laporan perkemahan unit beruniform pengakap 2013 new

13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN LAPORAN DAN REFLEKSI PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 2013 NAMA : MUHAMMAD RAFIE BIN MAHMUD HUSNI ANGKA GILIRAN : 2012081340238 NO K/P : 920715-01-6885 KUMPULAN/UNIT : PISMP PRASEKOLAH (JAN 2012) SEM 4

Upload: rafie-husni

Post on 02-Oct-2015

106 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

LAPORAN PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN

LAPORAN DAN REFLEKSI PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 2013

NAMA : MUHAMMAD RAFIE BIN MAHMUD HUSNIANGKA GILIRAN: 2012081340238NO K/P: 920715-01-6885KUMPULAN/UNIT: PISMP PRASEKOLAH (JAN 2012) SEM 4NAMA PENSYARAH : ENCIK ABDULLAH ZAWAWI BIN CHE MAT

LAPORAN PERKEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP 2013

Pada 2 sehingga 4 september 2013 yang lalu, telah berlangsungnya aktiviti perkhemahan unit beruniform bagi guru pelatih PISMP semester 4 ambilan januari 2012 bertempat di Kem Lata Belatan. Unit Kokurikulum IPG Kampus Kota Bahru telah menganjurkan satu program perkhemahan untuk unit-unit beruniform IPGKKB seperti Unit Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri Kadet Remaja Sekolah dan PBSM. Seramai 308 orang guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 4 telah mengikuti program perkhemahan ini.

Sebelum (28 Ogos 2013)Seminggu sebelum perkemahan berlangsung, kami Unit Kokurikulum IPGKKB telah mengadakan satu perjumpaan rasmi dengan semua guru pelatih semester 4 yang akan menyertai perkemahan tersebut di dewan NN. Para pensyarah telah memberikan serba sedikit taklimat berkenaan perkemahan seperti peralatan yang perlu dibawa, langkah keselematan yang perlu diambil sebelum aktiviti perkemahan, pelantikan penghulu dan penghuluwati perkemahan dan juga melakukan persediaan peralatan perkemahan dan peralatan memasak. Saya telah dilantik sebagai Quarter Master bagu unit beruniform pengakap dan bertanggungjawab dalam menguruskan segala peralatan perkemahan dan peralatan memasak yang akan dibawa semasa di kem.

Menyiapkan peralatan perkemahan dan memasak sebelum perkemahan.Semasa: (2,3 dan 4 september 2013)2 SEPTEMBER 2013

Berkumpul di padang IPGKKB pada jam 8.30 pagi dan memunggah segala peralatan perkemahan dan memasak ke dalam bas masing-masing. Encik wan zil selaku kem komander telah memberikan taklimat ringkas sebelum bertolak. Kehadiran juga diampil pada pagi sebelum bertolak.

Selamat sampai ke Kem Lata Belantan pada jam 12 tengah hari.

Aktiviti mendirikan khemah peserta lelaki

Pengagihan bahan basah dan kering untuk memasak

Latihan Laung Agung dan istiadat menaikkan bendera

Aktiviti memasak untuk makan malam

Kuliah maghrib disampaikan oleh Tuan Hj Norizan

3 SEPTEMBER 2013Pada hari kedua, aktiviti pertama kami selepas solat subuh adalah aktiviti senam sihat yang telah dikendalikan oleh Tn Hj Wan Mohd Zil B. Wan Salleh di dataran utama kem.

Aktiviti senam sihat Selepas aktiviti senam sihat dan sarapan pagi, kami telah menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 1 di dewan terbuka bersama En. Abdullah Zawawi. Kami telah mempelajari cara memberi yell dan vaul.

Aktivti LDK 1 mengikut sekawan.

Aktiviti kawad, laung agung dan istiadat menaikkan bendera.Pada malam hari kedua pula, kami telah menyertai aktiviti malam kebudayaan yang mana malam kebudayaan ini disertai oleh kesemua unit beruniform yang lain. Pengakap telah melakukan lapan persembahan mengikut sekawan dan salah satu daripada sekawan tersebut iaitu sekawan lima telah mendapat johan pada malam kebudayaan tersebut di mana kami telah mempersembahkan persembahan dikir barat berunsurkan pengakap.

Persembahan oleh sekawan pengakap. Juara malam kebudayaan Perkemahan Unit Beruniform 2013

4 SEPTEMBER 2013

Aktiviti senamrobik dan senam sihat oleh Tn Hj Wan Mohd Zil.

Aktiviti LDK terakhir iaitu aktiviti merancang aktiviti tahunan dan aktiviti mingguan pengakap oleh encik Zulkifli.

Aktiviti mengemas khemah sebelum pulang ke IPG.Selepas selesai mengemas semua peralatan memasak dan peralatan perkhemahan, satu majlis penutup telah dijalankan dan kesemua unit beruniform berkumpul dengan berpakaian lengkap. Acara penutupan disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Noor Bin Awang.

Tn Hj Mohd Noor Awang menyempurnakan perasmian penutupan perkemahan Unit Beruniform Tahun 2013.

Anggota pengakap berpakaian lengkap sempena majlis penutupan Perkemahan Unit Beruniform Tahun 2013.

Secara kesimpulannya, aktiviti perkemahan unit beruniform ini telah berjaya mencapai objektifnya dan ianya juga telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta dan AJK Penganjur.Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan aktiviti ini benar-benar dapat menjadikan program ini lebih lancar dan teratur. Sebagai peserta, saya ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua pensyarah yang terlibat termasuk Pengarah IPGKKB sendirim Tuan Hj Hashim B. Deraman, Urusetia Perkhemahan, dan semua peserta perkhemahan yang telah menjayakan aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform IPGKKB bagi sesi 2013.

Laporan Disediakan Oleh,

.MUHAMMAD RAFIE B. MAHMUD HUSNIPeserta Perkemahan Unit Beruniform Pengakap 2013,IPG Kampus Kota Bharu,Kelantan.