk sistem penghawadingin. Hingga kini bermacam-macam jenis penghawa dingin kita dapat lihat keranafaktor keberkesananya menukarkan haba panas manjadi dingin. Oleh itu, setiapsyarikat pembuat penyaman udara berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yangbarn untuk sistem penghawa dingin. Akan tetapi, tujuan utama untuk projek inibukanlah untuk memperbanyakkan lagi kajian dan penghasilan sistem penghawadingin ini, tetapi tujuan projek ini adalah untuk menylidik, mengkaji danmenghasilkan kipas angin yang dapat memberikan udara yang segar, nyaman dan

    4

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    7/26

    selesa kepada pengguna atau pelanggan walaupun ianya tidak dapat menandingipenyaman udara. Tiada masalah saingan disini kerana kipas angin juga ada sasaranpenggunanya tersendiri.

    1.3 ObjektifKajian

    a. Merekabentuk sebuah Kipas Penyejuk Segar yang dapat mengeluarkan anginyang nyaman, sejuk dan selesa berbanding kipas biasa ketika dihari panas.

    b. Menggunakan udara segar dalam sistem penyejukan.

    1.4 Penyata Masalah

    Terdapat pelbagai produk kipas angin yang digunakan sekarang ini untukmenyejukkan pengguna disamping dapat menyejukkan keadaan sekeliling ketikacuaca panas. Diantaranya adalah seperti kipas keseluruhan rumah, penghawa dinginmudah alih, kipas angin berkabut dan kipas penghawa dingin gel. Namun begitu,terdapat masalah disetiap produk ini dimana ia tidak menepati keperluan dan citarasapengguna. Seperti kipas keseluruhan rumah, Walaupun ia kelihatan sangat berkesan,namun penggunaannya adalah terhad kepada rumah tertentu yang mempunyai lotengdan siling yang tinggi seperti rumah teres dan banglo. Ia tidak sesuai untuk kegunaanrumah flat, pangsapuri, kondominium dan rumah yang mempunya siling yangrendah. Masalah lain yang dikesan pula ialah, sistem ini akan lebih berkesan denganadanya kipas sampingan untuk memberikan udara terus kepada pengguna dalamrumah seperti kipas angin dan juga penghawa dingin selain udara segar dari luar.Harga untuk seunit sistem ini juga agak mahal walaupun murah berbandingpenghawa dingin. Untuk penghawa dingin mudah alih pula, memerlukan penggunaanelektrik yang tinggi dan agak berat untuk digerakkan walaupun ia adalah sejenis alatmudah alih yang boleh digerak dan dialihkan mengikut kegunaan. Fungsi tidak dapatdirasai jika ruang rumah besar, justeru merugikan pembeli kerana harga unit ini agakmahal tetapi dapat menggunakannya untuk kawasan yang terhad. Terdapat masalah

    5

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    8/26

    menyalurkan paip aliran untuk membuang air yang teruap jika alat berada di ruangtengah rumah atau diletakkan di tepi kawasan dinding yang jauh dari pintu atautingkap. Kipas angin berkabut pula jika dilihat amat berkesan untuk mengatasimasalah yang dihadapi oleh kipas angin ketika cuaca panas terik kerana kospenggunaannya adalah rendah dan tidak memerlukan penyambungan dan sistemyang kompleks. Akan tetapi, penggunaannya adalah terlalu terhad kerana fungsikabus air tersebut hanya dapat berfungsi dikawasan terbuka seperti di luar rumah,ditaman-taman dan kawasan awam dan tidak boleh digunakan didalam rumah keranaakan merosakkan alat dan perkakas rumah seperti alat elektrik dan perabut kayukerana kipas ini akan menghasilkan henbusan kabus dari air. Kipas ini juga perludisambung dengan paip air supaya dapat menggunakan fungsi kabut tersebut, olehitu kipas ini tidak sesuai dan tidak boleh digunakan didalam ruang rumah.

