refleksi unit beruniform

5
Refleksi 1.0 Pendahuluan Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berobjektif untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis kurikulum yang mustahak ialah badan beruniform. Badan beruniform dapat memupuk semangat berdisiplin dalam kalangan guru pelatih dan juga mencambahkan pemimpin yang berwibawa. Dalam semester ini, saya berpeluang untuk mengikuti perkhemahan unit beruniform yang telah dijalankan pada 12 Oktober 2015 15 Oktober 2015. Perkhemahan ini telah melibatkan kesemua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2014 yang kini menuntut di semester empat. Perkhemahan ini merupakan syarat lulus kursus yang wajib dijalani oleh semua guru pelatih. Perkhemahan ini dapat memberi input baharu dan juga tauladan kepada saya dalam menghadapi dunia perguruan pada masa hadapan. Selain itu, saya telah menempuh dengan banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan daripada para pensyarah pembimbing tanpa disedari. Semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai motifnya yang tersendiri untuk membina ahli Pengakap dan insan guru yang berkualiti. 2.0 Isi-isi 2.1 Memberi kerjasama Sebenarnya, saya kurang berminat untuk pergi berkhemah kerana saya kurang berkeyakinan dengan keadaan yang akan dihadapi dalam perkhemahan sebelum ini. Tetapi, persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di perkhemahan tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan juga memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan yang lain unit beruniform. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum pun telah menjadi rapat pada akhirnya. Ia telah membina semangat setiakawan di anatara satu sama lain. Kami juga dapat mengangkat barang-barang yang begitu banyak dari stor ke tapak perkhemahan dalam masa yang singkat. Bak kata pepatah, yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dijunjung . Walaupun pada tahun ini agak berbeza kerana cuma terdapat dua badan beruniform tetapi kami juga telah menjayakan aktiviti perkhemahan ini dengan tolerasi, tolong-menolong dan bantu-membantu. Kami sebagai guru pelatih haruslah mengamalkan sifat-sifat yang baik supaya murid-murid kita juga dapat mengikut jejak kaki kami juga. Saya juga dapat merasakan pensyarah-pensyarah pembimbing yang menjaga kami juga memberi kerjasama dengan pelatih. Mereka telah memberi dorongan dan pengajaran kepada

Upload: low

Post on 30-Jan-2016

388 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Semester 4 - Pengakap

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Unit Beruniform

Refleksi

1.0 Pendahuluan

Kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam

pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berobjektif untuk

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Salah sejenis

kurikulum yang mustahak ialah badan beruniform. Badan beruniform dapat memupuk semangat

berdisiplin dalam kalangan guru pelatih dan juga mencambahkan pemimpin yang berwibawa.

Dalam semester ini, saya berpeluang untuk mengikuti perkhemahan unit beruniform yang telah

dijalankan pada 12 Oktober 2015 – 15 Oktober 2015. Perkhemahan ini telah melibatkan

kesemua guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2014 yang kini menuntut di semester empat.

Perkhemahan ini merupakan syarat lulus kursus yang wajib dijalani oleh semua guru pelatih.

Perkhemahan ini dapat memberi input baharu dan juga tauladan kepada saya dalam

menghadapi dunia perguruan pada masa hadapan. Selain itu, saya telah menempuh dengan

banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan daripada para pensyarah

pembimbing tanpa disedari. Semua cabaran dan halangan ini sebenarnya mempunyai motifnya

yang tersendiri untuk membina ahli Pengakap dan insan guru yang berkualiti.

2.0 Isi-isi

2.1 Memberi kerjasama

Sebenarnya, saya kurang berminat untuk pergi berkhemah kerana saya kurang

berkeyakinan dengan keadaan yang akan dihadapi dalam perkhemahan sebelum ini. Tetapi,

persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di perkhemahan tersebut dan

merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan juga memberi pengalaman yang

cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga telah mengeratkan hubungan dengan rakan-

rakan yang lain unit beruniform. Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum

pun telah menjadi rapat pada akhirnya. Ia telah membina semangat setiakawan di anatara satu

sama lain. Kami juga dapat mengangkat barang-barang yang begitu banyak dari stor ke tapak

perkhemahan dalam masa yang singkat. Bak kata pepatah, ‘yang ringan sama dijinjing, yang

berat sama dijunjung’. Walaupun pada tahun ini agak berbeza kerana cuma terdapat dua badan

beruniform tetapi kami juga telah menjayakan aktiviti perkhemahan ini dengan tolerasi, tolong-

menolong dan bantu-membantu. Kami sebagai guru pelatih haruslah mengamalkan sifat-sifat

yang baik supaya murid-murid kita juga dapat mengikut jejak kaki kami juga. Saya juga dapat

merasakan pensyarah-pensyarah pembimbing yang menjaga kami juga memberi kerjasama

Page 2: Refleksi Unit Beruniform

dengan pelatih. Mereka telah memberi dorongan dan pengajaran kepada kumpulan saya.

