refleksi sorotan literatur

4
6.0 Refleksi Sorotan Literatur Situasi yang berlaku dalam bilik darjah adalah etos dan persekitaran sosial yang telah dicipta oleh guru. Keadaan ini menunjukkan bahawa, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran berkesan. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) telah menjelaskan mengenai tugas dan tanggungjawab guru serta perkaitannya dengan pembelajaran seperti di bawah : Tugas utama guru di sekolah adalah untuk menguruskan pembelajaran. Sebagai pengurus pembelajaran, tugas utama guru adalah untuk mengruskan bilik darjah. Ini kerana hanya bilik darjah yang dapat diuruskan dengan baik akan mampu menjadikan suasana pembelajaran yang menarik” Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian, kefahaman dan kemahiran proses sains iaitu kemahiran mengelas murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya. Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan. Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, pengkaji hanya menerangkan dengan menggunakan gambar dan buku teks sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Abdul Ghafar

Upload: rosmi-jisuk

Post on 31-Jan-2016

80 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Sorotan Literatur

6.0 Refleksi Sorotan Literatur

Situasi yang berlaku dalam bilik darjah adalah etos dan persekitaran sosial yang telah

dicipta oleh guru. Keadaan ini menunjukkan bahawa, adalah menjadi tugas dan

tanggungjawab seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

berkesan. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) telah menjelaskan mengenai tugas dan

tanggungjawab guru serta perkaitannya dengan pembelajaran seperti di bawah :

“Tugas utama guru di sekolah adalah untuk menguruskan pembelajaran. Sebagai

pengurus pembelajaran, tugas utama guru adalah untuk mengruskan bilik darjah. Ini kerana

hanya bilik darjah yang dapat diuruskan dengan baik akan mampu menjadikan suasana

pembelajaran yang menarik”

            Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian, kefahaman dan

kemahiran proses sains iaitu kemahiran mengelas murid terhadap isi pelajaran yang

disampaikan oleh guru.

            Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang

dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah

hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya.

            Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara

bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di

sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.

            Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, pengkaji hanya

menerangkan dengan menggunakan gambar dan buku teks sebagai bahan bantu mengajar.

Menurut Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai

pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi

pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara

maksimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian

murid terhadap isi pelajaran tersebut.

            Dengan itu, pengkaji telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan

murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang pengkaji pilih adalah kaedah

permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak

Page 2: Refleksi Sorotan Literatur

membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel. Menurut beliau, aktiviti

bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah,

kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial

mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap

kematangan murid.

            Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan

adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai

ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini adalah wujud

unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat

mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah

pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

            Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim

dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran

mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri

pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda

mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.

            Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan

bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan

Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain

murid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan

menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermain boleh mendatangkan

kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan

belajar melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang

ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan

murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran

umum kepada yang lebih spesifik.

            Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid

kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau

juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang

membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi

peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam

kaedah permainan antaranya adalah sseperti permainan dengan barang maujud, permainan

khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum

semula. 

            Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang

menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat

Page 3: Refleksi Sorotan Literatur

menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya meningkatkan interaksi dan

kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze,

mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajran.

Kesimpulannya disini , terdapat banyak fakta yang mengatakan bahawa pelajar boleh

mengekalkan tahap ingatan terhadap aapa yang diajar oleh guru adalah dengan menggunakan

keadah pembelajaran secara bermain. Kaedah bermain dapat menyediakan suasana yang

seronok dan gembira dan ini dapat membantu menghilangkan kebosanan murid serta dapat

membantu murid untuk memberi tumpuan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Oleh itu, saya telah memilih permainan “ Food Game “ iaitu permainan betul salah sebagai

bahan bantu mengajar dalam melakukan kajian ini iaitu mengelaskan makanan mengikut

fungsinya.