    1.5 Analisa Masalah

    Setelah menganalisa dan meneliti beberapa produk yang terdapat dipasaransekarang, setiap produk mempunyai sasaran penggunanya tersendiri dan jugaterdapat beberapa masalah atau faktor yang menyumbang kepada ketidak-sesuaianpenggunaan produk itu sendiri kepada pengguna. Antara faktor tersebut adalah:a) Untuk kegunaan luar rumah sahaja.b) Untuk kegunaan didalam rumah dan hanya sesuai diguna didalam rumah atau

    kawasan tertutup sahaja.c) Harga produk terlalu mahal dah tidak berbaloi dengan keseluruhan fungsi dan

    kegunaannya.d) Kos penyelenggaraan dan operasi yang tinggi.e) Kurang efektifketika cuaca panas.

    6

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    9/26

    1.6 Skop Kerja

    a) Membuat analisa keperluan pengguna untuk input menghasilkan Kipas PenyejukSegar yang dikehendaki.

    b) Mengkaji produk sedia ada untuk di ubah suai atau dinaik taraf.c) Rekacipta reka bentuk yang bam, sesuai dan menepati dengan keperluan yang

    dikehendaki.d) Membuat model produk yang direka untuk mendapatkan keputusan dan melihat

    keberkesanannya.

    1.7 Persoalan Kajian

    Secara keseluruhannya, kajian lID Juga bermatlamat untuk menjawab beberapapersoalan seperti dibawah:a) Bolehkah kipas angin memberikan udara yang sejuk ketika cuaca panas?b) Adakah dengan memperbaiki sistem sedia ada akan meningkatkan kos kipas itu

    sendiri danjuga kos pengoperasiannya?c) Adakah kipas angin hasil dari kajian ini dapat dimanfaatkan untuk semua jenispengguna?

    d) Dapatkah Kipas Penyejuk Segar ini bersaing dengan produk penyejukan yanglain?

    1.8 Signifikasi Kajian

    Kajian untuk menghasilkan Kipas Penyejuk Segar ini adalah untuk memenuhikehendak pasaran pengguna sekarang dimana mereka inginkan sebuah produk yangdapat memberikan udara yang selesa ketika cuaca panas disamping kegunaannyayang seperti biasa. Produk yang dihasilkan ini akan bersaing dengan produk pasaranyang lain dan sudah tentunya produk hasil dari kajian ini mempunyai tarikan

    7

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    10/26

    tcrsendiri dan keistimewaan tersendiri yang dapat menarik perhatian pembeli untukmemilih produk yang menepati citrasa mereka.

    Di samping itu, dengan terhasilnya produk baru ini, diharap akan menjadiperistis kepada penghasilannya yang mungkin memiliki fungsi yang lebih menarikdan pelbagai. Diharap juga produk Kipas Penyejuk Segar ini akan menjadi ikutanmasakini dimana setiap rumah pasti memilikinya ataupun tidak sebagai penggantikipas angin sedia ada pada masa kini.

    8

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    11/26

    BAB2

    KAJIAN LITERA TUR

    2.0 Pengenalan Kajian Literatur

    Ketika keadaan cuaca panas diwaktu tinggi hari dan matahari panas terik, kitapasti terasa udara segar yang panas membuatkan badan kita berpeluh dan tidakselesa. Malah jika dipasang kipas angin, udara bahang yang di tiup oleh kipastersebut membuatkan kita berasa angin yang lebih panas dari keadaan sekitar biarpuntahap kelajuan kipas ditahap maksimum. Ini menyebabkan kita berasa lebih panasdan udara yang dihembus oleh kipas angin membuatkan kita lebih tidak selesa.