Dengan adanya, kerjasama antara pensyarah dan pelatih maka akan mencambahkan beih

perpaduan, intergrasi nasional dan nasionalisme sehingga merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.

2.2 Seorang yang bertanggungjawab

Selain itu, sebagai seorang ahli Pengakap, saya juga diberi input berkaitan asas yang

perlu ada seseorang pengakap kanak-kanak seperti istiadat bendera, laungan agung, dan juga

protokol dewan. Apabila saya didedahkan, saya bertanggungjawab menjadi seorang pemimpin

Pengakap semasa di sekolah nanti. Seorang pemimpin Pengakap perlulah memahami

persetiaan Pengakapa dan undang-undang Pengakap yang ada. Dengan itu akan melahirkan

seorang pemimpin pengakap yang baik dan dapat membimbing ahli pengakap iaitu murid-murid

sekolah nanti. Seorang Pengakap perlu mempunyai ciri-ciri seperti patuh kepada tujuan

kepimpinan, berminat dan berkeyakinan serta ikhlas, sentiasa menambah pengetahuan dan

berkemampuan. Dalam perkhemahan ini, saya dapat mencungkil bakat-bakat saya seperti

menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang menjadi ketua sekawan dan penolong sekawan.

Ini merupakan peluang yang baik untuk melatih kepimpinan saya dan saya juga berjaya

memimpin sekawan ungu untuk mendapat tempat pertama pada hari terakhir semasa

pemeriksaan pagi. Ini merupakan kejayaan yang besar kepada saya dan juga rakan-rakan saya

sekali. Sebagai pemimpin atau sebagai guru, kami tidak harus mengamalkan sikap suka

mengarah orang lain, malah kami harus melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada

kumpulan.

2.3 Giat untuk meneroka kemahiran

Seterusnya, saya juga memperoleh pelbagai input yang berkaitan dengan pembinaan

gajet. Sebelum ini, saya tidak pernah membina gajet khususnya untuk model tapak

perkhemahan. Kami telah diberikan buluh yang disiap potong dan untuk didirikan gajet-gajet.

Saya telah mempelajari simpulan yang digunakan dalam proses pembinaan gajet yang lengkap

dan teratur. Hal ini sudah pasti akan membantu pada masa akan datang terutamanya sewaktu

kecemasan. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa gajet-gajet yang harus dibina semasa

aktiviti perkhemahan mengikut keperluan dan kesesuaian aktiviti. Ilmu yang diperolehi melalui

pembinaan tapak perkhemahan perlu dilalui agar pengalaman ini sungguh bermakna. Sebagai

guru, kami wajarlah mempunyai kemahiran dalam kerja kasar. Memotong buluh, mengikat

buluh,dan mencantikkan buluh memerlukan kemahiran. Tanpa kemahiran ini, guru tidak akan

dapat mengaplikasikan barang-barang yang sedia ada menjadi satu bahan-bantu mengajar.

Page 3: Refleksi Unit Beruniform

Buluh dapat menjadi gerbang, pintu, dapur, meja, kerusi dan sebagainya. Melalui

perkhemahan ini, saya telah melatih dan membina kemahiran yang luar biasa ini. Walaupun

tiga malam turut-menurut membuat gajet adan mengikat tali, saya berasa gembira dan bangga

dalam mempelajari kemahiran tersebut.

2.4 Seorang yang mempunyai keyakinan dan keberanian

Dalam aktiviti kembara, saya dapat merasai keseronokan bermain ‘flying-fox’ dan juga

‘rock climbing’. Kedua-dua aktiviti ini merupakan kali pertama saya merasai. Walaupun aktiviti

amat menakutkan namun, saya telah mecabarkan diri saya untuk mencuba aktiviti ini. Aktiviti ini

tidak bahaya tetapi kami harus mengikut langkah-langkah keselamatannya. Kami juga

didedahkan kepada prosedur-prosedur mengikut aktiviti ini. Kedua-dua aktiviti ini juga telah

memupuk sikap keberanian and keyakinan diri. Ini merupakan cabaran kepada diri sendiri.

