orientasi kurikulum unit beruniform di sekolah rendah

6
Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program UB di Sekolah Rendah Merancang Program Program Jangka Pendek dan panjang Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah, terdapat skema yang perlu diikuti iaitu: 1. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan KRS. 2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada guru-guru dan pelajar- pelajar 3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan KRS yang terdiri daripada guru-guru penasihat 4. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan

Upload: fiona-ting

Post on 11-Nov-2015

4.740 views

Category:

Documents


223 download

DESCRIPTION

M 17 Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Di Sekolah Rendah

TRANSCRIPT

Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program UB di Sekolah Rendah Merancang Program Program Jangka Pendek dan panjang

Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam merancang program unit beruniform KRS di sekolah, terdapat skema yang perlu diikuti iaitu:1. Pada pertamanya perlu menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan KRS.2. Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan KRS dan menghebahkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar 3. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan KRS yang terdiri daripada guru-guru penasihat 4. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan KRS pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan 5. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan KRS yang telah dirumuskan 6. Menyediakan keperluan asas pentadbiran 7. Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas 8. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan 9. Memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang kokurikulum 10. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah 11. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru12. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan KRS13. Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program14. Melaksanakan Skema Penilaian Program KRS untuk setiap pelajar 15. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan 16. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan KRS di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa Prinsip merancang program seperti berikut:1. menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum 2. merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti 3. semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah 4. menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi 5. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan 6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat 7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai 8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang 9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum 10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masing-masing 11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur Program jangka pendek dan panjangProgram jangka pendek merupakan perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan. Jangka masanya paling pendek kurang daripada satu tahun. Program ini menekankan pada tugas-tugas rutin dan dilakukan secara berulang-ulang seperti kerja harian, mingguan, dan bulanan. Antara contoh program jangka pendek ialah persediaan untuk pertandingan kawab kaki daerah dan sekolah, perujian dan pentauliahan pangkat kadet, perkhemahan, rombongan atau program perdana dan lain-lain. Manakala program jangka panjang pula bertujuan untuk meningkatkan peratus markah aspek kehadiran setiap ahli. Jangka masanya adalah panjang sekurang-kurang tiga tahun. contohnya seperti perjumpaan Unir Beruniform Kadet Remaja 100% pelajar menghadiri aktiviti badan beruniform. Pertandingan kawab kaki peringkat Pentauliahan pangkat KRSSekolah Perkhemahan KRS Rombongan/Program Perdana KRS