    Sejak faktor cuaca diluar rumah memainkan peranan dan mempengaruhikesejukan yang boleh diberikan oleh kipas angin untuk menyejukkan udara didalamsesebuah rumah, ramai pengguna yang memilih untuk memasang Unit penghawadingin sebagai salah satu langkah mudah, cepat dan selesa untuk menukar bahangpanas itu kepada udara sejuk dan nyaman. Akan tetapi, tidak semua pengguna yangmampu memasang penghawa dingin dirumah mereka kerana faktor-faktor seperti kosunit itu sendiri, kos penyelenggaraan, masalah bil elektrik yang tinggi kerana sistempenghawa dingin ini memerlukan penggunaan elektrik yang tinggi bergantungkepada kapasiti penyejukannya dan keadaan rumah yang tidak sesuai keranapenghawa dingin hanya sesuai digunakan untuk rumah yang tertutup kerana jikaterdapat bahagian yang terbuka dan terdedah kepada udara luar masuk kedalamrumah, unit ini tidak dapat menyejukkan udara di dalam rumah seperti yang

    9

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    12/26

    dikehendaki. Namun begitu, tujuan utama kajian ini bukanlah untuk mencipta sebuahsistem yang kompleks seperti sebuah sistem penghawa dingin ini, akan tetapi untukmenyelidik dan mencari satu sistem yang mudah dan ringkas yang menggunakankonsep kipas angin dan hanya menggunakan unsur semula jadi angin sebagai kajianutama untuk melaksanakan projek ini. Secara hipotesisnya, kesan penyejukanhembusan udara yang akan diperolehi oleh Kipas Penyejuk Segar ini tidaklah sehebatsebuah penghawa dingin yang boleh menyejukkan udara sekitar mengikut suhu yangkita kehendaki, akan tetapi cukup untuk memberikan hasil yang menyelesakanpengguna supaya pengguna tidak merasa bahang panas hasil dari waktu yang terikatau udara panas itu sendiri kerana fungi kipas angin ini akan memberikan udarayang sejuk kepada sekitar supaya udara yang dihasilkan tidak terlalu panas (udarapanas tersebut tidak ditukar sepenuhnya menjadi sejuk).

    Andaian yang dibuat mendapati kebanyakan sistem penyejukan yangmembantu menghasilkan udara yang sejuk dari kipas angin disejukkan oleh unsur airdan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, ais digunakan untuk menggantikanair. Tetapi masalah yang dihadapi jika air yang digunakan tidaklah sesejuk yangdiperlukan oleh kipas tersebut, udara yang dihasilkan tidak mempunyai perubahandan angin yang dirasai oleh pengguna adalah sarna dengan udara sekitarnya. Sistemini boleh didapati dengan meluas dipasaran sekarang. Sistem lain yang terdapatdipasaran pula ialah sejenis kipas angin yang dapat mengeluarkan kabus air supayaudara panas sekitar dapat disejukkan oleh kabus-kabus air yang dihembus olehsejenis alat yang diletakkan di kipas tersebut. Narnun begitu, sistem ini hanya sesuaidigunakan dikawasan terbuka seperti restoran, kilang-kilang dan kawasan beriadah.Kipas angin jenis ini tidak sesuai diletakkan atau dipasang didalarn rumah justerumenterhadkan penggunaan kipas angin jenis ini.

    Terdapat dua cara udara dapat disejukkan iaitu dengan cara sistem pendingindan sistem udara segar. Bagi sistem pendingin, udara dapat disejukkan dengan cepatmengikut suhu yang dikehendaki dengan bantuan 3 komponen utarna iaitupemarnpat, kondensor iaitu alat pengubah gas menjadi zat cair dan pengewap. Bagisistem pendingin ini, semua pintu dan tingkap hams ditutup untuk mendapatkankualiti udara sejuk yang diinginkan. Untuk cara kedua pula iaitu denganmenggunakan udara segar, udara yang disejukkan menggunkan udara segar yang

    10

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    13/26

    datang dari luar rumah, kemudian ditapis dan disejukkan oleh air. Hasil dari kitaranyang dinyatakan memberikan udara segar yang nyaman dan tidak kering dimana iabaik untuk kulit, mata dan hidung. Walaubagaimanapun, sistem kipas angin yangpaling berkesan adalah apabila udara yang dihembus dari kipas tersebut dapatmengalirkan udara yang nyaman dan selesa tanpa menyejukkan keseluruhan udaradidalam rumah atau kipas angin tersebut dapat menghasilkan angin yang bergeraklaju yang dapat menyejukkan kita melalui proses pengewapan yang berkesan.