Saya berjaya melalui kedua-dua akitiviti tersebut kerana saya mempunyai keberanian dan juga

keyakinan diri kepada diri sendiri saya. Sebagai seorang guru, kami haruslah yakin kepada diri

sendiri. Sesorang guru yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat membantu seorang

guru untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Kebanyakan masalah disiplin yang timbul di

dalam bilik darjah adalah disebabkan sifat kurang yakin guru sendiri. Guru yang mempunyai

sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu keputusan. Sebagai

seorang guru, saya juga haruslah mempunyai keberanian mengajar serta membantu sekuat

tenaga pada murid-murid agar mereka lebih maju. Kami harus percaya kepada diri sendiri dan

mempunyai keyakinan yang tinggi di dalam kelas semasa mengajar supaya murid-murid akan

menghormati kami dan juga mempercayai kami. Kami juga boleh memberi keyakinan kepada

murid-murid dengan memberi kata motivasi kepada meraka. Dalam aktiviti ini juga, saya juga

memberi dorong kepada rakan-rakan saya yang takut untuk mencuba aktiviti tersebut.

2.5 Menghargai apa yang sedia ada

Seterusnya aktiviti ‘flying-fox’ dan ‘rock climbing’, kami telah pergi ke Kampung

Malanggang untuk khidmat masayarakat. Khidmat masyarakat telah memberi pendedahan

kepada kami tentang kehidupan orang di luar bandar. Kami sebagai orang yang agak bagus

dalam kehidupan, harus membantu mereka. Kami telah membantu penduduk kampung tersebut

untuk mencuci parit dan membuat parit. Walaupun agak susah dan penat, kami juga telah

berjaya membuat parit tersebut. Khidmat masyarakat ini telah mengeratkan hubungan kami

dengan penduduk di luar bandar. Kami dapat merasai kehidupan di luar bandar dan kami juga

menghargai kehidupan kami sekarang. Di dalam perkhemahan ini, saya juga belajar untuk

Page 4: Refleksi Unit Beruniform

memasak. Saya selalu mencari alasan untuk menolak permintaan ibubapa saya untuk

memasak namun pada kali ini, saya telah mencabar diri sendiri untuk memasak. Walaupun

pada kali pertama memasak, saya berjaya menghiris ayam dan ikan dan memasak dengan

enak sekali. Memasak bukan sesuatu yang susah tetapi memerlukan kerajinan dan juga

kesabaran. Sebagai seorang guru, kami haruslah mempunyai kerajinan yang tinggi dan juga

kesbaran yang tinggi semasa mengajar murid-murid.

2.6 Seorang yang berdikari

Dalam akitiviti ikhtihar hidup, kumpulan saya hanya dibekalkan beberapa buah-buahan,

telur dan sebagainya untuk menghasilkan beberapa menu-menu. Kumpulan saya telah

mengagihkan beberapa menu untuk seseorang. Saya telah memasak dengan kemampuan

saya sendiri dengan menggunakan beberapa bahan sahaja. Di dalam aktiviti ini, saya telah

belajar untuk berdikari. Sikap berdikari akan membentuk sikap yang seimbang sama ada dari

segi fizikal mahupun mental. Kami akan sentiasa bersikap sedia bagi menghadapi sebarang

risiko dan menangani masalah dengan sebaik mungkin.Kami juga tidak teragak-agak untuk

membuat pilihan. Ini kerana kami yakin terhadap kemampuan kami sendiri dalam melakukan

sesuatu pekerjaan. Sikap ini akan menjadikan kami seorang yang kreatif serta berupaya

menghasilkan kerja yang berkualiti. Kami akan sentiasa berfikir untuk menaik taraf hidup dan

berusaha memperbaiki diri sendiri. Akhirnya, saya dapat menghidang kuih yang berbalut

dengan pisang dan juga pisang kentang.

2.7 Seorang yang kreatif

Dalam aktiviti Malam Kebudayaan pula, saya juga menikmati aktivit tersebut kerana

persembahan semuanya sangat menarik. Walaupun diberikan masa yang singkat untuk

menghasilkan tetapi, kami berjaya mempersembahkan tarain yang menarik. Dalam proses

mempersembahkan tarian ini, kami telah mempelajari bahawa kreativiti amat penting. Guru

yang kreatif menggunakan segala sesuatu yang dia miliki untuk mengaktualisasikan

pembelajaran aktif untuk memotivasi murid seperti pemikiran, fakta, dan idea-idea atau bahkan

kombinasi pemikiran dan idea. Guru yang kreatif mampu melakukan ajaran proses belajar

efektif dengan menggabungkan berbagai kontekstual instruksional bahan, strategi pengajaran,

pembelajaran media dan pengalaman kehidupan nyata. Kreatifitas guru sangat penting untuk

memfasilitasi efektif belajar.

3.0 Kesimpulan

Page 5: Refleksi Unit Beruniform

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, saya sangat bersyukur kerana

aktiviti perkhemahan ini telah banyak menyumbag pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri

saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik

yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada program perkhemahan yang seterusya, saya akan

lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi

seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya bangga menjadi seorang ahli

Pengakap. ‘Once a scout, always a scout.’