    2.1 Kipas Keseluruhan Rumah

    Kipas keseluruhan rumah (Whole House Fan~ dengan model QS-1500 inidibuat oleh Trendy Home - West Connection Enterprises, Inc yang beralamat di24307 Magic Mountain Parkway #182, Valencia CA 91355. Ia dipasang pada lotengrumah sebagai altematif lain yang murah untuk menyejukkan rumah darimenggunakan unit penghawa dingin seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.0.

    Ud.ara yang tidak diperlukan.__ ~--J di1reluarkan m .eJal ll i sa luran

    l ' fiJl tti la . i sem . ad a

    Udara segar yang s ejuk m a sukpneJalui t ingkap dan Jreluar m .eJal ll il'fintilasi

    Rajah 2.0: Kipas keseluruhan rumah

    11

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    14/26

    a) Sistem kipas ventilasi loteng membuatkan rumah berasa sejuk dengan udarasegar sebagai saingan untuk mengatasi kos penghawa dingin.

    b) Kipas keseluruhan rumah yang sangat senyap ini tidak akan menggangu tiduranda.

    c) Sistem ini mudah untuk dikawal dari mana-mana bilik yang terdapat didalamrumah.

    Sesetengah orang cuba mengelak dari memasang penghawa dingin dirumah semata-mata kerana tidak ingin membayar bill elektrik yang tinggi. Sebagai langkah mudahdan berkesan, pemasangan Kipas keseluruhan rumah dapat membantu kerana iadireka untuk menyejuk dan menukarkan seluruh udara didalam rumah denganmembawa udara segar dari luar seperti yang ditunjuk dalam Rajah 2.1. Sistem inidapat menjimatkan elektrik dengan mengalirkan udara pada 1500 kaki persegi perminit (cfm), menukarkan kepanasan dan udara lengas dari dalam rumah untukkesejukan udara yang diperoleh dari luar.

    - - "

    Rajah 2.1: Kitaran udara dalam rumah bagi sistem kipas keseluruhan rumah

    _;

    Pemasangan dan fungsi kerja bagi sistem ini ialah, kipas yang berdiameter16" dipasang dengan mudah diruang loteng seperti Rajah 2.2. Bahagian yang dapatdilihat dari ruang bilik hanyalah grill penyebar udara yang bersaiz 14" di silingseperti Rajah 2.3. Unit yang telah dipasang-siap didatangkan dengan pintu peredam

    12

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    15/26

    yang mempunyai empat dedaun untuk menutup lubang kipas ketika ia dimatikanfungsinya untuk menghalang udara yang tidak dikehendaki dari luar masuk ataukeluar dari rumah. Satu suis keselamatan yang dapat mengesan kepanasan berlebihanpada unit ditambah untuk mengelak unit dari menjadi terlalu panas. Unit ini adalahbebas selenggara kerana tiada penapis atau tali sawat perlu ditukar dan kipasnyaboleh diguna berpanjangan.

    Rajah 2.2: Kedudukan kip as di loteog Rajah 2.3: Kedudukao jerejak di siliog

    Kelebihan sistem ini adalah hos saluran yang dibalut seperti dari jenis saluranpenghawa dingin membantu menghapuskan bunyi bising yang dihasilkan oleh kipas.Kipas keseluruhan rumah ini sangat senyap sehinggakan boleh dipasang didalambilik tidur dan juga boleh digunakan ketika sedang tidur tanpa sebarang ganguanbunyi bising. Sistem ini beroperasi dengan memberikan penjimatan tenaga justerudapat menjimatkan penggunaan bil elektrik yang berlebihan. lni dapat dibuktikandengan spesifikasi yang dinyatakan didalam JaduaI2.0.

    JaduaI2.O: Spesifikasi peogoperasian elektrik bagi model QC-lS00Voltan Motor 120 V.AC 60 HzAliran Motor 1.3 AmpKuasa Kuda Motor 1 1 7 thPenggunaan Kuasa 150 wattKelajuan Motor 1060 PPM

    13

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    16/26

    Kipas keseluruhan rumah ini boleh digunakan pada setiap masa dalarnsetahun, menukar udara panas atau sejuk untuk suhu yang lebih dari udara diluar.Sistem ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan wap dan udara berasap yangtidak dikehendaki dari dalarn ruang rumah.

    2.2 Penghawa Dingin Mudah Alih

    Penghawa dingin mudah alih yang diperbuat oleh Home Improvement inibukanlah sarna seperti sistem penyejuk tidak efektif yang biasa kita lihat. Ia dapatmemberikan udara dingin dengan sendirinya tanpa melepas dan mengarnbil udaradari luar dan tidak perlukan sebarang unsure air. Akan tetapi, ia juga tidakmemerlukan pemasangan kekal atau separa kekal seperti unit tingkap atau unitpenghawa dingin yang biasa. Jadi, pengguna dapat meletak dan menggerakkan iadimana dan bila-bila masa pengguna memerlukannya seperti dalarn Rajah 2.4.

    Rajah 2.4: Penghawa Dingin Mudah Alih

    Fungsi dan keistimewaan penghawa dingin mudah alih ini ialah dapatmenghapuskan kehangatan ruang rumah secara berterusan, melepaskan udara lengasterus melalui mana-mana pintu atau tingkap. 10 ODD-btumendinginkan udara danmenghilangkan udara lembap sehingga 38-pints kelembapan sehari dari keluasanbilik 17'x 20'. Kelembapan yang diwapkan menjadi air dikeluarkan terus melaluihost sepanjang 6' supaya alat ini tidak memerlukan tangki takungan air. Suhu bolehditentukan mengikut kehendak pengguna dengan adanya suis termostat suhu-digital

    14

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    17/26

    dan boleh memilih sehingga dua kelajuan kipas. Sistem ini didatangkan denganseunit alat kawalan jauh, penapis udara kekal yang boleh dibasuh tennasuk kit salurbuangan. Berat keseluruhan adalah 30kg dan badan diperbuat dari plastik ABSbennutu dan wayar elektrik beserta soket 8' panjang dengan 11.0 tahap ketangkasantenaga.

    2.3 Kipas Angin Berkabut

    Rajah 2.5: Kipas Angin Berkabut yang dapat mengeluarkan kabus air

    Ketika pengguna sedang beristirehat dibawah sinar matahari yang panas,ketika sedang membaiki kereta atau mencuci kereta, berkebun dan sebagainya, kipasangin berkabut ini dapat menukar hari panas yang membara kepada udara yang segardan sejuk. Ia adalah dari model WindChill Misting Fan yang diperbuat oleh HomeImprovement. Hanya sambungkan paip getah 6' taman anda kepada pili air, buka piliair tersebut, dan kemudian 4 alat pemercik kabus pada kipas akan menghasilkankabut mikro yang sejuk dimana dapat menukarkan suhu udara dikawasan tersebutserta-merta sehingga ke suhu 296 Kelvin. Oleh kerana kabus cepat mengewap, iamemindahkan kepanasan dari udara dan dengan serta-merta udara yang dirasai sejuk.Ia juga boleh digunakan seperti kipas biasa tanpa mengeluarkan kabut air ketikacuaca tidak panas. Kipas ini boleh berputar 90 meliputi kawasan seluas 950 kakipersegi. Kipas yang mempunyai 3 kelajuan ini boleh menghasilkan sehingga 40 000-

    15

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    18/26

    btus kuasa penyejuk. Diameter kipas ini adalah 16" dan ketinggiannya boleh dilarasdari 45" hingga 56" tinggi.

    2.4 Kipas Penghawa DinginGel

    Rajah 2.6: Kipas Penghawa Dingio

    lni adalah sejenis produk dari Walter Drake, 1998-2006 yang dipanggilkipas penghawa dingin gel. la adalah sejenis gel yang dimasukkan kedalam sejenisbag untuk dilekatkan bersama kipas angin biasa dirumah. Kipas penghawa dingin gelmemberikan tiupan udara yang sejuk, segar dan selesan didalam rumah tanpamelabur lebih. Sejukkan bungkusan gel yang berdiameter 9" dan lebarkan sarung gelterse but disekitar penutup bilah kipas. Setelah kipas digerakkan, tiupan angin yangterhasil akan berasa sejuk kerana angin dari putaran kipas menolak udara sejuk darisarung gel tersebut dan apabila mengenai pengguna, akan berasa udara yang sejukdan dingin. Sarung ini juga bertindak sebagai penapis habuk dari kipas dan bakteriayang beterbangan.

    16

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    19/26

    2.5 Penyataan Masalah

    Pemerhatian yang dilakukan mendapati, setiap produk kipas angin inimempunyai fungsi yang tersendiri bersesuaian dengan kegunaannya sendiri. Cumaterpulang kepada pembeli untuk menilai dan memilih kipas angin seperti mana yangmereka inginkan bersesuaian dan menepati dengan kegunaan yang diperlukan.Walaubagaimanapun, hasil dari pemerhatian yang dibuat, pengguna inginkan sebuahkipas angin yang dapat memberikan tiupan angin yang menyelesakan mereka ketikacuaca panas kerana diwaktu yang berkenaan, bahang panas yang terhasilmembuatkan angin dari kipas tersebut berasa lebih panas dari tidak menggunakankipas tersebut. Pengguna juga inginkan kipas tersebut boleh digunakan diluarmahupun didalam rumah dan dengan menggunakan sumber tenaga yang jimat. Darihipotesis yang dapat dibuat, produk Kipas Penyejuk Segar ini haruslah mempunyaisaiz yang minimum supaya mudah dibawa dan digerakkan, penggunaan tenaga yangeffisen dan yang lebih penting fungsinya yang dapat memberikan tiupan udara yangmenyelesakan dan tidak panas ketika udara sekitar panas.

    17

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    20/26

    BAB3

    METODOLOGI

    3.0 Pengenalan

    Untuk menghasilkan sebuah produk yang bam memerlukan tahap rangkaianpembangunan produk yang teratur. Kerana itulah metodologi pembangunan produkperlu dibangunkan sebelum sesuatu produk itu dihasilkan dimana dengan cara initelah terbukti berkesan dapat memberi kualiti produk kepada pasaran dalamjangkamasa yang teratur. Metodologi pembangunan produk dapat memberi kitaranhidup sepenuhnya kepada produk dari mula konsep ia diluluskan sehinggalah kepadapenghasilan pertama produk dan seterusnya. Walaubagaimanapun, metodologipmbangunan produk ini tidak perlu sentiasa terlibat dalam setiap proses, akan tetapidengan menggunakan pendekatan struktur dapat meningkatkan kemungkinan sesuatuproduk itu akan berhasil.

    18

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    21/26

    3.1 Metodologi Pembangunan Produk

    Rajah 3.0 menunjukkan ringkasan metodologi produk untuk menghasilkansebuah kipas angin penyejuk dari mula proses ia berjalan sehinggalah kepadaperancangan pemasaran untuk produk ini:

    Penerangan Produk

    Penyediaan info & andaian

    Spesifikasi Rekabentuk Produk

    Konsep Rekabentuk

    Rekabentuk Terperinci

    Pengolahan Produk

    Huraian Model Produk

    Analisa, Eksperimen & Penyempumaan

    Pengeluaran Produk

    Rajah 3.0 :Metodologi keseluruhan proses rekabentuk Kipas Penyejuk Segar

    19

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    22/26

    3.2 Penerangan Produk

    Penerangan produk kebiasaannya adalah suatu pemyataan untuk sesuatukeinginan atau maksud. Penerangan produk untuk kajian ini adalah "Saya akanmerekabentuk sebuah Kipas Penyejuk Segar". Walaupun ia menyatakan maksudnya,tetapi ia masih tidak cukup untuk memulakan proses rekabentuk. Oleh itu, sebelumkerja-kerja atau proses merekabentuk dijalankan, perlu diketahui apa yang ingindicipta supaya tidak lari dari apa yang perlu dilakukan. Kipas Penyejuk Segar yangbakal dihasilkan ini mampu memberikan udara yang nyaman dan selesa kepadapengguna walaupun dihari panas dan medium yang digunakan oleh Kipas PenyejukSegar untuk menyejukkan udara adalah dari unsur semula jadi.

    3.3 Penyediaan Infomasi dan Andaian

    Kipas Penyejuk Segar ini direka adalah untuk melengkapkan hasrat pihakUniversiti untuk Projek Sarjana Muda bagi setiap pelajar yang mengambil IjazahKejuruteraan. Walaubagaimanapun, matlamat utama tajuk ini dipilih adalah untukmenyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna kipas angin biasa dimana daripemerhatian yang dijalankan, masalah utama pengguna kipas angin adalah ketikacuaca panas. lni kerana ketika cuaca panas, udara yang dirasai dari kipas anginadalah dari bahang udara sekitar yang panas. Oleh itu, kipas angin yang bakaldihasilkan ini perlulah dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna ini.Segala maklumat dan informasi yang diperlukan boleh didapati dengan mencarisumber informasi dan penyelesaian masalah, membuat penyelidikan dan menyatakansemua informasi yang dapat kemuan membuat andaian atau hipotesis untukmendapatkan jawapan.

    20

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    23/26

    3.3.1 Sumber Infomasi

    Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna kipas angin,terlebih dahulu perlulah memaharni masalah yang ada pada produk sedia adadipasaran sekarang. Disamping itu, perlu melakukan kajian tentang produk dan jugasegala apa yang berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah pengguna ini.Selain kajian, perlu juga memahami sistem semula jadi dipersekitaran dan masalahglobal. Oleh demikian, untuk membantu menjawab segala persoalan ini, sumberrujukan yang dieari terdiri dari :a) Jurnal Teknikalb) Katalog Perniagaane) Internetd) Temurarnah dan Pengalaman Orang Rarnaie) Berunding dengan pakar termasuk dengan mereka yang berlainan pengetahuan

    tetapi berkenaan dengan teknologi yang sarna.

    3.3.2 PenyatuanMasalah

    Penyatuan masalah juga dikenali sebagai merumuskan masalah. Pengenalankepada sesuatu masalah boleh diperlihatkan dari segi persoalan. Jawapan daripersoalan ini dapat membantu dalarn mengendalikan projek ini dengan lebihsempurna disamping menyelesaikan persoalan dan masalah yang dihadapi olehpengguna. Diantara persoalan yang dapat membantu merekacipta produk ini supayadapat meneapai sesaran yang diinginkan ialah:a) Apakah keperluan utama untuk produk ini?b) Adakah perlu untuk memperbaiki sistem sedia ada?e) Memerlukan pendekatan barn untuk produk ini?d) Dapatkah produk sedia ada diperbaiki kegunaannya dengan menarnbahkan

    kelajuan pada kipas dan memperbesarkan ukurannya?

    21

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    24/26

    Segala persoalan ini dapat terjawab dengan mendifinisikan segala masalah tersebutdengan mengarnbil kira segala aspek seperti :a) Keperluanb) Objektifutamac) Prestasid) Aspek keselarnatane) Kos dan Hargaf) Pemasangang) Berath) Saizi) Kos penyelenggaraan

    3.3.3 Penyelesaiandan Andaian

    Kunci utama untuk mendapat penyelesaian dan keputusan hasil darirekabentuk yang dijalankan terpulang kepada pengetahuan teori dan ujian praktikalyang dijalankan keatas produk tersebut dan kemudian memperbanyakkan andaianpada kekurangan yang terdapat sarna ada pada pengetahuan mahupun pada produktersebut.

    3.4 SpesifikasiRekabentukProduk

    Spesifikasi rekabentuk produk (PDS) merupakan satu tahap yang palingpenting diantara semua proses rekabentuk. Adalah penting sebelum menyelesaikansesuatu masalah, perlu diketahui dan memaharni masalah dan keperluan sebenarsesuatu produk itu. PDS merupakan satu dokumen yang menyenaraikan keperluansebenar sesuatu produk dengan terperinci. Kerjasarna dengan pengguna danmemaharni keadaan pasaran adalah satu langkah yang penting untuk menghasilkansatu senarai keperluan utarna dalarn membangun dan menghasilkan suatu produkyang berjaya. Jurutera rekabentuk haruslah sentiasa merujuk kepada dokumen ini

    22

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    25/26

    untuk memastikan produk yang direka menepati spesifikasi dan keperluandikehendaki yang telah dinyatakan dalam senarai. Untuk menghasilkan dokumenPDS ini perlu membuat penyelidikan tentang masalah yang dihadapi untuk produkdan menganalisa produk yang berada dipasaran dan perlu menyenaraikan semuaaspek yang terpenting dan semua penyelidikan yang dilakukan perlu dimasukkankedalam dokumen ini.

    3.4.1 Kegunaan

    Spesifikasi rekabentuk produk merupakan bahan rujukan yang utama untukmerekabentuk Kipas Penyejuk Segar. Ia merupakan kunci utama untuk keseluruhanproses merekabentuk ini.

    3.4.2 Elemen Produk

    Dari penyelidikan yang dibuat melalui internet, Kipas Penyejuk Segar iniperlu mendapat rupabentuk yang menarik dengan harga yang murah dan berpatutandisamping fungsi pelbagai yang boleh digunakan pada bila-bila masadimana juauntuk bersaing dengan produk-produk yang berada dipasaran sekarang dan supayapengguna dapat menerima produk bam ini. Kipas Penyejuk Segar ini perlulahmenggunakan unsur semulajadi sebagai medium penyejukkan dan ia mudah diselenggara. Jadual 3.0 menunjukkan spesifikasi rekabentuk produk yang diperlukanuntuk Kipas Penyejuk Segar.

    23

  • 5/9/2018 Rekabentuk Kipas Penyejuk Segar Azrul Hiza Bin Muhamad Azraai TJ960.A97 2007

    26/26

    Jadual 3.0 : Spesifikasi rekebentuk produk untuk Kipas Penyejuk SegarKeupayaan

    Keupayaan kipas yang boleh dikawal Menghasilkan udara yang nyaman dan selesa Hala angin boleh dilaras Mempunyai alat pengatur waktu

    Persekitaran Kegunaan utama adalah untuk penduduk sekitar asia Ukuran Suhu : Tidak sehingga suhu lampau (Takat beku dan 80C) Produk boleh digunakan dalam keadaan humid. Daya tahan produk dapat difikirkan dengan penggunaan bahan istimewa ataumenggunakan cara perlindungan permukaan. Operasi kipas tidak mengeluarkan bunyi yang bising sehingga 98dB pada

    jarak 1.0m. Kedap Getaran

    Jangka Hayat Produk boleh berada dipasaran sehingga 15 tahun Alat ganti mudah diperolehi dipasaran. Boleh digunakan berterusan sehingga sehari.

    Penyelenggaraan Bebas selenggara kecuali untuk membersihkan habuk pada kipas dan badan

    produk. Tidak perlu peralatan yang khusus untuk meyelenggara. Alat ganti sentiasa berada dipasaran dan mudah diperolehi. Memerlukan orang yang berpengalaman untuk memperbaiki kerosakan.Anggaran Kos Produk Kos produk untuk pengguna sekitar RMIOO (+1- 5%) Kos untuk pembuat sekitar RM50 (+1- 5%) Tiada kos untuk peralatan.

    Saingan Kipas angin konventional. Kipas angin jenis mudah alih dan penghawa dingin.

    24